• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENINGKATKAN PENGGUNAAN HURUF BESAR KOMA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MENINGKATKAN PENGGUNAAN HURUF BESAR KOMA"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1

MENINGKATKAN PENGGUNAAN HURUF BESAR, KOMA DAN

NOKTAH MURID 5 ELIT MENGGUNAKAN

TEKNIK LAMPU ISYARAT

Oleh:

Adilah Binti Che Ismail, YM Tg. Nor Faizul Bin Tg. Embong Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

ddme12_diela@yahoo.com, tfaizul@ipgmkdri.edu.my

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk memperbaiki kelemahan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan tanda baca yang melibatkan huruf besar, koma dan

noktah bagi penulisan bahasa Melayu melalui ‘Teknik Lampu Isyarat’. Subjek kajian terdiri

daripada empat orang murid tahun lima di sebuah sekolah di Kuala Terengganu. Reka bentuk kajian adalah berdasarkan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian berstruktur, analisis dokumen, temu bual, dan Ujian Diagnostik. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan ketiga-tiga tanda baca tersebut. Dengan menggunakan ‘Teknik Lampu Isyarat’, pengkaji telah menjalankan beberapa sesi intervensi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mensifarkan kesilapan murid dalam penggunaan tanda baca. Dapatan temu bual dan soal selidik menunjukkan bahawa murid berminat dengan teknik yang diperkenalkan. Data analisis dokumen dan pencapaian ujian akhir juga menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam penggunaan huruf besar, tanda koma dan tanda

noktah. Rumusan kajian secara keseluruhannya membuktikan bahawa ‘Teknik Lampu Isyarat’ dapat membantu murid yang kurang mahir menggunakan ketiga-tiga tanda baca tersebut dalam penulisan. Bagi cadangan kajian tindakan yang seterusnya, kelemahan murid dalam penggunaan tanda baca yang lain dalam penulisan akan cuba diperbaiki. Dapatan kajian ini boleh digunakan dalam kajian seterusnya dengan menggunakan teknik yang sama,

iaitu ‘Teknik Lampu Isyarat’. Kajian seterusnya ini mampu membantu murid menguasai jenis

tanda baca yang lain. Hal ini secara tidak langsung berupaya membantu memantapkan lagi kemahiran murid menggunakan tanda baca dalam penulisan. Diharapkan agar menerusi kajian tindakan ini, pengkaji-pengkaji lain dapat turut sama memikirkan cara dan kaedah yang sesuai dalam membantu murid-murid yang bermasalah dalam penulisan bahasa Melayu kelak.

Kata Kunci: Pengunaan huruf besar, koma dan noktah, Teknik Lampu Isyarat

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(2)

2

Perkara ini dapat disokong setelah pengkaji membuat tinjauan serta analisis dokumen terhadap buku-buku latihan murid Tahun Lima Elit. Perkara ini dapat diperkukuh dengan alasan setiap kali selesai sesi pelajaran bagi sesuatu topik yang diajarkan, pengkaji akan mengumpul hasil kerja murid bagi membuat semakan. Setiap kali semakan dilakukan, perkara yang paling ketara kesalahannya adalah dalam aspek penggunaan huruf besar di awal perkataan dan pada awal kata nama khas, tanda baca koma dan noktah.

Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan kemahiran murid lemah dalam penggunaan huruf besar, koma dan noktah dengan menggunakan ‘Teknik Lampu Isyarat’.

SOROTAN LITERATUR

Kemahiran menulis amat menitikberatkan aspek penggunaan tanda baca. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), tanda merupakan lambang atau simbol yang digunakan dalam tulisan yang mempunyai erti tertentu seperti koma, noktah, dan seruan. Pendefinisian ini bertepatan dengan konsep tanda baca, iaitu simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga digunakan untuk intonasi (turun naik nada suara) dan penghentian sebentar ketika membaca dengan suara yang lantang. Maka dapatlah disimpulkan bahawa tanda baca memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan keberkesanan penyampaian mesej penulis kepada para pembaca (Gaya Dewan, 1995).

Teori berkaitan strategi PdP yang telah dilaksanakan oleh pengkaji adalah berdasarkan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh Edward Lee Thorndike, yang mana teori ini dapat dikaitkan dengan penekanan aspek hukum latihan yang memerlukan pengulangan, iaitu melalui latihan yang dilaksanakan secara berulang-ulang. Hukum latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui perbuatan dan kelupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari itu tidak digunakan lagi. Justeru, untuk menjamin kelangsungan pembelajaran, penyediaan latihan dalam pelbagai bentuk, proses pengulangan, latih tubi, serta aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dibuat dengan lebih kerap.

(3)

3

(2005) dalam kajiannya, Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi Murid Tahun Dua Pandai dengan Menggunakan Teknik Warna.

Nora Wahid (2012) juga telah mengkaji berkaitan penulisan huruf besar dengan menggunakan tajuk Penggunaan Kaedah Huruf Berwarna dalam Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Tanda Baca (Huruf Besar) bagi Murid Tahun Tiga. Beliau turut menggunakan teknik warna dalam mengatasi masalah murid menulis huruf besar.Dalam satu lagi kajian telah dijalankan oleh seorang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Mohd Yasser bin Jamaluddin (2011) di sebuah sekolah di daerah Puchong, Selangor Darul Ehsan. Beliau menjalankan kajian yang bertajuk Peningkatan Penguasaan dalam Penggunaan Tanda Baca melalui Kaedah Imlak turut berkiaait rapat dengan isu kajian ini.

Berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan, inovasi sedia ada bagi kajian tindakan yang dijalankan ini adalah berkaitan pengunaan warna, yang mana pengkaji telah mengaplikasikan warna-warna lampu isyarat dengan memberikan analogi bagi tanda baca tertentu dalam penulisan bahasa Melayu. Warna hijau dianalogikan bagi penggunaan huruf besar, warna kuning bagi tanda koma dan warna merah pula disimbolkan bagi tanda noktah. Pengkaji juga turut menedikan set latihan yang pelbagai secara berperingkat-peringkat, mengikut tahap yang mudah kepada yang lebih kompleks.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun Lima Elit Sekolah Kebangsaan Serada menggunakan huruf besar, koma dan noktah dalam penulisan ayat bahasa Melayu.

Objektif

Meningkatkan pemahaman murid dalam penggunaan huruf besar, koma dan noktah dalam penulisan ayat bahasa Melayu menggunakan teknik ‘Lampu Isyarat.

Persoalan Kajian

Bagaimanakah teknik ‘Lampu Isyarat’ dapat membantu meningkatkan pemahaman murid dalam penggunaan huruf besar, koma dan noktah dalam penulisan ayat bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan empat orang murid lemah tahun lima yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan pencapaian dalam ujian diagnostik. Pengumpulan data telah dibuat menggunakan instrumen analisis dokumen, penilaian ujian, temu bual dan soal selidik. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.

(4)

4

dijadikan sebagai penanda aras bagi mengukur prestasi kesemua subjek kajian setelah mengikuti sesi intervensi bersama-sama pengkaji. Proses pengumpulan data kajian ini turut berdasarkan instrumen temu bual dan soal selidik yang telah dijalankan selepas pelaksanaan sesi intervensi. Kedua-dua instrumen ini dijalankan bagi mendapatkan respon dan tindak balas subjek kajian terhadap teknik dan sesi intervensi yang telah diperkenalkan oleh pengkaji.

SPESIFIKASI KAJIAN

Pengenalan terhadap Teknik ‘Lampu Isyarat’ ditunjukkan melalui papan lampu isyarat. Melalui teknik ini, kesemua subjek kajian telah dilazimkan dengan penggunaan simbol warna, iaitu warna merah, kuning dan hijau. Warna hijau digunakan sebagai isyarat bagi menulis huruf besar pada permulaan ayat dan bagi kata nama khas. Warna kuning pula digunakan untuk menulis koma bagi ayat yang mempunyai hentian sebentar manakala warna merah bagi menulis tanda noktah. Simbol warna daripada lampu isyarat telah ditukarkan kepada penggunaan pensel warna iaitu warna merah, hijau dan kuning dalam penulisan murid. Penggunaan warna dapat merangsang pemikiran manusia agar mudah mengingat sesuatu perkara serta menjadi penegasan dalam sesuatu penulisan.

Pendekatan warna yang diperkenalkan dalam kajian ini sangat berkait rapat dengan hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh Wendy M. Sleeth (2009), yang mana membuktikan bahawa warna dapat membantu dalam mengingat sesuatu perkataan. Hasil kajian Wendy M. Sleeth mengesahkan bahawa warna dapat memberi daya ingatan yang agak kuat dan lama bagi seseorang murid terutamanya kanak-kanak. Minda mereka lebih terangsang terhadap sesuatu yang berwarna. Pendekatan warna yang telah diperkenalkan ini juga turut berkait rapat dengan pendekatan yang telah diketengahkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu yang mana dapatan kajian mereka telah memberikan hasil yang positif terhadap pemahaman murid.

Dalam pelaksanaan teknik ‘Lampu Isyarat’ ini, pemahaman subjek kajian ditingkatkan lagi dengan melibatkan beberapa set latihan berkaitan penggunaan tanda baca dengan menggunakan teknik ini. Set latihan ini terdiri daripada empat item latihan yang dilaksanakan berperingkat-peringkat, bermula dari aras yang mudah kepada yang lebih kompleks. Hal ini bertujuan memantapkan lagi tahap penguasaan dan menguji keberkesanan teknik yang akan diperkenalkan dalam kalangan murid. Pendekatan latih tubi melalui set-set latihan yang telah diberikan oleh pengkaji ini adalah berdasarkan kajian-kajian lepas yang turut menekankan hokum latihan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran.

Warna merah: Berhenti / tanda noktah

Warna kuning:

Bersedia untuk berhenti / tanda

(5)

5

Ini juga bertepatan dengan Teori Pelaziman Thorndike yang menekankan aspek hukum latihan yang memerlukan pengulangan, iaitu latihan dilaksanakan secara berulang-ulang. Hukum latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui perbuatan dan kelupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari itu tidak digunakan lagi. Justeru, untuk menjamin kelangsungan pembelajaran, penyediaan latihan dalam pelbagai bentuk, proses pengulangan, latih tubi, serta aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dibuat dengan lebih kerap.

Set-set latihan ini merangkumi beberapa item, iaitu:

i) Mengenal pasti dan membulatkan huruf besar, koma dan noktah yang terdapat dalam petikan.

Contoh:

Tiap-tiap pagi, Pak Abu akan pergi ke dusunnya

untuk menyiram pokok-pokok buahnya.

ii) Menyalin dan melengkapkan ayat dengan huruf besar, koma dan noktah. Contoh:

Emak membeli peria, bayam dan sawi.

iii) Melengkapkan petikan dengan huruf besar, koma dan noktah. Contoh:

Kejayaan ini merupakan kejayaan ibu

bapa, guru-guru dan rakan-rakan saya.

iv) Mengambil imlak bacaan guru. Contoh:

Mula-mula aku merokok, kemudian aku menagih dadah.

DAPATAN

(6)

6

Selain itu, penambahbaikan lain yang telah dilaksanakan adalah pengkaji telah menyediakan set latihan tanda baca yang dibukukan dalam bentuk modul. Modul ini dinamakan ‘Modul Cakna Lampu Isyarat’. Berbeza dengan sesi intervensi bagi lingkaran pertama, set-set soalan diberikan sehelai demi sehelai kepada subjek kajian. Dalam lingkaran kedua, latihan-latihan yang terdapat dalam modul ini juga turut diubah suai oleh sebab pengkaji telah mengenal pasti tahap penguasaan setiap subjek kajian.

Tambahan, pengkaji telah menambah set soalan bagi latihan bagi bahagian-bahagian tertentu untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan subjek kajian dalam aspek tanda baca yang melibatkan huruf besar, koma dan noktah. Penambahan set soalan ini dibuat setelah pengkaji dapat mengesan di bahagian manakah kesalahan paling ketara dilakukan oleh subjek kajian. Pengkaji telah menjadikan kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam lingkaran terdahulu sebagai penanda aras pelaksanaan lingkaran kedua.

Dalam lingkaran kedua juga, pengkaji turut memperkenalkan formula baharu iaitu M2B2TL bagi memudahkan subjek kajian mengingat penggunaan huruf besar untuk kata nama khas. Formula ini dapat diaplikasikan oleh semua subjek kajian bagi membolehkan mereka mengurangkan kesilapan dalam menulis tanda baca dalam ayat bahasa Melayu. Bagi menerangkan formula ini kepada subjek kajian, pengkaji telah menyediakan ‘Roda Kata Nama Khas’ supaya para subjek kajian dapat memahami dengan lebih jelas tentang apa yang cuba pengkaji sampaikan melalui formula ini.

Berdasarkan perbandingan analisis dokumen yang telah dibuat bagi kedua-dua siri lingkaran, perubahan yang telah dapat dikenal pasti oleh pengkaji adalah sangat ketara. Semasa pelaksanaan sesi intervensi lingkaran pertama, peratus kesalahan yang telah dilakukan adalah sebanyak 60% manakala semasa lingkaran kedua, kesalahan yang telah dilakukan telah menurun sebanyak 51%. Ini menunjukkan semasa sesi intervensi lingkaran kedua, Balqis hanya melakukan peratusan kesalahan sebanyak 9% sahaja. Penurunan yang mendadak yang telah dicapai oleh Balqis sedikit sebanyak telah melegakan hati pengkaji yang mana teknik yang telah diperkenalkan ini berjaya meningkatkan pemahamannya dalam aspek penggunaan huruf besar, koma dan noktah. Semasa pelaksanaan lingkaran kedua ini juga, dia kelihatan lebih bersemangat untuk belajar dan sentiasa ceria semasa mengikuti sesi intervensi jika dibandingkan dengan pelaksanaan lingkaran yang terdahulu.

Analisis dokumen yang telah dianalisis secara terperinci oleh pengkaji ini sangat berkait rapat dengan Teori Pelaziman Thorndike yang mana teori ini menekankan aspek hukum latihan yang memerlukan pengulangan iaitu latihan dilaksanakan secara berulang-ulang. Justeru, untuk menjamin kelangsungan pembelajaran, pengkaji telah menyediakan latihan dalam pelbagai bentuk, proses pengulangan, latih tubi, serta aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dibuat dengan lebih kerap. Tambahan, berdasarkan kajian-kajian lepas, masalah kemahiran menulis dan penguasaan tanda baca ini kebanyakannya telah berjaya diselesaikan dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaan di sekolah. Hal ini demikian, ramai pengkaji terdahulu telah menggunakan teknik latih tubi semasa melaksanakan kajian.

(7)

7

dalam lingkaran kedua, Balqis telah berjaya memahami aspek penggunaan huruf besar, koma dan noktah serta menjadi lebih fokus. Bimbingan yang telah diberikan ini telah membantu Balqis memahami apa yang ingin disampaikan oleh pengkaji sekali gus menyumbang kepada pencapaiannya yang cemerlang dalam Ujian Akhir 2.

Tambahan, hasil temu bual yang telah dijalankan juga mendapati bahawa Balqis menyatakan rasa seronok setelah mempelajari teknik ini. Sebelum pelaksanaan intervensi, pengkaji mendapati bahawa Balqis merupakan seorang murid yang sangat pasif, kurang berkeyakinan dalam pelajaran dan sukar memberikan respon terhadap guru di dalam kelas. Hal ini turut disokong oleh guru-guru mata pelajaran yang mengajar Tahun Lima Elit. Namun, setelah menjalani sesi intervensi bersama pengkaji, Balqis kelihatan lebih ceria dan walaupun masih kelihatan kurang berkeyakinan, dia menjadi lebih ringan mulut terhadap apa juga yang diajukan oleh pengkaji. Balqis memberikan respon bahawa teknik yang telah diperkenalkan ini mampu menarik minat oleh sebab penggunaan pensel warna, iaitu hijau, kuning dan merah berjaya membuatkan dirinya menjadi lebih fokus dan faham tentang aspek huruf besar, koma dan noktah terutamanya semasa membuat latihan berkaitan tanda baca. Balqis turut berpendapat bahawa teknik yang diperkenalkan ini telah dapat membantu dirinya untuk mengingat fungsi serta penggunaan huruf besar, koma dan noktah dalam penulisan ayat bahasa Melayu.

Selain itu, instrumen soal selidik juga telah digunakan bagi menyokong hasil ataupun data temu bual yang telah dilaksanakna oleh pengkaji. Soalan-soalan yang diajukan dalam senarai semak soal selidik adalah berkaitan pemahaman Balqis dalam aspek penggunaan huruf besar, koma dan noktah. Berdasarkan soal selidik yang telah dilaksanakan, Balqis memberikan respon bahawa aktiviti-aktiviti menggunakan teknik ‘Lampu Isyarat’ ini telah banyak membantunya mengingat fungsi serta penggunaan huruf besar, koma dan noktah dalam ayat bahasa Melayu.

Peningkatan prestasi yang telah ditunjukkan oleh keempat-empat subjek kajian ini telah menunjukkan petanda positif dalam kajian pengkaji. Keempat-empat subjek kajian telah menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan yang mana kesemua subjek kajian berjaya memperoleh gred A (cemerlang). Teknik yang diperkenalkan oleh pengkaji ini telah memberikan impak yang positif keempat-empat subjek kajian yang mana telah membantu dalam meningkatkan pemahaman mereka khususnya dalam penggunaan huruf besar, koma dan noktah.

Kesimpulannya, penurunan dari segi peratus kekerapan kesalahan tanda baca yang dilakukan oleh subjek kajian dalam huraian analisis dokumen dan disokong pencapaian dan peningkatan prestasi subjek kajian yang sangat membanggakan dalam ujian-ujian yang dijalankan ini telah berjaya menjawab persoalan kajian yang pertama, iaitu teknik ‘Lampu Isyarat’ yang telah diperkenalkan ini dapat membantu meningkatkan pemahaman murid dalam penggunaan huruf besar, koma dan noktah dalam penulisan ayat bahasa Melayu. Hasil temu bual dan soal selidik yang telah dilaksanakan ini telah berjaya menjawab persoalan kajian yang kedua, yang mana teknik ‘Lampu Isyarat’ yang telah diperkenalkan ini dapat membantu murid mengingat fungsi serta penggunaan huruf besar, koma dan noktah dalam penulisan ayat. Hasil temu bual ini telah menunjukkan kesemua subjek kajian telah dapat membezakan fungsi dan penggunaan huruf besar dan tanda baca koma dan noktah. Pengkaji percaya bahawa teknik yang telah digunakan melalui pendekatan warna sedikit sebanyak mampu membantu subjek kajian dalam mengingat fungsi dan aspek penggunaan huruf besar, koma dan noktah dalam penulisan.

(8)

8

KESIMPULAN

Sesi intervensi yang telah dilaksanakan ini telah membantu murid dalam meningkatkan penggunaan huruf besar, koma dan noktah, di samping dapat mengingat fungsi dan penggunaannya dalam penulisan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan latihan-latihan dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang sesi intervensi, subjek kajian dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka. Ini bertepatan dengan pendapat yang telah dikemukakan oleh Edward Lee Thorndike, yang mana kajian beliau membuktikan bahawa pembelajaran merupakan proses cuba jaya. Oleh sebab latihan dilakukan secara berulang-ulang, gerak balas yang salah yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurang, sementara perhubungan antara rangsangan dengan gerak balasnya akan semakin bertambah kukuh. Maka, perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas ini mewakili konsep pembelajaran. Menurut Thorndike, perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan.

Di samping itu, pengaplikasian teknik warna lampu isyarat yang ditekankan dalam intervensi ini telah dapat membantu subjek kajian dalam mengukuhkan lagi pemahaman dan ingatan mereka dalam penggunaan huruf besar, koma dan noktah. Ini telah dibuktikan berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu, yang mana teknik warna telah dapat meningkatkan pemahaman serta daya penguasaan subjek kajian dalam menulis huruf besar, koma dan noktah di tempat yang sepatutnya.

Setelah menjalankan kajian tindakan, pengkaji mendapati kajian tindakan merupakan kajian yang amat sesuai digunakan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran di samping dapat meneroka permasalahan yang dihadapi oleh subjek kajian. Dengan menjalankan kajian tindakan juga, pengkaji dapat mengetahui amalan pengajaran yang paling sesuai digunakan untuk menarik minat para subjek kajian apabila mempelajari sesuatu perkara.

Sebagai guru yang baik, kita haruslah peka dan sentiasa mencuba teknik atau kaedah pengajaran yang baharu agar murid-murid tidak merasa bosan apabila mempelajari sesuatu mata pelajaran. Di samping memupuk suasana pembelajaran yang ceria dan harmonis, murid juga dapat mempelajari kemahiran bahasa dengan menggunakan teknik yang pelbagai dan menyeronokkan.

Penyelidikan tindakan juga dapat meningkatkan keyakinan pengkaji dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa. Melalui kajian tindakan ini, pengkaji dapat mengetahui kelebihan dan kekurangan semasa mengajar kemahiran bahasa terhadap subjek kajian. Justeru, diharapkan agar kajian ini dapat diteruskan dan sentiasa dimurnikan lagi pada masa yang akan datang.

(9)

9

dengan penguasaan ketiga-tiga kemahiran berbahasa iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Untuk menarik lagi minat murid terhadap teknik yang telah diperkenalkan, satu langkah inovasi boleh dilakukan sebagai contoh dengan berbantukan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Hal ini dapat mengelakkan murid daripada bosan dengan teknik yang digunakan di samping berjaya mengekalkan minat dan semangat murid untuk terus belajar. Pendekatan ini juga mampu mengekalkan minat dan tumpuan murid untuk terus mempelajari dan menguasai aspek tanda baca dalam penulisan bahasa Melayu khususnya.

RUJUKAN 1. Buku

Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala

Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.

Chua, Yan Piaw. (2005). Kaedah Penyelidikan. Selangor: Mc Graw Education.

Haji A. Aziz Bin Deraman. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kamarudin Hj. Husin. (1997). Psikologi Bilik Darjah; Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Siri Pendidikan;Penguasaan Kemahiran

Menulis. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah;

Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur.

Marzukhi Nyak Abdullah. (1994). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd. Nashuha Jamidin. (1995). Siri Pendidikan Perguruan; Kemahiran Berfikir dan Belajar. Kuala

Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.

Morton Walker. (2005). The Power Of Colour. Avery Publication Group.

Nik Safiah Karim Et. Al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ke Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

(10)

10

Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan, Kaedah dan Penulisan Edisi Kedua. Kuala Lumpur:

Freemind Horizons Sdn. Bhd..

2. Tesis

Ag Ruzaini. (2012). Penggunaan Warna Dalam Pengajaran Hukum Mad Asli Terhadap Murid Tahun Lima Dalam Bacaan Surah Ad-Dhuha. Latihan Ilmiah. Sekolah A.

Aleimmah binti Ali. (2008). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar dan Noktah bagi Murid 1 Kenanga (Intervensi) menggunakan teknik pen warna (merah). Latihan Ilmiah. SMK Sungai Rambai.

Carmelya Loyanto Anak Bronie. (2010). Mengatasi Kelemahan Penggunaan Huruf Besar Di Hadapan Ayat Bahasa Melayu Murid Tahun Empat Melalui Imej Visual. Latihan Ilmiah. Sekolah Rendah Kerajaan Assam Jaya.

Madihah binti Musa. (2005). Meningkatkan Kemahiran Murid-Murid Tahun Satu Ibnu Sina Dalam Membina Ayat Mudah Dan Menulis Tanda Baca Yang Betul Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Melalui Latih Tubi Tatabahasa. Latihan Ilmiah. Sekolah Kebangsaan Sungai Retang

Mohd Yasser bin Jamaluddin. (2011). Peningkatan Penguasaan dalam Penggunaan Tanda Baca melalui Kaedah Imlak. Latihan Ilmiah. IPG-Kampus Bahasa Melayu.

Muhammad Izzudin bin Othman. (2013). Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Huruf Besar Pada Huruf Pertama Di Awal Ayat Dan Huruf Pertama Kata Nama Khas Menggunakan Teknik CAMAR. Latihan Ilmiah. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.

Nora Wahid. (2012). Meningkatkan Penguasaan Kaedah Huruf Berwarna Dalam Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar Bagi Murid Tahun Tiga. Latihan Ilmiah. Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu.

Rosita Ahmad. (2012). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar dalam Penulisan bagi Murid Tahun Tiga Kudus dengan Kaedah M.A.Y.A (ICT). Latihan Ilmiah. Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir.

Zaridah binti Zuber. (2005). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi Murid Tahun 2 Pandai dengan menggunakan Teknik Warna. Latihan Ilmiah. SK Seri Manjung.

3. Jurnal dalam Talian

(11)

11

Wendy M. Sleeth. (2009). The Use Of Colour To Increase Memorization. Department Of

Psychology. Jurnal Pendidikan, diperoleh daripada

Referensi

Dokumen terkait

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

 Sel mikroba secara kontinyu berpropagasi menggunakan media segar yang masuk, dan pada saat yang bersamaan produk, produk samping metabolisme dan sel dikeluarkan dari

Budaya organisasi yang telah ada dalam puskesmas pada dasarnya mempunyai pengaruh yang baik terhadap puskesmas namun akan lebih baik lagi jika budaya yang telah ada itu seperti

Dalam perencanaan struktur dengan metode Sistem Rangka Pemikul Momen dan Dinding struktural yang terletak pada daerah yang memiliki intensitas gempa sedang perlu

Seluruh berita tersebut memuat pemberitaan mengenai kasus-kasus Tenaga Kerja Wanita (TKW) Indonesia, baik yang terjadi di Malaysia sendiri maupun di negara lain, tetapi

Hasil penelitian yang ditemukan ialah Bahasa Inggris memiliki 4 jenis dan Bahasa Bolaang Mangondow 5 jenis kata sifat dalam Bahasa Inggris, letak kata sifat terjadi di depan atau

Dinas Perumahan, Kawasan Permukiman dan Cipta Karya melalui Bidang Permukiman berupaya untuk selalu mereview dan memperbaharui status dari Database infrastruktur,