• Tidak ada hasil yang ditemukan

sertifikat pelatihan penulisan proposal penelitian hibah. doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "sertifikat pelatihan penulisan proposal penelitian hibah. doc"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Pendidikan pemulihan merupakan satu tunjang pendidikan yang penting dalam

membantu murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran 3M. Dipetik daripada

Kementerian Pendidikan Malaysia,Jabatan Pendidikan Khas (1999) dalam Buku Panduan

Perlaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas melaporkan bahawa ”berdasarkan

laporan penyelidikan menunjukkan antara sepuluh hingga lima belas peratus dalam

kalangan murid-murid sekolah masih menghadapi masalah kegagalan menguasai 3M

khususnya kemahiran asas pembacaan”. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pentingya

peranan pendidikan pemulihan dalam membantu murid-murid yang tercicir dalam arus

pendidikan pada masa kini. Menurut Sharifah (1979) Pengajaran pemulihan ialah

pengajaran melalui pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu

lemah.

Oleh sebab itu, guru haruslah bersifat terbuka dan lebih kreatif dalam menyampaikan

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Negara menggariskan bahawa pendidikan berperanan untuk melahirkan insan yang

seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Penyampaian pengajaran yang kreatif daripada guru merupakan aspek mandatori

yang wajib dikuasai oleh semua guru-guru agar murid dapat merasai pelbagai aneka

pengajaran yang menyeronokkan di dalam mahupun di luar kelas. Suasana pembelajaran

juga sangat mempengaruhi faktor belajar murid di dalam kelas. Isu ini akan berlanjutan

(2)

di dalam kelas. Hal seperti inilah yang menyebabkan masih terdapat murid yang tidak

dapat menguasai kemahiran asas 3M biarpun banyak program pendidikan telah

dilaksanakan. Dale (1969), menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan

berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan.

Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam

pembelajaran.

Menyedari akan kepentingan unsur kreativiti dalam proses pengajaran dan

pembelajaran ini, penyelidik telah menjadikan unsur bahan media 3 dimensi sebagai

unsur ransangan dalam penyampaian ilmu. Penyelidik mengaplikasikan kaedah kad “pop

up” dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca KV+KV. Kaedah kad “pop

up” ini merupakan teknik menggunakan ransangan bahan 3 dimensi untuk meningkatkan

keupayaan membaca suku kata KV+KV. Teknik ini mengandungi unsur media sebagai

medium penyampaian ilmu yang lebih menarik dan kreatif. Unsur media yang kreatif

akan memberikan kesan pembelajaran yang bermakna kepada belajar khususnya pada

pelajar-pelajar yang masih lemah dalam penguasaan kemahiran 3M.

Menurut Abdul Rahman Abdul Rashid (1995), penggunaan bahan bantu mengajar

yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan

adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi

untuk mata pelajaran pengajaran Bahasa Malaysia. Hal ini bermakna guru perlulah

bertindak kearah proaktif dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di

(3)

tidaklah seharusnya berfokuskan kepada aktiviti kognitif sahaja tetapi ia haruslah juga

tertumpu pada fokus-fokus yang lain. Keseluruhan aspek ini tidak kurang pentingnya

dalam menjana individu murid yang seimbang dan menyeluruh.

Cadangan aplikasi kaedah kad “pop up” ini telah disesuaikan dengan masalah murid

yang masih lemah dalam penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV. Oleh

sebab itu, pengkaji akan menjalankan kaedah ini sebagai intervensi dalam meningkatkan

kemahiran membaca suku kata KV+KV dan hal ini disokong oleh Munirah dan Pajuzi

(2010) yang menyatakan bahawa seorang murid akan lebih memahami dan mengingati isi

pelajaran melalui bahan sokongan. Justeru, penggunaan bahan sokongan seperti kad “pop

up” ini akan membantu murid dalam menguasai kemahiran membaca suku kata KV+KV

dengan lebih baik.

Kesimpulannya, penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran ini dapat

memberikan impak yang positif serta menyeronokkan dalam pengalaman pembelajaran

murid-murid. Sehubungan dengan itu, hasil pemerhatian daripada praktikum fasa 1 dan

fasa 2, penyelidik telah dapat mengenalpasti aspek masalah murid dan menjadikannya

sebagai landasan dalam penyelidikan pada praktikum fasa 3.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Bersandarkan daripada pengalaman semasa praktikum fasa 1 dan 2, saya telah

mengenalpasti suatu masalah yang sering dihadapi oleh segelintir murid pemulihan.

(4)

suku kata KV+KV. Daripada pemerhatian lalu, murid tidak dapat mengeja dan

membunyikan dengan betul perkataan KV+KV ini seperti perkataan buku,bata,laci dan

lain-lain lagi. Hal ini menyebabkan murid yang belum menguasai kemahiran ini akan

sukar untuk membaca buku, soalan peperiksaan,arahan dan lain-lain lagi yang akan

mengakibatkan rekod prestasi mereka merosot.

Saya seterusnya melakukan temu bual bersama beberapa orang murid pemulihan

bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai kemahiran ini. Terdapat beberapa orang

murid pemulihan memberikan respon bahawa membaca suku kata KV+KV adalah sangat

sukar bagi mereka. Sebagai tindakan susulan, saya telah menjalankan satu pemerhatian

tidak langsung terhadap sesi pengajaran guru di kelas pemulihan bagi kemahiran

membaca suku kata KV+KV. Daripada hasil pemerhatian, didapati guru menggunakan

kaedah konvensional iaitu kaedah chalk and talk. Daripada pemerhatian tersebut, didapati murid kurang memberi perhatian terhadap pengajaran guru dan tidak menunjukkan minat

mereka. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa penyampaian pengajaran guru di kelas tidak

berjaya menarik perhatian murid-murid yang menyebabkan murid berasa bosan dan tidak

bersemangat untuk mengikuti sesi PdP di kelas. Murid berkelakuan sambil lewa dan tidak

memberikan perhatian kepada guru yang mengajar di hadapan kelas. Oleh sebab itu, pada

akhir PdP, terdapat segelintir murid yang tidak dapat menyiapkan lembaran kerja yang

diedarkan oleh guru. Menurut Abdul Ghani, Abd. Rahman, dan Abdul Rashid (2007)

menyatakan bahawa kaedah pengajaran semata-mata belum tentu dapat menghasilkan

pengajaran yang berkualiti. Justeru itu, saya merasakan bahawa kaedah konvensional

(5)

murid-murid pemulihan.

Menyedari akan isu ini, saya akan menjalankan satu kajian yang akan membantu

murid menguasai masalah dalam penguasaan topik ini secara khusus. Saya akan

menhubungkaitkan pelbagai elemen pengajaran yang kreatif, mudah dan berkesan dalam

membantu murid pemulihan menguasai kemahiran membaca suku kata KV+KV dengan

lebih baik. Kesemua aspek ini telah membantu penyelidik dalam menghasilkan satu

kaedah alternatif yang lebih berkesan kepada murid-murid.

Di samping itu, berdasarkan refleksi yang lalu, penyampaian set induksi yang

berkesan juga dapat membantu menarik minat murid dalam mengikuti pembelajaran di

dalam bilik darjah. Guru seharusnya tidak mengambil mudah kepentingan penyampaian

set induksi kerana melalui set induksi, murid sendiri dapat menilai sejauh mana kualiti

pengajaran guru di dalam kelas. Penyampaian set induksi yang terlalu cepat dan secara

terus menerus akan menyebabkan murid tidak bersemangat mengikuti pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Permulaan pengajaran dan pembelajaran juga boleh

diselitkan unsur-unsur humor yang membantu meningkatkan repo antara murid-guru dan hasilnya murid akan memberikan tumpuan pada pengajaran guru. Menurut Abdul Ghani,

Abd. Rahman, dan Abdul Rashid (2007) menyatakan penggunaan humor dalam

pengajaran dan pembelajaran dapat memperbaiki suasana di dalam bilik darjah. Ini

menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan serta menarik perhatian pelajar.

Ringkasnya, unsur humor di dalam bilik darjah juga merupakan satu nilai tambah yang

(6)

Kesimpulannya, hasil daripada refleksi pengalaman praktikum yang lalu, apa yang

dapat saya simpulkan di sini bahawa guru merupakan tunjang utama dalam memacu

kadar peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna di dalam kelas.

Pelbagai aspek perlulah diambil kira dan dirancang oleh guru sebelum memulakan proses

PdP di dalam bilik darjah. Menurut N.S. Rajendran (2001), proses pengajaran dan

pembelajaran dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah dan satu amalan pengajaran dan

pembelajaran yang berjaya dalam satu bilik darjah tidak semestinya akan juga berjaya

dalam bilik darjah yang lain. Ini kerana, bilik darjah yang satu lagi tetap berbeza daripada

bilik darjah yang sebelumnya dari aspek kesediaan guru, tahap pencapaian murid, bahan

sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serta waktu mengajar.

Justeru itu, pengetahuan dan penguasaan dalam aspek-aspek pedagogi di kalangan

golongan guru pastinya akan dapat membantu mereka dalam menjayakan proses

pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan seterusnya dapat mencapai objektif

pengajaran yang telah digariskan.

1.3 Refleksi nilai pendidikan

Sebagai seorang bakal guru, kemahiran penyampaian pengajaran ataupun kemahiran

pedagogi merupakan aspek teras yang perlu dikuasai secara kreatif dan inovatif. Guru

digesa untuk melaksanakan dan menjalankan pelbagai inovasi yang khususnya dapat

(7)

menyatakan sistem pendidikan kini menggesa kaum guru menyelitkan unsur kreativiti

dalam penyampaian ilmu. Antara unsur kreativiti yang boleh diterapkan oleh guru dalam

penyampaian pengajaran ialah dengan menggunakan bahan bantu yang sesuai dan dapat

memacu kadar perkembangan kognitif murid terutamanya bagi murid-murid pemulihan.

Perubahan ini sangat penting kerana pendidikan sebelum ini tidak begitu memfokuskan

penggunaan bahan bantu sebagai agenda utama dalam penyampaian pengajaran dan

pembelajaran. Malahan, aspek pendidikan kita sebelum ini lebih bercorakkan

pembelajaran berpusatkan guru semata-mata. Oleh itu, perubahan dan penambahbaikan

telah dilaksanakan dalam nilai pengajaran guru yang lebih berpusatkan murid dan juga

bahan. Hal ini disokong oleh pernyataan Mann (1970), menyatakan bahawa guru yang

efektif dapat mengukuhkan ingatan pelajarnya terhadap sesuatu topik menerusi bahan

yang menarik dan kepelbagaian kaedah pengajaran yang dinamik. Merujuk kepada

pernyataan tersebut, jelaslah membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar

yang pelbagai adalah aspek teras dalam membentuk pemikiran murid yang lebih terbuka

dan tidak tertumpu pada satu fokus sahaja. Guru yang baik adalah individu guru yang

mempunyai kemahiran untuk mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman bermakna

murid dalam membentuk nilai kognitif yang konkrit dalam individu murid itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, merujuk kepada isu dan permasalahan di dalam pengalaman

praktikum yang lalu, saya telah memilih untuk mengintegrasikan unsur-unsur kreativiti di

dalam proses pengajaran dengan penggunaan kaedah kad “pop up”. “Pop” dalam kamus

dewan bermaksud tindakan menarik atau mengeluarkan data yang disimpan pada

(8)

mengeluarkan data daripada keadaan yang tersembunyi secara menaik. Menurut Mok

(2008) pengalaman optimum belajar murid merangkumi tiga kriteria penting iaitu

pembelajaran melalui pengalaman langsung, penglibatan secara aktif dan kebebasan

belajar berdasarkan gaya belajar, berfikir dan minat murid. Kriteria-kriteria ini

terkandung di dalam bahan bantu kad “pop up” itu sendiri di mana hasil pengalaman

langsung pembelajaran dan juga penglibatan murid secara aktif secara langsung dapat

diterapkan dengan berkesan. Di samping itu, Menurut Silberman (2009), pembelajaran

memerlukan penglibatan mental dan perbuatan pelajar itu sendiri. Penglibatan mental ini

adalah penglibatan murid secara aktif bukan sahaja melalui soalan guru kepada murid,

malah ia merangkumi daripada aspek perbuatan dan penglibatan di dalam aktiviti yang

dijalankan oleh guru di dalam kelas. Dalam masa yang sama, peranan penyampaian

pengajaran guru sangat penting untuk meraih penglibatan murid yang positif di dalam

bilik darjah.

Hal ini kerana, guru perlulah menggunakan sepenuhnya pembelajaran berpusatkan

murid dan bahan untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca suku kata

KV+KV. Tambahan lagi, menurut Ee (1997) menyatakan bahawa keseronokan dan

kepuasan dalam pengalaman akan merangsang murid untuk berusaha ke arah pencapaian

yang lebih tinggi. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan kad “pop up” ini secara

langsung dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada

murid-murid dan mampu mendorong murid-murid dalam mencapai kemahiran pembelajaran yang

(9)

Kesimpulannya, minat merupakan elemen yang sangat penting dalam proses PdP

.Oleh itu, minat mendorong murid untuk lebih bermotivasi dalam melibatkan diri dalam

aktivti pembelajaran dan guru haruslah mampu membina satu langkah pengajaran yang

dapat memupuk minat murid secara langsung dan bukannya hanya dengan berbekalkan

strategi chalk and talk dalam penyampaian pengajaran di kelas.

2.0 FOKUS PENYELIDIKAN 2.1 Pengenalan

Fokus penyelidikan yang dipilih oleh pengkaji adalah berlandaskan isu dan masalah

yang dihadapi oleh murid berdasarkan pengalaman praktikum yang lalu. Pelbagai aspek

telah dikenalpasti daripada dapatan maklumat serta pemerhatian yang dijalankan secara

langsung mahupun tidak langsung. Fokus penyelidikan ini perlulah dinyatakan dengan

jelas dan secara terus agar memudahkan pengkaji membuat perancangan intervensi serta

tindakan susulan yang berkaitan dengan isu permasalahan yang dihadapi oleh murid.

Sehubungan dengan aspek berikut, penyelidik telah memfokuskan fokus

penyelidikan terhadap peningkatan kemahiran membaca suku kata KV+KV dengan

menggunakan kaedah kad “pop up”. Di dalam kajian ini, penyelidik akan memfokuskan

bagaimana penggunaan kaedah kad “pop up” ini mampu membantu murid pemulihan

(10)

2.2 Isu dan Pernyataan Masalah Penyelidikan

Kaedah pengajaran konvensional seperti kaedah chalk and talk telah dibuktikan kurang sesuai dalam membina pemahaman kognitif murid yang kukuh terutamanya

dalam kalangan murid pemulihan. Hal ini kerana maklumat yang disampaikan oleh guru

kepada murid akan hanya berada di memori jangka pendek pelajar. Masalah yang

dihadapi oleh penyelidik ialah terdapat sebilangan kecil murid pemulihan yang masih

belum boleh menguasai kemahiran membaca suku kata KV+KV. Di samping itu, murid

juga kurang menunjukkan minat dalam topik ini. Oleh sebab itu, penyelidik cuba

melakukan intervensi yang sesuai kerana hal ini tidak seharusnya dipandang ringan oleh

semua guru. Jika isu ini berlanjutan, berkemungkinan besar murid akan terus tercicir

dalam aliran pendidikan di sekolah kerana tidak mampu membaca arahan soalan dan juga

tidak mampu mengutarakan pendapat dengan sempurna. Menurut Tang (2005), strategi

dan pendekatan tertentu boleh digunakan untuk membantu kita mengingat maklumat

yang banyak dan mengurangkan lupaan.

Lantaran daripada isu tersebut, penyelidik akan menggunakan dan mengaplikasikan

kaedah kad “pop up” dalam mengatasi masalah murid yang masih belum menguasai

kemahiran membaca suku kata KV+KV. Tambahan pula, menurut Shahabudin, Mahani

dan Ramlah (2003) menyatakan pelajar biasanya menunjukkan prestasi pencapaian yang

tinggi dalam subjek yang mereka minati sebab mereka dapat mengingati faktanya dengan

(11)

pengkaji juga mengaitkan unsur bahan bantu yang boleh menarik minat murid secara

langsung dalam pembelajaran kerana murid akan lebih faham jika memberi tumpuan

pada pengajaran guru yang kreatif dan inovatif. Lantaran itu, kajian ini berfokuskan

kepada penggunaan kad “pop up” dalam membantu memperbaiki nilai pengajaran guru

dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV.

2.3 Tinjauan Literatur Masa Lalu

Penyelidikan terhadap penggunaan bahan bantu yang berasaskan 3 dimensi telah

banyak dijalankan oleh para penyelidik. Berdasarkan daripada tinjauan literatur yang

dilakukan, penyelidik mendapati bahawa bahan bantu mengajar yang berasaskan media 3

dimensi ini mampu membantu murid untuk mengenal, memahami dan meningkatkan

pengetahuan mereka mengenai sesuatu konsep pembelajaran yang dijalankan di dalam

bilik darjah.

Mohd. Azhar dan Othman (2006), mencadangkan agar para pendidik pada peringkat

prasekolah menekankan pengetahuan dan aplikasi kreativiti dalam pelbagai aspek

pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan hujah tersebut, guru adalah prospek

yang memainkan peranan penting dalam mengembangkan potensi kritis dan kreatif di

dalam bilik darjah. Hal ini dapat dilaksanakan dengan penggunaan bahan bantu mengajar

yang pelbagai serta berfungsi untuk menarik minat pelajar di samping menyampaikan

ilmu baharu kepada murid itu sendiri. Hal ini akan dapat menyuburkan budaya kreativiti

(12)

Tambahan lagi, menurut Christoper Wu Lei Wang (2012) menyatakan penggunaan

visual adalah merupakan salah satu strategi yang amat berkesan bagi membantu dan

meningkatkan proses pembelajaran. Penggunaan visual ini merangkumi pelbagai aspek

visual yang bergerak mahupun tidak bergerak. Peningkatan proses PdP boleh

ditingkatkan melalui teknik visual kerana murid lebih dapat memahami proses

pemahaman sesuatu konsep dengan lebih baik. Di samping itu, penggunaan visual ini

juga boleh dikaitkan dengan konsep 3 dimensi di mana menurut Poh (2000) menyatakan

bahawa alat bantu mengajar 3D ataupun Media Tiga Dimensi merupakan alat sebenar

atau perwakilannya. Konsep integrasi visual 3 dimensi ini sangat penting dalam

membantu murid dalam penguasaan kemahiran pembelajaran di samping memupuk minat

belajar dan berfikir dalam kalangan murid itu sendiri. Oleh sebab itu, penyelidikan ini

berfokuskan kepada penggunaan kaedah kad “pop up” yang menghubungkaitkan elemen

visual dan juga 3 dimensi dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku

kata KV+KV.

Nancy Bluemel dan Rhonda Harris Taylor (2012) menyatakan bahawa buku “pop

up” adalah buku yang melibatkan pergerakan dan interaksi melalui penggunaan kertas

yang mempunyai mekanisme seperti lipatan, gulungan, luncuran dan berpusing. Hal ini

membuktikan bahawa penggunaan kad mahupun buku “pop up ini adalah bahan bantu

mengajar yang mempunyai pelbagai mekanisme khusus untuk mengukuhkan pemahaman

murid dalam sesuatu konsep pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui daripada

mekanisme seperti ini, sesuatu penyampaian pengajaran akan menjadi lebih bermakna

(13)

di dalam kelas. Tambahan pula, menurut Nancy Bluemel dan Rhonda Harris Taylor

(2012) menyatakan bahawa buku bergerak (movable books) ini mempunyai pelbagai

kejutan. Hal ini menjelaskan bahawa penggunaan kad “pop up” ini secara tidak langsung

memberikan elemen kejutan kepada murid-murid kerana murid lebih cenderung untuk

meneroka perkara-perkara baharu di dalam pembelajaran mereka. Oleh sebab itu,

penggunaan kad “pop up” ini dapat memacu nilai inkuiri penemuan dalam kalangan

individu murid itu sendiri.

Penyelidikan Syafiqa dan Hisham (2013) yang bertajuk “Penggunaan Buku Nombor

3D Dalam meningkatkan kemahiran menulis nombor bulat murid slow learner”. Penyelidikan ini memfokuskan aspek membantu meningkatkan kemahiran murid slow learner ini dalam menulis nombor bulat 0-9 dan juga memperbaiki kekemasan dalam menulis nombor. Hasil daripada penyelidikan ini, setelah murid menggunakan Buku

Nombor 3D ini, mereka dapat menulis nombor dengan baik dan sama-sama dapat mengikuti

PdP yang diajar oleh penyelidik bersama rakan-rakan mereka yang lain. Berdasarkan

pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik, dapat diperhatikan skor tingkah laku responden

mengalami peratusan penurunan yang tinggi selepas penggunaan Buku Nombor 3D. Merujuk

kepada penyelidikan tersebut, hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh

penyelidik di mana penggunaan kad “pop up” ini dapat membantu murid dalam

meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV dengan

elemen-elemen yang mampu menarik minat murid.

(14)

penyelidikan ini mendapati bahawa penggunaan realiti tambahan buku “pop up” mampu

untuk meningkatkan motivasi mempelajari Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar

sekolah rendah jenis kebangsaan. Dalam kajian ini, penggunaan realiti tambahan buku

“pop up” ini mampu membawa pelajar ke arah pemikiran yang lebih terbuka

berlandaskan persekitaran sekeliling mereka. Tambahan pula, dengan penggunaan grafik

serta animasi-animasi bergerak, pengalaman pembelajaran yang bermakna dapat dipupuk

dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Secara kesimpulannya, dalam penyelidikan ini,

membuktikan bahawa penggunaan kaedah realiti tambahan buku “pop up” ini dapat

motivasi melalui perhatian di dalam kelas, keyakinan dan juga kepuasan daripada proses

PdP di dalam bilik darjah.

Penggunaan kaedah “pop up” ini juga terbukti berkesan dalam meransang pelajar

dalam menguasai sesuatu konsep pembelajaran. Hal ini dibuktikan melalui penyelidikan

daripada indonesia iaitu Chabibbah (2014) dalam penyelidikan beliau yang bertajuk

“buku pop up alfabet untuk siswa taman kanak-kanak.” Hasil penyelidikan beliau

mendapati bahawa dengan penerapan penggunaan buku “pop up” alfabet ini menjadikan

pelajar lebih mudah memahami isi pembelajaran dan membantu guru menyampaikan isi

pengajaran yang lebih teratur dan tersusun kepada murid. Murid dapat menguasai abjad

dengan lebih mudah kerana guru menggunakan pelbagai animasi yang merangkumi

contoh-contoh yang sesuai bagi setiap abjad. Tambahan lagi, minat murid semakin

meningkat dan murid lebih seronok mempelajari setiap abjad. Lantaran itu, penggunaan

buku “pop up’” ini terbukti dapat memberikan ransangan positif kepada perkembangan

(15)

Hal ini dikukuhkan lagi melalui satu penyelidikan oleh Aulia, Nurrina dan Roh Dinia

(2014) dalam penyelidikan mereka yang bertajuk “Fun Story Pop Up.” dalam

pengajaraan penceritaan bertemakan pendekatan tematik. Penyelidik mensasarkan

bahawa penyelidikan ini dijadikan salah satu alternatif pengajaran yang dapat membentuk

sahsia dan emosi murid dalam penyampaian nilai-nilai murni melalui penceritaan

berdasarkan teknik tematik. Hasil daripada penyelidikan ini mendapati bahawa murid

berfikir pada tahap enaktif. Hal ini menyebabkan penyelidik telah memasukkan elemen

bahan maujud dan konkrit dalam meningkatkan pembelajaran murid secara aktif dalam

situasi yang nyata. Kaedah “fun story pop up” ini digunakan khusus untuk mengembangkan potensi pembelajaran aktif murid di dalam bilik darjah. Pengajaran

melalui teknik tematik melalui penceritaan ini juga dapat membangunkan karekter murid

yang positif dari pelbagai aspek seperti sahsiah, emosi dan kognitif. Di samping itu, ia

juga dapat memupuk minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di dalam

(16)

Jadual 2.1 : Ringkasan Penyelidikan-penyelidikan lepas berkaitan penggunaan teknik “pop up” dalam penyelidik.

BIL. PENYELIDIK BAHAN HASIL PENYELIDIKAN

1. Syafiqa dan Hisham (2013)

Penggunaan Buku Nombor 3D Dalam meningkatkan kemahiran menulis nombor bulat murid slow learner.

Meningkatkan kemahiran murid slow learner dalam menulis nombor bulat 0-9 dan juga memperbaiki kekemasan dalam menulis nombor

2.. Nur Nashirah & Li Funn Phung (2013)

Penggunaan realiti tambahan buku “pop up” mampu untuk meningkatkan motivasi mempelajari Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah rendah jenis kebangsaan.

Meningkatkan motivasi melalui perhatian di dalam kelas, keyakinan dan juga kepuasan daripada proses PdP di dalam bilik darjah. Murid dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik.

3. Chabibbah (2014)

Buku pop up alfabet untuk siswa taman kanak-kanak.

Membantu murid dalam

penguasaan kemahiran mengenal abjad dan meningkatkan minat murid terhadap pengajaran guru. 4. Aulia, Nurrina

dan Roh Dinia

Fun Story Pop Up dalam pengajaraan

Mengembangkan potensi

(17)

pendekatan tematik membangunkan karekter murid yang positif dari pelbagai aspek seperti sahsiah, emosi dan kognitif.

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN PENYELIDIKAN

Bahagian ini merangkumi tiga komponen penting dalam penyelidikan. Antara komponen

yang terdapat dalam penyelidikan ialah tujuan penyelidikan, objektif penyelidikan dan

juga persoalan penyelidikan.

3.1 Tujuan penyelidikan

Penyelidikan ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan membaca suku

kata KV+KV menggunakan kaedah kad “pop up”.

3.2 Objektif penyelidikan

Berdasarkan tujuan penyelidikan secara khusus, objektif penyelidikan adalah untuk ;

i. Mengenal pasti tahap penguasaan murid pemulihan tahun 2 dalam kemahiran

membaca suku kata KV+KV.

ii. Membantu meningkatkan penguasaan membaca suku kata KV+KV murid

pemulihan tahun 2 dengan menggunakan kaedah kad “Pop-up”.

iii. Mengkaji keberkesanan tahap penguasaan membaca suku kata KV+KV murid

pemulihan tahun 2 dengan menggunakan kaedah kad "Pop-up".

(18)

Berdasarkan objektif penyelidikan di atas, persoalan penyelidikan adalah;

i. Apakah tahap penguasaan murid pemulihan tahun 2 dalam kemahiran membaca

suku kata KV+KV?

ii. Adakah keupayaan murid pemulihan tahun 2 dalam penguasaan membaca suku

kata KV+KV dapat ditingkatkan melalui penggunaan kad “Pop-up”?

iii. Adakah keberkesanan tahap penguasaan membaca suku kata KV+KV murid

pemulihan tahun 2 dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah kad "Pop-up"?

4.0 METADOLOGI KAJIAN 4.1 Pengenalan

Bahagian ini membincangkan mengenai kumpulan sasaran , reka bentuk penyelidikan,

pelan tindakan dan perlaksanaan tindakan serta kaedah pengumpulan data dan cara

menganalisis data.

4.2 Kumpulan Sasaran

Dalam penyelidikan yang dijalankan, kumpulan sasaran yang sesuai adalah terdiri

daripada 2 orang murid Pemulihan Sekolah Rendah di sebuah sekolah di daerah Tawau

sebagai responden. Pemilihan responden ini adalah berdasarkan masalah yang dapat

dikenalpasti daripada pemerhatian dan kolaborasi di antara penyeildik dengan guru

pemulihan. Masalah yang dapat dikenalpasti ialah lemah penguasaan dalam membaca

suku kata KV+KV. Penyelidik telah membuat satu konklusi daripada pengalaman

(19)

mengenal pasti sasaran kajian pada praktikum fasa 3.

Pemilihan kumpulan sasaran adalah dengan menggunakan teknik purposive sampling (persampelan bertujuan) untuk menentukan kumpulan yang sesuai. Menurut Menurut Robson (1998) sampel bertujuan membenarkan penyelidik untuk mengenalpasti

keperluan utama kajian yang dijalankan. Hal ini kerana kumpulan sasaran hanya akan

ditetakan berdasarkan tujuan penyelidikan dan ianya tidak bercanggah dari aspek yang

telah ditetapkan. Tambahan pula, menurut Seidler (1974) Persampelan bertujuan yang

lebih realistik daripada persampelan rawak dari segi masa, tenaga dan kos yang

diperlukan dalam mencari pemberi maklumat. Oleh sebab itu, pemilihan kumpulan

sasaran dalam penyelidikan ini menggunakan teknik persampelan bertujuan atas

faktor-faktor yang telah dikemukakan. Hal ini juga disokong oleh Bernard (2002) Persampelan

bertujuan apabila digunakan dengan betul adalah lebih cekap daripada pensampelan

rawak dalam keadaan bidang praktikal.

4.3 Reka Bentuk Kajian

Prosedur penyelidikan yang dilaksanakan oleh penyelidik adalah berdasarkan Model

Kurt Lewin (1946) dan Liadlaw (1992). Model ini dipilih kerana bersesuaian dan

penyelidik telah mengenalpasti masalah dalam refleksi PdP lalu. Model ini terdiri

(20)

Rajah 4.1 : Perlaksanaan Prosedur Tindakan Mengikut Model Kurt Lewin 1946 dan Liawdaw 1992

Rajah di atas menunjukkan Model Reka Bentuk Penyelidikan Kurt Lewin 1946 dan

Liawdaw 1992. Model ini terdiri daripada 5 peringkat iaitu mengenal pasti masalah,

perancangan, tindakan atau implementasi, kesan tindakan dan refleksi. Setiap peringkat

akan dibincangan dan dikaitkan dengan penyelidikan yang dijalankan.

4.3.1 Mengenalpasti Aspek Amalan

MENGENAL PASTI MASALAH -Masalah murid dalam pengajaran

dan pembelajaran

PERANCANGAN -Mengenalpasti pendekatan, strategi, kaedah dan teknik iaitu penggunaan teknik kad "Pop-up"

sebagai bahan p&p

TINDAKAN ATAU IMPLEMENTASI 1. Menggunakan kaedah kad "Pop-up" dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran 2. Ujian Pencapaian Murid

3. Soal Selidik MELIHAT KESAN

TINDAKAN - Menganalisis hasil

dapatan kajian REFLEKSI

-Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan penggunaan kaedah kad "Pop-up" dalam

p&p

(21)

guru pemulihan bagi kumpulan sasaran, guru pembimbing dan pihak sekolah untuk

meminta kebenaran menjalankan penyelidikan. Penyelidik menerangkan beberapa

maklumat penting mengenai penyelidikan yang bakal dijalankan. Setelah kebenaran

diluluskan, penyelidik memilih beberapa orang murid untuk menjalankan penyelidikan.

Penyelidik juga mengumpulkan maklumat berkenaan prestasi murid dalam kelas tersebut.

Penyelidik seterusnya mengenalpasti isu atau masalah yang dihadapi oleh murid.

Penyelidik mendapati terdapat beberapa orang murid pemulihan yang tidak dapat

menguasai kemahiran membaca suku kata KV+KV dengan betul.

4.3.2 Perancangan

Penyelidik seterusnya membuat perancangan dengan menentukan teknik pengajaran yang

sesuai bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dan isu yang dihadapi oleh

murid. Teknik yang dipilih ialah nyanyian iaitu kaedah kad “pop-up” yang digunakan

untuk membantu murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca suku kata

KV+KV. Data penyelidikan dihuraikan secara penulisan deskriptif iaitu secara statistik

dan huraian. Penyelidikan menggunakan ujian (pra dan pasca) dan borang soal selidik

sebagai instrumen penyelidikan.

4.3.3 Tindakan atau Implementasi

Selepas penyelidik membuat perancangan bagi menyelesaikan masalah yang timbul,

penyelidik seterusnya mengambil tindakan atau implementasi. Pertama sekali penyelidik

mula membina kad ‘pop-up’ yang mengandungi contoh-contoh perkataan KV+KV yang

(22)

kaedah konvensional iaitu kaedah ‘talk dan chalk’ yang menjadi cara biasa yang

dilakukan oleh guru. Setelah itu, soalan ujian pra diagihkan kepada responden dan

mereka diarahkan menjawab selama 30 minit.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya, intervensi dijalankan dengan

mengaplikasikan kaedah kad ‘pop-up’dalam sesi pembelajaran bagi kemahiran yang

sama. Penyelidik akan memaparkan kepada responden kad ‘pop-up’ ini dan guru

membimbing responden untuk mengeja beberapa contoh perkataan KV+KV berdasarkan

kad ‘pop-up’ yang telah disediakan. Setelah murid selesai mengeja kesemua perkataan

KV+KV berdasarkan kad ‘pop-up’ tersebut, guru akan meminta murid untuk membaca

perkataan KV+KV berdasarkan kad ‘pop-up’ tanpa bimbingan daripada guru. Intervensi

ini akan dilaksanakan oleh guru dalam masa satu minggu. Selepas sesi intervensi

dijalankan, penyelidik melakukan ujian pasca kepada responden. Kemudian, guru akan

menandakan senarai semak bagi menilai tahap penguasaan murid dalam kemahiran

membaca suku kata KV+KV. Selepas itu, guru akan mengadakan sesi temu bual separa

berstruktur bersama responden untuk menilai tahap keberkesanan penggunaan kaedah

kad ‘pop-up’ dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV.

4.3.4 Kesan Tindakan

Selepas seminggu pelaksanakan kaedah kad ‘pop-up’ dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, penyelidik akan menggunakan ujian (pasca) dan borang soal selidik diberi

kepada responden. Melalui kedua-dua instrumen di atas, data dianalisis secara deskriptif

(23)

murid.

Jadual 4.1 : Objektif, Persoalan dan Instrumen Penyelidikan

Objektif Persoalan Instrumen Catatan Mengenal pasti

penguasaan murid pemulihan tahun 2 dalam kemahiran membaca suku kata KV+KV

Apakah tahap penguasaan murid pemulihan tahun 2 dalam kemahiran membaca suku kata KV+KV?

-Ujian Diagnostik Ujian diagnostik diberikan kepada responden bagi mengetahui tahap penguasaan murid pemulihan dalam kemahiran membaca suku kata KV+KV. Membantu

meningkatkan penguasaan

membaca suku kata KV+KV murid pemulihan tahun 2 dengan

menggunakan kaedah kad “ Pop-up”.

Adakah keupayaan murid pemulihan tahun 2 dalam penguasaan

membaca suku kata KV+KV dapat ditingkatkan melalui penggunaan kad “Pop-up”?

-Ujian Pra

-Senarai semak

Ujian Pra diberikan kepada murid dalam penggunaan teknik konvensional.

Senarai semak akan ditanda oleh guru bagi menilai tahap penguasaan murid.

Mengkaji

keberkesanan tahap penguasaan

membaca suku kata KV+KV murid pemulihan tahun 2 dengan

menggunakan kaedah kad " Pop-up".

Adakah

keberkesanan tahap penguasaan

membaca suku kata KV+KV murid pemulihan tahun 2 dapat ditingkatkan dengan

menggunakan kaedah kad " Pop-up"?

-Ujian Pasca

-Temu Bual Separa Berstruktur

Ujian Pasca diberikan kepada murid selepas intervensi dilakukan selama 1 minggu bagi mendapatkan hasil perbandingan dua ujian tersebut.

(24)

kemahiran membaca suku kata KV+KV

4.3.5 Refleksi

Setelah melaksanakan penyelidikan dan analisis dapatan penyelidikan, penyelidik

membuat refleksi secara keseluruhan mengenai keberkesanan teknik yang dilaksanakan.

Penyelidik akan menghuraikan tentang kelebihan dan kekurangan teknik yang

dilaksanakan dan membuat refeksi berkenaan cadangan tindakan selanjutnya dan

cadangan penambahbaikan.

4.4 Pelan Tindakan dan Perlaksanaan Pelan Tindakan

Penyelidikan ini akan dilaksanakan semasa penyelidik menjalani Praktikum III di sebuah

sekolah bert di Tawau, Sabah.Tempoh penyelidikan adalah selama 10 minggu.Pelan tindakan

penyelidik kaedah kad ‘pop-up’ telah diringkaskan dalam jadual 4.2

Jadual 4.2: Pelan Tindakan kaedah kad ‘pop-up’

Minggu Langkah Tindakan Minggu 1 L1

L2

-Penyelidik membuat tinjauan masalah penyelidikan.

-Penyelidik berjumpa dengan guru Mata Pelajaran untuk menganalisis markah ujian responden yang lepas

Minggu 2 L1 L2

-Penyelidik mengenalpasti responden penyelidikan.

-Penyelidik membina kad ‘pop-up’ untuk perkataan KV+KV Minggu 3 L1

L2

Penyelidik menjalankan ujian diagnostik.

-Penyelidik mengajar mengajar kemahiran membaca KV+KV menggunakan kaedah konvensional

-Penyelidik menjalankan ujian pra

(25)

‘pop-up’ dengan bimbingan guru . Minggu 1 L1

L2

-Penyelidik menjalankan intervensi kedua

-Penyelidik meminta murid membaca perkataan KV+KV menggunakan kad ‘pop-up’ tanpa bimbingan guru .

Minggu 2 L1 -Penyelidik menjalankan intervensi ketiga Minggu 3 L1

L2 -Penyelidik melakukan ujian pasca -Penyelidik melakukan senarai semak. Minggu 4 L1

L2

-Penyelidik menjalankan pengumpulan data daripada instrumen yang digunakan

Minggu 1 L1 L2

-Refleksi dan Penilaian

-Penambahbaikan penyelidikan Minggu 2 L1 -Laporan penyelidikan

4.5 Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dalam mengumpul

data penyelidikan. Data yang telah dikumpul akan dianalisis secara deskriptif. Instrumen

bagi penyelidikan yang dijalankan terdiri daripada ujian (pra dan pasca), senarai semak

dan juga temu bual separa berstruktur.

4.5.1 Ujian

Ujian Pra dan Pasca bertujuan untuk membuat perbandingan tentang pencapaian murid

sebelum (ujian pra) dan selepas (ujian pasca) bagi sesuatu rawatan atau intervensi yang

dijalankan. Ujian ini juga mengenalpasti tahap penguasaan murid kemahiran membaca

suku kata KV+KV. Ujian ini mengandungi 6 set soalan.

4.5.2 Senarai semak

Senarai semak bertujuan untuk menilai tahap penguasaan murid penguasaan kemahiran

membaca suku kata KV+KV selepas intervensi dijalankan. Penyelidik akan

menggunakan borang senarai semak yang diadaptasi dan diubahsuai dari Rosnijah

(26)

serta dipersembahkan menggunakan perisian Microsoft Office Excel.

4.5.3 Temubual separa berstruktur

Temubual jenis ini adalah gabungan antara temubual tidak berstruktur dan berstruktur.

Soalan-soalan yang disediakan dan ditujukan kepada responden adalah terbit daripada

temubual tidak berstruktur yang telah dijalankan sebelum ini. Pengkaji ingin mengetahui

dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara dengan berdasarkan soalan yang

disediakan. Temu bual separa berstruktur digunakan dalam kajian ini untuk menilai tahap

keberkesanan penggunaan kaedah kad ‘pop-up’ dalam meningkatkan penguasaan kemahiran

membaca suku kata KV+KV

4.6 Cara Menganalisis Data Penyelidikan

Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menggunakan analisis diskriptif untuk

menganalisis data yang diperoleh daripada data yang telah diperoleh melalui kedua-dua

instrumen yang telah digunakan. Hasil daripada data yang telah dikutip akan dianalisis

menggunakan analisis deskriptif iaitu melibatkan pengiraan dari segi kekerapan dan

peratusan. Penyelidik menggunakan gred pemarkahan yang telah diadaptasi dari Majlis

Peperiksaan Malaysia bagi memudahkan penyelidik menginterpretasikan data yang

diperolehi.

4.6.1 Ujian Pra dan Pasca

Ujian Pra dijalankan oleh penyelidik selepas pengajaran kemahiran membaca suku kata

(27)

soalan. Manakala ujian Pasca dijalankan selepas intervensi. Ujian ini mengandungi 6 set

soalan berkaitan kemahiran yang sama dalam ujian Pra. Peratus pencapaian kedua-dua

ujian ini akan dibandingkan berdasarkan pengiraan min ujian bagi menilai pencapaian

responden sama ada meningkat atau tidak. Jadual 4.3 menunjukkan Kategori Pemarkahan

Ujian Pra dan Pasca yang menjadi rujukan penyelidik.

Jadual 4.3 : Kategori Pemarkahan ujian pra dan pasca

Pencapaian Gred Markah (%)

Cemerlang

Kepujian

Baik

Lulus

Gagal

A

B

C

D

E

80-100

60-79

40-59

20-39

0-19

Sumber: Universiti Putra Malaysia 4.6.2 Senarai semak

Borang senarai semak digunakan untuk menilai tahap penguasaan murid penguasaan

kemahiran membaca suku kata KV+KV selepas intervensi dijalankan. Instrumen ini akan

dianalisi secara deskriptif bagi mencari peratus serta dipersembahkan menggunakan

perisian Microsoft Office Excel. Nilai peratus yang tinggi atau rendah dapat

menunjukkan tahap penguasaan murid dalam penggunaan kaedah kad ‘pop-up’ bagi

penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV.

4.6.3 Temubual separa berstruktur

Temu bual separa berstruktur digunakan dalam kajian ini untuk menilai tahap keberkesanan

penggunaan kaedah kad ‘pop-up’ dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku

(28)

keberkesanan intervensi kaedah kad ‘pop-up’ dalam meningkatkan penguasaan kemahiran

Referensi

Dokumen terkait

merupakan kegiatan membandingkan suatu besaran yang diukur dengan alat ukur yang digunakan sebagai satuan..

KEPALA BIDANG

[r]

[r]

Siswa mendengarkan motivasi dari guru dengan cermat, yaitu agar siswa semangat dalam mengikuti pembelajaran karena pentingnya kegiatan yang akan

This article describes a framework of analysis that categorizes features of website design in a matrix of business functions versus customer values.. The framework supports

Melakukan kegiatan pemanfaatan, pengembangan, pemeliharaan dan pemulihan lingkungan hidup di lingkungan sekitar, sekolah, dan tempat umum.

Pengaruh Corporate Social Responsibility, Perceived Quality Dan Brand Image Terhadap Keputusan Pembelian Ulang Dengan Corporate Image Sebagai Variabel Intervening