UBUDIYAH DALAM ORGANISASI SATU KAJIAN KO

10 

Loading.... (view fulltext now)

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Teks penuh

(1)

‘UBUDIYAH DALAM ORGANISASI: SATU KAJIAN KONSEP

Nor Akrimi Binti Haji Mohd Ali

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

ABSTRAK: ‘ubudiyah merupakan salah satu nilai yang harus ada dalam pengurusan Islam. Tidak kira apa jenis

pengurusan sekali pun, dengan adanya ‘ubudiyah dapat melahirkan insan yang taat dan sentiasa mencari keredaan Allah SWT. Permasalahan ini dikaji kerana melihatkan situasi keruntuhan akhlak dan moral dalam organisasi disebabkan kurangnya nilai ‘ubudiyah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep ‘ubudiyah dan perlaksanaannya dalam sesebuah organisasi. Metodologi yang digunakan untuk menghasilkan penulisan ini ialah melalui kaedah kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan (content analysis). Hasil kajian mendapati prinsip ‘ubudiyah mempunyai pengaruh yang besar kepada etika dan gerak kerja sesebuah organisasi.

Pendahuluan

Penggunaan istilah ‘ubudiyah mungkin agak asing dalam masyarakat hari ini, namun untuk memahami istilah ini tidaklah begitu rumit kerana perlaksanaan konsep ‘ubudiyah melibatkan aspek ibadah yang sudah sinonim dengan masyarakat. Namun oleh sebab pemahaman konsep ibadah yang agak terhad menjadikan masyarakat kurang jelas dengan

‘ubudiyah. Konsep ‘ubudiyah boleh dikatakan sebagai konsep terpenting dalam kehidupan manusia kerana ia bukan sahaja melibatkan hubungan manusia dengan Allah (hablulminallah) dalam segala aspek sama ada perbuatan, perkataan dan kepercayaan (tauhid) tetapi turut melibatkan hubungan kemanusiaan (hablulminannas).

Kurangnya pemahaman nilai

‘ubudiyah dalam kehidupan masyarakat hari menjadi penyebab keruntuhan akhlak, etika dan gaya hidup masyarakat Muslim. Akhlak, adab dan etika dalam Islam perlulah bersumberkan Quran dan al-Sunnah kerana di dalamnya sudah terdapat ajaran dan disiplin yang lengkap. Berbeza dengan etika dan moral orang barat yang tidak bersumberkan wahyu Ilahi tetapi sebaliknya berdasarkan kepada pemikiran semata-mata. Begitu juga dalam organisasi, sebuah organisasi perlu menerapkan nilai ‘ubudiyah dalam

pengurusannya agar segala urusan dalam organisasi berjalan lancar dan selari dengan tuntutan syarak dan paling penting kejayaan organisasi itu bukan sahaja membawa keuntungan duniawi tetapi membawa keuntungan ukhrawi kepada ahli-ahli organisasi.

Jika dilihat situasi di Malaysia, boleh dikatakan rata-rata organisasi kurang mempraktikkan nilai ‘ubudiyah dalam pengurusan mereka. Hal ini kerana masih terjadi masalah sosial, pelanggaran tatasusila dan etika dalam sebuah organisasi seperti masalah curi tulang, rasuah, mengumpat, tidak amanah, dan tidak bertanggungjawab terhadap kerja yang diberikan.

Berdasarkan pemerhatian penulis terhadap masalah di atas, penulis ingin membawa pembaca menilai betapa pentingnya konsep ‘ubudiyah dalam sesebuah organisasi yang bercirikan Islam. Bagi tujuan itu, penulis telah mengemukakan konsep ‘ubudiyah dan aplikasinya dalam organisasi serta kesannya terhadap organisasi yang mengutamakan ‘ubudiyah.

Metodologi Kajian

(2)

ilmiah, jurnal, tesis dan artikel yang berkaitan untuk dianalisis bagi mendapatkan pengertian yang jelas tentang konsep ‘ubudiyah. Terdapat lima buah buku yang menjadi fokus utama penulis dalam melakukan kajian ini, antaranya buku Shaikul Islam Ibnu Taimyyah dengan bukunya al-’ubudiyah dan buku daripada Ibnul Qayyim. Kemudian penulis juga menggunakan buku dari ulama kontemporari iaitu buku Ibadah Fil Islam karangan Yusuf al-Qardhawi, al-Qusyairi dalam Risalah Al-Qusyairiyah dan buku tulisan Said Hawwa yang membawa konsep ‘ubudiyah melalui penghayatan nama-nama Allah.

Konsep ‘ubudiyah.

‘ubudiyah secara literalnya bermaksud perhambaan, pengabdian, dan pemujaan. Apabila berbahas mengenai konsep pengabdian atau kehambaan ini, perlu difahami bahawa seluruh manusia di muka bumi ini adalah hamba kepada al-Khaliq iaitu Allah SWT dan ia termasuk golongan para Nabi dan Rasul (Ibnu Taimiyyah 1983). Seperti mana firman Allah dalam Surah al-Jin:

Maksudnya: Dan sesungguhnya hamba Allah (Muhammad) berdiri menyembah-Nya (mendirikan solat), mereka (para Jin) itu berdesakan mengerumuninya.

(al-Jin, 72: 19)

Apabila dikatakan manusia itu dijadikan sebagai hamba Allah, maka pengabdian atau kehambaan (‘ubudiyah) perlulah diserahkan kepada Allah semata-mata. Seperti firman Allah SWT:

َقك يِإ

َ

َ ُنِعقت ۡسقنَقك يَُِدُ ۡعقن

٥

َ

َ

Maksudnya:

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

(al-Fatihah, 1:5)

Pengabdian yang ditujukan kepada selain dari Allah adalah merupakan satu kesesatan dan dikeji Allah. Firman Allah:

َقل قققو

َ

َ ُ ُكبقر

َكِن ُعۡدٱ

َ

َ ۡ ِجقتۡس

ق

أ

َنِإَ ۚۡ ُك

قل

َ

َق يَِٱ

َ

َ ۡ قعَ قنوُ ِِ

ۡ قتۡسقي

َ ق يِ ِخاقدَق نق قجَقن

ُ ُخۡدقيقسَ ِِقد ق ِع

٠

َ

َ

Maksudnya: dan tuhanmu berkata: berdoalah padaku, maka akan kukabulkan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong untuk menyembahKu itu kelak akan masuk neraka jahanam dengan hina-dina.

(al-Ghafir, 40: 60)

Rasa Cinta Melahirkan ‘ubudiyah

Persoalannya dari manakah timbul rasa

‘ubudiyah? Ibnu Taimiyah (1983) mejelaskan rasa perhambaan atau

‘ubudiyah sebenarnya bermula dari rasa cinta. Rasa cinta ini dimulai dengan hubungan hati dengan orang yang dicintai, kemudian dilanjutkan dengan curahan hati, jadi apabila rasa cinta ini semakin mendalam, maka ia akan melahirkan rasa pengorbanan dan seterusnya melahirkan rasa perhambaan. Oleh itu Ibnu Qayyim (1987) meringkaskan bahawa hakikat perhambaan (‘ubudiyah) adalah merendah diri dan tunduk kepada yang dicintai.

(3)

kepada apa yang dibenci Allah. Oleh itu dapat disimpulkan ‘ubudiyah adalah mencintai segala yang dicintai Allah dan membenci apa yang dibenci Allah. Inilah perkaitan antara cinta dan ‘ubudiyah.

Seterusnya rasa keterikatan hati manusia dengan Allah akan menjadikan seorang hamba menundukkan diri melakukan ketaatan kepada Allah. Ketaatan yang dimaksudkan adalah beribadah kepada Allah. Seperti mana firman Allah dalam surah az-Dzariat:

قمقو

َ

َ ُ ۡقق قخ

َ ِ

ۡٱ

ۡ

ََقو

َ ق نِ

ۡٱ

ۡ

َ

َِنوُدُ ۡعق ََِِِإ

٦

َ

َ

Maksudnya:

Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadat kepadanya.

(Surah az-Dzariat, 51: 56)

‘ubudiyah dan Ibadah

Ayat di atas jelas menunjukkan Allah menjadikan hamba-hambanya untuk beribadah kepada manusia. Persoalannya bagaimanakah beribadah kepada Allah? Ibnu Taimiyah (1983) menjelaskan ibadah adalah segala sesuatu yang dicintai dan diredhai Allah SWT merangkumi seluruh ucapan dan perbuatan sama ada yang nampak dan ataupun tidak nampak seperti ibadah solat, puasa, zakat, haji, mengeratkan silaturahim, berbakti kepada ibu bapa dan segala perkara yang diredhai Allah. Hal ini termasuk juga mencintai Allah dan para rasul, rasa takut kepada Allah, ikhlas dalam beribadah, redha atas segala ketentuan Allah, tawakal dan memohon keampunan kepada-Nya. Jelas di sini, ibadah bukan hanya bermaksud ibadah khusus seperti yang difahami masyarakat hari ini, tetapi ia merangkumi semua perkara dan urusan yang diredhai Allah.

Pengertian ibadah yang dikemukakan Ibnu Taimiyah menunjukkan ruang ibadah sangat luas sehingga al-Qardhawi menyimpulkan ibadah meliputi

segala aspek kehidupan manusia dan unsur-unsur pembentukan manusia (al-Qardhawi 1978). Dari penjelasan ibadah juga dapat kita ketahui bahawa rasa kecintaan kepada Allah sebenarnya merupakan satu ibadah. Maka dapat dirumuskan ‘ubudiyah dan ibadah merupakan dua istilah yang berkait rapat dan bergantungan antara satu sama lain.

Kemuncak perhambaan dan pengabdian kepada Allah adalah dengan rasa cinta kepada Allah yang disertakan rasa ketundukan dan kerendahan hati kepada Allah dan ia merupakan sebahagian daripada ibadah kepada Allah (Ibnu Taimiyah 1983). Maka jelaslah apabila kita berbicara mengenai ‘ubudiyah, aspek yang paling dititik beratkan adalah ibadah kerana ‘ubudiyah timbul dari rasa kecintaan (ibadah) kepada Allah. Dan seperti pendapat Ibnul Qayyim ( 1987) ibadah cinta itulah yang paling utama kerana setiap pergerakan manusia bersumberkan dari cinta. Maka apabila kita mencintai Allah, maka setiap gerakan yang kita lakukan adalah kerana Allah semata-mata.

‘ubudiyah Melalui Hati, Lidah dan Anggota Tubuh

Ibnul Qayyim (1998) menjelaskan perhambaan (‘ubudiyah) kepada Allah meliputi perhambaan melalui hati, lidah dan anggota tubuh dan diringkaskan oleh Al-Qardhawi (1978) seperti berikut:

(4)

perkara maksiat terbahagi kepada dua iaitu dosa kecil dan dosa besar. Dosa-dosa besar seperti riak, ujub, takbur dan sombong, hasad dengki dan sebagainya. Dosa-dosa kecil pula adalah seperti berangan-angan dan bernafsu hendak melakukan perkara yang haram. Perkara-perkara haram di atas jika ditinggalkan kerana Allah sedangkan ia berkuasa untuk melakukannya maka akan mendapat pahala.

‘Ubudiyah melalui lidah pula adalah menuturkan sesuatu yang diwajibkan atas setiap mukalaf seperti bacaan dalam solat, mengucap dua kalimah syahadah, menjawab salam, amar makruf (menyuruh kepada kebaikan) dan nahi mungkar (melarang kemungkaran). Dan kita juga menuturkan ucapan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir dan bermuzakarah dalam ilmu yang berguna. Haram pula bagi kita untuk bertutur perkara-perkara yang dibenci Allah seperti ghibah, bercakap perkara bidaah yang menyalahi wahyu Allah, menghina, menyakitkan hati orang lain dan sebagainya. Islam juga melarang kita dari bercakap perkara-yang sia-sia yang sekiranya ditinggalkan lebih baik dari bercakap kerana ia termasuk dalam ucapan yang makhruh (al-Qardhawi, 1978: 106).

Maka dapat kita ketahui pelaksanaan ibadah solat, puasa, haji, zakat, menghormati orang tua, menghormati ibu bapa, berkasih sayang, tolong menolong adalah termasuk dalam

‘ubudiyah melalui perbuatan atau anggota tubuh.

Jelas di sini penjelasan ‘ubudiyah adalah kita menyandarkan perhambaan kepada Allah dengan ibadah yang tulus sama ada melalui hati, lidah, pancaindera dan anggota tubuh yang lain. Hakikat seorang hamba (abdun) itu adalah menghambakan diri kepada Allah SWT dalam bentuk penghambaan (‘ubudiyah) iaitu dengan melaksanakan segala bentuk perbuatan kerana Allah swt (ibadah) iaitu dengan mengesakan Allah dan tidak mensyirikkan atau menyamakan-Nya dengan sesuatu pun serta melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala laranganNya. Oleh itu seseorang

yang tunduk mengakui keimanan kepada Allah sahaja tidak cukup jika tidak mengikut segala perintah dan suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah (al-Qardhawi, 1978: 31). Maka jelaslah

‘ubudiyah adalah menundukkan segala urusan mengikut cara yang disukai dan diredhai Allah sama ada dalam kepercayaan (iktiqad), percakapan dan perbuatan.

‘ubudiyah Dalam Organisasi Melalui penjelasan konsep ‘ubudiyah di atas, dapat kita fahami bahawa pelaksanaan ‘ubudiyah di dalam organisasi adalah menjadikan sebuah organisasi yang menjalankan segala urusan-urusan di dalam organisasi sebagai satu cara untuk meluahkan rasa perhambaan kepada Allah. Bagaimana organisasi meluahkan rasa perhambaan kepada Allah adalah dengan menundukkan segala urusan sesuai dengan perintah Allah. Oleh itu organisasi yang

‘ubudiyah perlulah melakukan urusan disukai dan diredhai Allah sahaja, dan meninggalkan segala perkara yang dibenci Allah.

Konsep ‘ubudiyah dalam sesebuah organisasi umumnya boleh di capai jika kesemua ahli mempunyai nilai ‘ubudiyah dalam diri masing-masing. Kesemua tingkat kumpulan di bawah organisasi perlulah mempraktikkan ‘ubudiyah dalam diri sebelum nilai ‘ubudiyah itu masuk ke dalam organisasi. Perlaksanaan ‘ubudiyah itu perlulah meliputi segala aspek ibadah sama kepercayaan, percakapan, perbuatan

dan sebagainya.

‘Ubudiyah Melalui Matlamat Dan Hala Tuju Organisasi

(5)

Oleh itu organisasi yang menyandarkan pengabdian kepada Allah tidak akan

menerima konsep “matlamat menghalalkan cara” (Rasid Muhamad 2011).

‘Ubudiyah Melalui Akhlak dalam Organisasi

Organisasi yang meletakkan matlamat pengabdian diri kepada Allah sudah tentu akan mewujudkan satu budaya dan akhlak yang diredhai oleh Allah. Berakhlak mulia merupakan satu ibadah dan seterusnya menunjukkan ‘ubudiyah kepada Allah. Akhlak merupakan komponen penting dalam kehidupan manusia seperti mana akidah dan syariah. Akhlak dalam Islam mestilah bersumberkan Quran dan al-Sunah. Betapa pentingnya akhlak dalam Islam dilihat dari pengutusan Rasulullah sendiri sebagai penyempurna akhlak manusia.

a) Akhlak Ketua Organisasi

Seorang ketua perlulah mempunyai hati yang ikhlas dan sentiasa bertakawal kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Hati yang ikhlas dalam melakukan suatu perbuatan akan menimbulkan rasa yang tenang dan redha dengan ketentuan Allah walaupun hasil sesuatu perbuatan itu bukan seperti yang dikehendaki. Aziz Yusuf (2010) menjelaskan seorang ketua perlulah sentiasa bersyukur dan bersedia menerima hakikat bahawa tidak semua perkara yang diusahakan mencapai hasil sebagaimana yang diharapkan.

Selain itu, seorang ketua juga perlulah mempunyai rasa cinta dan takut kepada Allah. Rasa cinta dan takut kepada Allahlah yang dapat menghindari seseorang daripada melakukan sebarang kemungkaran dan mendorong melakukan kebaikan seperti yang diperintahkan-Nya. Al-Qardhawi (1978:106) menjelaskan haram bagi lidah untuk menuturkan perkataan keji dan dusta. Oleh itu seorang ketua perlulah menjaga percakapan dengan ahli di bawahnya dan haram mengatakan

perkataan yang keji dan dusta kepada ahli di bawahnya.

b) Akhlak Ahli Organisasi

Ahli-ahli di bawah organisasi juga perlulah mempunyai ciri-ciri hati seperti yang dijelaskan di atas. Setiap ahli perlu mempunyai hati yang ikhlas, tawakal, cinta dan keyakinan yang teguh dan patuh kepada Allah. Rasa cinta dan takut kepada Allah akan menjadikan insan mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan. Said Hawwa (1998) menjelaskan rasa cinta kepada Allah dan Rasul termasuk kewajipan Islam yang paling tinggi, Seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 165:

َقو

َق يَِٱ

َ

َِۗ ِلَِ مل ُحَدقش

ق

أَْاك ُنقماقء

Maksudnya: dan orang-orang yang beriman itu sangat besar cintanya pada Allah.

Rasa cinta kepada yang hakiki akan membuahkan rasa cinta kepada sesama mahkluk. Dan dalam konteks organisasi, ahli organisasi yang mencintai Allah akan mengasihi dan berkasih sayang sesama ahli organisasi. Ahli organisasi juga perlulah patuh kepada arahan ketua selagi mana ia tidak melanggar syarak dan perlulah memastikan kepatuhan yang hakiki itu hanya kepada Allah SWT.

Seterusnya ahli organisasi perlu menjauhi perasaan yang tidak baik seperti hasad dengki, cemburu, sombong, riak, ujud dan berprasangka buruk terhadap orang lain. Sifat-sifat ini perlulah dijauhi bagi memastikan segala urusan di dalam organisasi itu berjalan dengan baik dan lancar. Ahli organisasi juga perlulah sentiasa menuturkan kata-kata yang baik sesama ahli organisasi kerana menuturkan perkataan yang baik itu menunjukkan

(6)

dan menghina orang lain. Dalam istilah

masyarakat hari ini, istilah “bergosip”

sering digunakan bagi menggantikan perkataan mengumpat (ghibah) yang mana lebih sinonim dengan golongan hawa. Jadi perbuatan bergosip inilah yang perlu dibuang jauh dari sebuah organisasi kerana bergosip (ghibah) merupakan satu perbuatan yang mendatangkan dosa (al-Qardhawi, 1978).

Dari penjelasan-penjelasan di atas, dapat disimpulkan seorang ketua dan ahli organisasi yang ‘ubudiyah kepada Allah akan melaksanakan perintah Allah dan menghalang dirinya dari melakukan sesuatu perkara yang dilarang Allah. Dan daripada perbuatan-perbuatan ini akan melahirkan satu budaya dan akhlak yang baik dalam organisasi.

‘Ubudiyah Melalui Kod Etika Dalam Organisasi

Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika (Syarifah Hayati 2010). Organisasi yang menerapkan ‘ubudiyah perlu menetapkan etika yang menepati syariat dan diakui Islam. Antaranya:

1) Hormat Menghormati

Antara etika yang perlu wujud dalam sebuah organisasi adalah hormat-menghormati. Sebagaimana hadis dari Rasulullah:

”Tidak termasuk golonganku orang

yang tidak

menyayangi orang yang lebih muda, dan tidak mengerti hak-hak orang yang lebih tua.Bukanlah termasuk golonganku orang yang menipu kami. Seorang mukmin tidak dikatakan beriman sehingga ia mencintai orang mukmin lain, seperti mencintai diri

sendiri.”

2) Ihsan

Ibnu Manzur (1990) menjelaskan ihsan bererti perbuatan yang baik dan tindakan yang betul. Ihsan juga membawa erti melakukan sesuatu dengan penuh keimanan sehingga merasakan seolah-olah Allah sedang melihat dia. Ihsan merupakan sesuatu yang penting kerana ia mendorong penjawat awam menjadi pengawal utama kepada dirinya sendiri. Dirinya akan merasa bimbang dan bersalah jika melakukan sesuatu yang bercanggah dengan perintah Allah (Syarifah Hayati 2010). Firman Allah:

َْا ُقِ ن

ق

أقو

َ

َ ِ يِبقسَ ِِ

َِِٱ

َ

َْا ُقۡ ُتَ

َقو

ق

َ

َِإَ ۡ ُكيِدۡي

ق

أِب

ق

َِ ق ُ ۡ تٱ

َ

َ ْۚاك ُنِسۡح

ق

أقو

َنِإ

َقِٱ

َ

َ ِ ُُ

َقنِنِسۡحُ

ۡ

لٱ

َ

٥

َ

َ

Maksudnya: buatlah (dengan sebaik-baik) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.

(al-Baqarah, 2: 195)

3) Amanah

Seterusnya organisasi perlu menekankan sifat amanah dalam kehidupan berorganisasi. Perbuatan tidak amanah jelas antara akhlak yang buruk dan wajib dijauhi. Mewujudkan prinsip amanah dalam organisasi menunjukkan ‘ubudiyah kerana ia adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam. Tambahan lagi, kesan dari amanah dapat menjadikan seseorang melakukan pekerjaan dengan patuh dan baik. Firman Allah:

“Wahai orang yang beriman!

Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan rasul-rasulnya, serta janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diserahkan kepada kamu, sedangkan kamu

(7)

(Surah Al-Anfal, 8: 27)

Sifat amanah sangat penting dalam sebuah organisasi kerana ia dapat membawa kejayaan kepada sesebuah organisasi (Aziz Yusuf 2010).

4) Menepati Masa

Menepati masa merupakan suatu yang dituntut dalam Islam. Sebagaimana Firman Allah dalam Surah al-Asr:

َِ ۡصقع

ۡلٱقو

َ

ََ

َنِإ

َق ٰ قسنِ

ۡٱ

ۡ

َ

َف ُۡۡخَ ِِ

قل

ََ

َ َِإ

َق يَِٱ

َ

َْا ُ ِ قعقوَ

ْا ُنقماقء

َِ ٰ قحِ ٰصلٱ

َ

َِبَ

ْاۡ قصاق قتقو

َِل ق

ۡٱ

ۡ

َ

َِبَ

ْاۡ قصاق قتقو

َِِۡصلٱ

َ

َ

Maksudnya: Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

(Surah al-‘Asr,103 : 1-3)

Menepati masa menunjukkan rasa tanggungjawab dan amanah terhadap kerja dan organisasi. Perkara ini jelas menunjukkan nilai ‘ubudiyah kerana sifat amanah adalah sifat yang dituntut dalam Islam. Jelas di sini masalah curi tulang dan lambat datang kerja seperti yang berlaku dalam organisasi hari ini adalah kerana kurangnya penekanan nilai ‘ubudiyah dalam organisasi tersebut.

5) Pemakaian Mengikut Syariah

Etika pemakaian mencerminkan keperibadian seseorang. Sebagai seorang Muslim adalah menjadi kewajipan menjaga adab berpakaian. Organisasi yang mementingkan nilai ‘ubudiyah perlu mengkhususkan kod pemakaian yang

mengikut syariat. Pakaian yang mengikut syariat adalah pakaian yang menutup aurat. Firman Allah :

َك ِنق ٰ قي

َ

َ مس ق َِِۡ ُكۡيق قعَ ق

ۡق ن

ۡ

ق

أَ ۡدققَقمقداقء

َۖ مشيِرقوَۡ ُكِتٰۡ قسَيِرٰقوُي

َ

Maksudnya: wahai anak cucu Adam, sesungguhnya kami telah menyediakan pakaian untuk menutup auratmu dan perhiasan bagimu.

(Surah al-A’raf, 7:26)

‘Ubudiyah Melalui Perlaksanaan Aktiviti/Program

Apabila kita ingin menjadikan sesuatu pekerjaan sebagai ibadah kepada Allah Taala, perlulah kita melaksanakan sesuatu pekerjaan yang tidak bertentangan dengan hukum yang Allah tetapkan. Begitu juga organisasi, apabila melaksanakan aktiviti dan kegiatan perlulah aktiviti yang tidak bertentangan dengan syarak. Al-Qardhawi (1978) menjelaskan terdapat beberapa syarat untuk menjadikan amalan sebagai ibadah. Antaranya:

a)

Aktiviti yang Tidak

Bertentangan dengan Syarak

Al-Qardhawi (1978:77-79) menjelaskan antara syarat amalan seseorang menjadi ibadah mestilah amalan yang dikerjakan itu di akui Islam, sesuai dengan hukum syariah dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Persoalannya bagaimanakah memastikan aktiviti kita bertepatan dengan syarak? Maka ia perlulah di dirujuk kepada sumber-sumber Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah, ijtihad

para sahabat dan ulama’ qiyas yang

(8)

b) Mengutamakan Ibadah Khusus

Al-Qardhawi (1978:79) menegaskan dalam menjalankan amalan-amalan duniawi, manusia tidak boleh lalai dari menjalankan kewajipan ibadat yang khusus seperti sembahyang, puasa dan sebagainya sesuai dengan firman Allah:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah hendaknya harta-harta kamu dan anak-anak kamu itu melalaikan kamu dari mengingati Allah, barang siapa berbuat demikian (dilalaikan oleh harta dan anak-anaknya dari mengingati Allah) maka merekalah sebenarnya orang-orang yang rugi.

(Surah al-Munafiqun, 63: 9)

c) Niat Yang Ikhlas Kerana Allah

Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia tentunya mempunyai suatu niat dan tujuan yang khusus sama ada niat itu untuk tujuan yang baik atau tidak baik. Namun tujuan yang paling utama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan amal perlulah tujuan yang ikhlas kerana Allah semata-mata. Ikhlas merupakan satu urusan hati yang susah untuk dicapai kerana hati manusia itu mudah tergoda kepada sesuatu yang lain. Said Hawwa (1998: 318) menjelaskan sesuatu yang bersih dan terhindar dari kotoran dinamakan khalish (yang bersih), manakala pekerjaan membersihkan disebut ikhlas. Maka jelas ikhlas adalah perbuatan

untuk membersihkan hati dari sebarang niat yang tidak bersandar kepada Allah. Niat yang ikhlas dalam pekerjaan menunjukkan betapa dekatnya hubungan perhambaan seseorang dengan Allah. Begitu juga dalam sesebuah organisasi, ahli-ahli di dalam organisasi melakukan sesuatu niat kerana Allah dan mengharapkan rahmat dan bekerja Allah supaya suatu pekerjaan itu tidak sia-sia. Hasil daripada ikhlas akan melahirkan pekerja yang bertanggungjawab dan bekerja dengan penuh kerelaan hati,

kesungguhan, penelitian serta bersegera untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

Aktiviti Yang Meningkatkan Nilai

‘Ubudiyah

Antara aktiviti yang boleh dijalankan dalam organisasi bagi meningkatkan

‘ubudiyah kepada Allah adalah menganjurkan tazkirah pada setiap minggu dan aktiviti membaca al-Quran setiap pagi. Aktiviti ini sebenarnya merupakan

‘ubudiyah melalui lidah seperti yang dijelaskan al-Qardhawi. Organisasi juga boleh mengadakan aktiviti pemberian zakat kepada asnaf yang memerlukan, bantuan sedekah dan bantuan kepada anak-anak yatim dan ini menunjukkan

‘ubudiyah melalui anggota tubuh.

Implikasi ‘Ubudiyah Kepada Organisasi

Sebuah organisasi yang mengamalkan prinsip ‘ubudiyah yakni melakukan sesuatu kerana pengabdian kepada Allah

Ta’ala sudah tentu akan memperoleh

ganjaran yang besar dari Allah di dunia mahupun di akhirat. Antara kesan

‘ubudiyah kepada organisasi adalah:

(9)

Kedua: Sebuah organisasi akan mencapai kejayaan dengan lebih mudah kerana mempunyai ahli organisasi yang bekerja dengan rajin dan bersungguh-sungguh. Ahli organisasi yang mempunyai rasa pengabdian kepada Allah akan menjadikan setiap amalan sebagai ibadah dan sudah tentu kerja akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Ahli organisasi lebih bertanggungjawab terhadap kerja yang dilakukan. Atas rasa tanggungjawab itu ahli organisasi akan memperbaiki mutu kerja dan telus dalam melakukan pekerjaan.

Ketiga: Wujud suasana positif dan tidak mudah putus asa di dalam sesebuah organisasi yang mengutamakan prinsip

‘ubudiyah. Hal ini kerana ahli-ahli organisasi sedar akan ketentuan Allah. Setiap perkara yang dirancang tidak semestinya akan tercapai seperti yang diingini kerana semua urusan di dunia ini berjalan seperti di dalam perancangan Allah. Al-Qardhawi (1978) menjelaskan ibadat itu meliputi redha terhadap qadha dan qadar, bertawakal, mengharapkan rahmat dan takut atas azab seksaan-Nya.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan ‘ubudiyah merupakan satu prinsip yang penting dalam organisasi kerana ia mempunyai hubungan yang sangat signifikan dengan kecekapan dan kegemilangan sesebuah organisasi. Setiap urusan dalam pengurusannya mestilah diperhambakan atau diabdikan sepenuhnya kepada Allah SWT, bukan kepada selain daripada-Nya. Segala perkara mungkar dan keji dapat dijauhi

dengan

berpandukan

kepada

ciri-ciri dan matlamat pengurusan Islam yang berteraskan dasar-dasar pengurusan yang mempunyai nilai ubudiyyah

.

Pada

pengamatan

penulis,

kebanyakan organisasi Islam sudah menerapkan kesemua prinsip-prinsip Islam tetapi sejauh manakah prinsip Islam itu dihayati? Jika kesemua prinsip Islam dalam organisasi dihayati, kemudian disertakan

dengan akhlak mulia, serta melakukan ibadah khusus dengan sempurna, itu menunjukkan organisasi tersebut berjaya membawa konsep ‘ubudiyah.

Rujukan

Al – Quran

Abdul Aziz Yusuf. 2010. Pengurus Bertakwa Memakmurkan Syarikat Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia

Abdul Mujieb, Ahmad Ismail & Syafi’ah.

2009. Ensiklopedia Tasawuf Imam Al-Ghazali. Bandung: Mizan Media Utama

Al-Qusyairi, Abul Qasim Abdul karim Hawazin. 2002. Risalah Qusyariyah Sumber Kajian

Ilmu Tasawuf. Terj Umar Faruq. Jakarta: Pustaka Amani.

Al-Qardhawi, Yusuf. 1978. Ibadah Dalam Islam. Terj Hassan Idris. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Amitai Etzioni. 1964. Modern Organizations. New Jersey: Prentice-Hall

Auni Haji Ahmad. 2010. Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Pahang:Alam Raya Enterprise.

Chester Barnard. 1938. The Function Of The Executive. Cambridge: Harvard University Press.

Hawwa, Sa’id Bin Muhammad Daib

(pnyt). 1998. Mensucikan Jiwa. Terj Annur Rafiq Shaleh

Tamhid. Jakarta: Rabbani Press.

Ibnul Qayyim al-Jawziyyah. 1998. The Dispraise of al-Hawaa. Tt: Daar al-Bukhari.

(10)

Ibnu Taimiyah. Taqi al-Din Ibn Abd al-

Halim. 1983. Al

‘ubudiyah:Hakikat

Perhambaan Manusia Kepada Allah. Terj: Mu’ammal Hamidy. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Mohd Shahar Bin Sidek. 1990. Pengurusan Organisasi Dari Perspektif Islam. Kertas Kerja Seminar Pengurusan

Organisasi Dari Perspektif Islam. t.tp. 11-12 Mac 1990.

Muhammad Nubli Abdul Wahab. 2008. Kecermelangan Pengurusan Organisasi Dalam Islam.

Siri1.Kuantan: Universiti Malaysia Pahang.

Rasid Muhamad et all. 2008. Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd.

Salasiah Hanin Hamjah, Zainab Ismail & Noor shakirah Mat Akhir. 2012. Kaedah Penenrapan Ibadah Dalam Kaunseling. Jurnal Teknologi 59: 87-92.

Figur

Memperbarui...

Referensi

Memperbarui...