• Tidak ada hasil yang ditemukan

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom;

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom;"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

PERSEMBAHAN UCAPAN

YANG HORMAT PROFESOR DATO’ DR. DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SEMPENA

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG

DAN DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH PAHANG BERSAMA WARGA UMP PADA HARI KHAMIS, 28 JULAI 2016; PUKUL 3:00 PETANG;

DI CANSELERI TUN ABDUL RAZAK, UMP PEKAN

SALUTASI DIRAJA

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Menghadap:

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah

ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Muadzam Shah;

(2)

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang,

Tengku Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah;

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

binti Almarhum al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar al-Haj;

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, Sembah patik mohon diampun.

SERU BUKAAN

1. Dengan penuh hormat dan takzimnya, patik menyembahkan setinggi-tinggi ucapan menjunjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang berangkat bercemar duli ke Majlis Sambutan Aidilfitri Universiti Malaysia Pahang pada petang ini dengan diiringi oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang.

(3)

2. Sesungguhnya, keberangkatan Duli-duli Tuanku yang ditunggu-tunggu dengan rasa girang oleh patik sekalian menambahkan lagi seri majlis pada petang yang indah lagi barakah ini. Walaupun bulan Syawal telah memasuki hari yang ke-23 pada hari ini, namun kemeriahan sambutan Eidul Fitri masih hangat dirasai. Apatah lagi bagi patik sekalian di UMP, keberangkatan Duli-duli Tuanku begitu istimewa dan bermakna dalam suasana ukhuwwah dan mahabbah pada petang ini.

3. Sukacita patik menyembah maklum ke sisi pengetahuan Kebawah Duli Tuanku bahawa majlis pada petang ini disertai oleh 1,500 orang jemputan yang turut terdiri daripada para pegawai, kakitangan dan mahasiswa baharu dari program Diploma yang mendaftar pada 28 Mei 2016 yang lalu.

(4)

MENCIPTA SEJARAH, MENTRANSFORMASI LANDSKAP

4. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, Sembah patik mohon diampun;

Di tapak inilah, kira-kira 16 tahun yang lalu, iaitu pada 2 November 2002, Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku telah berangkat untuk menyempurnakan perletakan batu asas Universiti ini. Setahun selepas itu, iaitu pada 16 November 2003, sekali lagi Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku berangkat ke tapak ini untuk menyempurnakan Majlis Berbuka Puasa bersama warga Universiti ini dan masyarakat setempat. Dan pada hari ini, satu sejarah yang istimewa telah dilakar kerana inilah keberangkatan rasmi kali pertama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ke UMP Pekan sejak kampus ini mula beroperasi.

(5)

5. Sukacita patik menyembah maklum ke sisi pengetahuan Kebawah Duli Yang Maha Tuanku bahawa operasi kampus UMP Pekan yang berkeluasan 642.42 ekar ini telah bermula secara berperingkat sejak 27 Jun 2009. Buat masa ini, kampus ini menempatkan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan.

6. Dengan siapnya Bangunan Kompleks Pentadbiran Utama, Perpustakaan, Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan serta Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi, operasi pengurusan UMP juga telah dipindahkan secara rasmi dari kampus Gambang ke sini pada hari Isnin, 2 November 2015. Kini, jumlah keseluruhan tenaga kerja pentadbiran dan akademik yang berkhidmat di UMP Pekan ialah 870 orang.

7. Alhamdulillah, kampus UMP Pekan ini telah sempurna dirasmikan pelancarannya oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada 21 Februari 2016 yang lalu dan bangunan ini telah dinamakan semula sebagai Canseleri Tun Abdul Razak sempena peristiwa bersejarah tersebut.

(6)

8. Adalah menjadi tekad patik dan pihak pengurusan untuk memastikan bahawa peratus guna tanah bagi tujuan pembangunan dari keluasan kesuluruhan kampus ini dapat ditingkatkan kepada daripada 20.3% pada masa kini kepada 34.11% menjelang tahun 2020. Insya-Allah, tekad ini dapat direalisasikan kelak dengan siapnya kompleks Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian yang kini dalam pembinaan dan kompleks Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli serta Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam yang kini dalam perancangan.

9. Peningkatan guna tanah bagi tujuan pembangunan fizikal kampus ini turut mengisyaratkan pertambahan bilangan mahasiswa dan warga kerja di sini dari semasa ke semasa. Perkembangan ini memberi impak yang amat positif dan signifikan kepada kerancakan aktiviti ekonomi setempat di Mukim Kuala Pahang dan Bandar Diraja Pekan.

(7)

10. Sehubungan dengan itu, patik sekalian menyembahkan setinggi-tinggi ucapan menjunjung kasih atas keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Tuanku Tuanku sebagai Raja Pemerintah Negeri Pahang terhadap kemajuan pembangunan kampus ini sejak awal lagi dan kepimpinan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang sebagai Canselor Universiti ini sejak tahun 2006.

KEPRIHATINAN BERTERUSAN

11. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, Sembah patik mohon diampun,

Dengan keprihatinan dan kepimpinan diraja serta sokongan berterusan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang, patik dan pihak pengurusan komited untuk terus melaksanakan pelbagai agenda kecemerlangan yang telah direncana melalui Pelan Strategik UMP 2016-2020 yang bermatlamat menjadikan UMP sebuah universiti yang gemilang.

(8)

12. Dengan tagline Communitising Technology atau ‘Memasyarakatkan Teknologi’, Pelan Strategik UMP 2016-2020 turut memberi tumpuan kepada aspek peranan Universiti ini dalam mentransformasi masyarakat sejagat melalui kelebihan dan kepakaran teknikal yang dimilikinya dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi.

13. Peranan tersebut tidaklah hanya terbatas kepada sumbangan perkhidmatan UMP kepada masyarakat tempatan semata-mata, tetapi warga Universiti turut komited untuk membawa kepakaran teknologi tersebut untuk manfaat masyarakat yang kurang bernasib baik di luar Malaysia melalui projek-projek Inovasi Sosial Korporat atau Corporate Social Innovation (CSI) yang diterajui oleh pelbagai Pusat Tanggungjawab dan pertubuhan mahasiswa di Universiti ini.

14. Pada yang sama, tumpuan juga terus diberikan secara khusus oleh patik dan warga kerja UMP untuk memberikan pengalaman kampus yang terbaik kepada para mahasiswa Universiti ini, khususnya dalam konteks kebajikan dan kesejahteraan mereka, termasuklah tatkala menjalani ibadah puasa baru-baru ini.

(9)

15. Sukacita patik menyembah maklum ke sisi pengetahuan Kebawah Duli Tuanku bahawa UMP telah berupaya melaksanakan program Ifthar Jama’ie di kampus Pekan dan Gambang sepanjang bulan Ramadhan baru-baru ini untuk manfaat para mahasiswa dan warga kampus yang lain. Keseluruhan perbelanjaan bagi majlis berbuka puasa mulai 1 Ramdhan hingga 26 Ramadhan tersebut yang menelan kos RM 90,000 dibiayai sepenuhnya daripada Tabung Ramadhan UMP melalui inisiatif Mygift dan tajaan para dermawan.

16. Justeru, adalah menjadi harapan patik dan pihak pengurusan supaya lebih ramai lagi dermawan dari kalangan orang perseorangan dan badan korporat untuk tampil menghulurkan sokongan dan sumbangan kewangan terhadap inisiatif Mygift ini yang turut meliputi Endowmen Kursi, Biasiswa Pelajar, Makmal/Kemudahan serta Tabung Wakaf, Komuniti, Masjid, Bencana, Ramadhan dan Sumbangan Tidak Patuh Syariah.

(10)

17. Insya-Allah, berkat doa dan sokongan semua pihak sama ada dari sudut moral atau material, lebih banyak lagi inisiatif yang berkaitan dapat dirintis oleh UMP bagi manfaat warganya dan masyarakat sejagat melalui pelbagai ruang dan peluang yang tersedia. Semoga usaha murni tersebut terhitung sebagai amal jariah di sisi Allah Ta’ala.

ALU-ALUAN KEPADA DIF-DIF

18. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, Sembah patik mohon diampun;

Patik mohon ampuni limpah perkenan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bagi patik merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tetamu-tetamu yang hadir:

- Yang Amat Mulia Kerabat-kerabat Bergelar;

- Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Yang Amat Berbahagia Datin Sri Diraja;

(11)

- Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang;

- Ahli-ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang;

- Yang Hormat Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang dan Yang Berbahagia Datin;

- Yang Hormat Pegawai Daerah Pekan;

- Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang;

- Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang;

- Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri;

(12)

- Tuan-tuan dan puan-puan, warga kerja dan mahasiswa UMP yang dikasihi.

SEMBAH PENUTUP

19. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, Sembah patik mohon diampun,

Sekianlah sahaja persembahan ucapan patik pada malam ini. Patik merafak sembah memohon ampun dan maaf jika ada terdapat kesilapan tutur bicara di dalam persembahan ucapan patik sebentar tadi.

20. Selanjutnya patik berdoa ke hadrat Allah Taala moga-moga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang; Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom; Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang; Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang; Yang Amat Mulia Paduka-paduka Anakanda Putera dan Puteri serta Yang Mulia Paduka-paduka Cucunda Putera dan Puteri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang sentiasa di dalam aman sentosa, sihat walafiat serta dilanjutkan usia. Amin.

(13)

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, Sembah patik mohon Diampun; Wabillahi taufiq walhidayah,

Referensi

Dokumen terkait

tidak termasuk pada jalan nasional dan jalan provinsi yang menghubungkan ibukota kabupaten dengan ibukota kecamatan, antar ibukota kecamatan, ibukota kabupaten dengan pusat

Banten; email: [email protected].. Dalam hal ini, perlunya pembuktian dan pendokumentasian folklor agar keaslian folklor tersebut dapat diketahui dan terjaga. Di

Mengenai faktor siswa dapat dilihat pada saat pelaksanaan layanan bimbingan belajar yaitu siswa tidak mesti datang keruang BK dengan sendiri untuk minta diberikan layanan

tertangkap ini didukung oleh keberadaan pakan yang memadai seperti sisa makanan yang dibuang para pengunjung yang menuju kawasan wisata curug ataupun para

Dalam metode DSHA dengan suatu skenario kejadian, bahaya kegempaan didefinisikan sebagai percepatan tanah puncak yang mungkin terjadi dari satu gempa bumi yang diperkirakan

Ada pengaruh tingkat pengetahuan, paritas, jenis persalinan terhadap fungsi seksual ibu nifasAda pengaruh paritas terhadap fungsi seksual tetapi tidak ada pengaruh

Dari penjelasan mengenai larangan pernikahan menurut Syara', baik yang terdapat di dalam al-Qur'an, al-Hadist maupun yurisprudensi hukum Islam lainnya dapat diketahui

Masyarakat II ( Catin yang akan melaksanakan nikah di dalam kantor ): Saya memilih menikah di dalam kantor karena gratis daripada saya harus membayar uang Rp 600.000,00 lebih baik