• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB DI LUAR BILIK KULIAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB DI LUAR BILIK KULIAH"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN BAHASA ARAB DI LUAR BILIK KULIAH

Kamarulzaman Abdul Ghani, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff dan Harun Baharuddin

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Pembelajaran bahasa Arab di Fakulti Pendidikan dilaksanakan dalam program Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan kerjasama Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam. Bahasa Arab menjadi pengkhususan kedua yang pelu dikuasai oleh pelajar sebelum mereka keluar berkhidmat sebagai guru di sekolah. Mereka bakal memenuhi keperluan permintaan guru bahasa Arab yang berkelayakan. Oleh itu tahap kemahiran bahasa Arab pelajar perlu ditingkat bagi membolehkan mereka menjadi guru bahasa arab yang baik. Melihat kepada keperluan ini, didapati para pelajar perlu diberikan penambahan pendedahan dan sokongan dalam memperoleh kemahiran bahasa Arab selain kursus-kursus yang telah ditawarkan. Apatah lagi tahap penguasaan pelajar terhadap bahasa ini agak lemah khususnya dari aspek komunikasi pertuturan dan menulis. Melihat kepada situasi ini, satu usaha berupa kajian tindakan perlu dilakukan supaya penguasaan kemahiran bahasa Arab pelajar dapat ditingkatkan melalui pembinaan satu modul pembelajaran kemahiran bahasa Arab berasaskan luar bilik kuliah.

PENGENALAN

Pembelajaran bahasa Arab di Fakulti Pendidikan bukanlah suatu kursus yang baru diperkenalkan. Ia telah ditawarkan dalam pelbagai program pengajian bermula daripada program Diploma Pendidikan sebagai pengkhususan kedua pada awal 1990-an sehinggalah program tersebut ditamatk1990-an atas arah1990-an Kementeri1990-an Pelajar1990-an pada tahun 2000. Selain itu bermula tahun 2000 pembelajaran berkaitan pendidikan bahasa Arab mula ditawarkan dalam program pengajian pasca siswazah sebagai salah satu pengkhususan pengajian sehinggalah ke hari ini. Selain melibatkan program pengajian lepasan ijazah, pembelajaran bahasa Arab juga melibatkan program prasiswazah. Pada awalnya kursus bahasa Arab ditawarkan dalam program pensiswazahan guru-guru pendidikan Islam sebagai salah satu kursus wajib pengkhususan pada penghujung tahun 1990-an. Namun setelah beberapa pengambilan program tersebut telah ditamatkan (Kamarulzaman 2005).

(2)

Pada pertengahan tahun 2003 atas arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia program Sarjanamuda Pendidikan Islam dan Sarjanamuda Pendidikan al-Quran telah mula ditawarkan dengan melibatkan kerjasama dua buah fakulti, iaitu Fakulti Pendidikan dan Fakulti Pengajian Islam. Pembelajaran bahasa Arab dalam program ini ditawarkan dalam tiga bentuk kursus sebagai antara subjek wajib pengkhususan, iaitu subjek Kemahiran Bahasa Arab Dalam Pendidikan, Bahasa Arab Dalam Pendidikan, dan Kajian Teks Arab Dalam Pendidikan (Kamarulzaman 2005). Setelah tiga tahun ia dilaksanakan, pada tahun 2007 dengan mengambil pandangan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) beberapa rombakan telah dibuat bagi kedua-dua program tersebut khususnya melibatkan pengkhususan minor. Perubahan yang telah dilakukan dengan menjadikan pendidikan bahasa Arab sebagai pengkhususan kedua kepada program Sarjanamuda Pendidikan Islam. Melalui penstrukturan semula ini banyak kursus-kursus berkaitan bahasa Arab telah dimasukkan dalam sukatan yang perlu diikuti pelajar sepanjang empat tahun. Kebanyakan kursus berkaitan kemahiran dan kandungan teras bahasa Arab dipelajari di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam, dan hanya beberapa kursus sahaja ditawarkan di Fakulti Pendidikan. Program baru ini telah mula dilaksanakan pada sesi pengajian 2008/2009 hingga ke hari ini.

PERNYATAAN MASALAH

Antara objektif Program Sarjanamuda Pendidikan Islam adalah melahirkan pendidik yang dapat menguasai pengetahuan asas serta kemahiran khusus yang relevan dalam bidang Pendidikan Islam. Selain itu melalui program ini juga dapat melahirkan pendidik yang boleh menyumbang kepada persekitaran antarabangsa/global disamping mengekalkan jati diri yang tulen melalui proses pembelajaran sepanjang hayat (Panduan Prasiswazah Fakulti Pendidikan 2009). Bagi merealisasikan objektif yang digariskan ini, antara kursus yang ditawarkan adalah bahasa Arab. Selain daripada memenuhi tuntutan objektif tersebut, kursus ini juga memenuhi keperluan asas pembelajaran dalam bidang pendidikan Islam atau pengajian Islam. Sebagai program yang menjadikan pengkhususan minornya dalam bahasa Arab bermakna bakal guru pendidikan Islam ini akan juga menjadi guru bahasa Arab sebagai opsyen kedua mereka dalam alam pekerjaan sebagai guru kelak. Sehubungan itu para pelajar yang mengikuti program ini seharusnya memperoleh pengetahuan dan kemahiran bahasa Arab yang cukup untuk menjadi guru bahasa Arab yang baik di sekolah nanti.

Setelah masuk tahun ketiga kumpulan pertama program ini mengikuti pengajian mereka, para pensyarah pendidikan bahasa Arab di Fakulti Pendidikan membuat penilaian secara tidak langsung ke atas para pelajar ini berkaitan pengetahuan dan kemahiran bahasa Arab yang mereka peroleh. Penilaian secara tidak langsung ini dilakukan dalam kelas tutorial al-Balaghah dengan bertanya kepada pelajar tentang maklumat-maklumat asas sistem bahasa Arab serta meminta mereka berkomunikasi dan membentang tugasan mereka dalam bahasa Arab di dalam kelas. Hasil pemerhatian tersebut pensyarah menyimpulkan tahap pengetahuan asas berkaitan sistem bahasa Arab adalah baik, namun dalam aspek aplikasi bahasa tersebut didapati tahap kemampuan pelajar dalam berkomunikasi adalah lemah. Fenomena ini melibatkan kebanyakan pelajar kumpulan tersebut yang berjumlah 62

(3)

orang semuanya. Ini dapat dilihat apabila para pelajar ditanya tentang hukum-hukum asas tatabahasa, mereka dapat menjawabnya dengan baik. Namun apabila diminta membaca teks atau menyampaikan idea dalam bahasa Arab didapati keupayaan mereka amat terbatas sekali malah terlalu banyak kesalahan mudah dilakukan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Zawawi (2001) berkaitan pengaruh persekitaran terhadap kemahiran bertutur di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia mendapati persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa Arab pelajar. Merujuk kepada kes kajian ini, pelajar didapati sukar mengaplikasi kemahiran bahasa dalam persekitaran biasa melainkan dalam kelas-kelas berkaitan bahasa Arab dengan peluang dan dorongan yang amat terbatas.

Keadaan ini perlu diatasi dengan segera lebih-lebih lagi para pelajar akan menjalani latihan mengajar pada pada sesi pengajian tahun hadapan. Dalam latihan mengajar tersebut pelajar perlu mengajar subjek bahasa Arab dan ia memerlukan kemahiran berbahasa Arab dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Malah mereka juga bakal menjadi guru bahasa Arab apabila tamat pengajian nanti. Oleh itu satu usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan keupayaan mereka dalam menggunakan bahasa Arab. Memandangkan ruang yang terhad untuk meningkatkan kemahiran bahasa Arab dalam kursus-kursus bahasa Arab yang ada, pengkaji berasa perlu dibuat satu kajian untuk mengenal pasti satu program yang boleh mendorong pelajar untuk menggunakan bahasa Arab serta meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa Arab mereka. Sehubungan itu kajian ini bertujuan mengenal pasti keperluan program peningkatan bahasa Arab pelajar serta menyediakan satu modul program peningkatan tersebu serta menilai keberkesanannya.

METODOLOGI PEMBINAAN MODUL

Memandangkan kajian ini belum siap sepenuhnya, oleh kertas ini bertujuan untuk menjelaskan antara sebahagian tujuan kajian yang telah dilakukan. Oleh itu kertas ini akan membentangkan dapatan objektif (a) mengenal pasti keperluan program, kemahiran bahasa, dan aktiviti yang menjadi keutamaan pelajar dalam meningkatkan bahasa Arab mereka, dan (b) membina modul program pemantapan bahasa Arab berdasarkan analisis keperluan yang dilakukan.

Bagi mengenal pasti keperluan pelajar satu set soal selidik analisis keperluan telah dilakukan. Soal selidik ini mempunyai tiga bahagian, iaitu bahagian A berkaitan demografi responden dengan tumpuan soalan kepada latar belakang pembelajaran bahasa Arab pelajar, bahagian B pula berkaitan persepsi responden terhadap tahap kecekapan kemahiran bahasa Arab mereka, dan bahagian C adalah berkaitan persepsi mereka terhadap keutamaan keperluan aktiviti kemahiran bahasa Arab luar bilik kuliah. Soal selidik ini dibina hasil perbincangan antara ahli anggota penyelidik. Dua orang daripada anggota penyelidik merupakan guru bahasa Arab di Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam (FPI), UKM yang berpengalaman mengendalikan aktiviti bahasa Arab luar kelas di FPI. Berdasarkan kertas kerja program yang

(4)

dilaksanakan oleh Unit tersebut dan beberapa penambahan dari hasil perbincangan soal selidik analisis keperluan berjaya dihasilkan.

Bagi mendapatkan data melalui soal selidik ini, responden kajian yang disasarkan adalah para pelajar Program Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Islam) tahun dua dan tiga telah digunakan. Jumlah keseluruhan populasi kajian bagi kedua-dua tahun pengajian tersebut adalah sebanyak 102 orang, iaitu 62 orang bagi tahun 3 dan 40 orang bagi tahun 2. Mereka sahaja yang dilibatkan kerana pelajar tahun 3 adalah kelompok pertama yang diambil bagi mengikuti program Pendidikan Islam dengan minor Bahasa Arab manakala pelajar tahun 1 tidak terlibat kerana tidak ada pengambilan pelajar bagi kelompok tersebut (sem 1 sesi 2010/2011). Bagi mengukur aras persetujuan bagi bahagian B dan aras keperluan bagi bahagian C skala Likert 1-5 telah digunakan.

Soal selidik telah diedarkan pada semester 1 sesi 2010/2011 yang diedarkan dalam bilik kuliah dengan kerjasama wakil pelajar yang telah dikenal pasti. Setelah dikumpul jumlah soal selidik yang berjaya dikumpul semula adalah sebanyak 81 set. Tidak semua soal selidik dapat dikumpul kerana sewaktu pengedaran dilakukan waktu kuliah terdapat responden tidak hadir ke kuliah dan ada juga tidak memulangkan soal selidik pada tempoh yang ditetapkan. Soal selidik yang terkumpul itu telah dianalisis dan dapatan dari analisis tersebut telah dijadikan asas dalam membina modul pembelajaran bahasa Arab berasaskan luar bilik kuliah.

Bagi mengintepretasi nilai min dalam dapatan analisis keperluan ia dibahagikan kepada tiga mata (Nik Mohd Rahimi, 2005). Nilai ini digunakan bagi menginterpretasi tahap kecekapan kemahiran bahasa dan tahap keperluan aktiviti bahasa berdasarkan aras persetujuan responden. Tiga kategori mata skor min yang ditetapkan adalah nilai min antara 1.00 hingga 2.33 dianggap lemah atau rendah, nilai min antara 2.34 hingga 3.67 dianggap sederhana dan nilai min antara 3.68 hingga 5.00 dianggap tinggi atau baik sebagaimana berikut:

Jadual 1 Kategori tahap penilaian min

Skor Min

Interpretasi

Kemahiran bahasa Aktiviti bahasa

Min=1.00 hingga min=2.33 Lemah Rendah

Min=2.34 hingga min=3.67 Sederhana Sederhana

Min=3.68 hingga min=5.00 Tinggi Tinggi

Berdasarkan perbincangan yang dibuat dalam pembinaan modul program yang ingin dilaksanakan bentuk dan konsep yang akan diterapkan perlulah memenuhi keperluan peserta sasaran. Justeru penyelidik telah memberikan kepada para pelajar sarjana Pendidikan Bahasa Arab di Fakulti Pendidikan tugasan menyediakan modul yang dikehendaki berdasarkan kriteria dan ciri yang digariskan oleh penyelidik serta dapatan analisis keperluan yang diperoleh. Antara ciri asas yang perlu diambil kira dalam pembinaan modul ini adalah:

i. Ia berbentuk program bahasa yang dilakukan di luar kelas/kuliah. ii. Tempoh masa program adalah antara 2-3 hari.

(5)

iii. Kos perlaksanaan program tersebut adalah sebanyak RM4300 sahaja (berdasarkan peruntukan gran yang diperoleh untuk kajian ini).

iv. Aktiviti yang dilakukan adalah berbentuk penggunaan kemahiran bahasa secara bersepadu.

v. Tempat perlaksanaan modul perlulah sesuai dengan program berbentuk program bahasa.

vi. Pengisian program boleh memberi dorongan serta melibatkan setiap individu peserta secara aktif.

vii. Dilaksanakan semasa sesi pengajian sedang berjalan.

viii. Penyertaan hanya melibatkan 30 orang sahaja dengan dibentuk kumpulan kecil seramai 5 orang setiap satu.

ix. Mempunyai fasilitator yang cekap berbahasa Arab serta cukup untuk mengendalikan enam kumpulan kecil yang dibentuk.

x. Tidak mengenakan bayaran yang tinggi kepada peserta melainkan dalam jumlah yang rendah sahaja sekiranya perlu menampung lebihan kos. Setelah berbincang dengan para pelajar sarjana tersebut dengan dibantu oleh ahli anggota penyelidik, bentuk program yang dipersetujui untuk dilaksanakan adalah berbentuk kem bahasa yang dilaksanakan selama 2 hari berkonsepkan komunikasi bersepadu. Tempat yang dicadangkan adalah di Hutan Pendidikan Alam UKM dan akan dilaksanakan pada hujung minggu. Namun setelah ditinjau ke loaksi tersebut didapati ia kurang sesuai ditambah pula ia kurang diselenggara dengan baik. Oleh itu satu alternatif lain perlu dibuat agar kem yang hendak dilaksanakan berjalan dengan jaya dan berkesan. Tema modul yang telah dikenal pasti adalah ’La Taskut’, iaitu bermakna ’jangan diam’. Aktiviti yang diterapkan lebih banyak kepada penggunaan bahasa secara langsung serta melibatkan setiap individu secara aktif. Manakala bahasa rasmi semasa menghadiri kem tersebut adalah bahasa Arab sahaja.

DAPATAN ANALISIS KEPERLUAN

Berikut adalah dapatan analisis data berkaitan latar belakang responden. Jadual 2 di bawah menunjukkan jumlah responden adalah sebanyak 81 orang, namun tidak semua responden menjawab kesemua soalan yang terdapat dalam soal selidik.

Demografi responden

Jadual 2 juga menunjukkan responden perempuan melebihi lelaki, iaitu 64 orang (79%) berbanding responden lelaki, iaitu sebanyak 17 orang (21%). Manakala mengikut tahun pengajian pula menunjukkan jumlah responden tahun 2 adalah sebanyak 29 orang (35.8%), dan responden tahun 3 pula sebanyak 51 orang (63%). Dari aspek pencapaian bahasa Arab responden semasa peperiksaan SPM pula mendapati 44 orang (54.3%) mendapat gred 1-4, 25 orang (30.9%) mendapat gred 5-6, dan sebanyak 6 orang (7.4%) memperoleh gred 7-9. Dari aspek kelulusan tertinggi sebelum memasuki UKM didapati lepasan STAM mewakili 40 orang (49.4%), diikuti STPM sebanyak 27 orang (33.3%), dan Diploma dan lain-lain sebanyak 13 orang (16%). Manakala dari aspek latar belakang keluarga yang boleh berbahasa Arab

(6)

menunjukkan sebahagian besar responden mempunyai ahli keluarga yang boleh berbahasa Arab, iaitu sebanyak 57 orang (70.3%) berbanding yang tidak ada, iaitu sebanyak 24 orang (29.6%). Seterusnya dari aspek sumber mempelajari bahasa Arab pula didapati 29 orang (35.8%) mempelajarinya dari sekolah sahaja, seorang (1.2%) belajar secara sendiri, manakala selebihnya iaitu 51 orang (63%) mempelajari lebih dari satu sumber.

Jadual 2 Demografi responden

Perkara Ciri N kekerapan peratus

Jantina Lelaki 81 17 21

Perempuan 64 79

Tahun Pengajian Tahun 2 81 29 37

Tahun 3 51 63 Gred B Arab SPM 1-2 81 17 21 3-4 27 33.3 5-6 25 30.9 7-8 5 6.2 9 1 1.2

Sijil tertinggi sebelum ke UKM STAM 81 40 49.4 STPM 27 33.3 Diploma 12 14.8 Lain-lain 1 1.2 Keluarga boleh berbahasa Arab Bapa 81 16 19.7 Ibu 6 7.4 Adik Beradik 34 42 Penjaga 1 1.2 Tiada 24 29.6 Sumber belajar B Arab sebelum ke UKM Sekolah 81 29 35.8 Sendiri 1 1.2

Lebih satu sumber 51 63

Tahap kecekapan kemahiran bahasa Arab responden

Jadual 3 berikut pula menunjukkan dapatan persepsi responden terhadap kecekapan kemahiran bahasa Arab mereka yang melibatkan tujuh kemahiran. Daripada jadual tersebut didapati 49 orang (49%) menyatakan kemahiran mendengar mereka berada pada tahap sederhana dan hanya 22 orang (25.2%) menyatakan kemahiran mendengar mereka berada pada tahap baik. Manakala kemahiran bertutur pula menunjukkan 56 orang (69.1%) berada pada tahap sederhana, 18 orang (17.2%) pula berada pada tahap lemah, dan hanya 7 orang (8.6%) berada pada tahap baik. Bagi kemahiran membaca didapati 41 orang (50.6%) berada pada tahap sederhana, 31 orang (38.3%) berada pada tahap baik, dan hanya 9 orang (10.1%) berada pada tahap lemah. Kemahiran menulis pula menunjukkan 47 orang (58%) berada pada tahap sederhana, 23 orang (28.4%) berada pada tahap baik, dan hanya 11 orang (13.5%) berada pada tahap lemah. Bagi aspek perbendaharaan kata pula 48 orang (59.3%) berada pada tahap sederhana, 24 orang (29.7%) berada pada tahap lemah, dan hanya 9

(7)

orang (11.1%) berada pada tahap baik. Dari aspek kecekapan nahu didapati 43 orang (53.1%) berada pada tahap sederhana, 29 orang (35.8%) berada pada tahap lemah, dan 9 orang (11.1%) berada pada tahap baik. Manakala kecekepan soraf pula menunjukkan 46 orang (56.8%) berada pada tahap sederhana, 29 orang (35.7%) pula berada pada tahap lemah, dan hanya 6 orang (7.4%) berada pada tahap baik.

Jadual 3 Kecekapan kemahiran bahasa Arab (kekerapan, peratus & min) Bi l Item 1 Amat lemah 2 Lemah 3 sederh ana 4 Baik 5 Amat baik Min 1 Kemahiran mendengar bahasa Arab 2 (2.5%) 8 (9.9%) 49 (60.5%) 20 (24.7%) 2 (2.5%) 3.15 2 Kemahiran bertutur bahasa Arab 5 (6.2%) 13 (16%) 56 (69.1%) 7 (8.6%) 0 (0%) 2.80 3 Kemahiran membaca bahasa Arab 1 (1.2%) 8 (9.9%) 41 (50.6%) 31 (38.3%) 0 (0%) 3.26 4 Kemahiran menulis bahasa Arab 1 (1.2%) 10 (12.3%) 47 (58%) 22 (27.2%) 1 (1.2%) 3.15 5 Perbendaharaan kata bahasa Arab 2 (2.5%) 22 (27.2%) 48 (59.3%) 9 (11.1%) 0 (0%) 2.79 6 Kecekapan nahu bahasa Arab 4 (4.9%) 25 (30.9%) 43 (53.1%) 8 (9.9%) 1 (1.2%) 2.72 7 Kecekapan soraf bahasa Arab 4 (4.9%) 25 (30.9%) 46 (56.8%) 6 (7.4%) 0 (0%) 2.67 Min keseluruhan 2.93

Jika ditinjau secara keseluruhan didapati kesemua item berkaitan kemahiran bahasa yang ditinjau menunjukkan kesemuanya berada pada tahap sederhana, iaitu antara min=2.67 hingga min=3.26. Daripada tujuh kemahiran didapati empat daripadanya berada pada tahap sederhana rendah, iaitu kemhiran bertutur (min=2.80), perbendaharaan kata (min=2.79), kecekapan nahu (min=2.72), dan keekapan soraf (min=2.67). Selain itu tiga daripadanya berada pada tahap sederhana tinggi, iaitu kemahiran mendengar (min=3.15), kemahiran membaca (min=3.26), dan kemahiran menulis (min=3.15). Daripada nilai ini didapati min keseluruhan tahap kecekapan kemahiran bahasa Arab responden berada pada tahap sederhana rendah, iaitu min=2.93.

Tahap keperluan aktiviti kemahiran bahasa Arab luar bilik kuliah

Jadual 4 berikut pula menunjukkan dapatan persepsi responden terhadap aras keperluan aktiviti kemahiran bahasa Arab luar bilik darjah. Daripada analisis tersebut didapati sebanyak 48 orang (59.3%) menyatakan ia perlu dan selebihnya, iaitu 32 orang (39.5%) menyatakan tidak perlu. Aktiviti deklamasi sajak pula 30 orang (37%) menyatakan perlu berbanding 50 orang (63%) menyatakan tidak perlu. Pidato pula menunjukkan 43 orang (53.1%) menyatakan ia perlu, dan 37 (45.6%) berpendapat tidak perlu. Kuiz antara kumpulan menunjukkan 56 orang (69%) berasa ia perlu, dan 24 orang (29.6%) pula tidak perlu. Aktiviti debat pula mendapati 44 orang (55.6%) menyatakan ia perlu, dan selainnya, iaitu 35 orang (44.4%) menyatakan tidak perlu.

(8)

Nasyid bahasa Arab menunjukkan 60 orang (71%) menyatakan perlu, manakala hanya 20 orang (24.7%) menyatakan ia tidak perlu. Menulis artikel pula didapati 52 orang (64.2%) menyatakan ia perlu dan 28 orang (34.6%) berasa ia tidak perlu. Bagi melukis kartun dan dialog 46 orang (56.8%) menyatakan perlu dan 34 orang (41.9%) menyatakan tidak perlu. Aktiviti menulis iklan kreatif pula 47 orang (58%) berpendapat ia perlu dan selebihnya, iaitu 33 orang (42%) mengatakan tidak perlu. Bagi kem bahasa menunjukkan 61 orang (75.3%) bersetuju ia perlu dan hanya 19 orang (23.5%) berpendapat tidak perlu. Lakonan pula sebanyak 57 orang (70.3%) menyatakan perlu dan 23 orang (28.4%) menyatakan tidak perlu. Manakala dialog dua hala pula menunjukkan 62 orang (76.5%) berpendapat ia perlu dan bakinya 14 orang (21.2%) menyatakan tidak perlu. Aktiviti pembentangan tugasan pula mendapati sebanyak 52 orang (64.2%) menyatakan ia perlu berbanding 28 orang (34.6%) menyatakan tidak perlu.

Jadual 4 Aktiviti kemahiran bahasa Arab luar bilik kuliah

Bil Item 1 Amat tidak perlu 2 Tidak perlu 3 Kurang perlu 4 Perlu 5 Amat perlu Min 1 Bercerita. 0 (0%) 6 (7.4%) 26 (32.1%) 32 (39.5%) 16 (19.8%) 3.72 2 Deklamasi Sajak. 1 (1.2%) 11 (13.6%) 38 (46.9%) 24 (29.6%) 6 (7.4%) 3.29 3 Pidato. 0 (0%) 7 (8.6%) 30 (37%) 26 (32.1%) 17 (21%) 3.66 4 Kuiz Antara Kumpulan. 0

(0%) 1 (1.2%) 23 (28.4%) 39 (48.1%) 17 (21%) 3.90 5 Debat. 2 (2.5%) 4 (4.9%) 29 (35.8%) 31 (38.3%) 14 (17.3%) 3.62 6 Nasyid Bahasa Arab. 0

(0%) 1 (1.2%) 19 (23.5%) 32 (39.5%) 28 (34.6%) 4.09 7 Menulis Artikel. 1 (1.2%) 2 (2.5%) 25 (30.9%) 32 (39.5%) 20 (24.7%) 3.85 8 Melukis Kartun dan Dialog. 0

(0%) 4 (4.9%) 30 (37%) 25 (30.9%) 21 (25.9%) 3.79 9 Menulis Iklan Kreatif. 2

(2.5%) 3 (3.7%) 28 (34.6%) 33 (40.7%) 14 (17.3%) 3.85 10 Kem Bahasa 0 (0%) 3 (3.7%) 16 (19.8%) 27 (33.3%) 34 (42%) 4.15 11 Lakonan 0 (0%) 4 (4.9%) 19 (23.5%) 36 (44.4%) 21 (25.9%) 3.92 12 Dialog Dua Hala 0

(0%) 4 (3.9%) 14 (17.3%) 33 (40.7%) 29 (35.8%) 4.09 13 Pembentangan Tugasan 0 (0%) 3 (3.7%) 25 (30.9%) 33 (40.7%) 19 (23.5%) 3.85

Berdasarkan nilaian min bagi setiap item jadual 4 di atas, jadual 5 berikut adalah susunan semula keperluan aktiviti kemahiran bahasa Arab berdasarkan pandangan responden mengikut keutamaan tertinggi.

(9)

Jadual 5 Urutan tahap keperluan aktiviti kemahiran bahasa dari tertinggi ke terendah

Bil Item Min

1 Kem Bahasa 4.15

2 Nasyid Bahasa Arab. 4.09

3 Dialog Dua Hala 4.09

4 Lakonan 3.92

5 Kuiz Antara Kumpulan. 3.90 6 Pembentangan Tugasan 3.85 7 Menulis Iklan Kreatif. 3.85

8 Menulis Artikel. 3.85

9 Melukis Kartun dan Dialog. 3.79 10 Bercerita. 3.72 11 Pidato. 3.66 12 Debat. 3.62 13 Deklamasi Sajak. 3.29

Jadual 5 di atas menunjukkan kem bahasa mendapat nilai min tertinggi (4.15), kemudian diikuti nasyid (min=4.09), seterusnya dialog dua hala (min=4.09), lakonan (min=3.92), kuiz antara kumpulan (min=3.90), pembentangan tugasan (min=3.85), menulis iklan kreatif (3.85), menulis artikel (min=3.85), melukis kartun dan dialog (min=3.79), bercerita (min=3.72), dan terakhir pidato (min=3.66). Secara keseluruhan kesemua aktiviti berada pada tahap tinggi aras keperluannya(antara min=4.15 hingga min=3.72) kecuali satu sahaja, iaitu pidato yang berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.66).

PEMBINAAN MODUL

Berdasarkan bentuk, konsep, tema, ciri serta analisis keperluan yang telah dirumuskan satu modul telah dibina. Selain itu modul yang dibina juga dirujuk kepada beberapa modul yang pernah dilaksanakan seperti di FPI dan beberapa Jabatan Pelajaran Negeri. Hasil yang pembinaan modul adaah seperti berikut:

KEM PEMANTAPAN BAHASA ARAB FAKULTI PENDIDIKAN UKM 2010 1. PENDAHULUAN

Kepentingan Bahasa Arab sebagai bahasa antarabangsa semakin diberi penekanan oleh semua pihak berkepentingan. Selain untuk tujuan keagaman dan komunikasi, Bahasa Arab juga mempunyai peranan penting dalam bidang ekonomi dan pelancongan. Justeru demikian, Kem Bahasa Arab ini dirancang untuk memberi peluang kepada mahasiswa di UKM menggunakan Bahasa Arab melalui aktiviti pendidikan luar.

(10)

2. KONSEP

Kem Bahasa Arab adalah usaha untuk menggilap bakat dan potensi mahasiswa dalam kemahiran-kemahiran Bahasa Arab. Kem ini menggunakan modul “La Taskut” yang menekankan penyertaan aktif peserta dalam aktiviti yang dirancang. Pelaksanaan kursus akan dikendalikan oleh fasilitator yang berkemahiran dalam bidang Bahasa Arab. Pengetahuan dan kemahiran peserta akan dinilai sepanjang masa. Borang refleksi akan digunakan sebagai asas penambahbaikan program akan datang.

3. MATLAMAT

Memberi pengalaman kepada peserta tentang modul dan aktiviti Bahasa Arab dalam bentuk pendidikan luar secara “hands-on”.

4. OBJEKTIF

4.1 Mengimplementasi “Modul La Taskut” kepada pelajar tahun 3 Sarjana Muda Pendidikan Islam.

4.2 Menilai modul kemahiran Bahasa Arab luar bilik darjah (Modul La Taskut).

5. KUMPULAN SASARAN

Kursus ini dijalankan kepada 30 mahasiswa Tahun 3 Sarjana Muda Pendidikan Islam dari Fakulti Pendidikan UKM.

6. TARIKH

12, 13 dan 14 Februari 2011 7. TEMPAT

Bandar Melaka dan Kompleks al-Khawarizmi 8. ANJURAN

Projek penyelidikan kajian tindakan/strategi (UKM-PTS-034-2010) 9. JAWATANKUASA KERJA

Rujuk lampiran 1

10. PENGISIAN PROGRAM/ JADUAL Rujuk lampiran 2

11. PENUTUP

Program ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada semua pihak, sama ada peserta atau fasilitator. Usaha dan komitmen semua pihak amat penting dan bermakna untuk membentuk budaya dan persekitaran Bahasa Arab supaya pada akhirnya hasrat membina modal insan berwibawa akan tercapai.

(11)

Lampiran 1

JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk:

Penasihat: Dr Kamarulzaman Abd Ghani Dr Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Pengarah: Mahat Afifi Mohamed Salleh Timbalan: Siti Akhmal Salleh @ Muhamad Setiausaha: Zaid Arafat Mohd Noor

Bendahari: Nabihah Yusof Jawatankuasa Kerja:

Komandan Kem Mahat Afifi

Mohamed Salleh

1. Pengarah Kem

2. Mengurus surat keluar-masuk berkaitan program 3. Memberi taklimat kepada peserta / tetamu 4. Mempengerusi mesyuarat harian

5. Mengiringi VIP semasa lawatan / penutup Timbalan

Komandan

Siti Akhmal Salleh @ Muhamad

1. Setiausaha mesyuarat/ menyedia laporan harian 2. Menyediakan senarai keperluan peserta, akuan,

dll

3. Menguruskan borang maklumat peserta, akujanji peraturan kem

4. Menjalankan tugas komandan semasa ketiadaan Urusetia Nabihah Yusof

Nor Mastura Md Sa’at Zaid Arafat Mohd

Noor

1. Menyediakan brosur program

2. Menguruskan makanan dan minuman peserta dan AJK mengikut jadual

3. Menyedia senarai peserta/ sijil / penghargaan 4. Menyediakan cenderahati/hamper (jika perlu) 5. Menempah dan gantung ‘Banner’ program 6. Memastikan bekalan ubatan dan pertolongan

cemas sentiasa bersedia sepanjang program tidak kira masa.

Foto/Dokumentasi Mohd Yusri Kamarudin Nabihah Yusof

1. Mengambil gambar/ rakaman videosetiap slot aktiviti

2. Menyediakan laporan lengkap selepas program selesai

Fasilitator Nor Azhan Norul ‘Azmi Saiful Nizam

Sulaiman Hasbullah Mat Daud

Mohd Shaifudin Alias Syed Mohd Hafiz

Syed Eden Khairiel Mokhtar Irma Martiny Md

Yasim

1. Merancang aktiviti/ modul untuk peserta 2. Menyediakan Bahan Bantu untuk aktiviti

berkaitan mencukupi

3. Memastikan aktiviti berjalan terancang mengikut masa yang telah ditetapkan

(12)

Lampiran 2

PENGISIAN/ PROGRAM JADUAL

HARI 1:

08.00 Bergerak dari UKM ke Melaka (Kemahiran Mendengar) Bas UKM/ Siti Akhmal Salleh/

Nabihah Yusof 10.00 At-Taaruf, Jaulah Siyahiyah-Kota Melaka (Kemahiran

Bertutur)

Hasbullah Mat Daud/ Nor Azhan Norul Azmi

13.00 Masjid Selat (Solat, Makan) Fasilitator 15.00 Bergerak ke Ismah Beach Resort, Tg Bidara, Melaka.

17.00 Pengurusan diri, Makan Malam (Kemahiran Bertutur) Fasilitator 19.00 Solat, Tazkirah

20.30 Khibrati (Kemahiran Bertutur)- LDK Nor Azhan Norul Azmi

22.30 Minum Malam Fasilitator

23.00 Rehat HARI 2:

05.00 Urus Diri

05.45 Solat, Usrah- taaruf (B Arab) Peserta/ Fasilitator

06.30 Senaman Pagi Mohd Shaifudin Alias/ Zaid Arafat

07.30 Sarapan Pagi Fasilitator

08.00 Ihya’ al-Lughah fil Madrasah (Kemahiran Bertutur) Bas UKM/ Nabihah Yusof/ Nor Mastura

Md. Sa’at

10.30 Kudapan (Resort) Fasilitator

11.00 Ta’llum Ta’awuni- Kemahiran Membaca/ Menulis Khairiel Mokhtar 12.30 Makan Tengah Hari, Solat Fasilitator

14.00 Sibaq al-Istiksyaf (eksplorace) - 4 Kemahiran Irma Martiny Md Yasim/ Zaid Arafat

16.00 Minum Petang Fasilitator

16.30 Pantai Pengkalan Balak (persiapan persembahan) Fasilitator 18.30 Pengurusan diri

19.00 Solat, Tazkirah Peserta/ Fasilitator

20.30 Persembahan Kebudayaan, BBQ Saiful Nizam Sulaiman/ Hasbullah Mat Daud

23.00 Rehat HARI 3:

05.00 Urus Diri

05.45 Solat, Tazkirah- Ahamiah Lughah Arabiah fi fahmi al-Quran (B Arab)- LDK

Fasilitator/ peserta

06.30 Senaman Pagi Mohd Shaifudin Alias/ Zaid Arafat

07.30 Sarapan Pagi Fasilitator

08.30 Pulau Impian (Kemahiran Bertutur) Mahat Afifi Mohamed Salleh 10.30 Minum pagi

11.00 Majlis Penutup/Persembahan, Makan tengah hari Khairiel Mokhtar/ Penghulu

14.00 Bergerak ke UKM Bas UKM

(13)

CADANGAN AKTIVITI

1. KEMAHIRAN MENDENGAR (LDK)- 6 kumpulan

- Peserta mendengar rakaman berita/ laporan/cerita dll. (sebanyak 2x) atau melihat rakaman video

- Peserta membuat catatan

- Sesi Soaljawab/ Peserta menyatakan kembali apa yang difahami - Wakil kumpulan membnetangkan kepada semua

2. KEMAHIRAN BERTUTUR

2.1 PEMANDU PELANCONG (Pasangan)

- Memberi tajuk berdasarkan situasi kepada peserta - Peserta bertutur dalam bentuk dialog secara spontan 2.2 PEMAJU HARTANAH (LDK)

- Peserta diberi bahan/keperluan - Peserta berbincang dalam kumpulan

- Wakil kumpulan bentangkan, kumpulan lain membuat pertanyaan 3. KEMAHIRAN MEMBACA

2.1 DENGARLAH CERITAKU - Peserta diberi teks cerita - Peserta memahami teks

- Peserta membacakan teks dengan intonasi yang sesuai - Peserta lain beri pendapat/ bertanya

4. KEMAHIRAN MENULIS 4.1 MENYALIN TEKS

- Peserta menyalin teks terpilih dari buku/ paparan (imlak/khat) 4.2 MENDENGAR TEKS

- Peserta mendengar bacaan/ rakaman teks dan menulis catatan 4.3 DIARI PERIBADI/ BROSUR KUMPULAN

- Peserta membuat diari peribadi/ brosur tentang UKM/ Kem - Peserta menerangkan kepada peserta lain

5. PERSEMBAHAN KUMPULAN

- Peserta membuat persembahan secara berkumpulan: - Bentuk persembahan:

- Nasyid - Dikir Barat - Drama - Kalam Jamaie

- Teks disediakan oleh peserta sendiri

KESIMPULAN

Modul yang telah dihasilkan ini akan diuji pada semester kedua sesi pengajian 2010/2011. Bagi menjayakan pelaksanaan modul tersebut para pelajar program sarjana Pendidikan Bahasa Arab telah dilantik menjadi urusetia dan fasilitator, iaitu sebagai salah satu projek yang dijalankan dalam memenuhi kepeluan pengajian mereka. Bagi melihat keberkesanan serta reaksi peserta satu set borang penilaian akan

(14)

disediakan bagi menilai perjalanan, aktiviti, motivasi dan keberkasanan modul dalam kalangan peserta. Memandangkan modul yang dilaksanakan ini akan dibuat diluar UKM, kos pelaksanaannya melebihi peruntukan yang ditetapkan. Oleh itu pihak urusetia akan mencari dana tambahan melaui penajaan pihak luar bagi menampung lebihan kos pengurusan kem. Hasil penilaian selepas kem ini dilaksanakan, penambahbaikan serta modifikasi akan dilakukan Jika ia berjaya kem yang sama akan dilaksanakan ke atas kumpulan pelajar lain yang tidak berpeluang untuk mengikutinya. Bagi pelajar yang telah mengikutinya perlu digubal program susulan lain bagi meneruskan kesinambungan dalam memantap dan meningkatkan keupayaan bahasa Arab mereka.

RUJUKAN

Kamarulzaman Abdul Ghani. 2005. Program Pendidikan Arab: Pengalaman Fakulti Pendidikan UKM (Cetakan Pertama). Dlm Hassan Basri Awang Mat Dahan, Zawawi Ismail & Muhammad Azhar Zailani (pnyt). Pendidikan Islam dan Bahasa Arab: Perspektif Pengajian Tinggi (hlm 173-188). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2005. Penilaian kemahiran mendengar dalam kurikulum Bahasa Arab Komunikasi di sekolah-sekolah agama kerajaan negeri. Tesis Doktor Falsafah, tak diterbitkan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Panduan Prasiswazah Fakulti Pendidikan Sesi Akademik 2010-2011. 2009. UKM Bangi: Fakukti Pendidikan UKM.

Zawawi Ismail. 2001. Hubungan persekitaran bahasa Arab dengan kemahiran bertutur bahasa Arab di kalangan pelajar universiti di Malaysia. Kertas Projek Sarjana tak diterbitkan. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

Referensi

Dokumen terkait

percobaan, membuat konstruksi, model, mereparasi, berkebun, beternak. Mental Activities, sebagai contoh misalnya: menanggapi, mengingat, memecahkan soal,

Menurut Ibrahim faktor yang menyebabkan kejadian stunting pada balita ini dikaitkan dengan kurangnya zat gizi dimana zat gizi yang berpengaruh tidak hanya zat gizi makro saja

Mily nagy a hírneve kint!” A pécsi püspöki bibliotéka alapításának korabeli is- mertetései és recepciói = „Új könyvtár virul itt, tele rendbe rakott

Analisis mengenai penerapan saluran drainase dilakukan dengan perancangan konsolidasi lahan, perletakan saluran drainase baru, penentuan debit limpasan rancangan,

Sesuai dengan tujuan penyelenggaraan hutan kota, maka penyelenggaraan hutan kota lebih ditekankan kepada fungsinya yaitu, antara lain, sebagai penyerap karbondioksida dan

Zuhud dalam Muhammadiyah berpedoman pada Al-Qur„an dan al- Hadis, zuhud sudah menjadi perilaku AR Fakhruddin sebagai tokoh Muhammadiyah seperti berkerja keras,

Klon C3 yang berasal dari tegakan alam di kawasan plot konservasi genetik cendana di Watusipat, Gunungkidul menunjukkan hasil terbaik dalam induksi kalus