• Tidak ada hasil yang ditemukan

REFLEKSI PROJEK keceriaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "REFLEKSI PROJEK keceriaan"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

REFLEKSI PELAKSANAAN PROJEK (PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH)

NAMA PELAJAR : NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN NO. KAD PENGENALAN : 900823-09-5084

PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2010

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEREMBANG NAMA PROJEK : PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH

TEMPOH PELAKSANAAN : 6 – 13 JULAI 2013

1.0 OBJEKTIF :

 Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama murid dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah.

 Dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan kakitangan.

 Hasil kerja guru sebagai buah tangan/kenang-kenangan apabila meninggalkan sekolah kelak.

“ Proses keceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua pihak sedar tanggungjawab masing-masing. Pengurusan sekolah boleh memberi kebebasan kepada guru dan kakitangan untuk mengekspresikan ilham serta kebolehan masing-masing. Semua guru, murid, kakitangan serta kawasan yang ada merupakan aset yang penting dalam program keceriaan sesebuah sekolah. Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin kepada peningkatan akademik sekolah. Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai kemahiran seni landskap, kreatif dan inovatif, dapat mengindahkan kawasan lapang serta sudut-sudut sekolah dengan taman-taman yang bermotifkan pembelajaran.”

“…inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan” Glosari Teknologi Pendidikan (1995)

(2)

Projek yang dijalankan pada internship kali ini pada dasarnya boleh dibahagikan kepada beberapa aspek seperti aspek keceriaan menaiktaraf prasarana, kesedaran tentang alam sekitar termasuklah aspek gaya hidup sihat. Merujuk kepada petikan di atas,kami memandang serius aspek keceriaan sekolah dan mengambil peluang ini untuk memastikan agar kami dapat meninggalkan suatu hasilan atau tinggalan yang akan kekal bersama warga sekolah setiap hari. Ianya kami rangka menjadi satu cadangan projek yang bertunjangkan objektif yang jelas. Salah satu projek yang dijalankan ialah Program Keceriaan Sekolah. Program keceriaan sekolah merupakan sebuah program yang diadakan bertujuan mengindahkan kawasan sekitar sekolah. Lukisan mural yang dihasilkan terdiri daripada lukisan berkonsepkan kepada abstrak yang melambangkan sesuatu terjemahan serta lukisan berkonsep terus yang dapat memberi info dan maklumat kepada warga sekolah yang melihatnya. Rasional program ini berfokus untuk menceriakan kawasan sekolah. Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru, kakitangan sekolah dan para murid. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Tempat yang dipilih ialah pada dinding makmal komputer dan dinding bilik pengurusan sukan.

2.0 KEKUATAN PROJEK/AKTIVITI :

Kekuatan projek ini dapat dilihat pada mesej yang ingin disampaikan melalui penciptaan mural yang memberi maklumat tertentu kepada murid. Misalnya, pada dinding yang terdapat di makmal komputer. Ianya berkaitan dengan simpulan bahasa berkonsepkan pancaindera melalui perlambangan. Sebagai contoh simpulan bahasa panjang tangan yang bermaksud suka mencuri, maka ianya diperlambangkan dengan lukisan seorang lelaki yang mempunyai tangan yang panjang pada gmbar tangan itu tadi, guru pelatih akan melabel makna simpulan bahasa tersebut. Maka ini memudahkan murid untuk mengingat dan memahami simpulan-simpulan bahasa yang acapkali digunakan dalam kehidupan seharian. Hal

(3)

ini secara tidak langsung membantu murid mengingat simpulan-simpulan bahasa tersebut dan mengaplikasinya dalam menghasilkan karangan lebih-lebih lagi sewaktu menduduki peperiksaan. Idea yang menarik ditambah dengan lukisan yang agak unik menjadikan murid-murid tertarik untuk berhenti di koridor tersebut dan membacanya. Merujuk kepada mural di bilik pengurusan sukan pula, lukisan yang dihasilkan berkonsep terus iaitu memaparkan beberapa peralatan sukan yang melalui pemerhatian kami agak popular di sekolah ini. Walaupun agak ringkas dan terus, gambar yang nampak “hidup” membuatkan alat-alat tersebut kelihatan seperti nyata dan ianya amat menarik perhatian murid-murid. Idea ini juga timbul apabila saya melihat tiada sesuatu pun tanda atau identiti yang menunjukkan bahawa bilik itu adalah bilik pengurusan sukan. Daripada pandangan luar, bilik ini kelihatan suram dan tidak ceria. Maka bagi tujuan ini, kami mengambil inisiatif untuk melukis gmbar dan mural berkaitan sukan agar dapat membuka mata warga sekolah termasuklah pelawat yang datang akan kepentingan dan keperluan sukan di sekolah. Dalam aspek kemudahan alatan pula, kami amat berpuas hati kerana bilangan berus, cat, keperluan lain mencukupi dan ianya sangat membantu memudahkan tugasan ini.

3.0 KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI :

Antara masalah yang dihadapi sepanjang menyiapkan mural ini ialah aspek kawalan terhadap murid yang kerap datang melihat secara dekat kerja-kerja mengecat dan melukis mural ini. Semasa menyiapkan mural, ramai murid datang dan suasana menjadi agak bising. Hal ini mengganggu perjalanan kerja-kerja mengecat mural serta menjadikan tempoh yang diambil bagi menyiapkanya lebih panjang atau lama. Cabaran lain ialah warna cat pada dinding bilik pengurusan luntur setelah terkena hujan. Hal ini kerana cat tersebut tidak sempat kering dan hujan turun secara tiba-tiba. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya dan rakan melakukan sapuan kedua bagi memperbaiki cat yang luntur tersebut dan ianya dijalankan pada hari yang cuacanya sesuai agar kejadian sama tidak berulang. Berkat kesabaran, masalah ini selesai dan hasilannya amat memuaskan. Selain itu, saiz mural yang dihasilkan agak kecil. Hal ini hanya disedari apabila kami selesai dan merenung kembali mural tersebut. Pada awal kerja-kerja melukis, saya agak kekok untuk menganggar saiz yang perlu digunakan tambahan pula ianya dilukis secara “free hand”. Pada hemat

(4)

saya, draf lukisan tersebut adalah sesuai dan cukup besar namun apabila dicat, kelihatan agak kecil sedikit dan memberi imej bertumpu di tengah-tengah dinding. Bagi memperelok mural tersebut saya telah menghasilkan bingkai untuk tujuan kemasan dan ilusi timbul. Akhirnya gambar yang agak kecil tadi menjadi satu potrait yang menarik melalui inovasi dan ubahsuai yang dilakukan. Sememangnya, masalah sebegini tidak mematahkan semangat kami untuk menghasilkan mural yag terbaik dan menarik malah mendorong kami untuk berusaha lebih giat untuk menyiapkannya mengikut tempoh yang ditetapkan

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Berdasarkan pengamatan saya, projek ini dianggap berjaya malah ianya siap sepertimana yang ditetapkan dalam kertas cadangan. Namun, beberapa penambahbaikan perlu dijalankan seperti memulakan kerja lebih awal dan menyediakan jadual tugasan projek agar perjalanan projek lebih tersusun. Hal ini perlu kerana tanpa perancangan dan pengurusan masa yang baik, perjalanan kerja menjadi agak kelam kabut dan tidak efektif. Ianya boleh menyebabkan kadangkala kami bekerja dalam keadaan stress dan ini memberi kesan kepada hasil kerja kami iaitu mural tersebut. Pada masa yang sama, mengimbas kembali kepada masalah gambar atau mural yang tampak kecil, kami sedar bahawa perlunya ada pelan kedua yang bertindak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui alternatif lain. Kami berhaap semoga hasilan ini memuaskan hati semua pihak dan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada warga Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang (SKSGB)

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, program keceriaan sekolah ini sedikit sebanyak telah dapat mengindahkan lagi kawasan sekolah ini. Pada masa yang sama, ianya telah dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid tentang simpulan bahasa serta bidang-bidang sukan yang ada melalui penciptaan mural-mural yang menarik dan mudah difahami. Saya berharap agar mural yang dihasilkan ini dapat menjadi tinggalan yang bermanfaat kepada seluruh warga sekolah SKSGB.

(5)
(6)

REFLEKSI PELAKSANAAN PROJEK (MINGGU ALAM SEKITAR (MAS))

NAMA PELAJAR : NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN NO. KAD PENGENALAN : 900823-09-5084

PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2010

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEREMBANG NAMA PROJEK : MINGGU ALAM SEKITAR

TEMPOH PELAKSANAAN : 15 – 19 JULAI 2013

OBJEKTIF :

 Menerapkan nilai sayangi alam sekitar.

 Menyemai serta meningkatkan kesedaran murid-murid dan warga sekolah mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

 Mendedahkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam kehidupan seharian bagi menjamin kelestarian alam sejagat.

 Mendidik murid-murid dan warga sekolah menjadi masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keseimbangan ekosistem alam sekitar.

 Menggalakkan warga sekolah untuk mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula untuk dijual.

 Meningkatkan kreativiti murid-murid dalam memvariasikan kegunaan bahan-bahan terpakai menjadi satu inovasi baru.

 Mengekalkan kehijauan alam sekitar melalui 3R (recycle, reuse & reduce).  Menambah pendapatan sekolah melalui program pengumpulan barang kitar

sekolah/

 Menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan seruan “Pemuliharaan Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”.

(7)

KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI:

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna.Program Kitar Semula dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan mengekalkan keindahan alam sekitar sejak bangku sekolahlagi. Program Kitar Semula kali ini berpeluang mengurangkan bahan-bahan buangan pepejal (solid waste), mendidik murid-murid tentang cara yang betuluntuk membuang sampah dan menanamkan sikap kepimpinan dantanggungjawab antara murid-murid. Melalui taklimat ringkas yang diberi kepada murid-murid dapat membantu mereka memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan isu kitar semula. Semua murid juga berkesempatan mengenali bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti yang disenaraikan. Selain itu,kami menyediakan plastik hitam bersaiz besar bersama labelnya untuk membezakan kumpulan bahan-bahan kitar semula misalnya kertas, plastik dantin-tin aluminium. Murid-murid juga sedar akan kepentingan kitar semula seperti mengurangkan pencemaran, manambah pendapatan dan memupuk sikap jimat cermat melalui risalah yang diberikan kepada setiap kelas. Mereka juga menggunakan bahan kitar semula yang telah dikumpul dalam pertandingan pakaian beragam dengan bahan kitar semula pada hari yang sama. Bertitik-tolak daripada manifestasi ini, jelas membuktikan bahawa murid-murid memahamit ujuan Program Kitar Semula yang diadakan kali ini dan memberi sokongan penuh untuk menjayakannya. Seperti yang diketahui, tajuk kitar semula memang dimasukkan dalam sukatan matapelajaran Sains Tahun Empat. Dengan melaksanakan program kitar semula, sekolah mewujudkan persekitaran belajar yang kondusif ataupun dikenali sebagai hands-on learning environment di mana murid dapat melatih dan meningkatkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan juga menjadi rakyat yang mempunyai perilaku mulia dengan mengurangkan penggunaan sumber. Sementara itu, kami juga. Perkara ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap kepimpinan dan kerjasama murid-murid dimana ketua kelas akan membahagikan kerja kepada murid lain supaya mengumpul bahan-bahan terpakai yang berlainan kategori untuk kelas masing-masing. Melalui pemerhatian saya selama 2 minggu ini, penglibatan murid dalam program ini adalah sangat aktif kerana mereka sanggup mengumpul semua botol-botol plastik atau tin-tin aluminium walaupun di luar

(8)

kawasan sekolah. Hal ini menunjukkan murid-murid mula menyedari tanggungjawab mereka agar tidak membuang sampah merata-rata hati dan amalan memelihara dan memulihara alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentahdan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Kemuncak pelancaran Minggu Alam Sekitar ini adalah apabila pihak PPSPPA datang dan mengutip semua bahan kitar semula yang dibawa murid dari rumah dan ditimbang beratnya. Hasil timbangan itu nanti akan diberi dalam bentuk duit dan diserahkan kepada individu pelajar tersebut.

KELEMAHAN PROJEK/ AKTIVITI:

Tempoh masa Program Kitar Semula selama dua minggu ini adalah singkat dimana kesedaran murid-murid terhadap tujuan sebenar kitar semula tidak jelas dan efektif. Apa yang difahami oleh murid dalam dua minggu ini adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan tujuan mereka ialah memastikan kumpulan mereka menang dalam pertandingan Pakaian Beragam. Oleh itu, murid-murid telah membawa semua surat khabar lama, kertas-kertas bercetak, botol plastik dan sebagainya ke kelas masing masing untuk memenuhkan plastik kitar semula yang diberi kepada setiap kelas. Mereka tidak menyedari dengan kepentingan kitar semula yang menyatakan ia dapat menjimatkan kos, sumber dan tenaga atau mengurangkan penggunaan sumber kerana kami tidak memberi maklumat lanjutan tentang tindakan yang boleh diambil selain daripada mengumpul bahan-bahan terpakai. Contohnya, kami tidak menggalakkan murid-murid mengurangkan penggunaan plastik, polisterindan juga kertas haruslah diggunakan kedua-dua belah sebelummembuangkannya. Sementelahan itu, mungkin tidak semua murid yang tahu bahawa bahan-bahan kitar semula ini sebenarnya boleh dijual dan menambahkan sedikit pendapatan kami di samping memberikan peluang pekerjaan kepada sesetengah pihak untuk mengurangkan kadar pengangguran rakyat Malaysia. Info berkaitan penggunaan semula bahan-bahan kitar semula juga tidak disampaikan oleh semua murid. Oleh itu, Program Kitar Semula kali ini kami hanya sempat menyampaikan maklumat asas tentang kitar semula kepada murid-murid

(9)

dimana aktiviti ini sebenarnya perlu diteruskan pada jangka masa yang panjang dan dimana-mana jua sahaja anda berada.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah kepada mereka yang berjaya menghasilkan program yang menpraktiskan kaedah guna semulabahan-bahan secara berkesan. Pertandingan yang diadakan hendaklah meliputi cadangan kaedah pengurangan bahan-bahan yang memberi kesan yang musibah kepada alam sekitar. Kini sudah tiba masanya untuk mengalihkan semangat dan kreativiti kanak-kanak dalam menambahkan usaha dan niat mereka daripada sudut kualiti dan bukannya kuantiti. Ganjaran seperti kupon diskaun membeli buku di koperasi sekolah boleh diberikan kepada mereka yang banyak menyumbang demi menjayakan program kitar semula. Aktiviti pengumpulan bahan-bahan kitar semula boleh dijadikan tabiat setiap wargasekolah dengan menyediakan tong-tong sampah kitar semula yang sesuai agar setiap orang dapat membuang sampah mengikut kategori yang sesuai danmengurangkan pencemaran di sekitar sekolah. Selain itu, pihak sekolah boleh bekerjasama dengan kantin sekolah agar mengelakkan penggunaan plastik ataupolisterin dan menyeru murid-murid membawa bekas sendiri ke sekolah begitu juga dengan botol air. Maklumat berkaitan dengan kitar semula seperti pengenalan, kepentingan, barang-barang kitar semula dan sebagainya harus ditampal di setiap sudut sekolah untuk mengingati semua warga sekolah dari semasa ke semasa. Akhir sekali, program kitar semula perlulah disertai oleh semua warga sekolah bersama-sama agar mendapat sambutan yang baik dan berjaya

(10)

REFLEKSI PELAKSANAAN PROJEK (PENAMBAHBAIKAN DAN TRANSFORMASI

BILIK PENGURUSAN SUKAN)

NAMA PELAJAR : NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN NO. KAD PENGENALAN : 900823-09-5084

PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2010

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEREMBANG NAMA PROJEK : PENAMBAHBAIKAN DAN TRANSFORMASI

BILIK PENGURUSAN SUKAN TEMPOH PELAKSANAAN : 14 – 25 JULAI 2013

1.0 OBJEKTIF

 Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama murid dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah.

 Dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan murid.  Hasil kerja guru sebagai buah tangan/kenang-kenangan apabila

meninggalkan sekolah kelak.

2.0 KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI:

Prasarana dan pengurusan bilik yang sistematik menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah memandangkan setiap hari akan ada silih berganti kelas-kelas yang menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, bilik ini mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Menyedari akan keperluan tersebut, saya telah melakukan beberapa penambahbaikan seperti menyediakan buku log, membuat label yang lebih menarik dan kukuh, menyediakan satu sudut informasi serta dan menghias bilik ini dengan pelbagai info sukan dan kesihatan. Saya amat yakin bahawa dengan adanya transformasi seperti ini, ianya mampu mencapai cita-cita menjadikan bilik ini sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh

(11)

dijadikan sumber perhatian terutama murid dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah.

KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI:

Pada keseluruhannya, saya melihat projek ini memberI banyak manfaat kepada pengurusan sukan sekolah ini namun terdapat beberapa kelemahan yang saya jangka akan timbul. Antaranya ialah susun atur alatan yang akan kembali berselerak sekiranya tiada pengawasan guru termasuklah penggunaan buku log yang dipandang enteng. Hal ini demikian kerana perubahan ini merupakan perkara baru dan sistem ini masih kekok untuk guru dan murid sekolah ini.Namun saya akan cuba memastikan masalah ini dapat diatasi dengan beberapa penambahbaikan agar sistem ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

PENAMBAHBAIKAN:

Merujuk kepada beberapa masalah dan kelemahan yang timbul tadi, saya telah mengambil beberapa langkah proaktif dengan melantik beberapa orang ahli jawatankuasa dalam kalangan guru dan murid. Dengan adanya ahli jawatankuasa ini, saya berharap agar pengurusan bilik ini akan sentiasa berada pada tahap memuaskan serta urusan keluar masuk alatan dapat berjalan dengan lebih sistematik.

(12)

Referensi

Dokumen terkait