• Tidak ada hasil yang ditemukan

Transaksi Hebat Copyright 2007

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Transaksi Hebat Copyright 2007"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

________________________________________________________________

(2)

________________________________________________________________

Perhatian

Laporan Khas ini telah ditulis dengan tujuan untuk berkongsi pendapat, pengalaman dan maklumat mengenai tajuk yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan, perniagaan atau undang-undang. Segala pendapat dan idea yang dikongsi di dalam terbitan ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak menjamin kejayaan untuk semua pihak.

Walaupun usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan terbitan ini pada masa penulisan, sistem Lelong.com.my dan dunia Internet sentiasa berubah dengan pantas. Oleh itu, maklumat tertentu yang terdapat di dalam terbitan ini mungkin tidak lagi tepat pada masa anda membacanya.

Tiada jaminan yang maklumat di dalam terbitan ini adalah tepat dan menyeluruh. Pihak penerbit dan penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang liabiliti, kehilangan, dan risiko – sama ada secara peribadi atau tidak, yang berpunca daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam terbitan ini sama anda secara langsung atau tidak langsung.

Pihak penerbit dan penulis merupakan pihak berkecuali yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pemilik laman web www.Lelong.com.my iaitu Interbase Resources Sdn Bhd.

(3)

________________________________________________________________

Copyright dan Trademark

Laporan Khas ini merupakan terbitan The e-Auction Marketing Center.

Segala maklumat yang terkandung di dalamnya merupakan Copyright kepada Eruwan Gerry Norsen.

Anda tidak mempunyai hak untuk menukar sebarang tulisan atau pautan di dalam terbitan ini.

Anda mempunyai hak untuk mengedar terbitan ini secara percuma atau sebagai bonus kepada barangan anda yang lain. Walaubagaimanapun, anda tidak dibenarkan untuk menjual terbitan ini dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.

Segala logo, slogan, barangan dan harta intelek yang terkandung di dalam terbitan ini sama ada secara bertulis atau visual merupakan Copyright dan hak milik pemiliknya masing-masing.

(4)

________________________________________________________________

Pendahuluan

Saya masih ingat dengan jelas beberapa tahun yang lalu semasa saya baru sahaja mula membida di

Lelong.com.my. Saya risau yang penjual-penjual akan menipu saya memandangkan saya masih baru dan tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai lelongan

online.

Peluang di mana saya boleh membida untuk sesuatu barang merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan. Pada masa itu, saya masih kurang arif mengenai cara untuk melakukan transaksi online dan saya sangat risau akan pelbagai kemungkinan yang akan terjadi di sepanjang transaksi tersebut.

Memang saya boleh mendapat pelbagai penjelasan mengenai cara sistem Lelong.com.my berfungsi melalui laman web mereka, namun demikian, tanpa pengalaman dan pengetahuan sendiri, hampir semua perkara dirasakan seperti berisiko tinggi. Dengan hak pihak lain untuk memberikan Rating Negatif

sekiranya saya tersilap langkah, memang saya risau melakukan transaksi di Lelong.com.my.

Saya telah melakukan banyak kesalahan dan telah mendapat pelbagai

pengalaman sebagai seorang pembeli di Lelong.com.my. Pada masa ini, saya sudah berada di dalam keadaan yang sesuai untuk berkongsi dengan orang lain mengenai cara-cara untuk menjadi seorang pembeli bijak berdasarkan segala pengalaman dan pengetahuan yang telah saya perolehi.

Semasa saya mula menjadi seorang penjual di Lelong.com.my, pelbagai masalah lain telah timbul. Sebelum itu saya telah mendengar pelbagai cerita

(5)

________________________________________________________________

menakutkan mengenai masalah yang dihadapi penjual-penjual lain seperti mereka terpaksa menangani pembeli bermasalah dan terpaksa melayan pelbagai karenah pembeli. Setiap penjual mempunyai cerita buruk yang ingin mereka kongsi bersama saya. Oleh yang demikian, saya memang agak risau akan perjalanan saya sebagai seorang penjual di Lelong.com.my.

Setelah setahun demi setahun berlalu, saya telah mengalami segala macam pembeli yang mempunyai karenah mereka masing-masing. Sekarang saya boleh mengatakan yang saya telah melihat segalanya. Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman yang saya miliki, saya boleh berkongsi dengan anda cara-cara untuk mengelakkan diri anda daripada menghadapi masalah-masalah yang biasa terjadi kepada penjual-penjual baru.

Saya berharap yang anda akan mendapat manfaat daripada Laporan Khas ini. Sebagai seorang pembeli atau penjual di Lelong.com.my, memang anda akan menghadapi perkara-perkara yang baik dan juga buruk. Namun demikian,

dengan memiliki terbitan ini, anda akan lebih bersedia untuk menghadapinya dan akhirnya akan mencapai segala impian anda di Lelong.com.my.

Sekiranya anda mendapati terbitan ini berguna dan telah membantu anda, diharap anda dapat berikannya kepada sahabat-sahabat dan kaum keluarga anda.

Saya ucapkan salam kejayaan kepada anda di dalam perjalanan anda di Lelong.com.my!

(6)

________________________________________________________________

Dapatkan panduan PERCUMA cara-cara

untuk menjual di Lelong.com.my dalam

masa 48 Jam!

(Ia bernilai RM67 tetapi PERCUMA untuk anda!)

BONUS

– Anda juga akan mendapat langganan PERCUMA kepada

Newsletter “Rahsia Raja Lelong” bernilai RM97 yang dimuatkan dengan

pelbagai strategi dan rahsia yang akan membantu anda untuk MEMAKSIMAKAN keuntungan di Lelong.com.my!

Klik di sini untuk mendaftar SEKARANG!

Nota Penting: Kami TIDAK AKAN memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak lain. Anda berhak untuk berhenti melanggan pada bila-bila masa!

(7)

________________________________________________________________

Kandungan

1. Pengenalan...8

2. Cara mengelak penipuan sebagai seorang pembeli...9

3. Cara mengelak penipuan sebagai seorang penjual…...17

4. Apa yang perlu dilakukan sekiranya ditipu………...23

(8)

________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pertama sekali, anda perlu faham bahawa Lelong.com.my merupakan portal yang selamat untuk melakukan transaksi perniagaan online anda.

Sebenarnya, pihak admin Lelong.com.my telah mengadakan pelbagai ciri-ciri tambahan dengan tujuan untuk menjaga keselamatan dan menjamin hak setiap ahlinya.

Namun demikian, untuk menyatakan bahawa portal tersebut adalah 100% selamat untuk kedua-dua pembeli dan penjual adalah tidak tepat.

Seperti dunia offline kita yang sebenar, terdapat golongan orang yang boleh dipercayai dan jujur dalam urusniaga mereka, dan terdapat juga golongan orang yang akan membawa masalah dengan melakukan pelbagai perkara buruk seperti menipu, melarikan barang, melarikan duit dan cuba mengambil peluang daripada kesusahan orang lain.

Di Lelong.com.my, sekali-sekala kita akan berpeluang untuk berjumpa dengan orang-orang yang bermasalah seperti ini yang akan muncul sebagai pembeli atau penjual.

Bak kata pepatah, “Mencegah lebih baik dari merawat”, oleh yang demikian, saya ingin berkongsi beberapa tip dan panduan di dalam perjalanan anda di Lelong.com.my.

Di dalam beberapa mukasurat yang seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk mengelak penipuan sebagai pembeli dan juga sebagai

(9)

________________________________________________________________

penjual. Saya juga akan memberikan panduan mengenai apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda telah ditipu oleh seseorang di Lelong.com.my.

Mari kita teruskan perjalanan!

2. Cara mengelak penipuan sebagai seorang pembeli

Saya menganggap bahawa kebanyakkan daripada kita akan bermula di Lelong.com.my sebagai seorang pembeli. Cuma dengan bermula sebagai seorang pembeli anda boleh memahami sepenuhnya cara urusniaga lelongan

online. Setelah anda sudah biasa membeli, barulah saya cadangkan anda mula menjual.

Di dalam bahagian ini, saya akan berkongsi dengan anda tip-tip untuk mengelak diri anda daripada menjadi mangsa penipuan di Lelong.com.my sebagai seorang pembeli. Berikut adalah tip-tip tersebut:

1. Periksa profil penjual

Tip nombor satu sebelum membuat sebarang pembelian di Lelong.com.my adalah memeriksa profil si penjual.

Sistem Lelong.com.my adalah sangat terperinci dan anda boleh mendapat pandangan keseluruhan profil si penjual dengan hanya melakukan beberapa pemeriksaan mudah ke atas profilnya.

(10)

________________________________________________________________

Anda boleh melihat profil si penjual dengan memilih pilihan View Profile yang terdapat di bahagian bawah diskripsi lelongan penjual tersebut. Sila rujuk Rajah 2.1 untuk melihat lokasi pilihan tersebut.

Di sini

Rajah 2.1: Klik di sini untuk melihat profil penjual

Dengan melihat pilihan tersebut, anda akan dibawa ke laman web profil penjual di mana anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai penjual

tersebut. Rajah 2.2 menunjukkan apa yang boleh anda lihat di dalam laman web profil seseorang penjual.

(11)

________________________________________________________________

Rajah 2.2: Periksa profil penjual di sini

Di antara perkara-perkara yang anda sepatutnya lihat di dalam profil penjual adalah seperti berikut :

• Jangkamasa penjual menjadi ahli berdaftar di Lelong.com.my • Jumlah ahli yang memilih penjual sebagai penjual pilihan • Skor Feedback

• Peratus rating Positif

(12)

________________________________________________________________

Kesemua maklumat tersebut akan memberikan gambaran keseluruhan

mengenai si penjual – sama ada dia merupakan seorang yang boleh dipercayai atau tidak.

Sekiranya penjual tersebut mempunyai skor Feedback yang tinggi dengan peratus rating Positif yang tinggi serta merupakan ahli yang telah lama berdaftar dengan Lelong.com.my, lebih besar kemungkinan yang anda akan selamat berurusniaga dengannya dan dia akan mampu menghantar barangan kepada anda tanpa sebarang masalah.

Sekiranya penjual tersebut mempunyai skor Feedback yang rendah atau tidak ada langsung, secara logiknya anda sepatutnya lebih berhati-hati di dalam berurusniaga dengan orang tersebut. Walaupun pada hakikatnya penjual

tersebut seorang yang baik, disebabkan penjual tersebut masih kurang dari segi pengalaman – anda mungkin akan menghadapi masalah dengannya sekiranya anda tidak berhati-hati.

2. Beli daripada penjual yang telah disahkan kad pengenalan

Satu lagi tip sebagai pembeli adalah dengan hanya membeli barangan daripada penjual yang telah disahkan kad pengenalannya (IC Verified). Ini bermaksud penjual yang telah disahkan kad pengenalannya sudah memberikan maklumat peribadi mereka kepada pihak admin Lelong.com.my untuk disemak dan disahkan. Oleh yang demikian, sekiranya berlaku sesuatu masalah dengan urusniaga tersebut, anda boleh menghubungi pihak admin Lelong.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penjual tersebut. Ahli yang telah

disahkan kad pengenalannya mempunyai simbol khas pada profil mereka seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.3.

(13)

________________________________________________________________

Di sini

Rajah 2.3: Simbol ahli yang telah disahkan kad pengenalan

Penjual yang masih belum disahkan kad pengenalan menunjukkan seolah-olah mereka mempunyai sesuatu untuk disembunyikan. Oleh yang demikian, lebih baik berhati-hati daripada menyesal di kemudian hari apabila penjual tadi melarikan duit anda.

Sekiranya anda seorang penjual yang membaca laporan khas ini, saya syorkan yang anda mengesahkan kad pengenalan anda di Lelong.com.my. Langkahnya amatlah mudah dan dengan yuran yang minima. Anda akan lebih mendapat keyakinan pembeli dengan hanya melakukan perkara mudah ini.

(14)

________________________________________________________________

3. Hubungi penjual sebelum membida

Sebelum membida, anda sepatutnya menghubungi si penjual sekiranya anda ada sebarang kemusykilan mengenai diskripsi lelongan penjual tersebut seperti cara pembayaran, penghantaran barangan dan perkara-perkara yang

terkandung di dalam terma dan syarat-syarat mereka.

Sebaik-baiknya anda menghubungi si penjual melalui email atau telefon untuk meminta penjelasan mengenai sebarang kekeliruan. Dengan berbuat demikian, anda dengan mudah akan dapat mengesan sekiranya terdapat sebarang

masalah dengan barangan tersebut atau anda berkemungkinan menghadapi masalah dengan penjual tersebut. Sekiranya anda cuba menghubungi nombor telefon penjual tetapi talian tersebut tidak berfungsi, saya cadangkan yang anda tidak melakukan transaksi dengan penjual tersebut kerana berkemungkinan besar anda akan menghadapi masalah dengan penjual tersebut di kemudian hari.

4. Sahkan akaun bank penjual

Setelah anda menerima maklumat bank daripada si penjual, anda perlu

memeriksa maklumat yang telah diberikan kepada anda. Pastikan yang nama si penjual adalah sama dengan nama yang terdapat pada akaun bank yang telah diberikan. Terdapat beberapa kes penipuan di mana si penjual telah memberikan nombor akaun bank sahabatnya dan telah mengambil duit tersebut tanpa

menghantar barang. Sentiasa pastikan yang nama pada akaun bank adalah sama dengan nama si penjual. Sekiranya penjual tersebut merupakan satu syarikat, nama syarikat tersebut perlu terdapat pada akaun bank yang diberikan.

(15)

________________________________________________________________

5. Dapatkan alamat penjual

Anda sepatutnya menyimpan rekod alamat penjual sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Dengan menyimpan rekod alamat si penjual, akan memudahkan anda untuk mencarinya sekiranya berlaku sesuatu penipuan semasa transaksi anda. Sesetengah penjual tidak memberikan

maklumat alamat mereka di dalam sistem Lelong.com.my. Oleh itu, lebih baik sekiranya anda memohon maklumat tersebut dari si penjual sekiranya perlu.

6. Barangan terlalu murah

Sekiranya anda menjumpai penjual yang menjual sesuatu barang dengan harga yang terlalu murah sehingga sukar dipercayai – berkemungkinan ianya adalah satu penipuan. Apa yang saya maksudkan adalah, sekiranya seseorang penjual menjual sesuatu barangan yang pada kebiasaannya berharga tinggi tetapi dijual olehnya dengan harga Quick Grab (Beli Sekarang) yang terlalu rendah, anda perlu berhati-hati. Penipu-penipu ini berharap yang anda akan membayar wang kepada mereka dengan secepat mungkin dan mereka akan melarikan wang anda selepas itu. Mereka sebenarnya sedang mencuba untuk membuat duit daripada ketamakan kita untuk mendapatkan barangan mahal dengan harga yang murah. Janganlah terpedaya dengan tipu helah seperti ini.

Namun demikian, jangan terkeliru di antara harga murah dengan harga Start at RM1 yang diberikan oleh seseorang penjual. Penjual-penjual veteren tertentu akan memulakan bidaan barangan mereka pada harga RM1 kerana mereka sedia maklum dengan keinginan para pengunjung yang akan membida sehingga harga barangan tersebut mencapai harga pasarannya. Sila periksa profil penjual

(16)

________________________________________________________________

7. Bayaran ke akaun luar negara

Salah satu penipuan yang biasa dilakukan adalah si penjual meminta anda untuk membuat pembayaran ke akaun bank luar negara mereka, kebiasaannya

pembayaran melalui Western Union. Mereka akan memberikan 1001 alasan mengapa mereka tidak dapat menerima bayaran anda melalui cara lain kecuali melalui Western Union. Jangan percayakan mereka! Sekiranya mereka tidak memiliki sekurang-kurangnya akaun bank Malaysia atau akaun Paypal, jangan berurusniaga dengan mereka. Mereka seorang penipu!

Sekiranya anda sudah melakukan bidaan, mereka akan mengugut anda supaya membayar agar tidak diberikan rating Negatif. Mereka melakukan sedemikian supaya anda terpaksa membayar mereka. Jangan bayar! Sekiranya mereka bertindak memberikan anda rating Negatif, anda boleh melaporkan kes anda kepada pihak admin Lelong.com.my dan meminta bantuan mereka untuk mengeluarkan rating tersebut. Namun demikian, anda perlu memberikan kesemua maklumat yang diperlukan sebagai bukti seperti komunikasi melalui

email, User ID penjual, Item ID dan segala dokumen lain yang berkenaan kepada pihak Lelong.com.my.

8. Menggunakan SafeTrade

Cara paling mudah untuk mengelakkan sebarang masalah penipuan di dalam membeli barangan yang berharga tinggi di Lelong.com.my adalah dengan

menggunakan SafeTrade atau Urusniaga Selamat dalam transaksi anda dengan penjual. Pihak admin Lelong.com.my memberikan pilihan kepada ahli-ahlinya untuk menggunakan mereka sebagai orang tengah di dalam urusniaga dengan pihak lain. Ini bermaksud yang pihak admin Lelong.com.my akan menerima bayaran atau barangan bagi pihak ahli dan akan memberikannya kepada pihak

(17)

________________________________________________________________

yang berkenaan setelah kesemua syarat dan terma dipatuhi oleh kedua-dua penjual dan pembeli.

3. Cara mengelak penipuan sebagai seorang penjual

Menjadi seorang penjual di Lelong.com.my merupakan satu cabaran yang hebat. Bukan sahaja anda diharapkan untuk menjual barangan anda dengan sebaik mungkin, malah perkhidmatan pelanggan anda juga diharapkan setanding dengan apa yang terdapat di dunia offline.

Walaubagaimanapun, ganjaran sebagai seorang penjual amatlah lumayan dan dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan pertama atau kedua untuk diri anda.

Malangnya, sekali-sekala anda akan mendapati diri anda terpaksa berdepan dengan pembeli yang teruk. Untuk kes-kes mudah, pembeli tersebut mungkin cuma akan Joybid (membida tetapi tidak membayar sesudah menang). Untuk kes-kes besar, pembeli tersebut mungkin telah melarikan barangan anda tanpa membuat sebarang pembayaran.

Di sini saya akan berkongsi beberapa tip mudah untuk mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa penipuan seorang pembeli.

1. Periksa profil pembeli

Setelah seorang pembida menang, periksalah profil mereka supaya anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai perwatakan pembeli tersebut.

(18)

________________________________________________________________

sebelum ini? Ataupun terdapat perkara lain yang boleh memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai perwatakan pembeli tersebut?

Anda perlu berbuat demikian supaya anda akan dapat merancang dengan teliti komunikasi anda dengan pembeli tersebuat agar dapat mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

Ingat! Walau apapun yang anda lakukan, bersikap profesionallah di dalam komunikasi anda dengannya. Sekiranya pembeli tersebut pernah mendapat

rating Negatif, anda perlu ingat bahawa dia masih merupakan pembeli anda yang perlu dilayan dengan sebaik mungkin oleh anda. Jangan layan mereka seperti seorang penjenayah. Kekalkanlah hubungan baik anda dengan mereka kerana berkemungkinan yang mereka akan menjadi di antara pelanggan anda yang paling setia di masa hadapan.

2. Jual kepada pembeli yang telah disahkan

Salah satu cara untuk mengelakkan daripada anda menghadapi masalah daripada ahli-ahli yang tidak bertanggungjawab adalah dengan hanya

membenarkan ahli yang telah disahkan kad pengenalan (IC Verified Member) untuk membida lelongan anda. Dengan cara ini, anda akan mengurangkan masalah penipuan daripada pihak pembeli kerana pihak admin Lelong.com.my mempunyai maklumat peribadi ahli-ahli yang telah disahkan kad pengenalannya. Sekiranya anda ada sebarang masalah dengan ahli tersebut, anda boleh

menghubungi pihak admin Lelong.com.my untuk membantu anda.

Sila ambil perhatian, kebanyakkan pembeli di Lelong.com.my merupakan ahli yang belum disahkan kad pengenalan. Oleh itu, anda akan kehilangan banyak bidaan sekiranya anda cuma menghadkan lelongan anda kepada ahli yang telah disahkan.

(19)

________________________________________________________________

3. Hubungi pembeli

Di akhir lelongan, anda sepatutnya menghubungi pihak pembeli sama ada melalui email atau telefon untuk memaklumkan yang mereka telah memenangi lelongan anda. Dengan cuma menghantar maklumbalas melalui laman web My Lelong anda kepada pembeli adalah tidak memadai kerana tidak terdapat perhubungan secara peribadi di antara anda dengan pemenang tersebut.

Sekiranya si pembeli tidak menjawab email atau panggilan telefon anda, hantar satu lagi peringatan kepada mereka. Sekiranya sudah seminggu berlalu dan tidak terdapat sebarang komunikasi daripada pemenang tersebut, anda boleh menganggap yang pemenang tersebut merupakan seorang JoyBidder.

Apa yang boleh anda lakukan adalah menyenaraikan User ID pembeli tersebut sebagai seorang JoyBidder ke dalam laman web My Lelong anda.

Anda boleh meninggalkan rating Negatif untuk ahli tersebut sekiranya anda rasa perlu tetapi jangan terlalu emosional di dalam komen anda.

Tidak perlu terlalu mengejar ahli tersebut kerana ia akan membuang masa anda kerana terlalu memfokus usaha anda terhadap ahli-ahli seperti ini. Tidak perlu duduk merungut mengenai keadaan anda kerana masih banyak lagi peluang yang boleh didapati di luar. Teruskanlah perjalanan anda.

4. Dapatkan alamat pembeli

(20)

________________________________________________________________

sudah berpindah rumah dan mempunyai alamat yang baru tetapi terlupa mengemaskinikan maklumat peribadi mereka di dalam sistem Lelong.com.my.

Sila dapatkan alamat terkini mereka atau sekurang-kurangnya meminta mereka untuk mengesahkan alamat mereka yang terdapat di dalam sistem

Lelong.com.my. Pembeli tersebut dengan mudah boleh melaporkan penipuan sekiranya anda telah menyatakan yang anda sudah menghantar barangan tetapi mereka belum lagi menerimanya.

Dapatkan alamat yang betul daripada awal untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

5. Berikan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar

Beberapa masalah yang terjadi di Lelong.com.my adalah disebabkan oleh salah faham pembeli mengenai jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh mereka untuk sesuatu lelongan. Di samping kos barang, si pembeli juga mungkin perlu membayar harga pembungkusan, penghantaran atau cukai. Pembeli yang tidak memahami jumlah keseluruhan yang perlu mereka bayar mungkin tidak akan bersetuju untuk meneruskan urusniaga dengan anda.

Oleh yang demikian, tanggungjawab anda sebagai penjual adalah untuk memberikan maklumat yang lengkap dan jelas kepada para pengunjung mengenai jumlah keseluruhan yang perlu mereka bayar untuk lelongan anda. Berikan diskripsi lelongan yang mudah dan jelas mengenai jumlah keseluruhan yang perlu dibayar. Jangan tulis diskripsi lelongan anda dengan perkataan-perkataan yang sukar difahami dan yang akan menyukarkan pengunjung untuk membacanya. Tulislah dalam bahasa mudah sehingga seorang kanak-kanak pun boleh memahami apa yang ingin anda sampaikan.

(21)

________________________________________________________________

6. Hantar selepas pembayaran

Saya mengetahui yang sesetengah penjual baru yang terlalu ghairah akan menghantar barangan walaupun si pembeli belum lagi menjelaskan bayaran. Sekiranya anda bernasib baik, pembeli tersebut merupakan seorang yang jujur dan akan menjelaskan bayaran secepat yang mungkin. Namun demikian, sekiranya anda tidak bernasib baik – si pembeli akan melarikan diri bersama barangan anda tanpa membuat pembayaran.

Tulis ayat ini dan tampal di tempat yang anda akan selalu lihat: Hantar Selepas Pengesahan Bayaran!

Sekiranya si pembeli menyatakan yang dia sudah membuat pembayaran, sila semak akaun bank anda untuk mengesahkannya. Jangan cuma menerima sahaja kenyataan pembeli tersebut. Ada ahli-ahli yang licik akan berharap yang anda akan menerima pengakuan mereka itu dan lantas menghantar barangan tanpa sebarang pengesahan. Jangan berbuat demikian! Andalah yang bijak di sini. Hantar barangan selepas pengesahan pembayaran.

7. Jangan berikan Cash On Delivery (C.O.D)

Beberapa tahun yang lalu semasa perbankan internet masih belum diterimapakai secara menyeluruh, Cash On Delivery atau pembayaran semasa penghantaran merupakan salah satu pilihan pembayaran yang sesuai. Namun demikian, pada masa kini, kemudahan perbankan internet telah hampir melupuskan pilihan pembayaran ini. Cash On Delivery bermaksud yang pembeli dan penjual bersetuju untuk berjumpa di mana-mana tempat yang sesuai untuk melakukan

(22)

________________________________________________________________

Saya tidak bersetuju dengan penggunaan Cash On Delivery kecuali jika anda mempunyai kedai sendiri yang mana para pembeli boleh pergi ke kedai tersebut untuk melengkapkan urusniaga. Terdapat banyak kes yang mana si pembeli tidak datang seperti dijanjikan dan si penjual terpaksa menunggu berjam-jam lamanya. Ada pembeli yang membawa bersama kawan-kawan mereka untuk menakutkan penjual agar harga barangan dapat dikurangkan. Sekiranya anda merupakan seorang penjual wanita, mungkin perkara yang lebih buruk akan berlaku.

Keputusan saya adalah – berikan pilihan C.O.D kepada penjual yang mempunyai kedai offline mereka sendiri. Sekiranya anda merupakan penjual persendirian, hantar barangan anda melalui pos atau perkhidmatan kurier. Lebih baik selamat daripada menyesal di kemudian hari.

8. Gunakan SafeTrade

Sememangnya, cara terbaik untuk berurusniaga sekiranya anda menjual barangan yang bernilai tinggi adalah dengan menggunakan SafeTrade. Anda akan mendapat kepastian yang pihak admin Lelong.com.my akan menyebelahi anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa urusniaga.

(23)

________________________________________________________________

4. Apa yang perlu dilakukan sekiranya ditipu

Walaupun anda sudah mengambil pelbagai langkah untuk mengelakkan

daripada ditipu, masih terdapat kebarangkalian yang ianya akan terjadi kepada anda sebagai seorang pembeli atau penjual.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya ianya terjadi kepada anda? Berikut merupakan beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan sekiranya ditipu.

Langkah 1 – Periksa pengesahan

Sebelum anda boleh melaporkan kes anda kepada pihak admin Lelong.com.my, anda perlu memastikan yang anda dan pihak kedua (sama ada penjual atau pembeli) merupakan ahli yang telah disahkan kad pengenalan. Ini amat diperlukan kerana pihak admin cuma boleh membantu anda sekiranya kedua-dua pihak merupakan ahli yang telah disahkan. Sebagai ahli yang telah disahkan, segala maklumat peribadi anda terdapat di dalam sistem

Lelong.com.my dan mereka akan dapat membantu mengesan pihak yang menipu tadi.

Oleh yang demikian, sekiranya anda menjual atau membeli barangan yang bernilai tinggi, ia amat digalakkan yang anda cuma berurusniaga dengan ahli-ahli yang telah disahkan kad pengenalan supaya sebarang masalah yang terjadi semasa urusniaga boleh diselesaikan dengan mudah.

(24)

________________________________________________________________

2. Item ID (ID barang)

3. Nombor akaun bank penjual 4. Kaedah pembayaran

5. Maklumat untuk menghubungi pihak penjual/pembeli (email, telefon atau handphone)

6. Alamat penjual/pembeli

Segala maklumat tersebut akan dapat membantu memudahkan pihak admin Lelong.com.my untuk membantu anda. Sila ambil perhatian yang pihak admin cuma boleh membantu anda sehingga tahap tertentu. Sekiranya mereka sudah tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu anda, mereka akan menyuruh anda untuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa.

Langkah 3 (sekiranya perlu) – Lapor kepada pihak polis

Sekiranya ia terjadi (saya harap yang ianya tidak terjadi kepada anda), kes anda tidak dapat diselesaikan oleh pihak admin Lelong.com.my, terutamanya

sekiranya ia merupakan kes penipuan yang besar, pihak admin akan menyuruh anda untuk membuat laporan kepada pihak polis.

Sekiranya ini berlaku, anda perlu membawa segala dokumen dan bahan bukti yang boleh anda dapatkan untuk membuat laporan rasmi di mana-mana balai polis yang berhampiran dengan rumah atau tempat kerja anda.

Setelah mereka menerima laporan rasmi anda, mereka akan menjalankan siasatan mereka untuk membantu anda. Perkara yang anda harus ingat adalah jangan mengharapkan yang mereka akan dapat menyelesaikan masalah anda pada keesokkan hari. Bergantung kepada tahap kes anda, penyiasatan mungkin akan berjalan selama berbulan-bulan sehingga setahun lamanya sebelum kes anda dapat diselesaikan.

(25)

________________________________________________________________

Semasa penyiasatan berlangsung, anda perlu menerima kehilangan tersebut dan meneruskan perjalanan anda. Belajarlah daripada kejadian tersebut supaya anda akan menjadi lebih berpengalaman dan matang di dalam mengendalikan urusniaga anda di Lelong.com.my.

5. Penutup

Begitulah secara ringkasnya cara-cara untuk mengelakkan penipuan dan apa yang perlu anda lakukan sekiranya ianya terjadi kepada anda di Lelong.com.my.

Saya ingin anda faham yang Lelong.com.my merupakan satu portal perniagaan

online yang selamat. Pihak Lelong.com.my telah melakukan pelbagai perkara semenjak beberapa tahun yang lepas untuk mendidik ahli-ahlinya dan

menghalang sebarang kegiatan penipuan di dalam portal mereka. Mereka sedang melakukannya sekarang dan akan terus melakukannya untuk mewujudkan ruang perniagaan yang selamat untuk kedua-dua pembeli dan penjual.

Memandangkan komuniti di Lelong.com.my sangat besar, sudah tentu terdapat segelintir ahli-ahlinya yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan portal tersebut.

Perkara utama adalah anda perlu mempelajari dan mengenali tanda-tanda penipuan dan mengelakkan daripada terjerumus ke dalamnya agar anda mendapat pengalaman urusniaga yang selamat dan menyeronokkan.

(26)

________________________________________________________________

Saya berharap yang anda telah mempelajari sesuatu daripada laporan khas ini. Ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan bagi saya kerana dapat berkongsi sedikit pengetahuan dengan anda.

Kehidupan merupakan satu perjalanan yang tidak putus dengan cabaran. Jangan biarkan orang lain menakut-nakutkan anda untuk mencapai segala impian anda.

Salam hormat dan salam kejayaan.

(27)

________________________________________________________________

Biografi

Eruwan Gerry Norsen merupakan penulis, perunding, penceramah, pakar motivasi dan usahawan lelongan online. Eruwan merupakan penjual dan pembeli veteran di portal lelongan online Lelong.com.my dan eBay.com.

Eruwan juga merupakan penulis buku perniagaan lelongan online bestseller “Rahsia Raja Lelong”.

Pada masa ini Eruwan sedang menjalankan pelbagai projek untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai peluang besar yang terdapat dalam menguruskan perniagaan internet melalui portal lelongan online.

Eruwan menawarkan newsletter percuma yang dipenuhi dengan maklumat dan tip-tip mengenai lelongan online menerusi laman webnya di

www.RahsiaRajaLelong.com. Sila langgan newsletter tersebut sekiranya anda

ingin mendapatkan pelbagai tip, rahsia dan maklumat terkini mengenai lelongan

online.

Sekiranya anda ada sebarang persoalan atau komen, Eruwan boleh dihubungi melalui alamat email [email protected].

(28)

________________________________________________________________

Sekiranya Laporan Khas ini telah

memberikan manfaat kepada anda,

diharap anda dapat kongsikannya

bersama orang-orang penting di dalam

hidup anda!

Sila klik di sini untuk mendaftarkan mereka!

Nota penting: Kami TIDAK AKAN memberikan maklumat peribadi mereka kepada pihak lain. Mereka mempunyai hak untuk berhenti menerima maklumat daripada kami! Privacy Policy.

Referensi

Dokumen terkait

Penerimaan dana dari mitra kerja baik dari kerjasama penelitian/pengabdian masyarakat, penerimaan sewa, layanan laboratorium dan penerimaan lainnya yang sah harus

Pendekatan metode penelitian verifikatif ini digunakan untuk menguji kebenaran dari hipotesis yang dilaksanakan melalui pengumpulan data dan untuk mengetahui ada

Persoalan yang akan dijawab dalam penelitian ini adalah bagaimana strategi pembelajaran pada mata pelajaran Fiqih yang digunakan oleh guru mata pelajaran Fiqih di

 Ekspansi ini diharapkan dapat mendukung target penjualan CSAP pada tahun 2018 yang diharapkan naik 14% menjadi Rp11 triliun dibandingkan dengan tahun lalu.. Penjualan dari

Adapun tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui hubungan pengetahuan gizi, aktivitas fisik, asupan lemak dan energi dengan kejadian obesitas pada

Fitur traktor Cat yang terkenal seperti kemudi diferensial dan sprocket yang ditinggikan telah digunakan dengan kabin yang baru dan fitur kontrol alat berat opsional

Maka dari itu, penulis mengadakan suatu penelitian untuk dapat memahami lebih lanjut tentang Evaluasi Kinerja BPBD Kabupaten Badung dan faktor pendukung serta penghambat

Prioritas Penggunaan Dana Desa Dalam Pembangunan Gampong Rukoh tahun anggaran 2019 telah sesuai dengan pedoman Permendes PDTT Nomor 16 Tahun 2018, hal ini dapat