• Tidak ada hasil yang ditemukan

Miskonsepsi Dalam Pembelajaran Konsep-Konsep Ekonomi Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Miskonsepsi Dalam Pembelajaran Konsep-Konsep Ekonomi Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

577

Miskonsepsi Dalam Pembelajaran Konsep-Konsep Ekonomi Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

Tavamani Muniandy & Muhammad Hussin

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor

_____________________________________________________________________________________ Abstrak

Fokus utama kertas ini adalah untuk membincangkan miskonsepsi terhadap konsep-konsep ekonomi dalam mata pelajaran Ekonomi Asas bagi tajuk ‘Pendapatan dan Penggunaan Pendapatan Individu’ kalangan murid Sekolah Menengah. Miskonsepsi bermaksud model pemikiran, kefahaman atau idea salah yang dibentuk oleh pelajar serta bertentangan dengan teori dan konsep yang digunakan dalam istilah Ekonomi. Hasil kajian mendapati, majoriti daripada responden tidak mempunyai kefahaman yang betul bagi setiap konsep yang disenaraikan dalam kajian ini. Tiga konsep yang kerap dimiskonsepsikan adalah ‘Pendapatan boleh guna’, ‘Pinjaman’ dan ‘Pelaburan’. Selain itu, kebanyakan responden melakukan miskonsepsi dari perspektif makna bahasa dalam memberikan definisi bagi setiap konsep. Keputusan kajian juga mendapati, miskonsepsi berlaku apabila responden membuat pandangan umum berdasarkan pemerhatian, kurang pemahaman konsep iaitu tidak jelas dan sangat kabur, berfikiran sempit, kurang pendedahan, dan terdapat pertentangan makna bahasa antara bahasa harian dengan istilah yang digunakan dalam Ekonomi. Justeru itu, miskonsepsi perlu ditangani supaya pembelajaran yang berkesan dapat diterima oleh pelajar. Adalah diharapkan kertas ini dapat dijadikan panduan kepada pihak guru-guru dan perancang pendidikan dalammenjayakan Ekonomi Asas.

Kata Kunci: Miskonsepsi, istilah ekonomi, pendapatan, pelabuaran, kefahaman.

_________________________________________________________________________________ Pengenalan

Di Malaysia mata pelajaran Ekonomi Asas adalah satu mata pelajaran elektif untuk Tingkatan IV dan V. Ekonomi Asas merupakan satu mata pelajaran yang berkaitan lansung dengan dunia dan masyarakat. Ekonomi asas dapat membantu murid memahami dunia moden dan membuat keputusan untuk membina dunia masa depan. Melalui mata pelajaran ini, murid dapat memahami masalah yang berpunca daripada sumber terhad dan membuat pilihan yang rasional tentang penggunaannya. Pemahaman ekonomi juga dapat membantu individu memainkan peranan sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab dalam masyarakat. Fokus pembelajaran masa kini haruslah menitikberatkan pemahaman konsep selain daripada pemahaman prosedural dalam kalangan pelajar. Isu-isu berkaitan dengan kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep sering diperkatakan (Azrul Fahmi & Marlina 2007).

Corresponding author. Tel: +60166448112 E-mailaddress: tava2006@gmail.com

(2)

578

Konsep adalah satu proses konstruktif di mana pelajar membina dan membentuk ilmu atau konsep yang dipelajari dengan ilmu yang sedia ada pada mereka. (Abdul Razak & Nor Asmah 2011). Ini disebabkan tanpa pemahaman konsep yang jelas, para pelajar tidak mampu untuk menyelesaikan apa jua masalah dengan berkesan. Hal ini selaras dengan matlamat Kurikulum Malaysia yang bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran dan mengaplikasikan pengetahuan dengan berkesan. Punca kesulitan dalam penyelesaian masalah adalah disebabkan murid tidak memahami kehendak soalan, tidak berupaya mengeluarkan maklumat dari soalan, kegagalan merancang strategi dan juga salah semasa membuat pengiraan. (Sh Saleha & Mas Norbany 2010).

Definisi Miskonsepsi

Miskonsepsi adalah lebih dikenali sebagai salah faham tentang konsep. Miskonsepsi adalah sebahagian daripada sistem pengetahuan yang besar yang melibatkan banyak konsep yang saling berkaitan di mana pelajar gunakan untuk memahami pengalaman mereka. (Southerland et al. 2001). Miskonsepsi adalah lanjutan daripada pengetahuan yang berkesan yang berfungsi secara produktif dalam konteks tertentu. Miskonsepsi dapat dilihat dengan jelas apabila pelajar cuba menggunakan pengetahuan mereka di luar konteks (Smith et al. 1993). Oleh itu, sejak miskonsepsi sering bersepadu dengan pengetahuan lain.

Menurut Thompson, miskonsepsi adalah satu istilah untuk menerangkan idea yang sedia ada pada murid yang mana idea tersebut tidak selari dengan penerangan saintifik oleh mana-mana ahli sains yang telah digunapakai sebagai teori, prinsip atau hukum sains. Kanak-kanak membesar dengan persekitaran yang boleh menjurus kepada miskonsepsi. Pengalaman yang dilalui semasa dirumah atau semasa bermain boleh mewujudkan miskonsepsi berdasarkan atas pemerhatian kendiri. Sesuatu perkara yang kurang jelas akan dinilai dengan pengamatan kanak-kanak itu sendiri. Sudah tentu penilai mereka adalah cetek dan hanya berdasarkan pengalaman yang pernah mereka lalui sahaja. Maka mereka akan membentuk satu konsep yang dangkal tentang sesuatu pemerhatian.

(3)

579

Hancock (1940) mendefinisikan miskonsepsi sebagai satu idea yang kurang berasas yang tidak dipengaruhi oleh elemen rasa takut, tuah, takdir atau fenomena luar biasa. Barrass (1984) pula menyatakan bahawa guru atau murid yang pintar boleh membetulkan miskonsepsi.

Miskonsepsi bukanlah sesuatu yang bersifat kekal. Ianya boleh dibetulkan, dengan bimbingan dan langkah pengajaran yang terancang dan terbimbing sesuatu miskonsepsi pada kanak-kanak boleh diperbetulkan selari dengan idea saintifik yang tergunapakai. Malangnya jika ianya tidak diperbetulkan miskonsepsi ini akan dianggap betul selama-lamanya dan menjadi pegangan individu tertentu untuk menerangkan sesuatu kejadian atau fenomena yang diperhatikan.

Harus ditegaskan bahawa miskonsepsi boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Seseorang yang mendapat kurang penjelasan tentang sesuatu perkara akan cuba membuat sesuatu generalisasi yang adakalanya amat bertentangan dengan idea asas sesuatu perkara tersebut. Miskonsepsi bukan hanya berlaku pada kanak-kanak malah guru juga boleh mengalami miskonsepsi.

Sesetengah orang rasa berpuashati dengan ilmu yang ada dan tidak cuba mengembang atau memperbaharuinya. Jika ada idea yang baru tentang sesuatu perkara ianya tidak diendahkan kerana berpuashati dengan penerangan yang ada pada dirinya. Ini boleh menyebabkan miskonsepsi. Ilmu itu sentiasa berkembang dan jika ada penerangan yang lebih baik terhadap sesuatu perkara maka ianya perlu diambil perhatian yang secukupnya.

Konsep Ekonomi

Ilmu ekonomi adalah ilmu tentang kajian bagaimana individu, firma dan kerajaan bertindak balas terhadap sumber-sumber ekonomi yang terhad dan kehendak yang tidak terhad. Kata "ekonomi" sebenarnya berasal dari kata Greek iaitu ‘oikou’ yang bermaksud "rumah tangga" dan ‘nomos” yang bermaksud peraturan. Oleh itu ringkasnya, ekonomi bermaksud peraturan rumah tangga. Secara umum, subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada mikroekonomi dan makroekonomi. Ekonomi atau sistem ekonomi terdiri daripada pengeluaran, pengedaran atau perdagangan, dan penggunaan barangan dan perkhidmatan terhad oleh ejen-ejen yang dari lokasi yang berbeza. Ejen-ejen ekonomi terdiri daripada individu, perniagaan , organisasi, atau kerajaan . Transaksi berlaku apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan nilai atau harga urus niaga barangan atau perkhidmatan, biasanya dinyatakan dalam mata wang tertentu.

(4)

580

Pada masa lalu, aktiviti ekonomi teori yang akan disempadani oleh sumber asli , buruh dan modal. Pandangan ini mengabaikan nilai teknologi seperti automasi, pemecut proses, pengurangan fungsi kos dan kreativiti seperti produk baru, perkhidmatan, proses, pasaran baru, memperluaskan pasaran, kepelbagaian pasaran , pasaran khusus, meningkatkan fungsi pendapatan , terutamanya yang yang menghasilkan harta intelek.

Ekonomi adalah asil daripada satu set proses yang melibatkan budaya, nilai-nilai, pendidikan, evolusi teknologi , sejarah, organisasi sosial , struktur politik dan sistem undang-undang, dan juga geografi, kekayaan sumber semula jadi, dan ekologi, faktor-faktor utama.

Ekonomi yang berasaskan pasaran adalah di mana barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan tanpa halangan atau gangguan, dan bertukar-tukar mengikut permintaan dan bekalan antara peserta dengan tukar barang atau medium pertukaran dengan kepujian atau nilai debit diterima dalam rangkaian, seperti satu unit mata wang dan pada beberapa pasaran bebas atau penjelasan pasaran harga. Modal dan buruh boleh bergerak bebas ke mana-mana kawasan kekurangan baru muncul, memberi isyarat dengan harga yang semakin meningkat, dan dengan itu secara dinamik dan secara automatik melepaskan mana-mana ancaman tersebut. Ekonomi pasaran berasaskan memerlukan ketelusan maklumat seperti harga benar untuk bekerja dan mungkin termasuk pelbagai jenis pengeluaran tidak penting seperti tenaga buruh afektif yang menerangkan kerja yang dijalankan yang bertujuan untuk menghasilkan atau mengubahsuai pengalaman emosi dalam orang tetapi tidak mempunyai produk fizikal sebagai hasilnya.

Ekonomi yang berasaskan arahan adalah di mana seorang ejen politik pusat arahan apa yang dihasilkan dan bagaimana ia dijual dan diedarkan. Kekurangan adalah masalah biasa dengan ekonomi berasaskan arahan , kerana tidak ada mekanisme untuk menguruskan maklumat ( harga) mengenai sistem bekalan dan permintaan semula jadi dinamik.

Miskonsepsi dalam Ekonomi Asas

Setiap pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza termasuk latar belakang keluarga yang dan pergaulan yang tersendiri. Proses belajar seseorang bermula sejak seseorang itu berinteraksi dengan alam melalui pengalaman. Jadi setiap orang mempunyai konsep awal tentang sesuatu ilmu yang dipelajari. Justeru itu, guru berdepan dengan pelbagai pelajar yang membawa ilmu

(5)

581

dan pengalaman dari luar yang bercanggah dengan apa yang diajar oleh guru di dalam kelas. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak dibetulkan, maka berlaku miskonsepsi dalam kalangan pelajar (Jamil, Norlia & Norhashimah 2008). Ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah kerana penguasaan konsep yang lemah atau berlakunya miskonsepsi (Marlina & Nurulhuda 2011). Miskonsepsi juga boleh berlaku apabila pelajar cenderung menyelesaikan masalah dengan cara teori (Tengku Zawawi et al. 2009; Proulx 2007). Ini semua berkait dengan tahap pengetahuan guru seperti pengetahuan konsep yang diajari pada murid (Mazlini & Effandi 2012) dan seterusnya memindahkan pengetahuan guru ini kepada murid (Budiman 2011). Dalam kajian oleh Jamil Ahmad, Norlia Goolamally & Norhashimah (2008), walaupun guru dapat mengajar dengan baik termasuk mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik perhatian pelajar, namun ini masih belum dapat memastikan pemahaman konsep dalam kalangan pelajar. Ini disebabkan perkara asas yang perlu difikirkan oleh guru ialah mengukuhkan konsep di dalam kelas dan menyemak miskonsepsi pelajar di sepanjang pembelajaran mereka (Jamil 2008).

Senario Pengajaran & Pembelajaran topik Pendapatan & Penggunaan Pendapatan Individu

Tajuk pedapatan dan Penggunaan Pendapatan merupakan topik kedua dalam mata pelajaran ekonomi asas tingkatan IV. Dalam tajuk ini terdapat empat sub topik iaitu Pemilihan Pekerjaan, Pendapatan Individu, Pendapatan Boleh Guna dan Penggunaan Pendapatan Boleh Guna. Topik ini merangkumi penguasaan teori dan juga pengiraan. Waktu pengajaran yang dicadangkan untuk topik ini adalah dari 8 hingga 10 minggu. Topik ini merupakan topik yang mempunyai skop yang perlu dikuasi oleh pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Menurut kupasan mutu jawapan SPM 2010 Ekonomi Asas calon mendapat gred C kerana jawapan yang diberikan oleh calon boleh diterima tetapi jawapan kurang tepat dan terlalu umum. Keadaan ini berlaku kerana calon tidak mampu memberi repon yang tepat bagi soalan berbentuk mentaksir, menganalisis dan membuat keputusan. Calon juga masih lemah dalam menjawab istilah dan konsep ekonomi yang kurang mantap menyebabkan calon tidak dapat mengemukakan jawapan yang baik.

Bagi calon yang berada di kategori kumpulan rendah menjawab soalan atau jawapan yang tidak bertepatan dengan tugasan soalan. Calon menjawab berdasarkan apa yang mereka tahu dan bukannya apa yang dikehendaki dalam tugasan soalan. Calon menegemukan fakta dan huraian berdasarkan pemikiran logik tanpa menggunakan teori atau konsep ekonomi yang

(6)

582

konsep ekonomi yang lemah menyebabkan calon gagal menguasai pengetahuan dan kemahiran asas ekonomi.

Punca Miskonsepsi

Arnida (2007) menjelaskan pelajar tidak dapat memberikan takrif Ekonomi dengan tepat untuk semua konsep-konsep dalam tajuk Pendapatan dan Penggunaan Pendapatan Individu kerana responden tidak mempunyai kefahaman yang betul-betul jelas bagi setiap konsep tersebut. Ini menyokong pernyataan Viadero (1999) yang mengatakan miskonsepsi berlaku dalam banyak mata pelajaran dan Baumann (1997) juga dalam kajian beliau mendapati pelajar tidak dapat menjelaskan dengan nyata dan terang konsep yang digunakan. Kajian Arnida (2007) mendapati responden sangat keliru antara beberapa konsep seperti Pendapatan individu dengan Pendapatan boleh guna. Ini berkemungkinan berlaku disebabkan oleh responden tidak betul-betul memahami konsep Pendapatan individu yang dipelajari lebih awal daripada Pendapatan boleh guna. Selain itu, terdapat sebilangan kecil pelajar yang tidak menjawab soalan yang dikemukakan terutama bagi konsep Pelaburan di mana ia menjelaskan bahawa responden tidak mempunyai idea atau pengetahuan langsung tentang konsep tersebut. Keadaan ini menunjukkan pelajar mempunyai pengalaman yang sangat terhad, tidak mempunyai skema yang berkaitan serta menghadapi kesukaran untuk menyiapkan tugasan dengan berhasil seperti yang dinyatakan oleh Rumelhart (dalam Spiro et al. 1980).

Tambahan lagi, kajian yang dijalankan oleh Groves (1996) yang mendapati miskonsepsi berlaku apabila pelajar tidak mempunyai kefahaman yang cukup disebabkan kurang pendedahan terhadap isu sekeliling. Tanpa maklumat cukup, pelajar tidak dapat membina kefahaman yang betul. . Ini juga menjelaskan pengetahuan dan pengalaman mereka adalah sangat terbatas. Oleh itu, sesuatu konsep difahami mengikut pandangan tersendiri kerana pengetahuan dan pengalaman telah membentuk pra-konsep sebelum mereka mempelajari di sekolah. Terdapat istilah ekonomi yang mempunyai makna berbeza dengan istilah penggunaan harian. Sebagai contoh, istilah "Pelaburan". Dalam penggunaan harian istilah ini memberi erti pembelian saham-saham, tetapi dalam laras ekonomi istilah ini memberi erti perbelanjaan syarikat untuk membeli barang modal bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan . Dengan itu, pelajar boleh terkeliru antara istilah penggunaan harian dengan istilah ekonomi jika istilah ini tidak dihuraikan dengan terperinci dalam buku ekonomi. Justeru

(7)

583

mata pelajaran Ekonomi memerlukan jenis struktur Teks Huraian untuk memberi definisi istilah secara ekonomi untuk mengelak keliruan yang mungkin timbul. Hal ini tidak hanya terbatas kepada topik Pasar Persaingan Sempurna sahaja, tetapi kepada semua istilah yang terdapat dalam topik-topik mata pelajaran Ekonomi.

Perbezaan antara makna penggunaan harian dengan makna istilah ekonomi ini disebut miskonsepsi. Kajian Arnida (2007) menunjukkan majoriti responden kajiannya tidak memahami istilah-istilah ekonomi dengan betul. Kajian berkenaan mendapati tiga konsep yang kerap dimiskonsepsi ialah "pendapatan boleh guna", "pinjaman" dan "pelaburan". Majoriti peserta kajian memberi makna istilah-istilah ekonomi secara literal bahasa. Antara sebab berlaku miskonsepsi ini merujuk kepada perbezaan makna antara makna penggunaan harian dengan makna secara istilah, dan kekaburan memahami konsep ekonomi. Demikian juga kajian Baumann (1997) yang mendapati ramai responden tidak dapat menjelaskan konsep-konsep ekonomi dengan betul dan ramai juga yang memberi konsep-konsep yang salah tentang konsep-konsep ekonomi.

Cadangan Penyelesaian Miskonsepsi dalam Kalangan Murid

Ekonomi Asas memerlukan kurikulum yang mantap dalam membantu pelajar membentuk konsep-konsep ekonomi (Abdul Razak & Nor Asmah (2011). Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran, guru harus melibatkan murid secara aktif. Dalam pembelajaran koperatif, dapat mewujudkan pelajar yang saling berinteraksi dan bantu membantu untuk mencapai prestasi yang cemerlang (Mok Soon Sang 2010). Ini disokong oleh Tengku Zawawi (2011) iaitu konsep pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) adalah perlu dalam amalan pengajaran seseorang guru. Dengan adanya pengetahuan kandungan pedagogi ini, guru dapat memahami tentang kekuatan dan kelemahan pelajar, konsepsi dan miskonsepsi pelajar. Kenyataan ini selari dengan pandangan yang mengatakan pedagogi terkini (Abdul Razak & Nor Asmah 2011) haruslah sesuai dengan tahap kebolehan pelajar. Bakal guru dan penyelidik harus memahami konsep ekonomi secara mendalam agar ilmu yang dipelajari dapat dibangunkan dengan lebih tersusun mengikut tahap pemikiran murid. (Fan Siong Peng & Noraini Idris 2007). Terdapat pelbagai kaedah menangani miskonsepsidalam kalangan pelajarseperti membuat penilaian secara lisan, kerja kumpulan, menganalisis soalan ujian dan menyemak buku latihan pelajar. Analisis jawapan

(8)

584

pelajar ini akan memberikan dapatan miskonsepsi yang berlaku dalam kalangan pelajar. Ini disokong oleh (Sh Saleha & Mas Norbany 2010) bahawa pembelajaran berkesan akan terhasil jika setiap kesalahan, salah faham yang berlaku dapat dibincangkan semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku di dalam kelas. Ini juga disokong oleh kajian Betty (2011) bahawa menyemak latihan murid dengan teliti membolehkan guru memahami masalah miskonsepsi murid yang sebenar. Guru dikehendaki menasihati murid agar berhati-hati dalam membuat pengiraan dan menyemak jawapan murid dengan lebih kerap lagi.

Dapatan kajian-kajian lepas juga menunjukkan bahawa terdapat pelbagai faktor dalam menyelesaikan masalah konsepsi. Penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu pelajar membentuk konsep-konsep Ekonomi (Abdul Razak & Nor Asmah 2011; Fauziah 2011; Fan Siong Peng & Noraini 2007). Ini disokong oleh Budiman (2011) dan Abdul Razak & Nor Asmah (2011) bahawa pemahaman konsep Ekonomi boleh dibantu dengan kaedah kerja praktik dengan menggunakan alat bantu mengajar untuk belajar konsep Ekonomi. Dengan menggunakan objek sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran, dapat memberikan pengalaman dan membantu pelajar membina idea-idea yang abstrak mereka bentuk, membina keyakinan diri, menggalakkan sifat berdikari dan bekerjasama. Menurut Abdul Razak dan Nor Asmah (2011), bahan bantu mengajar seperti komputer, suratkhabar, buku teks, carta dan sebagainya dapat membantu guru menyampaikan konsep dengan mudah. Ini dapat memberi rangsangan kepada pelajar dan dalam masa yang sama dapat membantu pelajar membayangkan sesuatu konsep yang abstrak. Kajian oleh Bushro dan Halimah (2008) mendapati kemampuan mengaplikasikan komputer seperti audio, grafik, animasi dan video terbukti berkesan dalam meningkatkan kefahaman konsep dalam mata pelajaran ekonomi asas. Menurut (Jamalludin & Siti 2010; Shaharuddin & Ahmad 2011), penggunaan elemen multimedia dan visual mampu menarik minat dan motivasi murid untuk belajar. Selain pelajar normal, perisian komputer seperti perisian Macromedia Authorware 7.0 mampu meningkatkan pencapaian bagi pelajar berkeperluan khas (Khairul & Norazrena 2011).

Selain itu, dalam membina konsep dalam kalangan murid, mereka tidak seharusnya didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas sahaja. Amalan guru yang hanya mendedahkan pelajar dengan masalah rutin perlu diubah (Mohini & Salawati 2011). Kajian yang telah dijalankan oleh Mohini dan Salawati (2011) dan Mohini (2008) mendapati pelajar yang

(9)

585

lemah terutamanya dalam penyelesaian masalah bukan kerana tiada pengetahuan dalam menyelesaikan masalah tetapi kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk menguruskan pemikiran mereka. Ini disokong oleh Tengku Zawawi et al. (2009) bahawa kebolehan meramal strategi pelajar dalam penyelesaian masalah adalah tidak berkorelasi dengan pencapaian Matematik mereka. Tujuan penyelesaian masalah adalah untuk mengatasi permasalahan tertentu untuk mencapai matlamat (Zaleha & Nurul Liana 2011). Idea atau konsep baru akan terbentuk pada akhir proses penyelesaian masalah.

Kesimpulan

Pembentukan konsep yang betul penting demi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kerana ia menolong manusia menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi satu kumpulan objek atau kejadian. Dengan itu, maklumat dapat disampaikan dengan lebih tersusun dan menyenangkan proses ingatan. Namun begitu, penggunaan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran melihatkan fenomena di mana dari masa ke semasa masih lagi terdapat pelajar yang membentuk tanggapan yang salah atau juga dipanggil miskonsepsi dalam pelbagai bidang. Miskonsepsi perlu diperbetulkan dan ditangani supaya pelajar tidak keliru dengan membuat tanggapan yang salah dan dapat menguasai konsep dengan baik.

Daripada pelbagai usaha yang telah dijalankan, tiada kajian atau usaha yang telah dijalankan untuk melihat kepada pembelajaran konsep-konsep ekonomi yang mempunyai linguistic yang tersendiri kerana Ekonomi mempunyai kaitan dengan tingkah laku manusia. Oleh itu, ia tertakluk kepada sifat-sifat manusiayang tidak boleh diramalkan dan ia menyebabkan pelajar kerap menghadapi masalah untuk memahami konsep-konsep ekonomi (Habibah Elias,1992). Menurut Hansen et.al, salah satu unsur yang perlu untuk kefahaman Ekonomi adalah menguasai konsep-konsep asas. Pelajar mestilah dapat menguasai satu kumpulan konsep asas untuk membolehkan mereka berfikir mengenai isu-isu ekonomi dengan cara yang rasional. Habibah Elias (1992) pula menyatakan, pembelajaran konsep membuatkan pelajar bergerak balas kepada banyak rangsangan iaitu, berfikir, mengaitkan, mengingati, meneliti, menggunakan fakta dan pengalaman dan mengabungkan semua gerak balas ini dalam satu tindak balas kepada situasi yang dihadapi.

(10)

586

Cadangan yang sesuai untuk mengatasi miskonsepi ialah penggunaan peta konsep dan kaedah pertukaran konseptual. Para pendidik sewajarnya menekankan dua kaedah ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya miskonsepsi yang wujud di kalangan pelajar dapat dikurangkan. Di samping itu, kajian miskonsepsi dalam bidang Ekonomi seharusnya diperluaskan lagi supaya masalah ini dapat diatasi kerana ia mengganggu pembelajaran konsep-konsep Ekonomi yang berkesan di kalangan pelajar.

(11)

587 RUJUKAN

Abdul Razak Idris & Nor Asmah Salleh. 2011. Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru Sekolah Menengah di Daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Journal of Science and Mathematics Educational 3: 2231-7368

Arnida Abdullah. (2007). Miskonsepsi dalam pembelajaran konsep-konsep ekonomi di kalangan pelajar Tingkatan Empat. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Baumann, E. (1997). High school student’s mispresentations of basic economic concepts. International Journal of Social Education, 11(2), 91-104

Azrul Fahmi & Marlina Ali. 2007. Analisis kesilapan dalam tajuk Ungkapan Algebra di kalangan pelajar Tingkatan Empat. Tesis Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Barras, R. 1984. Some misconceptions and misunderstandings perpuated by teachers and text book of biology. Journal of Biological Education, 18 (3), 201-206.

Betty Chiew Mee Hui. 2011. Refleksi pembelajaran tentang teknik menyemak data dalam pelaksanaan penyelidikan bertajuk “Pengenalan Fraction Computer dalam membantu murid Tahun Lima menguasai Pecahan yang berbeza penyebut”. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL 5: 46-52

Budiman Tahir. 2011. Pembelajaran Matematika Materi Pecahan Berbasis Active Learning melalui pendekatan Realistic Mathematic Education di Sekolah Dasar. Proceedings International Seminar Educational Comparative in Curiculum for Active Learning between Indonesia and Malaysia, hlm. 824-832.

Bushro binti Ali & Halimah Badioze Zaman. 2008. Kejuruteraan perisian kursus multimedia Matematik berasaskan model kecerdasan pelbagai (MI-MathS). Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 5: 41-63.

Fan, Siong Peng & Noraini Idris. 2007. Perwakilan Pecahan Sekolah Rendah: Isu dan Prospek. Jurnal Masalah Pendidikan 31(1): 41-57

Groves, F. H. 1996. College students’ misconceptions of environmental issues related to global warming. Paper presented at the Annual Meeting of the Mid-South Educational Research Association

http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2/content_storage_01/0000000b/80/24/e 9/f2.pdf [2 Oktober 2013].

Habibah Elias 1992. Strategi Pengajaran ekonomi KBSM . Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd Hancock, H.Cyril. 1940: An Evaluation of certain popular science misconceptions. Science

(12)

588

Jamalludin Harun & Siti Nurulwahida Zainal Abidin. 2010. Pembangunan modul pembelajaran berbantukan video interaktif bagi pembelajaran pengaturcaraan visual basic berdasarkan pendekatan projek. http://community.my/pendidikan khas [22 November 2013]

Jamil Ahmad, Norlia Goolamally & Norhashimah. 2008. Miskonsepsi Matematik. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor, 11-12 Oktober.

Khairul Anuar Abdul Rahman & Norazrena Abu Samah. 2011. Perisian Matematik bagi tajuk Pecahan untuk pelajar berkeperluan khas. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia 1(2): 39-47

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2000. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Ekonomi Asas.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2003. Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010 Ekonomi Asas 2. http://web.moe.gov.my/lp/files/kmj/2010/SPM/37572%20EKONOMI%20ASAS%202% 20KMJ%20SPM%202010.pdf [15 Oktober 2013].

Marlina binti Ali & Nurulhuda Binti Abu Bakar. 2011. Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Dalam Tajuk Ungkapan Algebra. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Science and Mathematics Education 4:1-16.

Mohini Mohamed & Salawati bt. Asmuni. 2011. Tahap kemahiran metakognitif dalam penyelesaian masalah di kalangan pelajar tingkatan 2 dalam persekitaran geometri interaktif bagi tajuk Transformasi. Journal of Science and Mathematics Educational 3: 20-32.

Mohini Mohamed. 2008. The role of metacognitives behaviour in solving mathematical problem. Tesis Ph.D. Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Mok Soon Sang. 2010. Pedagogi untuk pengajaran & pembelajaran. Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Sh Saleha bt. Syed Mohamad & Mas Norbany. 2010. Penggunaan Model Polya dalam menyelesaikan masalah berayat dalam tajuk Pecahan oleh murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Pagar Besi Kuala Terengganu. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP, hlm. 217-222.

Smith, J., diSessa, A., & Roschelle, J. (1993). Misconceptions reconceived: A constructivist analysis of knowledge in transition. The Journal of the Learning Sciences, 3, 115–163. Spiro, R.J., Bruce, B.C., & Brewer, W.F. 1980. Theoretical issues in reading comprehension:

Perspectives from cognitive psychology, linguistics, artificial intelligence, and education. Hillsdale: Erlbaum.

Southerland, S., Abrams, E., Cummins, C., & Anzelmo, J. (2001). Understanding students’ explanations of biological phenomena: Conceptual frameworks or p-prims? Science Education, 85, 328–348.

(13)

589

Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha & Abdul Razak Habib. 2009. Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru Matematik bagi tajuk Pecahan. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 131-153

Theng, Kok Leing & Razali Muhamad. (2002). Ekonomi Asas Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn.Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Pelajar-pelajar sering menghadapi masalah apabila mempelajari kimia disebabkan tidak menguasai formula dan persamaan kimia serta simbol kimia tersebut, malah sering menghadapi

Kajian ini mengkaji tahap kefahaman pelajar, tahap kefahaman guru, dan jenis salah faham yang sama antara pelajar dan guru mengenai konsep Daya dan Gerakan di 4 buah sekolah

Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman konsep pelajar Tahun Akhir Program Pendidikan Fizik dalam memahami dan mengaplikasikan konsep

Menurut Gabel (1984), penyelesaian masalah merupakan kaedah terbaik untuk mendapat maklumat daripada pelajar mengenai sesuatu konsep kimia yang telah dikuasai. Berdasarkan

Keseluruhan bab ini membincangkan tentang permasalahan yang berlaku dalam pemindahan pembelajaran fizik pelajar. Kajian mengenal pasti kesukaran pemindahan antara

Tahap kefahaman para pelajar aliran Sains dan bukan Sains masing-masing adalah sederhana (41.30%, 31.50). Julat markat maksimum dan markat manimum adalah besar untuk kedua-dua

Oleh itu, kegagalan guru dalam mengajar sesuatu teori atau konsep fizik yang tidak disertakan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar serta dihubungkaitkan

Terdapat tiga sumber yang menjadi penyumbang kepada miskonsepsi iaitu idea daif yang berpunca daripada pengalaman pelajar itu sendiri, kesalahan semasa aktiviti