Garis Panduan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Stesen PETRONAS
Edisi Julai 2019 | Semakan 1
© 2019 PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS) All rights reserved. No part of this document may be reproduced
in any form possible, stored in a retrieval system, transmitted and/or disseminated in any form or by any means (digital,
Isi Kandungan
Objektif... iii
Skop ... iii
Simbol Hazad & Risiko HSE ... iv
Simbol Alat Perlindungan Keselamatan Diri ... v
Dispenser ... 1
Tapak Dispenser dan Petak Meletak Kenderaan ... 2
Tempat Penerimaan Bahan ... 3
STP Manhole ... 4
Paip Pengewapan (Vent Pipe) ... 5
Takungan Pengukur Bahan (Dipping Hole) ... 6
Telaga Pemantauan Air Bawah Tanah (Ground Water Monitoring Well) ... 7
Perangkap Minyak (Oil Interceptor) ... 8
Bilik Pemampat Udara ... 9
Kedai MESRA ... 10
Stor barangan... 11
Bilik Server ... 12
Bilik Suis Utama (MSB) ... 13
Surau ... 14
Tandas... 15
Apron (Kaki Lima) ... 16
Pam Angin ... 17
Sistem Kumbahan ... 18
Peralatan NGV ... 19
Bekerja di Tempat Tinggi (Working at Height) ... 20
Kelengkapan Pelindung Diri (PPE) ... 21
Carta Alir Sistem PTW di Stesen PETRONAS ... 23
Dokumen HSE ... 23
Pengurusan Bahan Buangan ... 26
Pasukan Tindakan Kecemasan (setiap shift) ... 27
Pemeriksaan HSE ... 28
Safety Critical Equipment (SCE) ... 29
Gasket ... 30
Lampiran 1: Label CLASS ... 31
Lampiran 2: Contoh Rekod Pemeriksaan Telaga Pemantauan Air Bawah Tanah ... 34
Lampiran 3: Pertolongan Kecemasan ... 35
Lampiran 4: Notis Pemberitahuan Bahan Buangan Terjadual/Jadual Kedua ... 36
Lampiran 5: Label Bahan Buangan Terjadual ... 39
Lampiran 6: Contoh jenis bahan buangan terjadual serta bekas simpanan dan labelnya ... 40
Lampiran 7: Inventori Bahan/Jadual Kelima... 42
Lampiran 8: Nota Konsainan (Consignment Note)/Jadual Keenam ... 43
Lampiran 9: Prosedur untuk penyerahan Nota Konsainan (Consignment Note) ... 46
Lampiran 10: Contoh Waste Card untuk bahan merbahaya... 47
Lampiran 11: HSE Daily Inspection Checklist ... 52
Lampiran 12: Pelan Pra Kejadian ... 55
i. Menyediakan panduan sistem pengurusan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar kepada Rakan Niaga.
ii. Menerangkan peraturan umum dan garis panduan untuk dipatuhi oleh Rakan Niaga.
iii. Menerangkan langkah yang praktik bagi melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja dan pelanggan.
Garis panduan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar ini terpakai kepada semua Rakan Niaga stesen PETRONAS.
Garis panduan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar ini perlu di baca bersama Manual Panduan Piawaian Kebersihan, Premis dan Peralatan Stesen Minyak PETRONAS (semakan November 2011) dan lain-lain prosedur operasi stesen minyak yang telah dikeluarkan oleh pihak PETRONAS.
Skop
Objektif
Kebocoran minyak
Kebakaran
Renjatan elektrik
Tersepit di dalam mesin berputar
Objek jatuh
Lantai licin dan jatuh Kenderaan bergerak boleh menyebabkan kemalangan
Jatuh dari bekerja di tempat tinggi
melebihi 2 meter
Kilat boleh menyebabkan
kecederaan, kematian dan kebakaran
Ergonomik Risiko kesihatan
Tekanan lampau (overpressure) boleh menyebabkan letupan dan kematian
Dikenakan tindakan undang-undang kerana ketidakpatuhan terhadap akta
Simbol Hazad & Risiko HSE
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran udara
Risiko sekuriti
Objek tajam
Tersadung
Nitril
Getah
Kapas
Kulit
Topi keselamatan
Sarung tangan nitril
Sarung tangan getah
Sarung tangan kapas
Kasut keselamatan
Abah-abah
Simbol Alat Perlindungan Keselamatan Diri
Kaca mata keselamatan
Safety goggles
Jaket Pemantul Cahaya
Alat Perlindungan Pendengaran (Ear muffs)
Sarung tangan kulit
Flame Retardant Coverall (FRC)
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Pastikan dispenser tiada kesan minyak, tidak berdaki, tidak berhabuk dan tidak bersawang.Membuka panel tepi dispenser setiap hari untuk memeriksa tiada kesan kebocoran, atau tiada takungan air atau minyak di dalam dispenser sump.
Jika terdapat takungan air di dalam dispenser sump, ia hendaklah dikeluarkan menggunakan pam tangan, serta buat laporan kepada Mesralink jika kejadian berulang.
Pastikan tiada kebocoran minyak pada paip dan sambungan paip.
Jika berlaku kebocoran atau terdapat takungan minyak, sila tutup suis pam dan buat laporan kepada Mesralink dan Pengurus Kawasan (TM) dengan segera.
Jika berlaku pump slow delivery, sila periksa semua dispenser sump untuk kebocoran.
Pastikan hos dan nozzel bersih dan tiada kesan lelehan minyak.
Pastikan sambungan kabel berada dalam keadaan baik dan teratur, serta conduit cable bertutup (sealed).
Pastikan butang emergency stop bertanda dan dalam keadaan baik.
2
Pastikan tanda nama bahan dan Label CLASS ditampal dan berkeadaan baik. Penjelasan tentang Label CLASS boleh didapati di Lampiran 1.3
Pastikan alat pemadam api jenis ABC tersedia, berada dalam keadaan baik (jarum penunjuk tekanan di dalam kawasan hijau), serta mempunyai sijil bomba yang masih sah.Dispenser
Label CLASS terbaru
Jika kebocoran atau takungan minyak telah dikenalpasti, sila pantau longkang dan persekitaran di kawasan stesen dan laporkan segera ke PDB jika ternampak tanda-tanda minyak telah terkeluar dari kawasan stesen.
Kebanyakan kebocoran yang berlaku adalah disebabkan kerosakan gasket. Untuk
maklumat lanjut tentang gasket, sila rujuk mukasurat 30.
PERINGATAN
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Pastikan tapak dispenser tiada kesan minyak dan peralatan di atas tapak dispenser berfungsi.Periksa lubang collection sump supaya tidak tersumbat dengan sampah atau tanah. Sekiranya ada sampah atau tanah, ia perlu dibuang dan dibersihkan.
2
Pastikan semua pelekat keselamatan hendaklah sentiasaberkeadaan bersih, tidak koyak dan tidak berconteng. Dapatkan pelekat keselamatan terbaru dari PDB.
Penggunaan Walkie Talkie tidak dibenarkan di kawasan laluan kenderaan dan ketika pengisian minyak.
3
Pastikan membuat hadangan (barricade) sekiranya melakukan kerja-kerja di kawasan dispenser atau di kawasan forecourt4
Pastikan petak meletak kenderaan sentiasa berkeadaan tidak berminyak, tidak berpasir dan tidak bertakung air.5
Pastikan jubin yang pecah dilaporkan kepada Mesralink untuk pembaikan.6
Pastikan semua CCTV berfungsi pada setiap masa.Tapak Dispenser dan Petak Meletak Kenderaan
Krew PETRONAS hendaklah sentiasa memakai “Reflective Vest” di kawasan forecourt supaya senang dilihat oleh pelanggan yang membawa kenderaan.
LANGKAH KAWALAN
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Pastikan kawasan penerimaan bahan bersih dan berkeadaan baik termasuk: dawai pembumi
warna saluran penerima bahan mengikut jenis bahan
plat nama bahan (tidak pudar)
palang penghadang
2
Pastikan Krew PETRONAS terlatih (certified offloader) dan Rakan Khidmat Penghantar mematuhi sepenuhnya ‘Tatacara Penurunan Bahan’.Pastikan papan tanda ‘Peraturan Keselamatan Penurunan Bahan’ berada dalam keadaan baik.
Pastikan semua ‘Receiving Points’ di cat mengikut warna yang ditentukan (ULG 95: Kuning, ULG 97: Hijau, Diesel:
Coklat, Diesel Euro 5: Biru), berkunci dan dalam keadaan baik.
Elakkan aktiviti penurunan bahan ketika cuaca buruk.
3
Pastikan tiada sumber api berdekatan dengan tempat penerimaan bahan.Sila laporkan kepada Pengurus Kawasan (TM) jika ada sebarang aktiviti atau perancangan untuk menukar jumlah operasi tangki.
4
Pastikan tiada kenderaan atau halangan diletakkan di tempat peneriman bahan.Pastikan membuat hadangan (barricade) semasa melakukan penurunan bahan atau melakukan kerja di kawasan ini.
Tempat Penerimaan Bahan
Pastikan krew PETRONAS dan Rakan Khidmat Penghantar mematuhi sepenuhnya Tatacara Penurunan Bahan.
LANGKAH KAWALAN
Semasa aktiviti penurunan bahan
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Pastikan STP manhole dalam keadaan baik setiap hari, i.e sentiasa kering dengan menggunakan pam secaramanual, bersih dan tidak berlumpur. Bersihkan STP manhole jika perlu tetapi dilarang masuk ke dalam manhole untuk kerja-kerja pembersihan.
Sekiranya terdapat kerosakan, minyak bertakung atau air bertakung, hendaklah dilaporkan kepada Mesralink
dengan segera.
Pastikan Mechanical Leak Detector (MLD) Plate tidak melebihi tempoh tamat (expiry date). Jika ia telah tamat tempoh atau tiada name plate, perlu buat laporan di Mesralink.
STP Manhole
Jika terdapat takungan air, bererti STP manhole tidak ketat lagi.
Jika terdapat takungan minyak, kemungkinan kebocoran telah berlaku.
Kebanyakan kebocoran yang berlaku adalah disebabkan kerosakan gasket. Untuk maklumat lanjut tentang gasket, sila rujuk mukasurat 30.
TAHUKAH ANDA?
Nitril
Hanya semasa pengeluaran air daripada STP manhole
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Pastikan injap paip pengewapan ini sentiasaberfungsi dan berkeadaan baik (tiada bunyi yang terlalu bising/tiada lelehan minyak yang keluar).
Injap yang tidak berfungsi hendaklah dilaporkan kepada Mesralink dengan segera.
Paip Pengewapan (Vent Pipe)
Dua (2) kebakaran pada tahun 2018 dan tiga (3) kebakaran pada tahun 2017 telah direkodkan di Vent Pipe disebabkan cuaca buruk.
Elakkan aktiviti penurunan bahan ketika cuaca buruk atau apabila guruh kedengaran.
TAHUKAH ANDA?
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Pastikan rekod ujian paras air dalam tangki Mogas adalah di bawah 2 cm dan diesel adalah di bawah 1 cm.Sekiranya lebih, keluarkan air menggunakan pam secara manual. Jika keadaan masih berlarutan, laporkan kepada Mesralink dengan segera.
Pastikan rekod dipping minyak tidak menunjukkan sebarang kehilangan minyak melebihi had dibenarkan (0.5% mogas dan 0.1% diesel). Sekiranya lebih, lakukan pemeriksaan pada paip untuk mengenalpasti sebarang kebocoran dan laporkan kepada Mesralink dengan segera.
Takungan pengukur bahan hendaklah diperiksa dan dibersihkan setiap hari supaya tidak berair, tidak berlumpur dan tidak berpasir.
Takungan pengukur bahan hendaklah sentiasa ditutup.
Penutup dipping hole hendaklah dikunci pada setiap masa.
Pastikan getah di dalam penutup dipping hole berada dalam keadaan baik.
Sekiranya terdapat kerosakan atau minyak bertakung, laporkan kepada Mesralink dengan segera.
Takungan Pengukur Bahan (Dipping Hole)
Nitril
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Pemantauan telaga air bawah tanah hendaklah dilakukan sebulan sekali, setiap kali setelah banjir serta sekiranya disyaki/diketahui/dilaporkan terdapat kebocoron/tumpahan minyak:a. Periksa telaga air bawah tanah dengan menggunakan pita pengukur yang ditandakan menggunakan oil finding paste dan water finding paste sepanjang kira-kira 10 cm.
b. Masukkan pita pengukur tersebut ke dalam telaga air bawah tanah sehingga mengenai paras air. Rekodkan jarak antara paras air dan penutup telaga (x cm).
c. Bawa keluar pita pengukur dan periksa jika pita pengukur yang ditanda berubah warna disebabkan kehadiran minyak atau/dan air.
d. Rekodkan permerhatian seperti dalam Lampiran 2.
e. Laporkan kepada Pengurus Kawasan (TM) jika pita pengukur yang ditanda berubah warna menandakan kehadiran minyak dalam air bawah tanah.
Telaga Pemantauan Air Bawah Tanah (Ground Water Monitoring Well)
• Jangan gunakan
“dipstick” untuk
membuat pemeriksaan.
• Lap bersih pita pengukur setelah digunakan.
PERINGATAN
Nitril
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Perangkap minyak hendaklah diperiksa setiap hari: Beroperasi dengan baik
Tiada kesan minyak keluar dari perangkap minyak ke longkang awam.
Tidak mengandungi sampah dan pasir
Tidak tersumbat dan bersawang Bersihkan jika perlu.
Sampah yang bersalut dengan minyak hendaklah diuruskan sebagai bahan buangan terjadual.
Penyelenggaraan penuh perlu dilakukan:
Setiap 6 bulan bagi stesen yang mempunyai Spa Kereta atau Bengkel Servis Kenderaan,
Setiap 12 bulan bagi stesen tanpa servis di atas.
Prosedur untuk menyelenggara perangkap minyak boleh berpandukan kepada Operating Procedure: Oil Interceptor – Inspect & Cleaning.
Pastikan perangkap minyak sentiasa ditutup dengan penutup besi. Sila laporkan kepada Mesralink jika penutup tersebut rosak.
2
Persampelan air pelepasan (effluent) perlu dilakukan setiap 6 bulan bagi stesen yang mempunyai Spa Kereta atau Bengkel Servis Kenderaan, dan 12 bulan bagi stesen tanpa servis di atas. Sampel hendaklah dihantar ke makmal yang diakreditasi untuk dianalisa. Parameter: Oil & Grease.Pastikan sijil air pelepasan (effluent) tersedia dan tidak tamat tempoh.
Laporkan kepada pengurus kawasan (TM) sekiranya keputusan kandungan minyak dan gris dalam air pelepasan melebihi standard yang ditetapkan iaitu 10 mg/L.
Perangkap Minyak (Oil Interceptor)
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Pastikan sambungan elektrikal dalam keadaan baik.2
Pastikan penghadang besi keselamatan berada di dalam keadaan baik.Pastikan pintu bilik pemampat udara sentiasa bertutup dan berkunci.
Pintu bilik pemampat udara hendaklah mempunyai plat peringatan “ZON PERLINDUNGAN PENDENGARAN” dan plat peringatan untuk memakai alat perlindungan pendengaran diri.
3
Pastikan sijil Permit Mesin Tekanan (PMT) masih sah dan ditampal di dinding.Sediakan buku log pemeriksaan untuk diisi oleh pegawai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) ketika pemeriksaan ulangan dilakukan.
4
Periksa minyak setiap minggu dan pastikan tiada kesan tumpahan. Buka injap pelepas angin dibahagian bawah kebuk pemampat udara setiap pagi dan petang.5
Pastikan alat pemadam api jenis CO2 tersedia dan berada dalam keadaan baik, serta mempunyai sijil bomba yang masih sah.Pastikan bilik pemampat udara sentiasa dalam keadaan bersih dan tiada barangan disimpan di dalam bilik itu.
Bilik Pemampat Udara
Kegagalan memastikan Permit Mesin Tekanan (PMT) yang sah untuk pemampat udara akan menyebabkan pihak PETRONAS dikenakan tindakan undang- undang di bawah akta Kilang dan Jentera 1967. Tempoh sah laku PMT adalah 15 bulan dari tarikh pemeriksaan oleh pegawai JKKP.
TAHUKAH ANDA?
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Pintu kaca tidak boleh dikunci semasa stesen beroperasi kecuali selepas jam 12 malam bagi stesen yang beroperasi 24 jam dan berada di kawasan yang berisiko tinggi.2
Pintu yang rosak atau pecah hendaklah dilaporkan kepada Mesralink dengan segera.Pastikan garisan keselamatan dedoline dipasang dan dalam keadaan baik.
Sekiranya dedoline didapati rosak, laporkan kepada Mesralink.
3
Pastikan alat pemadam api jenis ABC/CO2 tersedia dan berada dalam keadaan baik (jarum penunjuk tekanan di dalam kawasan hijau), serta mempunyai sijil bomba yang masih sah, di kawasan berikut: Dua (2) alat pemadam api jenis ABC di ruangan kedai MESRA
Satu (1) alat pemadam api jenis CO2 di ruangan pejabat
4
Pastikan peti pertolongan cemas (First Aid Kit) berada di tempat yangmudah diambil dan mengandungi semua peralatan yang diperlukan
berdasarkan Jadual C di dalam Lampiran 3. Pastikan ia tidak mengandungi ubat oral (oral medication) dan pastikan ubat tidak tamat tempoh.
5
Menyediakan, menandatangani dan mempamerkan Polisi HSE di tempat strategik yang mudah dilihat dan dirujuk oleh pekerja dan pelanggan, di dalam ruang kedai MESRA.Kedai MESRA
Pada tahun 2017, terdapat sepuluh (10) kes pintu kaca pecah disebabkan angin yang kuat, atau dilanggar oleh kereta/troli, manakala pada tahun 2018, terdapat lapan (8) kes pintu kaca yang dilaporkan, oleh sebab yang sama.
TAHUKAH ANDA?
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Barangan hendaklah disusun dengan kemas dan teraturdi atas rak ataupun pallet:
Gunakan troli untuk memindahkan barangan.
Susun barangan yang berat di antara paras peha dan bahu.
Tempatkan barang yang ringan pada rak yang tinggi.
2
Pastikan alat pemadam api jenis ABC tersedia dan berada dalam keadaan baik (jarum penunjuk tekanan di dalam kawasan hijau), serta mempunyai sijil bomba yang masih sah.Memastikan alat pengesan asap (smoke detector) berfungsi setiap masa.
3
Pastikan oil spill kit disimpan dengan baik dan mengandungi sekurang-kurangya: Absorbent pad
Absorbent boom
4
Produk makanan dan bukan makanan hendaklahdiasingkan, terutamanya bahan kimia.
Stor barangan
Kebakaran besar telah berlaku pada tahun 2014 di sebuah stesen minyak kerana penggunaan pemetik api untuk memotong tali di dalam stor barangan.
TAHUKAH ANDA?
Kapas
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Pastikan bilik berkeadaan bersih dan kemas.2
Kabel-kabel computer dan peranti-peranti elektronik haruslah berkeadaan kemas dan tersusun.Laporkan kepada Mesralink jika terdapat kabel-kabel yang rosak dan tidak tersusun.
3
Pastikan alat pemadam api jenis CO2 tersedia dan berada dalam keadaan baik, serta mempunyai sijil bomba yang masih sah.Pastikan sistem penyaman udara di bilik server berfungsi sepanjang masa. Suhu penyaman udara hendaklah ditetapkan pada 24°C.
Pastikan bilik sentiasa dalam keadaan bersih dan tiada barangan disimpan di dalam bilik itu.
4
Untuk keselamatan, pintu bilik server hendaklah sentiasa ditutup/dikunci sekiranya tidak digunakan.Kunci hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah dicapai ketika kecemasan.
Bilik Server
Pada tahun 2018, terdapat kebakaran kecil yang berlaku di bilik server akibat litar pintas, serta satu lagi kebakaran kecil pada tahun 2017 akibat overheated UPS Cable.
TAHUKAH ANDA?
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Pintu bilik suis utama hendaklah sentiasa ditutup dan dikunci.Bilik suis utama tidak boleh dijadikan sebagai stor – pastikan tiada barangan disimpan di dalam bilik itu.
Lantai, dinding dan siling bilik hendaklah sentiasa bersih, kering, tidak berminyak, tidak berpasir dan tidak bersawang.
Bilik suis utama perlu dilengkapi dengan tikar lantai getah mengikut spesifikasi ASTM di 178-01 (Electrical Switchboard Matting Standard).
Single line diagram dan CPR chart perlu dipamerkan di dalam bilik suis utama.
Pastikan alat pemadam api jenis CO2 tersedia dan berada dalam keadaan baik (jarum penunjuk tekanan di dalam
kawasan hijau), serta mempunyai sijil bomba yang masih sah.
Bilik Suis Utama (MSB)
Terdapat empat (4) kes kebakaran yang telah dilaporkan di MSB pada tahun 2018, dan dua (2) kes pada tahun 2017.
TAHUKAH ANDA?
Kasut getah berpenebat elektrik
Sarung tangan getah berpenebat
elektrik Getah Ketika melakukan
kerja-kerja elektrikal di dalam
MSB
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Pastikan surau dibersihkan setiap hari: Jubin tidak pecah atau lekang
Meletakkan notis bersesuaian semasa kerja pembersihan dijalankan
2
Pastikan tempat mengambil wuduk hendaklah sentiasa bersih: Tidak berlumut
Tidak berlumpur
Tidak tersumbat
Jubin tidak pecah atau lekang
Surau
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Pastikan tandas dibersihkan setiap hari: Jubin tidak pecah atau lekang
Meletakkan notis bersesuaian semasa kerja pembersihan dijalankan
Tidak berlumut
Tidak berlumpur
Tidak tersumbat
2
Pastikan Safety Data Sheet (SDS) bagi bahan kimia yang digunakan untuk pembersihan tandas tersedia dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.3
Pastikan bahan-bahan kimia yang digunakan untukpembersihan tandas disimpan di tempat yang bersesuaian di dalam stor
Tandas
Semasa melakukan pembersihan tandas
Getah
Kasut getah
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Apron hendaklah sentiasa kering dan bersih: Tidak berlumpur
Tidah berpasir
Tidak berlumut
Jubin tidak pecah
2
Pastikan semua CCTV berfungsi pada setiap masa.Apron (Kaki Lima)
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Kawasan sekitar angin dan air hendaklah bersih: Tidak ada air bertakung dan tersumbat
Tidak berlumpur dan berlumut
Tidak berkarat
Jubin tidak pecah atau lekang
2
Hos hendaklah sentiasa digulung selepas digunakan.Pam Angin
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Pastikan sistem kumbahan (tangki septik) berfungsi dengan baik dan tidak tersumbat.Bersihkan dan selenggara tangki kumbahan (tangki septik) sekurang-kurangnya tiga tahun sekali atau bila perlu.
Bagi stesen yang mempunyai sistem kumbahan (sewage treatment system), laporkan kepada Mesralink sekiranya terdapat kerosakan, bau atau tersumbat.
Sistem Kumbahan
Internal
19 Lampu petunjuk kecemasan dan siren akan diaktifkan secara automatik sekiranya perkara di bawah berlaku:
Lampu hijau bermaksud peralatan NGV berfungsi dalam keadaan baik. Lampu merah bermaksud:
(a) Suis kecemasan ESD ditekan
(b) Alat pengesan gas diaktifkan (sekiranya berlaku kebocoran)
(c) Mesin pemampat gas mempunyai kerosakan (automatik berhenti)
No. Risiko HSE Tanggungjawab RN
1
Sekiranya PRV di stesen diaktifkan, bunyi “hissss” yang kuat akan kedengaran. Tekan suis kecemasan (ESD) untuk memberhentikan operasi.2
Pastikan alat pemadam api jenis ABC tersedia dan berada dalam keadaan baik (jarum penunjuk tekanan di dalam kawasan hijau), serta mempunyai sijil bomba yang masih sah.Alat pemadam api hendaklah diuji dan diperiksa setahun sekali.
Pastikan semua pelekat keselamatan hendaklah sentiasa berkeadaan bersih, tidak koyak dan tidak berconteng.
Dapatkan pelekat keselamatan terbaru dari PDB.
3
Pastikan penghadang besi keselamatan tersedia dan berada dalam keadaan baik di kawasan mesin pemampat gas NGV dan dispenser NGV.Peralatan NGV
Kulit
Dispenser NGV Tabung Simpanan
(Storage Cascade) NGV
Mesin Pemampat Gas NGV
Mesin Pemampat Gas NGV
Lampu petunjuk kecemasan
No. Risiko HSE Keperluan untuk RN
1
Syarat penggunaan tangga:i. Hanya digunakan untuk aktiviti berisiko rendah dan tugasan jangka pendek.
ii. Diletakkan di atas permukaan yang rata dan selamat.
iii. Mengekalkan pegangan 3-titik sentuhan semasa menaiki dan menuruni tangga.
iv. Jangan memegang alatan dengan tangan semasa menaiki atau menuruni tangga. Gunakan tool belt atau side pouch.
v. Pastikan penggunaan kasut yang bersesuaian.
2
Menggunakan Mobile Elevated Working Platform (MEWP) seperti skylift, cherrypicker, scissor lift etc:i. MEWP haruslah lengkap dengan perlidungan tepi (edge protection) dan Beban Kerja Selamat (Safe Working Load) seperti yang
digariskan pengilang.
ii. Pastikan Permit Mesin Angkat (PMA) masih sah.
iii. Pastikan jumlah berat pekerja dan alatan tidak melebihi jumlah muatan yang dibenarkan.
iv. Pastikan kompetensi operator MEWP.
v. Pastikan penggunaan PPE yang sepatutnya – abah-abah (full body harness and double lanyard)
3
Penggunaan perancah (scaffolding) oleh RN/KP tidak dibenarkan, kecuali mendapat kebenaran daripada Regional Engineer (RE).4
Kerja-kerja penyelenggaraan di atas bumbung forecourt dan bumbung Kedai MESRA hendaklah dilakukan oleh kontraktor. RN/KP tidakdibenarkan membuat kerja-kerja penyelenggaraan di atas bumbung.
Bekerja di Tempat Tinggi (Working at Height)
No. Tanggungjawab RN
1 Memberikan PPE kepada pekerja untuk menjalankan tugas dengan selamat (rujuk Jadual A di bawah) 2 Merekod pemberian dan penerimaan PPE kepada pekerja, termasuk PPE yang dikhususkan kepada
KP tertentu.
3 Pastikan semua PPE tersedia, disimpan di tempat yang sesuai, berada dalam keadaan baik dan tidak tamat tempoh.
4 Pastikan abah-abah (harness & lanyard) bebas dari sebarang kesan koyak atau rosak. Semua alatan penyambungan abah-abah (D-ring, buckle & grommets) berada dalam keadaan baik
Jadual A: PPE Matrix
Aktiviti/
Kawasan
Alat Perlindungan Diri (PPE) Topi
Kesela- matan
Kaca Mata Kesela-
matan
Safety Goggles
Sarung Tangan Nitril
Sarung Tangan Getah
Sarung Tangan Kapas
Sarung Tangan
Kulit
Kasut Keselamatan
Abah- abah
Ear Plugs
Ear Muffs
Flame Retardant
Coverall
Jaket Pemantul
Cahaya Penurunan
bahan
√ √ √ √
(bekerja di atas
lori tangki) Operasi
forecourt dan pengawalan trafik
√
STP/ Dipping area (semasa dipping dan pemantauan STP)
√ (Untuk STP
– hanya semasa pengeluaran
air dari STP manhole)
√
Penyelengga- raan
perangkap minyak
√ √ √
Kelengkapan Pelindung Diri (PPE)
Aktiviti/
Kawasan
Alat Perlindungan Diri (PPE) Topi
Kesela- matan
Kaca Mata Kesela-
matan
Safety Goggles
Sarung Tangan Nitril
Sarung Tangan Getah
Sarung Tangan Kapas
Sarung Tangan
Kulit
Kasut Keselamatan
Abah- abah
Ear Plugs
Ear Muffs
Flame Retardant
Coverall
Jaket Pemantul
Cahaya Bilik
pemampat udara
√
Mesin Pemampat Gas NGV
√ √ √ √
(Salah satu) √ Dispenser di
NGV √ √
Ketika melakukan kerja-kerja elektrikal di dalam bilik suiz utama (MSB)
√ √
(Sarung tangan
getah berpenebat
elektrik)
√ (Kasut getah
berpenebat elektrik)
Pengurusan bahan buangan terjadual
√ √ √
Pemantauan telaga air bawah tanah
√ √
Pembersihan tandas, lantai dan longkang
√ √
(Kasut getah semasa pembersihan
tandas)
Bilik stor √
Penyelengga- raan:
Dispenser
Tapak pam
√
Carta Alir Sistem PTW di Stesen PETRONAS
Berikut adalah senarai dokumen HSE yang perlu disimpan di Stesen PETRONAS serta dikemaskini dari semasa ke semasa.
1) Polisi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE Policy)
No. Tanggungjawab RN
1 Menyediakan Polisi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE Policy).
2 Menandatangani polisi yang dilampirkan berserta tarikh kuatkuasa dan jawatan.
3 Mengadakan sesi penerangan polisi kepada semua pekerja dan rekodkan kedatangan.
4 Mempamerkan Polisi HSE di tempat strategik di dalam ruang kedai MESRA (tempat yang boleh dilihat dengan jelas oleh pekerja dan pelanggan).
5 Mengkaji semula Polisi HSE sekiranya perlu.
2) Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko Dan Kawalan Risiko (HIRARC) (HEMP Document) HIRARC adalah proses mengenalpasti, menganalisa, menilai dan mengawal hazad yang terhasil daripada aktiviti yang dijalankan dan bahaya-bahaya lain yang berpunca daripada persekitaran tempat kerja.
No. Tanggungjawab RN
1 Memuat turun dan mencetak HIRARC yang terkini dari MyStation – PETRONAS HSE Portal – HEM Process.
2 Menyimpan dan failkan HIRARC di stesen.
3 Menggunakan HIRARC Untuk Operasi Stesen Minyak sebagai salah satu bahan rujukan semasa menyampaikan latihan mengenai carakerja selamat kepada pekerja.
3) Persediaan Kecemasan
No. Tanggungjawab RN
1 Menyediakan senarai nombor kecemasan untuk dihubungi. Contoh senarai nombor kecemasan (tidak terhad kepada):
• BOMBA terdekat
• Hospital terdekat
• Balai Polis terdekat
• Pengurus Kawasan (TM)
• Rakan Niaga
• Mesralink
2 Mempamerkan senarai tersebut di tempat yang mudah dilihat (i.e. kaunter pembayaran, pejabat) untuk dirujuk oleh pekerja.
3 Menyediakan dan mempamerkan carta organisasi Kumpulan Tindakan Kecemasan stesen.
4) Daftar Bahan Kimia (Chemical Register), Generic Chemical Health Risk Assessment (CHRA) dan Safety Data Sheet (SDS)
No. Tanggungjawab RN
1 Menyediakan daftar bahan kimia untuk stesen minyak.
2 Menandatangani daftar bahan kimia yang telah disediakan.
3 Menyimpan daftar bahan kimia di tempat yang mudah di akses oleh semua pekerja.
4 Mengemaskini daftar bahan kimia setiap 6 bulan atau sekiranya berlaku perubahan kepada jenis bahan kimia yang disimpan ataupun yang digunakan di stesen.
5 Menyimpan satu salinan CHRA di stesen dan digunakan sebagai rujukan untuk latihan. Laporan ini kebiasaannya diminta oleh pihak HSE atau pihak berkuasa
Dokumen HSE
Taklimat dilakukan pada setiap hari. HSE haruslah Topik yang dikongsi boleh dipilih mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan HSE yang terdapat di dalam dokumen ini.PERINGATAN
5) Rekod Latihan & Taklimat HSE
6) Rekod Pengagihan/Penggunaan PPE
7) Rekod Pemeriksaan HSE
8) Sijil HSE
No. Tanggungjawab RN
1 Memastikan pekerja menghadiri latihan di bawah serta menyediakan dan
mengemaskini rekod latihan untuk semua pekerja, termasuk latihan-latihan di bawah:
i. Pengenalan HIRARC di stesen
ii. Cara menggunakan alat pemadam api
iii. Cara selamat pengendalian bahan kimia (setiap 2 tahun) iv. Cara mengendali kecemasan di stesen
v. Tatacara penurunan bahan vi. Cara menggunakan oil spill kit
vii. Pertolongan cemas (dihantar ke pelatih-pelatih yang diiktiraf seperti dalam Jadual D di Lampiran 3)
2 Menyediakan dan mengemaskini rekod taklimat harian atau keselamatan
No. Tanggungjawab RN
1 Menyediakan dan mengemaskini rekod PPE untuk semua pekerja.
2 Menyimpan rekod PPE di tempat yang mudah di akses untuk kegunaan pemeriksaan dan audit.
3 Rujuk Jadual A: ‘PPE Matrix’ di bahagian ‘Kelengkapan Pelindung Diri (PPE)’ untuk mengenalpasti alatan pelindung diri yang diperlukan.
No. Tanggungjawab RN
1 Memuatnaik HSE Daily Checklist setiap pagi di MyStation.
2 Menyediakan DOSH Inspection Logbook.
3 Menyimpan semua rekod pemeriksaan bulanan DKSH.
4 Menyediakan dan mengemaskini buku rekod pemeriksaan telaga air bawah tanah.
No. Tanggungjawab RN
1 Menyediakan sijil ujian Effluent yang tidak tamat tempoh dan lengkap untuk semua interceptor di stesen
2 Menyimpan sijil Pendaftaran Mesin Tekanan (PMT) yang tidak tamat tempoh untuk semua mesin pemampat udara.
Pengurusan Bahan Buangan
Had penyimpanan maksima bahan buangan terjadual ialah selama 180 hari atau sebanyak 20 ton metrikPERINGATAN
1. Segera menghampiri tempat kejadian sekiranya keadaan selamat.
2. Memasang hadangan dan memindahkan bahan yang mudah terbakar di sekitar tempat kebakaran.
3. Memadamkan api
menggunakan alat pemadam api mudah alih sekiranya keadaan selamat.
4. Menguruskan tumpahan minyak menggunakan penyerap minyak bagi mengelakkan pengaliran ke sungai/parit.
5. Meninggalkan bangunan stesen dan berkumpul di tempat yang selamat sekiranya api merebak di luar kawalan.
1. Menghubungi pihak badan berkuasa/
kontraktor tindakan kecemasan/ agensi perkhidmatan
dengan kadar segera.
2. Menguruskan semua panggilan masuk yang berkaitan dengan kejadian.
3. Mencatatkan semua komunikasi dan rentetan kejadian.
1. Memberi bantuan pertolongan
kecemasan kepada mangsa sementara menanti ketibaan pihak Hospital atau Ambulan.
2. Memberi bantuan kepada pasukan ahli perubatan dan Ambulan sekiranya di perlukan.
1. Mengarahkan semua pekerja dan pelanggan stesen yang tidak berkenaan ke tempat yang lebih selamat.
2. Mengawal lalulintas di dalam kawasan stesen.
3. Memastikan laluan BOMBA, Ambulan dan Polis tidak di halang.
Internal
ON SCENE COMMANDER (RAKAN NIAGA)
FIRE FIGHTING/ OIL SPILL TEAM (KREW PETRONAS)
COMMUNICATION
(KREW PETRONAS) FIRST AIDER
(KREW PETRONAS) TRAFFIC CONTROLLER (KREW PETRONAS)
Internal
1. Mengesahkan maklumat dan situasi kejadian serta membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya.
2. Mengarahkan evakuasi kepada pekerja dan pelanggan stesen yang tidak berkenaan ke luar kawasan stesen.
3. Memastikan pihak badan berkuasa seperti BOMBA, Polis dan pihak-pihak yang berkenaan telah di hubungi.
4. Memaklumkan kepada waris terdekat mangsa yang terlibat.
5. Melaporkan kejadian kepada Pengurus Kawasan (Territory Manager).
6. Memberi maklumat awal kepada pihak badan berkuasa yang tiba di tempat kejadian.
7. Mengesahkan pengasingan elektrik dan peralatan seperti injap.
Pasukan Tindakan Kecemasan (setiap shift)
Pastikan peralatan kecemasan seperti peralatan tumpahan minyak dan alat pemadam api mudah diperolehi dan berada dalam keadaan baik.
PERINGATAN
Sila rujuk kepada Lampiran 12 untuk Pelan Pra Kejadian
yang telah
dikenalpasti di dalam Retail Hazards &
Effects Register (HER).
PERINGATAN
Jadual B: Ringkasan jenis-jenis pemeriksaan dan audit yang dijalankan di stesen
No. Tanggungjawab RN
1 Sebagai panduan, RN boleh menggunakan checklist di Lampiran 11 untuk memastikan stesen berada dalam keadaan baik dan selamat.
2 Mengambil tindakan susulan berdasarkan penemuan pemeriksaan yang dijalankan. Sebagai contoh, membuat laporan di Mesralink.
No. Pemeriksaan / Audit Dijalankan
oleh Kekerapan
1 Pemeriksaan (Audit) Bulanan
DKSH DKSH Bulanan
2 Pemeriksaan dari HSE Division
(di stesen terpilih) HSE Division Apabila perlu 3 Audit dari Pihak Berkuasa
(contoh: JKKP, DOE, dan lain- lain).
Pihak Berkuasa Apabila perlu
Pemeriksaan HSE
Safety Critical Equipment (SCE)
Gasket v
1. Gasket ialah pelapik antara penyambungan ‘pipe’ dan‘fittings’ untuk
mengelakkan kebocoran.
2. Gasket didapati di dalam STP dan dispenser sump.
3. Sekiranya gasket sudah haus, sila laporkan ke Mesralink dengan segera.
TAHUKAH ANDA?
Lampiran 1: Label CLASS
PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5
(Diesel : >90%)
HAZARD STATEMENT Flammable liquid and vapour.
May be fatal if swallowed and enters airways.
Causes skin irritation.
Harmful if inhaled.
Suspected of causing cancer.
May cause damage to organs (Thymus, Liver, Bone Marrow) through prolonged or repeated exposure.
Toxic to aquatic life with long lasting effects.
PRECAUTIONARY STATEMENT
Keep away from heat, hot surfaces, sparks, open flames and other ignition sources. No smoking.
Do not breathe dust/fume/gas/mist/vapours/spray.
Avoid release to the environment.
IF SWALLOWED: Immediately call a POISON CENTER or doctor/ physician.
IF ON SKIN (or hair): Take off immediately all contaminated clothing. Rinse skin with water.
IF INHALED: Remove person to fresh air and keep comfortable for breathing. Call a POISON CENTER or doctor/physician if you feel unwell.
PERNYATAAN BAHAYA Cecair dan wap mudah terbakar.
Boleh membawa maut jika tertelan dan memasuki saluran pernafasan.
Menyebabkan kerengsaan kulit.
Memudaratkan jika tersedut.
Disyaki menyebabkan kanser.
Boleh menyebabkan kerosakan organ (Timus, Hati, Sumsum Tulang) melalui pendedahan berpanjangan atau berulang.
Toksik kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan.
PERNYATAAN BERJAGA-JAGA
Jauhkan daripada haba, permukaan panas, percikan api, nyalaan terbuka dan lain-lain sumber api. Dilarang merokok.
Jangan hidu habuk/wasap/gas/kabus/wap/semburan.
Elakkan pelepasan bahan ke persekitaran.
JIKA TERTELAN: Segera hubungi PUSAT RACUN atau doktor/pakar perubatan.
JIKA TERKENA KULIT (atau rambut): Tanggalkan segera pakaian yang tercemar. Bilas kulit dengan air.
JIKA TERSEDUT: Pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa dalam keadaan rehat supaya mangsa dapat bernafas dengan selesa. Segera hubungi PUSAT RACUN atau doktor/pakar perubatan jika rasa tidak sihat.
DANGER BAHAYA
Manufacturer/Supplier : PETRONAS Dagangan Berhad, Level 30, Tower 1, PETRONAS Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia (Pengilang/Pembekal) Mesralink Contact Number: 1 300 88 8181 / 8282.
Lampiran 2: Contoh Rekod Pemeriksaan
Telaga Pemantauan Air Bawah Tanah
Lampiran 3: Pertolongan Kecemasan
Jadual C: Kandungan Minima Peti Pertolongan Cemas
No. Perkara Bil
Minima Kegunaan
1.
Triangular bandage (kainanduh) 4 Untuk mengampu bahagian yang cedera/patah,
membalut luka/ pendarahan yang didapati terdapat kepatahan tulang
2.
Sterile eye pad2 Melindungi mata yang tercedera/ terkena bendasing
3. Non-sterile gauze/
sterile gauze (1 set mempunyai 10 keping)
5
Melakukan pencucian/pembebat luka. Membuat balutan/memberi tekanan pada
perdarahan dan menstabilkan kepatahan 4.
Elastic bandage/crepebandage (5 cm)
Roller bandage (10cm)
1 1
Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk membalut luka dan juga kecederaan ringan e.g. dislocation (terseliuh)
5. Sarung tangan getah pakai buang (Glove –
disposable/nonsterile)
2
pasang Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber jangkitan
6. Gunting 1 Memotong gauze/bandage
7. Pita pelekat 1 Melekatkan balutan dan pembebat
8.
Sterile multi-traumadressing/ gauze
20 Melakukan pencucian/pembebatan luka
9. Alcohol prep pads 1 Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada
luka sebelum membalut
10. Cotton buds 1 Mencuci luka pada kawasan yang sukar dicapai
11. Acriflavine (ubat kuning) 1 Sebagai antiseptik 12. Dettol (boleh diganti
dengan Normal Saline solution 0.9%)
1 Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar
13. LMS solution 1 Melegakan kesakitan otot
Jadual D: Senarai institusi yang diiktiraf untuk menyediakan Latihan Pertolongan Kecemasan Organisasi
1 Institusi di bawah Kementerian Kesihatan 2 Hospital di bawah Kementerian Pendidikan
3 National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) 4 Malaysian Society for Traumatology and Emergency Medicine
(MASTEM)
5 Malaysian Red Crescent Society 6 St. John’s Ambulance, Malaysia
7 Organisasi yang diiktiraf sebagai pelatih first aider yang
bertauliah, dan telah dilatih oleh mana-mana institusi di atas
serta diluluksan oleh Ketua Pengarah JKKP.
Lampiran 4: Notis Pemberitahuan Bahan
Buangan Terjadual/Jadual Kedua
Lampiran 5: Label Bahan Buangan
Terjadual
Lampiran 6: Contoh jenis bahan buangan terjadual serta bekas simpanan dan labelnya
Kod Penerangan Label Bekas Simpanan Bahan Buangan
SW103 Bateri terpakai (lead acid)
SW110 Bahan buangan dari perkakas elektrik dan elektronik:
Contoh:
Lampu fluorescent terpakai
Komputer
Transformer
SW309 Campuran minyak dan air Contoh:
Campuran minyak-air dari kit tumpahan minyak
Campuran minyak-air dari pengosongan tangki dan kerja- kerja pembersihan serta penyelenggaraan
v
SW310 Enapcemar dari tangki bawah tanah
Contoh: Enapcemar dari pengosongan tangki simpanan minyak dan kerja-kerja pembersihan
SW311 Buangan minyak atau enapcemar berminyak
Contoh: Enapcemar dari pembersihan tangki dan perangkap minyak
SW312 Sisa buangan minyak dari perangkap minyak
Contoh: Enapcemar berminyak atau sisa dari perangkap minyak atau alat pemisah
Open Top Drum
Jumbo bag Bahan toksik
Sekiranya pepejal:
Pepejal mudah terbakar Bahan toksik
Bung Hole Drum
IBC Tank
Cecair mudah terbakar Sekiranya cecair:
Bahan toksik
SW408 Bahan yang tercemar dengan minyak yang terhasil dari pembersihan tumpahan minyak
Contoh: Tanah atau serpihan yang dicemari minyak akibat pembersihan tumpahan minyak
SW409 Bekas yang tercemar dengan bahan buangan terjadual, bahan kimia, atau minyak
Contoh: Drum, tangki atau bekas simpanan yang dicemari dengan minyak
SW410 Bekas terpakai, PPE atau pengelap terpakai (contaminated rag) Contoh: Bekas terpakia, PPE atau pengelap terpakai yang telah dicemari dengan minyak
Campuran bahan- bahan merbahaya
Campuran bahan- bahan merbahaya
Open Top
Drum Jumbo bag
Pepejal mudah terbakar Bahan toksik
Lampiran 7: Inventori Bahan/Jadual
Kelima
Lampiran 8: Nota Konsainan (Consignment
Note)/Jadual Keenam
Error! Unknown document property name.
Serahkan 6 salinan
Serahkan 4 salinan
Kembalikan 2 salinan
Kembalikan 1 salinan
Kembalikan 1 salinan
Serahkan 1 salinan
Serahkan 1 salinan
Lampiran 9: Prosedur untuk penyerahan
Nota Konsainan (Consignment Note)
Lampiran 10: Contoh Waste Card untuk bahan merbahaya (e.g. SW 312)
Contoh Waste Card bagi bahan buangan merbahaya yang lain boleh didapati di MyStation.
Lampiran 11: HSE Daily Inspection Checklist
Dispenser Y/N
Membuka panel tepi dispenser untuk memeriksa tiada kesan kebocoran, atau tiada takungan air atau minyak di dalam dispenser sump.
Pastikan butang emergency stop bertanda dan dalam keadaan baik.
Pastikan tanda nama bahan dan Label CLASS ditampal dan berkeadaan baik.
Pastikan alat pemadam api jenis ABC tersedia, berada dalam keadaan baik (jarum penunjuk tekanan di dalam kawasan hijau), serta mempunyai sijil bomba yang masih sah.
Tapak Dispenser dan Petak Meletak Kenderaan Y/N Pastikan semua pelekat keselamatan sentiasa berkeadaan bersih, tidak koyak dan tidak
berconteng. Dapatkan pelekat keselamatan terbaru dari PDB.
Pastikan semua CCTV berfungsi pada setiap masa.
Tempat Penerimaan Bahan Y/N
Pastikan kawasan penerimaan bahan bersih dan berkeadaan baik termasuk:
dawai pembumi
warna saluran penerima bahan mengikut jenis bahan
plat nama bahan (tidak pudar)
palang penghadang
Pastikan semua ‘Receiving Points’ di cat mengikut warna yang ditentukan (ULG 95: Kuning, ULG 97: Hijau, Diesel: Coklat, Diesel Euro 5: Biru), berkunci dan dalam keadaan baik.
STP Manhole Y/N
Pastikan STP manhole dalam keadaan baik setiap hari, i.e. tidak mengandungi minyak dan air.
Paip Pengewapan (Vent Pipe) Y/N
Pastikan injap paip pengewapan ini sentiasa berfungsi (tiada bunyi yang terlalu bising/tiada lelehan minyak yang keluar).
Takungan Pengukur Bahan (Dipping Hole) Y/N Pastikan rekod ujian paras air dalam tangki Mogas adalah di bawah 2 cm dan diesel adalah di
bawah 1 cm.
Pastikan rekod dipping minyak tidak menunjukkan sebarang kehilangan minyak melebihi had dibenarkan (0.5% mogas dan 0.1% diesel).
Pastikan penutup dipping hole dikunci pada setiap masa.
Perangkap Minyak Y/N
Perangkap minyak hendaklah diperiksa setiap hari:
Beroperasi dengan baik
Tiada kesan minyak keluar dari perangkap minyak ke longkang awam.
Tidak mengandungi sampah dan pasir
Tidak tersumbat dan bersawang Bersihkan jika perlu.
Bilik Pemampat Udara Y/N
Pastikan penghadang besi keselamatan berada di dalam keadaan baik.
Periksa minyak setiap minggu dan pastikan tiada kesan tumpahan. Buka injap pelepas angin dibahagian bawah kebuk pemampat udara setiap pagi dan petang.
Pastikan bilik pemampat udara sentiasa dalam keadaan bersih dan tiada barangan yang disimpan di dalam bilik itu.
Pastikan alat pemadam api jenis CO2 tersedia dan berada dalam keadaan baik, serta mempunyai sijil bomba yang masih sah.
Kedai MESRA Y/N
Pastikan terdapat alat pemadam api tersedia dan berada dalam keadaan baik (jarum penunjuk tekanan di dalam kawasan hijau), serta mempunyai sijil bomba yang masih sah, di kawasan
Stor barangan Y/N Pastikan alat pemadam api jenis ABC tersedia dan berada dalam keadaan baik (jarum penunjuk
tekanan di dalam kawasan hijau), serta mempunyai sijil bomba yang masih sah.
Pastikan barangan makanan dan bukan makanan telah diasingkan, terutamanya bahan kimia.
Bilik Server Y/N
Pastikan alat pemadam api jenis CO2 tersedia dan berada dalam keadaan baik, serta mempunyai sijil bomba yang masih sah.
Pastikan bilik sentiasa dalam keadaan bersih dan tiada barangan disimpan di dalam bilik itu.
Bilik Suis Utama (MSB) Y/N
Pastikan pintu bilik suis utama sentiasa ditutup dan dikunci.
Pastikan alat pemadam api jenis CO2 tersedia dan berada dalam keadaan baik (jarum penunjuk tekanan di dalam kawasan hijau), serta mempunyai sijil bomba yang masih sah.
Pastikan tiada barangan disimpan di dalam bilik itu.
Apron (Kaki Lima) Y/N
Pastikan semua CCTV berfungsi pada setiap masa.
Pastikan ruangan kaki lima tidak licin dan bebas daripada halangan untuk mengelakkan kemalangan.
Peralatan NGV Y/N
Pastikan alat pemadam api jenis ABC tersedia dan berada dalam keadaan baik (jarum penunjuk tekanan di dalam kawasan hijau), serta mempunyai sijil bomba yang masih sah. Alat pemadam api hendaklah diuji dan diperiksa setahun sekali.
Pastikan penghadang besi keselamatan tersedia dan berada dalam keadaan baik di kawasan mesin pemampat gas NGV dan dispenser NGV.
Dokumen HSE Y/N
Pastikan HSE Daily Inspection Checklist dimuatnaik setiap pagi di MyStation.
Kelengkapan Pelindung Diri (PPE) Y/N
Pastikan semua PPE tersedia, disimpan di tempat yang sesuai, berada dalam keadaan baik dan tidak tamat tempoh.
Pastikan abah-abah (harness & lanyard) bebas dari sebarang kesan koyak atau rosak. Semua alatan penyambungan abah-abah (D-ring, buckle & grommets) berada dalam keadaan baik
Berikut adalah pemeriksaan yang perlu dilakukan sebulan sekali berserta dengan pemeriksaan harian.
Dispenser Y/N
Pastikan conduit cable bertutup (sealed).
STP Manhole Y/N
Pastikan Mechanical Leak Detector (MLD) Plate tidak melebihi tempoh tamat (expiry date).
Takungan Pengukur Bahan (Dipping Hole) Y/N Pastikan getah di dalam penutup dipping hole berada dalam keadaan baik.
Telaga Pemantauan Air Bawah Tanah (Ground Water Monitoring Well) Y/N Pastikan pemantauan telaga air bawah tanah dilakukan sebulan sekali serta setiap kali setelah
banjir.
Perangkap Minyak Y/N
Pastikan sijil air pelepasan (effluent) tidak tamat tempoh.
Bilik Pemampat Udara Y/N
Pastikan pintu bilik pemampat udara mempunyai plat peringatan “ZON PERLINDUNGAN PENDENGARAN” dan plat peringatan untuk memakai alat perlindungan pendengaran diri.
Pastikan sijil Permit Mesin Tekanan (PMT) masih sah dan ditampal di dinding.
Stor barangan Y/N
Pastikan alat pengesan asap (smoke detector) berfungsi setiap masa.
Bilik Suis Utama (MSB) Y/N
Pastikan bilik suis utama dilengkapi dengan tikar lantai getah mengikut spesifikasi ASTM di 178- 01 (Electrical Switchboard Matting Standard).
Pastikan Single line diagram dan CPR chart dipamerkan di dalam bilik suis utama.
Tandas Y/N
Pastikan bahan-bahan kimia yang digunakan untuk pembersihan tandas disimpan di tempat yang bersesuaian di dalam stor
Sistem Kumbahan Y/N
Pastikan sistem kumbahan (tangki septik) berfungsi dengan baik dan tidak tersumbat
Dokumen HSE Y/N
Pastikan Polisi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE Policy) tersedia, ditandatangi oleh RN dan dipamerkan di stesen.
Pastikan HIRARC (HEMP Document) tersedia di stesen.
Pastikan senarai nombor kecemasan tersedia dan dipamerkan untuk rujukan para pekerja.
Pastikan daftar bahan kimia (Chemical Register), Generic CHRA dan Safety Data Sheet (dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) tersedia di stesen.
Pastikan rekod latihan untuk semua pekerja tersedia dan dikemaskini untuk latihan-latihan berikut:
i. Pengenalan HIRARC di stesen
ii. Cara menggunakan alat pemadam api iii. Cara selamat pengendalian bahan kimia iv. Cara mengendali kecemasan di stesen
v. Tatacara penurunan bahan vi. Cara menggunakan oil spill kit
Pastikan rekod pengagihan dan penggunaan PPE tersedia dan dikemaskini.
Pastikan DOSH Inspection Logbook tersedia.
Pastikan buku rekod pemeriksaan telaga air bawah tanah tersedia.
Pengurusan Bahan Buangan Y/N
Sisa buangan berbahaya direkod, disimpan dalam bekas yang sesuai, dilabelkan dan di lupuskan oleh kontraktor yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar
Lampiran 12: Pelan Pra Kejadian
Garis Panduan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Stesen PETRONAS
Name Date Signature
Prepared by Nur Syawalina Azwani Hussain Executive, Operation Safety HSE Risk, HSE Division Reviewed by M Safrizan Mohamad
Head, HSE Risk HSE Division Approved by Rosnan Hamzah
Head, HSE Division