Simbolisme
dalam
dari Perspektif
Semiotik
dan Komunikasi
Simbolisme
dalam
dari Perspektif
Semiotik
dan Komunikasi
Simbolisme
dalam
dari Perspektif
Semiotik
dan Komunikasi
Simbolisme
dalam
dari Perspektif
Semiotik
dan Komunikasi
PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu • Sabah • Malaysia
http://www.ums.edu.my 2019
Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)
HALINA SENDERA MOHD YAKIN
ANDREAS TOTU
Simbolisme
dalam
dari Perspektif
Semiotik
dan Komunikasi
Simbolisme
dalam
dari Perspektif
Semiotik
dan Komunikasi
Simbolisme
dalam
dari Perspektif
Semiotik
dan Komunikasi
Simbolisme
dalam
dari Perspektif
Semiotik
dan Komunikasi
© Universiti Malaysia Sabah, 2019
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dikeluarkan ke dalam sebarang bentuk sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sabah, kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Akta 332, Akta Hak Cipta 1987. Keizinan adalah tertakluk kepada pembayaran royalti atau honorarium.
Segala kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku ini tidak semestinya mewakili atau menggambarkan pendirian mahupun pendapat Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Pembaca atau pengguna buku ini perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya. Pandangan yang terdapat dalam buku ini merupakan pandangan ataupun pendapat penulis dan tidak semestinya menunjukkan pendapat atau polisi Universiti Malaysia Sabah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah mahupun kesulitan yang timbul, sama ada secara menyeluruh atau sebahagian, yang diakibatkan oleh penggunaan atau kebergantungan pembaca terhadap kandungan buku ini.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Halina Sendera Mohd. Yakin, 1974-
Simbolisme dalam ADAT KEMATIAN BAJAU dari Perspektif Semiotik dan Komunikasi / HALINA SENDERA MOHD. YAKIN, ANDREAS TOTU. ISBN 978-967-2166-55-9
1. Bajau (Southeast Asian people).
2. Bajau (Southeast Asian people)--Funeral customs and rites. 3. Bajau (Southeast Asian people)--Death.
4. Semiotics. 5. Signs and symbols. 6. Government publications--Malaysia. I. Andreas Totu, 1964-. II. Judul. 305.89923059521
Muka taip teks: Adobe Caslon Pro Saiz taip teks dan leading: 11/14 poin
Diterbitkan oleh: Penerbit Universiti Malaysia Sabah Tingkat Bawah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Dicetak oleh: Percetakan Keningau Sdn Bhd (63932H) Lot 26, Phase 1, HSK Industrial Centre, km 8, Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.
v
Kandungan
Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Foto Senarai Carta Prakata Penghargaan Bab 1 Pengenalan Bab 2 Suku Etnik BajauBab 3 Teori Semiotik dan Pendekatan Komunikasi Tanpa Lisan
Bab 4 Adat Kematian Bajau
Bab 5 Simbolisme dalam Adat Kematian Bajau Bab 6 Penutup Rujukan Indeks vi vi vi vi vii ix 1 7 19 41 51 83 87 93 Muka Surat
vi Jadual 3.1 Jenis-jenis komunikasi Muka Surat 31
Senarai Jadual
Rajah4.1 Model struktur adat kematian Bajau
5.1 Elemen-elemen simbol atau komunikasi tanpa lisan 5.2 Lakaran guris Muka Surat 48 54 78
Senarai Rajah
Foto 5.1 Sangkab-sangkab 5.2 Sangkab-sangkab moden5.3 (i-viii) Contoh-contoh payung dan kelambu
jomo matai
5.4 Kubur yang menyemadikan beberapa individu 5.5 (i-iii) Penggunaan batu nisan mengikut jantina 5.6 (i-iv) Bangkai-bangkaian
5.7 (i-iii) Mayang pinang 5.8 Kuih sinsim
5.9 Kuih jala
5.10 (i & ii) Kuih penjaram 5.11 Kalas 5.12 Kuihberate Muka Surat 57 57 60 61 61 62 63 66 67 68 68 69
Senarai Foto
Carta2.1 Jumlah populasi etnik Sabah berdasarkan Buku Perangkaan Tahunan 2014
2.2 Jumlah peratusan etnik Sabah berdasarkan Buku Perangkaan Tahunan 2014
Muka Surat 9 9
vii
K
arya berhubung signifikasi simbol kematian masyarakat Bajau ini asalnya adalah sebahagian daripada tesis Ijazah Doktor Falsafah dan juga beberapa penyelidikan penulis yang terdahulu. Sebahagian daripada tesis berkenaan diolah untuk menghasilkan buku ini, manakala sebahagian lagi dijadikan buku yang telah diterbitkan sebelumnya bertajuk StrukturAdat Kematian: Menyingkap Pandangan Alam dan Kosmologi Bajau.
Justeru, terdapat beberapa pernyataan dan informasi dalam buku ini yang diadaptasikan daripada buku tersebut, terutamanya wacana berhubung latar tempat dan subjek (Bab 2), iaitu masyarakat Bajau di Kampung Kota Belud, Sabah dan juga struktur adat kematian masyarakat berkenaan (Bab 4). Kontrasnya, buku ini lebih bersifat akademik dan memfokuskan kepada aspek simbol serta epistemologi ilmu berhubung bidang semiotik dan komunikasi non-verbal.
Menyedari keterbatasan literatur dan sumber rujukan sama ada yang bersifat umum dan ilmiah, maka buku ini diilhamkan untuk menambah dokumentasi berhubung masyarakat terbabit khususnya yang berkaitan dengan adat kematian yang dilihat dari atau disintesiskan dengan perspektif ilmu semiotik dan komunikasi. Di samping itu, memahami sifat budaya yang dinamik, yakni boleh berubah serta gelombang Revolusi Industri 4.0 dan globalisasi yang melanda masyarakat di ambang pascamodenisme pada abad ke-21 kini, maka buku ini juga diusahakan untuk memenuhi keperluan informasi berhubung warisan budaya serta identiti budaya, terutamanya kepada generasi muda masyarakat Bajau sendiri dan juga masyarakat umum. Buku ini bersifat separa ilmiah dengan perincian Teori Semiotik dan pendekatan komunikasi non-verbal. Menyedari perkara tersebut, maka buku ini juga diharapkan dapat mengisi kekurangan sumber rujukan dalam bahasa ibunda kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi, khususnya bagi mereka yang mengambil bidang komunikasi dan pengajian budaya.
Buku ini terdiri daripada enam bab. Sebagaimana kelazimannya, bab pertama yang merupakan pengenalan membincangkan secara umum tentang matlamat serta latar belakang bidang serta konsep-konsep penting, manakala bab akhir merumuskan persoalan berhubung signifikasi simbol dalam adat kematian dari perspektif teori dan pendekatan yang diaplikasikan. Wacana berhubung latar subjek dan lokasi, iaitu masyarakat
viii
Bajau secara umum dan di lokasi penelitian diterangkan dalam Bab Dua. Bab Tiga pula dikhaskan untuk membincangkan aspek-aspek yang bersifat agak ilmiah, iaitu berhubung Teori Semiotik dan Pendekatan Komunikasi Tanpa Lisan. Bab Empat pula memerihalkan tentang adat kematian Bajau. Inti pati buku ini, iaitu persoalan berhubung simbolisme dalam adat kematian Bajau dieksklusifkan dalam Bab Lima.
Kesimpulannya, keberadaan simbol atau tanda-tanda semiotik dalam adat kematian Bajau tidak wujud dalam ruang kosong atau terpisah daripada sistem pemikiran ataupun minda masyarakat yang mengolahnya sebagai produk budaya. Hal ini demikian kerana ia turut mensignifikasikan makna-makna janaan minda yang implisit, sekali gus menonjolkan nilai-nilai budaya yang melandasi dan memanifestasikan identiti budaya dan pandangan alam masyarakat berkenaan.
Halina Sendera Mohd Yakin, PhD Andreas Totu, PhD
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Universiti Malaysia Sabah
ix
S
yukur kepada Yang Maha Esa kerana dengan rahmat dan hidayah-Nya, buku ini akhirnya dapat diterbitkan.Dalam kesempatan ini, penulis ingin merakamkan penghargaan kepada pihak yang telah membantu merealisasikan penerbitan buku ini. Pertama, penghargaan ditujukan untuk Universiti Malaysia Sabah (UMS) selaku penerbit terutamanya para staf di Penerbit UMS yang telah bertungkus-lumus menerbitkan buku ini. Buku ini sebenarnya adalah sebahagian daripada tesis Ijazah doktor Falsafah penulis. Justeru, penghargaan juga ditujukan buat Universiti Malaya (UM) terutamanya penyelia, para penilai, panel sesi viva-voce serta Ahli Senat yang telah menerima dan meluluskan tesis tersebut. Terima kasih juga buat pewasit kerana sudi membaca dan memberi komentar dalam memantapkan lagi buku ini.
Sekalung penghargaan ditujukan buat semua informan kajian yang telah memberikan kerjasama dan memberikan informasi berguna sepanjang penelitian lapangan dilaksanakan. Ribuan terima kasih juga diucapkan buat Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) yang kini dikenali sebagai Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah atas sumbangan yang dihulur semasa penelitian lapangan dijalankan. Tidak lupa juga buat rakan-rakan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dan Institut Kajian Peribumi Sabah/Borneo Institute for Indigenous Studies (BorIIs) UMS. Terima kasih banyak diucapkan atas pertolongan yang dihulurkan dan idea serta nasihat yang dikongsikan bersama.
Lazimnya, keluarga memainkan peranan penting di sebalik kejayaan seseorang. Seyogia, ribuan terima kasih juga ditujukan buat keluarga terutamanya anak-anak yang menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada penulis untuk berkarya, mencipta nama dalam bidang penerbitan dan terus maju ke hadapan.
Penghargaan ini juga dieksklusifkan untuk diri sendiri. Sesungguhnya berkarya menagih banyak pengorbanan, kesabaran dan ketahanan dari sudut emosi, minda, fizikal dan sebagainya. Hambatan masa, rutin harian dan lambakan kerja serta cabaran persekitaran yang acapkali menggugat kekuatan diri dan hati berjaya ditepis dan dipagari dengan kekentalan jiwa yang tersisa. Semoga diri ini akan terus berkarya, berjaya dan bahagia tanpa menyisihkan sujud dan sentiasa memanjatkan syukur kepada-Nya.