• Tidak ada hasil yang ditemukan

Topik3(a) Motivasi Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Topik3(a) Motivasi Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)

KPP6044

MOTIVASI DAN EFIKASI KENDIRI

PROGRAM:

IJAZAH SARJANA PSIKOLOGI PENDIDIKAN SEMESTER 3 / 2014

TUGASAN KUMPULAN 3:

BAB 3

TAJUK:

MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH

(TEORI ATRIBUSI, TEORI KAUSAL SKEMATA, TEORI KEKURANGAN DAN

PERTUMBUHAN KEPERLUAN DAN TEORI DORONGAN)

PENSYARAH:

PROF.MADYA DR.SUPPIAH NACHIAPPAN

DISEDIAKAN OLEH:

ENZUZAN NYELANG

M20131000010

NORSHAZLINDA ROSLI

M20131000439

NURUL HUDA DARMAWI

M20131000009

DAYANG NIZAWATI

M20131000029

(2)

1

BAB 3 (A)

MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH

3.1 Pengenalan

Fokus bab ini adalah untuk menganalisis mengenai beberapa Teori Motivasi iaitu Teori Attribusi, Teori Kausal Skemata, Teori Sokongan dan Teori Keperluan Kekurangan atau Perkembangan. Di samping itu, bab ini turut menjelaskan bagaimana pembelajaran berasaskan pemikiran diaplikasikan mengikut teori-teori yang dibincangkan.

3.2 Teori Atribusi Weiner

Teori yang dikembangkan oleh Bernard Weiner ini merupakan gabungan daripada dua bidang utama dalam teori psikologi iaitu motivasi dan penyelidikan atribusi. Menurut Weiner (1980, 1992), Atribusi adalah teori kontemporari yang paling berpengaruh dengan implikasi untuk motivasi dalam bidang akademik. Teori ini dibangunkan bermula dengan motivasi, serta pembelajaran teori terutamanya dari pandangan stimulus-satu respons yang cukup terkenal dari pertengahan tahun 1930-an hingga tahun 1950-an. Teori ini menegaskan bahawa pelajar akan memperoleh sesuatu hasil yang diingini. Penekanan ditumpukan terhadap persepsi pelajar yang mempengaruhi cara mereka mentafsir kejayaan atau kegagalan. Faktor intrinsik atau ekstrinsik seperti kebolehan, kesukaran, tugsan usaha atau nasib.

Manakala dari sudut pandangan dan pendapat Kelley (1973), mengatakan istilah atribusi ini sebenarnya merujuk kepada penilaian punca kejadian atau hasil mengikut persepsi individu. Menurut beliau, cara-cara bagaimana orang menerangkan sebab-sebab kejadian dan implikasi daripada penjelasan tersebut merupakan satu pusat perhatian atau penekanan terhadap penyelidikan dalam bidang ini. Dalam erti kata lain, teori yang memberi tumpuan kepada bagaimana orang boleh mendapatkan jawapan kepada soalan "mengapa"?. Dengan ini dapat disimpulkan teori atribusi adalah usaha untuk menerangkan bagaimana sesuatu sebab itu boleh menimbulkan tingkah laku tertentu.

Dalam  Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2004), Weiner melihat emosi sebagai akibat daripada penilaian (atribusi) yang dilakukan terhadap sesuatu situasi. Beliau turut menyatakan reaksi awal terhadap ransangan yang menghasilkan emosi akan diberi perhatian hanya apabila ianya menyeronokkan atau tidak menyeronokkan sama ada  ianya  ‘baik’atau  ‘tidak  baik’. Sebaik sahaja penilaian telah dilakukan, Weiner mencadangkan, seseorang seterusnya melihat apa menyebabkan peristiwa tersebut. Atribusi sebab akibat yang seseorang lakukan boleh mengubah emosi yang dialami - atribusi mungkin lebih menjelaskan lagi, atau malahan menyebabkan penilaian semula dilakukan.

Sebagai contoh, seorang pelajar merasa marah kerana gagal dalam peperiksaan psikologi. Beliau seterusnya membuat penilaian (atribusi) faktor (sebab) yang menyebabkan beliau gagal. Sekiranya hasil daripada atribusinya itu menunjukkan bahawa kegagalan tersebut

(3)

2

adalah akibat daripada kesilapan beliau sendiri seperti tidak mengulang kaji pelajaran, maka mungkin beliau tidak berasa begitu marah. Sebaliknya, sekiranya hasil daripada atribusi tersebut menunjukkan bahawa kegagalan tersebut datangnya daripada pensyarah, misalnya mengeluarkan soalan yang berkaitan dengan topik yang tidak diajar, maka beliau akan lebih marah. Biasanya, sekiranya ianya disebabkan oleh sebab dalaman (kesilapan sendiri seperti malas), pelajar berkenaan akan berasa malu dan sekiranya ianya disebabkan oleh sebab luaran ( soalan yang sukar) maka beliau akan berasa marah.

Rajah 3.1 menunjukkan proses atribusi dan kesannya terhadap motivasi dalam diri seseorang itu. Dalam Rajah 3.1 , dapat dilihat bagaimana sesuatu hasil luar jangka, negatif atau penting boleh mempengaruhi emosi seseorang setelah sesuatu hasil itu di analisis dan melalui proses atribusi atau penilaian. Keadaan tingkah laku atau perilaku seseorang akan berubah mengikut penilaian yang telah dibuat sama ada ianya positif atau negatif.

Rajah 3.1: Proses atribusi dan kesan dalam motivasi diri (Understanding motivation and

emotion, 2nd Edition , Reeve J, 1997)

3.2.1 Model, Komponen dan Ciri-Ciri Dalam Atribusi

Model Atribusi adalah suatu model yang menjelaskan mengenai motivasi yang mempunyai beberapa komponen. Apa yang paling penting adalah hubungan antara atribusi, perasaan dan tingkah laku. Menurut Weiner, urutan-urutan logik daripada hubungan psikologi adalah suatu perasaan yang mana ia adalah hasil daripada atribusi atau kognisi.

Jangkaan Nilai Teori X Kawalan Khayalan

Kepercayaan dalam kawalan peribadi Gaya Penjelasan Ketidakupayaan dalam pembelajaran Kemurungan Minat Intrinsik Motivasi dalam pencapaian

Emosi Atribusi (Penilaian) Analisis penyebab Hasil penting, luar jangka, atau negatif

(4)

3

Manakala, perasaan yang bukan merupakan kognisi, contohnya semua orang akan berasa bersyukur karana memperolehi hasil yang positif dan kemudian memutuskan bahawa keberhasilan itu adalah hasil daripada bantuan orang lain. Keadaan ini menurut Weiner (1982) menggambarkan suatu situasi atau urutan yang tidak logik.

Selain itu, hubungan antara kepercayaan, reaksi afektif dan tingkah laku merupakan penyebab bagi suatu kejayaan dan kegagalan. Menurut teori atribusi, kejayaan atau kegagalan seseorang dapat dianalisis dalam tiga ciri, iaitu:

i) Atribusi Internal dan Eksternal

Penyebab kejayaan atau kegagalan mungkin disebabkan oleh atribusi internal atau eksternal. Maksudnya, kita mungkin berjaya atau gagal disebabkan oleh faktor-faktor yang kita percaya ia adalah suatu yang semula jadi yang terdapat dalam diri kita atau disebabkan oleh faktor yang berasal di sekeliling kita.

ii) Kestabilan

Penyebab kejayaan atau kegagalan seseorang juga boleh disebabkan oleh kestabilan iaitu stabil atau tidak stabil. Ini bermaksud, jika kita percaya penyebab bagi suatu kejayaan atau kegagalan adalah kestabilan, maka hasilnya mungkin akan sama jika melakukan tingkah laku yang sama pada suatu kesempatan lain. Begitu juga dengan keadaan sebaliknya.

iii) Kawalan

Penyebab kejayaan atau kegagalan juga boleh disebabkan oleh kawalan. Faktor kawalan merupakan apa yang kita percaya kita boleh mengubah diri kita sendiri jika kita ingin melakukannya. Faktor yang tidak terkawal pula adalah sesuatu yang kita tidak percaya yang kita mampu mengubahnya dengan mudah.

Menurut Weiner dalam Johnmarshall Reeve (1997), terdapat empat faktor yang mempengaruhi atribusi iaitu:

Kemampuan (Ability)

Kemampuan merupakan faktor internal dan relatif stabil iaitu pelajar tidak diberi banyak latihan kawalan secara langsung.

Kesukaran dalam tugasan (Task Difficulty)

Kesukaran dalam tugasan dan kestabilan merupakan suatu faktor eksternal yang sebahagian besarnya merupakan kawalan di luar pembelajaran.

Usaha (Effort)

Usaha merupakan faktor internal serta tidak stabil dimana pelajar mendapat latihan kawalan yang banyak.

Keberuntungan (Luck)

Keberuntungan merupakan faktor eksternal serta tidak stabil dimana pelajar di beri latihan kawalan yang sangat kecil.

Ahli kognitivis memberi penekanan kepda unsur kepercayaan jangkaan dan keperluan terhadap peraturan, ramalan dan pemahaman. Pelajar terdorong untuk belajar apabila mereka

(5)

4

mendapati ketidaktekallan antara pengalaman mereka dengan dunia masa kini. Menurut weiner, atribusi boleh wujud dalam 3 dimensi iaitu:

i. Lokus:

Merujuk kepada lokasi di mana penyebab itu berada sama ada di dalam atau di luar murid kita.

ii. Stabiliti:

Merujuk kepda samaada penyebab boleh berubah atau tidak.

iii. Kawalan:

Merujuk kepada sejauh mana murid bertanggung jawab keatas kejayaan atau kegagalan mereka untuk mengawal situasi pembelajaran yang sedang dilalui.

Selain itu, terdapat empat cara atribusi mempengaruhi kita iaitu reaksi emosi terhadap kejayaan dan kegagalan, jangkaan terhadap kejayaan masa depan, usaha masa depan dan pencapaian sepertimana Jadual 1 yang berikut:

Jadual 1: Ciri-ciri atribusi berhubung dengan dimensi atribusi

Atribusi Lokus

(Lokasi penyebab) Stabiliti (Penyebab)

Kawalan (Situasi Pembelajaran ) Kebolehan

Dalam diri pelajar

Stabil Luar kawalan pelajar

Usaha Tidak stabil Dalam kawalan pelajar

Nasib

Dalam luar diri pelajar

Stabil

Luar kawalan

Aras kesukaran

tugasan yang diberi Tidak stabil

3.3 Teori Kausal Skemata

Skema menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah rajah atau rancangan yang perlu diikuti. Dalam konteks psikologi, skema boleh didefinasikan berdasarkan teori pembelajaran. Sebilangan konsep yang berpengaruh telah muncul dalam psikologi kognitif dengan setiapnya menjelaskan pertimbangan kepentingan perancangan pendidikan. Antara konsep-konsep ini termasuk skemata iaitu idea yang menggambarkan rangka kerja mental untuk pemahaman dan pembentukan ingatan iaitu pandangan menyatakan pengetahuan adalah direka oleh pelajar apabila mereka menghadapi situasi baru dan tahap memproses iaitu tanggapan bahawa ingatan adalah keluaran sampingan dari proses maklumat yang diterima.

Kausal bermaksud penyebab. Konsep kausal dalam psikologi bermaksud tahap perkembangan pelajar yang berkembang dari belum mempunyai konsep kepada sudah mempunyai konsep. Konsep kausal ini berkembang selari dengan perkembangan konsep ruang dan waktu pelajar. Ini bermaksud, semakin pelajar memahami konsep ruang dan waktu, pemahamannya mengenai konsep kausal (penyebab) akan turut berkembang.

Teori Kausal Skemata bermaksud penyebab yang menjadikan struktur kognitif seseorang yang terbentuk di mana seseorang akan mengadaptasi dan terus mengalami perkembangan

(6)

5

mental apabila berinteraksi dengan persekitarannya. Skema juga berfungsi sebagai kategori-kategori untuk mengidentifikasikan rangsangan yang datang, dan terus berkembang.Menurut Paul Suparno (2001), kajian Piaget jelas menunjukkan bahawa pengetahuan anak-anak adalah suatu proses yang berkembang dan bukan terjadi sejak dari awal. Ini bermaksud, cara pelajar di didik tentang satu-satu ilmu pengetahuan baru adalah penting dalam memastikan pelajar mampu memperoleh pengetahuan yang lebih luas pada masa akan datang. Menurut Piaget lagi, skemata mencakupi kategori pengetahuan mahupun proses perolehan pengetahuan tersebut. Seiring dengan pengalaman pelajar meneroka persekitaran serta informasi yang baru didapati akan digunakan untuk memodifikasi, menambah, atau mengganti skema yang sebelumnya. Sebagai contoh, seorang pelajar mungkin memiliki skema tentang sejenis binatang, misalnya dengan kucing. Apabila pengalaman awal pelajar berkaitan dengan kucing, pelajar ini berkemungkinan beranggapan bahawa semua kucing adalah berbulu, berkaki empat dan mengiau dan manja. Suatu ketika, mungkin pelajar ini melihat seekor kucing yang tidak mempunyai bulu dari baka Sphinx. Pelajar ini akan perlu memodifikasi skema yang dimiliki sebelumnya tentang kucing untuk memasukkan jenis kucing yang baru ini. Dengan cara itu, pengetahuan seseorang pelajar akan terbentuk dan selalu berkembang.

Menurut Rumelhart (1980) pula, skemata ialah blok binaan kognisi yang meliputi semua bidang ilmu, aksi, pengalaman, perasaan dan peristiwa. Pengetahuan dibungkus dalam unit-unit tertentu dan disusun secara hirarki dan disimpan dalam ingatan manusia. Setiap skema mempunyai jaringan yang saling berkait. Skema menyediakan rangka yang membolehkan pembaca mengorganisasi maklumat dengan berkesan. Skema bersifat aktif, sentiasa berubah dan berkembang selaras dengan maklumat baru yang diperoleh pembaca yang saling berkaitan.

3.3.1 Perbandingan Teori Kausal Skemata

Teori Skemata pada awalnya di bincangkan oleh ahli falsafah iaitu Immanuel Kant menerusi karyanya The Categorical Imperative yang merupakan satu teori yang telah diperkenalkan dalam falsafah Kant yang membincangkan perbezaan perlakuan yang telah ditetapkan oleh moral daripada bentuk-bentuk arahan atau ketetapan lain.

Seterusnya, Teori Skema ini dikembangkan dalam dunia psikologi oleh Gestalt dan Piaget. Melalui ahli falsafah, teori ini dikembangkan melalui pemerhatian mereka terhadap peringkat pembentukan kognitif kanak-kanak. Teori Skema dikembangkan dalam bidang psikologi dan pendidikan oleh ahli psikologi British iaitu Frederic Bartlett. Berbanding Piaget yang mengkaji mengenai proses kognitif tanpa mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan, Bartlett menyumbangkan kajiannya yang bertajuk The War Ghost di mana dia mengkaji tentang bagaimana untuk membina ingatan berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Dalam dunia psikologi pendidikan masa kini, Richard C. Anderson merupakan ahli psikologi pendidikan Amerika yang terarah menggunakan Teori Skemata dalam menerbitkan penyelidikan yang mengkhususkan pada bacaan kanak-kanak, pertumbuhan perbendaharaan kata, dan perbincangan kisah yang menggalakkan berfikir.

Antara ke semua pengamal teori ini, Piaget dan Bartlett merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada perkembangan dunia pendidikan menerusi kajian yang telah mereka lakukan.

(7)

6

3.3.2 Teori Kausal Skemata oleh Jean Piaget (Kognitif)

Antara semua pengamal Teori Kausal Skemata, pengaruh Piaget yang mempelopori Teori Perkembangan Kognitif memberi sumbangan yang signifikan dalam dunia pendidikan. Ini boleh dilihat daripada latar belakang Piaget sewaktu beliau bekerja bersama Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Menurut Azizi Yahya (2005), Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.

Menurut Hergenhahn dan Olson (2001), skemata merupakan terma terpenting di dalam

teori Piaget. Skemata dianggap sebagai elemen dalam pembentukan kognitif individu. Skema

tersedia ada oleh individu akan menentukan bagaimana ia boleh bertindak balas dengan persekitaran fizikal. Menurut Azizi Yahya (2005), Piaget menjelaskan bahawa terdapat empat konsep asas yang berhubung dengan kognisi sepertimana penjelasan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Empat Konsep Asas Kognisi Piaget

Konsep Takrif dan Contoh Konsep Asas Kognisi Piaget

Skemata

Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baru. Contohnya skema awal seperti Rajah 3.2.

Rajah 3.2: Kanak-kanak mula mengenalpasti anjing melalui buku

bergambar.

Asimilasi

Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada Contoh Proses Asimilasi adalah seperti Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Kanak-kanak mengenalpasti anjing sebagai mempunyai

(8)

7

Akomodasi

Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru. Contoh Proses Akomodasi seperti Rajah 3.4.

Rajah 3.4: Kanak-kanak mengalami ketidakseimbangan

di mana skemanya berhubung anjing tidak melibatkan pengetahuan gonggongan anjing.

Keseimbangan

Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman. Contoh keseimbangan adalah seperti Rajah 3.5.

Rajah 3.5: Kanak-kanak menyelesaikan masalah ketidakseimbangan

apabila dia mendapat pengesahan dari ibu atau bapanya berhubung apa yang dilihat. Skema disusun dan digabungkan dengan pengetahuan baru.

Jadi, berdasarkan Jadual 2 dapat disimpulkan bahawa proses pembelajaran akan lebih berhasil apabila disesuaikan dengan tahap perkembangan kognitif pelajar. Pelajar perlulah diberi kesempatan untuk melakukan pemerhatian bersama-sama rakan sebayanya dan dibantu dengan dorongan guru. Guru berperanan sebagai pemberi motivasi dimana guru hendaknya banyak memberikan rangsangan kepada pelajar supaya berkehendak untuk berinteraksi dengan rakan sebayanya berhubung proses pembelajaran secara aktif dan memberi respon yang positif.

(9)

8

Berdasarkan pandangan Piaget, memateri satu-satu ilmu yang tidak boleh diserapkan ke struktur kognitif pelajar tidak akan memberi makna kepadanya . Bagi memastikan proses pembelajara berjalan, penyediaan bahan pengajaran haruslah sudah sebahagian diketahui dan sebahagian belum diketahui. Bahagian yang sudah diketahui akan diserap , dan bahagian yang belum diketahui akan menimbulkan pengubahsuaian dalam struktu kognitif pelajar . Pengubahsuaian ini disebut akomodasi , yang boleh disamakan dengan belajar .

Menurut Piaget, pendidikan yang optimum memerlukan pengalaman yang mencabar bagi si pelajar sehingga proses asimilasi dan penyerapan boleh menghasilkan pertumbuhan intelektual pelajar. Untuk mewujudkan pengalaman ini , guru harus tahu tahap fungsi struktur kognitif pelajar. Maka, Teori Kausal Skemata Piaget menyimpulkan bahawa pendidikan harus diindividualisasikan dan pengukuhan haruslah bergantung pada perilaku yang tepat, dan penyaluran penguat yang tetap memerlukan hubungan antara guru dan pelajar atau antara pelajar dan bahan pendidikan.

Kesimpulannya, dalam bidang Psikologi Pendidikan, Teori Kausal Skemata Piaget penting untuk di fahami dan diaplikasikan mengikut kepada tahap kognitif pelajar. Setiap pelajar adalah berbeza tahap penerimaan dan pemprosesan maklumat pembelajaran maka penting sekiranya proses pembelajaran pelajar itu dimotivasikan melalui pencetusan pengetahuan sedia ada.

3.3.3 Teori Kausal Skemata Frederick Bartlett

Istilah skema mula-mula digunakan oleh seorang ahli psikologi bernama Bartlett (1932) yang mendapati pembaca menggunakan pengetahuan latar dalam proses memahami teks yang dibaca oleh mereka. Kajian Bartlett juga membuktikan skema bersifat aktif dan sentiasa berubah.

War of The Ghost merupakan eksperimen dari buku Bartlett yang terkenal bertajuk Remembering (1932). Eksperimen yang dijalankan merupakan kajian tentang kaedah bagi membina ingatan. Memori dibina apabila seseorang memberikan pendapatnya tentang apa yang telah berlaku di dalam ingatannya bersama-sama dengan pengaruh tambahan seperti pengalaman pengetahuan, dan harapan.

Dalam eksperimennya Bartlett memberikan peserta kajiannya yang berbangsa Inggeris sebuah cerita dongeng kaum orang asli Kanada yang bertajuk War of The Ghost. Para peserta telah diminta untuk mengingat kisah pada jangka masa dan diulang baca beberapa kali . Bartlett mendapati bahawa pada selang masa antara ujian membaca cerita dan mengingati itu, peserta kurang dapat mengingat banyak maklumat dari cerita tersebut kerana perbezaan antara kosa kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Kanada. Unsur-unsur cerita juga gagal difahami dalam skema pendengar, ini menjadikan elemen-elemen ini telah ditinggalkan dari ingatan , atau berubah menjadi bentuk yang lebih biasa.

Kemudian, apabila Bartlett mengambil pendekatan mengubah kosa kata dalam Bahasa Kanada ke dalam Bahsa Inggeris, peserta lebih mudah mengingat cerita tersebut. Ini menunjukkan bahawa setiap peserta memahamkan jalan cerita berdasarkan budaya mereka sendiri.Contoh ini dapat ditunjukkan oleh beberapa peserta ini  yang  mengingati ‘kanu’ dari  cerita ini sebagai ‘bot’.

(10)

9

3.4 Teori Kekurangan dan Pertumbuhan Keperluan Maslow

Abraham Maslow (1908-1970) telah menggunakan pendekatan humanistik berdasarkan dua perkara iaitu keperluan-keperluan kekurangan dan keperluan-keperluan perkembangan manusia. Maslow berpendapat bahawa seseorang individu itu akan memuaskan keperluan kekurangannya terlebih dahulu.

Menurut Muray (1938), konsep keperluan adalah suatu kuasa, suatu tegangan yang memimpin suatu organisma untuk bergerak ke arah mencapai matlamat. Dalam pembentukan, matlamat adalah suatu peristiwa yang meleraikan ketegangan yang telah dirasainya. Keperluan-keperluan boleh dikategorikan dalam dua kumpulan, iaitu keperluan primer dan keperluan sekunder. Keperluan primer seperti keperluan untuk makan, air dan oksigen adalah sangat penting untuk hidup. Berbanding dengan keperluan primer, keperluan sekunder adalah tidak penting untuk keperluan fizikal. Tetapi, keperluan sekunder memang penting untuk kehidupan dalam konteks psikologi ke arah perasaan gembira dan positif untuk melakukan aktiviti-aktiviti. Keperluan-keperluan sekunder termasuk keperluan untuk perhubungan, menikmati kenaikan pangkat, status dan pengiktirafan.

Struktur dan fungsi di dalam badan organisma mempunyai keperluan yang tertentu. Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks. Berdasarkan Atan Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri.

Manusia dimotivasikan untuk memuaskan keperluan-keperluan. Dalam pada itu, Maslow berpendapat bahawa teori-teori psikologi terdahulu kurang mengetengahkan keupayaan manusia dan gagal meneliti realiti keperluan tinggi, moti-motif dan kapasiti. Maslow percaya keperluan yang tidak dapat memenuhi rasa puas hati manusia mewujudkan ketegangan yang dianggap suatu kuasa untuk mencapai matlamat untuk mengurangkan ketegangan. Maslow menggariskan dua tahap keperluan. Empat tahap pertama dalam hierarkinya, iaitu keperluan kekurangan perlu dipenuhi sebelum bergerak ke tiga aras yang seterusnya, iaitu keperluan pertumbuhan

Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ontologikal individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat penyempurnaan kendiri. Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran sosial kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkahlakunya. Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan sepertimana ditunjukkan pada Rajah 3.6 di bawah.

(11)

10

Rajah 3.6: Hierarki Keperluan Maslow mengikut peratusan anggaran keperluan individu

(Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan, Mok Soon Sang, 2011) Dalam keperluan kekurangan ( deficiency needs ), apabila diaktifkan semula ia menjana individu untuk memuaskan kekurangannya. Apabila berasa dahaga, individu meminum air untuk menghilangkan rasa dahaganya. Keperluan kekurangan akan timbul sekiranya fisiologi memerlukannya bila-bila pada masa-masa tertentu.manakala keperluan tahap kedua terus tumbuh. Keperluan pertumbuhan ini sentiasa memotivasikan seseorang untuk berkembang mencapai keupayaan-keupayaan unik yang dimilikinya. Menurut Maslow, keperluan pertumbuhan termasuk perasaan untuk pemahaman, menghargai sesuatu dan perkembangan personal individu. Keperluan pertumbuhan sentiasa menyambung ke arah mengembangkan pengalaman-pengalaman.Contohnya, pelajar-pelajar bermain seni lukis mungkin ingin mendalami ilmu seni lukis. Menurut Tan et al. (2003), lebih yang diketahui, lebih yang ingin diketahui.

Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri dan juga kadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling. Melalui apa cara pun, manusia bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling mudah untuk mancapai matlamat tersebut. Apa yang mendorong manusia bertindak untuk sesuatu tujuan itu ialah apa yang dinamakan  “motivasinya”.  Hierarki  Maslow  menerangkan  lebih mendalam tentang tindakan manusia ini merangkumi keperluan-keperluan kekurangan dan perkembangan berikut:

a) Keperluan Fisiologi

Mengikut Teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Membicarakan Teori Motivasi Maslow dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini kerana kesan

Keperluan Asas/Primer

(12)

11

daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu atau terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil berat kepada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal pelajar itu. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran.

b) Keperluan Keselamatan

Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amat penting dalam hidup. Demikianlah tiap-tiap individu memerlukan keperluan ini tetapi dengan kekuatan yang berbeza-beza.. Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan menjadikannya lebih gemar bersendirian, tetapi ada individu yang mempunyai keperluan ini dengan kuatnya sehingga menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang lain. Keperluan ini boleh jadi timbul daripada keadaan anak-anak kecil yang tidak dapat hidup dengan sendirinya dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa terutama ibu bapa untuk mendapatkan keperluan ini agar ia sentiasa dilindungi. Sebagai contoh semasa dalam kesakitan seorang kanak-kanak amat memerlukan jagaan ibu bapa. Sikap kepekaan dan keprihatinan seorang ibu atau bapa yang bertanggungjawab diharapkan demi menjaga keselamatannya dan hasil penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958) berdasarkan kajiannya turut menunjukkan betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan orang dewasa kepada seseorang kanak-kanak.

Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas. Pelajar-pelajar memerlukan keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin. Oleh itu dari peringkat awal lagi, kanak-kanak perlu diajar akan disiplin ini. Mereka tidak boleh dibiarkan mendisiplinkan diri mereka sendiri. Sebagai seorang yang berpengalaman, wajarlah ibu bapa memainkan peranannya dalam mendidik dan mengajari kanak-kanak akan hal ini.

Di dalam kelas guru pula berperanan besar. Keselamatan di dalam kelas dapat dijamin jikalau seseorang guru itu bertindak dengan konsisten. Ini kerana pelajar-pelajar itu akan dapat belajar dengan  lebih  berkesan  jika  mereka  dapat  mengetahui  perasaan  atau  ‘mood’’  guru itu. Contohnya, cara seseorang guru itu memberikan arahan. Semestinya setiap arahan yang diberi tidak bercanggah. Di samping itu apa yang penting juga guru seharusnya ada sikap toleransi terhadap para pelajarnya. Ini kerana pelajar-pelajar akan berasa selamat dan membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses pembelajaran.

c) Keperluan Kasih-sayang

Berdasarkan Teori Maslow, turut diperlukan keperluan ini untuk mendapatkan hubungan yang mesra, kasih-sayang, dan perasaan diri. Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas, pelajar kadang-kadang akan berasa terganggu apabila terjadi perkelahian atau perbalahan antara satu sama lain. Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di dalam keadaan yang tidak stabil menyebabkan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses pembelajaran mereka. Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal dan tegang jikalau mereka dimarahi pula oleh guru dan dikenakan denda. Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelajar terbabit dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai, dihargai, atau tidak dipedulikan oleh guru mahupun kawan-kawan. Ekoran daripada itu keinginan, minat, juga kehendak atau motivasi mereka untuk belajar akan pudar dan lenyap.

(13)

12

Dalam konteks ini, guru perlulah memberi tunjuk-ajar kepada mereka dengan menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan yang baik sesama mereka. Apa yang penting juga ini akan dapat memelihara hubungan yang baik dan mesra di antara pelajar dengan guru. Melalui cara ini, pelajar akan merasakan mereka diterima, dihormati, serta dihargai oleh anggota lain dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak milik keanggotaan dalam komuniti tersebut. Secara tidak langsung, proses pengajaran pembelajaran berjalan dengan baik, harmonis, lancar, dan berkesan kerana masing-masing individu telah dapat memenuhi keperluan kehendaknya.

d) Keperluan Penghargaan Kendiri

Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan oleh keluarga, guru dan rakan sebaya amatlah penting. Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia unik yang bebeza dengan individu lain dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran.Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu belajar menerima diri mereka sendiri.Penerimaan rakan sebaya penting supaya mereka tidak merasa tersingkir.Murid yang diterima kerap kali memperolehi prestasi akademik yang tinggi berbanding individu yang tidak diterima rakan sebaya. Murid yang diterima merasai diri mereka dihargai, dikasihi dan bernilaai.Oleh itu mereka dapat berinteraksi secara positif membincangkan masalah pembelajaran dalam kumpulan.Guru perlu menyediakan aktiviti seperti projek-projek bagi setiaap murid supaya mereka dapat berdamping dan mendampingi murid yang lain.

Setiap individu memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang diri mereka. Bagi memenuhi kehendak atau membolehkan perkara ini berlaku, terlebih dahulu seseorang itu perlu menghormati dirinya sendiri dan berusaha pula menjadikan dirinya dihargai oleh orang lain. Faktor yang penting ialah keperluan ini dapat dipenuhi apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri dan kebebasan, juga pengiktirafan, perhatian, dan penilaian diri orang lain. Konsep ego seseorang itu berkait rapat dengan perasaan penghargaan diri. Berdasarkan Saedah, Zainun, dan Tunku Mohani (1996 : 13) mengungkap kata-kata Kubiniec, 1970, ‘Orang  yang  mempunyai  konsep  diri  yang  kuat  lebih  berkemungkinan  mencapai  kejayaan akademik Ini bertepatan sekali jika dihubungkaitkan dengan diri seseorang pelajar itu. Rasa ingin tahu mempunyai pertalian yang erat untuk memenuhi kehendak ini. Rasa ingin tahu ini juga akan menggerakkan pelajar tersebut mendapatkan pengetahuan dan pengalaman yang menarik perhatian mereka.

Keinginan ini juga mendorong pelajar untuk belajar dan mencari pengetahuan dengan membaca buku, mentelaah, menjalani proses pembelajaran atau mencuba berbagai-bagai perkara yang belum dialaminya. Oleh itu menjadi tugas seseorang guru memberikan tugasan, yang sesuai untuk diterokai serta yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh pelajar. Pelajar akan merasakan diri mereka penting apabila sesuatu tugasan yang diberi dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Ini dapat memupuk diri pelajar untuk lebih berkeyakinan seterusnya keinginan dan minat mereka untuk terus belajar dan berjaya makin meluap-luap. Seseorang guru juga perlu berusaha dan memastikan jangan ada pelajarnya yang gagal atau tercicir kerana mereka ini akan merasakan penghargaan dirinya amat rendah.

e) Keperluan Penyempurnaan Kendiri

Konsep kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang asing yang memiliki satu ciri-ciri yang unik atau istimewa ( Shaffer,1985 ). Ia membawa maksud bagaiman seseorang individu itu berpendapat dan menganggap

(14)

13

dirinya.Penyempurnaan kendiri pula bermaksud apa yang seseorang itu boleh jadi, ia mesti jadi, iaitu potensinya dilahirkan. Anggapan dan pendapat itu adalah berasaskan kepekaan dan kesedaran tentang kekuatan dan kelemahannya.Kesedaran itu pula lahir daripada maklum balas, gerakbalas atau preaksi individu lain disepanjang pergaulan, sosialisasi atau interaksi dengan individu lain.

Cohen (1959) menjelaskan bahawa orang yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi dikonsepsikan sebagai orang yang menyukai atau menghargai dirinya dengan melihat dirinya berkebolehan dalam hubungan dengan dunia luar. Manakala mereka yang mempunyai konsep kendiri yang rendah pula melihat dirinya sebagai orang yaang membenci dan tidak menghargai dirinya.Iaitu seseorang yang tidak berkebolehan untuk berhubung secara berkesan dengaan persekitarannya.

Peringkat penyempurnaan kendiri ini adalah peringkat yang paling tinggi dan hanya diperolehi apabila semua keperluan peringkat bawah itu telah dipenuhi. Demikian pula mengikut Atan Long (1976 : 148) daripada Maslow (1970), keperluan untuk penyempurnaan kendiri itu adalah keperluan yang menjadi kemuncak atau yang tertinggi di dalam peringkat sistem keperluan manusia. Keperluan ini hanya dapat dicapai setelah seseorang itu memenuhkan keperluan lain yang terdapat pada peringkat yang lebih bawah di dalam sistem keperluan tadi. Menurutnya lagi, keperluan penyempurnaan diri ini merupakan pemenuhan keseluruhan keperluan manusia.

Ini bermakna seseorang yang telah mencapai peringkat ini telah dapat memenuhi keperluan untuk mendapatkan keindahan dan estetika; ia telah dapat dengan sepenuhnya akan makna hidup; ia dapat menerima keadaan dirinya dan orang lain; ia merasakan gembira tentang nikmat hidup dan telah menggunakan kebolehannya dengan semaksimanya.

Penerimaan diri berlaku melalui sosialisasi dengan individu lain.Sekiranya individu itu diterima oleh orang lain, dia juga akan menerima dirinya.Penerimaan diri boleh mempengaruhi tindak tanduk individu dalam menghadapi cabaran hidup ini.Manakala perhargaan diri pula bermaksud sikap penerimaan atau tidak penerimaan individu terhadap dirinya.Individu yang tinggi penghargaan dirinya selalu berkebolehan membenteras dan mengatasi kegawatan persenoliti serta kurang upaya mengendalikan masalah yang timbul dalam hidupnya.

Untuk membina konsep kendiri yang positif ibu pada dan para pendidik perlu memberi dorongaan, bantuan dan sokongan kepada murid. Bantuan kemudahan dan sokongan moral perlu dalam pembelajaran mereka. Ibu bapa dan pendidik juga perlu menyediakan segala jenis pengalaman hidup untuk membantu murid mengembangkan bakat atau potensi mereka.

Dalam meniti arus kehidupan untuk membantu murid mengembangkan bakat atau potensi mereka. Di sekolah, terdapat banyak ruang atau peluang-peluang yang diberi atau disediakan kepada pelajar-pelajar untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri ini seperti pemilihan aktiviti oleh pelajar sendiri, rancangan belajar yang bebas juga sesi bimbingan kaunseling. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut pelajar dapat memilih jenis pengetahuan atau kemahiran yang mereka kehendaki dan mereka juga bebas menggunakan masa untuk mengembangkan pengetahuan atau kemahiran itu Apabila pelajar berusaha untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri, maka mereka mesti belajar dengan tekun, bersungguh-sungguh, serta melipatgandakan usaha melalui arah yang tegas dan berdisiplin. Di samping itu pelajar juga perlu mengetahui had aktiviti mereka.

(15)

14

Dalam membantu para pelajar berjaya mencapai sehingga peringkat ini, guru perlu memainkan peranannya. Guru harus membantu menyuburkan minat, bakat, juga kebolehan pelajar dengan menjadi pembimbing atau fasilitator kepada mereka. Dengan ini pelajar dan guru berjalan seiringan dalam memenuhi satu matlamat. Kesan daripada itu proses pengajaran serta pembelajaran dapat ditingkatkan seterusnya mendatangkan manfaat kepada semua pihak.

f) Keperluan Mengetahui

Keperluan mengetahui adalah berkaitan dengan perasaan ingin tahu sesuatu perkara. Ia berhubung juga dengan keperluan mencari, menyusun serta menganalisis sesuatu maklumat. Untuk mengetahui sesuatu perkara, seseorang itu mestilah berusaha mencari jawapan mengenai makna kehidupannya dan tentang kewujudan dirinya. Dalam konteks sekolah, guru mestilah sentiasa mengajar dengan cara ikuiri penemuan dan kajian supaya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam proses mencari maklumat dan pemikiran reflektif.

g) Keperluan Estetik

Keperluan estetik adalah merujuk kepada keperluan manusia untuk memiliki dan memahami keindahan dan kecantikan dalam dirinya. Salah satu untuk memiliki perasaan tersebut adalah dengan cara memiliki baranganyang cantik dan mempunyai unsur-unsur kesenian dalam dirinya. Akibat keperluan ini manusia sanggup membelanjakan beratus malahan beribu ringgit untuk memiliki barangan yang indah .

Dalam konteks sekolah pula, pelajar perlu digalakkan supaya lebih melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat mengembangkan otak kanan mereka seperti dalam bidang drama, muzik dan sebagainya.

3.5 Teori Dorongan ( Drive Theory )

Teori dorongan mula diperkenalkan oleh Sigmen Freud di mana pada masa itu Freud menggunakan bahasa German iaitu trieb yang bermaksud moving force dan ia telah diterjemahkan dalam bahasa inggeris iaitu instict ( naluri). Pada masa itu konsep dorongan belum wujud lagi.

Naluri adalah elemen dasar kepribadian, kekuatan motivasi yang mendorong perilaku dan menentukan arahnya. Bagi konsep ini Freud mencoba yang merjemahkan naluri sebagai pendorong kekuatan. (Bettelheim, 1984).

Pandangan Freud tentang manusia iaitu suatu sistem tenaga, dimana manusia didorong oleh seksual, dan gerakan agresif atau naluri. Dorongan seksual dan agresif ini tidak dipelajari dari sosial. Freud berpendapat, naluri berasal dari tenaga yang ditransformasikan kepada tenaga fisiologis yang menghubungkan keperluan tubuh dengan pengharapan fikiran. Perantaraan antara tenaga fisiologis dengan kepribadian ialah ( id ).

Kewujudan psikologi disebut hasrat, sedangkan rangsangan jasmani, dari mana hasrat itu muncul disebut sebagai keperluan. Jadi, keadaan lapar dapat digambarkan secara fisiologi sebagai keadaan kekurangan makanan pada sistem tubuh, sedangkan secara psikologi wujudnya keinginan untuk makan. Dorongan itu berfungsi sebagai motif bagi tingkah laku, sedangkan naluri mengawal tingkah laku.

(16)

15

Teori Freud tentang motivasi secara berlandaskan bahawa naluri adalah satu-satunya sumber bagi tingkah laku manusia. Freud mengklasifikasikan hal ini pada dua kategori iaitu: Naluri untuk hidup adalah cara untuk bertahan hidup untuk meneruskan kehidupan. Keinginan dari naluri untuk hidup disebut Libido. Libido dapat disalurkan dan dapat dimanifestasikan terhadap objek yang dikenal sebagai cathexis. Naluri untuk mati disebut juga “Destructive Instincts”. Freud berpendapat bahwa setiap manusia memiliki keinginan di  bawah alam sedarnya iaitu untuk mati.

Struktur kepribadian mengikut Freud terbahagi pada tiga tahap kesedaran iaitu alam sedar, alam prasedar dan alam bawah sedar.Ketiga-tiga alam ini saling berinteraksi dan mempengaruhi tingkah laku. Alam sedar ialah pemikiran seseorang pada masa itu juga dan perkara-perkara yang boleh diingatinya. Namun, pada keesokan harinya, pemikiran semalam telah disimpan dalam ingatan jangka panjang dan setelah sebulan, pemikiran berada pada tahap prasedar. Pengalaman ini akan menjadi pengalaman bawah sedar setelah 5 tahun atau 10 tahun berlalu. Pengalaman bawah sedar ini selain mengandungi pemikiran manusia, naluri semula jadi, keinginan-keinginan yang tidak rasional dan desakan seksual yang dikenali sebagai libido.

Keperibadian tersusun dari tiga sistem iaitui: id, ego, superego. Meskipun masing-masing mempunyai fungsi, sifat, komponen, prinsip, dan mekanismenya sendiri, namun ketiga-tiganya berinteraksi antara satu sama lain sepertimana penerangan berikut:

i) ID

Id ialah bahagian yang mengandungi naluri seksual yang agresif. Id diwarisi sejak lahir lagi. Id beroperasi di atas prinsip keseronokan di mana ia adalah bahagian pemikiran manusia yang primitif dan tidak rasional. Id sangat mementingkan kepuasan serta merta. Id juga mengandungi libido iaitu tenaga seksual yang menggerakkan kebanyakan tingkah laku manusia.

ii) Ego

Ego tidak wujud masa lahir. Ego berkembang secara berperingkat dan berfungsi di atas prinsip realiti. Ego memainkan peranan penting dalam tingkah laku dan personaliti individu, iaitu sebagai pengawal kehendak yang tidak dapat dipuaskan oleh id. Antara fungsi lain bagi ego ialah ego dapat bertindak terhadap sesuatu peristiwa yang mendatangkan kecemasan dan biasanya konflik berlaku antara id dan superego.Ego memainkan dua peranan dalam situasi cemas iaitu boleh menggunakan asas pengalaman serta tenaga pemikiran yang nyata atau sebenar. Seterusnya, ego dapat bertindak untuk menyelesaikan masalah berasaskan pengalaman dan sosialis. Selain menggunakan asas pengalaman dalam menghadapi masalah, ego juga boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, menipu, tipu helah dengan memesongkan keadaan sebenar.

iii) Superego

Freud menggunakan komponen superego untuk menggambarkan penghayatan nilai – nilai moral dalam masyarakat. Superego diterapkan dalam diri seseorang sejak mereka dilahirkan lagi sebagai pegangan moral dalam usaha menghalang kehendak id. Tugas utama superego adalah menahan desakan id dan memujuk ego supaya memilih matlamat yang bermoral dan realistik serta berusaha mencapai kejayaan. Terdapat dua ciri superego iaitu suara hati dan keunggulan ego. Suara hati diperolehi melalui perlaksanaan hukuman oleh ibu bapa ke atas diri seseorang manakala keunggulan ego diperolehi melalui perlaksanaan ganjaran yang diberikan oleh seseorang kepada dirinya.

(17)

16

3.5.1 Teori Pengurangan Dorongan ( Drive Reduction Theory ) a) Clark Leonard Hull

Leonard Clark Hull dilahirkan di Akron, New York pada 24 Mei 1884. Hull telah mengembangkan sebuah teori dalam versi behaviorisme. Di mana ia mengatakan bahawa stimulasi (S) mempengaruhi organisma (O) dan akan menghasilkan tindak balas atau respons (R) iaitu bergantung kepada karateristik O dan S. Dengan kata lain Hull telah berminat dengan kajian yang mempelajari variabel perantaraan yang mempengaruhi perilaku seperti dorongan atau keinginan, insentif, penghalang dan kebiasaan. Teori Hull disebut sebagai Teori Pengurangan Dorongan (Drive Reduction Theory) . Clark Hull mendasarkan teorinya pada tingkah laku yang mempunyai perhubungan yang kuat dengan stimulasi (rangsangan) dan respon (tindak balas) . Teori Hull sebenarnya tidak jauh bezanya dengan teori belajar yang lain. Beberapa persamaan Teori Hull dengan teori belajar sebelumnya ialah :

i) Berdasarakan hubungan stimulasi (rangsangan) dengan respon (tindak balas). ii) Berdasarkan cara untuk melangsungkan atau meneruskan hidup.

iii) Berdasarkan keperluan biologi dan pemenuhannya.

Hull juga mengembangkan beberapa definisi dalam teorinya iaitu :

i) Keperluan ( Need )

Keperluan merupakan di mana keadaan organisma yang menyimpang daripada keadaan biologi optimum yang pada umumnya digunakan untuk untuk meneruskan hidupnya. Jika keperluan tersebut timbul maka organisma akan bertindak balas untuk memenuhi keperluannya, hal ini di namakan mengurangi keperluan ataupun ‘need reduction theory’.

ii) Dorongan ( Drive )

Keadaan kekosongan ataupun keperluan organisma sehingga mendorong untuk melakukan sesuatu. Istilah lain dari dorongan ialah motif. Adakalanya seseorang ingin melakukan sesuatu namun orang tersebut tidak memiliki dorongan untuk melakukannya.

iii) Perkuatan ( Reinforcement )

Sesuatu yang dapat menguatkan hubungan S – R, dan respon terhadap rangsangan tersebut akan dapat mengurangi ketegangan keperluan. Perkuatan ini biasanya berbentuk hadiah.

Menurut Hull kesemua organisma hidup mempunyai keperluan biologikal yang perlu dipenuhi untuk terus hidup. Sesuatu keperluan mampu mewujudkan ketegangan dalaman atau apa yang dinamakan dorongan, dan kita bermotivasi untuk mengurangkannya. Sebagai contoh apabila kita kekurangan makanan, maka keperluan biologikal ini menyebabkan satu keadaan tegang, dalam kes ini ialah lapar. Dengan itu, kita bermotivasi untuk mencari makanan dengan tujuan mengurangkan dorongan makan dan juga untuk memuaskan keperluan biologikal. Rasa dorongan adalah sesuatu yang tidak menyelesakan, dan ini mendorong manusia bertingkah laku kembali semula kepada keselesaan.

Teori pengurangan dorongan diambil sebahagian daripada konsep biologikal homeostasis iaitu satu kecenderungan tubuh badan kita mengekalkan keseimbangan, keadaan dalaman demi memastikan kelangsungan fizikal. Suhu badan, gula, darah, keseimbangan air, oksigen yang diperlukan untuk kelangsungan fizikal, perlulah dalam keadaan yang seimbang. Apabila

(18)

17

keadaan ini terganggu, satu dorongan terbentuk dengan tujuan untuk kembali kepada keseimbangan.

Clark Hull menggunakan pembolehubah antara rangsangan dan tindak balas untuk menjelaskan pengertian tentang belajar. Namun teori beliau amat terpengaruh dengan teori evolusi yang dikembangkan oleh Charles Darwin. Bagi Hull, seperti teori evolusi, semua fungsi tingkah laku bermanfaat untuk menjaga kelangsungan hidup manusia. Oleh kerana itu, teori Hull mengatakan bahawa keperluan biologi dan kepuasan keperluan biologi adalah penting dalam keseluruhan kegiatan manusia, sehingga tindak balas dalam belajar juga sering kali dikaitkan dengan keperluan biologi, walaupun tindakan yang akan muncul mungkin dalam bermacam-macam bentuk.

Di samping itu, dari sudut pembelajaran Clark Hull menyatakan bahawa sesuatu keperluan atau keadaan terdorong ( oleh motif,tujuan,maksud,aspirasi dan cita - cita ) harus ada dalam diri seseorang pelajar, sebelum respons atau pun tindak balas diperkuat atas dasar pengurangan keperluan itu. Efisiensi belajar bergantung pada besarnya tingkat pengurangan dan kepuasan motif yang menyebabkan timbulnya usaha belajar oleh tindak balas yang dibuat oleh individu itu. Setiap pelajar harus memiliki empat sifat ini iaitu :

i) Drive - Pelajar harus menginginkan sesuatu.

ii) Cue - Pelajar harus memerhatikan sesuatu.

iii) Response - Pelajar harus melakukan sesuatu.

iv) Reinforcement - Respons pelajar harus membuatkannya mendapatkan sesuatu yang diinginkannya.

Teori ini mempunyai empat peringkat pembelajaran iaitu :

i) Peringkat 1:

Merupakan variabel bebas yang berdiri sendiri, misalnya pengalaman-pengalaman lama, ganjaran – ganjaran dan sejumlah rangsangan.

ii) Peringkat 2 dan 3:

Merupakan variabel penegah, misalnya dorongan atau ketegangan, motivasi berupa ganjaran, kekuatan yang mengikat rangsangan respons dan kecenderungan organ tubuh memberikan respons jika terjadi rangsangan.

iii) Peringkat 4:

Merupakan variabel tidak bebas,misalnya frekuensi terjadi espons, kecepatan respons dan ketahanan respons.

Teori ini memiliki tujuan utama untuk memprediksi dan mendeskripsikan sebuah perilaku. Untuk mencapai tujuan ini, suatu sistem hukum yang pasti harus dibuat berdasarkan kesimpulan yang dapat diuji dengan eksperimen. Menurut Hull, pembelajaran bergantung pada pengukuhan utama dan pengukuhan kedua, meskipun kekuatan sesuatu respons tergantung pada peringkat dorongan pada saat tertentu. Apa yang penting dalam teori ini adalah peningkatannya sedikit kearah penerimaan, yakni adanya sesuatu yang menegahi diantara rangsangan dan gerak balas iaitu dorongan atau ketegangan yang muncul kerana tercapainya sesuatu tujuan tertentu. Kerana adanya tujuan dari organisma untuk mencapai sesuatu, maka harapan untuk mencapai tujuan tersebut telah mendorong organisma untuk berearksi.

(19)

18

b) Teori Dorongan oleh Robert S.Woodworth

Robert S. Woodworth dilahirkan di Belchertown, Massachusetts pada 17 Oktober 1869. Woodworth (1918) mendefinasikan dorongan sebagai desakan internal ataupun dalaman yang ada untuk menjaga tingkat optimal keseimbangan tubuh badan.Ketika seseorang kekurangan elemen dasar ( misalnya makanan, udara dan air ) hal ini akan mengaktifkan dorongan yang menyebabkan seseorang itu bertindak balas. Dorongan akan hilang ketika elemen dipenuhi.

Woodworth juga mengungkapkan bahawa perilaku terjadi kerana adanya motivasi atau dorongan (drive) yang mengarahkan individu untuk bertindak sesuai dengan kepentingan atau tujuan yang ingin dicapai.Tanpa dorongan tadi tidak akan ada suatu kekuatan yang mengarahkan individu pada suatu mekanisme timbulnya perilaku. Dorongan diaktifkan oleh adanya keperluan ( need ), dalam erti kata keperluan membangkitkan dorongan, dan dorongan ini pada akhirnya mengaktifkan dan memunculkan mekanisme perilaku.

Dalam erti kata lain dorongan ini juga dikenali sebagai instinct (naluri), contohnya dorongan seksual, mencari makanan kerana terasa lapar dan sebagainya. Dorongan-dorongan ini sifatnya asli iaitu tidak perlu dipelajari. Timbulnya dorongan, bertambah kuat dorongan mahupun kurangnya dorongan dapat diukur secara objektif. Contohnya, semakin kuat seseorang itu mahu makan dapat diketahui melalui tekanan darahnya.

Menurut konsep teori Woodworth ada tiga kreateria dalam menerangkan bahawa motivasi sebagai penyebab timbulnya perilaku iaitu :

a. Intensity (Keamatan)

Iaitu kemahuan mendalam yang mendorong sehingga menyebabkan individu berperilaku tertentu. Keinginan dari dorongan menunjuk pada fakta bahawa dorongan itu bersifat mengaktifkan. Pengaktifan oleh dorongan adalah bervariasi iaitu mengikut tahap yang rendah seperti mimpi kepada tahap yang tinggi seperti marah dan rasa takut.Woodworth percaya bahawa dorongan yang tinggi adalah disebabkan oleh pengaruh emosi.

b. Direction (Pemberi arah)

Dorongan ini bersifat mengarahkan.Dorongan dapat mengarahkan pada tingkah laku menghidari atau melakukan suatu perilaku tertentu. Dorongan ini juga menjadikan seseorag individu peka terhadap stimulasi (rangsangan ) tertentu yang bersandarkan pada motif dan akan menentukan secara selektif rangsangan yang akan diambil.

c. Persistence (Berterusan)

Iaitu kecenderungan untuk mengulangi perilaku secara terus menerus. Dorongan tidak hanya mengarahkan perilaku seseorang kearah tujuan tertentu tetapi bertindak sebagai pemelihara tingkah laku untuk sampai pada tujuan tertentu.

(20)

19

3.6 Aplikasi Teori Attribusi, Teori Kausal Skemata, Teori Sokongan dan Teori Keperluan Kekurangan Atau Perkembangan dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

3.6.1 Pengenalan

Kognitivisme merupakan teori yang memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti mental dalaman yang diibaratkan sebagai "kotak hitam". Minda manusia adalah sangat berharga dan penting bagi memahami bagaimana individu itu belajar. Proses mental merangkumi pemikiran, ingatan, mengetahui, dan penyelesaian masalah perlu diteroka. Pengetahuan boleh dilihat sebagai skema atau pembinaan mental simbolik manakala pembelajaran ditakrifkan sebagai perubahan dalam skema belajar. Berbanding behaviorisme, manusia bukannya seperti haiwan yang diprogramkan semata-mata untuk bertindak balas terhadap rangsangan alam sekitar. ini kerana manusia merupakan makhluk rasional yang memerlukan penglibatan aktif dalam usaha untuk belajar, dan yang tindakan ini merupakan satu kesan pemikiran. Perubahan dalam tingkah laku yang diperhatikan, namun, hanya sebagai petunjuk terhadap apa yang berlaku didalam pemikiran. Maka, kognitivisme boleh di metaforakan sebagai komputer: maklumat masuk, maklumat diproses, dan maklumat di sampaikan. Hubungan antara kognisi dan motivasi boleh dilihat berdasarkan sejauh mana teori motivasi di dalam bilik darjah ini mampu diaplikasikan.

3.6.2 Aplikasi Teori Atribusi dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran.

Teori kognitif merupakan antara teori yang paling banyak membincangkan tentang bagaimana individu itu belajar dan bagaimana proses pemikirannya terbentuk. Kebanyakan teori pembelajaran kognitif terkini mendakwa bahawa pembelajaran bukan hanya menerusi proses meneriam maklumat sahaja sebaliknya menerusi proses menterjemah, mengguna dan memperkembangkan semula maklumat yang diperoleh secara berkesan. (Resnick, 1989). Manakala, teori attribusi (attribute) merujuk kepada bagaimana pelajar akan bemotivasi sekiranya berjaya mencapai hasil yang diingini. Oleh itu, pembelajaran kognisi boleh melibatkan pelbagai bentuk bahan pengajaran sokongan yang mampu memotivasikan pelajar di dalam kelas sekaligus menimbulkan minat dan mampu memproses maklumat dengan lebih bermakna.

Kajian berhubung pembelajaran kognisi dan motivasi dan pembelajaran di dalam bilik darjah oleh Saemah Rahman dan John Arul Phillips (2006), mendapati bahawa kesedaran metakognisi mempunyai hubungan langsung positif yang signifikan ke atas pencapaian akademik, manakala faktor motivasi, iaitu matlamat prestasi mempunyai hubungan langsung negatif yang signifikan ke atas pencapaian akademik. Dua lagi faktor motivasi, iaitu efikasi kendiri dan matlamat pembelajaran pula mempunyai hubungan tidak langsung dengan pencapaian akademik melalui kesedaran metakognisi.

Dalam perisian pendidikan atau koswer pendidikan yang menggunakan elemen multimedia, para pelajar lebih mudah faham dan mereka lebih cepat untuk bertindakbalas serta memberi tumpuan dengan lebih dekat semasa pembelajaran. Koswer yang mengandungi animasi dimana berbentuk dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) adalah merujuk kepada pergerakan objek yang mudah merentasi skrin sesebuah paparan dan terbentuk menerusi permodelan dan formula matematik. (Jamalludin dan Zaidatun, 2000). Setiap objek mampu dipapar dan dipertontonkan dari pelbagai sudut pandangan, memberikan ilusi seolah-olah ianya objek sebenar yang berdimensi.

(21)

20

Selain itu, pendekatan pembelajaran berasaskan multimedia mampu memberikan kesan positif kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Ini kerana, proses memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran yang baru dengan lebih menarik, dinamik dan interaktif dengan bantuan media-media tambahan seperti audio, video, animasi dan grafik. Selain itu, aplikasi multimedia-media dalam bidang pendidikan akan melahirkan satu konsep pembelajaran baru gabungan daripada pendekatan pendidikan dan hiburan, iaitu edutainment (education & entertainment) (Jamalludin & Zaidatun 2000). Konsep ini akan mengantikan buku teks tradisi kepada buku teks elektronik yang lebih mesra penggunaannya.

Penggunaan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) juga dapat mengekalkan tumpuan, meningkatkan kemampuan kognitif dan kemahiran sosial belajar dalam suasana yang lebih selesa dari segi masa dan kebolehan mereka untuk mempelajari novel (Zamri & Nur Aisyah 2011). Perisian PPBK (multimedia) yang bercorak interaktif ini telah meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka serta dapat memotivasikan mereka untuk belajar. Hal ini kerana, berdasarkan ciri multimedia yang terdapat pada perisian PPBK (multimedia) murid yang belajar dengan bantuan komputer akan mempunyai rangsangan atau motivasi yang tinggi. Penyediaan latihan serta pengayaan dalam perisian memberi peluang kepada murid untuk mengukuhkan pemahaman mereka terhadap pengajaran novel yang diajar (Ros Azura 2007, Zamri & Nur Aisyah 2011).

Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menyediakan bukti yang menyokong hubungan antara kesedaran metakognisi dan faktor motivasi dengan pencapaian serta kepentingan metakognisi dan peranan motivasi sebagai mediator dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti. Ini menyokong pandangan teori attribusi (attribute) yang merujuk kepada bagaimana pelajar akan bemotivasi sekiranya berjaya mencapai hasil yang diingini. Berdasarkan kajian, individu yang mempunyai orientasi matlamat pembelajaran dikatakan mempunyai kesedaran metakognisi dalam cara mereka lebih menyedari cara mana mereka dapat mempelajari sesuatu dengan lebih berkesan berbanding individu yang mempunyai orientasi matlamat prestasi.Dapat disimpulkan bahawa pembelajaran secara kognisi sesuai diaplikasikan bersama teori attribusi dalam membina motivasi pelajar di dalam bilik darjah. Persepsi pelajar terhadap semua matapelajaran itu susah ataupun ilmu baru itu sukar untuk diserap perlu disanggah dengan menggunakan teori-teori pembelajaran yang sesuai dengan tahap kognisi pelajar. Bilik darjah merupakan medan pelajar menimba ilmu dan guru adalah pembimbing dalam menetukan kemenjadian pelajar. Penerapan budaya sama rata sangat tidak sesuai diaplikasikan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kerana setiap pelajar mempunyai tahap penerimaaan ilmu dan minat yang berbeza.

Saemah dan John (2006), dalam kajiannya menyatakan tinjauan literatur menunjukkan terdapat kepentingan faktor metakognisi dan juga faktor-faktor motivasi dalam proses pembelajaran pelajar. Bagaimanapun, belum banyak kajian dijalankan yang menyepadukan kedua-dua faktor tersebut di Malaysia. Kajian mereka dijalankan untuk memeriksa hubungan antara kedua-dua faktor tersebut dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti. Sampel terdiri daripada 374 pelajar Tahun 2 daripada lima buah kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini mengukur kesedaran metakognisi dan pemboleh ubah motivasi di kalangan 440 orang pelajar. Sampel dipilih secara rawak mengikut jantina dan bidang pengajian di kalangan pelajar yang tinggal di lima buah kolej kediaman di UKM yang juga dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesedaran metakognisi mempunyai hubungan langsung positif yang signifikan ke atas pencapaian akademik pelajar. 

(22)

21

Dapatan ini selaras dengan teori-teori metakognisi yang membincangkan tentang hubungannya dengan proses pembelajaran pelajar. Keputusan kajian tersebut adalah selaras dengan teori dan kajian yang menjelaskan hubungan antara metakognisi dan motivasi. Selain itu, dapatan kajian Saemah dan John ini turut disokong oleh dapatan kajian yang telah dibuat oleh Landine dan Stewart (1998) juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara metakognisi dengan motivasi, lokus kawalan, kecekapan kendiri dan pencapaian akademik. motivasi dalam pembelajaran termasuklah lokus kawalan daripada teori atribusi (Weiner 1979), kepercayaan  tentang  efikasi  kendiri  (Bandura  1977,  1989,  1993)  dan   orientasi matlamat (Ames 1992; Archer 1994; Archer & Scevak 1998).

Lokus kawalan yang terdapat dalam diri pelajar diandaikan mempengaruhi motivasi melalui sumber yang dianggap oleh pelajar sebagai bertanggungjawab ke atas kegagalan atau kejayaannya, manakala efikasi kendiri dikatakan mempengaruhi motivasi melalui penetapan  matlamat (Woolfolk 1998).

Menurut Saemah dan John (2006), jika seseorang itu mentaksir dirinya sebagai tidak cekap dalam statistik, dan jika mereka menganggap bahawa semua tugasan berkaitan dengan statistik sukar diselesaikan, mereka akan kurang bermotivasi untuk mencuba menyelesaikannya dan seterusnya kurang bermotivasi untuk memantau dan meregulasi prestasi mereka dalam tugasan statistik. dapat disimpulkan bahawa dapatan kajian ini menyokong teori dan kajian lepas mengenai wujudnya hubungan yang positif antara kesedaran metakognisi dengan efikasi kendiri dan matlamat pembelajaran. 

Dalam kajian yang dijalankan oleh Saemah dan John (2006), bagi pelajar universiti, khususnya bagi sampel kajian ini, dapatan mengenai hubungan yang kuat antara orientasi matlamat pembelajaran dan efikasi kendiri menunjukkan kepentingan faktor motivasi dalam  usaha mempertingkat kebolehan metakognisi mereka. Sehubungan itu, hubungan tersebut perlu diambil kira dalam perancangan program dan pengajaran yang bertujuan untuk mempertingkatkan kebolehan metakognisi pelajar.

Saemah dan John (2006) menyatakan, hasil daripada keputusan kajian ini, beberapa penemuan penting boleh disimpulkan. Pertama, keputusan kajian mendapati wujudnya hubungan yang positif antara kesedaran metakognisi dengan pencapaian dan kepentingan sumbangan kesedaran metakognisi ke atas variasi dalam pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti. Ini menunjukkan metakognisi merupakan faktor yang penting dalam proses pembelajaran pelajar kerana ia mempunyai hubungan secara langsung yang positif dengan pencapaian akademik. Ini bermakna semakin tinggi Kesedaran metakognisi seseorang, dijangkakan mereka akan lebih Berjaya dalam pencapaian akademik mereka.

Kedua, kajian ini juga dapat menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah motivasi dengan kesedaran metakognisi dan pencapaian. Mempunyai motivasi yang baik belum mencukupi jika pelajar tidak mempunyai kemahiran atau kesedaran metakognisi yang mencukupi. Pada masa yang sama, mempunyai kemahiran metakognisi yang tinggi sahaja juga belum mencukupi jika tidak mempunyai tahap motivasi yang mencukupi.

Kajian ini juga memberikan pendapat dari segi amalan pendidikan, dapatan kajian ini menyokong penekanan kepada usaha meningkatkan perkembangan kemahiran metakognisi di kalangan pelajar, khususnya pelajar universiti. Dapatan mengenai kepentingan metakognisi ke atas pencapaian pelajar menunjukkan bahawa usaha perlu digembleng di kalangan pendidik di institusi pengajian tinggi supaya memasukkan elemen peningkatan metakognisi

(23)

22

dalam reka bentuk pengajaran mereka. pendekatan pengajaran yang memberi perhatian kepada usaha mengeksplisitkan pemikiran pelajar kepada diri mereka sendiri, kepada rakan sebaya dan juga kepada guru merupakan salah satu pendekatan yang dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran metakognisi mereka. Melalui pendekatan tersebut, pelajar dapat dibantu meningkatkan pengetahuan tentang kognisi dan mengamalkan regulasi kognisi dalam proses pembelajaran atau pemikiran mereka.

Rajah 3.7 di bawah menunjukkan model akhir hubungan antara metakognisi, motivasi dan pencapaian akademik yang digunakan dalam kajian ini.

Rajah 3.7: Model akhir hubungan antara metakognisi, motivasi dan pencapaian akademik

3.6.3 Aplikasi Teori Skemata dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Norma Che Lah dan Rohaida Mohd Saad (2013) yang menggunakan abstrak strategi kognitif dalam ingatan jangka pendek (STM) dalam pendidikan Kimia. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji perubahan strategi kognitif abstrak yang diambil kerja oleh enam peserta dengan kebolehan pembelajaran yang berbeza. Kajian yang dijalankan menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif dan data telah dikumpulkan menggunakan temu bual, pemerhatian dan dokumen kajian. Para peserta telah diminta untuk melengkapkan tujuh tugas yang berkaitan ingatan. Penemuan menunjukkan bahawa pelajar cemerlang dapat menggunakan strategi kognitif abstrak berbanding purata dan rendah kemenangan.

Tiga bentuk pembinaan imej mental telah digunakan oleh peserta kajian. Bentuk pertama adalah imej mental deskriptif di mana peserta kajian menghuraikan taburan serta kedudukan unsur yang terdapat dalam Jadual Berkala Unsur. Bentuk kedua ialah imej mental statik atau snapshot iaitu imej yang terhasil sebagaimana yang dihasilkan oleh kamera. Antara gambaran yang dibina adalah gambaran Jadual Berkala Unsur, gambaran kumpulan tertentu dalam Jadual Berkala Unsur, dan gambaran senarai unsur yang diberi. Strategi ini dilabel sebagai imej mental statik disebabkan imej yang dibina dalam ingatan tidak ditambah dengan sebarang maklumat dan diingat sebagaimana objek asal yang dilihat. Bentuk ketiga melibatkan gambaran yang terhasil selepas melalui dua peringkat aktiviti mental. Di bawah

(24)

23

menunjukkan ringkasan tiga bentuk imej mental yang digunakan oleh sebahagian daripada peserta kajian.

Rajah 3.8: Strategi imej mental peserta kajian di peringkat STM Norma Che Lah,

Rohaida Mohd Saat, Ruhaya Hassan (2013)

Pada awalnya, peserta kajian melihat tugasan yang diberi, sebagai contoh peserta kajian melihat Jadual Berkala Unsur. Seterusnya, peserta kajian menulis semula Jadual Berkala Unsur yang diberi. Imej mental yang dibina dalam ingatan adalah imej Jadual Berkala Unsur yang telah ditulis atau dilukis semula oleh peserta kajian tersebut.

Kajian ini berkait rapat dengan teori skemata di mana guru akan mencungkil memori murid berdasarkan aktiviti pembelajaran kognisi yang dijalankan. Dalam aktiviti yang dijalankan, peserta kajian di minta untuk menulis semula Jadual Berkala Unsur yang diberi. Imej mental yang dibina dalam ingatan adalah imej Jadual Berkala Unsur yang telah ditulis atau dilukis semula oleh peserta kajian tersebut. Ini menunjukkan, guru telah membina maklumat sedia ada di dalam minda pelajar dan tugas guru adalah menggunakan pelbagai kaedah bagi memastikan maklumat yang disimpan oleh pelajar dapat dikeluarkan dalam bentuk output yang bermakna.

Laman web http://teachingmahollitz.wordpress.com/ membincangkan kaedah mudah bagaimana pelajar boleh memahamkan teks yang dibaca dengan teori skemata sepertimana ditunjukkan dalam Rajah 3.9 . Laman ini dibina oleh Erin Mahollitz yang merupakan seorang guru. Beliau menggunakan kaedah khas berdasarkan Teori Skemata bagi membantu pelajarnya dalam memahami teks. Menurutnya, disebabkan setiap pelajar mempunyai tabiat membaca yang membeza. Maka, cara pemerolehan maklumat juga berbeza. Menurutnya, apabila guru membaca arahan, guru perlu bercakap mengenai tiga jenis sambungan supaya pelajar dapat menyambungkan teks tersebut dengan pengetahuan sedia ada.

Terdapat tiga hubungan yang wujud, iaitu:-

Teks-ke-sendiri (text-to-self) yang menghubungkan buku kepada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan kita.

(25)

24

Teks-ke-teks (text-to-text) menghubungkan buku untuk buku-buku lain, filem, artikel). Teks-ke-dunia (text-to-world) yang menghubungkan buku peristiwa-peristiwa dunia).

Rajah 3.9 : Contoh Penggunaan Teori Skemata Dalam Pemahaman Teks Oleh Mohillitz (http://teachingmahollitz.wordpress.com/)

Berdasarkan kajian Dunn (2013), neurosains kognitif dan psikologi telah memperoleh dapatan berhubung kaedah baru untuk membantu pelajar belajar, memahami, dan memohon perbendaharaan kata baru. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membentangkan kaedah teori untuk integrasi rangkaian semantik penggunaan ke dalam bilik darjah. Kertas ini juga akan memperkenalkan pandangan menurut linguistik kognitif tentang bagaimana otak berada dalam keadaan yang terbaik untuk belajar perbendaharaan kata. Cara kita memahami makna dan konteks penggunaan istilah perbendaharaan kata, sebagai koleksi pemahaman dan penggunaan, dikenali sebagai skema (Littlemore, 2012). Perbezaan ini memberi guru peluang yang unik untuk menggabungkan pengalaman pelajar dan pemikiran semasa mereka mengikut emosi pada waktu menjalankan aktiviti. Pengaktifan berulang sambungan sedia ada dan baru kepada konsep teras membantu untuk mengukuhkan istilah baru ke dalam minda (Jenkins, 2012; Lin, 1997; Roediger & McDermott, 1995). Menurut pengkaji, dengan mempelajari perbendaharaan kata menggunakan pengalaman dan keluasan ilmu, pelajar dapat menggunakan pelbagai cara bagu meluahkan perasaan dan menyampaikan pemikiran, pendapat, dan idea kepada orang lain

3.6.4 Aplikasi Teori Dorongan dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

Teori dorongan (drive) menyatakan bahawa tingkah laku di dorong kearah tujuan yang mendesak di dalam diri. Apabila keadaan dorongan dalaman muncul, individu akan di desak untuk bertingkah laku negatif apabila kehendaknya tidak dapat dipenuhi. Dalam konteks pendidikan, motivasi pelajar akan menurun sekiranya pembelajaran yang disampaikan tidak mampu diserap mengikut tahap kognisinya. Ini akan memberikan implikasi negatif terhadap minat pelajar di dalam kelas dan seterusnya boleh membawa kepada tingkah laku disruptif.

Menurut Norhani Bakri et. al. (2005), prestasi pembelajaran adakalanya dipengaruhi oleh faktor pergaulan, minat serta motivasi pelajar. Cara pembelajaran di peringkat IPT yang memerlukan dan tidak suka bergaul.

Referensi

Dokumen terkait