• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENULISAN ESEI. e-praktis SOALAN ESEI. Arahan: Jawab semua soalan di bawah.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PENULISAN ESEI. e-praktis SOALAN ESEI. Arahan: Jawab semua soalan di bawah."

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

e-PRAKTIS

PENULISAN ESEI

SOALAN ESEI

Arahan: Jawab semua soalan di bawah.

1 Liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa membolehkan Malaysia memperoleh kelebihan, namun pada masa yang sama, perkara ini juga mendatangkan keburukan kepada Malaysia. Huraikan.

2 Pelaburan langsung asing menjadi sebahagian daripada pelaburan yang penting untuk memacu pembangunan negara. Pelabur mengambil kira pelbagai aspek untuk membuat pelaburan di Malaysia. Jelaskan.

3 Banyak pihak yang berpendapat bahawa cara ketegasan ialah cara terbaik untuk mencapai keamanan dunia namun cara diplomasi juga dapat mencapai matlamat yang sama. Huraikan.

4 Usaha untuk menggalakkan kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja melibatkan usaha dalaman tetapi juga usaha luaran. Bincangkan.

5 Negara kita dikelilingi oleh beberapa buah negara yang tidak mempunyai kestabilan politik dalaman. Ketidakstabilan politik negara-negara tersebut telah memberikan kesan tertentu kepada Malaysia. Jelaskan.

6 Ekonomi boleh menjadi alat yang mempengaruhi keputusan dasar luar negara. Jelaskan.

7 Pertikaian antarabangsa boleh diselesaikan melalui tindakan ketenteraan dan cara-cara yang lain juga. Bincangkan.

8 Krisis ekonomi global berpunca daripada beberapa sebab yang saling berkaitan. Krisis ini turut menuntut Malaysia mengambil langkah-langkah untuk menanganinya. Ulas pernyataan ini.

9 Keganasan antarabangsa semakin membimbangkan banyak pihak. Hal yang demikian menyebabkan Malaysia turut memainkan peranan dalam menangani masalah ini.

Bincangkan.

10 Masyarakat sering mengaitkan nuklear dengan keburukan yang timbul daripada penggunaannya walaupun penggunaan nuklear juga ada kebaikannya. Jelaskan.

11 Malaysia adalah antara negara yang sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam menyuarakan keperluan menentang ancaman kegiatan lanun di perairan negara dan antarabangsa. Huraikan.

STPM Klon '16/S20

STPM Klon '15(U)/S19

STPM Klon '13(U)/S19

(2)

12 Ancaman lanun yang sentiasa mengancam keselamatan pada masa ini telah

menyebabkan Malaysia sentiasa berusaha menanganinya secara berterusan. Bincangkan kepentingan dan langkah dalam menangani masalah tersebut.

13 Pelbagai media cetak antarabangsa memasuki pasaran negara kita. Meskipun terdapat kebaikannya, lambakan media cetak asing ini jika tidak ditangani dengan bijak sudah pasti membawa unsur yang negatif juga. Bincangkan.

14 Malaysia semakin mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa. Hal ini boleh membawa manfaat kepada negara. Bincangkan.

15 Melaksanakan hubungan ekonomi pada peringkat antarabangsa mempunyai cabaran tersendiri. Justeru Malaysia perlu berhadapan dengan kemungkinan yang semakin mencabar itu. Bincangkan.

16 Krisis kemanusiaan yang berlaku di serata dunia adalah disebabkan oleh pelbagai faktor.

Hal ini menuntut kerjasama masyarakat antarabangsa untuk menanganinya.

Bincangkan.

17 Jenayah rentas benua atau jenayah transnasional semakin berleluasa. Malaysia perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membanteras jenayah ini. Bincangkan.

18 Kesan buruk kehadiran warga asing di negara kita sememangnya tidak dinafikan. Oleh itu, kita tidak boleh membiarkan keadaan tersebut berterusan. Bincangkan.

19 Isu perebutan maritim bukanlah satu-satunya kemelut yang dihadapi oleh negara

ASEAN. Isu ini jika tidak ditangani dengan baik boleh menjadi ancaman kepada banyak pihak yang berkepentingan. Bincangkan.

20 Meskipun Malaysia sebuah negara kecil, namun komitmennya terhadap masyarakat antarabangsa sering dihargai. Bincangkan.

STPM Klon '15/S19

(3)

JAWAPAN

SOALAN ESEI Soalan 1

Pengenalan

• Era globalisasi menuntut liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa

• Malaysia memperoleh kelebihan daripadanya namun juga terdedah kepada keburukannya Isi-isi Penting

A: Kelebihan

Idea 1: Meluaskan pasaran

• Lebih banyak barangan Malaysia dapat dipasarkan di luar negara

• Tiada had halangan terhadap kemasukan produk Malaysia disebabkan oleh penghapusan cukai dan tarif

• Pengeluar tempatan dapat memperoleh keuntungan yang banyak, terutama melalui perdagangan dengan negara serantau ASEAN

Idea 2: Meningkatkan pelaburan asing

• Dasar liberalisasi menggalakkan kemasukan pelabur asing ke Malaysia

• Kerajaan mengumumkan liberalisasi terhadap 27 sub sektor perkhidmatan serta melonggarkan beberapa syarat pelaburan asing

• Dapat menarik minat mereka membuat pelaburan

• Pelabur asing dapat mengurangkan kos operasi Idea 3: Perkongsian pengetahuan dan kepakaran

• Memberikan cabaran kepada daya saing produk keluaran Malaysia

• Mampu menghasilkan sumber manusia yang berkualiti serta pakar dalam bidang pengeluaran

• Pekerja tempatan dapat mempelajari teknologi dan kepakaran asing melalui latihan dan pengalaman bekerja

Idea 4: Kepuasan pengguna

• Memberikan manfaat kepada pengguna

• Pengguna dapat memilih barang atau perkhidmatan asing yang berkualiti dan berdaya saing dari segi harga

• Cita rasa dan kepuasan penggguna dapat dicapai B: Keburukan

Idea 5: Mengancam sektor pembuatan tempatan

• Kemasukan barang dan perkhidmatan asing secara bebas ke Malaysia memberikan pilihan yang besar kepada pengguna

• Barangan asing lazimnya berkualiti dan berdaya saing dari segi harga akan menjadi pilihan pengguna

(4)

• Memberikan saingan kepada produk baharu yang dikeluarkan oleh firma tempatan yang tentunya lebih mahal

• Menyebabkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan tempatan terbatas Idea 6: Menjejaskan nilai estetika barangan tempatan

• Persaingan perniagaan mempengaruhi pengeluaran barangan tempatan

• Pengeluaran barangan tempatan perlu memenuhi kehendak pasaran antarabangsa

• Nilai-nilai keindahan atau budaya dalam produk tempatan terpaksa diketepikan demi memenuhi kehendak pengguna luar

• Generasi akan datang mungkin tidak dapat menikmati keindahan nilai tempatan Idea 7: Penguasaan ekonomi negara oleh pihak asing

• Syarikat asing di Malaysia boleh masuk ke dan keluar dari pasaran Malaysia pada bila- bila masa sahaja

• Akan meninggalkan ekonomi negara dalam keadaan terancam

• Boleh mempengaruhi keputusan pembuatan dasar kerajaan atas nama keperluan liberalisasi ekonomi

• Menjadikan sosioekonomi negara tidak stabil Kesimpulan

• Malaysia perlu meliberalisasikan ekonomi jika hendak mengembangkan ekonominya

• Semakan dan kawalan terhadap dasar liberalisasi perlu dilakukan secara berterusan Kombinasi Idea: 2A + 3B atau 3A + 2B

Soalan 2 Pengenalan

Pelaburan langsung asing (FDI) di negara ini membawa pelbagai manfaat untuk pembangunan. Kemasukan mereka ke negara ini dipengaruhi oleh pelbagai aspek.

Isi-isi Penting A: Kepentingan

Idea 1: Meningkatkan pendapatan negara

• Pendapatan negara meningkat melalui kutipan cukai seperti cukai eksport

• Rakyat juga memperoleh pendapatan yang tinggi dan taraf kehidupan mereka meningkat

• Peningkatan ini akan memacu pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai bidang

• Ekonomi yang berkembang akan meningkatkan pendapatan negara Idea 2: Menambah peluang pekerjaan

• Kemasukan pelabur langsung asing menambahkan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan dalam pelbagai bidang

• Banyak bidang pekerjaan disediakan oleh pelabur yang beroperasi di negara ini

• Kemahiran bekerja bersama pekerja asing akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja tempatan.

Idea 3: Pemindahan teknologi

• Banyak teknologi baharu dan moden dibawa masuk ke dalam negara

• Berlaku perkongsian pengetahuan dan kemahiran teknologi

(5)

• Sebagai contoh ialah teknologi pembinaan dan penghasilan Idea 4: Kemasukan mata wang asing

• Kemasukan pelaburan langsung asing bermakna kemasukan sejumlah mata wang luar ke dalam negara

• Hal ini berlaku kerana pelabur akan membawa modal cair dan modal fizikal yang banyak untuk membuka kilang

• Kemasukan ini boleh meningkatkan ekonomi negara dan seterusnya mengukuhkan kadar mata wang negara

Idea 5: Pembangunan kawasan baharu

• Banyak kawasan baharu dibuka untuk menempatkan aset pelaburan langsung asing

• Banyak kawasan industri baharu dibuka selain banyak prasarana disediakan

• Rakyat tempatan dapat menikmati manfaat yang besar Bahagian B: Aspek diambil kira

Idea 6: Kestabilan politik dalam negara

• Pelabur langsung asing enggan menanggung risiko kerugian

• Mereka memilih negara yang mempunyai kestabilan politik berbanding politik yang tidak stabil

• Dengan keamanan dan kestabilan dalam politik di sesebuah negara aktiviti ekonomi mampu berkembang pesat dan akan menguntungkan pelabur asing

Idea 7: Tenaga kerja mencukupi

• Bilangan tenaga kerja mencukupi akan memudahkan operasi pengeluaran atau perniagaan pelabur asing

• Wujudnya tenaga kerja mahir dan separuh mahir mampu memenuhi keperluan operasi pelabur asing

• Tenaga kerja yang mencukupi boleh mengelakkan peningkatan kos upah buruh yang boleh merugikan mereka

Idea 8: Dasar kerajaan

• Pelabur langsung asing sangat berharap sokongan kerajaan melalui dasar-dasar mesra pelabur asing

• Dasar percukaian dan syarat kemasukan pelaburan langsung asing yang menarik akan memberi motivasi atau dorongan kepada pelabur langsung asing ini

• Kecekapan tadbir urus ekonomi turut menjadi pertimbangan para pelabur asing Kesimpulan

Kerajaan perlu sentiasa menambah baik usaha bagi meningkatkan keyakinan pelabur asing membuat pelaburan mereka. Banyak manfaat akan diperoleh rakyat dan negara.

Kombinasi Idea: 2A + 3B atau 3A + 2B Soalan 3

Pengenalan

• Konflik antara negara boleh mengancam keamanan dunia

• Cara ketegasan memang sesuai untuk menyelesaikan konflik tetapi cara diplomasi juga berkesan

(6)

Isi-isi Penting

A: Kaedah ketegasan

Idea 1: Melalui sekatan ekonomi

• Sekatan ekonomi dikenakan terhadap sesebuah negara yang dikelaskan sebagai negara

“jahat” kerana enggan akur akan pujukan PBB

• Negara tersebut akan diawasi oleh negara lain yang mewakili badan dunia

• Tidak dibenarkan mengadakan hubungan perdagangan dengan negara lain

• Melumpuhkan ekonomi sesebuah negara dan menyebabkan negara itu tunduk kepada kemahuan masyarakat antarabangsa

Idea 2: Melalui peperangan

• Kaedah terakhir untuk mengembalikan keamanan

• Contohnya, pencerobohan Iraq terhadap Kuwait pada tahun 1990 hanya berakhir apabila pihak Amerika Syarikat, Britain dan sekutunya menyerang Iraq

• Pemimpin yang bersifat diktator boleh digulingkan melalui peperangan untuk digantikan dengan pemimpin yang dipilih oleh rakyat

Idea 3: Melalui ketetapan PBB

• PBB membuat ketetapan tentang sesuatu perkara yang mengancam keamanan dunia

• Negara-negara yang ditimpa pergolakan atau peperangan mesti menerima ketetapan PBB

• PBB menghantar misi pengaman PBB untuk mewujud kan keamanan selepas peperangan antara dua buah negara

• Contohnya, Malaysia terlibat dalam misi pengaman MALBATT di Rantau Balkan untuk memastikan gencatan senjata dipatuhi oleh puak Serb yang melakukan pembersihan etnik Bosnia

B: Kaedah diplomasi Idea 4: Melalui rundingan

• Keamanan boleh dikekalkan walaupun dua buah negara sedang berada dalam situasi tegang atau konflik

• Kedua-dua pihak pemimpin kerajaan boleh berunding untuk mencari jalan penyelesaian secara dalaman atau melalui rundingan serantau

• Rundingan boleh dijalankan dari semasa ke semasa sehingga tercapai objektif penyelesaian

Idea 5: Melalui aktiviti bersama

• Sesetengah pemimpin tidak mempunyai hubungan baik dengan rakan sejawatannya

• Menimbulkan salah faham atau perselisihan yang boleh menimbulkan konflik

• Pertemuan atau interaksi antara pemimpin dalam keadaan politik dan sosial dapat merapatkan hubungan

Idea 6: Melalui ketetapan pihak ketiga

• Kedua-dua buah negara yang berkonflik menyerahkan hal penyelesaian konflik kepada pihak ketiga

• Boleh menggunakan Mahkamah Keadilan Antarabangsa bagi membuat timbang tara

• Contohnya, pertikaian tentang persempadanan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura diselesaikan melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa

(7)

Kesimpulan

• PBB memainkan peranan yang penting dalam menjaga keamanan dunia

• Semua pihak harus menghormati Piagam PBB demi mewujudkan keamanan dan keharmonian dunia

Kombinasi Idea: 2A + 3B atau 3A + 2B Soalan 4

Pengenalan

• Sektor pelancongan Malaysia semakin pesat berkembang

• Memerlukan usaha dalaman dan usaha luaran Isi-isi Penting

A: Usaha dalaman Idea 1: Membentuk dasar

• Kerajaan mengadakan program Tahun Melawat Malaysia

• Kerajaan negeri mengadakan Program Tahun Melawat Negeri

• Menyediakan dasar pemberian visa pelancongan berasaskan ketibaan (VOA)

• Dasar pengekalan kawasan pelancongan Idea 2: Meningkatkan prasarana

• Menyediakan kemudahan pengangkutan

• Memastikan kecukupan tempat penginapan

• Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) meliputi kawasan pelancongan

• Menyediakan kemudahan penyelidikan

Idea 3: Menggalakkan pertumbuhan agensi pelancongan

• Kerajaan memberikan galakan

• Kerajaan membantu agensi pelancongan

• Agensi pelancongan wajib berdaftar

• Menyediakan kursus kepada pemandu pelancong dan agensi pelancongan B: Usaha luaran

Idea 4: Promosi pelancongan di luar negara

• Kerajaan dan agensi berkaitan serta pihak swasta membuat promosi di luar negara

• Menyertai pameran pelancongan dunia

• Promosi melalui media alternatif

• Promosi melalui diskaun jualan tiket

Idea 5: Kerjasama pelancongan dengan negara luar

• Mesyuarat menteri-menteri pelancongan ASEAN membuat penyelarasan

• Membetulkan persepsi yang salah terhadap negara

• Membuat aduan kepada badan dunia tentang tohmahan

Idea 6: Program pelancongan bersama pada peringkat antarabangsa

• Program pertukaran pelajar Malaysia dengan pelajar asing

• Mewujudkan bandar berkembar seperti bandar Melaka dengan bandar di Portugal

• Menyertai persembahan-persembahan antarabangsa

(8)

Kesimpulan

• Kemajuan sektor pelancongan mendatangkan manfaat kepada negara dan rakyat

• Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memacu pertumbuhan pelancongan Kombinasi Idea: 2A + 3B atau 3A + 2B

Soalan 5 Pengenalan

Beberapa buah negara termasuk negara jiran serantau mengalami masalah ketidakstabilan politik dalaman. Hal ini memberikan kesan kepada Malaysia.

Isi-isi Penting

Kesan kepada Malaysia

Idea 1: Kebanjiran warga asing

• Rakyat asing melarikan diri daripada keadaan tidak tenteram di negara asal ke Malaysia

• Ketidaktenteraman di negara mereka berpunca daripada pelbagai faktor sosial, ekonomi dan politik

• Ada yang hadir ke Malaysia secara sah manakala sebahagian lagi secara haram

• Malaysia menanggung kebanjiran pendatang asing

• Kesan sosial dan keselamatan juga boleh terjejas Idea 2: Menjejaskan ekonomi negara

• Hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara yang tidak stabil boleh terjejas

• Pasaran perniagaan antara dua buah negara boleh menurun

• Para peniaga enggan menanggung risiko kerugian sehingga boleh menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan dan ekonomi negara

Idea 3: Menjejaskan hubungan diplomatik

• Malaysia boleh dituduh oleh pihak bertelagah di negara asing sebagai memihak atau melindungi pihak tersebut

• Kerajaan asing juga mungkin melemparkan tuduhan bahawa Malaysia terlibat dengan pihak penentang

• Hubungan antara negara boleh terjejas dan memburukkan hubungan dua buah negara Idea 4: Meningkatkan masalah sosial

• Ramai pendatang tidak menghormati undang-undang Malaysia

• Mereka menimbulkan ancaman keselamatan kepada rakyat dan negara

• Banyak kes jenayah yang berlaku di negara ini dilakukan oleh warga asing

• Kelakuan buruk mereka boleh menimbulkan ketidakselesaan penduduk Idea 5: Pertambahan perbelanjaan kerajaan

• Kos mengawal sempadan negara telah meningkat

• Kos pengurusan warga asing turut meningkat

• Kos mengendalikan kes-kes jenayah yang melibatkan warga asing juga meningkat Idea 6: Menjejaskan keselamatan negara

• Kemasukan warga asing sama ada secara sah apatah lagi yang masuk secara haram, mungkin disertai oleh kumpulan pengganas

(9)

• Kemasukan pelarian politik ke Malaysia juga membahayakan keselamatan negara kerana mereka boleh menyebarkan doktrin politik, propaganda atau dakyah

• Kemasukan secara haram juga boleh meningkatkan persepsi negatif terhadap kawalan sempadan negara

Idea 7: Melahirkan budaya merusuh

• Warga asing membawa budaya demonstrasi ganas atau merusuh ke negara ini

• Budaya negatif ini boleh meracun fikiran dan mempengaruhi penduduk tempatan Kesimpulan

Ketidakstabilan di negara jiran sering mempengaruhi keamanan dan kestabilan negara. Hal ini menyebabkan Malaysia perlu menanganinya dengan baik.

Kombinasi Idea: 5 idea kesan negatif Soalan 6

Pengenalan

• Ekonomi boleh menjadi kuasa penting untuk tujuan politik

• Sumber ekonomi boleh digunakan untuk mendapatkan pengaruh atau kuasa Isi-isi Penting

Idea 1: Sebagai alat untuk mempengaruhi keputusan

• Ekonomi digunakan sebagai alat untuk tawar-menawar oleh negara

• Negara yang memerlukan sokongan ekonomi masyarakat antarabangsa mungkin mengubah corak politiknya

• Contohnya, Rusia melepaskan penguasaannya terhadap negara sekutunya (kini disebut Negara Bekas Jajahan Komunis Rusia atau CIS) apabila negara tersebut memerlukan sokongan atau bantuan ekonomi dari negara Barat

Idea 2: Sebagai alat pembangunan

• Ekonomi akan mempengaruhi kewujudan sesebuah ikatan atau kerjasama antara negara

• Kerjasama perdagangan juga diwujudkan seperti AFTA dan APEC

• Kerjasama juga melibatkan negara Malaysia dengan negara yang lain secara bilateral

• Kerjasama ekonomi ini membawa pembangunan kepada sesebuah negara Idea 3: Sekatan ekonomi

• Sekatan ekonomi seperti tarif, kuota, pemulauan dan embargo yang sah biasanya dilakukan melalui ketetapan PBB

• Negara yang dikenakan sekatan ekonomi akan mengalami kesulitan

• Kemungkinan rakyat akan menggulingkan kerajaan sedia ada

• Pemimpin negara terpaksa akur dengan kehendak antarabangsa supaya dasar luar baharu dibentuk semula

Idea 4: Bantuan luar negara

• Pelbagai jenis bantuan boleh diberikan seperti bantuan teknikal, bantuan kemanusiaan dan bantuan kewangan

• Bantuan sebagai alat untuk mewujudkan hubungan diplomatik

• Pinjaman sebagai alat untuk mengubah pendirian dasar luar sesebuah negara

• Bantuan boleh merapatkan kerjasama antara negara

(10)

Idea 5: Membentuk blok perdagangan

• Negara tertentu perlu mewujudkan ikatan atau blok perdagangan

• Contohnya, NAFTA melibatkan hubungan dagang antara negara di Amerika Utara, EEC melibatkan hubungan yang rapat antara negara di Eropah

• Dasar luar yang berkaitan dengan perdagangan boleh menyebabkan terbentuknya dasar- dasar perdagangan yang memberikan faedah kepada negara yang terlibat menerusi dasar perlindungan produk

Idea 6: Kemelesetan ekonomi mempengaruhi dasar luar

• Kemelesetan ekonomi sesebuah negara menyebabkan negara tersebut mengalami masalah pengangguran, kemiskinan dan pengurangan import

• Menyebabkan perhijrahan guna tenaga ke negara lain, misal pekerja Indonesia ke Malaysia

• Mendatangkan impak negatif kepada hubungan dua buah negara jika berlaku masalah tangkapan dan layanan buruk oleh penguat kuasa

Kesimpulan

• Harus mengadakan kerjasama ekonomi yang baik antara negara

• Boleh mempengaruhi hubungan politik Kombinasi Idea: 5 + 0

Soalan 7 Pengenalan

• Pertikaian antarabangsa kerap berlaku antara negara

• Tindakan ketenteraan memang dapat menyelesaikan hal ini tetapi juga terdapat pendekatan lain

Isi-isi Penting

Idea 1: Tindakan ketenteraan (isi wajib)

• Penggunaan tentera langkah terakhir tetapi telah terbukti berjaya

• Penggunaan bom dan serangan terhadap Jepun dalam Perang Dunia Kedua telah menyebabkan Jepun menyerah kalah

• Penggunaan tentera terhadap Libya pada hujung peme rintahan Presiden Muamar Ghadaffi berjaya menyelesaikan pertikaian antara Libya dengan masyarakat antarabangsa

Idea 2: Rundingan

• Negara-negara yang bersengketa mengadakan rundingan dua hala

• Rundingan boleh dilaksanakan dengan tujuan mencari perdamaian

• Tolak ansur dan keputusan “menang-menang” perlu dijadikan matlamat rundingan Idea 3: Mahkamah Keadilan Antarabangsa

• Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengadili pertikaian antara negara anggota PBB

• Boleh mengeluarkan dekri atau keputusan yang perlu dipatuhi oleh negara yang terlibat

• Keingkaran untuk mematuhi keputusan boleh menyebabkan tindakan ketenteraan diambil

(11)

Idea 4: Aktiviti bersama

• Pelbagai aktiviti yang melibatkan dua buah negara yang bersengketa boleh dilaksanakan

• Mengelakkan aktiviti provokasi oleh pemimpin tertinggi sesebuah negara

• Menyertai program sukan bertaraf tinggi seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik Idea 5: Pertukaran pemimpin

• Perubahan pemimpin boleh menukar haluan dasar luar

• Terdapat negara yang berusaha untuk menukar kepimpinan sesebuah negara lain

• Contohnya, percubaan Amerika Syarikat untuk menukar kepimpinan di Iraq dan Afghanistan dengan alasan untuk mewujudkan kestabilan dunia

Idea 6: Ketetapan PBB

• Ketetapan yang diambil oleh Majlis Keselamatan PBB mungkin berbentuk sekatan ekonomi atau penggunaan ketenteraan

• Menghantar misi pengaman yang disertai oleh beberapa buah negara termasuk Malaysia

• Negara yang menerima tekanan daripada PBB akan mengalami kesukaran dan terpaksa tunduk

Idea 7: Rayuan masyarakat antarabangsa

• Rayuan keamanan yang dibuat oleh NGO atau kumpulan keamanan

• Rayuan melalui demonstrasi jalanan atau majlis tertentu boleh membantu perubahan sikap kepimpinan

Kesimpulan

• Pertikaian antara negara boleh mencetuskan peperangan

• Harus diselesaikan secara aman

Kombinasi Idea: Idea 1 (isi wajib) + 4 idea lain Soalan 8

Pengenalan

• Krisis ekonomi pada tahun 1997 dan 2007 berpunca daripada banyak sebab

• Malaysia turut terjejas dan mengambil langkah-langkah untuk menanganinya Isi-isi Penting

A: Punca krisis ekonomi

Idea 1: Pertumbuhan ekonomi terjejas

• Pertumbuhan ekonomi terjejas akibat tidak ada perkembangan baharu dalam ekonomi negara

• Ekonomi negara tidak dapat dikembangkan lagi kerana pembangunan sudah dilaksanakan

• Amerika Syarikat pernah mengalami keadaan tersebut pada tahun 2011–2012

• Menjejaskan perdagangan Amerika Syarikat dengan negara lain Idea 2: Krisis kewangan dunia

• Boleh terjadi akibat kenaikan atau penyusutan nilai mata wang utama

• Apabila berlaku kenaikan nilai wang negara asing, permintaan terhadap barangan atau perkhidmatan dari negara tersebut akan terjejas

(12)

• Kenaikan harga barang dari luar negara boleh menyebabkan masalah inflasi di Malaysia

• Beban kenaikan harga barangan terpaksa ditanggung oleh pengguna tempatan Idea 3: Pengurangan import

• Krisis ekonomi dunia menyebabkan pengurangan import barangan Malaysia

• Firma di Malaysia menghadapi masalah akibat langkah penjimatan yang dilakukan oleh negara asing

• Malaysia berhadapan dengan pertambahan bilangan penganggur

• Komitmen pelaburan asing dalam negara juga berkurang Idea 4: Peningkatan harga bahan bakar

• Peningkatan harga bahan bakar utama dipengaruhi oleh spekulasi dan keadaan politik yang tegang

• Krisis di Asia Barat menjejaskan pengeluaran minyak lalu menyebabkan kenaikan harga minyak

• Semua sektor yang bergantung pada minyak menanggung beban kenaikan harga tersebut B: Langkah Malaysia

Idea 5: Mengeluarkan barang dan perkhidmatan sendiri

• Tidak terlalu bergantung pada barangan dan perkhidmatan asing

• Tidak menjejaskan perkembangan ekonomi negara jika terdapat masalah di luar negara

• Contohnya, Malaysia mengeluarkan produk besi dan keluli, jentera dan peralatan Idea 6: Menstabilkan nilai mata wang tempatan

• Kestabilan nilai mata wang negara boleh mempengaruhi keadaan ekonomi negara

• Bergantung pada nilai simpanan mata wang

• Kerajaan perlu memastikan kadar simpanan emas negara berkemampuan untuk stabil dengan meningkatkan kadar simpanan tunai di bank pusat

• Kestabilan mata wang tempatan mampu menangani spekulasi pedagang mata wang Idea 7: Meningkatkan perbelanjaan kerajaan

• Semua pihak perlu berbelanja pada waktu kemelesetan ekonomi

• Membolehkan firma mengalami pertumbuhan semula

• Dapat menghidupkan kembali peluang pekerjaan dan memulihkan ekonomi negara Kesimpulan

• Kegawatan ekonomi global boleh mendatangkan impak negatif

• Malaysia perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut Kombinasi Idea: 2A + 3B atau 3A + 2B

Soalan 9 Pengenalan

• Peningkatan dalam keganasan antarabangsa mengancam keamanan dunia

• Kumpulan pengganas wujud kerana beberapa sebab

• Malaysia memainkan peranan dalam menangani keganasan antarabangsa

(13)

Isi-isi Penting

A: Punca wujudnya kumpulan pengganas Idea 1: Sikap membalas dendam

• Anggota kumpulan ingin membalas dendam akibat rasa tidak berpuas hati

• Hal ini disebabkan oleh faktor tekanan atau ketidakadilan negara tertentu terhadap rakyat negara berkenaan

• Melancarkan serangan terhadap kepentingan atau rakyat negara asing Idea 2: Mengatasi ketidakadilan atau penindasan

• Kebanyakan negara tidak mengiktiraf kumpulan pelampau tertentu

• Kumpulan tersebut digelar sebagai kumpulan pengganas seperti kumpulan Jemaah Islamiah di kawasan Asia Tenggara dan pergerakan Al-Qaeda di Pakistan

• Kumpulan ini diharamkan dan diburu oleh pihak berkuasa Idea 3: Memperoleh kuasa politik

• Ingin membentuk pengaruh

• Meluaskan ideologi politik

• Menguasai sesuatu kawasan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan Idea 4: Kemiskinan

• Kumpulan pengganas di perairan yang melakukan rompakan dan seumpamanya kerana kemiskinan

• Terpaksa melakukan jenayah untuk mendapatkan wang

• Wang digunakan untuk membiayai kegiatan pengganas antarabangsa B: Peranan Malaysia

Idea 5: Bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa

• Malaysia sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa seperti Interpol

• Sering bertukar maklumat dan bersidang dalam pelbagai pentas antarabangsa

• Mencadangkan penyelesaian menyeluruh menangani masalah ketidakadilan masyarakat dunia

Idea 6: Penguatkuasaan undang-undang

• Menggubal undang-undang untuk menahan pengganas antarabangsa

• Mengawal dan memantau pergerakan keluar dan masuk kumpulan pengganas antarabangsa dari negara-negara asing

• Mengenakan tindakan pengusiran terhadap pengganas antarabangsa

• Meningkatkan kawalan di kawasan-kawasan yang sensitif Kesimpulan

• Keganasan antarabangsa perlu ditangani secara menyeluruh dan adil

• Menyedarkan kumpulan pengganas bahawa tindakan mereka adalah salah Kombinasi Idea: 3A + 2B

Soalan 10 Pengenalan

• Nuklear sangat penting dan harus digalakkan

(14)

• Penggunaan nuklear memang mendatangkan keburukan tetapi ada juga kebaikannnya Isi-isi Penting

A: Keburukan

Idea 1: Mengancam keamanan dunia

• Nuklear boleh dijadikan senjata yang membawa kemusnahan besar-besaran

• Pihak tidak bertanggungjawab boleh menggunakan senjata nuklear untuk tujuan ugutan

• Pemilikan senjata nuklear oleh negara-negara tertentu mengancam kepentingan kuasa Barat di negara asing

• Contohnya, senjata nuklear Iran boleh mengenai sasaran di Israel sementara senjata nuklear Korea Utara boleh mengenai sasaran di Jepun

Idea 2: Mencemarkan alam sekitar

• Isu alam sekitar sering dikaitkan dengan kelemahan penggunaan bahan nuklear

• Tragedi Bhopal di India, tragedi Chernobyl di Ukraine dan tragedi di Fukushima di Jepun disebabkan oleh kebocoran loji nuklear

• Mencemarkan sumber air dan tanah sehingga menjejas kan hidupan yang menjadi sumber makanan manusia

Idea 3: Mengancam kesihatan manusia

• Pembuangan sisa nuklear ke laut atau ditanam dalam tanah bakal menjejaskan makanan manusia

• Radioaktif yang bocor akan merosakkan molekul DNA dalam sel badan manusia

• Mutasi gen, penyakit kanser dan leukemia boleh terjadi B: Kebaikan

Idea 4: Sumber tenaga

• Sumber tenaga alternatif yang murah, cekap dan berterusan

• Mengatasi kelemahan penggunaan sumber tenaga berasaskan fosil

• Satu gram uranium daripada belahan nuklear boleh membekalkan tenaga elektrik dalam tempoh seratus tahun setiap keluarga

• Negara yang maju banyak menggunakan sumber tenaga berasaskan nuklear Idea 5: Memajukan bidang perubatan

• Penggunaan nuklear membolehkan banyak kaedah baharu dalam bidang perubatan

• Sinaran alfa, beta dan gama mengandungi radio isotop untuk mengubati pelbagai penyakit

• Radio isotop kobalt 60 dan fosforus, CT Scan dan laser digunakan untuk membuat diagnosis dan merawat barah dan tumor

• Sinar X pula dimanfaatkan untuk mengesan pelbagai penyakit tulang atau sel Idea 6: Memajukan bidang perindustrian

• Tenaga nuklear dapat digunakan untuk menguji kualiti produk yang dihasilkan seperti penguji ketebalan dan kualiti saluran paip besi untuk kegunaan saluran air, minyak dan gas

• Nuklear juga boleh digunakan untuk proses pengetinan makanan dengan mematikan bakteria

(15)

Idea 7: Memajukan bidang pertanian

• Seperti sinar alfa, beta dan gama boleh digunakan untuk menghasilkan baka genetik melalui kaedah pembiakbakaan mutasi aruhan

• Membasmi perosak tanaman dengan memandulkan serangga untuk mengelakkan pembiakan musuh tanaman

• Teknologi pembungkusan makanan dengan kaedah kriogenik Kesimpulan

• Semua negara berhak untuk membangunkan nuklear untuk keamanan

• Namun perlu dipantau oleh badan dunia agar tidak disalahgunakan Kombinasi Idea: 2A + 3B atau 3A + 2B

Soalan 11 Pengenalan

Ancaman lanun di perairan negara dan antarabangsa mencetuskan kebimbangan yang tinggi. Oleh itu, Malaysia sentiasa menyuarakan keperluan menentang mereka.

Isi-isi Penting

A: Keperluan menentang kegiatan lanun Idea 1: Memelihara kepentingan ekonomi

• Malaysia berada di lokasi yang amat penting sebagai laluan perdagangan antara timur dengan barat

• Banyak barangan dagangan dan sumber bahan mentah diangkut melalui laluan ini

• Boleh dikatakan pertumbuhan ekonomi dunia digerakkan melalui laluan Selat Melaka dan Laut Cina Selatan

Idea 2: Menjamin keselamatan negara

• Aktiviti perdagangan dan pelayaran yang terdedah kepada lanun boleh menggugat keyakinan pedagang

• Pemilik kapal, kapten dan anak kapal yang berasa terancam akan menyebabkan kekerapan pelayaran terjejas dan penjadualan semula pelayaran dilakukan

• Keselamatan kapal dan keselamatan barangan yang dibawa perlu diutamakan bagi mengelakkan kerugian yang besar

Idea 3: Mengekalkan kedaulatan perairan

• Kedaulatan wilayah dan kawalan negara menjadi keutamaan

• Ancaman lanun akan memberi persepsi kurang baik tentang tahap kawalan perairan dan kedaulatan negara

• Keupayaan negara mengawal ancaman lanun boleh mengelakkan negara bergantung pada pihak luar seperti Amerika Syarikat untuk mengawal sempadan negara

Idea 4: Melindungi aktiviti perikanan tempatan

• Usaha mengawal lanun di perairan berupaya menjamin industri perikanan negara terpelihara

• Nelayan perlu dilindungi agar mereka berasa selamat melaksanakan aktiviti menangkap ikan

(16)

• Sumber bekalan makanan laut negara terus terjamin untuk keperluan dalaman dan eksport

Idea 5: Meningkatkan kerjasama politik/antara kerajaan

• Tanggungjawab menghapuskan kegiatan lanun akan meningkatkan kerjasama politik

• Semua negara adalah saling bekerjasama kerana kegiatan lanun merupakan isu global yang memerlukan perhatian semua negara

• Malaysia sering bekerjasama dengan negara yang bersempadan bahkan mendapat sokongan masyarakat antarabangsa bagi memastikan kawalan dan keselamatan kapal- kapal perdagangan

Idea 6: Memelihara hak warganegara

• Kerajaan bertanggungjawab memastikan hak keselamatan rakyat terjamin daripada ancaman lanun

• Kerajaan bertanggungjawab menyediakan persekitaran laut yang selamat agar rakyat bebas melakukan aktiviti dan menggunakan laluan perairan negara

Kesimpulan

Isu pelanunan adalah isu global. Semua negara memberikan kerjasama bagi mengawal keganasan lanun kerana boleh menjejaskan perdagangan dan perniagaan mereka.

Kombinasi Idea: 5 Idea keperluan Soalan 12

Pengenalan

Malaysia sebuah negara yang dikelilingi laut sentiasa menghadapi ancaman lanun. Ancaman ini boleh menggugat keselamatan negara dan menjejaskan ekonomi. Malaysia sentiasa di barisan hadapan dalam menghadapi ancaman lanun ini.

Isi-isi Penting A: Kepentingan

Idea 1: Melindungi kegiatan tangkapan ikan

• Ancaman lanun menjejaskan tangkapan ikan oleh nelayan

• Bekalan sumber protein akan berkurang

• Pencerobohan lanun akan menjejaskan hasil tangkapan dan merugikan negara

• Sumber pendapatan akan terancam

Idea 2: Menjamin keselamatan aktiviti perdagangan

• Aktiviti perdagangan di perairan negara dan antarabangsa perlu dijamin selamat

• Ancaman lanun akan menyebabkan aktiviti tidak dapat dijalankan dengan lancar dan hilang keyakinan pada keselamatan

• Bilangan perdagangan akan terjejas jika ancaman ini berterusan Idea 3: Mengekalkan keselamatan perairan negara dan antarabangsa

• Keselamatan perairan negara dan antarabangsa perlu dikawal daripada kegiatan lanun

• Jika keadaan menampakkan tidak selamat, boleh menyebabkan campur tangan kuasa besar di rantau ini atas alasan membanteras lanun

(17)

Idea 4: Memelihara kepentingan ekonomi

• Kedudukan Malaysia yang strategik di laluan utama dunia melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan memerlukan jaminan keselamatan

• Pertumbuhan pesat ekonomi negara-negara di sebelah Timur menjadikan laluan tersebut semakin penting kepada pertumbuhan ekonomi dunia

Idea 5: Meningkatkan kerjasama politik antara negara

• Ancaman lanun merupakan isu global yang memerlukan kerjasama dari semua negara yang terlibat

• Negara yang berkongsi sempadan maritim sering bekerja sama untuk meningkatkan tahap keselamatan maritim

B: Langkah-langkah

Idea 6: Memperkasa penguatkuasaan undang-undang

• Setiap agensi perlu meningkatkan tahap penguatkuasaan dari semasa ke semasa

• Aktiviti penguatkuasaan perlu dibantu dengan kerjasama erat daripada masyarakat tempatan

Idea 7: Mengukuhkan hubungan antara negara serantau

• Setiap negara perlu saling berusaha meningkatkan kerjasama yang sedia terjalin

• Kerjasama boleh dilakukan dengan mengadakan kawalan bersama di perairan yang berkaitan

Idea 8: Meningkatkan kekuatan aset pemantauan dan pertahanan sedia ada

• Kekuatan aset yang digunakan dalam aktiviti pemantauan dan pertahanan negara perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa

• Kekuatan aset tersebut boleh dilaksanakan dengan melakukan kerjasama strategik dengan negara yang mempunyai aset atau sistem pertahanan yang terkini

Idea 9: Memperkasa kerjasama antarabangsa

• Meningkatkan dialog bagi membincangkan kaedah terbaik yang boleh dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut mengikut peredaran zaman

• Penyelarasan prosedur pencegahan juga perlu dilaksanakan pada peringkat antarabangsa bagi memastikan masalah tersebut dapat ditangani sepenuhnya

Kesimpulan

Kerjasama kukuh yang berterusan dalam membanteras ancaman lanun antara negara rantau ini dan antarabangsa boleh meningkatkan keselamatan dan perdagangan antarabangsa.

Kombinasi Idea: 3A + 2B atau 2A + 3B Soalan 13

Pengenalan

Pelbagai media cetak memasuki negara sama ada berbentuk majalah mahupun akhbar.

Antaranya ialah majalah Time, Asia Wall Street Journal dan akhbar luar negara.

(18)

Isi-isi Penting

A: Manfaat media cetak antarabangsa

Idea 1: Menambahkan/mempelbagaikan maklumat

• Media cetak antarabangsa memaparkan pelbagai maklumat

• Maklumat tersebut merangkumi isu politik, ekonomi dan sosial

• Sebagai contoh, majalah Asia Wall Street Journal dan Times memaparkan isu global

• Pembaca dapat meningkatkan pengetahuan dan membantu membuat sesuatu keputusan Idea 2: Meningkatkan peluang perniagaan

• Media cetak antarabangsa mempunyai pasaran yang luas

• Peniaga tempatan boleh mengiklankan produk mereka

• Boleh memperkenalkan dan meningkatkan permintaan Idea 3: Idea mencipta

• Majalah-majalah antarabangsa diolah mengikut standard antarabangsa

• Penerbit tempatan boleh memperoleh idea dan melahirkan kreativiti

• Majalah fesyen antarabangsa juga boleh memberikan buah fikiran kepada pereka fesyen tempatan

B: Unsur negatif daripada penerbitan antarabangsa Idea 4: Unsur propaganda

• Terdapat akhbar antarabangsa yang menyebarkan unsur menyemai ideologi asing seperti ideologi sosialis dan komunis

• Terdapat bahan berita yang bersifat menghasut

• Boleh mengancam keselamatan negara Idea 5: Pengaruh budaya negatif

• Penerbitan bahan antarabangsa banyak berunsur hiburan

• Majalah-majalah asing mengandungi unsur lucah dan hiburan yang boleh mempengaruhi fikiran remaja

• Bahan penerbitan antarabangsa memaparkan budaya barat

• Golongan remaja tempatan mengalami kejutan budaya Idea 6: Menjejaskan imej negara

• Penerbitan asing yang tidak terkawal boleh menjejaskan imej negara

• Terdapat bahan percetakan antarabangsa yang memburuk-burukkan sesebuah negara atau melaporkan fakta yang tidak tepat

• Sebagai contoh, terdapat akhbar asing yang memanipulasi isu-isu ekonomi dan dasar- dasar yang dijalankan oleh kerajaan, tanpa membuat rujukan daripada sumber yang tepat

• Persepsi pihak asing seperti pelabur dan pelancong asing terhadap Malaysia akan menurun

Kesimpulan

Penerbitan bahan cetak antarabangsa perlu diawasi oleh Kementerian Dalam Negeri agar dapat membendung kesan negatif kepada negara.

Kombinasi Idea: Pilih mana-mana 2A + 3B atau 3A + 2B

(19)

Soalan 14 Pengenalan

Malaysia adalah negara yang dikenali di seluruh dunia kerana kejayaan-kejayaan tertentu dalam pelbagai bidang. Pelbagai pengiktirafan oleh masyarakat antarabangsa telah diperoleh oleh negara.

Isi-isi Penting

A: Faktor mendapat pengiktirafan

Idea 1: Sikap Malaysia di pentas antarabangsa

• Pemimpin negara yang pragmatik

• Melaksanakan dasar berbaik-baik dengan negara lain

• Mengamalkan prinsip berunding dan penyelesaian cara diplomasi

• Sikap bertolak ansur dalam penyelesaian Idea 2: Keistimewaan Malaysia

• Politik negara yang stabil

• Pembangunan negara yang baik

• Mempunyai prasarana yang baik

• Sentiasa bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa Idea 3: Kejayaan-kejayaan penganjuran Malaysia sebelumnya

• Keupayaan Malaysia menganjurkan pelbagai persidangan antarabangsa

• Antara kejayaan penganjuran bertaraf antarabangsa ialah Sukan Komanwel (1989), Persidangan Islam (OIC), Dialog Antarabangsa Langkawi dan pelbagai lagi

B: Manfaat kepada negara

Idea 4: Meningkatkan imej negara

• Memberi sumbangan kepada masyarakat dunia

• Membangkitkan rasa simpati dan empati terhadap rakyat di negara yang ditindas

• Contohnya, memberikan bantuan kepada rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel dan negara lain

• Rakyat Malaysia dilihat memiliki nilai kemanusiaan sejagat Idea 5: Memperoleh pulangan dalam pelbagai bentuk

• Menggalakkan kemasukan pelancong dan pelabur asing

• Menggalakkan kemasukan mata wang asing

• Rakyat mendapat peluang pekerjaan

Idea 6: Membentuk keseimbangan/keamanan/kestabilan

• Negara luar memberikan penghormatan dan kesediaan mereka untuk menerima cadangan dari Malaysia

• ‘Suara’ Malaysia mudah diterima berbanding dengan negara membangun yang lain

• Malaysia sering dipilih menganggotai pasukan pengaman PBB

• Malaysia berkeupayaan dalam membentuk keseimbangan atau keamanan bersama Kesimpulan

Pengiktirafan yang diberikan kepada Malaysia merupakan suatu penghargaan atau kejayaan negara. Hal ini boleh mendatangkan manfaat yang besar.

(20)

Kombinasi Idea: Pilih mana-mana 2A + 3B atau 3A + 2B Soalan 15

Pengenalan

Hubungan ekonomi antarabangsa sangat penting kepada Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran yang boleh menjejaskannya. Hal ini memerlukan persediaan bagi menanganinya.

Isi-isi Penting A: Cabaran

Idea 1: Persaingan kotor

• Pesaing melaksanakan tindakan tidak sihat

• Melakukan sabotaj perniagaan dengan melakukan tindakan memburuk-burukkan produk

• Sebagai contoh, tindakan Persatuan Pengeluar Minyak Soya Amerika Syarikat memburuk-burukkan minyak kelapa sawit atas alasan menjejaskan kesihatan

Idea 2: Dasar perlindungan

• Kerajaan asing melaksanakan dasar perlindungan terhadap barang dan perkhidmatan mereka

• Kerajaan asing mengenakan sekatan terhadap produk dari Malaysia

• Antara tindakan mereka ialah mengenakan kuota kemasukan dan meningkatkan cukai import

• kesannya ialah harga barangan dari Malaysia akan meningkat dan menyebabkan turunnya permintaan

Idea 3: Masalah politik tidak menentu

• Di sesetengah negara mengalami politik yang tidak menentu

• Kemelut politik di negara asing akan menjejaskan penjualan produk tempatan

• Contohnya, penjualan minyak kelapa sawit ke Mesir terjejas akibat konflik politik di Mesir

• Sesebuah kerajaan juga boleh mengenakan tindakan embargo Idea 4: Kekurangan bahan

• Pengeluaran komoditi seperti kelapa sawit, getah dan koko masih menjadi penyumbang penting eksport negara

• Terdapat ancaman terhadap bekalan akibat perubahan cuaca atau penyakit, selain kekurangan buruh

• Hal ini menyebabkan ancaman terhadap pendapatan eksport negara dan kehilangan pasaran pada masa hadapan

Idea 5: Kekurangan teknologi

• Malaysia merupakan sebuah negara membangun dan masih bergantung pada teknologi asing

• Kekurangan teknologi menyebabkan produktiviti dan kualiti agak terbatas

• Menyebabkan tidak dapat memenuhi permintaan tinggi dan menyebabkan kos per unit yang tinggi

(21)

Idea 6: Masalah kadar pertukaran asing

• Perubahan kadar mata wang asing boleh mempengaruhi perdagangan

• Apabila berlaku penurunan nilai mata wang tempatan, nilai import akan meningkat

• Keadaan ini membebankan kos atau boleh menambahkan hutang negara

• Sebaliknya pendapatan negara juga boleh terjejas B: Langkah

Idea 7: Meluaskan pasaran

• Mengadakan misi perdagangan keluar negara

• Mencari pasaran baharu seperti ke timur tengah dan negara-negara kecil

• Mengadakan atau menyertai pameran antarabangsa

• Menggerakkan penemuan pasaran baharu Idea 8: Menarik pelabur asing

• Kerajaan perlu menawarkan keistimewaan tertentu bagi menarik pelabur asing

• Menyediakan infrastruktur

• Menyediakan insentif kepada pelabur asing

• Menjamin bekalan yang mencukupi

Idea 9: Meningkatkan sistem perkhidmatan kerajaan

• Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

• Dapat memudahkan pelabur asing mendapatkan info

• Menggalakkan dialog dengan pelabur bagi mengetahui masalah Idea 10: Meningkatkan hubungan politik dan ekonomi

• Menyelesaikan isu politik dan ekonomi menerusi rundingan

• Mempengaruhi pertubuhan ekonomi dunia untuk mengukuhkan hubungan politik

• Menjalin kerjasama ekonomi dan politik yang lebih utuh

• Memastikan keutuhan politik tempatan Idea 11: Menangani persaingan

• Meningkatkan kualiti barang atau perkhidmatan yang dijual

• Membuat aduan kepada pertubuhan perdagangan dunia

• Memberikan penerangan kepada pelabur antarabangsa tentang situasi sebenar Kesimpulan

Malaysia perlu sentiasa bersedia menghadapi ancaman yang boleh menjejaskan perkembangan ekonomi negara.

Kombinasi Idea: Pilih mana-mana 2A + 3B atau 3A +2B Soalan 16

Pengenalan

Krisis kemanusiaan berlaku dalam pelbagai bentuk seperti menjadi pelarian secara beramai- ramai akibat peperangan dan persengketaan, masalah kebuluran dan masalah penyakit.

Krisis ini merupakan bencana kemanusiaan.

(22)

Isi-isi Penting

A: Faktor krisis kemanusiaan Idea 1: Faktor bencana alam

• Banyak kejadian bencana alam seperti gempa bumi, kemarau, banjir dan ribut taufan di merata bahagian dunia

• Berlaku kemusnahan besar-besaran terhadap harta benda, sumber makanan

• Manusia mengalami kebuluran, kematian dan kesengsaraan Idea 2: Faktor peperangan

• Peperangan berlaku di beberapa buah lokasi

• Banyak kesengsaraan dialami oleh manusia seperti kemusnahan kediaman, kematian kaum keluarga dan kelaparan

• Peperangan menyebabkan kesukaran hidup Idea 3: Faktor pencemaran alam

• Pencemaran alam boleh menyebabkan krisis kemanusiaan

• Pencemaran udara dan air boleh menyebabkan kemusnahan sumber makanan, sumber air dan kebersihan oksigen

• Pencemaran alam akibat kebocoran nuklear menyebabkan kesan radiasi

• Bencana kemanusiaan boleh berlaku Idea 4: Faktor penyakit

• Berlaku penyebaran virus penyakit seperti Ebola, Virus H1N1, SARS dan sebagainya

• Merebak melalui pelbagai medium seperti melalui udara, dan bersentuhan

• Menyebabkan kesengsaraan rakyat di pelbagai negara seperti di China, di Malaysia dan di rantau ASIA

Idea 5: Faktor krisis ekonomi

• Krisis ekonomi berlaku disebabkan kesan inflasi, kegawatan ekonomi, krisis kejatuhan nilai mata wang

• Rakyat di sesebuah negara mengalami kesukaran hidup

• Terpaksa mengerah lebih banyak kudrat bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan

• Malaysia pernah mengalami kesukaran semasa berlaku kegawatan ekonomi pada tahun 1998–2000

• Negara terpaksa menambahkan hutang dan menyebabkan rakyat turut menanggung kesannya

B: Langkah menangani Idea 6: Bantuan kemanusiaan

• Pertubuhan dunia (PBB) perlu menggerakkan bantuan

• Pertubuhan bukan kerajaan turut menyediakan sumbangan kemanusiaan

• Bentuk sumbangan kemanusiaan yang utama ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal Idea 7: Penyelesaian politik

• Pertubuhan dunia seperti PBB, Majlis Keselamatan PBB, OIC dan NAM memainkan peranan masing-masing

• Membawa pihak yang bertelagah ke meja rundingan

• Boleh menghantar tentera pengaman

(23)

Idea 8: Meningkatkan program semula

• Pertubuhan dunia seperti PBB, Komanwel, OIC dan agensi PBB seperti Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia memberikan komitmen untuk membangunkan semula

• Boleh memberikan bantuan kewangan untuk mem bangun kan infrastruktur, membangunkan sektor pertanian

Idea 9: Bantuan ekonomi

• Negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat membantu mengembangkan ekonomi negara tertentu

• Bantuan ekonomi dalam pelbagai bidang

• Bantuan memiliki teknologi Kesimpulan

Krisis kemanusiaan perlu diatasi agar masalah ini tidak menyebabkan malapetaka kemanusiaan yang buruk. Pertubuhan dunia, negara-negara dan badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin boleh membantu mengurangkan masalah ini.

Kombinasi Idea: Pilih mana-mana 2A + 3B atau 3A + 2B Soalan 17

Pengenalan

Jenayah rentas benua semakin berkembang hari ini lantaran perkembangan teknologi maklumat. Malaysia perlu mengambil tindakan yang sewajarnya kerana boleh menjejaskan banyak pihak termasuk nama baik negara.

Isi-isi Penting

A: Punca jenayah rentas sempadan

Idea 1: Kelemahan kawalan sempadan di sempadan negara

• Keupayaan yang lemah kawalan di sempadan menggalakkan kemasukan pendatang tanpa izin

• Penyalahgunaan dokumen perjalanan sukar dikesan

• Sempadan negara yang luas, sukar untuk mengesan kemasukan pendatang tanpa izin Idea 2: Pemodenan dalam sistem pengangkutan

• Kemajuan dalam pengangkutan memudahkan pergerakan jenayah

• Pergerakan penjenayah dan ahli sindiket ke negara-negara tertentu sukar dikesan Idea 3: Kelonggaran pemberian visa

• Kelonggaran ini boleh menyebabkan pergerakan ahli sindiket lebih senang dan boleh berlaku untuk tujuan jenayah

B: Tindakan membanteras jenayah

Idea 4. Menjalankan penyelidikan berkaitan keselamatan komunikasi

• Penyelidikan dalam bidang keselamatan komunikasi dijalankan bagi mencegah aktiviti jenayah siber

Idea 5. Menyeragamkan undang-undang antarabangsa

• Kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah dihukum dengan hukuman yang sama

(24)

Idea 6. Melatih pihak penguat kuasa dalam kemahiran jenayah antarabangsa

• Institut latihan untuk ahli penguat kuasa jenayah antarabangsa diwujudkan

• Mengadakan perkongsian taktik pencegahan antara negara yang terlibat Kesimpulan

• Kerjasama melalui pertubuhan di peringkat antarabangsa diperlukan juga

• Kerjasama melalui agensi-agensi dalam negara juga penting Kombinasi idea: 3A + 2B atau 2A + 3B.

Soalan 18 Pengenalan

Meskipun kita tidak menafikan kehadiran warga asing ke Malaysia membawa implikasi positif tetapi wujud juga kesan negatif tertentu.

Isi-isi Penting A: Kesan negatif

Idea 1: Merampas pekerjaan penduduk tempatan

• Mewujudkan persaingan pekerjaan

• Ada warga asing yang masuk secara haram dan melakukan pekerja dalam sektor tertentu

• Menyekat peluang pekerjaan penduduk tempatan Idea 2: Melakukan aktiviti maksiat/jenayah

• Warga asing terlibat dengan aktiviti persundalan

• Menyebabkan penduduk tempatan terpengaruh/melakukan kerja tidak bermanfaat

• Menyebabkan penduduk tempatan menghidap penyakit HIV

• Terlibat melakukan jenayah seperti membunuh, merompak dan pecah rumah Idea 3: Meningkatkan kos operasi pencegahan

• Beberapa operasi bagi menangani kes dilakukan

• Kawalan keselamatan di sempadan dan di perairan dipertingkatkan

• Melibatkan banyak agensi kerajaan seperti Jabatan Polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara dan Jabatan RELA

• Semua operasi tersebut menelan perbelanjaan yang tinggi B: Langkah

Idea 4: Memperkasa penguatkuasaan undang-undang

• Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dilaksanakan

• Menambahkan bilangan dan kekerapan penguatkuasaan dengan menaikkan elaun

• Meningkatkan ketelusan perkhidmatan penguat kuasa dengan pemantauan

• Meningkatkan hukuman penjara yang maksimum Idea 5: Pendidikan kesedaran kepada rakyat tempatan

• Masyarakat tempatan wajar diberikan pengetahuan tentang keburukan kehadiran pekerja warga asing

• Rakyat perlu pendedahan tentang strategi menangani

• Rakyat tidak boleh bersubahat dengan menggaji pekerja  warga asing yang tidak mempunyai kebenaran yang sah

(25)

• Antaranya ialah membuat laporan kepada pihak berkuasa Idea 6: Menggubal dasar baharu

• Dasar insentif kepada majikan dengan dasar pengurangan cukai

• Meningkatkan levi pekerja asing

• Mengehadkan pengambilan buruh asing dalam sesuatu sektor ekonomi Idea 7: Meningkatkan semangat patriotik

• Majikan di Malaysia perlu menanam semangat patriotik

• Dapat membantu menyediakan sumber pekerjaan kepada rakyat tempatan

• Membantu penduduk desa atau dari kawasan pedalaman untuk bekerja Kesimpulan

Meskipun pekerja asing turut menyumbang kepada pembangunan negara, kerajaan perlu melaksanakan langkah kawalan agar kesan negatif yang timbul tidak menyebabkan kesukaran kepada rakyat tempatan.

Kombinasi Idea: Pilih mana-mana 2A + 3B atau 3A + 2B Soalan 19

Pengenalan

Pelbagai negara mempunyai kepentingan yang besar terhadap ASEAN. Hal ini disebabkan oleh kedudukan kebanyakan negara ASEAN di laluan antara timur dengan barat. Kemelut yang dihadapi oleh ASEAN boleh menjejaskan pelbagai pihak berkepentingan termasuklah terhadap kalangan negara rakan ASEAN.

Isi-isi Penting

A: Masalah yang dihadapi

Idea 1: Perebutan maritim (idea wajib)

• Perebutan beberapa buah kepulauan yang belum dimuktamadkan seperti Kepulauan Spratly yang menjadi rebutan antara China, Vietnam, Malaysia, Filipina dan Indonesia

• Wujud ketegangan sehingga membawa ancaman fizikal terhadap kepentingan ketenteraan

• Perebutan disebabkan kedudukan pulau yang didakwa termasuk dalam kawasan perairan

• Terdapat pelbagai kepentingan di kepulauan tersebut seperti sumber asli dan kepentingan ketenteraan

Idea 2: Pangkalan tentera asing

• Terdapat pangkalan tentera asing Amerika Syarikat di Singapura dan Filipina

• Vietnam pernah menempatkan pasukan tentera dari China dan Rusia

• Kekuatan tentera asing dari segi anggota dan logistik

• Melanggar persetujuan asal matlamat penubuhan ASEAN

• Persetujuan konsep ZOPFAN dan SEANWFZ tidak dipatuhi Idea 3: Jenayah rentas sempadan

• Terdapat negara tertentu dijadikan transit jenayah seperti pemerdagangan manusia, pengedaran dadah dan perlindungan jenayah

• Negara tertentu terdedah kepada ancaman keganasan antarabangsa

• Rakyat asing berhijrah secara haram ke negara lain untuk tujuan mendapat pekerjaan

(26)

Idea 4: Persaingan ekonomi tidak sihat

• Persaingan ekonomi yang tidak sihat boleh mencetuskan pertikaian

• Negara tertentu mengadakan perjanjian perdagangan secara curang tanpa memikirkan semangat setia kawan ASEAN

• Contohnya, membuat perjanjian FTA sendiri dengan negara asing tatkala AFTA sedang berkuat kuasa

• Kerjasama ekonomi ASEAN kurang berjaya kerana tiada komitmen Idea 5: Masalah politik dalaman

• Masalah politik dalaman di sesebuah negara boleh melambatkan pembangunan negara ASEAN

• Contohnya, masalah politik di Myammar yang dikuasai oleh tentera, perebutan kuasa di Thailand

• Masalah politik mengancam kerjasama dalam ASEAN

• Berlaku pergerakan rakyat yang menjadi pelarian politik dan pelarian ekonomi seperti pelarian Rohingya

B: Kesan Buruk

Idea 6: Menjejaskan pertumbuhan ekonomi serantau

• Ancaman politik yang wujud akan melambatkan kemajuan ekonomi

• Pelabur asing enggan membuat pelaburan jika wujud ancaman

• Persaingan ekonomi yang tidak sihat boleh menyebabkan kerjasama ekonomi terjejas Idea 7: Menimbulkan ancaman keselamatan

• Boleh menyebabkan kesukaran hidup rakyat

• Keselamatan nelayan boleh menimbulkan persengketaan diplomatik

• Menyebabkan kematian akibat persengketaan dalaman dan peperangan

• Keselamatan rantau akan terjejas akibat tidak menghormati ZOPFAN Idea 8: Risiko peperangan

• Pertikaian sempadan boleh mencetuskan ketegangan, konflik dan peperangan

• China, Vietnam dan Filipina berada diambang peperangan kecil akibat perebutan

• Peperangan akan memutuskan atau akan menjejaskan hubungan diplomatik Idea 9: Campur tangan kuasa besar

• Kuasa besar seperti Amerika Syarikat mungkin akan men campuri urusan dalaman negara atau dalaman ASEAN

• Terdapat usaha Amerika Syarikat untuk melengkapkan kekuatan pertahanan di timur bagi mengimbangi dasar agresif China di Laut China Selatan

• Amerika Syarikat berusaha mendapatkan hak mengawal laluan Selat Melaka

• Mungkin menyebabkan seteru Amerika Syarikat iaitu Rusia ingin campur tangan Kesimpulan

Kemelut yang melanda negara-negara ASEAN wajar ditangani dengan penuh teliti. Tanpa kerjasama tersebut, banyak kesan buruk yang boleh berlaku.

Kombinasi Idea: 2A + 3B atau 3A + 2B (Idea 1 – wajib)

(27)

Soalan 20 Pengenalan

Malaysia menjadi anggota pertubuhan dunia sejurus kemerdekaannya pada tahun 1957.

Sejak itu pelbagai sumbangan terhadap masyarakat antarabangsa telah dihulurkan.

Isi-isi Penting

Sumbangan (komitmen) Malaysia

Idea 1: Menghormati kedaulatan negara anggota

• Malaysia komited dengan pendirian menjunjung Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, iaitu menghormati kedaulatan sesebuah negara

• Tidak mencampuri urusan dalam negara asing

• Percaya bahawa rakyat di negara tersebut mampu mengurus sendiri hal ehwal mereka

• Membantah campur tangan Amerika Syarikat dan sekutunya menyerang Afghanistan dan Iraq

Idea 2: Mengutamakan perundingan berbanding konfrontasi

• Menggalakkan atau memilih strategi berunding dalam menyelesaikan pertikaian

• Dapat mengelakkan kemusnahan atau permusuhan antarabangsa

• Mampu menaikkan imej negara dan memberikan kepercayaan terhadap Malaysia

• Malaysia menjadi orang tengah dalam merunding konflik antara pemisah Filipina dan Thailand di Selatan

• Malaysia memilih strategi penyelesaian melalui rundingan dan mahkamah antarabangsa dalam kes perebutan Pulau Batu Putih

Idea 3: Memperjuangkan kepentingan negara membangun

• Malaysia terpilih menjadi jurucakap negara membangun kerana ketegasan pemimpin, khususnya semasa mengalami tekanan

• Malaysia antara negara yang tegas memperjuangkan kepentingan negara membangun dan negara Selatan

• Tegas menuntut pembentukan Order Baru Ekonomi Dunia bagi mengimbangi kepincangan ekonomi dengan negara Utara

Idea 4: Memperjuangkan kepentingan rakyat Palestin dan negara OIC

• Malaysia sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka

• Menganjurkan persidangan khas mengenai Palestin sewaktu menjadi pengerusi ke-10 OIC pada tahun 2003

• Menyeru perdamaian diadakan antara mazhab dan antara negara yang bergolak

• Malaysia dijadikan model pembangunan oleh negara OIC Idea 5: Menyertai misi kemanusiaan

• Antara negara yang prihatin terhadap masalah yang menimpa masyarakat dunia

• Menggerakkan tabung kemanusiaan untuk peperangan, kebuluran dan mangsa bencana alam

• Menghantar peralatan dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk membangunkan semula kawasan yang terlibat

• Antaranya ialah misi kemanusiaan ke Palestin (akibat peperangan), ke Acheh (akibat Tsunami) dan ke Cristchurch New Zealand (akibat gempa bumi)

(28)

Idea 6: Menganggotai Majlis Keselamatan PBB

• Majlis Keselamatan PBB dianggotai lima buah negara anggota tetap dan 10 buah negara anggota tidak tetap

• Tanggungjawab utama majlis ini adalah untuk mengawal keamanan politik dunia

Referensi

Dokumen terkait