• Tidak ada hasil yang ditemukan

GAYA PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB BERDASARKAN PERSPEKTIF PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA DI MELAKA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "GAYA PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB BERDASARKAN PERSPEKTIF PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA DI MELAKA"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

129 Received: 17 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

GAYA PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB BERDASARKAN PERSPEKTIF PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA DI MELAKA

Marziah Zahra Mohd Sharif1, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff2

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia E-mail: p95926@siswa.ukm.edu.my

2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia E-mail: nikmrahimi@gmail.com.my

Abstrak

Gaya pengajaran guru yang berkesan mampu memberi perubahan yang besar dalam mempengaruhi penguasaan kosa kata bahasa Arab pelajar bagi sekolah menengah agama dan sekolah menengah yang mempunyai subjek bahasa Arab. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenalpasti perbezaan gaya pengajaran guru bahasa Arab yang paling dominan berdasarkan jantina pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan dan menggunakan instrumen borang Google yang disebarkan melalui medium Whatsapp guru kelas.

Responden kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dengan jumlah 86 orang pelajar dari 3 buah Sekolah Menengah Agama di bawah SABK Melaka. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan untuk menguji persoalan kajian menggunakan perisian SPSS versi 26. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan gaya pengajaran guru berdasarkan jantina pelajar Sekolah Menengah Agama di Melaka . Implikasi kajian menunjukkan bahawa guru perlu menggali ilmu lebih mendalam dan menguasai gaya pengajaran guru bagi meningkatkan pencapaian matlamat pembelajaran dan pemudahcaraan serta guru dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa Arab. Kesimpulannya, guru bahasa Arab sebaiknya mengambil berat ke atas elemen- elemen yang terkandung dalam gaya pengajaran tersebut dan menyertai segala program yang berkaitan dengan ilmu gaya pengajaran guru.

Kata kunci: Gaya Pengajaran Guru; Bahasa Arab; Kosa Kata; Model Grasha

I. PENDAHULUAN

Gaya pengajaran guru yang berkesan mampu menunjukkan kebolehan guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam pengajaran guru terkandungnya kepelbagaian interaksi dan teknik, antaranya guru, pelajar, dan isi pelajaran. Secara tidak langsungnya pengajaran dan pembelajaran akan melibatkan pelajar dan guru.

Selain itu, gaya pengajaran juga merujuk kepada kaedah pemilihan guru dalam menyelesaikan masalah, melaksanakan tugasan, dan membuat keputusan dalam proses pengajaran. Walaupun terdapat situasi yang berbeza diantara individu dan individu lain, kumpulan dan kumpulan lain seperti situasi di sekolah [10]. oleh itu, pengajaran yang baik digunakan oleh guru kepada pelajar akan terhasilnya pembelajaran bahasa dengan baik.

Guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah memupuk minat dan pencapaian pelajar. Kajian sebelum ini mendapati guru dan pelajar mempunyai hubungan yang signifikan dalam meningkatkan komitmen pelajar belajar. [9] Justeru itu, guru yang mengajar subjek bahasa Arab perlu memberi perhatian lebih kepada pelajar bagi meningkatkan penguasaan kosa

kata bahasa Arab. Kosa kata merupakan elemen penting dalam membina ayat dan komunikasi.

Menurut pandangan [7] pelajar perlu lebih berusaha untuk menguasai pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab supaya dapat memahami setiap makna kosa kata dengan baik kerana hampir semua kertas peperiksaan memerlukan jawapan yang memenuhi kehendak soalan dalam bentuk penulisan dan pembacaan.

Bahasa Arab merupakan salah satu matapelajaran yang dimasukkan dalam sistem pendidikan formal di Malaysia bagi setiap peringkat. Bermula dengan peringkat pra-sekolah, sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah [1]. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan bahasa Arab Komunikasi (BAK) di peringkat menengah dengan matlamat pelajar dapat menguasai 4 kemahiran iaitu membaca, mendengar, menulis dan bertutur.

Penguasaan kosa kata yang luas memberikan sumbangan kepada bahasa yang cantik penyusunan dari segi tatabahasanya dalam komunikasi.

Tambahan pula, bukan sekadar di sekolah boleh jumpa kosa kata, alquran juga mempunyai kosa kata tersendiri. Pelajar yang menguasai kosa kata yang

(2)

130 Received: 17 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

terhad akan menghadapi kesukaran dalam mencapai penguasaan dalam pembelajaran bahasa.

Pengkaji lepas menyatakan bahawa penguasaan kosa kata bahasa Arab merupakan perkara utama dalam menguasai 4 kemahiran membaca, menulis, mendengar dan menulis. Disamping itu, Penguasaan kosa kata yang realistik bukan sahaja dapat memudahkan pelajar untuk memahami teks-teks yang dibaca bahkan mampu mewujudkan satu situasi komunikasi yang baik serta mampu memperkembangkan potensi bahasanya [1].

II. TINJAUAN LITERATUR A. Bahasa Arab

Bahasa Arab merupakan bahasa utama yang dipilih oleh Allah SWT sebagai bahasa Al-Quran seperti mana bahasa ini kaya dengan tatabahasa, kosa kata, dan ianya berjaya menyatukan pelbagai dialek serta dijadikan bahasa intelektual. Bahasa Arab yang semakin berkembang dan pesat dalam arus kemodenan telah menjadi salah satu bahasa komunikasi yang penting. Bahasa Arab digunakan sebagai bahasa perantaraan antara orang luar dan orang dalam. Justeru itu, Pendekatan bahasa diantara guru dan pelajar dalam subjek bahasa Arab dapat memberi tumpuan dalam penguasaan kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, membaca dan menulis [11].

B. Gaya Pengajaran Guru

Para guru mempunyai gaya pengajaran tersendiri.

Setiap guru mempunyai gaya pengajaran yang berbeza dari segi kepercayaan, inspirasi, nilai, sikap, dan pengalaman peribadi serta pengalaman luaran dan dalaman diri seorang guru yang mempengaruhi pelajar semasa mengajar. Ini bermakna suasana bilik darjah mempengaruhi pelajar dan gaya pengajaran yang digunakan oleh guru bagi menyerapkan kaedah pengajaran di dalam kelas. [10]

I. Model Personaliti

Personaliti guru akan mempengaruhi corak pengajaran guru dan penerimaan pelajar. Justeru itu, pengajaran harus dilakukan berdasarkan contoh- contoh peribadi secara kongsi pengalaman sendiri dan dijadikan pengajaran kepada pelajar. Kaedah peniruan dalam model pengajaran ini mengutamakan ulangan daripada pelajar. Guru akan membantu dari segi mengawasi, membimbing, dan meminta pelajar untuk memberi perhatian ketika pembelajaran sedang berlangsung. Tambahan pula, kaedah ini memberikan galakan kepada pelajar untuk melatih dirinya dalam menerima pelbagai tunjukkan daripada guru.

II. Model Fasilitator

Gaya pengajaran ini lebih tersusun apabila guru dapat mengetahui rancangan dan kaedah untuk membangkitkan keupayaan pelajar agar dapat berdikari dan bertanggungjawab pada diri mereka sendiri. Sebagai seorang guru pula perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang amat luas dalam pelbagai bidang khususnya kemahiran hidup. Antara kemahiran yang perlu ada dalam gaya pengajaran ini ialah kemahiran dorongan, kemahiran membuat keputusan, kemahiran kaunseling, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran-kemahiran lain.

Kemahiran gaya pengajaran fasilitator ini merujuk kepada kemampuan untuk melakukan sesuatu. Fasilitator yang efektif merupakan fasilitator yang mengetahui secara mendalam tentang isi pelajaran, dan mengetahui pelbagai kaedah untuk mempengaruhi pelajar, manakala fasilitator yang kurang kesan adalah fasilitator yang bergantung kepada penyampaian syarahan semata- mata malatji [6]. oleh itu, dalam sesi pembelajaran dan pemudah caraan guru perlu ada kemahiran yang pelbagai dan perlu ambil tahu situasi pelajar ketika mana guru perlu menyelesaikan masalah belajar pelajar. Guru sebagai fasilitator mampu mengaitkan dengan pengalaman menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pembelajaran yang lebih bersifat konstektual. Justeru itu, kaedah ini dapat memberi peluang kepada pelajar mengaitkan situasi menyelesaikan masalah dalam aktiviti kumpulan serta masalah realistik dengan dunia sebenar.

III. Model Deligator

Deligator merupakan gaya pengajaran yang memberikan perhatian dalam membentuk pemikiran pelajar untuk berfungsi secara autonomi. Autonomi ini menggambarkan penentuan sesuatu kebebasan yang dimiliki oleh guru dan membolehkannya berfungsi dengan baik dalam apa-apa aktiviti yang dilaksanakan. Justeru itu, guru di dalam kelas hanyalah sebagai tempat untuk merujuk bagi mendapatkan bantuan atau bimbingan apabila pelajar memerlukan.

IV. Model Autoritikal Formal

Dalam organisasi pendidikan guru yang dikategorikan sebagai guru berstatus tinggi ini memiliki ilmu dan peranan yang bersemangat wajar pada pandangan pelajar-pelajar sekolah. Oleh itu, guru yang berpandangan tinggi terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan perlu dilaksanakan dalam bentuk yang tepat dan mudah diterima oleh pelajar bagi kehendak pembelajaran dan pemudahcaraan. Dalam gaya pengajaran ini guru lebih mengutamakan maklumbalas daripada pelajar dan memberi perhatian kepada garis panduan yang diberikan kepada pelajar dari pihak sekolah.

(3)

131 Received: 17 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

V. Model Pakar

Guru pakar merupakan seorang yang memiliki pengetahuan luas dalam sesuatu bidang utama yang diajar. Oleh itu, guru yang mempunyai gaya pakar lebih mementingkan elemen pengajaran dan pembelajaran dalam bidangnya bagi menguasai fokus belajar pelajar . Disamping itu, guru ini dikategorikan sebagai guru yang rumit atau terperinci dan senantiasa memberi galakan kepada pelajar dalam mencapai kecemerlangan.

III. METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Kajian ini melibatkan seramai 86 orang dari 3 buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) di Melaka. Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah. Borang soal selidik yang diedarkan melalui guru kelas kepada responden dengan menggunakan borang Google melalui medium whatsapp.

Soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A untuk mengetahui latar belakang responden ,bahagian B pula berkaitan dengan Gaya Pengajaran Guru (GPG) yang mempunyai 15 item soalan, dan bahagian C mengandungi 10 soalan pilihan jawapan mengenai penguasaan kosa kata bahasa Arab.

Pada bahagian soal selidik ini terdapat lima skala likert yang digunakan untuk mendapatkan data yang betul. Antara skala likert ialah 1. Sangat Tidak Setuju (STS) 2. Tidak Setuju (TS) 3. Tidak Pasti (TP) 4. Setuju (S) 5. Sangat Setuju (SS). Data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 26.0 dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai.

Selanjutnya, analisis ujian-t juga dijalankan antara dimensi-dimensi pengajaran guru dengan jantina.

Jadual 3.1 Jadual 1

Jadual 2 menunjukkan bilangan populasi daripada

jumlah sampel seramai 86 orang pelajar tingkatan 4 dari sekolah agama bantuan kerajaan di Melaka.

3 buah sekolah dan mempunyai pandangan gaya pengajaran guru bahasa Arab yang berbeza.

Jadual 3.2 Jadual 2

IV. DAPATANDAN PERBINCANGAN

A. Responden Kajian

Jadual 3 menunujukkan maklumat responden kajian mengikut jantina, kategori sekolah dan pencapaian gred PMR bagi kajian gaya pengajaran guru bahasa arab berdasarkan perspektif pelajar. Hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan jantina responden lelaki 44 orang (51.2%) dan responden perempuan 42 orang (48.8%). Maklumat responden kedua mengikut kategori sekolah, Sekolah Menengah Agama Al-Ahmadi 33 orang (38.4%), Sekolah Menengah Agama Darul Falah 20 orang (23.3%) dan Sekolah Menengah Agama Al-Ehya El-Karim 33 orang (38.4%). akhir sekai, pencapaian gred PMR responden , gred A-B 40 orang (46.5%), gred C-D 40 orang (46.5%) dan gred E 6 orang (7.0%).

Jadual 4.1 Jadual 3

Skor Min Interpretasi Min 4.5 – 5.0

3.5 – 4.4 2.5 – 3.4 1.5 – 2.4 1.0 – 1.4

Tinggi Sederhana Tinggi

Sederhana Sederhana Rendah

Rendah

Kategori

Sekolah Bilangan

Sekolah Jumlah

Populasi Jumlah Sampel

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

3 110 86

(4)

132 Received: 17 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

B. Gaya Pengajaran Guru

Jadual (4) dibawah menunjukkan analisa penguasaan kosa kata bahasa Arab pelajar berdasarkan Gaya Pengajaran Guru bahasa Arab.

Dimana guru selalu menggunakan gaya pengajaran dalam subjek bahasa arab di sekolah agama bantuan kerajaan. Antara tertinggi gaya pengajaran guru dengan nilai (min 4.48 sp 0.64) ialah model Personal. Manakala gaya pengajaran guru paling rendah dengan nilai (M = 4.33 , SP = 0.67) ialah model fasilitator.dan model deligator (M = 4.33 , SP

= 0.71).

Jadual 4.2 Jadual 4

C. Dapatan Bgi Pengujian Berdasarkan Jantina

Dapatan dalam jadual 5 perbezaan gaya pengajaran guru (GPG) berdasarkan jantina mendapati nilai- t(86) = -2.215 dan tahap signifikan ialah .029. Ini menunjukkan tahap signifikan adalah lebih kecik dari .05 (p<0.05), bermakna terdapat perbezaan yang signifikan antara model personal dengan jantina. Jantina lelaki (m=4.34 Sd=0.680) lebih rendah berbanding jantina perempuan nilai (m=4.64 Sd=0.577). Hipotesis ini diterima, iaitu terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pengajaran guru model personal antara jantina pelajar.

Jadual 4.3 Jadual 5

Jadual 6 menunjukkan hasil analisiS Ujian-t, didapati nilai-t bagi perbezaan skor min pada jantina lelaki perempuan dari segi model Fasilitator ialah t=-1.549 dan tahap signifikan ialah 0.125. Tahap

signifikan adalah lebih besar dari 0.05 (p>0.05), ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara model fasilitator dengan jantina pelajar.

Jadual 4.4 Jadual 6

Jadual 7 menunjukkan model deligator berdasarkan jantina. Jadual di bawah menggunakan kaedah ujian-t. nilai (m=4.18 sd=0.756) bagi jantina lelaki lebih rendah berbanding nilai (m=4.50 sd=0.634) jantina perempuan. Perbezaan ini adalah signifikan

memandangkan t(84) = -2.110, p= 0.038 (p<0.05) iaitu lebih rendah, terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pengajaran guru model deligator dengan jantina pelajar.

Demografi

Responden Kategori Kekerapa

n Peratus Jantina L

P 44

42 51.2

48.8 Kategori

Sekolah

SMAA SMADF SMAJE K

33

20 33

38.4 23.3 38.4

Pencapaian Gred PMR

A-B B-D E

40 40 6

46.5 46.5 7.0

Gaya

Pengajaran Purata Kekerapan Interpretasi Min Personal 4.48 0.64 Tinggi Fasilitator 4.33 0.67 Sederhana

Tinggi Deligator 4.33 0.71 Sederhana

Tinggi Autoritikal

Formal 4.45 0.58 Tinggi

Pakar 4.39 0.65 Sederhana

Tinggi

Perkara Jantina

Jantina Lelaki Perempuan Min

df 4.34

0.680 4.64

0.577 Nilai-t 2.215

Sig 0.029

Perkara Jantina

Jantina Lelaki Perempuan Min

df 4.23

0.711 4.45 0.633 Nilai-t -1.549

Sig 0.125

(5)

133 Received: 17 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

Jadual 4.5 Jadual 7

Jadual 8 menunjukkan model deligator berdasarkan jantina. Jadual di bawah menggunakan kaedah ujian-t. nilai (m=4.39 sd=0.655) bagi jantina lelaki lebih rendah berbanding nilai (m=4.52 sd=0.505) jantina perempuan. Perbezaan ini adalah signifikan memandangkan t(84) = -1.086, p= 0.281 (p>0.05) iaitu lebih tinggi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pengajaran guru model autoritikal formal dengan jantina pelajar.

Jadual 4.6 Jadual 8

Jadual 9 menunjukkan model deligator berdasarkan jantina. Jadual di bawah menggunakan kaedah ujian-t. nilai (m=4.32 sd=0.708) bagi jantina lelaki lebih rendah berbanding nilai (m=4.48 sd=0.594) jantina perempuan. Perbezaan ini adalah signifikan memandangkan t(84) = -1.119, p= 0.267 (p<0.05) iaitu lebih rendah, terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pengajaran guru model pakar dengan jantina pelajar.

Jadual 4.7 Jadual 9

Kajian ini secara umunya dijalankan bagi mengenal pasti gaya pengajaran guru bahasa Arab berdasarkan perspektif pelajar. Hasil dapatan menunjukkan gaya pengajaran guru adalah berbeza antara satu sama lain. Dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakkan pelajar mendapati tahap pemilihan yang paling tinggi nilai min adalah model personal guru dalam gaya pengajaran. Diikuti gaya pengajaran autoritikal formal, ketiga gaya pengajaran pakar, keempat gaya pengajaran deligator dan akhir sekali gaya pengajaran fasilitator.

Selain itu, kajian ini juga mendapati gaya pengjaran deligator dan fasilitator adalah pada tahap yang rendah atau jarang digunakan oleh guru-guru bahasa Arab. Setiap pelajar perlu diberikan autonomi di dalam kelas supaya pelajar dapat berdikari dan berkeyakinan diri. Bagi gaya pengajaran deligator ini pelajar tidak dapat menguasai perkembangan idea-idea baru.

berdasarkan isi kandungan pembalajaran bagi subjek bahasa Arab. Dari segi gaya pengajaran fasilitator pula, guru lemah dalam kaedah pengajaran bagi menguasi keperluan pelajar dan kurang soal jawab bersama pelajar.

Walaupun begitu, disebalik guru bahasa Arab ada perbezaan dengan guru bahasa Inggeris dimana ada menyatakan guru-guru yang mengajar subjek bahasa Inggeris lebih cenderung menggunakan gaya pengajaran pakar, fasilitator dan deligator. Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan [4] gaya pengajaran pakar yang diamalkan adalah lebih kepada berpusatkan guru, aktiviti yang mencabar dan memberi galakan kepada pelajar untuk lebih bersaing.

Hasil dapatan bagi keseluruhan gaya pengajaran yang paling dominan menunjukkan guru bahasa Arab cenderung menggunakan gaya pengajaran personal dalam pembelajaran bahasa Arab di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Disamping itu, dapatan analisis Ujian-t dinyatakan dalam jadual di atas bahawa ada perbezaan perspektif antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan berdasarkan gaya pengajaran guru.

Pelajar lelaki menyatakan guru sekolah nya lebih menggunakan gaya pengajaran autoritikal formal berbanding dengan pelajar perempuan yang gurunya menggunakan gaya pengajaran personal.

Dibahagian demografi responden telah tertera 3 buah sekolah , dimana ianya terdapat perbezaan jantina pada sekolah-sekolah tersebut.

SekolahMenengah Agama Al Ahmadi, Sekolah Menengah Agama Darul Falah, Sekolah Menengah Agama Al-Ehya El-Karim.

Hasil dapatan kajian menunjukkan sekolah menengah agama di melaka, guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Arab lebih menguasai gaya

Perkara Jantina

Jantina Lelaki Perempuan Min

df 4.18

0.756 4.50 0.634 Nilai-t -2.110

Sig 0.038

Perkara Jantina

Jantina Lelaki Perempuan Min

df 4.39

0.655 4.52 0.505 Nilai-t -1.086

Sig 0.281

Perkara Jantina

Jantina Lelaki Perempuan Min

df 4.32

0.708 4.48 0.594 Nilai-t -1.119

Sig 0.267

(6)

134 Received: 17 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

pengajaran personal berbanding gaya pengajaran yang lain. Walaupun ada sebuah sekolah menengah agama yang guru bahasa Arabnya menggunakan autoritikal formal. Implikasi daripada hasil dapatan kajian ini bagi mengatasi kelemahan guru dalam menguasai empat gaya pengajaran yang lain terhadap mata pelajaran bahasa Arab. Antaranya guru-guru bahasa perlu memberikan satu masa yang bersesuaian untuk berkongsi gaya pengajaran yang diaplikasikan dalam pembelajaran bahasa. Selain itu, guru juga perlu mencari ilmu lebih mendalam dan menguasai gaya pengajaran bagi meningkatkan pencapaian matlamat pdpc serta guru dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa Arab.

Oleh itu, pihak sekolah hendaklah menyokong aktiviti-aktiviti guru yang berkaitan dengan gaya pengajaran model [4]. Apabila diberikan tindak balas dari pihak sekolah, secara tidak langsungnya guru akan lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk cuba mempelbagaikan kaedah dalam mengaplikasikan gaya pengajaran guru terhadap pelajar sekolah menengah agama. Pihak sekolah dan guru diharapkan KPM, JPN dan PPD dapat memberikan sokongan dan bantuan kepada guru- guru bahasa Arab dengan menyediakan kursus dan program berkaitan dengan gaya pengajaran guru.

Kursus dan latiahan yang diadakan bagi tujuan meningkatkan tahap profesion perguruan adalah di bawah pusat perkembangan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

II. KESIMPULAN

Kesimpulannya, guru bahasa arab sebaiknya mengambil berat ke atas elemen-elemen yang terkandung dalam gaya pengajaran tersebut. Bukan hanya bersyarah tetapi pelbagaikan kreativiti dan aktiviti berdasarkan tahap penguasaan kosa kata bahasa pelajar dan keselesaan pelajar. Hal ini kerana, setiap gaya pengajaran boleh digunakan oleh guru dalam masa yang bersesuaian serta dapat menarik minat pelajar untuk meguasai bahasa Arab.

Guru merupakan antara faktor utama menjadi penentu tingkah laku belajar di kalangan pelajar.

Semakin berkualiti pengajaran, semakin meningkat kemahuan belajar.

RUJUKAN

[1] Abdul Razif Zaini. “Penguasaan Kosa Kata Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Melayu Di Peringkat Universiti”.

Tesis Sarjana. Universiti Malaysia. 2015.

[2] Abdul Razif Zaini dan Mohd Zaki Abd Rahman. “Saiz Kosa Kata Bahasa Arab dan Hubungannya dengan

Kemahiran Bertutur”. Jurnal Sultan Alaudin Sulaiman Shah, 4(1), 220- 228, 2017.

[3] Ainonmadiah Mohd, Nawawi Awanis Mohd, Norhana Md. Saad Juliana Baharuddin Siti Noor Ismail.

“Hubungan Antara Gaya Pengajaran Guru Dengan Tahap Ponteng Sekolah

Menengah Di Daerah Bachok, Kelantan”.

Proceeding of ICECRS, 1 341-358 ISSN.

2548- 6160, 2016.

[4] Grasha. A.F. “A Matter of Style: The Teacher as Expert, Formal Authority, Personal Model, Facilitator, and Delegator”. Helder Publication. 1994.

[5] Grasha, A. F.. Teaching with Style.

Pittsburgh, PA: Alliance. 1996.

[6] Krejeceie, R. V. & Morgan, D. W. . Determining samples size for

research activities. Educational and Psychological Measurement 30(3): 607 - 610. 1970.

[7] Mazeni , Ismail and Hasmadi,

Hassan. “Gaya pengajaran dalam kalangan guru Tabika Kemas di Kelantan”. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6

(Special). pp. 1-15. ISSN 2550-178X, 2007.

[6] Malatji, K. S. “A Call for Lecturers to Move Away from

Traditional Teaching to Facilitation in the Institutions of Higher Education: Challenges Encountered by Lecturers in the First Year Classes of a Rural University of the Eastern Cape”.

Mediterranean Journal of Social Sciences, 5 (11), 123 – 129. 2014.

[7] Noorazman Mahat. Panduan Menulis Karangan. http://karanganbagus.blogspot.

c om. 2009.

[8] Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak. “Hubungan Guru-Pelajar dan kakitangannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti

Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina

Pelajar” .Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2](2010]:61-69. 2010.

[9] Sternberg, R. J. Intelligence and lifelong learning: What's new and how can we use it? American Psychologist, 52(10), 1134–1139. 1997.

(7)

135 Received: 17 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

[10] Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff dan Juliawati Ibrahim.

“Perbandingan Gaya Pengajaran Guru Bahasa Melayu dan Guru Bahasa Inggeris”. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 67 - 92.

[11] Zawawi Ismail dan Muhammad Azhar Zailani. “Pendekatan Komunikatif Dalam Pendidikan Bahasa Arab Di Malaysia”. 16 - 35. Bangi: Minda Imtiyaz Publications.

2005.

Senarai Jadual

[1] Jadual 3.1 : gaya pengajaran guru berdasarkan perspektif pelajar, yang dirujuk berdasarkan jadual Oxfor (1990).

[2] Jadual 3.2 : Bilangan sampel kajian megikut kategori sekolah (Krejcie & Morgan).

[3] Jadual 4.1 : Demografi Responden [4] Jadual 4.2 : Interpretasi Min

[5] Jadual 4.3 : Ujian-t Jantina Dengan Dengan Gaya Pengajaran Model Personal Guru Bahasa Arab.

[6] Jadual 4.4 : Ujian-t Jantina Dengan Dengan Gaya Pengajaran Model Fasilitator Guru Bahasa Arab.

[7] Jadual 4.5 : Ujian-t Jantina Dengan Dengan Gaya Pengajaran Model Deligator Guru Bahasa Arab.

[8] Jadual 4.6 : Ujian-t Jantina Dengan Dengan Gaya Pengajaran Model Autoritikal Formal Guru Bahasa Arab .

[9] Jadual 4.7 : Ujian-t Jantina Dengan Dengan Gaya Pengajaran Model Pakar Guru Bahasa Arab.

(8)

136 Received: 17 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

AUTHOR’SINFORMATION First Author : Marziah

Zahra Mohd Sharif

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Malaysia E-mail: P95926@siswa.ukm.edu.my

Second Author : Nik Mohd Rahimi Nik

Yusoff Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Malaysia E-mail: nikmrahimi@gmail.com.my

Referensi

Dokumen terkait

menunjukkan bahwa Na-TPP sebagai agen ikatan silang dan Tween 80 sebagai surfaktan dapat digunakan dalam pembuatan nano partikel kitosan, dengan ukuran yang hampir

Adapun hasil penelitian menunjukkan bahwa pemberian upah yang dilakukan oleh Catering An Nur peraturan di Indonesia tidak memiliki kesesuaian dengan ketentuan peraturan

PROGRAM INFSTRUKTUR KAWASAN NATUNA - ANAMBAS Rekonstruksi Jalan Masuk ke Pelabuhan KKP Sabang Mawang Panjang 0,8 km Rekonstruksi Jalan Masuk ke Kawasan Maritim Teluk Depeh

Dari sinilah peneliti mencoba untuk menggunakan model pembelajaran Student Team Achievement Division yang dapat memberikan pengetahuan yang lebih baik dan dapat

Manajemen Koran Sindo sebaiknya menggunakan metode variable costing untuk pengambilan keputusan jangka pendek karena hanya menghitung biaya variabel saja dan

Dengan cara membagi jumlah pendapatan yang tersedia untuk pemegang saham biasa dengan jumlah lembar saham biasa yang beredar maka akan diketahui jumlah lembar pendapatan

Rataan hasil penelitian ini memperlihatkan bahwa semakin tinggi level pemberian tepung Bawang Dayak maka akan menurunkan bobot akhir dari ayam broiler, hal ini diduga

[r]