• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan Lazim Ditanya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Soalan Lazim Ditanya"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1

Soalan Lazim Ditanya

(2)

2

Mengenai Kit Pelitup Siap Sedia 3M™ N95 ... 3

Apakah yang ada di dalam kit Persiapan Asas Siap Sedia 3MTM N95 Mask Kit? ... 3

Mengapakah setiap Kit Pelitup Siap Sedia 3MTM N95 hanya mempunyai tiga pelitup 3MTM VFlexTM N95? ... 3

Mengapakah Kit Persiapan Asas Siap Siap Sedia 3MTM N95 diedarkan ke semua rumah di Singapura? ... 3

Siapakah Temasek Cares? ... 4

Bagaimanakah Temasek Cares berkait dengan Temasek? ... 4

Apakah peranan Singapore Power dan Singapore Post dalam 'Siap Sedia'? ... 4

Mengenai penghantaranKit Persiapan Asas 'Siap Sedia'... 4

Bilakah saya akan menerima Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’? ... 4

Saya tidak menerima Kit Pepersiapan Asas ‘Siap Sedia’. Di manakah saya boleh mengambilnya? ... 5

Ahli keluarga atau saudara saya menerima Notis Pemberitahuan Penghantaran daripada Singapore Post atau Singapore Power mengenai Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’. Bolehkah saya mengambilnya bagi pihak mereka walaupun saya tidak tinggal bersama mereka? ... 5

Saya tidak mendapat Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’ atau notis Pemberitahuan Penghantaran. Adakah saya boleh mengambil Kit ‘Siap Sedia’? ... 5

Notis Pemberitahuan Penghantaran saya hilang. Bolehkah saya mengambil Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’?... 6

Bolehkah saya menukar pelitup N95 saya sekiranya bungkusan atau pelitup rosak? ... 6

Adakah terdapat tempoh luput untuk mengambil Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’?... 7

Arahan menggunakan pelitup 3MTM VFlexTM N95 ... 7

Apakah yang harus saya lakukan sekiranya berlaku jerebu? Bilakah yang saya harus memakai pelitup? ... 7

Apakah yang saya harus lakukan sekiranya berlaku wabak selesema? ... 9

Bagaimanakah saya memakai pelitup N95 saya? ... 9

Bolehkah saya menggunakan semula pelitup N95 saya? ... 9

Adakah pelitup N95 yang dibekalkan dalam kit mematuhi piawai keselamatan dan kualiti? .. 9

Adakah pelitup yang disediakan dalam Kit ‘Siap Sedia’ sesuai untuk kanak-kanak? ... 9

Bolehkah semua orang memakai pelitup N95? ...10

Apakah kesan memakai pelitup N95? ...10

(3)

3

Mengenai Kit Pelitup Siap Sedia 3M™ N95

Apakah yang ada di dalam kit Persiapan Asas Siap Sedia 3MTM N95 Mask Kit?

Kit Persiapan Asas Siap Sedia ini mengandungi tiga pelitup 3M™ VFlex™ N95, dan juga arahan bagaimana memakainya. Ia juga menyenaraikan nombor-nombor telefon kecemasan dan perkhidmatan penting untuk rujukan mudah sekiranya berlaku

kecemasan.

Mengapakah setiap Kit Pelitup Siap Sedia 3MTM N95 hanya mempunyai tiga pelitup 3MTM VFlexTM N95?

Program untuk mengedarkan Persiapan Asas Siap Sedia ini ke semua rumah di Singapura bertujuan menggalakkan individu dan keluarga bersedia menghadapi kecemasan. Kit Persiapan Asas memastikan bahawa isi rumah akan mempunyai

bekalan awal pelitup N95 sekiranya berlaku jerebu teruk atau wabak flu. Kit Persediaan Asas memastikan bahawa isi rumah akan mempunyai bekalan awal pelitup N95

sekiranya berlaku jerebu yang teruk atau wabak flu.

Keluarga digalakkan menambah Kit Persiapan Asas dalam beg capai peribadi semasa kecemasan. Ketahui apa yang perlu anda masukkan dalam beg capai semasa

kecemasan anda di sini.

Mengapakah Kit Persiapan Asas Siap Siap Sedia 3MTM N95 diedarkan ke semua rumah di Singapura?

'Siap Sedia' merupakan satu inisiatif Temasek Cares untuk membantu membina daya tahan masyarakat Singapura untuk menghadapi kecemasan. Ia disokong oleh Dana Persediaan Kecemasan Temasek (Dana TEPrep) yang telah ditubuhkan Temasek Holdings dengan endowmen S$ 40 juta pada Mac 2014, sebagai sebahagian daripada ulang tahun inisiatif kemasyarakatan yang ke-40.

Program untuk mengedarkan Kit Persiapan Asas Siap Sedia ke semua rumah di Singapura bertujuan menggalakkan individu dan keluarga bersedia menghadapi kecemasan. Setiap Kit Persiapan Asas tiga pelitup 3M™ N95, arahan mengenai cara memakai pelitup dan nombor yang boleh dihubungi semasa kecemasan. Individu dan keluarga akan mencari Kit Persiapan Asas ini berguna dalam membuat rancangan kecemasan mereka sendiri dan menyiapkan beg capai semasa kecemasan mereka.

Program ini dihasilkan oleh Temasek Cares dengan kerjasama Singapore Power, dan disokong oleh Singapore Post.

(4)

4 Siapakah Temasek Cares?

Temasek Cares adalah pertubuhan kebajikan bukan meraih untung yang bertujuan meningkatkan kehidupan individu yang kurang bernasib baik, keluarga dan masyarakat di Singapura; dan membina keupayaan dan kapasiti semua orang di Singapura supaya bersedia menghadapi kecemasan.

Ditubuhkan pada 2009 sebagai sebuah Institusi Khidmat Awam, ia bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan kebajikan sukarela, pertubuhan meraih untung, agensi pemerintah, Kementerian dan institusi lain untuk menyokong program-program yang menyumbang kepada kesejahteraan, kemuliaan, mata pencarian, dan kesediaan menghadapi kecemasan kepada penerima khidmatnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.temasekcares.org.sg

Bagaimanakah Temasek Cares berkait dengan Temasek?

Temasek Cares ditubuhkan pada 2009 oleh Temasek untuk membantu meningkatkan kehidupan individu yang kurang bernasib baik, keluarga dan masyarakat di Singapura, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kepada masyarakat Singapura.

Aktiviti Temasek Cares dibiayai oleh endowmen daripada Temasek.

Sejak penubuhan Temasek pada 1974, Temasek telah memperuntukkan lebih S$1.5 bilion untuk tujuan kemasyarakatan, kebajikan dan tujuan-tujuan kebajikan yang lain.

Temasek Trust telah ditubuhkan pada 2007 untuk menyelia secara bebas pengurusan dan pengagihan endowmen kebajikan dan habuan Temasek.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.temasekcares.org.sg dan www.temasek.com.sg

Apakah peranan Singapore Power dan Singapore Post dalam 'Siap Sedia'?

Temasek Cares mengenal pasti keperluan dan bekerjasama dengan pertubuhan- pertubuhan yang sealiran dengannya untuk menyediakan program-program yang mencapai objektif inisiatif 'Siap Sedia’. Dalam program ini, Temasek Cares bekerjasama dengan Singapore Power, dan disokong oleh Singapore Post, untuk menghantar Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia' kepada setiap rumah di Singapura.

Mengenai penghantaranKit Persiapan Asas 'Siap Sedia

' Bilakah saya akan menerima Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’?

Penghantaran Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’ oleh Singapore Post dan Singapore Power bermula pada 6 Mei 2014. Anda sepatutnya menerima Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’ sebelum 12 Mei 2014.

(5)

5 Saya tidak menerima Kit Pepersiapan Asas ‘Siap Sedia’. Di manakah saya boleh mengambilnya?

Pada atau sebelum 12 Mei 2014:

Singapore Power dan Singapore Post akan menghantar Kit Persiapan Asas 'Siap Sedia' dari 6 - 12 Mei 2014.

Selepas 12 Mei 2014:

Jika anda tidak menerima Kit Persiapan Asas 'Siap Sedia', ia mungkin kerana kit itu tidak boleh diletakkan di dalam peti surat anda. Oleh itu, anda seharusnya menerima notis Pemberitahuan Penghantaran.

Dengan notis Pemberitahuan Penghantaran, anda boleh mengambil Kit Persiapan Asas 'Siap Sedia’ anda dari mana-mana cawangan Pejabat Pos Singapura dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh pengeluaran notis Pemberitahuan Penghantaran.

Orang yang mengambil Kit Persiapan Asas 'Siap Sedia' perlu membawa Kad Pengenalan / beliau atau FIN, bersama-sama dengan notis Pemberitahuan Penghantaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai waktu pembukaan setiap cawangan Pejabat Pos Singapura, sila klik di sini.

Ahli keluarga atau saudara saya menerima Notis Pemberitahuan Penghantaran daripada Singapore Post atau Singapore Power mengenai Kit Persiapan Asas

‘Siap Sedia’. Bolehkah saya mengambilnya bagi pihak mereka walaupun saya tidak tinggal bersama mereka?

Ya, anda boleh berbuat demikian. Untuk mengambil kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’, anda perlu membawa Notis Pemberitahuan Penghantaran yang mereka terima, Kad Pengenalan atau FIN anda dalam 10 hari bekerja daripada tarikh pengeluaran notis Pemberitahuan Penghantaran.

Saya tidak mendapat Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’ atau notis Pemberitahuan Penghantaran. Adakah saya boleh mengambil Kit ‘Siap Sedia’?

Kakitangan penghantaran kami akan meninggalkan Notis Pemberitahuan

Penghantaran jika mereka tidak dapat memasukkan Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia' ke dalam peti surat anda.

Sekiranya anda tidak menerima notis Pemberitahuan Penghantaran, anda atau sesiapa sahaja yang tinggal di alamat yang sama boleh mengambil Kit Persiapan Asas 'Siap Sedia' di kaunter utama di pejabat post Singapore Post Centre, di alamat 10 Eunos Road 8 # 01 -02, berhadapan Stesen MRT Paya Lebar.

(6)

6 Orang mengambilnya perlu membawa Kad Pengenalan atau FIN beliau. Setiap alamat rasmi akan hanya menerima satu Kit Persiapan Asas 'Siap Sedi'. Jika anda mengambil bagi pihak ahli keluarga/saudara anda, anda perlu membawa Kad Pengenalan atau FIN anda ke Singapore Post Centre.

Semua tuntutan bagi Kit Persiapan Asas mesti dibuat sebelum 27 Mei 2014.

Pejabat Pos Singapore Post Centre dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi-9 malam; Sabtu 8:30 pagi- 4 petang; dan Ahad 10:30 pagi-4 petang.

Notis Pemberitahuan Penghantaran saya hilang. Bolehkah saya mengambil Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’?

Kakitangan penghantaran kami akan meninggalkan Notis Pemberitahuan Penghantaran sekiranya mereka tidak dapat memasukkan Kit Persiapan Asas ke dalam peti surat anda.

Sekiranya anda tidak menerima Notis Pemberitahuan Penghantaran, anda atau sesiapa yang tinggal di alamat yang sama boleh mengambil kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’ di kaunter utama Pejabat Pos Singapore Post Centre, di alamat 10 Eunos Road 8 #01- 02, berhadapan Stesen MRT Paya Lebar

Orang yang mengambilnya mestilah membawa Kad Pengenalan atau FIN beliau.

Setiap alamat rasmi hanya akan menerima satu Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’.

Sekiranya anda mengambil bagi pihak ahli keluarga/saudara, anda mestilah membawa Kad Pengenalan atau FIN anda ke Singapore Post Centre.

Setiap tuntutan Kit Persiapan Asas mesti dibuat sebelum 27 Mei 2014.

Bolehkah saya menukar pelitup N95 saya sekiranya bungkusan atau pelitup rosak?

Ya, anda boleh berbuat begitu di kaunter utama di Pejabat Pos Singapore Post Centre, di alamat 10 Eunos Road 8 #01-02, berhadapan Stesen MRT Paya Lebar.

Orang yang membuat pertukaran itu perlu membawa Kad Pengenalan atau FIN beliau dan bungkusan yang mengandungi semua pelitup N95.

Sekiranya anda menukar bagi pihak ahli keluarga/saudara, anda perlu membawa bungkusan yang mengandungi semua pelitup N95 yang diterima dan Kad Pengenalan atau FIN anda.

Semua pertukaran untuk Kit ‘Siap Sedia’ yang baru mesti dibuat sebelum 27 Mei 2014.

Tiada pertukaran Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’ boleh dilakukan selepas itu.

(7)

7 Pejabat Pos Singapore Post Centre dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi hingga 9 malam; Sabtu 8:30 pagi hingga 4 petang; dan Ahad 10:30 pagi hingga 4 petang

Adakah terdapat tempoh luput untuk mengambil Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’?

Anda perlu mengambil Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’ dari sebarang cawangan Pejabat Pos Singapura dalam masa 10 hari bekerja daripada tarikh pengeluaran yang tertera pada Notis Pemberitahuan Penghantaran.

Sekiranya anda tidak mempunyai Notis Pemberitahuan Penghantaran, anda perlu mengambil Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’ sebelum 27 Mei 2014 daripada Singapore Post Centre.

Arahan menggunakan pelitup 3M

TM

VFlex

TM

N95

Apakah yang harus saya lakukan sekiranya berlaku jerebu? Bilakah yang saya harus memakai pelitup?

Seseorang yang sihat yang perlu beada di luar rumah selama beberapa jam semasa mutu udara dalam tahap berbahaya (PSI> 300) boleh mengurangkan pendedahan dengan memakai pelitup N95.

Orang dengan sakit paru-paru atau penyakit jantung yang kronik, warga tua, dan wanita hamil harus mengelakkan atau mengurangkan aktiviti luar apabila mutu udara di paras sangat tidak sihat (PSI> 200). Jika mereka perlu berada di luar rumah selama beberapa jam, mereka boleh mengurangkan pendedahan dengan memakai pelitup N95.

Anda perlu berehat seketika daripada menggunakan pelitup N95 jika anda berasa tidak selesa. Warga tua, wanita hamil dan mereka yang menghadapi masalah paru-paru atau jantung yang teruk dan sukar bernafas ketika berehat atau melakukan senaman perlu mendapat nasihat doktor sama ada mereka perlu menggunakan pelitup N95.

Wanita hamil dalam tahap (trimester) ke-2 dan ke-3 mungkin kurang menghadapi masalah volum paru-paru atau isu-isu pernafasan. Mereka perlu berhenti

menggunakan pelitup N95 jika mereka berasa tidak selesa.

(8)

8 Sila layari laman web Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA), laman Kementerian Kesihatan Singapura atau Emergency 101 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang perlu dilakukan semasa jerebu.

(9)

9 Apakah yang saya harus lakukan sekiranya berlaku wabak selesema?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai selesema dan bagaimana melawannya, sila layari laman Lembaga Penggalakan Kesihatan.

Bagaimanakah saya memakai pelitup N95 saya?

Sila klik di sini untuk panduan satu persatu bagaimana memakai pelitup N95.

Untuk kesan terbaik,pelitup N95 perlu dipakai dengan betul. Untuk memeriksa pemakaian yang betul, sila pastikan bawa pelitup benar-benar muat dan menutup hidung dan mulut dengan selesa dan tidak bocor.

Bolehkah saya menggunakan semula pelitup N95 saya?

Anda boleh mengguna semula pelitup N95 anda. Bagaimanapun,anda harus

menukarnya jika ia sudah kotor atau kelihatan rosak. Atas sebab kebersihan, anda tidak harus berkongsi pelitup anda dengan orang lain.

Adakah pelitup N95 yang dibekalkan dalam kit mematuhi piawai keselamatan dan kualiti?

Pelitup N95 disahkan oleh NIOSH. Ini bermakna pelitup itu disahkan oleh Institut Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NIOSH) dan mempunyai keberkesanan penapisan sehingga 95%.

Adakah pelitup yang disediakan dalam Kit ‘Siap Sedia’ sesuai untuk kanak- kanak? Adakah akan terdapat pengedaran pelitup N95 lebih kecil yang sesuai untuk kanak-kanak?

Pelitup N95 dalam Kit Persiapan Asas ‘Siap Sedia’ tidak direka supaya sesuai pada muka kanak-kanak. Pelitup perlu ditutup dengan betul sepanjang masa, yang mungkin sukar dilakukan pada kanak-kanak atau mungkin menyebabkan rasa tidak selesa.

Walaupun terdapat pelitup N95 tertentu yang dijual untuk kanak-kanak, ia boleh disahkan disahkan oleh Penguasa Sains Kesihatan Singapura ataupun Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat.

Bagi sebahagian remaja, pelitup N95 yang bersaiz lebih kecil mungkin sesuai untuk mereka. Jika ragu, sila pastikan sekeliling pelitup ditutup rapat.

Kanak-kanak lebih tua yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru kronik harus mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu sebelum memakai pelitup.

(10)

10 Isi rumah akan menerima Kit Persiapan Asas 'Siap Sedia'. Mereka boleh menambah sendiri kandungan beg capai semasa kecemasan.

Bolehkah semua orang memakai pelitup N95?

Wanita hamil di peringkat lanjut, kanak-kanak, orang dewasa atau warga tua yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru kronik harus mendapatkan nasihat

perubatan terlebih dahulu sebelum memakai pelitup. Sila dapatkan nasihat perubatan atau berhenti menggunakan pelitup N95 sekiranya anda berasa tidak selesa.

Apakah kesan memakai pelitup N95?

Ia mungkin perlukanlebih tenaga untk bernafas semasa anda memakai pelitup N95.

Bagi sebahagian orang, ini mungkin menyebabkan rasa tidak selesa semasa bernafas, berasa letih atau sakit kepala. Bagi kebanyakan orang, ini tidak serius.

Bagaimanapun, wanita hamil di peringkat lanjut, kanak-kanak, orang dewasa atau warga tua dengan masalah jantung dan paru-paru yang kronik mungkin sudahpun mempunyai volum paru-paru yang berkurang atau masalah pernafasan.

Sekiranya ini berlaku kepada anda ataupun ahli keluarga anda, sila dapatkan nasihat perubatan atau berhenti menggunakan pelitup N95 sekiranya anda berasa tidak selesa.

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai pelitup 3M™ N95, sila layari laman web 3M™.

Referensi

Dokumen terkait

Pengembangan yang dilakukan menghasilkan LKPD berbasis inkuiri terbimbing untuk melatih kemampuan berpikir kritis siswa pada materi lingkaran sebagai salah satu

Usahatani yang tidak efisien secara alokatif dalam penelitian ini dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor yaitu: (1) Harga gabah yang rendah tidak sebanding

Berikut ini adalah sebuah algoritma yang menyisipkan ITEM ke dalam LIST agar ITEM diletakkan setelah simpul A, atau pada saat LOC = NULL, maka ITEM menjadi simpul yang pertama.. Jika

Penulisan Tugas Akhir ini dilakukan dalam rangka memenuhi salah satu syarat untuk mencapai gelar Sarjana Ilmu Komunikasi Program Studi Ilmu Komunikasi pada Fakultas Ekonomi

[r]

Model numeris yang dikembangkan dengan persamaan momentum tersebut dapat mensimulasikan wave set down pada perairan dalam, wave setup pada perairan dangkal, dispersi dan

Dia bilang kalo bukan Ahok yang manggil dia langsung (bahkan pernah sampai 3 kali) untuk ketemu, dia segan untuk ketemu Ahok saat dia sudah jadi