• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENAWARAN PROGRAM PENDIDIKAN SEPANJANG H

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENAWARAN PROGRAM PENDIDIKAN SEPANJANG H"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

1 PENAWARAN PROGRAM PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT DALAM PASARAN

YANG MENCABAR

Mohd Fairus Abu Hanifah, Kuppusamy Singaravelloo & Mohd Zaki Mohd Yaacob Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

fairus@um.edu.my, kuppusamy_s@um.edu.my, mzmy@um.edu.my

ABSTRAK

Sebagai salah satu pemain utama dalam pena waran program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) sejak tahun 1998, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) telah melalui pelbagai cabaran dan halangan hingga kini. Seperti ma na universiti awam (UA) lain, UMCCed sebagai sebuah Pusat Tanggung jawab Akademik (PTj) Universiti Malaya (UM) menghadapi pelbagai cabaran yang tidak dialami oleh penyedia PSH swasta. Kertas ini membentangkan cabaran yang dihadapi oleh UMCCed dalam mena warkan program PSH terutama dalam tempoh lima tahun kebelakang. Satu daripadanya adalah kekangan dasar Kementerian Pengajian Tinggi bahawa UA (kecuali beberapa universiti) hanya boleh mena warkan program di peringkat diploma eksekutif manakala mereka di sektor swasta mempunyai lebih ruang untuk memperluaskan pena waran program diploma eksekutif. UMCCed yang beroperasi sepenuhnya berdasarkan model perniagaan yang membantu menjana pendapatan kepada UM telah pun menghasilkan lebih daripada 20 ribu graduan sehingga kini hanya boleh menawarkan program yang berakreditasi sahaja berbanding penyedia PSH swasta. Pada masa ini terdapat lebih banyak penyedia program PSH yang giat bersaing untuk mendapatkan bahagian dalam pasaran PSH. Ini adalah antara isu-isu yang dibangkitkan dalam kertas ini selain mengetengahkan cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Kaedah kajian melibatkan penilaian pengalaman UMCCed yang dilihat daripada perspektif pembangunan perniagaan dan pengurusan UMCCed. Kertas ini antara lain mencadangkan pembentukan rangkaian kerjasama yang lebih terbuka di antara penyedia program PSH serta peningkatan kempen kesedaran kepentingan PSH di kalangan masyarakat secara bersepadu oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan IPT.

Kata kunci: Persaingan, Cabaran, Pasaran, Kekangan dalam Penawaran

PENGENALAN

Ilmu pengetahuan merupakan aset utama individu yang dapat memperluaskan peluang untuk maju

dan cemerlang dalam bidang yang diceburi selain meningkatkan keupayaan untuk bersaing

khususnya dalam lanskap ekonomi negara dan dunia yang sentiasa berubah dan penuh cabaran.

Pemerolehan ilmu secara berterusan akan dapat memastikan seseorang individu itu sentiasa bersedia

untuk menangani perubahan-perubahan sama ada dari segi perkembangan teknologi, kemahiran,

kaedah kerja, polisi, prosedur dan sebagainya serta sentiasa bersedia untuk bersaing dengan

individu-individu lain yang sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan mereka dari semasa ke

semasa.

Menurut Gonzalez (dalam Siemens, 2005), kajian oleh American Society of Training and

Documentation (ASTD) mendapati kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini telah

menjadikan jangka hayat bagi sesuatu ilmu pengetahuan semakin pendek. Ia berkembang pada kadar

sekali ganda dalam tempoh 10 tahun dan penggandaan ini dijangka akan menjadi lebih pendek di

(2)

2 Justeru itu, kesedaran terhadap kepentingan meningkatkan pengetahuan secara berterusan

perlu wujud dalam diri setiap individu khususnya mereka yang sedang berada di alam pekerjaan. Ini

bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran yang ada sentiasa relevan dengan kehendak dan

keperluan pasaran kerja semasa serta bagi menghadapi persaingan khususnya daripada generasi

muda yang kebanyakannya mempunyai kelayakan dan kemahiran yang lebih terkini. Berbekalkan

pengalaman bekerja sahaja mungkin tidak lagi memadai untuk bersaing dengan generasi muda ini.

Menyedari akan hakikat kepentingan pendidikan secara berterusan ini, Kerajaan Malaysia

telah mengambil pelbagai inisiatif khususnya dengan memartabatkan Pembelajaran Sepanjang

Hayat (PSH) sebagai salah satu teras utama dalam Pelan Strategik Pembangunan Tinggi Negara

(PSPTN) yang telah dimulakan sejak tahun 2007. Sebagai kesinambungan, hala tuju dan

perancangan PSH telah dikaji semula dan ditambah baik ke arah pelaksanaan yang lebih berkesan,

dinamik dan berdaya tahan.

Menurut Ngo (2014), berdasarkan kepada Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun

2009, hanya 23 peratus sahaja daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia mempunyai pendidikan

tertiari berbanding dengan kadar purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan

Pembangunan (OECD), iaitu hampir 28 peratus dan mencecah 35 peratus di Singapura dan Finland.

Ini bermakna terdapat 73 peratus tenaga kerja Malaysia masih terangkum dalam kumpulan tidak

mahir dan separa mahir dengan kelayakan akademik tertinggi pada peringkat Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) sahaja.

Berbanding tahun 2009, peratusan tenaga kerja dengan pendidikan tertiarididapati telah

menunjukkan peningkatan kepada 26.2 peratus pada tahun 2014. Ini merupakan petunjuk positif atas

usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan pelbagai pihak dengan sokongan dan penyelarasan oleh

pelbagai agensi kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi serta Agensi Kelayakan

Malaysia (MQA) yang telah mengambil inisiatif menyediakan peluang dan memperluaskan akses

bagi kemasukan pada peringkat pendidikan tinggi melalui Pengiktirafan Pengalaman dan

Pembelajaran Terdahulu (RPEL) dan Pengakreditasian Pengalaman Kerja Terdahulu (APEL).

Selaras dengan usaha kerajaan untuk membudayakan PSH di kalangan masyarakat,

Universiti Malaya (UM) telah mengambil inisiatif menubuhkan UMCCed pada tahun 1998

bertujuan membuka peluang kepada masyarakat umum khususnya warga bekerja meliputi pelbagai

peringkat usia khususnya di sektor swasta tetapi lama kelamaan didapati gunatenaga dalam sektor

awam pun turut berminat dalam program-program yang dianjurkan oleh UMCCed. Mereka

bertujuan meningkat serta menaiktaraf keupayaan dan kemahiran mereka melalui pelbagai program

PSH yang ditawarkan.

Walau pun begitu, masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan seperti mana yang telah

direncanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 khususnya bagi melahirkan modal insan

berkemahiran tinggi dengan sasaran 35% dalam usaha membawa Malaysia mencapai status negara

(3)

3 Penawaran Program Diploma Eksekutif

Penawaran program-program PSH melalui UMCCed sejak tahun 1998 sememangnya bertujuan

memenuhi hasrat UM untuk menyalurkan kepakaran serta memenuhi komitmennya

memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi membudayakan PSH di segenap lapisan

masyarakat.

Menurut Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011-2015), Malaysia

memerlukan 680,000 orang pekerja mahir pada peringkat diploma menjelang tahun 2020 meliputi

580,000 orang dengan kelayakan diploma TVET dan 100,000 orang daripada diploma akademik.

Tambahan daripada itu, unjuran peningkatan enrolmen yang lebih besar bagi pengajian pada

peringkat sijil dan diploma berbanding dengan ijazah pertama adalah untuk memperoleh nisbah

antara kedua-duanya pada kadar 2:1 iaitu bagi tujuan menyokong matlamat kerajaan menambah

bilangan pekerja separa mahir atau separa profesional atas pertimbangan kebolehpasaran serta

keperluan negara dan menggalakkan pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) akademik UM yang berautonomi, UMCCed

telah diberi mandat untuk menawarkan program di peringkat diploma, diploma eksekutif dan sijil

selain kursus-kursus pendek mengikut keperluan pasaran kerja. Sambutan baik masyarakat

khususnya warga bekerja terhadap program diploma eksekutif telah menyaksikan perkembangan

program ini dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan, perakaunan, pendidikan awal kanak-kanak

dan pengajian Islam.

Berdasarkan Kajian Pencapaian Graduan (2012-2015) Diploma Eksekutif UMCCed yang

dijalankan pada 2016, sememangnya program yang ditawarkan ini telah memberi banyak manfaat

khususnya dalam perkembangan kerjaya para graduan program PSH meliputi tawaran pekerjaan

yang lebih baik, kenaikan pangkat dan gaji selain melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih

tinggi.

Program Diploma Eksekutif yang ditawarkan pada awalnya tanpa akreditasi telah melalui

fasa transformasi apabila MQA mengemukakan garis panduan akreditasi program Diploma

Eksekutif pada tahun 2010. Bermula tahun 2012, UMCCed telah memberhentikan penawaran

program-program tanpa akreditasi, dan secara berperingkat penawaran program yang berakreditasi

(4)

4 Rajah 1: Tahap Persetujuan Kesan Menamatkan Pengajian mengikut Jenis Program Diploma

Eksekutif (%)

Sumber: Kajian Pencapaian Graduan Diploma Eksekutif UMCCed 2016.

PENYATAAN ISU

Kini pendidikan sepanjang hayat sudah menjadi satu keperluan dalam penghasilan tenaga kerja

negara yang mampu bersaing dalam era ekonomi global disamping melahirkan warganegara yang

berpengetahuan dan berinovasi. Dari itu setiap anggota masyarakat seharusnya menjadikan PSH itu

sebagai budaya hidup, bukan pilihan atau inisiatif sampingan sahaja, kalau mereka mahu kekal

kompetitif dalam persekitaran hidup yang baru. Kesedaran berhubung pembelajaran sepanjang hayat

telah wujud di Malaysia apabila kerajaan menggariskan untuk menjadi sebuah negara maju

menjelang 2020. Pada masa ini, peluang melanjutkan pengajian terbuka luas dalam pelbagai institusi

pendidikan. Di bawah pengelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, pelajar dewasa boleh

melanjutkan pengajian di universiti awam dan swasta, kolej universiti, universiti terbuka, politeknik,

kolej komuniti atau kolej swasta. Di samping itu, pelbagai agensi kerajaan dan kementerian turut

menawarkan pendidikan dan latihan kepada orang awam. Kementerian berkenaan ialah Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Belia dan Sukan,

Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kesihatan.

Organisasi-organisasi tersebut berlumba-lumba untuk menawarkan program-program yang

mampu memenuhi peranan dan tujuan kewujudannya. Bagi institusi pengajian tinggi pula mereka 74.3% Rajah 1: Manfaat Graduan Diploma Eksekutif

(2012-2015) (%)

(5)

5 berlumba-lumba untuk mendapatkan pelajar-pelajar dewasa ini kerana mereka ini adalah sumber

kewangan utama mereka. Ada yang mengamalkan pengambilan secara terbuka, mengiktiraf

pengalaman-pengalaman terdahulu dan ada juga yang mengenakan syarat ketat dalam memilih

pelajarnya.

UMCCed yang telah memulakan operasinya mulai 1998 telah mengendalikan

program-program PSH yang dapat memenuhi keperluan pasaran serta majikan. Namun begitu, UMCCed

turut menghadapi pelbagai cabaran dalam mendapatkan penyertaan yang lebih tinggi apabila ia

terpaksa berhadapan dengan syarat-syarat utama selain melalui proses kelulusan pembangunan

program yang panjang akibat ianya berfungsi sebagai sebuah PTj akademik di Universiti Malaya

yang juga merupakan sebuah Universiti Penyelidikan. Kesan daripada ini, pihak UMCCed terpaksa

beroperasi dengan mendepani pelbagai cabaran dan kekangan dalam pasaran yang terhad.

OBJEKTIF

Sasaran kajian ini adalah untuk:

(i) mengkaji pembentukan program pendidikan sepanjang hayat dan pelaksanaanya di UA.

(ii) meneliti halangan-halangan yang dihadapi oleh UA dalam menjayakan pelaksanaan

program ini.

(iii) mencadangkan inisiatif untuk mengatasi kekangan yang dihadapi oleh UA dan bagaimana

ianya boleh diakses dengan lebih mudah.

ULASAN LITERATUR

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah, pembelajaran sepanjang umur, bermaksud aktiviti

pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khususnya oleh orang dewasa.

Menurut Knapper dan Cropley (2000), idea asas PSH adalah di mana pembelajaran yang

disengajakan boleh dan perlu berlaku dalam tempoh hayat seseorang. PSH bukanlah satu idea

baharu, malah terma pendidikan sepanjang hayat ini telah lama wujud iaitu dalam penulisan Inggeris

sejak 75 tahun yang lalu. Bagi pengkaji, PSH adalah pendidikan yang diperolehi sama ada secara

formal atau tidak formal sepanjang kehidupan manusia. PSH dianggap bermanfaat kepada individu

kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja, pembaikan

sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan. Seperti dinyatakan oleh Lall (2011), manfaat

PSH antara lain adalah untuk membantu individu menyesuaikan diri dengan perubahan,

memperoleh manfaat kewangan melalui kenaikan pangkat dan gaji serta memperkaya dan

memenuhi keperluan hidup.

Pendidikan Sepanjang Hayat dari segi konsep merangkumi pengertian yang begitu luas.

(6)

6 meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompentensi sama ada secara formal di sekolah, pusat

latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja.

Menurut Aspin (2001), antara pendekatan dalam pembentukan konsep PSH adalah untuk

mempromosikan kemahiran dan kempetensi yang diperlukan bagi tujuan meningkatkan keupayaan

dan prestasi dalam pekerjaan. Melalui konsep ini, PSH akan dapat melahirkan guna tenaga yang

berpendidikan dan berkemahiran tinggi yang akan menyumbang kepada ekonomi yang lebih maju

dan kompetitif.

Berbanding dengan Kesatuan Eropah, pelaksanaan PSH khususnya di negara membangun

sememangnya menghadapi cabaran untuk menarik penyertaan masyarakat. Yazici (2015)

menyenaraikan cabaran-cabaran yang dihadapi kebanyakan negara membangun antaranya sebagai

(a) keperluan peningkatan kesedaran awam yang lebih meluas, (b) penambah baikan dalam

penyelarasan dan tadbir urus PSH, (c) penambah baikan data PSH serta pengawasan dan penilaian,

(d) penambah baikan dalam panduan kerjaya, (e) Kerangka Kelayakan Kebangsaan untuk

menyokong PSH, (f) penambah baikan jaminan kualiti dalam penyampaian PSH, (g) keperluan

sistem untuk pengiktirafan pembelajaran terdahulu, (h) pembiayaan PSH yang efektif dan

mencukupi, dan (i) penambah baikan dalam menghubungkan pendidikan dengan pekerjaan.

METODOLOGI

Skop kajian ini merangkumi aspek kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh UMCCed dalam

menawarkan program PSH terutama dalam tempoh lima tahun ke belakang. Aspek yang dikaji

adalah pembentukan program dan menyiasat kesannya terhadap ekonomi dan guna tenaga di

Malaysia.

Analisis yang dibuat adalah berpandukan kepada data sekunder yang terdapat di UMCCed untuk tempoh 2012 – 2015 serta menggunakan pengalaman pengarang dalam pelaksanaan program-program PSH di UMCCed.

CABARAN DALAM PENAWARAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF

Terdapat pelbagai cabaran dalam penganjuran dan penawaran program diploma eksekutif,

khususnya oleh Universiti Awam (UA).

Persaingan Program Eksekutif

Kerancakan kempen oleh pihak kerajaan dalam mempromosi PSH khususnya sejak pelancaran

Pelan Strategik Pembangunan Tinggi Negara (PSPTN) pada tahun 2007 sebagai Teras keenam telah

menarik perhatian banyak IPT awam dan swasta untuk menawarkan pelbagai program PSH sama

(7)

7 program akademik meliputi peringkat sijil sehingga sarjana yang ditawarkan terdiri daripada

program yang diakreditasi dan tanpa akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengikut

Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Kebanyakan program tanpa akreditasi ini diberi frasa tambahan iaitu “eksekutif” atau pun “profesional” bergantung kepada peringkat pensijilan bagi membezakan di antara program PSH ini dengan program arus perdana. Tidak ketinggalan adalah

program diploma eksekutif yang mula ditawarkan oleh UMCCed sejak tahun 1998 yang telah

mendapat sambutan yang sangat menggalakkan khususnya daripada warga bekerja sektor swasta. Penerimaan positif terhadap program “eksekutif” atau “profesional” ini serta ketiadaan standard atau garis panduan khusus bagi program eksekutif (kecuali diploma eksekutif) telah

menyebabkan sebahagian IPT menawarkan program peringkat sarjana muda dan sarjana dengan nama “eksekutif” tanpa piawaian khusus. Terdapat program yang ditawarkan mengikut keperluan untuk menarik lebih ramai penyertaan termasuklah tempoh masa yang singkat, yuran yang lebih

murah, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel serta kaedah penilaian yang tidak

membebankan. Menurut Barnett (2010), selain kredibiliti institusi yang menawarkan program dan

program yang ditawarkan, faktor-faktor khususnya tempoh pengajian serta kaedah pengajaran dan

pembelajaran merupakan pengaruh penting bagi golongan bekerja dalam membuat pilihan untuk

mengikuti sesuatu program pengajian.

Oleh kerana terdapat terlalu banyak IPT yang menawarkan program “eksekutif” ini dengan pelbagai format dan kaedah yang berbeza, pihak MQA telah mengemukakan garis panduan

berhubung penawaran program Diploma Eksekutif pada tahun 2010. Ini bagi menetapkan standard

dan kualiti program diploma eksekutif ini supaya bersesuaian dengan kualiti program peringkat

diploma pada tahap 4 MQF. Sejajar dengan garis panduan yang dikeluarkan ini, UMCCed telah

memulakan langkah mendapatkan akreditasi bagi semua program diploma eksekutif secara

berperingkat dan menghentikan penawaran program tanpa akreditasi bermula pada tahun 2012.

Walau bagaimanapun, oleh kerana pihak MQA tidak mewajibkan supaya semua IPT

mendapatkan akreditasi bagi program diploma eksekutif yang ditawarkan maka terdapat IPT yang

masih lagi pada masa ini menawarkan program tanpa akreditasi dengan format lama. Ini adalah

disebabkan masih terdapat permintaan bagi program seumpama ini, khususnya dari majikan swasta.

Akreditasi dan Pengiktirafan

Peralihan penganjuran program diploma eksekutif daripada bentuk lama kepada yang diakreditasi

turut membawa cabaran-cabaran baharu yang terpaksa diharungikhususnya oleh UMCCed.

Antaranya adalah seperti berikut:

(a) Tempoh Pengajian Minimum

Tempoh pengajian yang perlu dipastikan oleh institusi penawar adalah sekarang lebih lama

berbanding dengan program di bawah bukan akreditasi. Amnya program UMCCed yang

(8)

8 kepada golongan bekerja. Tempoh program baharu selama lebih sedikit dari dua tahun

dilihat terlalu lama oleh golongan bekerja.

(b) Pembangunan dan Penawaran Program

Sesetengah program yang ditawarkan telah menjalani proses pembangunan kurikulum

program yang rapi melalui penubuhan pasukan pembangunan kurikulum program daripada

pakar-pakar yang sudi menyumbang masa dan tenaga. Cadangan jawatankuasa

pembangunan ini dikaji seterusnya oleh sekurang-kurangnya dua jawatankuasa lain yang

lebih tinggi di peringkat UMCCed dan seterusnya melalui unit-unit lain serta beberapa

jawatan kuasa di peringkat Universiti. Kelulusan Senat Universiti dan Lembaga Pengarah

Universiti (LPU) perlu diperolehi sebelum keputusan ini dimajukan ke MQA. Kelulusan

KPT perlu dipastikan sebelum program tersebut dapat diiklankan dan ditawarkan.

Selain itu, pasukan pembangunan kurikulum program perlu juga meneliti piawaian

kandungan program yang telah dibangunkan di peringkat MQA. Walau pun ini adalah

perkara yang wajar, tetapi sesetengahnya mengekang fleksibiliti dalam pembangunan

kurikulum yang lebih tersendiri di pihak pelaksana program. Umpamanya adalah keperluan

mematuhi syarat kursus institusi, di mana sesetengah keperluan berkaitan tidak dapat

dimanfaatkan oleh golongan pelajar bagi program yang dibangunkan.

(c) Swa-Akreditasi, Penyenaraian MQR dan Pengiktirafan JPA

Pemberian status swa-akreditasi khususnya kepada UA sebenarnya amat baik kerana

Universiti berkenaan dapat melaksanakan proses akreditasi mengikut acuan MQA tetapi

memenuhi cita rasa keperluan universiti tersebut. Institusi pembangun program perlu juga

mematuhi keperluan syarat universiti bahawa penganjuran program adalah pada tahap

kualiti yang tinggi sesuai dengan imej universiti yang perlu sentiasa dijaga. Selain itu,

proses akreditasi ini juga dapat dilaksanakan lebih cepat berbanding dengan sekiranya

dokumentasi semua program ini diserahkan kepada MQA untuk diberi akreditasi sementara

dan seterusnya akreditasi penuh. Namun begitu, proses swa-akreditasi untuk akreditasi

sementara tidak dapat memastikan penyenaraian program yang dibangunkan tersebut dalam

senarai MQR sepertimana kelebihan yang terdapat di pihak institusi swasta. Institusi swasta

menyerahkan dokumentasi terus kepada MQA dan terus mendapat penyenaraian sementara

dalam MQR. Di pihak UMCCed, ramai pelajar yang berminat mempunyai kesangsian

terhadap program baharu yang dibangunkan kerana mereka mendapati program tersebut

tidak tersenarai dalam MQR. Ini menimbulkan keraguan dan kekangan yang tidak

munasabah bagi penganjur program PSH di UA. Ini turut dialami dalam proses akreditasi

penuh kerana ia mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk disenaraikan dalam MQR

(9)

9 pertama program yang sentiasa menginginkan program mereka tersenarai sebelum mereka

tamat pengajian.

Proses ini seterusnya diikuti dengan keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan

oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang pada masa ini turut dikendalikan oleh Unit

Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam, di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Kementerian Pendidikan Tinggi yang pada asalnya melihat program diploma eksekutif

sebagai tidak mematuhi syarat keperluan jam kredit untuk program diploma. Setelah

berusaha, kejayaan telah diperolehi oleh UMCCed apabila program diploma eksekutif yang

berakreditasi sebenarnya sudah mematuhi keperluan tersebut, dan mula tersenarai dan

diiktiraf khususnya untuk penjawat awam.

(d) Yuran yang lebih tinggi

Penganjuran program yang diakreditasi sememangnya melibatkan kos yang lebih tinggi

hasil daripada keperluan untuk jam pertembungan serta bilangan jam kredit yang lebih

banyak daripada program bukan akreditasi sebelum ini. Perkara ini menyebabkan kenaikan

yuran yang lebih tinggi sehingga menyebabkan penurunan dalam bilangan pelajar yang

mendaftar untuk mengikuti program berakreditasi.

(e) Kehendak Pasaran

Maklumbalas daripada kebanyakan majikan swasta menunjukkan bahawa mereka tidak

menetapkan keperluan kakitangan mereka untuk mengikuti hanya program diploma yang

berakreditasi. Antara sebab-sebab mereka adalah tempoh pengajian yang lebih lama yang

diikuti dengan yuran lebih tinggi yang perlu ditanggung oleh majikan untuk membiaya

pengajian mereka. Tambahan pula, majikan swasta melihat kurikulum yang disediakan dan

diluluskan oleh MQA tidak dapat diubahsuai mengikut keperluan majikan. Sebaliknya

proses untuk mewujudkan program diploma eksekutif baharu sesuai untuk industri tertentu

akan menelan masa kira-kira setahun untuk dibangunkan sebelum dapat ditawarkan. Ini

merupakan satu kekangan yang tidak dapat diatasi kerana program akademik anjuran UA

tidak dapat lari daripada diakreditasi. Ini merupakan satu titik tolak kepada kelebihan

institusi swasta yang dapat menyediakan program tanpa akreditasi yang dapat disesuaikan

mengikut acuan keperluan industri dan dapat ditawarkan segera.

Pasaran gunatenaga manusia juga melihat penganjuran program diploma (atau pun

diploma eksekutif) kurang menarik kerana mereka telah melihat adanya laluan-laluan terus

(10)

10 (f) Pengiktirafan Keperluan Pengajian Diploma oleh Majikan

Tidak banyak majikan yang sanggup membiarkan kakitangan mereka belajar sambil bekerja

untuk satu tempoh yang lama. Ini kerana kakitangan tersebut terpaksa mematuhi

syarat-syarat kehadiran dan komitmen kepada pengajian tersebut walhal mereka diperlukan

memberi komitmen dalam pekerjaan mereka. Majikan lebih rela melihat kakitangan mereka

menghadiri kursus pendek dan menjurus kepada keperluan organisasi masing-masing.

Terdapat juga para majikan yang khuatir bahawa kakitangan mereka akan berpindah atau

menerima tawaran kerja di tempat lain selepas menerima diploma.

(g) Laluan ke Pendidikan Tinggi tanpa Keperluan Sijil SPM

Saluran-saluran kemasukan alternatif yang menyokong PSH seperti penggunaan APEL dan

juga saluran terus ke ijazah pertama sememangnya memberi kesan kepada penganjuran

program diploma eksekutif. Melalui saluran terus ke ijazah pertama, para pekerja di pasaran

tidak lagi melihat keperluan untuk diploma. Ini termasuk adanya saluran ke ijazah pertama

dari Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) melalui Open Entry dengan menduduki RPL.

Ini tidak menyokong penawaran program diploma eksekutif.

Penawaran Program Tanpa Akreditasi

Ketiadaan penguatkuasaan yang mewajibkan semua IPT untuk mendapatkan akreditasi MQA telah

menyebabkan wujudnya dua bentuk diploma eksekutif yang ditawarkan di pasaran iaitu yang

berakreditasi dan tanpa akreditasi. Program yang berakreditasi menghadapi kesukaran untuk

menyaingi program tanpa akreditasi khususnya daripada segi pengambilan pelajar kerana terikat

dengan syarat kemasukan yang ketat mengikut garis panduan yang ditetapkan khususnya keperluan

pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan dengan program yang ingin diikuti.

Kesan daripada akreditasi ini khususnya kepada UMCCed dapat dilihat dalam Rajah 1 iaitu

berdasarkan kepada trend ambilan pelajar selepas akreditasi yang semakin menurun di mana

terdapat program yang mengalami penurunan serius sehingga hampir 80 peratus selepas eksesais

akreditasi khususnya bagi program dalam bidang yang spesifik.

Syarat kemasukan yang ketat ini menyebabkan program yang berakreditasi ini kurang

berdaya saing berbanding program tanpa akreditasi yang tidak tertakluk kepada syarat kemasukan

ditetapkan MQA serta ditawarkan dengan jangkamasa pengajian lebih pendek. Permintaan bagi

program tanpa akreditasi ini tetap mendapat sambutan disebabkan terdapat para majikan sektor

swasta yang masih tidak mengguna pakai standard pensijilan MQA bagi tujuan perjawatan seperti

(11)

11 Rajah 2: Perbandingan Respon Ambilan Diploma Eksekutif (2011, 2014)

Rajah 3: Kadar Penurunan Respon (2011, 2014)

Sumber: Analisis Perbandingan Respon Diploma Eksekutif UMCCed 2011, 2014

Selain itu, para graduan program “eksekutif” ini juga turut berpeluang untuk melanjutkan pengajian kerana terdapat banyak universiti luar negara yang bekerjasama dengan IPTS tempatan

menawarkan peluang lanjutan pengajian serta pemberian pengecualian kredit.

Kepelbagaian Kaedah Pembelajaran

Program Diploma Eksekutif di UMCCed sehingga kini masih dilaksanakan melalui kaedah

(12)

12 jam kuliah yang ditetapkan. Kelas yang dijalankan pada setiap hujung minggu memerlukan

komitmen daripada para pelajar untuk berkorban cuti hujung minggu mereka kecuali pada cuti

semester yang diperuntukkan.

Perkembangan pesat teknologi internet telah membuka laluan bagi memudahkan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada golongan bekerja yang perlu mengurus masa secara

lebih terancang. Melalui teknologi internet, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif

meliputi Pengajian Jarak Jauh dan Terbuka (Open and Distance Learning, ODL), e-pembelajaran

dan pembelajaran bercampur telah dapat ditawarkan oleh penyedia program PSH melalui

pembangunan sistem pembelajaran dan pengurusan pelajar dengan kos yang berpatutan. Menurut

Noesgaard (2015), daripada 66 kajian berkaitan e-pembelajaran yang pernah dijalankan, hanya 10

peratus sahaja yang mengatakan kaedah pembelajaran secara e-pembelajaran sebagai tidak efektif

manakala 67 peratus mengatakan ianya efektif dan selebihnya separa efektif.

Melalui kaedah pembelajaran ini juga, golongan bekerja kini mempunyai pilihan untuk

tidak lagi terikat dengan komitmen untuk menghadiri kuliah pada setiap hujung minggu. Ini adalah

kerana kaedah pembelajaran yang lebih fleksibel ini hanya menghendaki kehadiran bersemuka yang

minimum pada setiap semester dan ada di antaranya tidak mewajibkan langsung kehadiran para

pelajar dalam sesi kuliah.

Berdasarkan keadaan ini, program diploma eksekutif khususnya yang ditawarkan oleh

UMCCed yang ditawarkan melalui kaedah konvensional mengalami kesukaran untuk menarik

penyertaan golongan bekerja dan mengurangkan daya saing program ini berbanding program yang

ditawarkan IPT lain dalam pasaran. Kaedah pembelajaran konvensional ini juga secara tidak

langsung menjadikan saiz pasaran hanya terhad kepada masyarakat yang bekerja atau tinggal

berhampiran dengan lokasi pusat pembelajaran sahaja serta tidak berpeluang untuk menawarkan

program kepada pasaran pelajar luar negara yang lebih besar.

Kesan Syarat Kemasukan

Beberapa kesan hasil daripada syarat-syarat kemasukan adalah:

(i)

Kemasukan Fleksibel

Pelancaran PSPTN pada 2007 telah menyaksikan kebanyakan UA mula berlumba-lumba

menawarkan program-program PSH pada pelbagai peringkat bagi tujuan penjanaan pendapatan

dalaman. Ini adalah kerana PSPTN mensasarkan pengurangan peruntukan dana kepada UA secara

berperingkat di mana UA perlu menjana pendapatan dalaman bagi tujuan pembiayaan belanja

mengurus dan pembangunan. Sasaran yang diletakkan bagi penjanaan pendapatan dalaman ini

adalah sebanyak 15 peratus pada tahun 2007 sehinggalah mencapai 40 peratus menjelang tahun

(13)

13 untuk menjana pendapatan sendiri khususnya bagi meningkatkan enrolmen pelajar PSH termasuklah

menurunkan syarat kelayakan masuk bagi program akademik yang ditawarkan.

UMCCed yang menawarkan program pada peringkat diploma eksekutif yang mensasarkan

kumpulan peserta dengan kelayakan minimum SPM turut mengalami kesan kemerosotan kerana

terpaksa bersaing dengan program di peringkat sarjana muda dan sarjana yang ditawarkan oleh

sebahagian IPT termasuk UA yang kini membuka laluan kemasukan kepada warga bekerja melalui

syarat kemasukan yang rendah dan fleksibel. Warga bekerja dengan kelayakan SPM kini

mempunyai pilihan untuk terus mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda tanpa perlu memiliki

kelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau diploma seperti mana yang ditetapkan bagi

kemasukan program sarjana muda arus perdana.

Menurut Mulvenon & Robinson (2014), kebanyakan institusi telah mengambil langkah

menurunkan standard kemasukan bagi tujuan meningkatkan enrolmen pelajar. Langkah ini pastinya

memberi kesan positif dan negatif kepada universiti. Kesan positif adalah pertambahan enrolmen

pelajar dan meningkatkan pendapatan tetapi kesan negatifnya adalah jauh lebih signifikan iaitu

penurunan bilangan pelajar yang dapat menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan

(Graduation On Time, GOT) selain menjejaskan kedudukan (ranking) dan reputasi universiti.

(ii)

Kemasukan Terbuka (Open Entry)

Tambahan daripada itu, pengenalan kemasukan terbuka (open entry) oleh Kementerian Pengajian

Tinggi pada tahun 2006 kepada sebahagian universiti swasta seperti Open University Malaysia

(OUM), Wawasan Open University (WOU) dan Asia E-University (AeU) telah membuka ruang

kepada ramai golongan dewasa yang mempunyai pengalaman bekerja untuk mengikuti pengajian

terus sehingga ke peringkat sarjana.

(iii)

Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL)

Selain itu, pengenalan kemasukan melalui APEL oleh pihak KPT bermula tahun 2011 turut

memberi impak dua hala secara tidak langsung terhadap penyertaan program diploma eksekutif.

Menurut Garis Panduan Amalan Baik: APEL yang dikeluarkan oleh pihak KPT, APEL didefinisikan

sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian terhadap

pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu seperti ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap,

untuk menentukan tahap seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan,

bagi mengakses sesuatu program pengajian.

Pengenalan APEL pada satu sudut sememangnya memberi kesan positif untuk

menggalakkan penyertaan golongan bekerja dalam program PSH termasuklah diploma eksekutif.

Melalui APEL pemohon yang mempunyai kelayakan SPM tetapi tidak memenuhi bilangan kredit

yang diperlukan boleh memohon mengikuti program diploma eksekutif selepas memenuhi syarat

(14)

14 program diploma eksekutif ini masih lagi pada tahap yang rendah iaitu kurang 10 peratus daripada

keseluruhan permohonan yang diterima oleh UMCCed.

APEL, pada satu sudut yang lain pula pada masa yang sama memberi impak negatif kepada

pengambilan program diploma eksekutif kerana golongan bekerja kini mempunyai pilihan yang

pelbagai sama ada untuk memohon ke peringkat diploma eksekutif mahu pun peringkat yang lebih

tinggi dengan kelayakan akademik yang minimum dan pengalaman bekerja.

Persepsi Terhadap Program Eksekutif

Penawaran program diploma eksekutif oleh UMCCed sejak 1998 tercetus daripada permintaan

tinggi khususnya daripada golongan bekerja sektor swasta bagi tujuan pembangunan kerjaya.

Sebagai komponen sebuah UA, UMCCed tidak tertakluk kepada peruntukan dan keperluan

akreditasi yang pada masa tersebut dikawal selia oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Program

yang ditawarkan ini merupakan program yang bersifat spesifik bagi tujuan perkembangan kerjaya

dan bersifat terminal di mana tiada laluan yang disediakan untuk tujuan lanjutan pengajian.

Penubuhan MQA pada tahun 2007 bagi menggantikan fungsi LAN memperlihatkan

perluasan kawal selia akreditasi ini kepada semua IPT termasuk UA. Sehubungan itu timbul isu

keperluan akreditasi bagi program yang ditawarkan oleh UMCCed serta semua IPT yang

menawarkan diploma eksekutif ini dengan piawaian yang berbeza dan pelbagai. Hanya pada tahun

2010 MQA menyediakan garis panduan untuk akreditasi diploma eksekutif ini dan diletakkan

setaraf dengan program peringkat diploma pada tahap 4 MQF.

Disebabkan penawaran program diploma eksekutif ini telah melalui tempoh yang lama

tanpa akreditasi maka telah wujud persepsi di kalangan masyarakat serta para majikan bahawa

program dengan nama "eksekutif" ini adalah program yang tidak berakreditasi. Selain itu, terdapat

juga kekeliruan untuk menjelaskan perbezaan di antara diploma dan diploma eksekutif yang telah

menimbulkan persepsi bahawa program diploma eksekutif ini adalah kurang berkualiti berbanding

diploma. Berdasarkan ini, UMCCed menghadapi cabaran sengit untuk mengubah persepsi terhadap

program diploma eksekutif yang ditawarkan walau pun kebanyakan program telah pun memperoleh

akreditasi penuh MQA. Menurut Mcneal (2007, dalam Durmaz, 2011), persepsi mempunyai kesan

langsung terhadap tingkah laku pengguna. Persepsi pengguna ini adalah amat penting dalam

mempengaruhi tingkah laku mereka dalam membuat pembelian dan adalah amat penting bagi para

pemasar memahami persepsi pelanggan mereka dengan baik (Durmaz, 2011).

Keraguan serta kurang maklumat berhubung status akreditasi program-program diploma

eksekutif ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada kurangnya sambutan terhadap

(15)

15 Peluang Melanjutkan Pengajian bagi Graduan Diploma Eksekutif

Walaupun bukan semua graduan Diploma Eksekutif berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke

peringkat seterusnya, namun terdapat sebahagian daripada mereka khususnya yang telah lama

mininggalkan alam persekolahan menjadikan program diploma sebagai platform persediaan

sebelum.ke peringkat ijazah pertama. Walau bagaimanapun, wujud kekangan untuk memenuhi

kehendak mereka, iaitu:

(i) Mereka adalah golongan dewasa bekerja yang mempunyai komitmen terhadap

keluarga dan diri sendiri dengan tanggungan kewangan sehingga mereka amat bergantung

kepada keperluan untuk bekerja. Tanpa pekerjaan tersebut, struktur sosial diri dan keluarga

adalah terganggu. Ini bermaksud mereka tidak dapat melepaskan pekerjaan mereka

semata-mata untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di universiti.

(ii) Dalam zaman ini, kebanyakan pelajar ingin melanjutkan pengajian selepas

peringkat diploma eksekutif terus ke peringkat sarjana kerana wujudnya peluang-peluang

tersebut dalam pasaran.

(iii) Terdapat pandangan dalam UA dan universiti swasta bahawa pengajian

diploma eksekutif adalah kurang berkualiti dan substandard khususnya hasil wujudnya

program tanpa akreditasi sedia ada oleh institusi swasta. Malah, persepsi negatif ini juga

menghalang pengambilan pelajar terbaik sekali pun ke arus pengajian sepenuh masa

(sekiranya ada permohonan). Proses untuk memulakan pengambilan pelajar diploma

eksekutif (berakreditasi) khususnya ke peringkat ijazah pertama di UA dijangka akan

menelan masa dan usaha sehingga persepsi negatif ini dapat dikikis sama sekali.

(iv) Berdasarkan Standard Diploma Eksekutif oleh MQA (2013), walaupun

diploma eksekutif boleh digunakan sebagai kelayakan masuk ke peringkat ijazah pertama,

namun para pelajar tidak mendapat kelebihan untuk pindahan kredit sepert mana program

diploma.

Kekangan Individu

Selain persepsi pengguna yang masih kabur, keadaan ekonomi semasa dengan kos sara hidup yang

tinggi secara amnya turut menyumbang terhadap kurangnya penyertaan dalam program PSH seperti

mana dinyatakan oleh Barnett (2010) iaitu faktor kewangan adalah antara sebab utama mengapa

golongan bekerja tidak menyambung pengajian mereka.

Berhubung penyediaan dana untuk menyambung pengajian, pelajar diploma eksekutif yang

berakreditasi kini berupaya mendapat pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi

Negara (PTPTN). Walau pun begitu, terdapat syarat kelayakan yang mengekang sebahagian warga

kerja untuk mendapat kemudahan ini khususnya kelayakan umur di bawah 45 tahun selain kadar

pembiayaan yang tidak mencukupi. Kekangan pembiayaan PTPTN ini memberi kesan langsung

(16)

16 peluang dan giliran mendapatkan pembiayaan majikan. Berbanding penjawat awam, pekerja sektor

swasta mempunyai sumber pembiayaan yang lain melalui pengeluaran simpanan Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja (KWSP) atau pembiayaan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)

bagi majikan yang membayar levi. Sungguh pun begitu, tidak semua dapat menggunakan kaedah

pembiayaan ini sepenuhnya kerana sebahagian simpanan Akaun 2 KWSP turut banyak digunakan

untuk tujuan lain khususnya pembelian rumah manakala pembiayaan PSMB adalah tertakluk kepada

pertimbangan majikan.

Menurut kaji selidik National Adult Learner Survey 2010 oleh Department for Business,

Innovation and Skills, United Kingdom, halangan utama golongan dewasa untuk terus belajar adalah

disebabkan faktor kos (58%), kekurangan masa (42%), pekerjaan (29%) dan keluarga (25%). Kaji

selidik ini juga mendapati mereka yang tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik kurang

berkeyakinan untuk menyambung pelajaran selain sukar mendapatkan program yang bersesuaian

dengan mereka. Selain itu, kaji selidik ini juga mendapati motivasi untuk belajar turut dipengaruhi

oleh faktor umur di mana golongan muda berumur 16 hingga 39 tahun menyambung pengajian bagi

tujuan meningkatkan prospek pekerjaan (kenaikan pangkat dan gaji) manakala golongan pekerja

yang lebih berumur bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan kepuasan kerja.

Menurut Tozser (2012), mereka yang tidak mengikuti program PSH adalah disebabkan

halangan-halangan yang terdiri daripada: a) halangan situasi; b) halangan institusi; c) halangan

personaliti; dan d) halangan maklumat. Halangan situasi timbul daripada keadaan kehidupan

seseorang seperti kekurangan masa kerana kerja dan/atau tanggungjawab keluarga. Halangan

institusi adalah amalan dan prosedur yang menghalang penyertaan seperti yuran atau penawaran

kursus yang terhad. Halangan personaliti pula merujuk kepada sikap dan kecenderungan terhadap

pembelajaran manakala halangan maklumat merujuk kepada kekurangan maklumat mengenai

program pendidikan dan latihan yang ditawarkan serta faedah program-program tersebut.

Perkembangan Teknologi Pemasaran

Perkembangan teknologi pada masa kini telah mengubah gaya hidup serta tingkah laku pengguna

khususnya cara mereka bertindak balas terhadap maklumat yang disampaikan. Menurut kajian

Yahoo Mindshare mengenai trend penggunaan telefon mudah alih di Malaysia mendapati 68 peratus

pengguna Malaysia masing-masing menggunakan peranti mudah alih untuk saling berhubungan dan

memenuhi tabiat waktu pagi; aktiviti masa lapang (66 peratus), memperoleh berita (63 peratus) dan

mendapatkan maklumat di mana sahaja (57 peratus) (Bernama, 2014).

Kesan teknologi khususnya dalam penggunaan telefon mudah alih dapat dilihat dalam

konteks pemasaran program UMCCed di mana respon terhadap pengiklanan melalui akhbar-akhbar

utama semakin menurun saban tahun. Berdasarkan analisis respon iklan yang diterima melalui

Sistem Pesanan Ringkas (SMS), tahun 2015 menyaksikan penurunan respon hampir 60 peratus

(17)

17 jumlah purata pelawat laman web rasmi UMCCed meningkat sebanyak 150 peratus pada tahun 2015

berbanding tahun 2013.

Berdasarkan Kaji Selidik Respon Ambilan Diploma Eksekutif UMCCed yang diadakan

pada ambilan program tahun 2012 (Rajah 4), maklum balas responden menunjukkan sumber utama

bagaimana mereka mengetahui berkenaan penawaran program adalah daripada iklan akhbar iaitu

merangkumi 51 peratus. Walau bagaimanapun, iklan akhbar sebagai sumber maklumat telah

menurun kepada 25 peratus sahaja pada tahun 2015 iaitu penyusutan sebanyak 50 peratus. Menerusi

kaji selidik ini juga didapati sumber maklumat berasaskan internet meliputi iklan, enjin carian dan

media sosial telah meningkat daripada 18 peratus pada tahun 2012 kepada 35 peratus pada tahun

2015 iaitu lonjakan sebanyak 94 peratus.

Rajah 4: Perbandingan Medium Pemasaran

Sumber: Kaji Selidik Respon Ambilan (2012-2015) Diploma Eksekutif UMCCed

Menurut kaji selidik Google Consumer Barometer 2015, 96 peratus penduduk Malaysia kini

memiliki telefon mudah alih di mana 71 peratus daripadanya adalah telefon pintar. Tahap

penggunaan internet pula mencapai tahap 68 peratus populasi meliputi 20.6 juta pengguna aktif.

Daripada jumlah keseluruhan pengguna aktif ini, 18 juta adalah terdiri daripada pengguna internet

mudah alih. Dapatan kaji selidik ini juga menunjukkan pengguna media sosial aktif di Malaysia kini

telah mencapai 18 juta orang di mana 89 peratus daripadanya mengakses media sosial menggunakan

peranti mudah alih.

Perubahan tingkah laku pengguna daripada media tradisional kepada media berasaskan

teknologi internet khususnya laman sosial dan pelbagai aplikasi pengguna telefon pintar telah

menyebabkan para pengeluar produk atau perkhidmatan mempelbagaikan kaedah pemasaran

mereka. Kaedah pemasaran melalui media baharu ini merupakan tambahan kepada kaedah

pengiklanan tradisional sedia ada meliputi media cetak dan elektronik yang telah diamalkan sejak

(18)

18 memaksimumkan impak pemasaran kerana para pengguna kini mempunyai akses kepada pelbagai

sumber untuk mendapatkan maklumat.

Tambahan pula, syarikat-syarikat serta individu yang terlibat dalam pembangunan perisian

pula semakin berlumba-lumba untuk membangunkan pelbagai aplikasi berasaskan telefon pintar

selain platform media sosial yang pelbagaian menjadikan pemasaran pada masa kini semakin

kompleks dan memerlukan kos yang tinggi.

Dalam keadaan pasaran yang sengit, para pengeluar produk atau perkhidmatan terpaksa

mengeluarkan kos yang tinggi bagi memenuhi setiap segmen media supaya sesuatu kempen

pemasaran dapat dilaksanakan dengan liputan yang maksima.

CADANGAN

Berikut diberikan beberapa cadangan, dan sesetengahnya adalah perkara dasar yang perlu diambil

tindakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Memperluaskan Pengembangan Program Diploma Eksekutif

Dengan adanya kekangan yang dihadapi dalam akses program diploma eksekutif oleh UA kepada

lebih ramai lagi peserta, maka penyedia program seperti UMCCed perlu meneliti pelaksanaan

program melalui pembelajaran secara e-pembelajaran (e-learning) serta pendidikan secara terbuka

dan jarak jauh (Open and Distance Learning (ODL).

Memperluas Promosi Program dan Kesedaran PSH

Kertas kajian oleh Maniam dan Kuppusamy (2016) telah menemui bahawa pelajar-pelajar yang

mengikuti program-program PSH sendiri tidak tahu tentang PSH. Mereka yang belum lagi terlibat

dalam PSH sudah pasti tidak memahami juga tentang PSH. Adalah dicadangkan Kementerian

Pendidikan Tinggi mempergiatkan lagi konsep PSH untuk meningkatkan lagi minat dan seterusnya

penyertaan dalam khususnya oleh golongan bekerja.

Melonggarkan Syarat Kemasukan yang lebih Fleksibel

Ramai ahli masyarakat sedia ada memasuki pasaran gunatenaga manusia serta-merta selepas

peperiksaan SPM dan ramai juga tidak mempunyai bilangan kredit yang diperlukan untuk

menyambung pengajian dalam program-program PSH, khususnya diploma eksekutif. Kemasukan ke

program diploma eksekutif seboleh-bolehnya perlu disokong walau pun tidak mempunyai sebarang

kredit untuk memberi peluang kepada golongan sedemikian meningkatkan kelayakan akademik

mereka yang akan turut dapat meningkatkan pendapatan mereka sejajar dengan rancangan kerajaan

(19)

19 Kelonggaran juga perlu dipertimbangkan khususnya keperluan pengalaman kerja yang

berkaitan sebagai syarat kemasukan kerana terdapat sebahagian golongan bekerja yang berhasrat

mengikuti pengajian bagi tujuan menukar kerjaya dalam bidang yang mereka minati. Keperluan

syarat kemasukan yang ditetapkan pada masa ini telah menyebabkan ramai pemohon tidak dapat

mengikuti pengajian disebabkan ketiadaan pengalaman yang berkaitan dengan program yang

dipohon.

Memperluas Pembiayaan Program

Pada masa ini, pelajar-pelajar yang mengikuti program diploma eksekutif ini berupayamendapat

pinjaman dari PTPTN selain mengeluarkan sebahagian simpanan mereka dalam akaun KWSP.

Untuk menjayakan Lonjakan Ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025)

(Pendidikan Tinggi), adalah penting bakal calon yang ingin terlibat disokong oleh dana dari tabung

khas yang disediakan seperti PSMB tetapi kali ini untuk kegunaan dan permohonan individu.

Tabung tersebut boleh disumbangkan oleh industri dalam konteks Tanggung jawab Sosial Korporat

(Corporate Social Responsibility). Tabung sedemikian berupaya membantu mereka yang baharu

sahaja memasuki pasaran gunatenaga yang tidak dapat dibantu oleh simpanan mereka di KWSP.

Mempercepatkan Proses Penyenaraian di MQR

Penganjuran program diploma eksekutif di bawah swa-akreditasi sewajarnya membawa manfaat

mudah kepada PTj di bawah universiti berkenaan. Namun, untuk menjayakan penganjuran program

diploma eksekutif oleh UA, adalah dicadangkan pihak MQR terus mendaftar program-program yang

berjaya diluluskan oleh Senat Universiti dan LPU, khususnya untuk Akreditasi Sementara. Dengan

penyenaraian terus melalui kepercayaan yang diberi kepada institusi yang diberi status

swa-akreditasi, maka sudah pasti calon-calon yang berminat untuk mengikuti program tersebut tidak

akan teragak-agak untuk mendaftar ke program berkenaan.

Memberikan Nilai Tambah Melalui Pemindahan Kredit

Bagi tujuan menggalakkan lagi penyertaan masyarakat di dalam program PSH, perlu wujud satu

kesinambungan di antara program-program yang ditawarkan khususnya berbentuk akademik.

Pemindahan kredit di antara program khususnya diploma eksekutif ke peringkat ijazah pertama akan

memberi nilai tambah kepada program PSH sedia ada serta menarik lebih ramai graduan diploma

eksekutif untuk melanjutkan pengajian mereka.

Melengkapkan Penyenaraian Program PSH dalam MQF

Pada masa ini, hanya terdapat program diploma eksekutif sahaja yang disenaraikan dibawah sektor

PSH dalam MQF. Pihak KPT dan MQA seharusnya mengambil langkah segera mewujudkan senarai

(20)

20 sektor PSH bagi tujuan menyediakan laluan pendidikan yang jelas bagi golongan bekerja mengikuti

program PSH.

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati bahawa penawaran program diploma eksekutif

sememangnya telah memberi kesan positif khususnya dalam pembangunan kerjaya golongan

bekerja selain peningkatan pengetahuan secara berterusan melalui lanjutan pengajian ke peringkat

lebih tinggi. Walau bagaimanapun, cabaran dan kekangan khususnya disebabkan persaingan oleh

institusi pembekal latihan, sumber kewangan terhad, ketidakseragaman dalam pemakaian standard

akreditasi selain perkembangan pesat teknologi dan kepelbagaian kaedah pembelajaran telah

memberi impak terhadap pendekatan pemasaran khususnya untuk menarik lebih ramai golongan

bekerja mengikuti program ini.

Kertas ini juga mendapati bahawa pengakreditasian program diploma eksekutif telah

memberi kesan negatif terhadap enrolmen pelajar disebabkan oleh syarat kemasukan yang ketat.

Bagi memastikan program PSH ini dapat terus berdaya saing, pihak MQA khususnya perlu melihat

semula serta mempertimbang untuk mengurangkan halangan serta memberi kelonggaran terhadap

syarat kemasukan khususnya bagi program berbentuk PSH yang lebih fleksibel. Ini adalah perlu

bagi memperluaskan lagi akses kepada program PSH ini tanpa meletakkan sekatan kepada

mana-mana individu yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian selaras dengan hasrat kerajaan untuk

membudayakan PSH di kalangan masyarakat.

RUJUKAN

Aspin, D. & Chapman, J. (2001), “Lifelong learning: concepts, theories and values”, kertas dibentangkan dalam The Standing Conference on the University Teaching and Research in the Education of Adults (SCUTREA) 31st Annual Conference, 3-5 Julai, University of East London.

Barnett, Deborah R. (2010), "Adult Education: Motivation and Recruitment of Working Adults in the Pursuit of Higher Education". Master of Science Theses diserahkan kepada Southern Illinois

University Carbondale, Paper 349.

http://opensiuc.lib.siu.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1356&context=theses

Bernama (2014), “Malaysians Avid Readers of Breaking News – Yahoo”, http://www.bernama.com/bernama/v7/ge/newsgeneral.php?id=1092363

Google Consumer Barometer 2015, https://www.consumerbarometer.com

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

(21)

21 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2011), Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011 – 2015): Mencetus Transformasi Pengajian Tinggi, Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Knapper, C.K. & Cropley, A.J. (2000), Lifelong Learning in Higher Education, London: Kogan Page.

Laal, M. & Salamati, P. (2012), “Lifelong learning; why do we need it?”, Procedia - Social and Behavioral Sciences, Vol. 31, 399 – 403, World Conference on Learning, Teaching & Administration - 2011.

Maniam, K. & Kuppusamy, S. “Lifelong Learning of Working Adults and Organisational Support”, Kertas kerja dibentangkan dalam Persidangan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2016 (PSH2016), Universiti Malaya, 27-28 September 2016.

MQA (2013), Standard Diploma Eksekutif (revised version), Petaling Jaya, Agensi Kelayakan Malaysia.

Mulvenon, S.W.& Robinson, D.H. (2014), “The Paradox of Increasing both Enrollment and Graduation Rates: Acknowledging Elephants in the Ivory Tower”, International Journal of Higher Education, Vol. 3(1), 66-70, DOI: 10.5430/ijhe.v3n1p66.

National Adult Learner Survey 2010 (October 2012), Bis Research Paper No 63, Department for Business, Innovation and Skills, United Kingdom, www.bis.gov.uk

Ngo Jian Yee, Muhamad Roslan Omar, Mohd Mahzan Awang, Faridah Mydin Kutty & Abdul Razaq Ahmad (2014), “Tren Guna Tenaga Buruh Mengikut Sektor Pekerjaan dan Tahap Pendidikan dari Tahun 2001 hingga 2012”, Kertas kerja dibentang dalam International Social Development Conference (ISDC2014), 12-13 Ogos, Langkawi, Malaysia.

Noesgaard S. S. and Ørngreen R. (2015), “The Effectiveness of E-Learning: An Explorative and Integrative Review of the Definitions, Methodologies and Factors that Promote e-Learning Effectiveness”, The Electronic Journal of eLearning, Vol. 13(4), 278-290, www.ejel.org

Siemens, G. (2005), “Connectivism: A Learning Theory for the Digital Age”, International Journal of Instructional Technology and Distance Learning, 2(1), 3-10.

Tozser, Zoltan (2012), “Adult Learners’ Motivations and Barriers to Participation in Higher Education”, kertas dibentangkan dalam persidangan The European Conference on Educational Research 2012 (ECER 2012): The Need for Educational Research to Champion Freedom, Education and Development for All, European Educational Research Association (EERA), 18 September.

Unit Perancang Ekonomi (2015), Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) 2016-2020, Kuala

Lumpur, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,

http://rmk11.epu.gov.my/index.php/bm/

Yakup Durmaz & Ibrahim Diyarbakirlioĝlu, “A Theoretical Approach to the Role of Perceptıon on the Consumer Buying Decision Process”, Business Management Dynamics, Vol.1(3), 17-21.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian, dapat disimpulkan bahwa: (1) model pembelajaran kontekstual dapat meningkatkan hasil belajar siswa dalam mencari keliling berbagai

Sesuai dengan tanggapan 42 responden dan item-item pernyataan, maka disiplin tanggung jawab kerja telah diterapkan dengan baik, sehingga pada variabel kedisiplinan

Menimbang : bahwa dalam rangka mendukung tertib administrasi pengelolaan keuangan pelaksanaan pemungutan Pajak Bumi dan Bangunan di Kabupaten Banyuwangi Bagian

Perhitungan untuk menentukan kapasitas IPLT menggunakan data proyeksi jumlah penduduk yang akan dilayani di Kecamatan Tampan pada periode perencanaan 15 tahun ke depan,

logam , dan fume dalam udara.  Lingkungan kerja biologi, seperti: pemilihan dan penempatan tenaga kerja, hubungan antara pekerja dengan pekerja, pekerja dengan

Pada tahun 2009 telah dilakukan pembenahan kembali database dan sistem aplikasinya, sehingga pada pelaksanaan akademik semester genap tahun akademik 2009/2010 database

Kepada para jamaah masjid Agung Kendal, hendalah apa yang sudah menjadi niat baik para jama’ah benar-benar di niati untuk mensyi’arkan Agama Allah yaitu agama

Tujuan dari pembentukan Kecamatan Kutowinangun Tingkir Salatiga adalah untuk meningkatkan pelayanan publik, melaksanakan fungsi pemerintah, dan masyarakat Metode yang