• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT PERUBATAN UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT PERUBATAN UKM"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

1

PANDUAN LATIHAN

DAN PENGAJIAN

(2)

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Tafsiran tujuh (7) hari berkursus 3

Persidangan/Kursus Pendek/Kursus Panjang 4

Pos Basik 8

Mengadakan Latihan 8

Pengajian 10

Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa 11

Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa 14

Cuti Belajar Separuh Gaji 14

Cuti Belajar Tanpa Gaji 15

Cuti Belajar Separuh Masa 15

Pekeliling-Pekeliling

- Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2005

- Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2003

- Pekeliling Perbendaharaan Bil.2/2005

(3)

3 TAFSIRAN 7 HARI BERKURSUS

Berdasarkan Dasar Latihan Sektor Awam, penjawat awam perlu menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun. Program latihan boleh dikategorikan seperti beikut:

Bil. Program Latihan Jenis Aktiviti

1. Latihan i. Kursus ii. Seminar iii. Konvensyen iv. Bengkel v. Forum vi. Simposium vii. Kolokium

viii. Lawatan Rasmi/Korporat/Sambil Belajar

2. Sesi Pembelajaran i. Sesi Pembelajaran PTK-PKB

ii. Sesi pembelajaran peringkat Jabatan seperti CQI dan CNE

iii. Perhimpunan bulanan

iv. Program penerapan nilai-nilai murni seperti

ceramah agama di bulan Ramadhan seperti tazkirah

v. Program sambutan/program khas pada

bulan-bulan Islam/perayaan yang mengandungi ceramah,forum dan ucapan

vi. Pembentangan kertas kerja di persidangan,

bengkel, simposium dan konvensyen

vii. Menyampaikan ceramah di dalam

kursus/bengkel.

Pengiraan tujuh (7) hari berkursus dalam setahun adalah seperti berikut: Bil. Tempoh Kursus Kiraan Jam

1. Harian (tidak bermalam) 6 jam sehari

2. Setengah hari (pagi) 4 jam

3. Setengah hari (petang) 2 jam

(4)

4

PERSIDANGAN/KURSUS PENDEK/KURSUS PANJANG

Latihan ialah proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti persidangan, kursus pendek, seminar, bengkel dan lawatan sambil belajar, kursus panjang dan pos basik.

Persidangan ialah seminar, kongres, simposium, forum, kolokium, wacana, ceramah, Mesyuarat/Perjumpaan.

Kursus Pendek ialah kursus sepenuh masa termasuklah lawatan sambil belajar, bengkel yang tempohnya tidak melebihi tiga bulan kalender termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik

Kursus Panjang ialah kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi tiga (3) bulan termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik

Lulus Dengan Biaya ialah permohonan latihan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Latihan PPUKM dengan bantuan PPUKM

Lulus Tanpa Biaya ialah permohonan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Latihan PPUKM tanpa pembiayaan peruntukan Latihan PPUKM dimana pembiayaan latihan adalah dibiaya sama ada sendiri, tajaan luar, geran penyelidikan dan lain-lain.

Jawatankuasa Latihan Pusat Perubatan UKM Jawatankuasa Latihan PPUKM terdiri daripada:

1. Timbalan Dekan Pembangunan dan Sumber Manusia Profesional - Pengerusi

2. Ahli-ahli Jawatankuasa:

i. Ketua Pegawai Operasi

ii. Timbalan Dekan Perkhidmatan Klinikal iii. Ketua Penolong Bendahari Kanan iv. Ketua Penolong Pendaftar Kanan

3. Penolong Pendaftar - Setiausaha

4. Penolong Pegawai Tadbir - Urusetia

Tanggungjawab Jawatankuasa Latihan PPUKM

1. Menimbang dan meluluskan calon-calon untuk mengikuti latihan yang berbentuk

persidangan, kursus pendek dan kursus panjang.

2. menentukan bahawa segala peruntukan yang digunapakai bagi maksud perkiraan dan

pembayaran elaun-elaun dan lain-lain bayaran selaras dengan dasar dan peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

(5)

5

3. menentukan bahawa segala perbelanjaan kursus adalah mematuhi dasar dan peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

4. menimbang dan meluluskan calon untuk mengikuti latihan anjuran luar hendaklah tertakluk kepada kesesuaian kursus dengan tugas kakitangan.

5. Memastikan tempoh antara sesuatu latihan di dalam negara dan luar negara yang boleh dihadiri oleh kakitangan adalah seperti berikut:

i. kakitangan yang telah mengikuti kursus pendek di luar negara boleh

dipertimbangkan dengan biaya untuk mengikuti kursus-kursus jangka pendek lain atau siri seterusnya selepas genap dua (2) tahun. Bagi kakitangan yang telah mengikuti kursus pendek di dalam negara boleh dipertimbangkan dengan biaya untuk mengikuti kursus-kursus jangka pendek lain atau sirinya seterusnya selepas satu (1) tahun.

ii. kakitangan yang telah mengikuti persidangan di dalam negara dan luar negara boleh dipertimbangkan dengan biaya untuk mengikuti persidangan atau siri seterusnya selepas genap satu (1) tahun.

iii. kakitangan yang telah mengikuti kursus jangka panjang di dalam negara dan luar negara boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang di luar negara selepas genap tiga (3) tahun.

Syarat-syarat permohonan latihan

A. Syarat-syarat umum Bagi Persidangan, Kursus Pendek dan Kursus Panjang

1. Kakitangan bertaraf tetap boleh dipertimbangkan untuk mengikuti persidangan, kursus pendek dan kursus panjang dalam negara melainkan kursus di luar negara perlu disahkan jawatan. Bagi kakitangan sementara/kontrak/belum disahkan jawatan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Latihan PPUKM.

2. Kakitangan cuti belajar/cuti sabatikal tidak layak dipertimbangkan untuk mengikuti persidangan, kursus pendek dan kursus panjang di dalam negara dan luar negara.

3. Latihan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan bidang tugas kakitangan.

4. Pembantu Penyelidik (Pelajar Sarjana/Zamalah/Ahli Kumpulan Penyelidikan) tidak dibiaya mengikuti persidangan, kursus pendek dan kursus panjang kecuali sekiranya mendapat tajaan luar/geran penyelidikan;

4. semua permohonan hendaklah:

i) mendapat sokongan Ketua Jabatan/Bahagian beserta ulasan

ii) bagi pemohonan yang mendapat tajaan luar, penaja perlu mengemukakan surat tajaan kepada Jabatan dengan tanpa menyatakan nama kakitangan yang ingin ditaja. Jabatan perlu mengemukakan permohonan kelulusan penajaan luar kepada Dekan dan Pengarah kecuali tajaan daripada mana-mana persatuan.

(6)

6

iii) menyertakan brosur, surat jemputan (jika ada) dan surat penajaan (jika tajaan luar), surat kelulusan penajaan luar oleh Dekan dan Pengarah (jika tajaan luar) dan lain-lain dokumen

iv) memastikan permohonan hendaklah sampai kepada Urusetia Jawatankuasa Latihan tidak lewat dari:

a) 2 bulan dari tarikh kursus, sekiranya memohon bantuan PPUKM; dan b) 1 bulan dari tarikh kursus,sekiranya tidak memohon bantuan

5. sekiranya kakitangan menghadiri persidangan, kursus pendek dan kursus panjang di luar negara, dua (2) hari tambahan diberikan untuk perjalanan pergi dan balik manakala cuti tambahan satu (1) hari (luar daripada Kuala Lumpur dan Selangor) bagi persidangan, kursus pendek dan kursus panjang di dalam negara. Ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Latihan.

7. Segala urusan bayaran dan pendaftaran, SPKLN dan U3P (kakitangan akademik sahaja) di atas segala biaya yang diluluskan oleh Jawatankuasa Latihan PPUKM dengan Pejabat Bendahari di Bangi/Jabatan Kewangan, pihak penganjur perlu diuruskan sendiri oleh pemohon. Pemohon juga perlu menunjukkan bukti-bukti yang relevan seperti resit pembayaran dan sebagainya mengikut kelayakan masing-masing. Tempahan tiket penerbangan juga perlu diuruskan sendiri oleh pemohon mengikut kelayakan masing-masing seperti berikut melalui Sistem e-Tiket/Pejabat Dekan dan Pengarah:

BIL. GRED JAWATAN DALAM NEGARA LUAR NEGARA

1. Pengurusan Tertinggi

(Naib Canselor, TNC, Pendaftar dan Bendahari)

Kelas Perniagaan Kelas Perniagaan (kecuali

NC kelas pertama)

2. Jusa A Kelas Perniagaan Kelas Perniagaan

3. Jusa B dan C Kelas Perniagaan Kelas Ekonomi Penuh

4. 53-54 Kelas Perniagaan Kelas Ekonomi Penuh

5. 1-52 dan masa perjalanan

sama dan melebihi

daripada 8 jam Kelas Ekonomi

Kelas Ekonomi Penuh

6. 1-52 dan masa perjalanan

kurang 8 jam

Kelas Ekonomi

Nota: Tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Latihan

8. Semua pemohonan persidangan, kursus pendek dan kursus panjang yang dibiayai oleh PPUKM wajib mengemukakan borang penyertaan latihan, sijil (jika ada) dan laporan kursus dalam tempoh 14 hari selepas tamat mengikuti latihan.

(7)

7

B. Syarat-syarat khas Bagi Persidangan, Kursus Pendek dan Kursus Panjang Bil.

Syarat-syarat Persidangan Kursus Pendek Kursus Panjang

1. Tempoh

Kelayakan Dalam negara sekali dalam setahun Sekali dalam satu (1) tahun Sekali dalam tempoh tiga (3) tahun Luar

negara Sekali dalam tempoh dua (2) tahun

2. Kelayakan

Pembiayaan Dalam negara Yuran, elaun makan, elaun hotel dan tiket kapal terbang sahaja kecuali latihan disekitar Kuala Lumpur dan Selangor hanya yuran sahaja dibiayai

Yuran, elaun sara hidup dan 6 kali perjalanan pergi dan balik

Luar

negara 1) Bagi kakitangan bukan akademik bantuan diberikan adalah maksimum RM10,000 meliputi yuran, elaun makan, elaun penginapan dan tiket kapal terbang 2) Bagi kakitangan akademik a) Gred DU52 ke bawah i. Dua (2) penerbitan jurnal

yang berwasit dalam tempoh 12 bulan sebelum menghadiri latihan

ii. Satu (1) daripada dua (2) penerbitan merupakan penilai pertama

iii. Bagi pemohon yang tidak mempunyai apa-apa penerbitan,permohonan

dipertimbangkan tanpa biaya

b) Gred DU54 dan ke atas

i. Dua (2) penerbitan yang

berwasit

i. Maksimum

RM25,000.00 meliputi yuran, elaun makan, elaun penginapan dan tiket kapal terbang.

ii. Bagi kakitangan

akademik (Gred DU52 ke bawah), pemohon mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) penerbitan

iii. Bagi pemohon yang

tidak mempunyai apa-apa penerbitan, permohonan dipertimbangkan tanpa biaya Maksimum RM60,000.00 meliputi yuran, elaun makan, elaun penginapan dan tiket kapal terbang.

3. Peranan

Pemohon Dalam Negara Tidak meletakkan syarat peranan pemohon

Tidak meletakkan syarat peranan pemohon Luar

Negara Peranan sebagai pembentang - Diberi bantuan Peranan sebagai peserta – lulus tanpa biaya

(8)

8 4. Rujukan

Kelayakan tuntutan

Dalam

Negara Kurang 14 hari atau sama – Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2003

Lebih 14 hari – Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2005

Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2005 Luar

Negara Kurang 14 hari atau sama – Pekeliling

Perbendaharaan Bil.3/2003

Lebih 14 hari – Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2005 Pekeliling Perbendaharaan Bil.4/1992 POS BASIK

Pos Basik ialah kursus sepenuh masa yang melibatkan paramedik termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik yang tempohnya enam (6) bulan atau 12 bulan. Syarat-syarat menghadiri kursus pos basik

1. Kakitangan paramedik bertaraf tetap dan telah disahkan jawatan boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus pos basik.

2. Memperolehi markah Laporan Nilaian Prestasi (LNP) sekurang-kurangnya 80% kiraan purata bagi dua (2) tahun kebelakang.

3. Mendapat sokongan dan perakuan Ketua Jabatan/Bahagian termasuk Ketua Jabatan Klinikal (bagi jawatan Jururawat sahaja).

MENGADAKAN LATIHAN

a) Anjuran Jabatan

Kadar peruntukan pakej dalam menganjurkan latihan adalah seperti berikut:

Bil Tempoh Kursus Peruntukan

1. Harian (dalam PPUKM) Mengikut kadar jamuan seminar/bengkel/kursus

yang ditetapkan oleh PPUKM

2. Harian (luar PPUKM) Tidak melebihi RM100.00 seorang sehari

3. Bermalam (luar PPUKM) i. RM120.00 seorang sehari bagi Gred 1-40

ii. RM140.00 seorang sehari bagi gred 41-44 iii. RM160.00 seorang sehari bagi gred 45-53 iv. RM200.00 sehari bagi gred 54 dan ke atas

(9)

9

b) Sanggar kerja

1. Semua Jabatan PPUKM boleh dipertimbangkan untuk mengadakan sanggar

kerja.

2. Lingkungan tempat mengadakan sanggar kerja adalah masa perjalanan tidak

melebihi empat (4) jam.

3. Jumlah pembiayaan oleh PPUKM adalah seperti berikut:

Bil Bilangan Ahli Jabatan/Unit Bilangan Ahli Dalam Sanggar Kerja (%)

1. 1-60 80%

2. 61-150 40%

(10)

10 PENGAJIAN

Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa ialah seseorang kakitangan pengurusan dan profesional dan kakitangan akademik yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dengan dibayar gaji penuh dan elaun-elaun yang berkaitan serta biasiswa UKM,SLAB,SLAI atau badan-badan luar setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa ialah seseorang kakitangan pengurusan dan profesional dan kakitangan akademik yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dengan dibayar gaji penuh dan elaun-elaun yang berkaitan serta tanpa biasiswa setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Cuti Belajar Separuh Gaji ialah seseorang kakitangan sokongan yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dengan dibayar separuh gaji termasuk elaun tetap (Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) (yang diterima sebelum memulakan kursus) semasa mengikuti kursus. Gaji terakhir yang dibayar tidak termasuk elaun-elaun memangku dan Bayaran Imbuhan Perkhidmatan Kritikal (BIPK) setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Cuti Belajar Tanpa Gaji ialah seseorang kakitangan sokongan yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan tidak dibayar gaji serta elaun-elaun tetap setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Cuti Belajar Separuh Masa ialah seseorang kakitangan yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian secara jarak jauh dan dibayar gaji serta elaun-elaun tetap setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Jawatankuasa Cuti Belajar Pusat Perubatan UKM Jawatankuasa Cuti Belajar PPUKM terdiri daripada:

1. Timbalan Dekan Pembangunan dan Sumber Manusia Profesional - Pengerusi

2. Ahli-ahli Jawatankuasa:

i. Ketua Pegawai Operasi

ii. Timbalan Dekan Perkhidmatan Klinikal iii. Ketua Penolong Bendahari Kanan iv. Ketua Penolong Pendaftar Kanan

3. Penolong Pendaftar - Setiausaha

(11)

11 Tanggungjawab Jawatankuasa Cuti Belajar

1. Menimbang dan memperakukan calon-calon untuk mengikuti pengajian yang berbentuk

cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

2. Menimbang dan meluluskan calon-calon untuk mengikuti pengajian yang berbentuk cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

3. menentukan bahawa segala peruntukan yang diguna pakai bagi maksud perkiraan dan

pembayaran elaun-elaun dan lain-lain bayaran selaras dengan dasar dan peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

4. menentukan bahawa segala perbelanjaan pengajian adalah mematuhi dasar dan

peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

5. menimbang dan meluluskan calon untuk mengikuti pengajian hendaklah tertakluk kepada kesesuaian dengan tugas kakitangan.

Syarat-syarat Permohonan Pengajian

A. Cuti Belajar Sepenuh Masa Dengan Biasiswa

1. Nama dimasukkan dalam perancangan cuti belajar pada tahun berkenaan kecuali bagi calon-calon yang mendapat penajaan luar atau membiayai sendiri pengajian atau atas persetujuan Jawatankuasa Cuti Belajar.

2. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi program Sarjana dan 40 tahun bagi program Doktor Falsafah semasa memulakan cuti belajar.

3. Warganegara Malaysia.

4. bertaraf Bumiputera bagi calon Biasiswa Skim Latihan Akademik Bumiputera

(SLAB) sahaja. Calon bukan Bumiputera adalah layak dipertimbangkan memohon Skim Latihan Akademik (SLAI), UKM, Tabung Pembangunan Sumber Manusia. 5. mempunyai perwatakan yang sesuai, berpengetahuan luas, berminat menentukan

kejayaan dalam pengajian dan berpotensi memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

6. telah disahkan ke dalam perkhidmatan kecuali Pensyarah Pelatih dan Tutor.

7. Kakitangan hendaklah memperolehi markah Laporan Nilaian Prestasi (LNP)

sekurang-kurang 80% untuk tempoh dua (2) tahun kebelakang.

8. Tiada ikatan perjanjian dengan mana-mana pihak kecuali Kerajaan. Calon-calon yang masih ada ikatan kontrak hendaklah memohon pemindahan kontrak terlebih dahulu. Kemukakan salinan surat pelepasan/pemindahan kontrak dengan penaja/Institut dahulu, jika berkaitan.

9. bebas daripada tindakan mahkmah atau penuduhan tatatertib

10. mempunyai ijazah Sarjanamuda dengan kepujian yang baik iaitu PNGK (CGPA) 3.0 atau kelas kedua atas dan diiktiraf yang setaraf dengannya dan ijazah Sarjana yang baik (program sub bidang Perubatan dikecualikan).

(12)

12

11. Calon yang akan mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah di IPTA tempatan tidak dibenarkan menjalankan pengajian di Fakulti dan Universiti yang sama dengan tempat bertugas, kecuali dengan kelulusan khas Universiti atas sebab-sebab berikut:

i. badan program pengajian tidak ditawarkan di Institut lain dalam Negara ii. kajian perlu dijalankan di UKM bagi tujuan pengembangan bidang di

Fakulti berkenaan

12. Calon tidak digalakkan mempunyai ke semua peringkat ijazah daripada luar Negara. Bagi calon-calon yang telah memperoleh ijazah Sarjana dari IPT luar Negara, dinasihatkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam Negara pula bagi mendapatkan pendedahan pengajian dalam Negara disamping memberi peluang kepada calon-calon lain untuk mendapat peluang pengajian di luar negara.

13. menyediakan kertas cadangan penyelidikan menurut format yang ditetapkan dan disahkan oleh Ketua Jabatan dan Dekan. Kertas kerja hendaklah ditulis dalam: i. Bahasa Inggeris bagi cuti belajar Negara dan IPTA yang menggunakan

Bahasa Inggeri sebagai Bahasa pengantar; dan ii. bahasa melayu bagi cuti belajar di IPTA tempatan.

14. menerima surat tawaran terkini yang menyatakan nama pogram, tarikh mula dan tempoh pengajian daripada Universiti terkemuka atau yang mempunyai rating yang tinggi mengikut bidang masing-masing (calon ke luar Negara). Bagi United Kingdom, Universiti-universiti di Leeds dan Manchester tidak dibenarkan memohon. Permohonan bagi program sub bidang Perubatan adalah dikecualikan daripada peraturan ini.

15. mendapat tawaran tempat pengajian tanpa prasyarat tambahan pihak Institusi mengkehendaki calon mengikuti Kursus Khas Bahasa sebelum memasuki peringkat pengajian sebenar, maka pihak KPT dan Universiti tidak akan menaja kursus berkenaan.

16. Penyelia bagi program Sarjana tesis atau Doktor Falsafah hendaklah mempunyai Ijazah Doktor Falsafah.

17. Syarat Bahasa Inggeris:

i. mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris dengan skor minimum sama ada

TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau IELTS 6.5 bagi pengajian luar Negara dan dalam Negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Skor minimum ini juga tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh pihak Universiti yang menawarkan kursus tersebut, mana yang lebih tinggi;

ii. bagi pencalonan ke Universiti luar Negara yang tidak mengunakan

Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, skor minimum TOEFL 460 (paper based) atau 140 (computer based) atau IELTS 5.0;

iii. syarat ini juga digunapakai bagi calon ke Universiti luar Negara yang menjalankan programnya di Negara ini sama ada cawangannya atau

(13)

13

program berkembar yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar;

iv. pengecualian syarat ini pula boleh diberikan kepada calon-calon yang mempunyai ijazah pertama atau sarjana dari luar Negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dengan syarat ia tidak melebihi daripada tiga (3) tahun daripada tarikh dianugerahkan ijazah tersebut;

v. pengecualian juga boleh diberikan kepada calon-calon yang masih belajar di luar Negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar; dan

vi. keputusan ujian Bahasa Inggeris boleh digunapakai bagi tempoh dua (2) tahun sahaja daripada tarikh ia dikeluarkan untuk tujuan permohonan Hadiah Latihan ini.

18. Syarat Dalam Negara:

i. mulai tahun 2006, semua calon mesti memenuhi syarat Bahasa Inggeris dengan skor minimum IELTS 5.0 atau TOEFL 480 (paper based) atau 140 (computer based)

ii. pengecualian (tidak termasuk program split:

i. semasa mengikut pengajian di peringkat ijazah pertama, bahasa pengantar bagi keseluruhan kursusnya menggunakan bahasa Inggeris;

ii. mempunyai kelayakan ijazah Sarjana dari Universiti luar Negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar; dan

iii. calon mengikuti pengajian dalam bidang bahasa.

19. Lulus dengan jayanya Kursus Kaedah Penyelidikan (kecuali bagi program Sarjana Perubatan empat (4) tahun UKM dan program sub bidang perubatan).

20. Menghadiri dan lulus dengan jayanya Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri atau lain-lain kursus yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa bagi calon cuti belajar luar Negara. Keputusan boleh digunapakai dalam tempoh tiga (3) tahun sahaja.

21. Bertanggungjawab untuk menjaga nama baik Kerajaan, Negara dan Universiti di sepanjang pengajian. Sehubungan ini peraturan-peraturan berikut haruslah dipatuhi:

i. tidak boleh terlibat dalam mana-mana kesalahan jenayah dan apa-apa

kegiatan yang mencemarkan nama baik Kerajaan, Negara dan Universiti;

ii. tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang

difikirkan oleh Kerajaan/Universiti tidak selaras dengan kepentingan pegawai atau kepentingan Kerajaan/Universiti;

iii tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa

pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis

(14)

14

daripada Kerajaan/Universiti dan Kerajaan/Universiti, mengikut budi bicara mutlak, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu;

iv. sekiranya tenaga pengajar berkenaan didapati masih melakukan perkara-perkara di para (ii) dan (iii) di atas tanpa mendapat kebenaran Kerajaan Pusat dan UKM, maka Kerajaan/UKM berhak menarik tawaran hadiah latihan tersebut dan tindakan tatatertib akan diambil;

B. Cuti Belajar Sepenuh Masa Tanpa Biasiswa

1. Pegawai hendaklah berada dalam perkhidmatan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan.

2. Pegawai telah mendapat tempat di Universiti/Institusi yang diiktiraf dan akan mengikuti kursus yang diiktiraf bagi tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan Kerajaan.

3. Pegawai hendaklah mempunyai keupayaan untuk membiayai perbelanjaan yang

berkaitan dengan kursus yang hendaklah diikuti

4. Tidak dapat memenuhi syarat pemberian biaisiswa atau faktor umur.

5. Syarat-syarat lain adalah seperti yang digunapakai untuk Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa kecuali bagi perkara-perkara 1,2 dan 21.

C. Cuti Belajar Separuh Gaji

1. Jenis kursus yang akan diikuti hendaklah pada peringkat Diploma atau Ijazah Pertama atau Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang yang diperlukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (termasuk Universiti) atau perkhidmatan pegawai secara amnya dan bersesuaian dengan kelayakan asas yang dimiliki. Jenis kursus yang sesuai bagi maksud ini, bilangan pegawai yang boleh diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji pada satu-satu tahun dan tempoh yang diluluskan bagi seseorang pegawai adalah atas budi bicara Jawatankuasa Cuti Belajar dan Biasiswa UKM yang akan mempertimbangkan permohonan pegawai berkenaan dengan mengambil kira perakuan Ketua Jabatan dan Dekan/Pengarah.

2. Pegawai hendaklah berada di dalam perkhidmatan tetap dan telah disahkan

dalam perkhidmatan.

3. Pegawai telah berkhidmat tidak kurang dari 10 tahun dengan UKM dan lima (5) tahun bagi Jururawat di HUKM.

4. Pegawai hendaklah mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi tahunan (LNP) melebihi 80% bagi 2 tahun kebelakangan dan Laporan Prestasi Khas (jika ada) yang baik dan diperakukan oleh Ketua Jabatan.

5. Pegawai telah pun mendapat tempat di Universiti/Institusi yang diiktiraf dan akan mengikuti kursus yang diiktiraf bagi tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan Kerajaan.

6. Pegawai hendaklah mempunyai keupayaan untuk membiayai perbelanjaan yang

berkaitan dengan kursus yang hendak diikuti kerana urusan mendapatkan bantuan kewangan atau biasiswa untuk tujuan mengikuti pengajian perlu diuruskan oleh kakitangan sendiri dengan cara memohon bantuan kewangan atau biasiswa daripada agensi yang menawarkan kemudahan tersebut.

(15)

15

Walabagaimapun bagi pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji di UKM, akan diberi pengecualian yuran.

7. Pegawai hendaklah belum mencapai umur 40 tahun dari tarikh memulakan

pengajian.

8. Ketua Jabatan bersedia melepaskan pegawai mengikuti pengajian.

9. Pegawai bebas daripada ikatan perjanjian berkhidmat dengan Kerajaan atau Universiti, atau jika terikat telah mendapat kelulusan penggantungan perjanjian. D. Cuti Belajar Tanpa Gaji

1. Pegawai dalam kumpulan Sokongan boleh dipertimbangkan untuk mendapat

kemudahan Cuti Belajar Tanpa Gaji untuk mengikuti pengajian pada peringkat Sijil, Diploma atau ijazah Pertama atau Sarjana di dalam atau di luar Negara. 3. Pegawai Universiti yang tidak layak mendapat Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan

Biasiswa atau Separuh Gaji juga boleh dipertimbangkan Cuti Belajar Tanpa Gaji. Peraturan mengenai Cuti Belajar Tanpa Gaji pada waktu ini adalah meliputi pegawai kumpulan Sokongan.

4. Telah berkhidmat terus menerus tidak kurang daripada tiga (3) tahun selepas tarikh lantikan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatannya.

5. Telah menunjukkan prestasi kerja yang baik LNP 80% dua tahun kebelakang.

6. Ketua Jabatan memperakukan dan bersedia melepaskan pegawai mengikuti

kursus.

7. Mempunyai kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf

dengannya.

8. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun membuat permohonan. 9. Belum pernah diluluskan sebarang cuti belajar.

10. Hendaklah mengikuti pengajian secara sepenuh masa dalam bidang yang

berkaitan dengan keperluan perkhidmatan dan diiktiraf oleh Kerajaan.

11. Mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membiayai dirinya dan juga

keluarga jika mereka ikut bersama (bagi pengajian luar negara) kerana urusan mendapatkan bantuan kewangan atau biasiswa untuk tujuan mengikuti pengajian perlu diuruskan oleh kakitangan sendiri dengan cara memohon bantuan kewangan atau biasiswa daripada agensi yang menawarkan kemudahan tersebut. 12. Telah mendapat tempat di Universiti/Institusi (atas daya usaha sendiri).

13. Pegawai bebas daripada ikatan perjanjian berkhidmat dengan Kerajaan, atau jika terikat telah mendapat kelulusan penggantungan perjanjian.

E. Cuti Belajar Separuh Masa

1. Pegawai pentadbiran/sokongan dan kakitangan akademik yang sedang bertugas boleh dipertimbangkan untuk permohonan pengajian secara separuh masa/PJJ di UKM atau mana-mana IPTA tertakluk tidak menjejaskan tugasannya.

2. telah disahkan dalam perkhidmatan.

3. Bidang pengajian perlu berkaitan dengan bidang tugas.

4. Laporan Nilaian Prestasi (LNP) sekurang-kurang 80% bagi dua (2) tahun

(16)

16

5. Pegawai pentadbiran dan kakitangan sokongan boleh dipertimbangkan untuk

mengikuti program pengajian secara separuh masa/PJJ dengan pengecualian yuran di UKM berdasarkan syarat-syarat seperti berikut:

i. telah disahkan dalam perkhidmatan;

ii. disokong oleh Ketua Jabatan dan Dekan/Pengarah;

iii. mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi (LNP) sekurang-kurang 80% bagi dua (2) tahun kebelakang;

iv. pengajian tidak boleh dibuat di mana pegawai ditempatkan (kecuali

dengan kelulusan khas Pengerusi Jawatankuasa Cuti Belajar);

v. Keutamaan peluang belajar secara separuh masa akan diberikan kepada pegawai yang tidak pernah mendapat kemudahan cuti belajar

vi. Had masa belajar yang diluluskan adalah had minimum peraturan jangka masa sesuatu program pengajian secara separuh masa yang berkenaan boleh ditamatkan:

a) Sarjana - 4 semester

b) Doktor Falsafah - 8 semester

c) Sarjana muda (PJJ) - 7 semester

6. Kakitangan akademik boleh dipertimbangkan mengikuti pengajian secara separuh masa dengan pengecualian yuran berasaskan syarat-syarat seperti berikut: i. Telah disahkan dalam perkhidmatan;

ii. Disokong oleh Ketua Jabatan/Pengerusi Pusat dan Dekan/Pengarah; iii. Belum pernah diberikan sebarang kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Dengan Biasiswa dalam program yang sama;

iv. Had masa belajar yang diluluskan adalah had masa minimum peraturan jangka masa sesuatu program pengajian yang berkenaan boleh ditamatkan:

a) Sarjana - 4 semester

b) Doktor Falsafah - 8 semester

7. Pegawai pentadbiran dan sokongan serta kakitangan akademik boleh dibenarkan mengikuti pengajian di IPTA luar tertakluk kepada kriteria dalam perkara 5 dan 6. Walau bagaimanapun dalam keadaan ini, pegawai tidak akan diberikan pengecualian yuran.

8. Penentuan kriteria ini bukanlah bermakna Universiti menyekat peluang dan

kemudahan kakitangan, sebaliknya dijadikan sebagai alat kawalan dan panduan agar pemohon lebih bertanggungjawab terhadap peluang dan kesempatan yang diberikan, kerana secara tidak langsung, UKM terpaksa menanggung kos per pelajar, di samping kos kerugian masa pejabat.

9. Pegawai yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, masih boleh diberikan kemudahan pelepasan mengikuti pengajian secara separuh masa/PJJ di UKM dengan tanpa pengecualian yuran, sama seperti kemudahan yang diberikan kepada kakitangan yang memilih untuk melanjutkan pengajian di luar UKM.

(17)

17

10. Pelepasan hanya diberikan maksimum 6 jam seminggu untuk menghadiri kuliah dan jumlah masa ini perlu digantikan semula dengan tambahan masa bekerja dengan jumlah jam yang sama. Pegawai yang diluluskan perlu memaklumkan kepada Ketua Bahagian masing-masing jadual kuliah/pertemuan yang tetap untuk rekod Jabatan dan jadual penggantian masa pejabat.

11. Tempoh Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan ialah

mengikut tempoh sebenar kursus intensif dengan syarat tidak melebihi 30 hari setahun. Sekiranya tempoh kursus intensif yang perlu dihadiri melebihi 30 hari, kakitangan perlu menggunakan baki cuti rehat yang masih ada atau memohon cuti tanpa gaji bagi menampung perbezaan tempoh tersebut.

(18)

18 Pekeliling-Pekeliling

- Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2005 - Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2003 - Pekeliling Perbendaharaan Bil.2/2005

Referensi

Dokumen terkait

lapangan Di sekitar lokasi kegiatan 1 (satu) kali selama kegiatan berlangsung Pengelola:Rumah Makan Kaliotik Resto Pengawas: BPMP (Badan Penanaman Modal dan

Dengan demikian, melalui model pembelajaran inkuiri tidak hanya dapat melatihkan keterampilan berpikir tingkat tinggi peserta didik namun juga menunjang hasil belajar

Peraturan Pemerintah Nomor 78 Tahun 2007 Tentang Tata Cara Pembentukan, Penghapusan, dan Penggabungan Daerah Pasal 16 menyebutkan bahwa tata cara pembentukan

Nilai  strike dan dip  pada pekerjaan rekayasa batuan  berhubungan dengan prediksi stabilitas massa batuan dan arah penggalian, serta sangat berperan untuk memberikan

10,11 Selain rutin digunakan untuk mengendalikan TIK pada terapi konvensional cedera kepala, beberapa penelitian memberikan manitol dengan dosis yang lebih tinggi dari dosis

Namun sebaliknya, suatu perusahaan yang sukses akan terlebih dahulu menemukan apa saja yang diinginkan oleh masyarakat dan baru membuat dan mengembangkan produk

Penelitian ini menghasilkan temuan bahwa bentuk kebahasaan pada campur kode yang terjadi pada komunitas dosen IAIN Purwokerto dapat dikelompokkan menjadi bentuk kata dan frasa,

Bentuk tes yang digunakan adalah tes yang dibuat oleh Hesteness (1992) tentang Force Concept Inventory (FCI) yang telah standar dan telah teruji validitas dan