• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kegiatan Ekonomi di Wilayah British Born

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kegiatan Ekonomi di Wilayah British Born"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Kegiatan Ekonomi di Wilayah British Borneo Menjelang Abad ke-19

Oleh

Nararossa Peter Ballak* & Mohd Samsudin Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi,

Universiti Kebangsaan Malaysia. Emel :nararossapeter@gmail.com*

Abstrak

Kebanyakkan wilayah di Asia Tenggara didatangi oleh kuasa-kuasa Eropah sekitar jangkawaktu di antara tahun 1800 sehingga 1914. Pembukaan Terusan Suez sehingga tercetusnya Perang Dunia Pertama menyebabkan banyak perubahan yang berlaku. Sekitar 1860 sehingga 1941, hampir keseluruhan wilayah di Asia Tenggara didominasi oleh kuasa-kuasa Eropah dengan membawa agenda politik, ekonomi dan sosial. Di Kepulauan Borneo, persaingan di antara kuasa Eropah berlaku dalam memperjuangkan agenda tersendiri. Seiring dengan penemuan jalan dari Barat ke Timur, laluan perdagangan terutamanya di bahagian utara Kepulauan Borneo mengunjur ke zon perdagangan Kepulauan Sulu serta kekayaan bahan mentah mahupun hasil hutan menyaksikan persaingan berlaku di antara kuasa Barat untuk menguasai mana-mana wilayah di Asia Tenggara. Kepulauan Borneo mempunyai potensi menjadi sebuah wilayah yang penting sebagai pusat entreport di antara Selat Melaka dengan negeri China. Potensi ini telah dijangka oleh kuasa-kuasa Eropah dengan melihat jaringan perdagangan yang dilakukan terutamanya dengan Negara China. Oleh itu, kertas ini bertujuan untuk membincangkan sejauhmanakah faktor ekonomi menyebabkan British bersaing dengan kuasa Eropah lain untuk bertapak di Kepulauan Borneo menjelang abad ke-19. Persaingan kuasa telah berlaku di antara British dengan kuasa Eropah yang lain dengan mendukung kepentingan ekonomi melalui sistem perdagangan bebas untuk mengaut keuntungan dalam mana-mana wilayah di Kepulauan Borneo. Hasil kajian merumuskan bahawa kuasa-kuasa Eropah Amerika, Sepanyol, Jerman, Belanda dan British bersaing untuk memperjuangkan agenda ekonomi di Kepulauan Borneo. Persaingan tersebut akhirnya mendapati bahawa Belanda dan British berjaya menyingkirkan kuasa-kuasa Eropah yang lain dan bertapak di Kepulauan Borneo untuk mengaut keuntungan hasil bumi. Belanda bertapak di Kalimantan yang digelar sebagai Dutch Borneo, manakala British bertapak di Brunei, Borneo Utara dan Sarawak yang digelar sebagai British Borneo.

(2)

1.0 Pengenalan

Dari segi geografi, Pulau Borneo merupakan kepulauan ketiga yang terbesar di dunia. Kedudukan geografi Pulau Borneo yang terletak di tengah rantau Asia Tenggara berhampiran dengan Kepulauan Sulu, China, Filipina dan Hong Kong sebelah utara, Kepulauan Sulawesi di Indonesia di sebelah selatan serta Singapura dan Tanah Melayu di sebelah barat telah menjadikan ia kawasan yang penting dari segi perkembangan perdagangan. Di pulau Borneo terdapat beberapa wilayah iaitu Brunei, Sarawak, Sabah (Borneo Utara dan Labuan) dan Kalimantan. Wilayah di Borneo dikelilingi oleh laut, teluk-teluk dan disempadani oleh selat-selat menyediakan kawasan yang terlindung dan sesuai untuk pembangunan dan perkembangan sesebuah pelabuhan. Keadaan geografi fizikal wilayah di Borneo didominasi oleh kawasan tanah tinggi yang bergunung-ganang serta saliran sungai-sungai.

“ The island of Borneo extends from 7˚7’ north to 4˚12’ south latitude, and from 108˚45’ to 119˚25’ east longitude, measuring at its extreme length nine hundred miles, at its greatest breadth seven hundred and in circumstances three thousand. Situated in the track of the most extensive and valuable commerce, intersected on all sides with deep and navigable rivers, indented with safe and capacious harbors, possessing one of the richest soils on the globe, abounding in all necessaries of human life, and boasting commercial products that have in all ages excited the avarice and stimulated the desire of mankind.”1

Dari segi persempadanan geografi, Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dengan mencatatkan ketinggian 4,095 meter dari aras laut. Manakala di Sarawak pula, Gunung Murud merupakan yang tertinggi di Sarawak dengan ketinggian 2,438 meter dari aras laut. Dengan keadaan geografi fizikal tersebut, wilayah di Borneo sememangnya bergunung-ganang di kawasan pedalaman hingga ke sebahagian besar kawsan pantai yang menghasilkan ratusan sungai kecil serta beberapa batang sungai besar yang berperanan sebagai alat komunikasi penting bagi menghubungkan kawasan pedalaman dan pesisir pantai. Di Sarawak, Sungai Rajang merupakan sungai terpanjang iaitu 563 km manakala Sungai Kinabatangan iaitu 560 km sebagai sungai yang terpanjang di Sabah. Pusat-pusat perdagangan penting terletak di muara-muara sungai utama di wilayah Borneo yang menjadi tumpuan penguasaan ekonomi misalnya pelabuhan Brunei, Santubong, Banjarmasin dan sebagainya. Begitu juga, wilayah Borneo berpantaikan Laut China selatan di seberat barat, Laut Jawa di

(3)

sebelah selatan, Laut Sulu di sebelah utara dan Laut Sulawesi di sebelah timur. Sifat garis pantai yang tidak lurus telah menghasilkan telukan yang cukup dalam dan sesuai untuk mendirikan pelabuhan. Misalnya, Teluk Brunei, Kimanis, Marudu, Gaya dan Paitan yang terdapat di Sabah.

Dalam konteks masyarakat, wilayah-wilayah di Borneo didiami oleh penduduk asal yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Dayak Laut (Iban), Dayak Darat (Bidayuh), Orang Ulu, Kedayan, Kejaman, Sekapan, Ukit, Memaloh, Murut, Dusun, Berawan, Rungus, Lun Bawang, Selakau/Selako dan sebagainya masih tetap dengan kebudayaan asli mereka. Kehidupan pada masa dahulu berbeza dengan sekarang kerana ada sesetengah masih tinggal di hutan dan mengamalkan cara hidup berpindah randah mencari makanan dengan melakukan aktiviti ekonomi seperti bercucuk tanam, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Ahli-ahli etnologi telah membahagikan penduduk di wilayah Borneo lebih daripada 40 etnik. Sungguhpun begitu, etnik Dayak Laut begitu terkenal dengan suasana melanun dan mengayau kerana dianggap sebagai suatu pekerjaan pada masa dahulu.

“All the aboriginals of Borneo, whether Dyaks or not, have remained at a very primitive cultural level. Some are nomadic forest-dwellers, living by fishing and by hunting with blow-pipe and poisoned dart, others have learnt rudimentary methods of agriculture. A hundred years ago head-hunting was practically universal among them, and in special circumstances is still liable to recur.”2

Keadaan tersebut menyebabkan James Brooke dan Kapten Keppel telah melakukan ekspedisi membanteras aktiviti pelanunan di sepanjang sungai Saribas dan Batang Lupar.3 Bukan

sahaja di Sungai Saribas dan Batang Lupar, di sekitar kawasan perairan wilayah Borneo turut berlaku aktiviti pelanunan yang didominasi oleh puak Balingingi, Iranun dan Melayu. Ia dianggap sebagai aktiviti ekonomi di mana mereka telah mencuri dan merompak hasil dagangan kapal-kapal mahupun perahu-perahu yang berlayar di sekitar perairan wilayah Borneo. Namun begitu, menjelang abad ke-20, kegiatan pelanunan telah berkurang dan perairan wilayah Borneo lebih selamat kerana pihak-pihak Eropah yang datang berdagang di wilayah Borneo telah membanteras kegiatan pelanunan ini.

“After several naval actions against the pirates during the 1840s and 1850s and the acquisition of Labuan, the Borneo route became safe for the passage of commerce.”4

2 Graham Irwin. Nineteenth-Century Borneo : A Study in Diplomatic Rivalry. Donald Moore Books : Singapore. 1955. Hlm. 3.

3 Henry Keppel. The Expedition to Borneo of H.M.S Dido for The Suppression of Piracy : Volume II. Frank Cass & Co.Ltd. London. Hlm.52.

(4)

Di samping itu, dalam sejarah Borneo, wilayah di Borneo telah menerima beberapa peresapan kebudayaan dari dunia luar. Bukti-bukti arkeologi yang dijumpai menunjukkan bahawa berlaku peresapan kebudayaan berlaku semasa kegiatan penjajahan Hindu iaitu secara langsung di Borneo pada abad yang awal. Misalnya, tempat pengorbanan Brahmin telah dijumpai di Kutei yang dipercaya wujud sejak 4 masihi. Di Sambas juga menunjukkan wujudnya pengaruh Hindu di Pantai Barat. Hal ini kerana, semasa kegemilangan Kerajaan Srivijaya di Sumatera, Borneo Barat menjadi tumpuan oleh pedagang-pedagang yang dalam perjalanan jauh dari India ke China. Selepas kebangkitan empayar Hindu-Jawa iaitu pada abad ke-12, Pulau Borneo telah jatuh ke tangan Majapahit. Dengan itu, raja-raja Majapahit telah menerima ufti dari setiap wilayah yang terdapat di pesisir pantai. Misalnya, Brunei pernah menghantar satu mangkuk pinang muda sebagai tanda penghormatan kepada kerajaan Majapahit.

Selain itu, perhubungan perdagangan dengan Negara China telah wujud sejak awal iaitu kira-kira abad ke-3 lagi. Penemuan arkeologi di Delta Sungai Sarawak telah mendedahkan bahawa kawasan tersebut pernah menjadi pusat perdagangan yang berkembang maju antara pedagang India dan China dalam jangkawaktu 500 sehingga 1400 tahun. Berdasarkan kitab sejarah Cina yang dicatatkan dalam tahun 1407 iaitu semasa pemerintahan Dinasti Ming pernah disebutkan bahawa dalam pelayaran Cheng Ho telah mengunjungi Brunei, Tanjungpura, Karimata, Belitung, Jawa, Palembang, Pasai dan sebagainya. Hal ini bermakna, Kepulauan Borneo sememangnya sudah lama terlibat dalam aktiviti perdagangan.5 Pada abad ke-14, hampir

semua bahagian pantai di Borneo adalah di bawah kekuasaan Kerajaan Majapahit. Majapahit telah menguasai aktiviti perdagangan di Kepulauan Borneo dan menjadi sebuah kuasa yang kuat sehingga pada abad ke-15 pemerintahan Majapahit memberi pengaruh kepada Kepulauan Borneo.

Kesultanan Brunei telah melalui zaman kegemilangannya dari abad ke-15 sehingga abad ke-17 yang mana mereka telah memerintah sebahagian besar utara Borneo. Kegemilangan Kerajaan Kesultanan Brunei telah menguasai seluruh wilayah Sarawak, Borneo Utara,

(5)

Kepulauan Sulu dan Filipina sehingga tahun 1840. Namun begitu, Kesultanan Brunei mengalami zaman kejatuhan pada akhir tahun 1841 sehingga terpaksa menyerah sedikit demi sedikit wilayah Sarawak khususnya kepada seorang pedagang Inggeris iaitu James Brooke pada tahun 1842.6 Di

pulau Borneo, terdapat beberapa wilayah yang menjadi rebutan kuasa-kuasa Eropah sekitar abad ke-18 iaitu Brunei, Sarawak, Sabah (Borneo Utara dan Labuan) dan Kalimantan. Pembahagian kuasa telah berlaku di antara British dan Dutch yang mana British telah bertapak di tiga wilayah iaitu Brunei, Sarawak, Sabah (Borneo Utara dan Labuan) yang dikenali sebagai British Borneo manakala Dutch menduduki Kalimantan yang juga dikenali sebagai Dutch Borneo.

Justeru, dalam makalah ini kawasan kajian yang disentuh adalah mengenai British Borneo yang mana mereka telah menguasai wilayah Brunei, Borneo Utara dan Sarawak. Pada abad ke-19, British cenderung untuk melakukan perluasan kuasa atas sebab kedudukan Borneo yang terletak di jalur perdagangan dan kawasan strategik di utara Borneo iaitu Borneo Utara. Melalui penguasaan wilayah tersebut, para sarjana Eropah melabelkan ia sebagai British Borneo. Sebagai kuasa Eropah yang terakhir datang ke Borneo, British terpaksa bersaing dengan Dutch walaupun pada hakikatnya Dutch mempunyai kuasa dan pengaruh tetapi lemah dalam soal pentadbiran. Persaingan tersebut kadangkala secara langsung tetapi kerap kali secara tidak langsung atas dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kedua-dua kuasa ini. Keadaan ini telah menimbulkan persoalan penting iaitu sejauhmanakah faktor ekonomi menjadi faktor dominan yang menyebabkan British bertapak di Borneo menjelang abad ke-19 berbanding dengan kuasa-kuasa Eropah yang lain walaupun mereka merupakan kuasa-kuasa Eropah yang lewat datang ke Borneo.

2.0 Kegiatan ekonomi di Wilayah Borneo : Borneo Utara, Brunei dan Sarawak

Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah ke Borneo, masyarakatnya sudah menjalankan kegiatan ekonomi. Kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan adalah berbentuk sara diri yang melibatkan aktiviti bercucuk tanam, mengutip hasil hutan, menternak dan memburu binatang.

(6)

Sejak abad ke-19 lagi, kegiatan ekonomi dikuasai oleh golongan bangsawan dan aristokrat tempatan yang bukan sahaja menguasai hal ehwal pentadbiran tetapi turut menguasai kegiatan ekonomi. Penguasaan ekonomi sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah ini turut didominasi oleh orang Cina manakala orang Dayak mahupun masyarakat peribumi lain berfungsi sebagai pemungut hasil hutan dan terlibat dengan aktiviti pertanian yang lain. Bentuk aktiviti ekonomi yang dilakukan adalah berbentuk sara diri dan komersial. Walaupun bersifat komersial, namun urusan jual beli hanya dilakukan di antara daerah dan kawasan sekitarnya sahaja.7 Penggunaan

matawang masih belum diperkenalkan kepada penduduk di wilayah Borneo. Namun, selepas kedatangan kuasa-kuasa Eropah, berlaku transformasi ekonomi dari segi peningkatan kadar pengeluaran, peningkatan permintaan terhadap komoditi tertentu, pengenalan komoditi import dan eksport baru, perubahan jalan perdagangan antarabangsa dan monopoli perdagangan. Hal ini kerana, kuasa-kuasa Eropah memerlukan bahan mentah dan hasil hutan untuk dieksport ke Eropah. Permintaan yang tinggi di Eropah menyebabkan mereka mencari kawasan dagangan baru di Timur.

Masyarakat peribumi pula masih meneruskan kegiatan mereka walaupun kedatangan kuasa-kuasa Eropah campurtangan dalam kegiatan ekonomi mereka. Masyarakat peribumi misalnya Dayak terkenal sebagai pemungut hasil hutan dengan memungut hasil hutan seperti damar, gambier, sarang burung, rotan, sisik tenggiling, cengkerang kura-kura dan sebagainya. Hal ini kerana, masyarakat peribumi lebih arif dengan suasana di hutan dan mengetahui selok belok hutan. Mereka dianggap penyumbang terbesar kepada hasil hutan lantas terus dikekalkan oleh kuasa Eropah untuk bekerja sebagai pemungut hasil hutan kerana hasil hutan menjadi komoditi eksport pada tahun 1870. Brooke menggalakan masyarakat Dayak untuk meneroka dan mengumpul hasil hutan kerana ia berkait rapat dengan tradisi masyarakat Dayak iaitu “bejalai” di mana mereka pergi luar daripada kampong mereka untuk mencari ilmu, kekayaan dan pengalaman. Di Sarawak tradisi “bejalai” dilakukan oleh Saribas Dayak kerana mereka terlibat dengan aktiviti merompak sekitar perairan Borneo yang turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Sarawak. Selain Dayak, Kayan dan Kenyah mereka terlibat dengan kegiatan memungut hasil hutan dan kegiatan perdagangan. Kayan dan Kenyah telah didedahkan dengan sistem kewangan seperti matawang, sistem kredit serta berhubung dengan pedagang

(7)

daripada luar. Masyarakat Kayan dan Kenyah dilihat lebih terdedah dengan kemajuan dalam bidang perdagangan jika dibandingkan dengan masyarakat Dayak. Seperti mana masyarakat Bidayuh mereka agak ketinggalan daripada masyarakat peribumi yang lain kerana menerima tekanan daripada majikan mereka iaitu masyarakat Melayu. Namun mereka tetap terlibat dalam kegiatan ekonomi sebagai buruh lombong dan petani. Masyarakat Melanau pula terlibat dalam perusahaan sago dan diusahakan di sepanjang sungai Igan, Oya dan Mukah.

Di Borneo Utara pula, masyarakat peribumi terlibat dalam penanaman tembakau, getah, koko dan sebagainya. Pada lewat abad ke-19, tembakau menjadi salah satu komoditi eksport di Sabah tetapi tidak diusahakan lagi pada abad ke-20 kerana ramai pengusaha tembakau telah beralih arah untuk mengusahakan getah yang lebih menguntungkan. Perusahaan getah memberikan impak terhadap masyarakat peribumi iaitu Kadazan Dusun. Mereka terlibat dengan mengusahakan getah di kebun-kebun kecil. Kebun atau ladang getah banyak dibuka oleh syarikat persendirian Eropah di kawasan Menggatal, Papar, Beaufort dan Tenom.8 Selain itu, masyarakat

peribumi juga terlibat dalam kegiatan ekonomi bercucuk tanam dan menangkap ikan. Walaupun begitu, hasil yang mereka perolehi dijual kepada pedagang-pedagang. Masyarakat Melayu pula, mereka turut terlibat dalam aktiviti ekonomi seperti menanam padi, getah, koko, gambier dan sebagainya. Bagi yang mempunyai kedudukan yang tinggi, mereka dilantik memegang jawatan sebagai pemungut cukai, penghulu, ketua kampong.

Bagi masyarakat Cina, mereka terlibat dalam urusan jual beli, sistem kredit, perbankan dan menjadi orang perantaraan dalam sistem jual beli. Segala urusan perdagangan dengan pedagang daripada luar diuruskan oleh orang Cina. Di samping itu, mereka banyak terlibat melakukan perdagangan di pelabuhan-pelabuhan seperti di pelabuhan Brunei, Kuching dan sebagainya.9 Oleh kerana mereka banyak terlibat dalam perdagangan di pelabuhan dengan

menguruskan kegiatan import dan eksport, kuasa-kuasa Eropah tertarik untuk melakukan urusan jual beli dengan mereka. Masyarakat Cina merupakan penyumbang kepada perkembangan ekonomi di Sarawak melalui sistem cukai semasa zaman Brooke kerana mereka tidak mendapat hak keistimewaan seperti masyarakat peribumi. Sebagai contoh, mereka menguruskan hal ehwal proses eksport sago di pelabuhan Kuching yang dihantar ke Singapore. Di Brunei, kuasa Eropah

8 D.S Ranjit Singh. The Making of Sabah 1865 – 1941 : The Dynamics of Indigenous Society. University Malaya Press. Kuala Lumpur. 1991. Hlm. 240.

(8)

seperti Sepanyol pula datang ke pelabuhan Brunei kerana tertarik untuk melakukan perdagangan dengan pedagang Cina yang ada di pelabuhan tersebut. Hal ini kerana, pedagang-pedagang Cina mempunyai pengalaman dan kecekapan untuk menguruskan hal ehwal perdagangan berbanding dengan masyarakat lain. Selepas kedatangan kuasa-kuasa Eropah ke wilayah di Borneo, kegiatan ekonomi telah berubah. Perubahan tersebut menyebabkan munculnya kegiatan ekonomi bersifat komersial. Hal ini kerana, kuasa-kuasa Eropah ini memperkenalkan beberapa tanaman komersial seperti getah, tembakau, koko, kopi dan sebagainya untuk dikomersialkan dan dieksport ke Eropah.10 Sebagai contoh tanaman getah sesuai ditanam di wilayah Borneo seperti di Sarawak

dan Borneo Utara kerana tanah dan iklim yang sesuai. Pengenalan tanaman komersial seperti getah ini berkait rapat dengan perkembangan revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah menjelang abad ke-19. Kuasa-kuasa Eropah terpaksa bersaing kerana kualiti getah yang terdapat di Eropah telah jatuh merosot dan menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan bekalan bahan mentah terutamanya getah kerana mendapat permintaan yang tinggi di Eropah.

Melalui syarikat dagangan mahupun persendirian, mereka berusaha untuk mendapatkan tanah daripada masyarakat peribumi untuk mengusahakan tanaman-tanaman komersial. Misalnya, Jerman pernah berhasrat untuk membuka ladang tembakau di Sandakan manakala Dent-von Overback melalui syarikat perdagangan persendirian daripada Amerika mengusahakan tanaman kopi di Kimanis tetapi tidak berjaya. Hasrat Jerman untuk mewujudkan peluang ekonomi di Borneo Utara telah mencabar kedudukan British di Borneo Utara kerana Jerman mempunyai kelebihan dari segi teknologi perkapalan dan pelayaran sehingga mereka mampu belayar dan menguasai ekonomi Afrika Selatan. Begitu juga, dalam tahun 1836, sekumpulan ahli perniagaan Amerika di negeri China memutuskan untuk membuka hubungan perdagangan yang tetap dengan Borneo dengan harapan untuk mendapatkan lada hitam, kopi dan sebagainya. Sebagai kuasa Eropah yang berjaya bertapak di wilayah Borneo, British menggalakkan perusahaan tanaman komersial ini dilakukan oleh masyarakat peribumi.

Bagi memastikan kedudukan British tidak tergugat di Borneo, British terpaksa menguasai wilayah-wilayah di Borneo secara berperingkat dengan menguasai Brunei, Borneo Utara dan Labuan serta Sarawak. Langkah ini dilakukan untuk mengelakkan pengaruh Jerman bertapak di

(9)

wilayah di Borneo. Dengan pelaksanaan langkah tersebut, Jerman tidak berjaya meluaskan pengaruhnya di Borneo. Walaupun dilihat sebagai satu kejayaan kepada British, namun British harus berdepan dan bersaing dengan Dutch. Pada awal persaingan, Dutch dapat dilihat sebagai kuasa yang berpengaruh kerana mereka berjaya menduduki Kalimantan dengan menubuhkan loji loji perdagangan di Banjarmasin, Kutai dan sebagainya11. Pengaruh kekuasaan Dutch

sememangnya bermula dengan lebih awal berbanding dengan British. Namun, kedatangan British pada abad ke-16 dan seterusnya memulakan perluasan kuasa sekitar abad ke-19 telah menggugat kepentingan ekonomi Dutch yang ingin memonopoli perdagangan lada.12

3.0 Faktor Ekonomi

Ekonomi merupakan faktor yang dominan yang menyebabkan persaingan dalam kalangan kuasa-kuasa Eropah untuk bertapak di wilayah Borneo. Pada abad ke-18, kuasa-kuasa-kuasa-kuasa Eropah ini mulai melihat kepentingan Borneo dalam arus perdagangan dunia. Kepentingan dari aspek ekonomi menuntut kuasa-kuasa Eropah ini bersaing untuk mendapatkan Borneo. Jalinan perdagangan di antara Borneo dengan pendukung ekonomi yang lain seperti Kepulauan Sulu, Kepulauan Jolo, Sulawesi dan sekitar perairan Borneo menyebabkan kerancakan hubungan perdagangan berlaku.13 Zon perdagangan tersebut menjadi kawasan tumpuan perdagangan di Asia Tenggara

sekitar lewat abad ke-18 dan 19 yang menjadi pusat perdagangan yang memperdagangkan segala jenis hasil dagangan. Tambahan lagi, setiap tahun zon perdagangan ini menerima kunjungan daripada jong-jong pedagang Cina dan perahu-perahu Bugis serta pedagang-pedagang luar yang memerlukan bahan dagangan yang terdapat di pelabuhan tersebut. Justeru, penguasaan jalan perdagangan, penemuan sumber mineral, pengenalan tanaman bersifat komersial dan pengumpulan hasil hutan menyebabkan British menaungi wilayah Borneo pada abad ke-19 untuk mengekalkan momentum perdagangan di Asia Tenggara lantas mengelakkan pengaruh kuasa Eropah lain bertapak di wilayah British Borneo.

11 J Thomas Lindbald. Between Dayak and Dutch : The Economic History of Southeast Kalimantan 1880 – 1942.

Foris Publication. Netherlands. 1988. Hlm.58.

12 K.N Chaudhuri. The Trading World of Asia and The English East India Company 1660 – 1760. Cambridge University Press. London. 1978. Hlm.313.

(10)

3.1 Penguasaan Jalan Perdagangan

Seawal abad ke-3, Asia Tenggara merupakan sebahagian daripada laluan maritim yang menghubungkan Timur dan Barat.14 Rantau Asia Tenggara memainkan peranan penting sebagai

penghubung kegiatan perdagangan di antara Barat dan China yang memendekkan jarak perjalanan dari Barat ke Timur. Begitu juga, kedudukan Pulau Borneo terletak di tengah-tengah rantau Asia Tenggara menyebabkan ia dikunjungi oleh pedagang luar terutamanya dari China, Arab, Eropah dan sebagainya. Proses perlumbaan kuasa-kuasa Eropah di Kepulauan Borneo bermula sekitar abad ke-16 apabila kedatangan kuasa Portugis dan Sepanyol berlabuh di pelabuhan Brunei yang menyebabkan perubahan dalam jalinan perdagangan di wilayah Borneo.

Selepas tahun 1860, gerakan perluasan dan persaingan kuasa di antara kuasa Eropah berlaku untuk mendominasi jalan perdagangan yang menghubungkan Singapore dan China. Hal ini kerana, British perlu menjaga dan mempertahankan perdagangan Asian Trade.15 Salah satu

sebab mengapa British bertindak dengan agresif adalah perubahan polisi yang mana sebelum ini menekankan faktor ekonomi yang kini turut menekankan faktor politik. British menerima galakan daripada syarikat-syarikat perdagangan, pedagang-pedagang kerana khuatir bahawa terdapat persaingan daripada kuasa-kuasa Eropah yang lain terutamanya di utara Borneo seterusnya menggugat aktiviti perdagangan yang diusahakan oleh British. Begitu juga, salah satu kuasa yang turut menggugat kedudukan British adalah Jerman di mana Jerman mempunyai hasrat untuk menduduki Borneo Utara. Jerman ingin membiayai segala perbelanjaan wilayah Borneo Utara yang diletakkan di bawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB). Selain Jerman, Sepanyol turut menggugat kedudukan British di Borneo Utara berikutan dengan pendudukan Sepanyol di Kepulauan Sulu.16 Keadaan ini memaksa British untuk menaungi tiga

wilayah di Borneo iaitu Sarawak dan Brunei di bawah perjanjian perlindungan 1888 manakala Borneo Utara diletakkan di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) pada

14 Bilcher Bala. Thalassocracy : A History of The Medieval Sultanate of Brunei Darussalam. Percetakan CCS Sdn.Bhd. School of Social Sciences Universiti Malaysia Sabah, Sabah. 2005. Hlm.97.

15 James Francis Warren. The Global Economy and The Sulu Zone : Connections, Comodities and Culture. UU University Press. Amsterdam. 2000. Hlm. 18.

(11)

tahun 1881.17 Dengan menerapkan polisi tersebut, British meluaskan kuasa hegemoni tanpa

campurtangan kuasa Eropah yang lain di wilayah British Borneo.

Selain itu, peningkatan nilai perdagangan antara China dan British semakin meningkat dalam pertengahan abad ke-19. Hal ini menunjukkan bahawa, jalan perdagangan yang menghubung British di Borneo dan China sangat penting bagi memastikan kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar samada dengan China dan pelabuhan-pelabuhan yang lain. Tambahan lagi, perkara utama yang seringkali mencabar bagi British adalah mengawal laluan perdagangan tersebut daripada serangan lanun dan musuh semasa peperangan berlaku. Dengan memastikan kegiatan ekonomi berjalan dengan lancar British perlu mengambil kira aktiviti yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Eropah yang lain sekitar perairan Borneo dan keselamatan jalan perdagangan yang didominasi oleh mereka.

Kerancakkan kegiatan ekonomi yang berlaku pada lewat abad ke-18 sehingga 19 menyebabkan kuasa-kuasa Eropah bersaing untuk mendapatkan hasil bahan mentah dan hasil hutan yang terdapat di wilayah Borneo. Kewujudan beberapa pelabuhan yang berstatus entreport seperti Brunei, Kuching, Jesselton dan sebagainya menyebabkan banyak kapal dagangan, syarikat perdagangan mahupun pedagang-pedagang Eropah serta sekitar Borneo yang datang berkunjung untuk berdagang di pelabuhan tersebut.18 Hal ini kerana, pelabuhan-pelabuhan di

wilayah Borneo memperdagangkan hasil seperti sago, lada, rempah, camphor, gutta percha, getah, sarang burung dan sebagainya. Dengan adanya komoditi seperti ini, kuasa-kuasa Eropah bersaing mendapatkan bahan-bahan tersebut.

Dengan kedudukan pulau Borneo yang terletak di jalur perdagangan Asia Tenggara menyebabkan ia dilalui oleh banyak kapal dagang yang terdiri daripada syarikat persendirian, pedagang-pedagang asing dan daripada kepulauan Melayu. Seawal abad ke-19, jumlah kedatangan pedagang daripada Eropah, Cina dan sekitar wilayah Asia Tenggara meningkat daripada sebelumnya. Tuntutan kepada hasil bahan mentah, hasil laut dan hasil hutan menyebabkan mereka datang berkunjung ke pulau Borneo. Tambahan lagi, hubungan perdagangan di antara China dengan Borneo mahupun Sulu dan Jolo telah lama berlaku sebelum

17 D.R SarDesai. British Trade and Expansion in Southeast Asia 1830 – 1914. Allied Publishers Private Limited. India. 1977. Hlm.4.

(12)

abad ke-18 untuk mendapatkan hasil dagangan seperti camphor, trepang, mutiara, agar-agar, cangkerang kura-kura, sarang burung dan sebagainya. Barang dagangan tersebut mendapat permintaan yang tinggi di China dan boleh didapati dalam perjalanan mereka melalui Labuan, Brunei dan Singapore. Manakala, pedagang daripada China membawa barang dagangan seperti tekstil, tembikar, gangsa, pakaian dan sebagainya.

Dalam melihat kepada penguasaan jalan perdagangan, kuasa Eropah yang bersaing adalah

adalah Portugis, Dutch, Sepanyol dan British. Kedatangan country trader ini memberi kesan kepada hubungan perdagangan di antara Brunei dan China. Hal ini kerana, perdagangan dengan China menarik perhatian pedagang-pedagang Eropah. Bagi pedagang Eropah, amat penting bagi mereka untuk menguasai jalan perdagangan yang terletak di sepanjang perairan Borneo dan Sulu. Dengan menguasai jalan perdagangan tersebut, mereka dapat memonopoli perdagangan dan menjadi kuasa yang dominan dalam aktiviti perdagangan tersebut. Kuasa Eropah yang menonjol pada abad ke-19 adalah British yang mana mereka telah datang ke Asia Tenggara dengan menguasai Burma Tengah, Tanah Melayu, Brunei, Borneo Utara dan Labuan serta Sarawak.19 Dengan memonopoli jalan perdagangan tersebut, ia menjadikan British sebuah entiti

ekonomi yang kuat sehingga mampu menyingkirkan kuasa-kuasa Eropah yang lain.

3.2 Pengenalan Tanaman Bersifat Komersial

Asas utama dalam polisi British dalam abad ke-19 adalah ekonomi yang berpaksikan perdagangan dengan China dan keselamatan jalan perdagangan yang akhirnya membentuk hubungan perdagangan di rantau Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, British turut menghadapi masalah di mana mereka ingin mendapatkan kedudukan yang strategik untuk membina sebuah pengkalan tentera dan pelabuhan entreport yang mampu mengawal jalan perdagangan melalui Lautan Hindi, selat Melaka dan Laut China Selatan. Pengawalan jalan perdagangan melalui Lautan Hindi, Singapore dan China terutama semasa peperangan telah mendapat perhatian utama oleh British kerana mereka khuatir bahawa kuasa Eropah lain akan menggugat kedudukan ekonomi mereka di Asia Tenggara.

(13)

Dengan berpaksikan polisi ekonomi yang diterapkan oleh kerajaan, British berupaya mengawal laluan perdagangan tersebut walaupun seringkali diserang oleh lanun-lanun di perairan Borneo. Bagi British, serangan lanun dan musuh merupakan cabaran yang harus dihapuskan oleh mereka untuk memonopoli perdagangan di Borneo. Semasa datang ke Borneo, perkara utama yang mereka lakukan adalah membolot hasil bahan komoditi yang terdapat di Borneo. Bahan-bahan komiditi telah menjadi perebutan dalam kalangan kuasa-kuasa Eropah. Meneliti dua buah wilayah terbesar di British Borneo adalah Borneo Utara dan Sarawak kaya dengan sumber ekonomi. Hal ini kerana seawal abad 1820-an, Sarawak merupakan pengeksport utama emas, antimoni, sago manakala Borneo Utara menjadi pengeluar hasil hutan seperti kapur barus, lilin lebah, sarang burung, mutiara dan sirip ikan yu.20 Oleh itu, amat perlu bagi British

mengambil peluang ekonomi yang terdapat di dua buah wilayah tersebut dengan menaungi wilayah tersebut.

Kegiatan pertanian merupakan pekerjaan utama masyarakat peribumi sejak zaman lampau. Penanaman padi misalnya merupakan salah satu tanaman yang telah diusahakan oleh penduduk.21 Semasa kedatangan British ke wilayah Borneo, perusahaan padi menjadi semakin

penting kerana ia turut menjadi komoditi eksport ke luar Negara. Walaupun penanaman padi bukan menjadi penyumbang kepada ekonomi British Borneo, tetapi penting untuk keperluan penduduk tempatan. Hal ini kerana, wilayah British Borneo terpaksa mengimport padi daripada luar Negara kerana ramai pengusaha padi beralih arah untuk mengusahakan perusahaan yang lebih menguntungkan. Kesannya, banyak kawasan sawah padi telah ditinggalkan oleh mereka.

Di samping itu, pengusaha Cina di wilayah Borneo tidak melibatkan diri dalam perusahaan padi kerana mereka lebih berminat untuk menanam getah, lada, kelapa atau kayu, minyak dan perusahaan yang mendatangkan keuntungan kepada mereka. Walaupun pembangunan ekonomi di wilayah British Borneo bergantung kepada keuntungan hasil daripada perusahaan getah, kayu balak, copra, namun baru-baru ini, minyak dan padi telah mendapat permintaan yang tinggi. Misalnya, di Sarawak seluas 82,000 ekar untuk penanaman padi. Lokasi penanaman padi adalah di kawasan yang berpaya dan berdekatan dengan sungai untuk mendapatkan bekalan air. Pengeluaran padi dan kualitinya bergantung kepada keadaan cuaca dan

20 Hanisah Idris. Perkembangan Perdagangan, Perkapalan, dan Pelabuhan di British Borneo 1800 – 1963. Thesis PHD. Jabatan Pengajian Asia Tenggara. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.2004.

(14)

penjagaan padi tersebut.22 Di Brunei pula, kebanyakkan padi ditanam berdekatan dengan daerah

Tutong yang terletak berhampiran dengan sungai. Jenis padi yang ditanam di Brunei adalah hampir sama dengan di Sarawak. Manakala di Sabah pula, seluas 46,000 ekar padi sawah ditanam di kawasan rendah yang terletak di Sandakan. Kebanyakan 85% pengusaha padi di Sabah mengusahakan padi sawah. Begitu juga, padi bukit turut diusahakan oleh penduduk peribumi di Sarawak terutamanya di bahagian pertama, kedua dan ketiga Sarawak. Manakala di Brunei, ia banyak ditanam berbanding dengan padi sawah. Seterusnya di Sabah, padi bukit diusahakan di Kota Belud, Ranau, Pensiangan dan Kudat. Oleh kerana padi bukit ditanam kebanyakan di kawasan pedalaman maka keluasan dan pengeluaran padi tidak dapat dianggarkan dalam jumlah yang betul. Justeru, jika dikaji dalam ketiga-tiga wilayah ini, kegiatan perusahaan padi ini diusahakan oleh penduduk peribumi. Hal ini kerana, perusahaan padi sememangnya sudah sebati dengan kehidupan mereka. Kegiatan perusahaan padi telah menjadi pekerjaan mereka sebelum kedatangan British lagi.

Selain itu, tanaman getah merupakan tanaman penting yang dieksport ke luar Negara. Permintaan terhadap getah di Eropah sangat tinggi kerana keperluan revolusi perindustrian. Bagi penanaman getah, seluas 507, 000 ekar tanah digunakan untuk penanaman getah iaitu seluas 300,000 ekar di Sarawak, 173,000 di Sabah manakala seluas 34,000 ekar di Brunei.23 Di

Sarawak, 95% getah diusahakan oleh orang persendirian yang kebanyakannya terdapat di bahagian pertama dan kedua Sarawak. Seterusnya di Sabah, penanaman getah banyak dilakukan di barat Sabah iaitu kira-kira 75% di mana ladang-ladang terletak di Sandakan dan Tawau di sebelah timur. Penanaman getah ini telah didominasi oleh orang Cina dan Jawa serta hanya sebilangan kecil peribumi Sabah dan Sarawak yang terlibat.

Di samping getah, tanaman lada turut mendatangkan pulangan ekonomi yang lumayan. Lada antara tanaman yang sudah lama diusahakan dan mendapat permintaan tinggi di wilayah Borneo seawal abad ke-16. Hal ini berikutan dengan kedatangan pedagang Cina berdagang di pelabuhan Brunei pada tahun 1521 yang merupakan pengusaha tanaman lada. Begitu juga, dalam tahun 1774, telah dicatatkan bahawa sebanyak 240 tan dikeluarkan dalam setahun oleh pelabuhan Brunei. Walau bagaimanapun kedatangan East India Company dan kuasa Eropah lain

22 Ooi Keat Gin. Of Free Trade and Native Interests: The Brooke and The Economic Development 1841 – 1941. Oxford University Press. 1997. Hlm. 96.

(15)

di perairan Borneo telah menamatkan perdagangan Cina dan meninggalkan kebun lada yang telah diusahakan. Menjelang 1809, perdagangan lada tidak begitu mendapat sambutan kerana kebanyakkan pengusaha Cina telah balik ke Negara China dan hanya segelintir penduduk peribumi di Kimanis, Papar dan Bundu di Sabah yang mempunyai pengetahuan menanam lada terus mengusahakan tanaman tersebut.24 Itupun semasa jangkawaktu itu, hasil tanaman adalah

sedikit iaitu kira-kira 3,500 tan setahun. Sehingga pada suatu ketika iaitu dalam jangkawaktu 1878 – 1879, British Borneo Exploration Company mengambil alih perusahaan lada tersebut.

Manakala di Sarawak, Brooke berusaha untuk menguruskan pentadbiran dengan lebih cekap kerana kedudukan ekonomi Sarawak berada pada tahap yang tidak stabil. Brooke telah merangka pelan strategi untuk menarik minat orang Cina untuk mengusahakan lada di Sarawak walaupun pada asalnya orang Cina terlibat dalam perlombongan emas dengan Dutch Borneo. Brooke akhirnya berjaya menarik minat orang Cina dengan membuka ladang lada di Engkelili dan Sarikei (Rajang) dan menjadikan ia sebagai pusat perusahaan lada. Maka, industri lada berkembang dan menjadi salah satu komoditi eksport yang penting sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua.25 Walaupun lada telah menjadi komoditi eksport yang penting, komoditi ini

mengalami persaingan dengan getah. Semasa pendudukan Jepun, perusahaan lada telah terhenti dan industri ini tidak berkembang. Namun, usaha untuk mengembalikan semula perusahaan lada tetap dilakukan setelah pendudukan Jepun tamat yang mana pengusaha telah mengusahakan ladang lada di sekitar bahagian pertama dan kedua Sarawak.

Di samping itu, tanaman kelapa turut diusahakan semasa kedatangan British ke wilayah Borneo.26 Pada peringkat awal, tanaman kelapa tidak begitu penting kerana ia hanya diusahakan

untuk kegunaan tempatan, tetapi sebahagian besar hasilnya telah dieksport ke luar Negara. Sarawak dan Brunei menjadi pengeluar kepada perdagangan eksport. Jumlah eksport oleh Brunei dan Sarawak adalah kira – kira $54, 694. Di Sarawak, seluas 25,000 hingga 50,000 ekar tanah di sekitar bahagian pertama Sarawak digunakan untuk perusahaan kelapa. Namun, perusahaan kelapa tetap menjadi produk tempatan yang mendapat permintaan tinggi daripada penduduk tempatan. Di Sabah, walau bagaimanapun tanaman kelapa merupakan perusahaan yang penting

24 Owen Rutter. British North Borneo : An Account of Its History, Resources and Natives Tribe. Opus Publication. Kota Kinabalu. 2008. Hlm. 86.

25 Ooi Keat Gin. Of Free Trade and Native Interests: The Brooke and The Economic Development 1841 – 1941. Oxford University Press. 1997. Hlm. 78.

(16)

selain daripada getah dan kayu balak. Industri kelapa banyak diusahakan di timur Sabah terutamanya di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Kebanyakkan pengusaha ini adalah pekebun kecil dan terdapat kilang beroperasi di Lahad Datu dan Tawau. Selain diusahakan dalam kuantiti yang sedikit oleh penduduk peribumi, tanaman kelapa turut diusahakan oleh orang Cina. Seluas 50,650 ekar tanah digunakan untuk penanaman kelapa oleh orang Cina. Justeru, tanaman seperti getah, lada, padi, kelapa telah ditanam dan diusahakan untuk tujuan komersial. Perusahaan tanaman seperti lada, padi dan kelapa sememangnya sudah diusahakan oleh masyarakat peribumi sebelum kedatangan kuasa Eropah lagi. Tetapi, perusahaan tersebut tidak diusahakan secara besar-besaran seperti mana selepas kedatangan British. Berlainan dengan getah, tanaman tersebut diperkenalkan oleh British untuk dikomersialkan dan dieksport ke luar Negara.

3.3 Pengumpulan Hasil Hutan

Wilayah British Borneo sememangnya kaya dengan pelbagai hasil hutan. Hasil hutan ini diusahakan oleh penduduk peribumi yang arif dengan selok belok hutan tebal. Di wilayah Borneo, terdapat pelbagai hasil hutan yang menjadi komoditi eksport iaitu kayu balak. Kayu balak menjadi komoditi eksport yang penting di Sarawak dan Sabah.27 Dalam industri kayu ini,

seramai 9,300 pekerja di Sabah manakala 3,500 di Sarawak untuk mengusahakan industri kayu balak. Manakala di Brunei, permintaan untuk kayu balak juga tinggi dan menyebabkan mereka terpaksa mengimport daripada Sarawak. Di Sarawak, industri kayu balak bermula lebih awal daripada di Sabah dan bertumpu di kawasan hutan berpaya yang terletak di sepanjang tepian sungai kawasan di mana pokok ramin tumbuh. Dalam industri kayu di Sarawak, pengusaha lebih menumpukan pencarian pokok ramin kerana lebih senang untuk dipotong dan kebanyakkan pokok ini terletak di kawasan delta Sungai Rajang.

(17)

tanah berhampiran dengan Sandakan ingin mengusahakan gula tetapi akhirnya mengusahakan kayu balak. Sejak dari itu, industri kayu menjadi industri yang dominan di Sabah. Begitu juga, sejak 1959, jumlah eksport kayu balak melebihi getah dan kekayaan industri ini menjadikan Sandakan salah satu pengeluar hasil kayu balak yang terbesar di dunia pada abad ke-20. Jika di Sarawak, fenomena ekonominya berbeza kerana komoditi eksport seperti minyak, lada, sago dan hasil hutan yang lain sememangnya melebihi daripada jumlah eksport kayu balak. Semasa Perang Dunia Kedua, hasil keluaran kayu balak menurun disebabkan oleh peperangan yang turut memusnahkan sebilangan kawasan hutan. Namun, selepas perang, keadaan menjadi stabil dan pengeluaran kayu balak dapat diteruskan. Hal ini kerana, kebanyakkan pengusaha dan pekerja di kem kayu terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran yang rata-ratanya daripada Dayak Kalimantan dan Filipina. Industri kayu ini turut menyebabkan kawasan-kawasan hutan tebal diterokai untuk mendapatkan kayu yang bermutu. Hal ini turut memberikan kesan kepada perubahan landskap dan ekosistem kerana banyak kawasan hutan telah diterokai.

Seterusnya, gambier turut menjadi salah satu komoditi eksport terpenting di Sarawak. Sekitar tahun 1900, gambier telah mendapat permintaan tinggi daripada pedagang kerana ia digunakan sebagai bahan perencah dalam makanan oleh orang Cina.28 Selain gambier,

penanaman pokok Tapang dan rotan oleh orang Dayak turut menjadi komoditi eksport yang digunakan dalam pembuatan perabot, rumah dan sebagainya. Madu lebah salah satu komoditi di Sarawak turut mendapat permintaan tinggi sejak 1857 dan dipasarkan ke pelabuhan Singapore. Selain madu, camphor juga merupakan komoditi eksport yang penting di wilayah Borneo. Turut diakui bahawa camphor daripada Borneo merupakan camphor yang terbaik di dunia. Sago yang merupakan tanaman tradisional masyarakat peribumi turut menjadi komoditi eksport di Sarawak. Sago dieksport sebagai pengganti makanan untuk beras terutamanya untuk golongan bawahan di kepulauan timur. Sago telah menjadi permintaan daripada Cochin-China, Java, Sumatra dan pulau-pulau kecil di Hindia Timur Belanda. Dalam pada itu, pembukaan Singapore dalam tahun 1819 telah menjadikan sago salah satu bahan komoditi yang penting di pelabuhannya. Sejak 1820, sago telah menjadi komoditi yang mendapat permintaan tinggi daripada Eropah dan Amerika untuk digunakan dalam industri tekstil.29

28 Henry Carpenter Longhurst. The Borneo Story : The History of the First 100 years of Trading in Far East by The

Borneo Company Limited. Neame Publication. London. 1956. Hlm. 57.

(18)

3.4 Penemuan Sumber Bahan Mentah

Hasil bahan mentah memainkan peranan penting dalam sejarah ekonomi dan pembangunan wilayah British Borneo. Wilayah Sarawak dan Brunei mempunyai kelebihan kerana terdapatnya bahan mentah iaitu emas dan minyak yang telah diterokai oleh British. Dengan mempunyai hasil bahan mentah telah memberi keuntungan ekonomi yang menyebabkan perubahan dalam sektor ekonomi dan landskap. Penemuan hasil bahan mentah seperti emas, antimoni, dan merkuri telah ditemui di kawasan Bau telah memberikan impak dalam sejarah ekonomi di Sarawak.30 Hasil

bahan mentah ini dihantar ke Singapore dengan perahu penduduk peribumi kerana pada ketika itu masih tiada pengangkutan seperti kapal untuk mengangkut hasil bahan mentah.

Penemuan hasil bahan mentah di Sarawak menyebabkan British menaungi wilayah Borneo kerana dikhuatiri kuasa-kuasa Eropah lain akan menduduki wilayah Borneo. British dengan agresifnya memulakan langkah dan menyingkirkan kuasa Eropah yang lain seterusnya menaungi wilayah di Borneo. Walaupun berjaya menakluki Sarawak, Brooke terpaksa berhadapan dengan pemberontakkan yang dilakukan oleh penduduk Dayak Darat atau Bidayuh yang bekerja sebagai buruh di lombong antimoni di Bau.31 Bagi menyelesaikan pemberontakkan

tersebut, Pangeran Muda Hasyim meminta bantuan daripada Brooke dan akhirnya pemberontakkan berjaya ditamatkan. Bertitik tolak daripada kejadian tersebut, Brooke memulakan penaklukannya di Sarawak apabila dilantik menjadi Rajah Putih Sarawak oleh Sultan Brunei kerana berjaya menamatkan pemberontakkan tersebut.

Brooke sebagai Rajah Putih Sarawak yang pertama telah menjadikan hasil bahan mentah iaitu antimoni sebagai komoditi utama yang dieksport ke luar Negara. Hasil eksport tersebut digunakan oleh Brooke untuk belanjawan pentadbiran untuk mentadbir Sarawak. Brooke turut menggalakkan perpindahan pelombong Cina daripada Dutch Borneo untuk mengusahakan perlombongan di Bau. Pada ketika itu, pelombong Cina menggunakan candu dan bermain judi telah dikenakan cukai yang turut menyumbang kepada ekonomi Negara. Pengimportan candu meningkat dalam jangkawaktu ini selari dengan peningkatan dalam jumlah kaum Cina yang berada di British Borneo. Namun, kedatangan pelombong Cina ke Sarawak mengusahakan 30Ibid., hlm. 68.

31 Henry Carpenter Longhurst. The Borneo Story : The History of the First 100 years of Trading in Far East by The

(19)

perlombongan di Bau telah mencetuskan pemberontakkan pada tahun 1857. Selepas pemberontakkan tersebut, Borneo Company Limited mengambil alih perusahaan tersebut pada tahun 1899 dengan menggunakan peralatan moden.

Sejak 1823, antimoni telah dikenalpasti sebagai hasil bahan mentah yang menjadi permintaan dan dihantar ke pelabuhan Singapore.32 Sehingga 1885, Sarawak menjadi

penyumbang kepada pengeluaran antimoni yang terbesar. Manakala merkuri pernah mencatatkan pengeluaran tertinggi di antara tahun 1874 dan 1879 namun setelah 1887 pengeluarannya berkurangan dan tidak diusahakan lagi. Selain itu, arang batu menjadi komoditi eksport yang utama pada tahun 1899 sehingga 1920. Perusahaan arang batu diusahakan di Sadong dan Brooketon. Pengeluaran arang batu di Sadong dalam tahun 1873 sehingga 1931 berjumlah 876,345 tan. Di Brooketon pula, iaitu dalam tahun 1888 sehingga 1924 mencatatkan sejumlah 582,412 tan dieksport. Misalnya dalam bulan Mac tahun 1920, sebanyak 1708 tan telah dieksport ke luar Negara.33 Di samping itu, penemuan hasil bahan mentah emas telah dijumpai di Bidi dan

Tai Parit, Bau merupakan antara emas yang berkualiti. Emas telah ditemui dan diusahakan oleh pelombong Cina sebelum kedatangan Brooke dan British.

“There is evidence of gold having been worked at Bau, which is five miles north of Tegora, for years before the arrival of first Rajah. The Chinese were working it in their individual syndicates, or kongsis, when the first European set foot in Borneo. And it was these gold workers, it may be remembered, who were responsible for the rising of 1857.”34

Kawasan Tai Parit, Bau turut mengeluarkan emas sejumlah 496,351 yang menyumbang kepada ekonomi Sarawak. Jumlah emas yang diusahakan dari tahun 1899 sehingga 1921 adalah 983,225 tan. Perusahaan emas ini dikawal sepenuhnya oleh Borneo Company Limited dan pekerjanya terdiri daripada pelombong Cina.35

Seterusnya, bahan mentah minyak turut menjadi komoditi eksport utama sejak tahun 1921. Sehingga sekarang minyak masih menjadi keluaran utama di Sarawak dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia. Penemuan bahan mentah minyak telah ditemui di Miri iaitu pada

32 Ooi Keat Gin. Of Free Trade and Native Interests: The Brooke and The Economic Development 1841 – 1941. Oxford University Press. 1997. Hlm. 90.

33 Sarawak Gazette. 1 March, 1920.

34 Henry Carpenter Longhurst. The Borneo Story : The History of the First 100 years of Trading in Far East by The

Borneo Company Limited. Neame Publication. London. 1956. Hlm. 67.

(20)

tahun 1910. Pengeluaran minyak telah menurun daripada 200,000 tan kepada 50,000 tan setahun apabila Perang Dunia Kedua meletus. Dalam pada itu, mereka turut menemui minyak terletak di Seria, Brunei pada tahun 1929 iaitu kira-kira 30km daripada Bandar Miri.36 Sehingga sekarang,

industri minyak di Miri dan Brunei menjadi kawasan kedua terbesar di Negara komanwel dan menyediakan peluang pekerjaan melebihi 6,000 orang. Maka, dengan adanya bahan mentah minyak yang memberikan keuntungan ekonomi telah memberikan impak kepada pembangunan sesebuah wilayah terutamanya Brunei yang hanya mempunyai bilangan penduduk yang tidak ramai sehingga ia menjadi sebuah wilayah yang kaya serta merupakan salah satu industri minyak yang terbesar di dunia.

Kesimpulan

Kegiatan ekonomi di wilayah Borneo sememangnya sudah bermula sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah terutamanya kuasa-kuasa British dan Dutch. Kewujudan pelabuhan-pelabuhan seperti Kota Batu, Brunei, Sandakan, Jesselton, Kuching, Santubong, Banjarmasin, Kutei, Sambas dan sebagainya merupakan bukti kejadian bahawa penduduk di wilayah Borneo sudah lama terlibat dalam kegiatan perdagangan. Begitu juga, penemuan tembikar-tembikar China, peresapan budaya Hindu dan Buddha berikutan patung-patung pemujaan yang dijumpai turut jelas memperlihatkan bahawa hubungan perdagangan telah berlaku di antara wilayah Borneo dengan

(21)

pedagang luar. Jumpaan artifak, manuskrip mahupun monument membuktikan bahawa wilayah di Borneo telah dikunjungi oleh pedagang luar.

Penglibatan penduduk peribumi dalam kegiatan ekonomi seperti mencari hasil hutan, pertanian, perikanan dan sebagainya merupakan titik permulaan kegiatan ekonomi mulai berkembang di wilayah Borneo. Turut berlaku kegiatan pertukaran barang dagangan yang melibatkan penduduk di kawasan pedalaman dengan pedagang luar lantas membawa kepada kewujudan pelabuhan-pelabuhan yang berfungsi sebagai tempat pengumpulan barang dagangan. Dengan struktur geografi fizikal wilayah di Borneo yang mempunyai aliran sungai yang banyak menyebabkan pelabuhan-pelabuhan didirikan di bahagian tepi sungai yang boleh mewujudkan jalinan interaksi perdagangan dengan kawasan lain.

Dari segi geografi, kedudukan wilayah Borneo terletak di laluan perdagangan yang menghubungkan China dan Singapore, zon perdagangan Kepulauan Sulu dan Jolo turut menyebabkan persaingan kuasa berlaku dalam kalangan kuasa-kuasa Eropah untuk menaungi wilayah di Borneo. Dengan kedatangan pedagang Eropah, syarikat persendirian dan kapal dagang yang banyak telah menyebabkan wilayah di Borneo menjadi pertaruhan antara kuasa Eropah ini. Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugal, Sepanyol, Amerika, Jerman, Dutch dan British masing-masing bersaing untuk bertapak di wilayah Borneo. Percaturan kuasa Eropah berlaku sekitar lewat abad ke-18 dan 19 yang mana mereka berlumba-lumba untuk menaungi wilayah di Borneo. Pada akhirnya, British berjaya bertapak di wilayah Borneo dengan menaungi Brunei, Borneo Utara dan Labuan serta Sarawak manakala Dutch menaungi Kalimantan. Dengan menaungi wilayah di Borneo, kedudukan British di Asia Tenggara lebih kukuh untuk mengawal perdagangan yang berlaku di antara China dan Singapore seterusnya menguasai jalan perdagangan.

(22)

British menggalakkan penduduk peribumi untuk mengusahakan tanaman tersebut. Selain tanaman, sago turut menjadi komoditi eksport yang penting di wilayah Borneo. Kayu balak menyumbang kepada kekayaan wilayah Borneo apabila menjadi salah sebuah wilayah terbesar yang mengeksport kayu balak ke luar Negara.

Oleh itu, faktor ekonomi telah menjadi faktor dominan yang menyebabkan persaingan kuasa-kuasa Eropah berlaku di Borneo. Persaingan tersebut hanya tampak berlaku dalam lewat abad ke-18 dan awal 19 di antara Amerika, Jerman, Dutch dan British. Namun, kuasa yang menonjol adalah British kerana mereka bercita-cita untuk menguasai jalan perdagangan yang menghubungkan China dan Singapore melalui perairan Borneo serta Laut China Selatan. Dengan kedatangan kuasa Eropah tersebut, ia telah memberi impak kepada kegiatan perdagangan yang berlaku di Borneo iaitu perdagangan bercorak tradisional kepada moden. Sistem mata wang turut diperkenalkan untuk memudahkan urusan perdagangan. Begitu juga, urusan perdagangan yang dulunya dikuasai oleh golongan aristokrat tempatan telah dikuasai oleh kuasa Eropah iaitu British. Peningkatan jumlah pedagang-pedagang Eropah, syarikat persendirian dan kapal-kapal dagang yang berkunjung untuk berdagang di wilayah British Borneo turut berlaku.

Konklusinya, adalah amat penting bagi kuasa British meningkatkan kuasa hegemoni dengan menguasai wilayah-wilayah di Borneo iaitu Brunei, Borneo Utara dan Sarawak untuk menguasai perdagangan di rantau ini. Konflik dalaman pentadbiran di Brunei telah memudahkan British menguasai Sarawak dan Borneo Utara. Selepas berjaya menaungi ketiga-tiga wilayah tersebut, British berusaha untuk menyelaraskan kedudukan ekonomi dan mengaut keuntungan dengan memperkenalkan sistem perdagangan bebas. Oleh itu, dengan kedatangan kuasa British, mereka telah memberi impak kepada ekonomi di wilayah Borneo yang semakin berkembang dengan pesat hasil daripada penguasaan jalan perdagangan, penemuan bahan mentah, pengenalan tanaman komersial, hasil hutan, komoditi import and eksport.

RUJUKAN

Bilcher Bala. 2005. Thalassocracy : A History of The Medieval Sultanate of Brunei Darussalam.

(23)

D.S Ranjit. 2000. The Making of Sabah 1865 – 1941 : The Dynamics of Indigenous Society.

Kuala Lumpur. University Malaya Press.

D.R SarDesai. 1977. British Trade and Expansion in Southeast Asia 1830 – 1914. India. Allied Publishers Private Limited.

Irwin, Graham. 1967. Nineteenth-Century Borneo : A Study in Diplomatic Rivalry. Singapore.

Donald Moore Books.

Hall, Kenneth R. 2011. A History of Early Southeast Asia : Maritime Trade and Societal Development 100 – 1500.. USA. Rowman Wittlefield Publisher.

Hanisah Idris. 2004. Perkembangan Perdagangan, Perkapalan, dan Pelabuhan di British Borneo 1800 – 1963. Thesis PHD. Jabatan Pengajian Asia Tenggara. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Keppel, Henry. 1968. The Expedition to Borneo of H.M.S Dido for The Suppression of Piracy : Volume II. London. Frank Cass & Co.Ltd.

K.N Chaudhuri. 1978. The Trading World of Asia and The English East India Company 1660 – 1760. London. Cambridge University Press.

Lindbald, J Thomas. 1988. Between Dayak and Dutch : The Economic History of Southeast Kalimantan 1880 – 1942. Netherlands. Foris Publication.

Longhurst, Henry Carpenter. 1956. The Borneo Story : The History of the First 100 years of

Trading in Far East by The Borneo Company Limited. London. Naeme Publication.

Ooi Keat Gin. 1997. Of Free Trade and Native Interests: The Brooke and The Economic

Development 1841 - 1941. London. Oxford University Press.

Owen Rutter. 2008. British North Borneo : An Account of Its History, Resources and Natives Tribe.

Kota Kinabalu. Opus Publication.

Wright LR, .1970. The Origins of British Borneo. Hong Kong. Hong Kong University Press.

(24)

Sarawak Gazette. 1 March, 1920

Sarawak Gazette, 1 Februari 1926

Referensi

Dokumen terkait

Salah satu faktor utama penyusun dasar peradaban atau Masyarakat Madani atau Civil Society, yang juga merupakan bagian dari kapital sosial, adalah faktor

Ada beberapa fitur yang disediakan dalam aplikasi ini diantaranya pengguna memilih Surah mana yang terlebih dahulu akan dihafal dengan menggunakan metode hafalan dari salahsatu

Hal ini karena panitia pemilihan cerpen Kompas ini memang telah memiliki kriteria estetis, dalam hal ini ialah gagasan realis mengingat Kompas merupakan koran harian yang

Berdasarkan data kuesioner hasil nilai mean pada variabel stres kerja (X2), di dalam penelitian ini yang memiliki nilai mean terendah pada item pernyataan SK9

1) Pada analisis kebutuhan guru, diperoleh hasil bahwa guru terbatas dalam mengembangkan RPP, metode yang dilakukan guru dalam pembelajaran lebih dominan pada

Dalam penulisan skripsi ini dibatasi hanya pada Analisa Teknik untuk mengatasi Performasi Ketel Uap terhadap produksi uap yang dihasilkan dari parameter

Sindhu Bhairavi Muthu Mani Maala Chinna Kounder (you may meditate over this song). Sindhu Bhairavi Muthu Mani Muthu Mani

Hal yang sama pula bila dibandingkan antara P1 hingga P3, yang juga berbeda tidak nyata, diduga karena kemampuan ayam broiler untuk menghasilkan bobot badan akhir