• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit. Percuma OLEH: Zack Idris a.k.a Wizurai

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit. Percuma OLEH: Zack Idris a.k.a Wizurai"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

Percuma

Versi

2.0

Pengesahan

PayPal

Menggunakan

Kad Debit

OLEH:

(2)

PRAKATA

Ebook ini dihasilkan atas usaha sendiri berpandukan pengalaman penulis yang menggunakan kad debit untuk mengesahkan akaun PayPal serta merujuk kepada pelbagai bahan rujukan yang terdapat di Internet.

Ebook ini diedarkan secara percuma kepada semua yang berminat memilikinya dan anda boleh memberikannya kepada sesiapa sahaja yang anda inginkan sama ada sebagai hadiah, bonus ataupun saguhati dengan syarat segala isi kandungan ebook ini tidak diubah dan ianya diberikan secara percuma. Anda boleh mengedarkannya secara sendiri ataupun hubungkan mereka ke www.wizurai.com untuk muat turun secara percuma.

Akhir kata, jadikanlah ebook ini sebagai salah satu daripada sumber rujukan untuk anda menambahkan lagi ilmu berkaitan perniagaan Internet.

NOTIS

PayPal merupakan cap dagangan Paypal Pte. Ltd. Begitu juga dengan PBeBank dan Public Bank merupakan cap dagangan Public Bank Berhad serta NexG, AmBank dan AmBank Group adalah cap dagangan bagi AmBank (M) Berhad. Segala imej didalam ebook di ambil dari laman web masing-masing dan tetap menjadi hakcipta pengeluarnya. Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan ebook ini, secara langsung ataupun tidak langsung.

KANDUNGAN

Bahagian 1: Mendaftar Kad Debit PB Visa Electron

(3)

Document Title

BAHAGIAN 1

MENDAFTAR KAD DEBIT PB VISA ELECTRON

Pengenalan:

Selain menawarkan kad kredit, Public Bank juga turut menawarkan kad debit yang dikenali sebagai PR ADVANTAGE atau PB Visa Electron. Apa yang menarik, kad debit ini boleh digunakan untuk tujuan transaksi pembelian secara online serta mengaktifkan PayPal anda menjadi verified.

Langkah 1:

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kad debit PB Visa Electron, sila layari halaman PBeBank.com.

Kemudian klik pada Cards. Anda akan dibawa ke halaman yang menyenaraikan kad-kad yang ditawarkan oleh Public Bank. Seterusnya, klik pada Online Debit Card Application Form pada bahagian PB Visa Electron.

(4)

Document Title

kad berkenaan. Kemudian klik Submit dan cetak borang berkenaan setelah selesai mengisi segala maklumat.

Langkah 2:

Borang yang telah dicetak tadi akan mengandungi maklumat berkaitan pemohon. Tandatangan dalam kotak yang disediakan menggunakan pen berdakwat hitam.

(5)

Document Title

Langkah 3:

Hantar borang berkenaan (yang telah ditandatangan) beserta salinan I/C secara pos. Anda juga boleh menghantar borang berkenaan secara faks ke nombor 03-21639400.

Sekiranya segala dokumen tidak sampai kepada pihak mereka dalam masa 30 hari, secara automatik pendataran yang di buat anda secara online akan terbatal.

Langkah 4:

Dalam beberapa minggu, pihak bank akan membuat proses permohonan dan sekiranya berjaya anda akan menerima surat pertama daripada pihak bank. Surat ini akan menyatakan:

Tuan/Puan

PR ADVANTAGE – Nombor Kad / Card Number XXXX XXXX XXXX XXXX

Dengan sukacitanya kami memaklumkan bahawa permohonan tuan/puan bagi kad di atas telah di luluskan.

Kad tuan/puan akan dikeluarkan apabila deposit minumum sebanyak RM25.00 dibayar ke akaun di atas secara tunai atau cek. Pindahan melalui PB Telebanking atau ATM daripada akaun simpanan Public Bank tuan/puan juga boleh dibuat. Deposit tambahan diperlukan bagi menggunakan kad dan baki minimum sebanyak RM25.00 hendaklah dikekalkan pada setiap masa. Atas sebab-sebab keselamatan, akaun tuan/puan akan ditutup secara automatik sekiranya tiada deposit dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh surat ini.

Terima Kasih.

Anda diberi pilihan untuk membuat deposit minimum RM25.00 untuk pihak bank mengeluarkan kad debit anda (Jika dalam masa 60 hari tiada deposit dibuat akaun akan ditutup secara automatik). Untuk membuat pengesahan PayPal, saya mencadangkan agar anda membuat deposit minimum sebanyak RM40.00 di kaunter, mesin deposit tunai atau melalui online banking sekiranya anda telah pun mempunyai akaun simpanan di Public Bank. Gunakan nombor kad debit sebagai nombor akaun.

Selepas membuat bayaran, anda boleh pulang. Kad anda tidak akan diterima pada kunjungan kali ini.

Langkah 5:

Beberapa hari kemudian, anda akan menerima surat yang kedua daripada pihak bank seperti ini

:

(6)

Document Title Tuan/Puan

Notis Pengutipan Kad

Dengan sukacitanya kami memaklumkan bahawa kad tuan/puan telah sedia. Sila datang sendiri untuk mengambilnya di cawangan di atas semasa waktu urus niaga.

Sila ambil kad tuan/puan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh surat ini. Sila abaikan notis ini sekiranya kad tuan/puan telah diambil.

Terima kasih.

Tanpa berlengah lagi, anda boleh ke cawangan bank berkenaan sekiranya anda memilih untuk mengambilnya di cawangan bank semasa pendaftaran dulu. Jangan lupa bawa I/C bila berurusan dengan pihak bank nanti. Dalam Langkah 5 ini, anda sepatutnya telah pun mendapat kad debit PB Visa Electron. Tahniah!!!

(Sila ambil kad dalam tempoh 60 hari dari tarikh surat)

Sebelum anda meninggalkan bank, anda juga boleh memohon perkhidmatan online banking PBeBank untuk kad debit anda. Dapatkan borang permohonan perkhidmatan perbankan online di kaunter Customer Service dan hantar kembali borang tersebut. Tunggu sebentar sehingga anda diberikan sampul yang mengandungi ID dan kata laluan sementara. Anda boleh mula mengakses ke akaun PBeBank pada keesokan harinya menggunakan ID dan kata laluan sementara.

(7)

Document Title

MENGGUNAKAN ONLINE BANKING

Layari http://www.pbebank.com. Klik Login Here.

Anda akan di bawa ke halaman seperti di bawah.

Langkah-langkah untuk mendaftar perkhidmatan online banking PBeBank:- 1. Masukkan Pengenalan Diri Pengguna dan katalaluan yang diberi. 2. Klik butang Login.

3. Masukkan Pengenalan Diri Pengguna dan katalaluan yang baru. 4. Sahkan semula katalaluan yang baru.

(8)

Document Title

6. Sahkan urusniaga tersebut.

Sekiranya login berjaya, skrin ‘Welcome to PBeBank.com’ akan tertera. Sekiranya login tidak berjaya, ulang langkah 1 hingga 5 sekali lagi.

(9)

Document Title

BAHAGIAN 2

MENDAFTAR KAD DEBIT NEXG MASTERCARD AMBANK

Pengenalan:

Selain Public Bank, AmBank juga menawarkan kad debit yang boleh digunakan untuk tujuan transaksi di internet. Kad ini dikenali sebagai NexG MasterCard. Untuk maklumat berkaitan NexG MasterCard, sila layari laman web AmBank.

Langkah 1:

Untuk mendapat kad ini, anda boleh terus ke mana-mana cawangan AmBank/AmAssurance seluruh negara atau di 7-Eleven terpilih di Lembah Klang. Dengan bayaran sebanyak RM25, anda akan mendapat Starter Pack yang mengandungi kad debit, borang pendaftaran serta beberapa dokumen lain.

Langkah 2:

Isi borang yang terdapat di dalam Starter Pack berkenaan bersama salinan kad pengenalan dan poskan menggunakan Sampul Surat Pos Berbayar yang disediakan atau faks borang dan salinan kad pengenalan ke 03-21640497.

Langkah 3:

Biasanya selepas 3 hari bekerja, anda boleh membuat panggilan di 03-21788888 untuk mengetahui sama ada kad anda telah diaktifkan atau belum.

Sekiranya kad anda telah di aktifkan, buat tambah nilai di mana-mana cawangan Ambank, mesin cash deposit AmBank atau di mana tertera logo NexG Recharge Here. Gunakan nombor kad untuk urusan berkaitan dengan NexG.

Untuk membuat pengesahan PayPal, anda perlu membuat tambah nilai sekurang-kurangnya RM50 supaya tidak berlaku kesulitan akibat baki tidak mecukupi.

Selepas tambah nilai dibuat, anda perlu menunggu nombor PIN kad yang akan dihantar ke alamat seperti di dalam borang pendaftaran.

(10)

Document Title

Langkah 4:

Jika anda telah menerima nombor pin yang dihantar ke alamat anda, pergi ke mesin ATM AmBank untuk membuat pertukaran nombor pin.

Kemudian pada menu Lain-lain > Web pin dan daftarkan nombor web pin untuk digunakan semasa membuat pendaftaran online banking untuk AmBank.

Langkah 5:

Layari www.ambg.com.my dan klik pada Online Banking Login.

(11)

Document Title

Skrin berikut pada web berkenaan mengkehendaki anda mengisi maklumat peribadi anda. Sila isi dengan cermat dan betul. Sekiranya berjaya, skrin akan menyatakan berjaya mendaftar dengan AmDirect Online Banking.

Anda boleh melihat Account Summary Page yang mengandungi maklumat berkaitan NexG anda.

(12)

Document Title

BAHAGIAN 3

MEMBUAT PENGESAHAN AKAUN PAYPAL

Dalam ebook kali ini, saya andaikan yang anda telah pun mempunyai akaun PayPal tidak kira sama ada anda memiliki akaun jenis personal, premier ataupun business.

Langkah 1:

(13)

Document Title

automatik sama dengan nama yang anda daftarkan untuk akaun PayPal.

Untuk memastikan tiada masalah akan timbul seperti kad tidak diterima untuk pengesahan, pastikan segala maklumat adalah sama semasa mengisi maklumat kad dengan maklumat kad debit anda. Dalam contoh ini, saya akan menggunakan kad debit Public Bank Visa Electron dan NexG MasterCard Ambank.

Sekiranya nama anda di atas kad adalah Mohd Azim, masukkan Mohd Azim pada ruangan First Name. Pilih Visa bagi pemegang kad Public Bank atau MasterCard bagi pemegang kad AmBank untuk Card Type. Untuk Card Number, masukkan nombor kad anda yang tertera pada depan kad yang mengandungi 16 digit nombor diikuti Expiration Date seperti yang tertera pada kad. Untuk mengisi Card Verification Number, sila lihat pada belakang kad dan masukkan 3 digit terakhir (biasanya dibelakang kad tertera 4+3 digit: contohnya 1234 789, masukkan 789 sebagai 3 digit terakhir). Kemudian isi Billing Address sama seperti yang anda daftarkan semasa memohon kad sebelum ini.

(14)

Document Title

Langkah 3:

Sekiranya tiada masalah timbul, satu pernyataan berikut akan keluar menunjukkan kad debit anda telah ditambah ke dalam akaun PayPal anda.

Tahniah. Akan akan menerima emel yang menyatakan kad anda telah diterima. Walau bagaimanapun, anda masih belum lagi verified akaun PayPal kerana anda perlu memasukkan pengesahan yang dipanggil Expanded Used Number yang terdiri dari 4 digit. Proses ini bagi memastikan kad yang digunakan adalah milik anda sendiri dan bukannya kad palsu atau milik orang lain.

Langkah 4:

(15)

Document Title

Anda akan dikenakan caj sebanyak $1.95 USD untuk proses mendapatkan Expanded Used Number ini. Seperti yang diberitahu, proses ini akan mengambil masa lebih kurang 4 hari untuk dimasukkan dalam penyata online kad anda. Kemudian klik pada butang Continue.

Selesai bahagian ini, anda perlu menunggu selama 4 hari untuk mendapatkan Expanded Used Number tertera pada penyata online PBeBank anda. Selain itu, emel juga akan dihantar oleh pihak PayPal mengkehendaki akan memasukkan Expanded Used Number.

(16)

Document Title

BAHAGIAN 4

PENGESAHAN AKAUN PAYPAL – PBEBANK & AMDIRECT ONLINE BANKING

Selepas 4 hari, anda boleh mendapatkan Expanded Used Number melalui akaun di PbeBank atau AmDirect.

Bagi pemegang kad debit PB Visa Electron

Langkah 1:

Log masuk ke akaun PBeBank anda dan klik pada Account Inquiry. Kemudian klik pada (Transaction History) Credit/Debit Card.

Langkah 2:

(17)

Document Title

Langkah 3:

Anda akan di bawa ke halaman transaksi berikut:

Perhatikan bahawa terdapat satu transaksi bagi Paypal. Salin atau ingat 4 digit tersebut (contoh: 1234PAYPAL--*EXPUSE).

Bagi pemegang kad debit NexG MasterCard AmBank

Langkah 1:

Layari www.ambg.com.my dan klik Online Banking Login. Log masuk menggunakan username dan katalaluan yang di daftarkan sebelum ini.

Langkah 2:

Klik pada Acount Summary dan klik pada nombor akaun kad NexG MasterCard.

Langkah 3:

Klik pada Transaction History atau Statement Inquiry. Anda akan di bawa ke halaman transaksi berikut:

(18)

Document Title

Perhatikan bahawa terdapat satu transaksi bagi PayPal. Salin atau ingat 4 digit tersebut (contoh: PP * 1234 EXPUSE).

Langkah 4:

Log masuk ke akaun PayPal anda. Klik pada Complete Expanded Use Enrollment.

Langkah 5:

Masukkan 4 digit yang telah diperolehi dari online statement di ruangan Expanded Use Number dan tekan butang Submit.

(19)

Document Title

Tahniah!!! Anda telah berjaya membuat pengesahan. Bonus sebanyak $1.95 USD akan diberikan selepas transaksi pertama. Perhatikan juga bahawa akaun PayPal anda kini telah disahkan.

(20)

Document Title

AKHIR KATA

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca ebook ini. Sekiranya anda merasakan ebook ini berguna kepada orang lain atau newbie yang ingin terlibat dengan perniagaan internet, edarkan ia secara percuma.

wizurai

April 2007

Zack Idris a.k.a Wizurai Bachelor of Accounting, UKM

Penulis merupakan seorang Eksekutif Akaun di sebuah firma perakaunan di Kuala Lumpur selain seorang blogger di www.wizurai.com dan usahawan internet di masa lapang.

Penulis boleh dihubungi menerusi email wizurai [at] gmail.com.

Ebook ini mungkin akan dikemaskini dari masa ke semasa. Oleh itu, dapatkan perkembangan terbaru di blog penulis di www.wizurai.com.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan Tabel 3, dapat dilihat nilai erodibilitas tanah bervariasi yaitu pada lahan semak belukar memiliki erodibilitas tingkat sedang dan lahan kebun campuran

Obeservasi terhadap keberhasilan siswa dalam memerankan tokoh dilakukan pada saat proses belajar mengajar berlangsung dengan metode yang digunakan yaitu metode dengan

(3) wawancara. Metode pengumpulan data melalui pengamatan langsung terhadap kinerja lulusan pelatihan pada pekerjaan yang sebenarnya, merupakan pendekatan paling efektif

Untuk hasil dalam penelitian image enhancement dari citra screen capture CCTV dengan pengujian 10 citra screen capture CCTV dilakukan pada tahap citra dijadikan grayscale,

Penelitian ini bertujuan untuk mendiskripsikan keterampilan proses sains dan kompetensi sikap dalam model pembelajaran inkuiri terbimbing disertai metode giving

287 Nooraanee Villa Fathimath Ahmed Fulhu F M.Mulah. 288 Nooraanee Villa Muneera Ahmed Manik

Total jumlah hotspot dan titik kebakaran untuk pengujian hotspot FIRMS-NASA pada waktu akusisi berdekatan dengan citra SPOT-4 (≤ 2 jam) diperoleh sebesar 189 titik,

Pemamfaatan limbah plastik yang aman bagi anak, murah dan mudah diperoleh adalah alternatif mainan yang dapat dimodifikasi atau dibentuk menjadi media belajar akan dibina