• Tidak ada hasil yang ditemukan

Noorhaqmal Muzik dan Pembelajaran Satu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Noorhaqmal Muzik dan Pembelajaran Satu"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Muzik dan Pembelajaran: Satu Penelitian Ringkas

Noorhaqmal Mohamed Noor

Pengenalan

“Plato seorang ahli falsafah Yunan dan ahli falsadah China, Mencius berpendapat: Muzik membentuk jiwa dan budi, muzik yang indah menjamin masyarakat yang teratur dan muzik yang buruk pula membahayakan

negara.”

(Yusnor Ef., Perkembangan Muzik Melayu Singapura 50-an Hingga 90-an, 1991)

Menggunakan muzik sebagai salah satu kaedah untuk mengajar sudah lama dipraktikkan oleh ramai guru. Namun demikian, mungkin tidak ramai yang sedar tentang keberkesanan muzik sebagai salah satu agen penghantar maklumat atau ilmu. Ini adalah kerana muzik sering dirujuk sebagai bahan hiburan semata. Sebenarnya, irama-irama tertentu dapat menimbulkan berbagai-bagai kesan dan perasaan yang berbeza di kalangan manusia secara umum. Kesan positif yang timbul dengan rangsangan muzik dapat disusurkan kepada pembelajaran sebagai pedagogi pendidikan yang berkesan.

Daya pendengaran setiap manusia secara umum mencetuskan pemikiran yang berbeza apabila mendengar irama-irama tertentu. Pada dasarnya, tanggapan dan pemikiran ini berubah-ubah dengan bantuan visual. Sebagai contoh, muzik rock mungkin dianggap sebagai jenis muzik yang agresif dan ganas. Irama lagu RnB dan balada pula sering dikaitkan dengan lagu-lagu berunsur cinta dan sebagainya. Tanggapan ini tidak lahir begitu sahaja. Jelasnya, bahan-bahan media banyak mempengaruhi kaitan muzik dengan ciri-ciri yang telah diketengahkan. Namun sebenarnya, muzik adalah cabang seni yang penuh misteri dan mempunyai ciri-ciri positif jika diteliti dengan lebih terperinci.

Irama Mengukuhkan Ingatan

Satu kajian pakar di Universiti Cina Hong Kong mengesahkan keberkesanan muzik sebagai agen untuk memperkukuhkan ingatan dan penghafalan sesuatu perkara. Chan (2003) menyatakan bahawa kanak-kanak yang telah mempunyai latar belakang latihan muzik mengingati dan dapat menghafal lebih banyak perkataan daripada mereka yang tidak berlatih muzik. Kajian Chan pada tahun 1995 pula mendapati bahawa seorang pemuzik mempunyai pembangunan planum temporale sebelah kiri yang lebih, iaitu bahagian minda yang memproses kebolehan linguistik.

Namun demikian, tidak semua pelajar di dalam sesebuah kelas mempunyai bakat dan resepsi yang sama terhadap muzik. Dalam hal ini, penggunaan irama dan muzik dapat diolah untuk menyesuaikan dengan kehendak para pelajar. Sebagai contoh, para pelajar dapat dibimbing tentang kaitan sesuatu pelajaran dengan jenis muzik tertentu. Bagi pelajar peringkat rendah, ini jelas berkesan dengan adanya lagu-lagu seperti ABC yang diajarkan sejak kecil lagi. Irama lagu ABC yang sama seperti irama lagu Twinkle Twinkle Little Stars mencetuskan perasaan yang dikenali (sense of familiarity) oleh kanak-kanak.

(2)

Snyder (2001) pula menerangkan dalam Music and Memory bahawa komponen kecil muzik, iaitu bunyi adalah elemen kolektif yang disimpan di dalam minda seseorang. Bunyi-bunyi ini disusun di dalam akal sebagai ingatan yang wujud melalui pengalaman. Peristiwa-peristiwa baru akan mencetuskan ingatan jangka panjang (long-term memory) ini dan dirujuk sebagai kategori konseptual (conceptual categories). Setiap individu mempunyai pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa lampau yang akan dikaitkan dengan pengalaman baru ini secara bawah sedar.

Menghadirkan Suasana Positif

“Music is an important and extremely useful tool in the way we learn and to

deny its power is a waste of a truly wonderful resource.”

(Kristian David Olson, The Effects of Music on the Mind, 1996)

Schoen (1940) di dalam bukunya, The Pscyhology of Music: A Survey for Teacher and Musician, menerangkan bahawa setiap bunyi, irama atau muzik mencetuskan perasaan yang berbeza-beza di kalangan setiap individu. Dalam hal ini, sekiranya para pelajar didedahkan pada muzik yang damai dan tenang, maka suasana damai dan tenang itu sudah sediakala wujud. Ini kemudiannya menghadirkan suasana yang positif untuk menggalakkan pembelajaran.

Sebagai contoh, para pelajar yang didengarkan muzik instrumental seperti Mozart, Beethoven atau Bach ketika membaca sesebuah bahan kreatif akan lebih terdorong untuk terus membaca. Ini adalah kerana, secara umum, muzik yang tenang itu tadi membina sekitaran yang meninggalkan kesan terhadap diri setiap individu. Hal ini serupa dengan kompleks membeli belah yang memainkan muzik secara perlahan pada pembeli melalui alat pembesar suara. Secara tidak sedar, pembeli akan merasa tenang dan meluangkan masa yang lebih untuk berjalan-jalan serta membeli-belah di dalam kompleks tersebut. Sekitaran yang positif bukan hanya menimbulkan perasaan damai dan tenang, malah ia mendorong seseorang individu itu untuk bersikap positif secara bawah sedar. Sikap positif di dalam pemikiran ini kemudiannya akan terpapar dalam kerja-kerja yang dihasilkan.

Hiburan

Secara umum, muzik adalah bahan hiburan yang dinikmati setiap manusia. Setiap individu mempunyai pilihan jenis muzik yang tersendiri. Unsur hiburan adalah unsur positif dan harus dijana dan dibentuk supaya dapat disesuaikan dalam diri seorang pelajar ketika di dalam proses mempelajari sesuatu. Kehadiran unsur positif ini bukanlah sekadar menghadirkan suasana positif tetapi dapat membina mood atau keadaan minda yang lapang untuk menerima ilmu dengan lebih jelas dan tidak terganggu.

Stratton (2003) menjelaskan bahawa manusia mudah terpengaruh dengan hiburan. Namun demikian, unsur hiburan ini jika dibentuk dengan sebaik mungkin dapat membantu dalam mencetuskan suasana yang tenang untuk menerima ilmu atau maklumat baru di dalam minda. Hal ini berkait rapat dengan keadaan emosi seseorang ketika menerima sesuatu ilmu. Keadaan emosi yang terganggu (sedih, marah, risau dan sebagainya) dapat ditenangkan terlebih dahulu sebelum proses pembelajaran bermula. Secara umumnya, agak sukar untuk hati dan minda yang terganggu menerima maklumat.

Sehubungan itu, sebagai contoh, ramai orang tidak dapat berfikir secara waras apabila sedang mengalami perasaan marah. Secara saintifik, pengaliran darah yang banyak mula disalurkan kepada hati dan bukan kepada minda. Maka kekurangan oksigen di dalam minda inilah yang menjadikan manusia sukar berfikir apabila di dalam keadaan tertekan sebegitu (Goldberg, 2002). Apabila perasaan-perasaan negatif ini dilucutkan dengan memperkenalkan muzik kepada seseorang individu, ketenangan suasana akan mendamaikan perasaan. Keadaan dan sekitaran daripada luar ini meresap masuk ke dalam hati seolah-olah pengubat jiwa, iaitu penenang perasaan yang sebelum itu berserabut.

Kesimpulan

(3)

This is always true when a composer is attempting to create an atmosphere of time and place."

(Roy A. Prendergast, The Aesthetics of Film Music, 1992)

Kesimpulannya, muzik adalah komponen dalam pembelajaran yang berkesan jika disesuaikan dengan struktur pembelajaran tidak mengira mata pelajara apa sekalipun. Penggunaan muzik sebagai pedagogi yang berkesan tergantung pada guru untuk melibatkan para pelajar mendalami ilmu yang ingin disampaikan. Muzik itu sendiri adalah pengalaman dan seperti lazimnya, ilmu dan maklumat yang disalurkan kepada setiap individu melalui pengalaman akan tertanam di dalam minda dan perasaan. Hal inilah yang menjadikan ilmu dan maklumat yang disampaikan tadi bertapak kukuh di dalam minda serta hati seseorang pelajar.

Bibliografi

Bob Snyder. (2001). Music and Memory: An Introduction. Amerika Syarikat: The Mit Press

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka

Roy M. Prendergast. (1992). Film Music: A Neglected Art Second Edition. New York, Amerika Syarikat: W. W. Norton & Company

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Penelitian ini menggunakan metode penelitian deskriptif analitis yaitu metode yang memaparkan objek yang diteliti mengenai ketentuan penetapan ujrah dalam ijarah atas jasa keagamaan

Rumusan masalah dalam penelitian ini adalah "apakah ada pengaruh penerapan strategi pembelajaran inquiri pada mata pelajaran PPKn terhadap kecerdasan majemuk

waktu, ketelitian yang tinggi dan waktu, ketelitian yang tinggi dan waktu, ketelitian yang tinggi dan waktu, ketelitian yang tinggi dan biaya yang mahal. biaya

Berbeda dengan penelitian Hafifah dan Fitriany (2012), melakukan penelitian dengan judul “Pengaruh beban kerja, pengalaman audit dan tipe kepribadian terhadap skeptisme

Sistem Pemerintahan Berbasis Elektronik (SPBE) merupakan salah satu kegiatan pemanfaatan Teknologi Informasi dan Komunikasi yang dikembangakan oleh pemerintah, untuk

Berdasarkan tujuan-tujuan tersebut penulis membuat kerangka penelitian disertai beberapa hipotesa mengenai wallpaper “Ragnarok” Online Games versi Indonesia yaitu

Dari penelitian diperoleh hasil bahwa input produksi tersedia di daerah penelitian dengan rincian dari segi harga cukup terjangkau, kualitas cukup baik, jumlah cukup