GURU, SEKOLAH DAN MASYARAKAT ( PGA 103) SIDANG 2014/2015
TAJUK : PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI MODUL KESEDARAN SIVIK :“KEMPEN SAYANGI TANDAS ANDA UNTUK KELESTARIAN HARI
ESOK”&“KEMPEN SENYUM SEINDAH SURIA”
AHLI KUMPULAN:
MUHAMAD HANIFF BIN AHMAD (123606)
HELLEN ANNES BINTI MARTIN (123582)
MUHAMMAD FARHAN BIN KAMARUDIN (123614)
RHONES ANAK UGAS (123677)
FATMA NAJIHA BINTI AZIZ (123579)
ANIS MADIHAH BINTI MOHD RASUL (123567)
MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ B. ABD HAMID (123611)
KHAIRUL BIN ABU BAKAR (123587)
TERAFANE ANAK TENIE (123694)
DISEDIAKAN UNTUK :
DR. NAJEEMAH BT. MOHD YUSOF DR. RABIATUL ADAWIAH AHMAD RASHID
( Penyelaras/Pensyarah Kursus Guru, Sekolah & Masyarakat)
Abstrak
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan salah satu institusi yang melahirkan golongan pendidik yang berkualiti bagi menjamin pembentukan generasi yang berkualiti pada masa hadapan. Antara kursus wajib yang diajar di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan ialah kursus Guru, Sekolah dan Masyarakat. Dalam kursus ini setiap pelajar diwajibkan menjalankan aktiviti khidmat komuniti yang dibahagikan kepada tema-tema yang berbeza.. Menerusi aktiviti ini mampu membentuk golongan pendidik yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi serta mampu berhadapan dengan cabaran tugas guru yang sebenar. Antara tema yang diberikan untuk melaksanakan aktiviti khidmat komuniti ialah kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kreatif, kesedaran sivik, semangat patriotism dan sensitiviti budaya. Kami terdiri daripada 9 orang ahli anggota kumpulan sepakat memilih kesedaran sivik sebagai tema aktiviti khidmat komuniti. Menerusi tema tersebut, kami telah merangka dua modul aktiviti berkaitan dengan kesedaran sivik. Modul aktiviti yang kami jalankan merupakan aktiviti yang amat dekat dengan jiwa masyarakat namun sering dipandang enteng oleh segelintir individu. Modul aktiviti yang kami jalankan adalah mempunyai skop serta target yang berbeza mengikut setiap modul aktiviti. Melalui platform tugasan ini kami telah menjalankan dua modul aktiviti iaitu `Kempen Sayangi Tandas Anda Untuk Kelestarian Hari Esok` dan ` Kempen Senyum Seindah Suria`. Diharap dengan modul aktiviti yang dijalankan mampu memberi suntikan perubahan kepada agen masyarakat secara tidak langsung. Kami selaku bakal pendidik menyambut baik dengan inisiatif Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan mewujudkan silibus seperti ini. Hal yang demikian kerana, aktiviti seperti ini mampu mendedahkan kami dengan realiti kehidupan seorang guru yang sebenar.
Laporan Khidmat Komuniti ` Sayangi Tandas Anda Untuk Kelestarian Hari Esok`.
1.0 Pengenalan
Kanak-kanak merupakan aset negara yang paling berharga. Kanak-kanak merupakan generasi pewaris pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu, sebagai generasi yang lebih berusia daripada mereka kita haruslah memainkan peranan untuk mendidik dan membentuk personaliti yang baik dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, bak kata pepatah melayu `melentur buluh biarlah daripada rebungnya` , kita haruslah sentiasa memanfaatkan masa kanak-kanak untuk membentuk jati diri yang baik dalam kalangan diri mereka. Antara nilai yang harus dititik beratkan ialah nilai moral dan kesedaran sivik. Lantaran itu, kami beranggapan bahawa nilai kebersihan merupakan teras kepada pembentukan nilai-nilai murni lain dalam diri seseorang kanak-kanak. Tandas dilihat sebagai satu simbolik kebersihan yang dekat dengan diri kanak-kanak. Hal yang demikian kerana, sejak daripada usia kanak-kanak lagi seseorang manusia diberikan autonomi untuk menguruskan dan mengendalikan tandas. Pada usia lingkungan 3-6 tahun merupakan masa dan saat yang tepat untuk mendidik seseorang manusia supaya peka dan cakna akan kepentingan untuk menjaga kebersihan tandas. Buktinya menurut kajian pakar psikolog barat iaitu melalui teori Eric Erikson menyatakan bahawa pada lingkungan usia ini seseorang manusia lebih mudah menerima input sama ada positif mahupun negatif, serta pada ketika ini juga manusia sering merujuk tindakan atau perlakuan seseorang sebagai panduan dalam membentuk jati diri mereka. Sesungguhnya dengan mengadakan projek seumpama ` Sayangi Tandas Anda Untuk Kelestarian Hari Esok` mampu membentuk satu generasi masyarakat yang maju dan berfikiran kelas pertama pada masa hadapan. Kami selaku bakal guru yakin dengan projek ini mampu membuka lembaran baru dalam membentuk generasi yang peka akan kebersihan dan kelestarian. Kami tidak melakukan projek ini hanya bertujuan untuk menyiap tugasan projek, namun kami mengambil peluang disini untuk menjalankan tanggungjawab sosial bagi membina sebuah negara yang maju dari aspek pembangunan fizikal dan rohani pada masa hadapan.
Untuk melaksanakan modul aktiviti ini kami sepakat memilih Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Berhad sebagai lokasi kajian. Kami memilih seramai 17 orang pelajar 5 tahun untuk dilaksanakan aktiviti ini. Kesemua pelajar memberi respon yang baik terhadap modul aktiviti ini.
Sesungguhnya setiap pelajar amat teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penggunaan tandas dengan betul dan tepat. Dalam melaksanakan modul aktiviti ini, kami telah merancang beberapa aktiviti utama antaranya ialah perbentangan slide show `Sayangi Tandas Anda Untuk Kelestarian Hari Esok` , demo penggunaan tandas dengan betul, dan kuiz `Tandas Pilihan Adik- adik`. Selain itu, bagi menimbulkan minat dan unsur kegembiraan semasa aktiviti kami turut mengadakan aktiviti seperti tayangan video berkaitan tandas berkualiti, nyayian dan tarian `chicken dance`.
2.0 Penghargaan
Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi dan jutaan penghargaan kami ucapkan kepada para penasihat dan seterusnya pihak pengursan Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Berhad kerana memberi sokongan kepada kami untuk menjayakan projek ini. Tidak dilupakan juga kepada adik-adik tahun 5 Comel yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti ini dijalankan.
Akhir kata, pihak kami mengharapkan projek khidmat komuniti yang kami jalankan ini akan memberi manfaat sepenuhnya kepada adik-adik tahun 5 Comel. Diharap mereka dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dicurahkan dalam kehidupan seharian mereka. Sesungguhnya generasi muda khususnya kanak-kanak merupakan agen perubahan terbesar dalam masyarakat.
Dengan wujudnya kesedaran dalam diri kanak-kanak mengenai kebersihan tandas maka akan lahirlah satu generasi yang mengutamakan kebersihan tandas pada masa akan datang.
3.0 Objektif Modul Aktiviti
3.1 Memberi pendedahan kepada kanak-kanak di Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Berhad tentang kepentingan penjagaan kebersihan tandas.
- Bagi melaksanakan objektif kajian ini, kami bersepakat menggunakan kaedah perbentangan slide show yang menyeronokan bagi menarik minat kanak-kanak tahun 5 Comel.
3.2 Menunjukkan demo penggunaan tandas yang betul kepada kanak-kanak di Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Berhad.
- Untuk objektif kajian ini kami menggunakan kaedah praktikal iaitu kami menunjukkan demo penggunaan tandas yang betul kepada kanak-kanak tahun 5 Comel. Kami membawa kanak-kanak ini pergi ke tandas dan mengalami sendiri proses yang betul dan tepat. Hal yang demikian kerana, kami beranggapan bahawa kaedah praktikal akan lebih mudah difahami dan diaplikasikan oleh kanak- kanak.
3.3 Mengadakan aktiviti yang bersifat kritis dan kreatif berkaitan dengan pemahaman seseorang pelajar tadika mengenai tandas.
Objektif kajian ini dijalankan melalui kaedah kuiz ` Yang Manakah Tandas Pilihan Adik-adik`. Kami mengalakkan kanak-kanak berfikir secara kreatif dan kritis untuk menilai. Aktiviti ini merupakan rumusan kepada segala aktiviti yang dijalanakna sebelum ini. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pemahaman kanak-kanak tahun 5 Comel terhadap penyampaian kami pada aktiviti sebelumnya.
4.0 Kumpulan Sasar
Aktiviti ini mensasarkan kepada para pelajar tahun 5 Comel di Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Berhad. Kami memilih pelajar tadika dalam melaksanakan program ini kerana pelajar tadika merupakan golongan kanak-kanak iaitu pada ketika ini manusia mudah menerima input dan pembentukan identiti diri berlaku dengan giat. Sekiranya pendedahan ini diberikan pada peringkat kanak-kanak kami percaya input yang disampaikan mudah diterima dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Di samping itu, kami percaya bagi membentuk rakyat yang cemerlang, gemilang dan terbilang adalah bermula pada zaman kanak-kanak.
5.0 Ahli Jawatankuasa Program
Tema : Kesedaran Sivik
Tarikh : 7 November 2014
Penasihat : Dr. Najeemah Binti Mohd Yusof
Ahli Perlaksana
Pengerusi : Muhamad Haniff Bin Ahmad
Naib Pengerusi : Anis Madihah Binti Mohd Rasul
Setiausaha : Hellen Annes Binti Martin
Naib Setiausaha : Fatma Najiha Binti Aziz
Bendahari : Terafane Anak Tenie
Ahli Jawatankuasa
Dokumentasi dan Multimedia : Rhones Anak Ugas
Aktiviti : Muhammad Farhan Bin Kamarudin
Peralatan : Muhamad Amirul Syafiq Bin Abdul Hamid
Program : Muhamad Khairul bin Abu Bakar
6.0 Perancangan Aktiviti
Aktiviti ini telah dirancang sejak bulan Oktober 2014 yang lalu . Perancangan awal dilakukan supaya projek ini berjalan dengan lancar. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk melaksanakan tugasan khidmat komuniti bagi kursus PGA 103 : Guru , Sekolah dan Masyarakat. Kami telah memilih tadika sebagai lokasi aktiviti kerana kami menganggapkan kesedaran sivik dan moral berkaitan tandas haruslah dimulakan seawal mungkin agar dapat melahirkan satu generasi yang benar-benar menghargai kebersihan tandas khususnya tandas awam. Kami telah merancang aktiviti dengan teliti agar ianya seiring dan bertetapan dengan golongan sasar kami iaitu kanak-kanak tadika yang berusia 5 tahun. Meskipun tema modul aktiviti kami ialah kesedaran sivik namun kami mencuba sebaik mungkin agar aktiviti yang kami jalankan memberikan unsur kegembiraan kepada mereka. Kami tidak menjalankan kempen secara formal malah kami turut selitkan unsur-unsur kegembiraan dan keseronokkan dalam menjalankan aktiviti ini.. Sesungguhnya kami yakin bahawa jika penyampaian dijalankan secara bersahaja dan menghiburkan ianya mampu memberi impak yang besar kepada kanak-kanak.
Guru merupakan insan yang membina generasi cemerlang dan mampu membentuk jati diri anak bangsa yang gemilang dan terbilang. Lantaran itu, sebagai seorang guru yang cemerlang kita haruslah bijak menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi. Oleh itu, kami beranggapan bahawa melaksanakan aktiviti di tadika merupakan suatu cabaran yang dapat memberi pengalaman dan kematangan kepada kami. Sesungguhnya ia menguji kebijaksaan kami untuk menyusun aktiviti supaya bersesuai dengan perkembangan kanak-kanak pada usia 5 tahun.
Pelbagai pihak memberi kerjasama terhadap kami dalam menjalankan aktiviti ini. Kerjasama yang paling tiada tolok bandingnya adalah daripada pihak pengurusan Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Berhad sendiri, khususnya Puan Hazariah Bt Mohd Siran iaitu guru besar sekolah berkenaan yang telah memberi peluang kepada kami untuk menjalankan khidmat komuniti disana. Bagi menjalankan program ini, kami telah berundingan dengan Puan Hazariah bagi memilih tarikh dan golongan pelajar yang sesuai bagi menjalankan aktiviti ini. Selain itu, kami turut menyediakan kertas kerja bagi penilaian Puan Hazariah berkenaan aktiviti yang bakal kami laksanakan di tadika berkenaan. Sesungguhnya tanpa kerjasama semua pihak kami tidak dapat melaksanakan khidmat komuniti ini dengan cemerlang.
Selain itu, bagi melaksanakan aktiviti ini kami turut membuat agihan kerja iaitu kami telah membahagikan kerja secara adil agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Bukan itu sahaja, kami turut menyediakan tentatif program supaya dapat memudahkan perjalanan program serta memberi gambaran awal kepada pihak tadika berkaitan dengan program yang bakal dijalankan.
Berikut merupakan tentatif aktiviti yang dijalankan :
Atur Cara Program
Masa Aktiviti
9.00 Pagi - 10.25 Pagi 1) Ucapan aluan
2) Bacaan doa 3) Sesi Suai Kenal
4) Aktiviti senaman `Chicken Dance`
5) Sesi penerangan dan tayangan `slide show`
6) Tayangan video berkaitan tandas berkualiti 10.25 Pagi - 10.55 Pagi Waktu rehat pelajar ( Pelajar dibawa oleh guru
tadika ke pantry)
11.00 Pagi - 11.30 Pagi 1) Demo dan penerangan mengenai
penggunaan tandas yang betul
2) Sesi tayangan video dan penerangan 7 langkah mencuci tangan
3) Sesi pratikal iaitu membawa pelajar tadika ke tandas dan sekali lagi mengaplikasikan demo penggunaan tandas secara praktikal 11.30 Pagi - 12 Tengah Hari 1) Kuiz ` Tandas Pilihan Adik-adik`
2) Nyayian dan tayangan video 3) Sesi bergambar dan bersalaman
Selain itu , kami turut membuat belanjawan mengenai bajet yang digunakan bagi menjalankan aktiviti ini. Berikut merupakan bajet yang kami gunakan bagi menjalankan aktiviti ini.
Barangan Perbelanjaan
Penanda Buku `Sayangi Tandas Anda` RM 24.40
Peralatan Demo Penggunaan Tandas RM 24.20
JUMLAH RM 48.60
6.1 Perancangan Modul Aktiviti Secara Langkah Demi Langkah dan Bahan Bantu
Dalam melaksanakan `Kempen Sayangi Tandas Anda Untuk Kelestarian Hari Esok` kami telah menjalankan 3 aktiviti iaitu aktiviti perbentangan `slide show` berkaitan dengan tandas berkualiti, demo penggunaan tandas dengan cara yang tepat dan betul, dan kuiz `Tandas Pilihan Adik-adik`.
6.1.1 Perbentangan `slide show` berkaitan tandas berkualiti
Kami telah mengambil langkah dengan membuka minda kanak-kanak tahun 5 comel dengan menayangkan slide show serta video yang bertemakan sayangi tandas anda untuk kelestarian hari esok. Dalam tayangan slide show berkenaan kami telah menerangkan tentang jenis-jenis tandas serta cara penggunaan tandas yang betul. Selain itu, kami turut menerangkan kepada pelajar tadika tentang cara untuk memasuki tandas yang betul. Bagi menerangkan berkaitan perkara tersebut kami ada menayangkan slide show yang menunjukkan simbol tandas lelaki dan perempuan. Di akhir perbentangan ini kami mendapati pelajar tadika mampu menilai tandas yang mana sepatutnya mereka masuk semasa menggunakan tandas awam. Di samping itu, kami turut mengadakan tayangan cabaran minda bagi menguji pemikiran pelajar tadika sama ada mereka mampu menilai dan meneliti tandas pilihan mereka yang berkualiti. Untuk menjalankan aktiviti ini kami menggunakan alat bantu seperti komputer riba, projekter dan skrin tayangan LCD. (Bagi butiran yang lebih lanjut kami ada menyediakan soft copy dan hard copy di bahagian lampiran)
6.1.2 Demo Penggunaan Tandas Yang Betul Kepada Pelajar Tadika
Kami turut menjalankan demo penggunaan tandas yang betul kepada pelajar tadika bagi memastikan mereka memahami secara mendalam mengenai tatacara penggunaan tandas yang tepat. Bagi aspek tersebut kami telah mengadakan demo secara teori dan praktikal. Secara teori kami telah menggunakan kaedah pengajaran secara paparan gambar iaitu kami menggunakan gambar-gambar yang menarik untuk menunjukkan langkah-langkah penggunaan tandas yang betul.
Selain itu, pengajaran secara teori juga kami menggunakan tayangan video seperti tayangan video cara mencuci tangan dengan betul serta video tandas berkualiti. Dengan kaedah pengajaran teori yang menarik mampu memberi perasaan keseronokkan dalam kalangan pelajar tadika untuk mempelajari kaedah penggunaan tandas dengan tepat. Bukan itu sahaja, kami turut menggunakan kaedah demo secara praktikal. Kami telah membawa pelajar-pelajar ke tandas untuk membuat demo cara-cara mencuci tangan dengan betul serta cara-cara penggunaan tandas dengan tepat.
Sesungguhnya, melalui kaedah pengajaran demo secara teori dan praktikal mampu memberi kefahaman secara holistik kepada pelajar-pelajar tadika mengenai cara penggunaan tandas dengan tepat dan betul. (Maklumat berkaitan pengajaran teori dan praktikal turut dilampirkan dalam bahagian lampiran)
6.1.3 Aktiviti Kuiz ` Tandas Pilihan Adik-adik`.
Bagi memastikan objektif tercapai untuk memberi kesedaran kepada pelajar tadika berkenaan kepentingan penjagaan kebersihan tandas. Kami telah mengadakan kuiz ` Tandas Pilihan Adik-adik`
bagi memberi pilihan kepada pelajar tadika untuk menilai tandas bagaimana yang mereka inginkan.
Bagi tujuan tersebut kami telah mengedarkan helaian kertas yang tertera gambar tandas yang bersih dan cantik dan gambar tandas yang kotor. Pada situasi ini pelajar tadika diberikan autonomi untuk memilih tandas pilihan mereka. Pada masa yang sama pelajar tadika telah diberikan kepada beberapa kumpulan yang mana setiap kumpulan telah dibimbing oleh fasilitator yang terdiri daripada kami sendiri. Kami bertindak sebagai individu yang membimbing serta memberi
penerangan secara ringkas dan menyeluruh mengenai kebersihan dan kelestarian tandas. (Kertas helaian aktiviti kuiz `Tandas Pilihan Adik-adik” kami lampirkan di ruangan lampiran)
7.0 Laporan Modul Aktivtiti Yang Dilaksanakan
Kami mula membuat perancangan aktiviti sejak menulis kertas kerja kepada pihak Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Bhd lagi. Aktiviti yang dirancang telah dinilai dengan sebaik mungkin bagi memastikan ianya bersesuai dengan kumpulan sasar kami iaitu pelajar yang berusia 5 tahun.
Kami merancang untuk menjalankan aktiviti selama 3 jam yang mana mengandungi 3 aktiviti yang berkaitan dengan tema kesedaran sivik iaitu `Sayangi Tandas Anda Untuk Kelestarian Hari Esok`.
Pada 7 November 2014 kami memulakan aktiviti pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Namun begitu, kami telah datang awal ke tadika berkenaan bagi tujuan persediaan alat bantu untuk memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar. Kami terdiri daripada 9 orang anggota kumpulan masing-masing diagihkan kerja dengan baik dan sistematik. Syukur Alhamdulillah sepanjang 3 jam program berlangsung kami dapat menjalankan aktiviti dengan baik dan berkesan kepada pelajar.
Pada jam 8.15 pagi kami terdiri daripada 9 anggota kumpulan bergerak ke tadika untuk proses persediaan. Kami telah memasang projekter LCD bagi proses tayangan video dan slide show. Kami memilih untuk membuat persediaan awal agar aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan teknikal
Pada jam 8.50 pagi kami telah membawa pelajar-pelajar tahun 5 Comel ke bilik komputer yang telah kami sediakan tayangan video dan slide show. Pelajar-pelajar kelihatan amat teruja untuk meneruskan aktiviti bersama kami. Pada jam 9.00 pagi kami memulakan aktiviti dengan majlis bacaan doa dan penerangan ringkas mengenai tentatif program pada hari tersebut. Selepas sesi penerangan kami semua yang bertindak sebagai fasilitator telah memperkenalkan diri kepada
pelajar-pelajar tadika. Sesi suai kenal diadakan bagi menimbulkan keserasian antara pelajar-pelajar tadika dengan kami.
Pada jam 9.15 pagi kami telah mengadakan senaman ringan. Kaedah senaman kami adalah berbentuk hiburan dan menyeronokkan. Kami telah menayangkan video `Chicken Dance` untuk menimbulkan minat dalam kalangan pelajar. Pelajar amat teruja untuk melakukan tarian berkenaan.
Selain itu, kami semua selaku fasilitator turut sama menari agar para pelajar berasa mereka selesa dengan kehadiran kami.
Pada jam 9.15 sehingga 10.25 pagi kami telah membuat tayangan video dan slide show berkaitan tandas berkualiti. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan kanak-kanak faham akan kepentingan penjagaan kebersihan tandas. Selain itu, kami turut menayangkan slide show yang menarik sesuai dengan pemikiran seorang pelajar tadika yang berusia 5 tahun. Selain itu, kami turut menayangkan video yang berbentuk nyayian untuk doa masuk tandas, doa keluar tandas dan video tandas berkualiti. Para pelajar dilihat amat teruja untuk menyertai dan mendengar perbentangan kami. Hal yang demikian kerana, kami telah memasukkan unsur hiburan dalam aktiviti yang dijalankan. Di akhir perbentangan, kami telah membuat latihan cabaran minda bagi memberi autonomi kepada pelajar tadika untuk memilih cara penggunaan tandas yang betul, tandas pilihan mereka dan cara memilih tandas dengan betul berdasarkan simbol jantina. Soalan cabaran minda ini kami berikan berdasarkan perbentangan dan tayangan video yang kami telah laksanakan sebelum ini. ( Kami telah menyediakan softcopy dan hardcopy bagi aktiviti ini di bahagian lampiran)
Pada jam 10.25 – 10.55 pagi pelajar telah dibawa ke pantry oleh guru pengiring. Hal yang demikian kerana, pada waktu itu merupakan waktu rehat bagi pelajar-pelajar di tadika. Kami juga mengambil peluang untuk membuat persediaan bagi menjalankan aktiviti seterusnya.
Seterusnya, kami menyambung semula aktiviti dengan demo penggunaan tandas dengan betul dan tepat. Kami menjalankan aktiviti ini dari pukul 11.00 sehingga 11.30 pagi. Kami memberi demo
kepada pelajar tadika melalui 2 cara iaitu kaedah teori dan praktikal. Melalui kaedah teori kami menggunakan kaedah perbentangan menggunakan helaian kertas yang mempunyai gambar yang cantik dan menarik. Perbentangan tersebut telah memaparkan demo penggunaan tandas yang betul mengikut turutan yang tepat. Hal ini sekaligus memberi pemahaman kepada pelajar secara mendalam mengenai cara penggunaan tandas dengan betul. Selain itu, kami telah menggunakan kaedah tayangan video untuk memudahkan pelajar memahami tentang cara mencuci tangan dengan betul. Tayangan video terbabit menunjukkan tujuh langkah untuk mencuci tangan dengan betul melalui nyayian dan visual yang menarik. Sesungguhnya pelajar tadika amat teruja dengan tayangan video berkenaan. ( Bagi helaian kertas perbentangan demo penggunaan tandas dengan betul (hardcopy) dan video mencuci tangan (softcopy) dengan betul kami lampirkan dalam bahagian lampiran). Bukan itu sahaja, kami turut mengadakan demo penggunaan tandas dan cara mencuci tangan dengan betul secara praktikal iaitu kami membawa pelajar ke tandas yang berhampiran untuk memberi peluang pelajar mempraktikkan teori yang diajarkan kepada mereka. Namun begitu, kami turut memberi bantuan dan bimbingan agar perkara yang mereka pratikkan tidak menyimpang daripada kaedah sebenar. ( Bagi sesi demo pengguanaan tandas secara praktikal kami lampirkan di ruangan lampiran dalam bentuk hardcopy )
Selepas selesai aktiviti demo penggunaan tandas kami menjalankan aktiviti kuiz ` Tandas Pilihan Adik-adik`. Aktiviti tersebut dijalankan pada pukul 11.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Aktiviti ini bertujuaan untuk mengenalpasti sama ada objektif kami tercapai atau tidak untuk menjadikan pelajar 5 tahun comel memahami konsep tandas yang berkualiti. Sesungguhnya kami amat berpuas hati kerana kesemua mereka memilih tandas yang bersih, cantik , dan kondusif sebagai pilihan mereka. Kami turut mengagihkan mereka kepada beberapa kumpulan. Tujuannya adalah untuk memastikan penerangan secara jelas dapat diberikan kepada pelajar-pelajar tadika.
Kami berfungsi sebagai fasilitator yang memberi ringkasan kepada pelajar-pelajar tentang perbincangan pada hari tersebut pada keseluruhannya. Kami dapat tersenyum gembira kerana penyampaian kami pada hari tersebut berjaya. Hal ini kerana kesemua mereka faham akan objektif
yang kami ingin sampaikan. Naluri seorang pendidik yang menebal dalam diri kami amat terusik apabila mereka mampu menjelaskan mengapa mereka memilih tandas yang berkualiti berdasarkan perbentangan yang dijalankan pada aktiviti sebelumnya. ( Bagi aktiviti kuiz ` Tandas Pilihan Adik- adik` kami ada sediakan gambar di bahagian lampiran)
Tidak terhenti disitu, sebagai menghargai kerjasama pelajar-pelajar tadika kami telah memberikan mereka cenderamata iaitu penanda buku. Penanda buku berkenaan adalah hasil kerja kami sendiri.
Tema penanda buku berkenaan adalah ` Sayangi Tandas Anda Untuk Kelestarian Hari Esok`. Pelajar- pelajar tadika amat gembira menerima cenderamata tersebut. Diharap dengan pemberian cenderamata tersebut mampu memberi kesedaran secara jangka panjang kepada pelajar mengenai kepentingan penjagaan tandas secara berterusan.
8.0 Refleksi
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang amat mementingkan pembangunan infrastruktur dan pemikiran rakyat yang berminda kelas pertama. Seiring dengan itu, aspek kesedaran sivik haruslah ditekankan agar rakyat berfikiran kelas pertama dapat diwujudkan. Kanak- kanak merupakan agen perubahan utama dalam membentuk satu masyarakat yang berkualiti. Oleh yang demikian, kami yakin dengan memberikan kesedaran sivik kepada kanak-kanak mampu mencorak masa hadapan negara yang terbilang.
8.1 Keberkesanan Modul Aktiviti
Menerusi modul aktiviti yang kami jalankan di Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Bhd, kami dapati aktiviti ini amat relevan dan berkesan dalam membentuk jati diri kanak-kanak yang cintakan kebersihan dan memupuk sikap bertangunggjawab. Hal yang demikian kerana, menerusi aktiviti ini mampu memberi kesedaran kepada pelajar tadika akan kepentingan penjagaan tandas. Kesedaran yang kami maksudkan ialah, mungkin suatu ketika dahulu mereka menanggap menjaga kebersihan
tandas adalah suatu perkara yang enteng namun selepas menyertai kempen ini persepsi mereka berubah dan lebih bersikap positif terhadap kepentingan menjaga kebersihan tandas.
Selain itu, melalui perlaksanaan modul aktiviti ini mampu memberi kemahiran insaniah kepada kami. Selaku bakal guru kemahiran insaniah merupakan aspek yang amat penting. Hal yang demikian kerana kerjaya seorang guru memerlukan kemahiran intrapersonal yang baik. Menerusi modul aktiviti ini kami dapat mengasah kemahiran sosial kami dengan kanak-kanak. Seperti yang kita tahu kanak-kanak merupakan golongan yang sukar untuk dikawal. Oleh itu, kemahiran pengurusan kanak- kanak ini mampu memberi pengalaman baru kepada kami. Kami beranggapan bahawa pengalaman ini sukar diperolehi dan mungkin kami tidak dapat memperolehi pengalaman seperti ini lagi pada masa hadapan.
8.2 Kelemahan Modul Aktiviti
Meskipun terdapat banyak keberkesanan yang diperolehi melalui aktiviti ini. Namun terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti. Antaranya ialah aspek kesuntukan masa. Kami mengalami kesuntukan masa akibat memilih hari jumaat sebagai hari untuk menjalankan modul aktiviti. Jika aktiviti ini dapat dilanjutkan lagi selama satu jam . Kami yakin aktiviti yang dijalankan akan lebih mantap dan menyeronokkan. Walau bagaimanapun, kami turut berpuas hati dengan penyampaian kami pada hari tersebut. Sesungguhnya kepuasan yang kami perolehi terpancar melalui kegembiraan pelajar-pelajar tadika dan kefahaman mereka terhadap apa yang kami sampaikan.
8.3 Cadangan Terhadap Modul Aktiviti Ini Pada Masa Akan Datang
Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang menarik dan mampu memberi kesedaran kepada pelajar- pelajar tadika terhadap kepentingan penjagaan tandas. Cadangan saya untuk modul aktiviti ini ialah , elok kiranya jika aktiviti ini dilaksanakan kepada semua pelajar tadika. Hal yang demikian kerana, tandas merupakan simbolik kepada nilai kebersihan. Oleh itu, bagi mendidik generasi kanak-kanak
mengenai kebersihan tandas merupakan platform terbaik. Kami amat berasa gembira jika dapat melaksanakan modul aktiviti kepada semua pelajar-pelajar di Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Bhd. Lantaran itu, kami yakin jika aktivti ini diteruskan dan diperluaskan ianya mampu mengubah persepsi pelajar secara keseluruhannya mengenai tandas. Hal ini bermaksud tiada lagi pandangan enteng pelajar tadika terhadap kepentingan penjagaan kebersihan tandas.
9.0 Kesimpulan
Diharap program ini mampu memberi kesedaran dan manfaat kepada pelajar-pelajar di Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Bhd yang terlibat dalam modul aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, kesedaran sivik ini harus dimulakan seawal mungkin bagi menjamin generasi akan datang adalah generasi yang berkualiti.
Laporan Khidmat Komuniti : Senyum Seindah Suria
1.0 Pengenalan
‘Senyuman itu sedekah’, ‘senyuman rahsia awet muda’, ‘senyuman pengubat duka’.
Demikianlah kata-kata pujangga bagi senyuman. Sidang akhbar banyak menyiarkan kempen senyuman untuk perkhidmatan awam bagi memastikan perkhidmatan dapat memenuhi kehendak pelanggan. Senyuman dalam perkhidmatan awam berperanan sebagai simbolik penyediaan perkhidmatan yang mesra pelanggan. Berdasarkan berita Harian Metro pada 22 April 2011 ‘kajian membuktikan bahawa individu yang ketawa 100 kali dalam masa 24 jam sama seperti menjalankan aktiviti kardiovaskular selama 10 minit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Abdul Razak dalam Kempen Amalan Senyum Perbendaharaan. Hal ini membuktikan bahawa senyuman banyak membawa kebaikan tanpa mengira aspek termasuklah dari aspek kesihatan dan ini membuktikan senyuman boleh menjadi simbolik kesihatan. Walau bagaimanapun, kempen senyum ini lebih wajar diadakan dengan melibatkan setiap lapisan masyarakat bukan sekadar untuk meningkatkan perkhidmatan awam.
Masyarakat merupakan generasi peneraju kemajuan negara pada masa hadapan terutamanya para mahasiswa dan mahasiswi yang diberi kepercayaan untuk memimpin negara berbekalkan ilmu yang dituntut ketika belajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta iaitu IPTA dan IPTS. Membudayakan amalan senyum dalam kalangan masyarakat tidak sukar kerana amalan senyum perkara yang biasa dilakukan dalam kehidupan seharian dalam keadaan sengaja ataupun tidak sengaja. Kempen
“Senyum Seindah Suria” ini dilaksanakan sebagai simbolik hormat-menghormati dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Senyuman ini akan lebih mengukuhkan ukhuwah antara pelajar walaupun tidak mengenali antara satu sama yang lain terutamanya ketika berselisih
antara satu sama yang lain. Kempen senyum ini akan terus dilaksanakan untuk membudayakan amalan senyum.
Individu yang panas baran dan ingin memaki individu lain ketika menghadapi masalah atau tekanan, jika senyum secara langsung akan menjadi individu yang sebaliknya.
Perkara inilah yang digelar sebagai ‘kuasa senyuman’. Tambahan pula, peristiwa ini akan menggunakan senyuman sebagai simbolik ‘penyejuk perasaan’. Dalam agama juga menekankan supaya senyum ketika marah kerana ini akan membuat emosi individu berkenaan kembali stabil. Jadi kempen senyuman ini dilaksanakan untuk santapan semua lapisan masyarakat khususnya pelajar.
Kempen senyuman ini diadakan di kawasan Universiti Sains Malaysia (USM) yang melibatkan warga mahasiswa dan mahasiswi. Kami memulakan kempen senyum ini dengan mengadakan Pidato Umum untuk santapan para peserta sambil mengedarkan brosur. Pidato ini berkaitan dengan senyuman sebagai simbolik hormat-menghormati dan penyatuan antara mahasiswa dan mahasiswi. Para peserta telah memberi tumpuan yang baik sepanjang sesi pidato dijalankan. Kemudian, sesi bergambar (selfie corner) dengan senyuman ikhlas dijalankan dalam kalangan peserta. Untuk menghidupkan lagi suasana sepanjang kempen kami menyediakan satu kad manila untuk mendapatkan semua tandatangan peserta. Kad manila ini dijadikan simbolik kejayaan kempen yang kami jalankan.
2.0 Penghargaan
Alhamdulillah setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah S.W.T di atas segala limpahan kurnia rahmatnya yang telah mengizinkan kajian ini dapat diselesaikan. Oleh itu, terlebih dahulu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Najeemah Mohd. Yusof, selaku pensyarah atau penyelaras yang juga merupakan tutor kami untuk kursus PGA 103 bagi semester satu, sidang akademik 2014/ 2015 kerana telah memberi tunjuk ajar, bimbingan, panduan dan kritikan yang membina serta membetulkan kelemahan kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan dan usaha beliau yang tidak jemu mencurahkan ilmu kepada kami, sudah tentu kami tidak berjaya menyelesaikan tugasan kajian ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan - rakan seperjuangan yang begitu banyak memberi sokongan, kerjasama dan bantuan dalam proses kami menyiapkan kajian ini baik secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak ketinggalan juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang sudi bekerjasama dengan kami dalam melaksanakan tugasan kempen “Senyum Seindah Suria” ini. Tanpa kalian, usaha kami ini tidak akan membuahkan hasil yang sempurna dalam menjayakan tugasan ini dengan baik. Akhir kata, kami berharap kempen ini dapat memberikan manfaat kepada semua warga Universiti Sains Malaysia.
Sekian, terima kasih.
3.0 Objektif Modul Aktiviti
3.1 Meningkatkan kesedaran sivik warga Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai kepentingan senyum.
- Bagi objektif kajian ini, kami telah mengedarkan brosur yang berkaitan dengan kepentingan senyum supaya warga USM lebih memahami betapa pentingnya senyuman dalam kehidupan seharian mereka seperti senyum ini dapat menjadikan seseorang sentiasa berfikiran positif, bijaksana dalam menyelesaikan masalah dan sentiasa berada dalam keadaan tenang. Brosur tersebut turut disertakan dengan kata- kata seperti “senyum itu indah”, “senyum itu cantik”, “senyum itu sedekah” dan
“senyum itu kekuatan” supaya warga USM ini tidak mengambil mudah berkaitan dengan kepentingan senyum ini.
3.2 Menjadikan budaya senyum sebagai amalan dalam kalangan warga Universiti Sains Malaysia.
- Objektif kajian ini dicapai melalui 3 jenis aktiviti iaitu sesi “ Speaker Corner” atau pidato umum yang berkaitan dengan kebaikan senyum, sesi “Selfie Corner” dan aktiviti tandatangan sebagai simbol sokongan mereka terhadap kempen “Senyum Seindah Suria” ini. Secara jelasnya, ketiga-tiga aktiviti ini secara tidak langsung dapat memberikan impak yang positif dalam kalangan warga USM supaya sentiasa menjadikan amalan senyum ini sebagai tabiat dalam kehidupan mereka sekali gus hubungan silaturahim sesama mereka juga akan bertambah erat.
4.0 Kumpulan Sasar
Aktiviti ini mensasarkan kepada semua warga Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang bagi memupuk sikap yang positif dalam diri semua warga USM. Selain itu, untuk menyedarkan warga USM akan kepentingan senyum dan cara membudayakannya. Kami yakin penyampaian yang dijalankan secara santai dan perancangan aktiviti yang menarik dapat menarik warga USM untuk menyertai kempen ini. Pendedahan ini diberikan, agar warga USM dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka sebagai pelajar.
Selain itu, kami percaya input yang disampaikan mudah diterima dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai pelajar Universiti. Justeru, bagi membentuk pelajar yang seimbang, seseorang itu harus mempunyai sikap yang positif selaian mempunyai tahap kecerdasan mental (IQ) yang tinggi selaras dengan falsafah Negara iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
5.0 Ahli Jawatankuasa Program
Tema : Kesedaran Sivik
Tarikh :11 November 2014
Penasihat : Dr. Najeemah Binti Mohd Yusof
Ahli Pelaksana
Pengerusi : Muhamad Haniff Bin Ahmad
Naib Pengerusi : Muhammad Farhan kamarudin
Setiausaha : Hellen Annes Binti Martin
Naib Setiausaha : Rhones Anak Ugas
Bendahari : Terafane Anak Tenie
Ahli Jawatankuasa
Dokumentasi dan Multimedia : Khairul bin Abu Bakar
Aktiviti : Anis Madihah Binti Mohd Rasul
Peralatan : Muhamad Amirul Syafiq Bin Abdul Hamid
Program : Fatma Najiha Binti Aziz
6.0 Perancangan Aktiviti
Aktiviti Kempen Senyum Seindah Suria dijalankan bagi memenuhi tugasan khidmat komuniti bagi kursus PGA 103 : Guru , Sekolah dan Masyarakat. Aktiviti ini telah dirancang sejak bulan Oktober 2014 yang lalu . Perancangan awal dilakukan supaya projek ini berjalan dengan lancar. Kami telah memilih kafe Restu sebagai lokasi projek khidmat komuniti kami.
Kami memilih lokasi ini bertujuan untuk menarik minat semua warga USM untuk menyokong Kempen Senyum ini. Kami telah merancang aktiviti dengan teliti agar ia seiring dan bertetapan dengan golongan sasar kami iaitu semua warga USM. Tema modul aktiviti kami ialah kesedaran sivik namun begitu kami menyelitkan unsur-unsur yang lebih santai dan dapat diterima oleh setiap lapisan warga USM. Sesungguhnya kami yakin bahawa penyampaian yang dijalankan secara santai dan perancangan aktiviti yang menarik serta sesuai dengan semua warga USM dapat meninggalkan kesan positif kepada mereka.
Peranan guru bukan hanya terletak pada tugas mengajar di dalam kelas namun guru merupakan agen sosialis dan pembentuk sahsiah setiap anak bangsa di negara ini. Lantaran itu, sebagai seorang guru yang cemerlang kita haruslah bijak menyatukan semua lapisan masyarakat serta menerapkan sahsiah diri terpuji dalam semua lapisan masyarakat. Oleh itu, kami beranggapan bahawa aktiviti bersama warga USM merupakan suatu cabaran yang dapat memberi pengalaman dan kematangan kepada kami. Sesungguhnya ia menguji kebijaksanaan dan kecekapan kami untuk mengurus dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan semua peringkat umur tanpa melanggar norma-norma budaya kaum tertentu.
Pelbagai pihak memberi kerjasama kepada kami dalam menjalankan aktiviti ini.
Kerjasama yang padu kami perolehi daripada mahasiswa dan mahasiswi USM. Mereka menunjukkan minat yang positif terhadap semua aktiviti yang kami anjurkan dan dalam pada masa yang sama memberi peluang kepada kami untuk menjalankan khidmat komuniti sebaiknya. Bagi menyempurnakan Kempen Senyum Seindah Suria ini, kami telah berbincang bersama – sama untuk memilih tarikh dan tempat awam yang dapat menarik perhatian semua
warga USM bagi menjalankan aktiviti ini. Sesungguhnya tanpa kerjasama semua pihak, kami tidak dapat melaksanakan khidmat komuniti ini dengan baik.
Selain itu, bagi melaksanakan aktiviti ini kami turut membuat pengkhususan kerja iaitu membahagikan kerja secara adil kepada semua ahli kumpulan agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Bukan itu sahaja, kami turut menyediakan tentatif program supaya dapat memudahkan perjalanan khidmat komuniti ini. Berikut merupakan tentatif aktiviti yang dijalankan:
Atur Cara Program
Aturcara program adalah seperti berikut:
9.00 malam : “Speaker corner”
Edaran brosur 9.20 malam : “Selfie corner”
Sesi Tandatangan 10.00 malam : Bersura
Selain itu , kami turut membuat belanjawan mengenai bajet yang digunakan bagi menjalankan aktiviti ini. Berikut merupakan bajet yang kami gunakan bagi menjalankan aktiviti ini.
Barangan Perbelanjaan
Brosur senyum RM 3.60
Bahan untuk sudut tandatangan RM 17.00
JUMLAH RM 20.60
6.1 Perancangan Modul Aktiviti Langkah Demi Langkah dan Bahan Bantu yang
Digunakan
Dalam melaksanakan ‘Kempen Senyum Seindah Suria’, kami telah menjalankan 3 aktiviti iaitu sesi “Speaker corner” tentang kepentingan senyum dan pengedaran brosur senyum, sesi
“ Selfie corner” yang boleh dibuat secara bersendirian atau berkumpulan bersama rakan serta aktiviti tandatangan untuk sokongan mereka terhadap kempen ini.
6.1.1 “Speaker Corner” tentang Kempen Senyum dan Pengedaran brosur Senyum
Kami menarik perhatian warga USM dengan mengadakan pidato umum tentang Kempen Senyum. Kami menerangkan kepada mereka tentang kepentingan senyum, cara membudayakan senyuman dan juga situasi yang sesuai untuk menghulurkan senyuman.
Dalam pada masa yang sama kami mengedarkan brosur kepada mereka bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap isi penyampaian pidato yang bakal disampaikan.
Pada akhir sesi “Speaker corner” ini, kami membuka satu kaunter untuk sesi fotografi yang menunjukkan senyuman yang paling manis. Sesi ini dilaksanakan selaras dengan objektif utama kempen ini. (Gambar sewaktu sesi speaker corner dilampirkan di bahagian lampiran) .
6.1.2 Sesi “Selfie Corner”
Kami menjalankan sesi fotografi setelah selesai sesi berpidato. Sesi fotografi ini melibatkan penyertaan secara individu atau berkumpulan. Foto – foto ini menunjukkan senyuman yang manis daripada semua warga USM yang terlibat dalam aktiviti ini. Senyuman ini akan dimuatnaik di laman facebook dan ditayangkan kepada rakan – rakan mereka di laman tersebut. Hal ini bertujuan untuk menyebarkan budaya senyum. Melalui aktiviti fotografi ini, kesedaran sivik tentang kepentingan senyum dapat dipraktikkan secara
berkesan. (Bahan yang digunakan sepanjang aktiviti ini dijalankan dilampirkan dalam bahagian lampiran)
6.1.3 Sesi Tandatangan
Sesi tandatangan diadakan selepas sesi fotografi. Sesi tandatangan ini bertujuan menunjukkan sokongan padu warga USM yang terlibat dengan Kempen Senyum Seindah Suria ini. Aktiviti ini diadakan di sudut khas tandatangan yang telah disediakan. Warga USM yang terlibat diberikan autonomi untuk memberi tandatangan yang kreatif. Setiap tandatangan perlu disertakan identiti tersendiri seperti corak dan menggunakan warna dakwat pen yang berwarna – warni. Hal ini menunjukkan bahawa melalui perbuatan senyum boleh mewarnai hari – hari yang perlu ditempuhi. Ahli-ahli kumpulan bertindak sebagai individu yang membimbing serta memberi penerangan secara ringkas sepanjang sesi ini. (Foto - foto sudut tandatangan telah kami lampirkan di ruangan lampiran)
7.0 Laporan Modul Aktiviti yang dilaksanakan
Kami mengadakan aktiviti khidmat komuniti kesedaran sivik “Senyum Seindah Suria”
selepas mengadakan aktiviti khidmat komuniti kesedaran sivik tentang “Sayangi Tandas Anda Untuk Kelestarian Hari Esok” di Koperasi Tadika Minden”. Aktiviti yang dirancang telah dinilai dengan sebaik mungkin bagi memastikan ia bersesuaian dengan kumpulan sasar kami iaitu semua warga USM tanpa mengira peringkat umur dan kaum. Kami merancang untuk menjalankan aktiviti selama satu jam yang mana mengandungi tiga sesi yang berkaitan dengan tema kesedaran sivik iaitu “Senyum Seindah Suria”. Kami melaksanakan aktiviti khidmat komuniti ini di kafe Restu pada 16 November 2014. Kami memulakan aktiviti pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 10.00 malam. Namun begitu, kami telah datang awal ke lokasi berkenaan bagi tujuan persediaan alat bantu untuk memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar. Kumpulan kami terdiri daripada sembilan orang dan
masing-masing diberikan tugas masing-masing. Syukur Alhamdulillah sepanjang satu jam akitiviti ini berlangsung, kami dapat menjalankan aktiviti dengan baik dan berkesan kepada semua orang yang terlibat dalam aktiviti ini.
Pada jam 8.00 malam, kumpulan kami bergerak ke kafe Restu untuk proses persediaan. Kami telah menghias kawasan yang digunakan untuk aktiviti tersebut berdasarkan tema aktiviti serta menyediakan ruangan khas untuk sesi tandatangan. Kami memilih untuk membuat persediaan awal agar aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Seterusnya, pada jam 8.30 malam kami menarik perhatian warga USM di kafe Restu dengan mengedarkan brosur kepada mereka sambil menerangkan serba sedikit berkaitan dengan kempen yang sedang dijalankan. Tentatif aktiviti dimulakan dengan sesi “Speaker corner”, sesi “Selfie corner” sehinggalah sesi tandatangan diterangkan kepada mereka dan hal ini menarik minat mereka untuk terlibat sama dalam aktiviti ini. Warga USM yang terlibat kelihatan amat teruja untuk meneruskan aktiviti bersama kami.
Selepas itu, pada jam 9.00 malam, aktiviti khidmat komuniti ini dimulakan dengan sesi “speaker corner” tentang khidmat komuniti yang berteraskan kesedaran sivik iaitu
“Senyum Seindah Suria”. Melalui aktiviti ini, kami menerangkan terlebih dahulu tentang manfaat senyum. Kami menjelaskan kepada semua orang yang terlibat bahawa senyum sebenarnya membentuk personaliti yang lebih menarik. Orang yang tersenyum mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Wajah yang selalu kelihatan ceria sedikit sebanyak membuatkan orang yang berada disekeliling turut berasa tenang dan selesa. Selain itu, senyum mampu menukar perasaan sedih kepada gembira. Senyuman yang terukir di bibir mampu mengembalikan keceriaan dalam diri. Seterusnya, senyum boleh berjangkit. Orang yang berada di sekitar akan turut tersenyum dan suasana akan menjadi ceria. Tambahan pula, antara kebaikan senyum ialah awet muda. Senyuman boleh menggerakkan otot. Jika selalu tersenyum, otot wajah akan selalu terlatih untuk menaikkan seri wajah tanpa menggunakan
produk kecantikan wajah yang belum tentu terjamin keselamatannya. Di samping itu, senyum boleh mengurangkan stress. Senyuman yang terukir di bibir mampu menghilangkan mimik muka yang letih, bosan dan sedih. Senyuman akan mengurangkan stress dan fikiran yang negatif.
Melalui sesi pidato juga, kami menerangkan tentang cara membudayakan senyuman dan situasi atau keadaan yang sesuai untuk membudayakan senyuman. Kami menerangkan kepada mereka bahawa cara membudayakan senyuman adalah melatih diri untuk senyum kepada orang yang berjalan menghadap ke arah mereka. Selain itu, melatih diri untuk tersenyum sewaktu berada dalam keadaan marah supaya mampu berasa tenang dan tersenyum kepada orang disekeliling mereka. Tambahan pula, kami menerangkan bahawa laman sosial boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk membudayakan senyuman contohnya facebook. Kami menerangkan kepada mereka bahawa mereka boleh mengirim foto
tersenyum supaya semua rakan facebook pun ikut tersenyum. Dalam pada itu, kami menjelaskan kepada warga USM yang terlibat tentang situasi atau keadaan yang sesuai untuk mereka senyum kepada orang. Suasana atau keadaan yang sesuai ialah tempat orang seperti di USM sendiri dan semasa berada di majlis keramaian. “Speaker corner” diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada mereka yang ingin melibatkan diri dengan khidmat komuniti ini
Setelah sesi “speaker corner” selesai pada jam 9.20 malam, kami telah membuka satu sudut “selfie corner”. Semua orang yang terlibat mengambil foto masing – masing di sudut tersebut. Mereka mengambil foto secara sendirian atau bersama rakan mereka. Pelbagai gaya dan ragam yang ditonjolkan oleh mereka semasa sesi “selfie corner” ini namun senyuman tidak pernah berhenti terukir di bibir mereka. Pada saat ini, suasana di kafe Restu agak kecoh dan ceria dengan hilai tawa masing – masing. Kami sekumpulan juga tidak ketinggalan dalam mengambil foto sesama kami serta bersama mereka yang terlibat dalam aktiviti ini. Pada masa yang sama, kami memberitahu kepada mereka bahawa foto tersebut akan dimuatnaik
dalam laman sosial masing – masing iaitu facebook . Hal ini demikian supaya semua rakan facebook mereka turut tersenyum apabila melihat foto yang penuh dengan senyuman dan
ceria tersebut.
Setelah selesai aktiviti “selfie corner”, kami mengadakan sudut tandatangan khas untuk warga USM yang terlibat. Sudut tandatangan ini bertujuan untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Kempen Senyum Seindah Suria ini. Kami meminta mereka agar menurunkan tandatangan dengan kreativiti masing – masing. Pelbagai corak dan warna pena yang melambangkan identiti diri mereka. Sudut tandatangan ini sangat ceria kerana terdapat pelbagai corak yang menarik dan lebih berwarna – warni. Kempen senyum ini sememangnya berkesan kerana setiap tandatangan yang kreatif dan ceria melambangkan bahawa dengan hanya tersenyum dapat mewarnai hari-hari yang bakal mereka tempuhi selepas ini. Sebelum bersurai, kami mengambil foto bersama Warga USM yang sudi terlibat dalam aktiviti ini.
Senyum merupakan salah satu eleman dalam kesedaran sivik yang melambangkan nilai dalaman yang positif. Diharapkan agar Kempen Senyum Seindah Suria dapat meninggalkan kesan yang positif dan berpanjangan dalam memori mereka. Dengan itu, mereka akan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
8.0 Refleksi
Ungkapan ‘first class infrastructure, third class mentality’ merujuk kepada keadaan negara yang berkembang dari segala aspek sama ada politik, ekonomi dan sosial tetapi mundur dalam konteks peradaban dan sifat-sifat luhur. Bagi mengelakkan orang luar membuat persepsi negatif terhadap budaya kita, rakyat Malaysia perlu mengamalkan budaya- budaya positif. Budaya senyum merupakan antara budaya positif yang sepatutnya diamalkan oleh semua individu tidak kira peringkat umur mahupun kelas sosial. Hal ini demikian kerana, amalan ini mendorong kepada wujudnya budaya-budaya positif lain seperti saling
menghormati dan mengasihi antara satu sama lain dan dapat mewujudkan kemesraan antara anggota masyarakat.
8.1 Keberkesanan Modul Aktiviti
Berdasarkan pelaksanaan kempen senyum yang dijalankan di kafe desasiswa Restu, kumpulan kami mendapati bahawa kempen ini mempunyai potensi untuk mendorong pemupukan budaya senyum dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sains Malaysia (USM). Pidato umum (speaker corner), pengedaran brosur mengenai budaya senyum, ‘selfie corner’ dan aktiviti mengumpul sebanyak mungkin tandatangan pelajar sebagai tanda sokongan pelajar merupakan antara aktiviti yang dijalankan ketika berlangsungnya kempen senyum. Aktiviti-aktiviti tersebut dilihat mampu memberikan kesedaran kepada para pelajar USM tentang kepentingan dan keunikan sebuah senyuman.
Maka, kami beranggapan bahawa para pelajar USM akan terus mengamalkan budaya senyum ini tidak kira sewaktu mereka berada di dalam mahupun luar USM walaupun setelah kempen senyum berakhir.
Kempen senyum juga diihat mampu meninggalkan kesan dalam perhubungan antara mahasiswa dan mahasiswi USM yang berbeza latar belakang, taraf sosial, kaum, dan agama.
Hal ini demikian kerana, sekiranya para pelajar mengamalkan budaya senyum dalam kehidupan mereka khususnya ketika berada dalam kawasan USM, sudah pasti hubungan di antara ribuan pelajar USM ini dapat dieratkan. Menerusi budaya senyum, kita percaya bahawa perasaan saling menghormati dan mengasihi boleh wujud sebagai tindak balas positif yang lahir dari hati. Oleh itu, pelaksanaan kempen ini dilihat mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga USM, tidak hanya terhad di antara mahasiswa mahasiswi itu sendiri, tetapi juga dengan pensyarah, staf , pekerja dan sebagainya.
8.2 Kelemahan Modul Aktiviti
Menerusi pelaksanaan kempen senyum, kumpulan kami telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang wujud ketika kempen sedang berlangsung. Antaranya ialah skop penglibatan pelajar. Memandangkan kempen senyum dilaksanakan di desasiswa Restu sahaja, maka penglibatan peserta yang menyokong kempen senyum kurang memberangsangkan.
Di samping kelemahan dalam skop penglibatan pelajar, kelemahan kempen ini juga jelas dapat dilihat menerusi tempoh masa pelaksanaan kempen. Kempen yang dijalankan hanya berjalan selama satu jam sahaja. Oleh itu, bilangan pelajar yang mengetahui tentang kempen senyum ini agak terhad. Keadaan ini menyebabkan budaya senyum tidak benar-benar dapat disebarkan secara meluas kepada semua pelajar. Sekiranya kempen senyum ini dijalankan dalam masa beberapa hari, kami yakin kempen ini dapat menjangkau lebih ramai warga USM dan budaya senyum dapat disebarkan.
8.3 Cadangan untuk Menambahbaik Modul Aktiviti
Antara inisiatif kumpulan kami untuk menambahbaik kelemahan kempen senyum ini adalah melalui skop penglibatan pelajar. Kami percaya sekiranya kami menjalankan kempen senyum di kawasan yang lebih terbuka seperti kawasan DK Foyer, skop penglibatan peserta akan lebih meluas berbanding dengan penglibatan peserta ketika kempen berlangsung di desasiswa Restu. Hal ini demikian kerana, pelaksanaan kempen di kawasan terbuka akan dapat menarik lebih ramai perhatian warga USM tidak hanya dalam golongan pelajar tetapi juga golongan lain seperti pensyarah, staf USM, orang awam dan sebagainya. Melalui pelaksanaan kempen yang lebih terbuka, sudah pasti budaya senyum dapat disebarkan secara meluas.
Berdasarkan masalah yang dihadapi dalam konteks masa pelaksanaan kempen, kami mencadangkan untuk mengadakan kempen selama beberapa hari secara berterusan sebagai insiatif untuk mengatasi masalah ini. Sememangnya masa selama beberapa jam tidak
mencukupi untuk menyemai budaya senyum dalam kalangan ribuan pelajar, oleh itu kami berikhtiar untuk mengadakan kempen budaya senyum ini dalam tempoh masa yang lebih panjang pada masa akan datang.
9.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, Kempen Senyum Seindah Suria ini berjaya mencapai objektif iaitu memberi kesedaran sivik warga USM terhadap kepentingan amalan senyum dan membentuk budaya warga USM yang murah dengan senyuman. Meskipun kempen dijalankan di kawasan yang tertentu sahaja, namun sambutannya tetap menggalakkan. Dapat juga disimpulkan bahawa warga USM mempunyai kesedaran mengenai kepentingan senyum, namun masih di tahap yang rendah. Oleh hal yang demikian, kempen yang kami jalankan sememngnya perlu untuk meningkatkan kesedaran tersebut. Selain manfaat kepada warga USM yang menyertai kempen, kami sebagai penganjur kempen juga menerima manfaat daripada kempen ini.
Program ini melatih semu ahli kumpulan untuk berhadapan dengan orang ramai dan bercakap secara spontan di khalayak ramai. Kempen ini juga telah mengeratkan lagi hubungan sesama ahli dan juga sesama warga USM sendiri.
Seorang guru perlu murah dengan senyuman supaya dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Guru juga perlu berani berhadapan dengan orang ramai supaya ilmu yang disampaikan dengan jelas. Latihan yang berterusan untuk memupuk kemahiran tersebut.
Sehubungan dengan itu, kempen yang kami jalankan sememangnya sesuai untuk kami jadikan salah satu platform untuk kami melatih diri supaya berani berhadapan dengan orang ramai dan menyampaikan ilmu dengan penuh yakin. Pengalaman ini juga boleh dijadikan nilai tambah kepada kami yang bakal menjadi guru pada suatu hari nanti.
Harapan kami semoga kempen yang kami jalankan mampu menjadi titik permulaan kepada ketinggian nilai sivik warga USM, khususnya budaya senyuman. Kami juga
mengharapkan warga USM tidak hanya mengamalkan budaya ini di dalam kampus sahaja, tetapi di mana sahaja. Secara tidak langsung, hal ini boleh menaikkan imej USM dan boleh dijadikan salah satu jenama yang membuatkan USM lebih dikenali pada satu masa nanti.
Lampiran
Gambar 1: Brosur senyum Gambar 2: Peralatan untuk bergambar
Gambar 3: Sesi bergambar Gambar 4 : Sesi bergambar
Gambar 5: sudut khas tandatangan Gambar 6: Sesi bergambar
Gambar 7: Sesi bergambar Gambar 8: Sesi berpidato
Gambar 9: Sesi tandatangan Gambar 10: Sesi tandatangan
Gambar 11: Ahli Kumpulan
10.0 Lampiran.
Aktiviti 1: Membuat persiapan aktivitiAktiviti 2:
Sesi suai kenal bersama pelajar
Aktiviti 3: Tarian chicken dance Aktiviti 4: Pembentangan `slide show`
Aktiviti 5:Demo penggunaan tandas (Teori)Aktiviti 6:Cara mencuci tangan (Praktikal)
Aktiviti 7:Cara menggunakan tandas (Praktikal)Aktiviti 8:Demo mencuci tangan
Aktiviti 9: Kiuz `Tandas pilihan adik-adik`Aktiviti 10:Pemberian cenderamata
Aktiviti 11: Bersama pelajar Tadika Koperasi Minden