• Tidak ada hasil yang ditemukan

Wasiat wajibah: satu sorotan terhadap enakmen wasiat orang Islam di Malaysia / Asjad Mohamed…[et.al]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Wasiat wajibah: satu sorotan terhadap enakmen wasiat orang Islam di Malaysia / Asjad Mohamed…[et.al]"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 124

WASIAT WAJIBAH: SATU SOROTAN TERHADAP ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM DI MALAYSIA

Asjad Mohamed 1, Marbawi Taha2, Muhammad Kamal Azman Jusoh3, &

Norhapizah Mohd Burhan4

ABSTRAK

Wasiat wajibah merupakan istilah kontemporari bagi sejenis bentuk pelaksanaan wasiat pada masa kini. Bagaimanapun, kebanyakan sarjana Islam telahpun membincangkan mengenai asasnya secara terperinci berdasarkan kepada pelbagai aliran mazhab fiqh. Ini kerana isu wasiat tersebut menyentuh realiti kes yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Pada kebiasaannya, pihak yang terlibat dan berhak mendapat pembelaan melalui peruntukan wasiat dari bahagian harta pusaka berkaitan, tidak mengetahui tentang hak ini. Ia kurang diketahui ramai kerana pelaksanaannya masih belum popular dalam kalangan masyarakat. Di samping, terdapat beberapa polimik dan isu berkenaan peruntukan undang-undang berkaitan dalam Enakmen Wasiat Orang Islam. Kertas kerja ini bertujuan mengkaji perkembangan peruntukan undang-undang mengenai wasiat wajibah khususnya dalam Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia. Selain, menganalisis peruntukan sedia ada, sama ada menepati matlamat pensyariatan wasiat wajibah dan selari dengan pandangan Mazhab Shafi’i atau qawl al-rajih dari mazhab muktabar ataupun sebaliknya. Begitujuga, untuk melihat perkembangan terkini mengenai penambahbaikan enakmen berkaitan wasiat wajibah serta aspek yang masih perlu dibuat pemantapan. Bagi merungkai persoalan-persoalan tersebut, perbincangan dalam kertas kerja ini menumpukan kepada dua aspek utama. Pertama, berkenaan kedudukan wasiat wajibah dalam syariat Islam. Kedua, mengenai perubahan dan pindaan terkini berhubung isu wasiat wajibah dalam peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia. Kajian ini dilakukan dalam bentuk kualitatif dan kajian kepustakaan. Hasil daripada kajian ini dapat menentukan hukum-hakam yang lebih tepat berkenaan isu wasiat wajibah seterusnya membantu mengukuhkan kefahaman pelaksanaan bentuk wasiat tersebut dalam kalangan masyarakat. Selain, menyingkap beberapa

1

Senior Lecturer, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), University Teknology MARA Cawangan Pahang, asjad@uitm.edu.my

2Senior Lecturer, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), University Teknology MARA

Cawangan Pulau Pinang, mohdmarbawi620@uitm.edu.my

3

Senior Lecturer, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), University Teknology MARA Cawangan Pahang, mkamalazman@uitm.edu.my

4

Senior Lecturer, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), University Teknology MARA Cawangan Pahang, izahuiaum@uitm.edu.my

E-JITU Acceptence date: 1st July 2019 Valuation date: 22nd July 2019 Publication date: 30th Oct 2019

(2)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 125 perkembangan terkini peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia berkenaan isu kajian.

Kata Kunci: Wasiat, Wajibah, Enakmen Wasiat, Orang Islam.

PENDAHULUAN

Wasiat wajibah merupakan terma baru yang dipopularkan dalam konteks ilmu

wasiat Islam. Secara asasnya, wasiat adalah tindakan ikhtiyāriyyah iaitu tindakan

yang dilakukan atas pilihan dan kemahuan sendiri dan bukan tuntutan wajib oleh

syarak. Namun, wasiat wajibah dalam konteks kajian adalah merujuk kepada

suatu bentuk wasiat yang diperundangkan dan dilaksana oleh kebanyakan negara

Islam pada masa kini. Kajian menumpukan perbincangan kepada perkembangan

dan pindaan terkini peruntukan enakmen berhubung isu wasiat wajibah. Selain, mengenalpasti beberapa isu berkaitan wasiat wajibah yang menimbulkan persoalan dan memerlukan kepada penjelasan lanjut.

KAJIAN LITERATUR

Secara umumnya, berdasarkan kepada tinjauan penulis, didapati kajian terperinci dan spesifik mengenai Wasiat Wajibah: Satu Sorotan Menurut Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia masih belum dilakukan oleh para penyelidik.

Namun, terdapat beberapa kertas kerja prosiding telah disediakan oleh ahli akademik yang menyentuh isu lain bagi wasiat seperti “Kedudukan Wasiat Kepada Waris di Negara-negara Islam oleh Mohd Ridzuan Awang dan Noor Lizza Mohamed Said” (Mohd Zamro, 2008). Kertas kerja ini menghuraikan mengenai pengertian wasiat, dalil-dalil pensyariatannya, hukum, perkara asas dalam wasiat, kadar wasiat, pandangan fuqaha secara ringkas mengenai wasiat kepada waris, penolakan hujah-hujah Syiah Imamiyyah dan tumpuan kajian diberikan lebih kepada kedudukan wasiat kepada waris di beberapa negara Islam.

Selain itu, Amir Fazlin Yusoff dan Md Yazid Ahmad membuat kajian mengenai tajuk “Kewajipan Berwasiat kepada Kaum Kerabat: Antara Naskh dan Kompromi” (Mohd Zamro, 2008). Kajian ini menjelaskan tentang kewajipan berwasiat menurut pandangan para fuqaha, analisis pendapat para fuqaha serta hujah-hujah mereka dan amalan wasiat kepada kerabat yang tidak mewarisi.

Begitujuga, kajian oleh Jasni Sulong yang bertajuk “Wasiat kepada Waris: Pembaharuan Undang-undang dan penggubalan di Selangor” (Jasni, 2005). Perbincangan dalam kajian ini lebih berkait rapat dengan topik kajian penulis. Walaubagaimanapun sudut pandangnya agak berbeza dengan pandangan kebanyakan ahli akademik berkenaan keharusan peruntukan wasiat kepada waris

(3)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 126 yang terbatas kepada 1/3 harta. Beliau menganggap hal ini sebagai perkembangan positif dan satu keluasan kepada pelaksanaan undang-undang wasiat Islam.

PENGERTIAN WASIAT WAJIBAH MENURUT PERUNDANGAN ISLAM

Wasiat wajibah menurut perundangan Islam mempunyai pengertian tersendiri. Istilah wasiat wajibah yang dimaksudkan ialah wasiat yang diwajibkan oleh kuasa perundangan terhadap harta pusaka seseorang. Harta wasiat yang diwajibkan itu diberikan kepada waris (cucu) yang tidak mendapat pusaka disebabkan terdinding (maḥjūb) oleh pihak waris yang lain (Al-Ṭanṭāwiy, 1989; Mohd Zamro et. al, 2008; Nasrul Hisyam, 2012).

Gambaran bagi kes ini ialah bahagian daripada harta pusaka seorang datuk yang meninggal dunia wajib diberikan kepada cucu daripada anaknya kerana anaknya itu (bapa kepada cucu tersebut) meninggal dunia terlebih dahulu. Wasiat wajibah pada hakikatnya bukan seperti wasiat biasa. Ia menyerupai sebahagian makna pusaka. Wasiat ini menjadi wajib sekadar satu pertiga dari harta pusaka (Al-Zuḥayliy, 1998).

KEDUDUKAN WASIAT WAJIBAH DALAM SYARIAT ISLAM

Sebagaimana pandangan jumhur fuqaha, bahawa sunat melakukan wasiat dari

segi syarak (Al-Sarakhsiy, 2001; Al-„Ainiy 2000; Al-Ṭūriy, 1997; Al-Haṭṭāb,

1995; Al-Kandahlawiy, 2003; Al-Nawawiy, t.t; Al-Sharbīniy, 1998; Ibn Qudāmah, 1994; Al-Bahūtiy, 2002; Al-Sa‟diy, 1997; Al-Bahūtiy, Manṣūr, 1997).

Ia boleh bertukar menjadi hukum taklīfī yang lain mengikut situasi tertentu

termasuklah menjadi wajib jika melibatkan wasiat untuk melunaskan hutang dan seumpamanya. (Al-Khurashiy, 1997; Al-Kandahlawiy, 2003; Al-Bassām, 2005; Al-Sayyid Sabiq, 1987).

Namun, dalam konteks perundangan, kerajaan atau pihak pemerintah berautoriti menetapkan sesuatu wasiat melalui kuasa perundangan dalam bentuk yang baru seperti wasiat wajibah. Wasiat ini dilaksana berdasarkan kepada undang-undang melalui sistem kehakiman dan tidak terikat dengan pilihan pewasiat. Ini bererti hakim berkuasa memutuskan pelaksanaan wasiat wajibah daripada harta si mati untuk diberikan kepada pihak yang berhak menurut peruntukan undang-undang walaupun tidak diminta oleh pewasiat (Al-Jabūriy, 2008).

Wasiat wajibah diterima pakai berdasarkan kepada beberapa alasan antaranya ialah prinsip al-siyāsah al-shar’iyyah:

(4)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019) O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 127

أ

ن

ل

رملأا ليو

نأ

ي

رمأ

ب

ةماعلا ةحلصلما نم هاري الم حابلما

وتعاط تبجو وب رمأ تىمو ،

Maksudnya: Sesungguhnya pemerintah boleh memerintahkan sesuatu yang harus kerana terdapat kemaslahatan umum, dan apabila beliau memerintahkannya nescaya wajib mentaatinya (Al-Suraytiy, 1997; Muḥammad Kamāl al-Dīn, 1998). Prinsip ini terbina di atas kaedah Fiqh:

ةحلصلماب طونم ةيعرلا ىلع ماملإا فرصت

Maksudnya: Tindakan pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepada maslahat (Al-Suyūṭiy, 1998; Al-Būrnū, 1983).

Oleh itu, tindakan pihak kerajaan memperuntukkan undang-undang wasiat wajibah merupakan langkah memelihara kemaslahatan pihak benefisiari yang terdiri daripada kalangan cucu si mati.

Selain itu, pelaksanaan wasiat wajibah ini merupakan ijtihad yang efektif bagi menyelesaikan kes cucu kematian ayah yang terhalang (maḥjūb) daripada menerima pusaka datuk disebabkan kewujudan bapa saudara. Pada kebiasaannya, cucu-cucu tersebut hidup dalam situasi yang susah, miskin dan memerlukan. Mereka menanggung dua bentuk penderitaan iaitu kesukaran hidup sebagai anak yatim dan kemiskinan. Justeru, secara tidak langsung melalui pelaksanaan wasiat wajibah dapat membela mereka dan menegakkan konsep pengagihan kekayaan dalam Islam yang berasaskan keadilan (Al-Zuḥayliy, 1989; Wan Abdul Fattah, 2007). Di samping itu, ia dapat merealisasikan objektif syariat untuk memperkukuhkan hubungan dan kasih sayang sesama keluarga serta menghilangkan perasaan dengki dalam diri (Al-Jabūriy, 2008).

Bagaimanapun, penerimaan dan pelaksanaan wasiat wajibah tidak bermaksud untuk mempermainkan hukum harta pusaka sebagaimana dakwaan sebahagian ulama yang membantah. Ini kerana ia merupakan sejenis wasiat yang khusus dan mempunyai kawalan melalui hukum-hakam tersendiri yang berbeza dengan pusaka (Al-Jabūriy, 2008).

KEDUDUKAN WASIAT WAJIBAH DALAM ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM DI MALAYSIA

Wasiat wajibah ialah wasiat qanūniyyah iaitu wasiat yang telah diwajibkan

melalui peruntukan undang. Kewajipannya diperintahkan oleh undang-undang dengan memberi bahagian daripada harta pusaka datuk kepada cucu yang kematian bapa terlebih dahulu atau kematian bapa serentak dengan datuknya. Wasiat tersebut diperuntukkan untuk cucu yang terhalang (maḥjūb) daripada

(5)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 128 menerima bahagian harta pusaka datuknya disebabkan oleh kewujudan bapa atau ibu saudara (Nasrul Hisyam, 2012; Siti Mashitoh, 2012; Jasni, 2011; Mohd Zamro et. al 2008).

Umumnya, wasiat wajibah telah dikanunkan dalam undang-undang bertulis di kebanyakan negara Islam. Bagaimanapun, di Malaysia ia mula dikuatkuasakan di negeri Selangor pada tahun 2004 melalui Seksyen 27, Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999. Kemudian, disusuli oleh tiga buah negeri iaitu Negeri Sembilan (Seksyen 27, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004), Melaka (Seksyen 27, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005) dan Kelantan (Seksyen 27, Enakmen Wasiat Orang Islam Kelantan 2009).

Sementara, peruntukan undang-undang wasiat wajibah di negara-negara Islam yang lain diperkenalkan lebih awal dengan bermula di negara Mesir pada tahun 1946 melalui undang-undang khusus iaitu Qanūn Waṣiyyah (Qānūn al-Waṣiyyah (No. 71/1946). Kemudiannya diikuti oleh negara-negara Islam lain di Timur Tengah yang turut mengkanunkan undang-undang ini seperti Syria 1953, Maghribi 1957, Tunisia 1959, Kuwait 1971, Libya 1972, Jordan 1976, dan Emiriah Arab Bersatu 1987 (Nasrul Hisyam, 2012; Mohd Zamro et. al, 2008; Al-Shudaifāt, 2007).

Kajian ini membincangkan dari aspek peruntukan enakmen wasiat orang Islam di Malaysia. Bagaimanapun, sehingga kini enakmen khas bagi wasiat orang Islam di Malaysia hanya terdapat di empat buah negeri sahaja, sebagaimana yang telah dibincangkan di atas. Walaubagaimanapun, di Wilayah persekutuan hanya terdapat Rang Undang-undang Wasiat Orang Islam (2001) yang masih belum diluluskan oleh Parlimen. Manakala di negeri-negeri lain, sekadar berpandukan peruntukan umum dengan merujuk kepada hukum syarak dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terkandung dalam enakmen induk seperti dalam Akta pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Sheikh Ghazali, 2009; Ismail, 2009; Mohd Ridzuan, 2008).

PERKEMBANGAN PERUNTUKAN WASIAT WAJIBAH DALAM

ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM DI MALAYSIA

Terdapat bahagian khusus berhubung peruntukan wasiat wajibah dalam Seksyen 27, Enakmen Wasiat Orang Islam di Selangor 1999, Negeri Sembilan 2004, Melaka 2005 dan Kelantan 2009 iaitu Bahagian VIII. Peruntukan berkenaan menyatakan seperti berikut: (Nasrul Hisyam, 2012; Mohd Zamro et. al, 2008).

27. (1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu

(6)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 129 daripadanya atau mati serentak dengannya, maka cucunya itu

hendaklah berhak terhadap satu pertiga wasiat dan, sekiranya cucu itu diberi dengan kadar yang kurang dari satu pertiga, haknya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.

(2) Kadar wasiat wajibah untuk kanak-kanak yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah setakat kadar di mana ayahnya berhak daripada harta pusaka datuknya sekiranya diandaikan ayahnya itu mati selepas kematian datuknya:

Dengan syarat wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka simati.

(3) Kanak-kanak tersebut hendaklah tidak berhak kepada wasiat sekiranya dia telah mewarisi daripada datuk atau neneknya, mengikut mana berkenaan, atau datuk atau neneknya semasa hayatnya, dan tanpa menerima apa-apa balasan, telah membuat wasiat kepada mereka atau telah memberi kepada mereka harta yang bersamaan dengan apa yang mereka sepatutnya menerima menurut wasiat wajibah:

Dengan syarat sekiranya wasiat yang dibuat oleh datuk atau nenek itu kurang daripada bahagian yang sepatutnya dia berhak, haknya hendaklah ditambah sewajarnya dan jika bahagian tersebut adalah melebihi bahagian yang dia berhak, bahagian yang lebih itu hendaklah menjadi wasiat sukarela dengan tertakluk kepada persetujuan waris.

Peruntukan ini menjelaskan mengenai tiga perkara utama yang berkaitan dengan pelaksanaan wasiat wajibah iaitu benefisiari wasiat, kadar dan syaratnya. Bagi persoalan benefisiari, ia sekaligus menerangkan tentang pengertian wasiat wajibah. Pihak yang dikhususkan sebagai benefisiari wasiat tersebut ialah cucu dari sebelah anak lelaki yang tidak mendapat bahagian daripada harta pusaka datuk kerana bapa kanak-kanak tersebut mati lebih awal daripada datuknya atau mati bersama-sama dan tidak dapat dipastikan siapa yang mati dahulu seperti dalam kejadian lemas, kebakaran atau kemalangan jalanraya. Oleh kerana waris lain yang lebih kuat seperti anak lelaki dan anak perempuan kepada datuk yang ada menjadi faktor penghalang kepada cucu tersebut dari mendapat bahagian harta pusaka yang layak diperolehi bapanya. (Nasrul Hisyam, 2012; Mohd Zamro et. al, 2008).

Berdasarkan enakmen, benefisiari wasiat wajibah dalam peruntukan tersebut hanya dikhususkan kepada cucu daripada sebelah anak lelaki sahaja.

(7)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 130 Cucu daripada sebelah anak perempuan yang berada dalam situasi yang serupa tidak diberi kedudukan yang sama oleh undang-undang. Pengecualian cucu dari sebelah anak perempuan daripada menerima wasiat wajibah adalah berasaskan kepada kedudukannya dalam pembahagian harta pusaka sebagai dhawi al-arḥām. (Dhawi al-arḥām ialah waris yang tidak berhak mendapat pusaka kerana si mati masih meninggalkan waris ashab al-furud dan asabah. Mereka juga adalah kaum

kerabat yang tidak mewarisi harta pusaka melalui fardu atau asabah. Golongan

waris arham ini merupakan golongan terakhir sekali berhak mendapat harta pusaka iaitu setelah tiada lagi sebarang ahli waris dari ashab al-furud dan asabah) (Al-Bakri, 2011; Nasrul Hisyam, 2012; Abdul Rashid, 2002; „Abd al-Karīm, t.t; Nabīl ,1992; Muḥammad Sirāj, 1992; Al-Shafi‟i, 1983). Ini adalah pandangan Mazhab Shafi‟i yang terpakai di Malaysia.

Tetapi, hal ini secara tidak langsung boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat umum yang tidak mengetahui ilmu fiqh bahawa pengurusan harta pusaka Islam hanya memberi perhatian kepada satu golongan waris dan mengabaikan yang lain. Pada kebiasaannya, cucu dari sebelah anak perempuan turut menghadapi kesukaran hidup sebagai anak yatim yang miskin kerana kehilangan tempat bergantung iaitu bapa yang bertanggungjawab menyara keluarga. Justeru, peruntukan itu ternyata bertentangan dengan fatwa dari Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke-83, pada 18-24 Oktober 2008 di Kelantan yang menentukan wasiat wajibah perlu diberikan kepada cucu dari anak perempuan. Fatwa seumpama ini juga dikeluarkan oleh Syekh Ḥasanain Makhlūf, mantan Mufti Mesir yang bersetuju dengan pelaksanaan wasiat wajibah (Abū Zahrah, 1988; Ḥasanain Muḥammad Makhlūf, 1965; Al-Bakri, 2011; Zaqzūq, 1997). Ia bertujuan memelihara kebajikan setiap waris dan menegakkan prinsip al-‘adl (keadilan) yang terkandung dalan nas-nas al-Quran.

Bagaimanapun, isu berkaitan benefisiari wasiat wajibah yang timbul dalam peruntukan Seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 telah selesai dengan berlaku pindaan terhadap peruntukan tersebut dan menggantikannya dengan Seksyen 27 yang baru (Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) (Pindaan) 2016):

27. (1) tertakluk kepada Subseksyen (2), jika seorang datuk atau nenek mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucu daripada anak lelakinya atau anak perempuannya yang mati terlebih dahulu daripada datuk atau nenek itu atau yang mati serentak dengan datuk atau nenek itu, cucu itu berhak mendapat wasiat wajibah.

Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa benefisiari yang berhak mendapat wasiat wajibah tidak lagi dikhususkan kepada cucu dari anak lelaki

(8)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 131 yang mati terlebih dahulu daripada datuk atau nenek, malah merangkumi juga cucu dari anak perempuan.

Namun, pindaan dan penambahbaikan terhadap peruntukan berkenaan benefisiari wasiat wajibah tersebut masih perlu dilakukan di tiga buah negeri lain yang mempunyai Enakmen Wasiat Orang Islam tersendiri, iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan.

Manakala, berhubung kadar wasiat wajibah yang disebut dalam peruntukan Seksyen 27 (1) dan (2) Enakmen Wasiat Orang Islam tersebut ialah setakat bahagian yang berhak diperolehi oleh anak lelaki atau bapa kepada kanak-kanak tersebut daripada harta pusaka datuknya. Bahagian ini ditentukan berdasar kepada kadar pusaka yang layak diterima sekiranya dia (bapa) masih hidup dengan syarat tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka si mati (datuk) (Mohd Zamro et.al, 2008; Nasrul Hisyam, 2012; Hasanain Muhammad Makhluf, 1965; Zaqzuq, 1997).

Sementara, syarat bagi pelaksanaan wasiat wajibah yang diperuntukkan dalam Seksyen 27(3) pula terdapat dua perkara iaitu; pertama, cucu tersebut bukan dalam kalangan waris yang berhak mendapat sebarang bahagian harta pusaka si mati. Kedua, selama hayat si datuk tidak pernah memberi harta kepada cucunya menyamai kadar wasiat wajibah (Wan Abdul Fattah, 2007). Syarat ini bermaksud tiada pemberian yang pernah diberikan secara percuma dan rela hati seperti hibah, wakaf dan wasiat. Manakala pemberian harta kepada cucu yang

berbentuk mu’āwaḍāt (pertukaran) seperti jual beli, tidak diambil kira dan tidak

menghalang pelaksanaan wasiat wajibah. Walaubagaimanapun, jika pernah berlaku pemberian sukarela seperti wasiat, maka kadarnya dinilai mengikut bahagian harta pusaka yang layak diperolehi bapanya. Sebarang kekurangan yang berlaku, ditampung dan disempurnakan melalui jalan wasiat wajibah. Manakala bahagian yang melebihi kadar tersebut pula memerlukan kepada keizinan para

waris yang lain untuk dikategorikan sebagai waṣiyyah ikhtiyāriyyah (wasiat

sukarela) (Nasrul Hisyam, 2012; Mohd Zamro et. Al, 2008; Zaqzūq, 1997). Bagaimanapun, berkenaan persoalan kadar wasiat wajibah yang disebut dalam peruntukan Seksyen 27 (1) dan (2) serta syarat pelaksanaannya yang diperuntukkan dalam Seksyen 27(3) Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 telah berlaku pindaan dengan menggantinya dan mewujudkan Seksyen 27 yang baru iaitu Seksyen 27(2) Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2016, berhubung syaratnya:

27. (2) Pelaksanaan wasiat wajibah yang disebut dalam Subseksyen (1) hendaklah memenuhi syarat seperti yang berikut:

(9)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 132

a) cucu itu bukan waris kepada harta pusaka datuk atau nenek yang

mati;

b) bapa atau ibu kepada cucu itu beragama Islam pada saat

kematiannya;

c) cucu itu tidak terlibat dengan pembunuhan datuk atau nenek

yang mati; dan

d) cucu itu tidak menerima harta daripada datuk atau nenek yang mati

sama ada melalui hibah atau wasiat atau lain-lain pemberian mengikut kadar wasiat wajibah yang selayaknya diterima oleh cucu itu.

Sementara, peruntukan Seksyen 27A pula diwujudkan dalam Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2016, untuk menjelaskan tentang kadar wasiat wajibah:

27A. (1) Kadar wasiat wajibah bagi cucu yang berhak hendaklah mengikut bahagian faraid bapa atau ibunya yang layak diterima oleh bapa atau ibunya jika mereka masih hidup dan hendaklah tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka datuk atau nenek yang mati.

(2) kadar wasiat wajibah adalah seperti yang berikut:

a) jika kadar bahagian faraid bapa atau ibu kepada cucu itu kurang

daripada satu pertiga daripada harta pusaka datuk atau nenek yang mati, kadarnya hendaklah mengikut kadar bahagian faraid tersebut.

b) jika kadar bahagian faraid bapa atau ibu kepada cucu itu melebihi

daripada satu pertiga daripada harta pusaka datuk atau nenek yang mati, kadarnya hendaklah dihadkan kepada satu pertiga daripada harta pusaka itu melainkan jika mendapat persetujuan daripada waris datuk atau nenek yang mati itu;

c) jika datuk atau nenek yang mati itu telah mewasiatkan kepada cucunya

mengikut Subseksyen 27(4) dengan kadar yang melebihi bahagian faraid bapa atau ibunya daripada harta pusaka datuk atau nenek yang mati itu tetapi tidak melebihi satu pertiga lebihan tersebut dikira sebagai wasiat ikhtiyariyyah yang berhak diterima oleh cucu itu tanpa perlu mendapat persetujuan daripada waris datuk atau nenek yang mati itu; atau

d) jika datuk atau nenek yang mati telah mewasiatkan atau menghibahkan

atau memberikan harta melalui apa-apa pemberian kepada cucu itu mengikut Subseksyen 27(4) dengan kadar yang kurang daripada bahagian faraid bapa atau ibunya dalam harta pusaka datuk atau nenek yang mati itu, kadarnya hendaklah mengikut kadar wasiat wajibah.”

Selain itu, peruntukan berkenaan wasiat wajibah tidak menyentuh beberapa aspek berkaitan, umpamanya berhubung persoalan umur cucu yang

(10)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 133 layak menjadi benefisiari wasiat wajibah. Adakah semua cucu tanpa terikat dengan had umur tertentu layak menjadi benefisiari atau hanya terhad kepada kanak-kanak yang masih belum baligh atau belum mencapai umur 18 tahun? Isu sebegini pernah berlaku seperti kes yang telah difailkan oleh seorang cucu perempuan berumur 46 tahun, Akmar binti Aminuddin daripada anak lelaki kepada Meor Ahmad bin Meor Yusof @ Yusof pada 14 Mei 2012. Plaintif mendakwa bahawa beliau berhak mendapat bahagiannya daripada harta peninggalan si mati melalui wasiat wajibah kerana berdasarkan kepada peruntukan dalam Seksyen 27 (1), Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 adalah merujuk kepada cucu tanpa mengira had umur (Berdasarkan Ringkasan Hujahan Bertulis Plaintif yang difailkan oleh Tetuan Termizi & Co. Desa Melewati, Ulu Klang, Kuala Lumpur).

Manakala pihak defendan iaitu Amanah Raya Berhad yang merupakan pentadbir harta si mati pula mengatakan bahawa maksud “kanak-kanak” menurut Seksyen 27 (2) dan (3) dalam enakmen tersebut adalah merujuk kepada seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun berdasarkan kepada Seksyen 2 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 dan Seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001(Akta 611). Dengan ini, secara langsungnya menafikan kelayakan pihak plaintif daripada memperolehi bahagian melalui wasiat wajibah kerana melebihi umur tersebut (Berdasarkan Penghujahan ringkas defendan yang difailkan oleh Tetuan Ram

Reza & Muhammad, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, Ruj:

RRM/B/SY/2095/ARB/HCH). Bagaimanapun kes ini tidak mempunyai keputusan kerana pihak plaintif telah menarik balik tuntutannya.

Bagi kes seperti ini, meskipun objektif pelaksanaan wasiat wajibah ialah untuk membela cucu yang menjadi anak yatim, tetapi tidak bermakna sehingga perlu menafikan hak cucu yang telah dewasa. Wasiat wajibah sebenarnya merupakan suatu bentuk wasiat yang menyerupai sebahagian maksud pewarisan

harta pusaka (Al-Zuhayli, 1998). Justeru, dalam konteks pembahagiannya

mengikut faraid tidak membeza-bezakan tahap umur benefisiari sama ada masih kanak-kanak atau sudah dewasa, senang ataupun susah. Dalam erti kata lain, kelayakan untuk menerima bahagian harta pusaka tidak melihat kepada kedudukan waris sama ada senang atau sebaliknya, tetapi mengambil kira aspek keturunan dan hubungan sebagai waris. Maka begitu juga, benefisiari wasiat wajibah berhak menerima bahagiannya kerana wujud hubungan keturunan dan kewarisan. Tambahan pula, dengan kelayakan cucu memperolehi bahagiannya melalui wasiat wajibah tidak menimbulkan kemudaratan kepada waris yang lain kerana kadarnya adalah setakat kadar bahagian ayahnya dalam harta pusaka datuknya yang mati; dengan andaian ayahnya itu mati selepas kematian datuknya. Di samping itu, kadarnya adalah terkawal dengan disyaratkan tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka si mati.

(11)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 134 Selain itu juga, tindakan memberi interpretasi bagi istilah “kanak-kanak” yang berhak terhadap wasiat wajibah sebagai cucu bawah umur lapan belas tahun berdasarkan kepada seksyen-seksyen dari Akta berkenaan, dilihat sebagai tindakan mencampurkan adukkan antara undang-undang Syariah dan sivil. Oleh yang demikian, perkataan kanak-kanak itu sebenarnya merujuk kepada cucu dengan pengertian yang luas tanpa mengira had umurnya sesuai dengan kehendak hukum syarak. Hal ini, selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-83 yang bersidang pada 18-24 Oktober 2008 di Kelantan bahawa harus pelaksanaan wasiat wajibah dan tidak dihadkan kepada umur kanak-kanak, tetapi hanya kepada cucu secara umum. Begitujuga, ia sama dengan fatwa yang diwartakan oleh kerajaan Negeri Selangor berkaitan wasiat wajibah pada 6 Januari 2011.

Meskipun terdapat pindaan terkini terhadap Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999, namun isu tentang umur cucu yang berhak terhadap wasiat wajibah tidak disentuh dan tidak dinyatakan secara jelas dalam pindaan tersebut.

Begitu juga dalam hal tertib pembahagian harta pusaka, jika berlaku pertembungan antara dua bentuk wasiat yang berbeza. Hal ini tidak disebut secara khusus dalam peruntukan undang-undang terutamanya dalam Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004, Melaka 2005 dan Kelantan 2009. Sekiranya terdapat wasiat wajibah dan wasiat ikhtiyāriyyah, maka keutamaan hendaklah diberikan kepada pelaksanaan wasiat wajibah. Inilah yang dipraktikkan oleh kebanyakan negara Timur Tengah seperti Mesir yang memperuntukkan dalam

Seksyen 76-78, Qanun al-Wasiyyah (No. 71/1946) bahawa wasiat wajibah

hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu mengatasi semua jenis wasiat ikhtiyāriyyah (Hasanain Muhammad Makhluf, 1965). Penetapan ini akan

memberi kesan kepada wasiat ikhtiyāriyyah di mana penerima akan terhalang

daripada memperolehi wasiat jika wasiat wajibah dilaksanakan. Lebih-lebih lagi jika kadar wasiat wajibah tersebut adalah sebanyak satu pertiga harta atau lebih. Hal ini kerana kadar sesuatu wasiat dalam satu masa adalah terikat dengan syarat maksimumnya iaitu sebanyak satu pertiga harta sahaja (Mohd Zamro et.al, 2008).

Namun begitu, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2016 ada memperuntukkan seksyen mengenai isu pertembungan dua bentuk wasiat tersebut pada satu masa. Maksud peruntukan itu didapati agak berbeza dengan amalan kebanyakan negara Timur Tengah. Peruntukannya seperti berikut:

27. (3) Pembahagian wasiat wajibah di bawah Subseksyen (1) boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan dengan pengurusan jenazah, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang.

(12)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 135 Peruntukan di atas menunjukkan dengan jelas bahawa wasiat ikhtiyariyyah hendaklah didahulukan daripada wasiat wajibah. Ini kerana, wasiat ikhtiyariyyah merupakan keinginan asal si mati yang perlu ditunai dan diutamakan di samping tiada faktor yang menghalang (Temubual dengan Sahibus Samahah Dato‟ Setia Hj. Mohd. Tamyes b. Abd Wahid, Mufti Selangor, di Pejabat Mufti Selangor pada 13.01.2017).

Bagaimanapun dalam hal ini, penyelidik lebih cenderung kepada pendapat

yang mengutamakan wasiat wajibah berbanding wasiat ikhtiyariyyah yang

terdapat pada satu masa. Ini kerana wasiat wajibah bukan berbentuk wasiat biasa, sebaliknya menyerupai sebahagian makna pusaka yang berkait dengan pembahagian faraid. Wasiat ini diwajibkan dengan bahagian setakat satu pertiga dari harta pusaka (Al-Zuḥayliy, 1998). Tambahan pula, ia diwajibkan oleh kuasa perundangan yang mewakili pihak pemerintah terhadap harta pusaka seseorang tanpa mengambil kira keinginannya untuk berwasiat (Al-Ṭanṭāwiy, 1989; Mohd Zamro et.al 2008; Nasrul Hisyam, 2012).

Dalam soal lain, peruntukan enakmen mengenai wasiat wajibah khususnya dalam keempat-empat Enakmen Wasiat Orang Islam, Selangor 1999, Negeri Sembilan 2004, Melaka 2005 dan Kelantan 2009 didapati masih kurang lengkap kerana tidak menjelaskan tentang isu kelayakan untuk mewarisi harta pusaka yang

telah luput daripada bapa benefisiari disebabkan oleh māni’ (halangan) seperti

telah membunuh pewaris (pewasiat) atau akibat murtad. Al-Māni‟ di sini bermaksud suatu yang ditentukan oleh syarak dengan kewujudannya menyebabkan tidak wujudnya hukum atau sebab (Al-Zaydān, 1997; Al-Shanqiṭiy, 1995). Persoalan yang timbul daripada situasi ini ialah adakah insiden-insiden tersebut boleh menjejaskan kedudukan anaknya (cucu) dari menerima wasiat wajibah?

Secara dasarnya, terdapat dua pandangan fuqaha mengenai hal ini. Pertama; cucu tidak layak menerima bahagian harta pusaka melalui wasiat wajibah kerana kedudukannya dari segi pewarisan mengikut hukum keturunan asal iaitu bapanya (Abū Zuhrah, 1988). Manakala, kedua; sebahagian fuqaha

melihat dari dimensi yang berbeza iaitu dari sudut maqaṣid (matlamat). Wasiat

wajibah berhak diperolehi cucu, sejajar dengan tujuannya untuk membela nasib waris yang terhalang (maḥjūb) daripada menerima bahagian harta pusaka. Selain itu, dapat memberi peluang kepada mereka untuk mewarisi walaupun asal keturunannya (bapa) telah tersingkir daripada senarai waris kerana terlibat dengan kes tertentu. Ini adalah kerana tidak wajar menghukum anak-anak yang tidak berdosa, menanggung kesalahan bapanya dengan penafian hak mewarisi harta pusaka melalui wasiat wajibah (Hishām, 1985; Mohd Zamro et. al, 2008). Pandangan kedua ini juga didapati lebih tepat. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad al-Bakri bahawa dalam konteks pewarisan harta

(13)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 136 pusaka juga, Nabi SAW menafikan kelayakan pewarisannya dari individu yang telah membunuh si mati sahaja (Temubual dengan Sahibus Samahah, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada 22.01.2016).

Sabda Rasulullah SAW:

ُثِرَي لا ُلِتاَقْلا

.

Maksudnya: Seorang pembunuh tidak boleh mewarisi harta pusaka.

Hadis ini menunjukkan bahawa hak mewarisi harta pusaka adalah luput daripada pembunuh si mati dan kesannya tidak melibatkan atau menjejaskan hak keturunan dan waris pembunuh tersebut. Maka, begitulah juga bagi situasi kelayakan cucu yang berhak terhadap bahagian wasiat wajibah. Namun, hadis riwayat Abu Hurairah ini disampaikan oleh al-Tirmidhi dan beliau menyatakan bahawa ia tidak sahih kerana antara perawinya ialah Isḥāq bin „Abdullah yang ditinggalkan (matrūk) oleh sebahagian ahli ilmu seperti Aḥmad bin Ḥanbal. Sementara al-Albāniy mengatakan hadis tersebut dhaif jiddan (sangat lemah) sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ibn Majah (Mubārakfūriy, 1990 ; Al-Sindiy, 1996; Al-Tabrīziy, 1985).

Bagaimanapun, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2016 hanya memperuntukkan seksyen berkenaan isu kelayakan memperolehi wasiat wajibah yang luput daripada cucu (benefisiari) disebabkan

oleh māni’ (halangan). Peruntukan tersebut dinyatakan dalam syarat pelaksanaan

wasiat wajibah, yang berikut:

27. (2) Pelaksanaan wasiat wajibah yang disebut dalam Subseksyen (1) hendaklah memenuhi syarat seperti yang berikut: c) cucu itu tidak terlibat dengan pembunuhan datuk atau nenek yang mati;

Peruntukan ini menjelaskan bahawa cucu yang terlibat dengan pembunuhan datuk atau nenek yang mati akan menghalang mereka daripada penerimaan wasiat wajibah. Sebaliknya, isu kelayakan bapa untuk mewarisi harta pusaka setelah terlibat dalam pembunuhan seumpama itu, sama ada menjejaskan hak cucu untuk mewarisinya dalam wasiat wajibah tidak dinyatakan.

KESIMPULAN

Secara umumnya, perkembangan terkini dalam Enakmen wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2016 yang melibatkan pindaan terhadap peruntukan wasiat wajibah ialah Seksyen 27 (1) berkenaan benefisiari wasiat wajibah merangkumi cucu dari anak lelaki dan anak perempuan, Seksyen 27 (2),

(14)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 137 di samping wasiat wajibah, Seksyen 27A, kadar wasiat wajibah dan 27B, mengenai pembahagiannya. Pindaan-pindaan ini dilakukan bertujuan untuk diselaraskan dengan fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 6 Januari 2011.

Justeru, setelah diteliti, pada keseluruhannya peruntukan berkenaan wasiat wajibah yang terdapat dalam enakmen terutamanya di Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan masih belum meliputi beberapa perkara penting. Ia perlu diperkanunkan secara jelas dalam peruntukan bertulis agar dapat membantu serta memudahkan semua pihak yang terlibat seperti hakim, peguam dan pengamal undang-undang dalam menghadapi isu ini.

RUJUKAN

„Abd al-Karīm bin Muḥammad al-Lāhim (t.t), al-Farā’id, al-Riyāḍ: Dār Kunūz

Ishbilia li al-Nashr wa al-Tawzī‟.

„Ainiy, Maḥmud bin Aḥmad al- (2000), al-Bināyah Sharḥ al-Hidayah, Beirūt:

Dār al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Abdul Rashid Haji Abdul Latif (1986), Wasiat dalam Islam Pengertian dan

Kedudukannya di Malaysia, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abū Zuhrah, Muḥammad (1988), Sharḥ Qānūn Waṣiyyah, t.t.p: Dār Fikr al-„Arabiy.

Bahūtiy, Manṣūr bin Yūnus al- (1997), Kashshāf al-Qinā’ ‘an Matn al-Iqnā’,

Beirūt: Dār al-Kutub al-„Ilmiyyah.

___________ (2002), al-Rawḍu al-Murbi’ bī Sharḥ Zād al-Mustaqni’ Mukhtaṣar

Muqni’, Beirūt: Dār Al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Bakri, Zulkifli bin Mohamad al- (2011), Pengurusan Harta Pusaka dalam Fiqh

Syafi’i, Kuala Lumpur: IBFIM.

Bassām, „AbdAllah bin „Abd al-Raḥmān al- (2005), Nayl al-Ma’ārib fī Tahzīb

Sharḥ ‘Umdat al-Ṭālib, al-Riyāḍ: Dār al-Imān.

Būrnū, Muḥammad Sidqi bin Aḥmad al- (1983), al-Wajīz fī Īḍāh Qawā’id al-Fiqh al-Kulliyyah, Beirūt: Muassasah al-Risālah.

Ḥasanain Muḥammad Makhlūf (1965), Fatāwa Syari’yyah wa Buhūth Islāmiyyah, Miṣr: Sharikat Maktabat wa Maṭba‟at Musṭafa al-Bābiy al-Ḥalabiy wa Awlāduhu.

Haṭṭāb, Muḥammad bin Muḥammad al- (1995), Mawāhib al-Jalīl li Sharḥ

Mukhtaṣar Khalīl, Beirūt: Dār al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Hisyām Qublān (1985), al-Waṣiyyah al-Wājibah fī al-Islām, Beirūt: Manshūrāt

Baḥr al-Mutawassiṭ.

Ibn Qudāmah, „Abdullah bin Aḥmad (1994), Mughnī ‘alā Mukhtaṣar

(15)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 138 Jabūriy, AbdAllah Muḥammad al- (2008), Aḥkām al-Mawārīth wa al-Waṣāya wa

al-Waqf fī al-Sharī’at al-Islāmiyyah, Kuala Lumpur: Fajar Ulung.

Jasni Sulong (2005),”Wasiat Kepada Waris: Pembaharuan Undang-undang dan

Penggubalan di Selangor”, dalam Jurnal syariah 13: 2, Kuala Lumpur:

Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya. hlm. 59.

__________ (2011), Pembaharuan Undang-undang Pentadbiran Pusaka Islam,

Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Kandahlawiy, Muḥammad Zakariyya al- (2003), Awjāz al-Masālik ila Muwaṭṭa’ Mālik, Dimashq: Dār al-Qalam.

Khurashiy, Muḥammad bin „Abdullah al- (1997), Ḥashiaḥ al-Khurashiy, Beirūt: Dār al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Mohd Zamro Muda, Mohd Ridzuan Awang, Abdul Basir Mohamad dan Md.

Yazid Ahmad (2008), Pengantar Undang-undang dan Pentadbiran

Pusaka, Wasiat dan Wakaf Orang Islam di Malaysia, Selangor: Syarikat Percetakan Putrajaya Sdn. Bhd.

____________, Siti Zalikhah Md. Nor, Zuliza Mohd. Kusrin dan Mohammad Zaini Yahaya, (2008), “Pengurusan Pusaka dan Wasiat Orang Islam di

Malaysia”, Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta

Pusaka, Wasiat & Wakaf, Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.

Mubārakfuriy, Muḥammad „Abd al-Raḥmān bin „Abd al-Rahīm al- (1990), Tuḥfat Aḥwadhiy bi Sharḥ Jāmi Tirmidhi, Beirūt: Dār Kutub al-„Ilmiyyah.

Muḥammad Kamāl al-Dīn Imām (1998), Waṣāya wa Awqāf fī Fiqh

Islāmiy, Beirūt: Mu‟assasah Jāmi‟ah li Dirāsāt wa Nashr wa al-Tawzī‟.

Muḥammad Sirāj (1992), Aḥkām al-Mawārīth wa al-Waṣāya fī al-Fiqh al-Islāmiy Dirāsāt Fiqhiyyah Muqāranah, t.t.p: t.p.

Nabīl bin Kamāl al-Dīn Muḥammad Ṭaḥūn (1992), Wajīz fī Aḥkam

al-Mawārīth fī al-Sharī’ah al-Islāmiyyah, t.t.p: t.p.

Nasrul Hisyam Nor Muhamad (2012), Wasiat & Wisayah dalam Perancangan

Harta Prinsip dan Amalan, Selangor: Reka Cetak Sdn. Bhd.

Nawawiy, Muḥy al-Dīn bin Sharaf al- (t.t), al-Majmū’ Sharḥ al-Muhadhdhab,

Jeddah: Maktabat al-Irshād.

Sa‟diy, „Alī bin Sulaimān al- (1997), al-Inṣāf fī Ma’rifat al-Rājiḥ min al-Khilāf

‘alā Madhhab Imām Aḥmad bin Ḥanbal, Beirūt: Dār Kutub al-Ilmiyyah.

Sarakhsiy, Shamsuddin al- (2001), Kitab Mabsuṭ, Beirūt: Dār Kutub

al-„Ilmiyyah.

Sayyid Sābiq al- (1987), Fiqh al-Sunnah, Beirūt: Dār al-Kitāb al-„Arabiy.

Shafi‟i, Aḥmad Maḥmūd al- (1983), Mīrāth fī Sharī’ah Islāmiyyah,

(16)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 139 Shanqīṭiy, Muḥammad al-Amīn bin Muḥammad al-Mukhtār al- (1995),

Muzakkirah fī Uṣūl al-Fiqh, al-Qāherah: Maktabah Ibn Taymiyyah.

Sharbīniy, Muḥammad bin al-Khāṭib al- (1998), Mughni al-Muḥtāj ilā Ma’rifati Ma’āni Alfāẓ al-Minhāj, Beirūt: Dār al-Fikr.

Shudaifāt, Ibrāhīm Rāshid (2007), Aḥkām Waṣiyyah wa Taṭbīqātuhā fī al-Maḥākim al-Shar’iyyah al-Urdūniyyah, Jordan: Dār Yafa‟ al-„Ilmiyyah Li al-Nashr wa al-Tawzī‟.

Sindiy, Abī al-Ḥasan al-Ḥanafi al- (1996), Sunan Ibn Mājah bi Sharḥ al-Imām

Abī al-Ḥasan al-Ḥanafi, Beirūt: Dār al-Ma‟rifah.

Siti Mashitoh Mahamood (2012), Harta Amanah Orang Islam di Malaysia

Perspektif Undang-undang dan Pentadbiran, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Surayti, „Abd al-Wadūd Muḥammad al- (1997), Waṣāya wa Awqāf wa

Mawārīth fī Sharī’ah Islāmiyyah, Beirūt: Dār Nahḍah al-„Arabiyyah.

Suyūṭiy, „Abd Al-Rahmān bin Abī Bakr al- (1998), al-Ashbāh wa al-Nazā’ir fī

Qawā’id wa Furū’ Fiqh al-Shafi’iyyah, Beirūt: Dār al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Tabrīziy, Muḥammad bin „AbdAllah al- (1985), Misykāt Maṣābīḥ, Beirūt:

al-Maktab al-Islāmiy.

Ṭanṭāwiy, Maḥmūd Muḥammad al- (1989), al-Waṣāya wa al-Waqf fī al-Sharīah al-Islāmiyyah, Dubai: Maṭba‟at al-Fājirah al-Waṭaniyyah.

Ṭūriy, Muḥammad bin Ḥusayn al- (1997), Takmilah al-Baḥr al-Rā’iq Sharḥ Kanz al-Daqā’iq, Beirūt: Dār al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Wan Abdul Fattah Wan Ismail (2007), “Al-Waṣiyyah al-Wājibah Bayna al-Fiqh wa al-Qānūn”, dalam Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Mohammad Noorizzuddin Nooh dan Sapora Sipon, Syariah dan Undang-undang: Isu dan Amalan, Nilai: Penerbit USIM, hlm. 179-180.

Zaqzūq, Maḥmūd Ḥamdiy (1997), Fatāwa Islāmiyyah min Dār Iftā’

Maṣriyyah, Qāherah: Jumhūriyyah Maṣr „Arabiyyah Wizārat al-Awqāf al-Majlis al-A‟la li al-Shu‟ūn al-Islāmiyyah.

Zaydān, „Abd al-Karīm (1997), Wajīz fī Uṣūl Fiqh, Beirūt: Muassasah

al-Risālah.

Zuḥayliy, Wahbah (1989), Fiqh Islāmiy wa Adillatuh, Dimashq: Dār al-Fikr.

____________ (1998), al-Waṣāya wa al-Waqf fī al-Fiqh al-Islāmiy, Dimashq:

Dār al-Fikr.

Akta dan Enakmen

Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388). Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 (Enakmen 4 tahun 1999)

(17)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 140 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005 (Enakmen 4 tahun 2005)

Enakmen Wasiat Orang Islam Kelantan 2009.

Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2016. Qanun al-Wasiyyah (No. 71/1946).

Temubual, Keputusan Muzakarah, Ringkasan Hujahan dan Fatwa

Temubual dengan Sahibus Samahah, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan pada 22.01.2016.

Temubual dengan Sahibus Samahah Dato‟ Setia Hj. Mohd. Tamyes b. Abd Wahid, Mufti Selangor, di Pejabat Mufti Selangor pada 13.01.2017

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke- 83 yang bersidang pada 18-24 Oktober 2008 di Kelantan.

Fatwa yang diwartakan oleh kerajaan Negeri Selangor berkaitan wasiat wajibah pada 6 Januari 2011.

Penghujahan Ringkas Defendan yang difailkan oleh Tetuan Ram Reza &

Muhammad, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, Ruj:

RRM/B/SY/2095/ARB/HCH.

Ringkasan Hujahan Bertulis Plaintif yang difailkan oleh Tetuan Termizi & Co. Desa Melewati, Ulu Klang, Kuala Lumpur.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-83, pada 18-24 Oktober 2008 di Kelantan.

Referensi

Dokumen terkait

Manakala dari sudut undang-undang prosedur pula, Geran Probet tidak terpakai ke atas orang Islam berdasarkan peruntukan yang telah termaktub di dalam Akta Probet