• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh Kerja Khusus Pengajian AM (2017)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Contoh Kerja Khusus Pengajian AM (2017)"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

Isi Kandungan

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1) ABSTRAK i 2) PENGHARGAAN ii 3) PENGENALAN 1 4) OBJEKTIF KAJIAN 4 5) LOKASI KAJIAN 5 6) METODOLOGI KAJIAN 8

7) DAPATAN DAN PERBINCANGAN 11

8) RUMUSAN DAN KESIMPULAN 21

9) RUJUKAN 24

Tajuk : Penggunaan Sains Dan Teknologi Dakan Membantu Peningkatan Hasil Tanaman Padi Di Kuala Selangor

(2)

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti dan mengkaji kesan-kesan penggunaan sains dan teknologi pertanian yang dijalankan oleh petani di Kuala Selangor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan mengkaji kesan-kesan penggunaan sains dan teknologi yang dijalankan oleh petani di Kuala Selangor. Bagi mengenal pasti apakah kesan-kesan penggunaan tersebut, beberapa kaedah telah digunakan seperti temu bual dan rujukan telah digunakan. Data kajian dianalisis dan dipaparkan dalam bentuk graf dan jadual. Daripada dapatan kajian, penggunaan teknologi baru lebih mendapat sambutan berbanding penggunaan teknologi konvensional. Kajian ini turut menyingkap kesan-kesan penggunaan yang turut mendorong para petani untuk memulakan aktiviti pertanian di Kuala Selangor. Semoga kajian ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menarik lebih ramai lagi pihak untuk memulakan serta memajukan lagi industri pertanian di negara kita.

Penghargaan

``Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang” Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Pemberi Rahmat sekelian alam, selawat serta salam ke atas junjungan mulia,

(3)

Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat juga sesiapa yang mengikuti ajaran mereka dengan ikhlas sehingga ke akhirnya. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Puan Shamshul selaku pengetua Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang atas sokongan beliau dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada guru pembimbing saya iaitu Puan Tuan Noorazuana binti Tuan Ibrahim yang merupakan guru matapelajaran Pengajian Am yang telah banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja projek ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah yang telah memberi kemudahan untuk saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih ibu saya iaitu Usni Sabariah Binti Ujan, bapa saya Nor Hisham Bin Mohd Razali kakak saya Nor Diayana Binti Nor Hisham kerana telah banyak memberikan sokongan dan bantuan terutamanya sekali bantuan dari segi kewangan serta buah fikiran. Tanpa bantuan dan sokongan mereka, projek ini akan menjadi sesuatu yang sukar bagi diri saya. Terima kasih juga diucapkan kepada kakak serta adik-adik saya. Kerana memberikan teguran serta memotivasikan saya disaat saya untuk meneruskan perjuangan ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan di tingkatan 6 Smk Hulu Kelang kerana sanggup meluangkan masa serta buah fikiran didalam misi untuk mencari responden dan berjumpa responden.

Ucapan terima kasih saya tujukan khas kepada responden yang sudi meluangkan masa bersama pengkaji untuk menjawab soalan yang telah disediakan. Segala maklumat yang diberikan amat membantu pengkaji dalam menjalankan kajian ini.

Akhir kata, saya berharap agar kajian ini akan dapat menjadi panduan kepada saya dan sesiapa sahaja yang membacanya untuk kegunaan pada masa hadapan. Segala yang baik itu daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.

(4)

1.0 Pengenalan

Padi atau nama saintifiknya, Oryza Sativa merupakan makanan ruji bagi setiap rakyat di Malaysia dan negera-negera Asia. Dianggarkan seorang dewasa di Malaysia memerlukan hamper 77 kilogram (kg) beras setiap tahun. Menjadikan makanan asas tersebut amat penting kepada Negara. Jelapang padi di Negara ini juga tidak kurang luasnya, disamping penggunaan baka dan variety padi yang berkualiti tinggi standing dengan negara luar. Kebanyakan kawasan padi di Malaysia berkembang hanya satu tanaman setiap tahun, pada bulan-bulan mereka hujan tertinggi. bagaimanapun daerah utara dan tengah wilayah seberangperai kawasan penanaman dua kali setahun. Pelbagai jangka pendek padi pada musim off dari Febuari hingga Jun dalam musim hujan yang lebih tinggi daripada Julai hingga Januari.

Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan.

Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih ´bermaruah´ dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian.

Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan dari

(5)

sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.

Teknologi adalah kaedah saintifik untuk mencapaitujuan praktikal, ilmu pengetahuan terapan dapat pula diterjemahkan sebagai keseluruhan cara untuk menyediakan barang-barang yang diperlukan bagi kelangsungan dan keselesaan hidup manusia. Secara ringkas teknologi memudahkan industry yang menggunakannya seperti mesin cetak, telefon bimbit dan computer. Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya.

Perkataan sains dating daripada bahasa latin, Scinetia yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat seperti mendapatkan maklumat yang lain. Sains bermula dengan pengalaman dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Sains bertujuan untuk memahami dunia di sekeliling kita. Terdapat tiga komponen utama dalam hidup aktiviti sains iaitu penghuraian, mencari keseragaman dan pembentukan teori dan hokum.

Sains dari sudut pandangan Islam ialah sains merupakan cabang ilmu berkaitan dengan alam tabii dimana terletaknya nilai-nilai keagamaan lanjaran Islam dan syariah berlandaskan tauhid. Al-Quran juga tidak memisahkan antara ilmu wahyu dan akal. Sains dan agama saling melengkapi . Agama menjadi peraturan kepada segala aktiviti sains dan peradaban saintis. Sains juga tidak terhad kepada sains mengenai dunia bahan atau jasmani sahaja malas juga terdapat sains sebagai ilmu pengetahuan yang lahir dari gabungan unsure fizikal dan metafizikal atau gabungan akal dan ilmu wahyu dengan ajaran yang berkonsepkan Islam.

Teknologi ialah pengkajian kaedah-kaedah dan teknik-teknik pembuatan barang perindustrian penggunaan. Teknologi adalah pengetahuan yang sistematik untuk mencipta barangan bagi memudahkan pekerjaan manusia.

Sains dan teknologi adalah hal yang tidak dapat lepas dari kehidupan manusia. Sians dan teknologi ini akan terus berkembang seiring perkembangan peradaban manusia di dunia. Pada hakikatnya sains dan teknologi merupakan dua hal yang tidak daoat dipisahkan. Perkembangan sains sangat berpengaruh pada perkembangan teknologi begitu pula sebaliknya. Perkembangan sains dan teknologi tidak hanya memberikan kemudahan bagi manusia namun juga dapat menimbulkan dampak negative. Sains dan teknologi memainkan peranan yang penting dalam kemajuan suatu bangsa. Sesiapapun yang ingin menguasai dunia

(6)

maka harus mampu menguasai sains dan teknologi. Dua hal ini (sains dan teknologi) merupakan dua hal yang menentukan pertarungan dalam kompetiti global.

Rasional pengkaji membuat kajian tentang sains dan teknologi pertanian padi di Kuala Selangor adalah kerana hasil tanaman padi di Kuala Selangor adalah pengeluaran padi yang 3 terbesar di negara Malaysia ini. Pengkaji ini mengenal pasti teknologi yang digunakan dalam meningkatkan hasil tanaman padi di Kuala Selangor. Selain itu, objektif yang kedua adalah mengkaji kesan penggunaan teknologi keatas pendapatan hasil tanaman di Kuala Selangor. Pengkaji memilih Kuala Selangor sebagai lokasi kerana pengkaji mempunyai rakan yang mempunyai kampung disana serta mudah untuk berurusan dengan penduduk disana. Selain itu, pengkaji memilih lokasi kajian tersebut kerana tidak jauh dengan kediaman pengkaji dan memudahkan untuk berurusan

2.0OBJEKTIF KAJIAN

(7)

1 : Mengenal pasti teknologi yang digunakan dalam meningkatkan hasil tanaman padi di Kuala Selangor.

2 : Mengkaji kesan penggunaan teknologi keatas pendapatan hasil tanaman.

3.0 LOKASI KAJIAN

Negeri Selangor juga dikenali Selangor Darul Ehsan merupakan salah satu daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

(8)

Putrajaya. Negeri ini juga bersempadan dengan negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.

Peta 1 : Negeri Selangor, Darul Ehsan Sumber : https://www.google.com/search?

q=peta+kuala+selangor&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiqrd7s5vnSAh VLfrwKHTTyBQ0Q_AUICCgB&biw=1280&bih=894#tbm=isch&q=peta+daerah+kuala

(9)

Peta 2 : Daerah Negeri Selangor, Darul Ehsan Sumber : https://www.google.com/search? q=peta+kuala+selangor&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiqrd7s5vnSAh VLfrwKHTTyBQ0Q_AUICCgB&biw=1280&bih=894#tbm=isch&q=peta+selangor&*& imgrc=Fspiyeo14rN9hM:

(10)

Peta 3 : Rumah encik Kamaludin Bin Hassan beralamat di 22 Parit 5 Timur Sungai Besar, 45400 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Sumber :

https://www.google.com.my/maps/place/Jalan+Parit+5+Timur,+45300+Sungai+Besar, +Selangor/@3.6979598,101.0191188,14z/data=!4m5!3m4!

(11)

4.0 METODOLOGI KAJIAN Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, metodologi ditakrifkan sebagai system yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan dan disiplin. Menurut Sabitan Marican, metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur. Tujuaanya adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Oleh sebab itu, pengkaji mencuba sebaik mungkin untuk mempraktikkan teori tersebut dalam penghasilan kertas projek ini.

Oleh yang demikian, dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan tetang reka bentuk kajian, sampel kajian, batas kajian, instrument kajian dan prosedur analisin data bagi menjawab persoalan-persoalan yang telah dikemukan lebih awal. Selain itu, metodolgi kajian juga digunakan untuk memastikan objektif kajian dicapai melalui pengumpulan data yang sah dan tepat.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian deskriptif. Kajoan tinjauan satu rangka rujuk mengenai perkara-perkar yang berkaitan persampelan, pengukuran dan analisis data. Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Kajian ini adalah untuk mengkaji teknologi yang digunakan dalam meningkatkan hasil tanaman padi dan mengkaji kesan penggunaan teknologi ke atas pendapatan hasil tanaman di Kuala Selangor. 4.2 Inturmen Kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alata pengumpulan alat pengumpulan data menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan keterangan latar belakang. Kaedah ini digunakan dari kuantitatif dan instrument adalah temu bual. 4.21 Temu Bual

Instrument temu bual mempunyai 2 jenis iaitu formal dan tidak formal. Kaedah ini boleh digunakan secara bersemuka, tidak bersemuka dan bantuan

(12)

komputer. Pengkaji menggunakan kaedah tidak formal iaitu dengan berkunjung ke rumah Ketua kampung yang beralamat 22 Parit Timur 5 Sungai besar, 45400, Kuala Selangor, Selngor Darul Ehsan. Pengkaji menjalankan sesi temu bual dalam keadaan selesa, bukan sahaja pengkaji berawatak sebagai pendengar yang baik malahan pengkaji mengajukan soalan yang penting dengan tepat dan ringkas. Pengkaji mengemukan beberapa soalan bagi menjawab objektif kajian ini.

4.21 Rujukan

Instrumen rujukan utama pengkaji perolehi daripada bahan ilmiah seperti buku-buku, kamus dan sumber internet yang berkaitan dengan pendefinisan tema dan tajuk.

4.2 Sampel Kajian

Persampelan ialah kumpulan manusia, institusi, tempat atau fenomena yang mengkaji sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara bertujuan daripada temu bual oleh Encik Kamaludin Bin Hassan seorang pengusaha dan petani yang mengusahakan kawasan sawah padi bertempat di Kuala Selangor. Pengkaji hanya memilih seorang sahaja responden, kerana beliau adalah ketua kampung dan boleh memberi maklumat yang diperlukan daripada pengkaji.

4.3 Cara Pengumpulan Data

Data dan maklumat kajian ini dikumpulkan menggunakan dua cara seperti dokumentasi dan temu bual.

4.41.1 Dokumentasi

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan ilmiah untuk mendapatkan definasi yang tepat untuk tajuk kajian yang terpilih dalam pertanian. 4.4.3 Temu Bual

Pengkaji menumu bual seorang petani dan pengusaha yang mengusahakan kawasan sawah padi bertempat di Kuala Selangor. Pengkaji menyediakan soalan soalan untuk menemu bual yang terdiri daripada 7 soalan. Tujuan utama temu bual ini adalah untuk mengenal pasti teknologi yang digunakan dalam meningkatkan

(13)

hasil tanaman padi dan mengkaji kesan penggunaan teknologi ke atas pendapatan hasil tanaman padi di Kuala Selangor.

4.4 Analisi Data

Pada peringkat akhir kajian ini telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk mengalisis data hasil diperolehi melalui temu bual. Soalan yang dikemukan merupakan soalan terbuka.

5.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Pengkaji akan menerangkan tentang analisis data berdasarkan soalan yang dikemukan terhadap responden melalui temu bual yang telah dijalankan berkaitan penggunaan sains dan teknologi dalam membantu system tanaman padi di Kuala Selangor.

5.1 Kos pembelajaan jentera sawah padi

MESIN MODEN MESIN

KONVENSIONAL

80%

20%

Jadual 1 : Kos pembelajaan jentera sawah padi Sumber : Kajian Lapangan 2017

(14)

MESIN

KONVENSIONAL MESIN MODEN 0

Carta 1 : Kos Pembelanjaan jentera sawah padi Sumber : Kajian lapangan 2017

Jadual 1 menunjukkan kos pembelajaan jentera sawah padi mesin moden hanyalah 80% dan mesin konvensional adalah 20%. Sesebuah jentera sawah padi yang lengkap dengan pelbagai peralatan untuk menuai adalah beharga sebanyak RM 10,200 ribu dan jentera sawah padi yang kosong tidak mempunyai peralatan yang lengkap adalah berharga sebanyak RM 4,050. Terdapat beberapa pesawah yang masih tidak mampu untuk memiliki jentera sawah padi. Mesin konvensional atau tenaga kerja konvensional ini adalah banyak menggunakan tenaga yang banyak dan waktu yang lama untuk menghasilkan tanaman padi. Untuk menanam 1 hektar padi memerlukan tenaga kerja sebanyak 10 orang dan waktu kira-kira 2 hari, itu belum termasuk tenaga ndaut (memindahkan benih padi dari tapak semaian ke lahan persawahan). Industri pengeluaran padi negara telah melalui perubahan daripada sistem penanaman secara subsisten kepada pengeluaran seacara komersial. Bagi memastikan lagi perubahan ke arah komersialisasi,pendekatan yang lebih tersusun dan berkesan perlu diwujudkan dan diamalkan. Faktor terpenting dalam pengeluaran padi yang sering diabaikan oleh petani ialah pengerusan ladang. Secara tradisionalnya, peladang–peladang kawasan muda mengusahakan penanaman padi secara sistem mengubah, tetapi memandangkan kekurangan tenaga buruh dan peningkatan kos upah, kebanyakan peladang-peladang telah bertukar kepada sistem tabur urus. Di samping penggunaan teknologi yang wajar dan

(15)

terkini, ketepatan pelaksanaan aktiviti adalah juga sangat penting dalam usaha meningkatkan hasil padi. Manual ini yang dibentuk untuk sistem penanaman tabur terus padi (basah), bertujuan mendedahkan prinsip dan teknologi yang terkini yang boleh diguna untuk pengeluaran hasil tinggi dan seterusnya berdaya maju untuk pengeluaran hasil yang tinggi dan seterusnya berdaya maju untuk pengeluaran secara komersial. Manual ini amat sesuai digunakan oleh kakitangan pengembangan dan petani yang berwawasan. Teknologi yang terdapat dalam manual ini telah diuji secara pakej di beberapa kawasan utama tanaman padi dan telah terbukti boleh mengeluarkan hasil yang tinggi menjangkau 10 tan sehektar sekiranya diamal dengan tepat dan betul. Faktor utama yang menyebabkan peningkatan hasil ini ialah penumpuan terhadap penyediaan tanah yang rapi, penggunaan kadar benih yang tinggi dan penggunaan baja tambahan selain baja subsidi yang diberi oleh kerajaan.

5.2 Mesin yang mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasil

Mesin Moden Mesin Konvensional Cepat Lambat

Jadual 2 : Mesin yang mengambil masa yang lama Sumber : Kajian Lapangan 2017

Jadual 2 menunjukkan bahawa mesin konvensional yang mengambil masa yang lama kerana ia memerlukan tenaga kerja yang tinggi dan mengambil masa yang lama. Teknik tabur terus yang diamalkan sejak tahun 1980 memberi banyak manfaat kepada pesawah. Sebelum ini, mereka mengamalkan tanaman padi secara tradisional yang mengambil masa yang lama. Padi merupakan tanaman dagangan di Malaysia dan tujuan ditanam adalah untuk mendapatkan beras sebagai makanan ruji. Beras adalah bijian yang diperoleh daripada tanaman padi yang telah dikupas kulitnya. Terdapat dua jenis beras iaitu beras biasa dan beras pulut. Beras biasa menjadi sumber makanan utama,oleh itu beras ini lebih mendapat nilai dagangan sementara itu,penggunaan beras pulut adalah terhad untuk membuat kuih-muih sahaja. Terdapat dua jenis padi di negara kita iaitu padi sawah dan padi huma. Walau

(16)

bagaimanapun, hanya padi sawah yang diusahakan dan ianya amat sesuai diusahakan secara meluas dan ianya amat sesuai diusahakan di dataran mendap dan di delta-delta yang subur. Seperti yang kita tahu, tanaman padi banyak terdapat di Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu dan Perak. Tambahan lagi dataran Kedah dan dataran Kelantan sudah dikenali sebagai jelapang padi negara. Antara jenis padi yang terdapat di Malaysia ialah Padi Mahsuri, Padi Murni, Sri Malaysia, Setanjung, Sekembang, Seberang dan Makmur. Selain nilai keperluannya tanaman padi juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi, seperti sudah diketahui oleh masyarakat. Nilai jual beras sangatlah tinggi dan pasti tidak mungkin laku. Oleh kerana itu diharapkan, semakin bertambah para petani yang mengembang penanaman tanaman padi ini. Untuk mendapatkan tanaman padi yang berkualiti, tentu diperlukan cara tanam padi dan proses penanaman yang baik dan benar. Beberapa cara yang berkualiti untuk penanaman padi adalah memulakan langkah langkah persiapan media tanam. Media tanam untuk menanam padi haruslah disiapkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum penanaman. Persiapan dilakukan dengan mengolah tanah sebagai media tanam. Tanah harus dipastikan bebas daripada rumpai dan rumput liar. Jangan sampai pertumbuhan tanaman padi terganggu kerana perlu berkongsi nutrisi dan air dengan rumput-rumput liar. Jika sudah bebas dari tanaman liar, basahi tanah dengan air lalu lakukan pembajakan. Rampasan dilakukan untuk mempersiapkan tanah dalam keadaan lembut dan longgar serta sesuai untuk penanaman. Di zaman moden ini pembajakan tidak lagi dilakukan dengan mencangkul tetapi dengan menggunakan lembu ataupun traktor. Setelah melalui pembajakan, kembali genangi media tanam dengan air. Air diberikan dalam jumlah banyak untuk menutupi seluruh tanah dengan ketinggian sehingga 10 cm. Biarkan air pada media tanam terus bertakung. Air yang menggenang selama dua minggu akan menyebabkan media tanam menjadi berlumbur dan racun pun boleh hilang kerana ternetralisir.

Bibit pada tanaman padi perlu melalui ujian terlebih dahulu untuk menentukan kualitinya. Ujian dilakukan dengan menenggelamkan kira-kira 100 butir benih padi dalam air. Setelah dua jam periksalah benih tersebut. Cara menanam benih padi iaitu dengan Pemeriksaan benih dilakukan dengan mengenal pasti perubahan pada benih. Jika terdapat lebih dari 90 butir benih atau lebih dari 90% benih mengeluarkan tunas, maka ertinya benih tersebut berkualiti unggul dan bermutu tinggi. Tentu benih yang berkualiti unggul dan bermutu tinggi inilah yang layak untuk ditanam. Sedangkan jika benih tidak menunjukkan tanda seperti yang disebutkan diatas, ertinya benih tersebut tidak disyorkan untuk ditanam.

(17)

Setelah menentukan benih yang akan dijadikan bibit, maka dapat dilakukan persemaian segera.

Selepas beberapa langkah yang dilakukan, cara yang ketiga adalah persemaian. Persemaian dilakukan setelah menentukan bibit yang unggul. Bibit unggul tersebut kemudian akan disemai di bekas tapak semaian. Bekas tapak semaian terlebih dahulu perlu disiapkan. Keperluan bekas semai diberikan dalam perbandingan sebesar 1: 20. Katakan akan menggunakan lahan sawah sebesar 1 hektar maka bekas persemaiannya kira-kira 500 m2. Lahan pada bekas tapak semaian haruslah juga berair dan berlumpur. Berikan pupuk urea dan baja TSP pada lahan persemaian dengan dos masing-masing 10 gr per 1 m2. Jika lahan persemaian sudah siap, sebarkan benih yang telah bercambah dengan merata. Menurut sumber dari buku penanaman padi di atas tanag asid sulfat secara lestari, penulis Shamsudin Jusop, Radziah Othman, Che Fauziah Ishak, Norsida Man, Nur Lyana Farhan Oslan dan Mohd Fahmi Mohd Fesool dari terbitan penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang.

5.3 Hasil Daripada Mesin Moden Memberi Hasil Yang Baik Seperti Mesin Konvensional

Mesin Moden Mesin Konvensional Sangat baik Baik

Jadual 3 : Hasil daripada tanaman padi Sumber : Kajian Lapangan 2017

(18)

Mesin Moden Mesin Konvensional 0 50 100 150 200 250

Bar 3 : Hasil daripada tanaman padi Sumber : Kajian Lapangan 2017

Jadual 3 menunjukkan mesin moden lebih member hasil yang bermutu daripada mesin konvensional ini. Mesin moden memlalui proses dengan bibit pada tanaman padi perlu melalui ujian terlebih dahulu untuk menentukan kualitinya. Ujian dilakukan dengan menenggelamkan kira-kira 100 butir benih padi dalam air. Setelah dua jam periksalah benih tersebut. Cara menanam benih padi iaitu dengan pemeriksaan benih dilakukan dengan

mengenal pasti perubahan pada benih. Jika terdapat lebih dari 90 butir benih atau lebih dari 90% benih mengeluarkan tunas, maka ertinya benih tersebut berkualiti unggul dan bermutu tinggi. Semenjak tahun 1980, penanaman padi secara tabur terus telah meningkat dengan pesatnya dalam kawasan tanah muda. Teknik-teknik tabur terus diamalkan dalam kawasan muda boleh dibahagikan kepada tiga kaedah utama iaitu tabur terus basah, tabur terus kering dan tabur terus dalam air. Tabur terus basah putaran tanah dilakukan dalam keadaan tanah ditenggelami air. Kerja-kerja menabur benih padi dilakukan dalam keadaan tanah yang rata dan lembab ataupun (air cap-cap). Selain itu, tabur terus kering adalah putaran tanah secara kering dijalan pada musim pertama penanaman padi. Putaran tanah dilakukan dalam keadaan kering dan kerja kerja menabur benih padi dilakukan di atas permukaan sawah yang kering. Kaedah ini dapat menjimatkan penggunaan air dan tabur terus dalam air ialah kerja-kerja menabur padi dilakukan di dalam petak sawah yang bertakung air 5-10cm. Kaedah ini dapat

(19)

membantu mengurangkan infestasi padi angin. Selain daripada menanam padi secara tabur terus, kaedah menanam boleh digunakan. Kaedah konvensional menanam dengan tangan tidak lagi digunakan sebaliknya menggunakan jentanam. Penggunaan jentanam dapat mempercepatkan masa menanam dan menentukan bilangan anak benih padi yang ditanam secara konsisten. Walaubagaimanapun, buat masa ini penanaman padi dengan jentanam hanyalah tertumpu kepada kawan projek 10 tan yang terlibat di dalam pengeluaran benih padi yang sah. Kaedah ini akan menjamin kualiti benih yang dihasilkan serta ketulenan variety yang akan dihasilkan kelak. Selain daripada itu, kaedah ini akan berupaya untuk memudahkan kawalan perosak dan penyakit yang terdapat di sawah. Menurut dari sumber pengendalian lepas tuai dan pengilang padi dan beras berkualiti, diterbitkan daripada Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

5.4 Masa yang diambil dari mesin moden untuk mendapatkan hasil

Mesin Moden Mesin Konvensional Tidak terlalu lama Mengambil masa yang panjang Jadual 4 : Masa diambil dari mesin moden

(20)

Mesin Moden Mesin Konvensional

0 2 4 6 8 10 12 14

Column1 Mesin Moden

Jadual 4 menunjukkan penggunaan jentera dalam menyediakan semaian padi serta kerja menyemai atau mengubah padi di sawah adalah satu kaedah yang boleh mendatangkan hasil padi yang lumayan. Cara tradisional mencedung atau menanam/mengubah padi secara manual memerlukan 20 – 30 hari bagi mengerjakan satu hektar sawah padi mengambil masa dan kurang cekap lantas meningkatkan kos pengeluaran. Di senario kini yang mana masalah tenaga buruh tidak mudah diperolehi, kaedah berjentera sesungguhnya satu solusi yang baik.Sebenarnya, negara Jepun telah memulakan kaedah berjentera dalam penanaman padi sejak tahun 1950-a. Di Malaysia pula, walaupun kaedah ini telah diperkenalkan sejak pertengahan tahun 1970-an, sambutan terhadapnya masih kurang menggalakkan akibat faktor persekitaran dan kos. Proses penanaman dilakukan setelah benih pada proses persemaian telah tumbuh daun sempurna sebanyak tiga hingga empat helai. Jangka waktu dari tapak semaian ke bibit siap tanam umumnya kira-kira 12 hingga 14 hari sahaja. Jika sudah siap tanam, pindahkan benih dari tanah semai ke tanah tanam. Pemidahan dilakukan dengan hati-hati dan tidak merosakkan tanaman. Penanaman dilakukan pada lubang-lubang tanam yang telah disiapkan. Khas untuk tanaman padi dalam satu lubang dapat ditanam dua bibit sekaligus. Penanaman dilakukan dengan memasukkan bahagian akar membentuk huruf L agar akar boleh tumbuh dengan sempurna. Kedalaman benih ditanam pun ditentukan berkisar pada julat 1 cm hingga 15 cm. Masa penanaman padi lebih baik dilakukan dua kali dalam setahun berdasarkan masa penanamannya yang sesuai.

(21)

Rawatan dilakukan dengan tiga hal yaitu penyiangan, pengairan, dan pemupukan. Penyiangan dilakukan dengan menjaga kebersihan lahan dari tanaman pengganggu. Merumput perlu dilakukan rutin setiap tempoh masa tertentu. Boleh dilakukan dua minggu sekali atau tiga minggu sekali. Pengairan diberikan mengikut keperluan. Seperti pada tanaman lain, pastikan tidak ada kekurangan atau kelebihan air. Seterusnya untuk membaja, dilakukan pertama kali selepas tanaman padi berusia satu minggu. Jenis baja yang diberikan adalah baja urea dengan dosis 100 kg per hektar dan pupuk TPS dengan dosis 50 kg per hektar. Pemupukan selanjutnya dilakukan selepas 25 hari hingga 30 hari selepas penanaman. Diberikan kembali pupuk urea dengan dosis 50 kg per hektar dan pupuk Phonska dengan dosis 100 kg per hektar. Selepas itu, pencegahan hama penyakit turut dicegah bagi dengan memberikan pestisda.Selain itu, Tuaian dilakukan dengan tanda-tanda padi yang sudah menguning dan merunduk. Gunakan sabit gerigi untuk menuai dan letakkan hasil tuaian pada tikar dengan meruntuhkan beras dari dalam bulir-bulir padi yang ada. Jika dilakukan padi yang baik dan benar, maka hasilnya pun akan memuaskan dan menguntungkan. Menurut dari sumber internet iaitu daripada blog animhosnan.blogspot.com

http://animhosnan.blogspot.my/2011/07/penanaman-padi-berjentera.html

5.5 Pesawah yang mampu membeli jentera

Mampu milik jentera

Tidak mampu milik jentera

(22)

Masyarak at

90% 10% Jadual 5 : Pesawah mampu milik jentera Sumber : Kajian Lapangan 2017

90% 10%

Mampu Milik Jentera Tidak Mampu Milik Jentera

Carta 5 : Pesawah mampu milik jentera Sumber : Kajian lapangan 2017

Jadual 5 menunjukkan kegunaan traktor adalah untuk mengubah struktur tanah supaya lebih sesuai untuk pertumbuhan tanaman ,menggembur dan melonggar tanah, mengawal rumpai secara memotong dan menimbus, menggaul bahan seperti kapur dan kompos untuk kesuburan tanah, mengawal serangga perosak dalam tanah secara pendedahan kepada matahari dan mengawal kelembapan tanah. Traktor biasanya di bahagikan kepada dua kategori iaitu dua roda dan empat roda.Traktor biasanya memiliki 4 roda dengan dua roda yang lebih besar di belakang dan dua roda di hadapan lebih kecil. Walaubagaimanapun, para pesawah yang tidak mampu untuk memiliki jentera hanya 10%. Untuk memiliki jentera ini terbahagi kepada 2 cara untuk pembelian iaitu secara tunai ataupun secara bayaran beransur – ansur. Bayaran secara beransur-ansur ini akan mengambil risiko yang tinggi, ini kerana ia boleh dibayar musim tetapi apabila pada musim pertama padi tidak akan mendapat sasaran

(23)

yang diperlukan maka hasil padi akan terjatuh. Padi yang elok dan mampu diproses biasanya sekeping akan mendapat 10 tan dan padi yang rosak atau tidak layak untuk diproses, sekeping hanyalah dalam 4 tan sahaja. Selain itu, apabila berlakunya musim banjir, para pesawah tidak mampu untuk menjalankan kerja-kerja menyawah. Faktor-faktor sebegini menyebabkan para pesawah yang membuat bayaran secara beransur akan mengalami kesukaran untuk membuat pembayaran terhadap jentera. Semasa dalam musim banjir, padi kebiasaanya sekeping 3 ekar akan boleh mencapai 10 tan ke atas tetapi disebabkan musibah ini, ia hanyalah diperolehi hanya 4 tan sahaja. Bermakna didalam pengikaran ini, 6 tan sudah hilang disebabkan faktor sebegini. Selepas itu, ada yang menjual sekeping penuh tetapi tidak laku kerana padi itu sudah hampa. Padi yang sudah menjadi hampa itu diberi makan kepada itik, itik pun menolak padi yang sudah hampa itu. Dari situ boleh dilihat bahawa itik tidak dapat makan padi yang hampa itu apatahkan lagi dijual kepada manusia. Para pesawah yang memiliki jentera telah mendapat beberapa kelebihan untuk bersawah, terutamanya dengan tiadanya jentera sawah padi ini, tenaga kerja perlu banyak digunakan semasa didalam menyawah. Para pesawah yang mempunyai jentera akan mendapat hasil yang lebih tinggi dan senang untuk bekerja di sawah dengan menggunakan jentera dan mesin moden. Beberapa pihak tertentu perlu membantu didalam mempromosikan teknologi ini seperti pihak PPK yang perlu menjadikan mesin penanaman berjentera ini sebagai satu sumbangan khidmat sosial dengan caj penanaman yang munasabah dikalangan pesawah-pesawah. Penggabungan tanah-tanah sawah milik persendirian dan diluaskan setiap lot sawah secara mini estet padi adalah sangat perlu bagi menjayakan sistem penanaman ini. Jika pesawah-pesawah masih membuat persendirian maka teknologi ini agak sukar untuk dilaksanakan dilokasi tersebut. Pihak tertentu perlu mengatur strategi dalam melaksanakan teknologi ini agar pada masa akan datang bilangan pesawah padi dapat dikurangkan tetapi produktiviti padi dapat ditingkatkan berkali ganda agar bekalan beras negara pada tahap yang selamat dan mencukupi.

(24)

6.0 Rumusan dan Kesimpulan

Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan penggunaan mesin penanaman padi di Kuala Selangor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti teknologi yang digunakan dalam meningkatkan hasil tanaman padi di Kuala Selangor serta mengkaji kesan-kesan penggunaan teknologi keatas pendapatan hasil tanaman.

Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji telah membuat keputusan untuk menemu bual seorang responden petani dan pengusaha mengusahakan kawasan sawah padi di Kuala Selangor dalam menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Terdapat 2 kaedah kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini iaitu kaedah temu bual dan kaedah rujukan. Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian.

Teknologi mesin padi yang digunakan di Kuala Selangor adalah jentera pembajakan tanah. Jentera pembajakn tanah adalah jentera penanaman dan pembajakan adalah mesin yang digunakan bagi menggantikan tenaga manusia dan haiwan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam sektor pertanian. Teknologi jentera ini amat perlu dalam menentukan kesempurnaan tanah tapak tanaman untuk memusnahkan rumpai dan sarang musuh tanaman, menggemburkan dan menyuburkan tanah serta meratakan tanah untuk pengagihan air di ladang dengan sempurna.

Jentera yang kedua adalah jentera jentuai. Penggunaan jentera jentuai di Malaysia sudah menjadi perkara lazim dimana mesin ini mengutamakan teknologi lama menuai padi menggunakan sabit dan membanting. Jentuai yang ada digunakan apabila padi telah cukup masak untuk dituai secara berkelompok melibatkan ramai petani dan pemilik sawah. Pengaruh pengawasan oleh pesawah atau pemilik bendang ketika kerja-kerja menuai dijalankan adalah penting. Masa penuaian perlu dijalankan selepas jam 11.00 pagi keatas sehingga jam 5.00 petang. Pada jam 11.00 pagi didapati kadar kelembapan diantara 20-22%

(25)

sesuai dipotong sehingga petang. Kajian menunjukkan lagi banyak hasil padi dituai akan banyak juga jadar kehilangan padi di sawah semasa menuai. Umur padi semasa dituai didapati member kesan kehilangan dimana semasa umur 110 hari purata kehilangan sekitar 4% sementara umur padi 112 hari mencecah sehingga 13.3% kehilangan padi.

Selain itu, teknologi pembajaan tanaman adalah baja yang merupakan unsur yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali diberikan kepada tanah walaupun ada petani yang meletakkan terus pada akar atau disembur pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua iaitu baja asli dan baja kimia. Baja asli mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organismaa hidup. Baja kimia pula adalah dipanggil sebagai baja tidak organisma atau naja buatan yang diperbuat dari bahan-bahan organik dan mengandungi bahan-bahan-bahan-bahan kimia yang tidak organic.

Dalam menghasilkan padi yang berkualiti, salah satu faktor yang mendorong agar padi terus berkualiti adalah sistem pengairan air. Sistem pengairan terkawal di kawasan jelapang padi, dimana air dibekal dari tali air ditakung dalam lot sawah dan disalir keluar kedalam parit pada masa tertentu. Sistem ini memerlukan batas lading untuk menakung air didalam lot sawah dan parit lading untuk menyalirkan air keluar aras tanah yang rata. Bekalan air ke sawah adalah terhad. Pengurusan air yang berkesan mengambilkira keperluan air di sawah mengikut peringkat penyediaan tanah, peringkat pertumbuhan padi dan sistem tanaman yang diamalkan. Antara faedah pengurusan air yang sempurna adalah dapat menjamin bekalan air yang cukup mengikut jadual pesawahan. Selain itu, dapat mengelakkan pembaziran air, dan memudahkan mekanisasi ladang.

Kesan-kesan teknologi keatas pendapatan hasil tanaman padi telah mendapat hasil yang berkualiti dan berkuantiti dari penggunaan teknologi yang baru. Teknologi baru telah memberi kesan yang baik terhadap petani di Kuala Selangor. Selain itu, penggunaan teknologi baru telah meringankan tenaga kerja manusia dan dapat menghasilkan tanaman padi yang cepat dan bagus. Penggunaan mesin teknologi ini juga mendapat sambutan yang positif dari masyarakat di sekitar Kuala Selangor khususnya para petani. Dalam penemeriaan positif itu, mereka masih tidak membeli mesin itu sendiri malah mereka juga masih bergantung kepada sumber-sumber kerajaan tetapi ada dikalangan mereka setakat ini mampu membeli mesin yang bersaiz kecil dan sederhana sahaja. Seiring dengan matlamat kerajaan Malaysia untuk memperbaiki taraf hidup petani-petani di negara ini, penggunaan teknologi moden untuk pertanian padi sangatlah membantu dalam mencapai matlamat tersebut. Selain

(26)

daripada memainkan peranan penting didalam usaha meningkatkan kadar pengeluaran tanaman padi, penggunaan masa yang lebih teratur boleh memberikan kesempatan kepada petani-petani untuk mencuba benih-benih yang baru. Penanaman yang lebih intensif dapat ditingkatkan lagi dengan adanya teknologi-teknologi ini. Kerja-kerja seperti pembajaan, menuai tidak akan mengambil masa dan tenaga berlebihan berbanding dengan penggunaan kaedah tradisional.

Kesimpulan

Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa penggunaan sains dan teknologi pertanian yang baharu membolehkan para petani untuk menjalankan aktiviti penanaman padi di Kuala Selangor. Secara peratus yang mampu memiliki jentera sawah padi adalah sebanyak 90% dan yang tidak mampu memiliki jentera sawah padi hanyalah 10% sahaja. Hal ini menyebabkan para petani akan menjadi lebih selesa untuk melakukan aktiviti penanaman tersebut walaupun ada dalam kalangan mereka yang tidak mampu untuk memiliki penggunaan teknologi yang baru.

Rujukan

1) Pengendalian Lepas Tuai dan Pengilang dan Beras Berkualiti,jilid 1,tahun 2002, edisi 1 / 2002, Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

2) Manual Penanaman Padi Berhasil Tinggi, jilid 1, tahun 2002, Edisi 1 / 2002, Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

(27)

3) Mohd Fahmi Mohd Fesool et al., 2015 Penanaman Padi Di Atas Tanah Asid Sulfat Secara Lestari. Cetakan pertama. Serdang. Universiti Putra Malaysia.

4) Pembetukan dan Prestasi Varieti Padi Baru MR 214, Jilid 1, tahun 2001, InstitusiPenyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDA) Kementerian Pertanian, Mlaysia (MARDA)

5) Utusan Online (2014). Teknologi Pertanian Tepat. Dicapai pada Mac 23,2017 http://ww1.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20140825/ag_01/Teknologi-pertanian-tepat

6) Anim Agro Technologu (2011). Penanaman Padi Berjentera. Dicapai pada Mac 23, 2017 http://animhosnan.blogspot.my/2011/07/penanaman-padi-berjentera.html

7) AgroStreet (2014). Penggunaan Jentera Pengubah Padi Banyak Kelebihan. Dicapai pada 23 Mac,2017 http://my.agrostreet.com/penggunaan-jentera-pengubah-padi-banyak-kelebihan/

8) Sains dan Teknologi (2012). Maksud sains dan teknologi. Dicapai pada 23 Mac,2017 http://iniblogsainsdanteknologi.blogspot.my/2012/05/maksud-sains-dan-teknologi.html

9) Kepentingan Sains dan Teknologi kepada industry pertanian (2008). Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil dengan cepat dan mudah.Dicapa pada 23 Mac, 2017

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/11352-kepentingan-sains-dan-teknologi-kepada-industri-pertanian-.html

10) Memproses padi (2012). Mmeproses padi. Dicapai pada 27 Mac, 2017 http://paddykelantan.blogspot.my/2012/04/memproses-padi.html

(28)

Referensi

Dokumen terkait

Hasil dari penelitian ini dapat disimpulkan bahwa: aspek tipografi meliputi jenis/klasifikasi huruf yang digunakan sebelum tahun 2012 lebih didominasi dengan jenis

Dari ketiga variabel pengukuran tumbuh kembang mandibula pada penelitian ini, hanya variabel rotasi mandibula yang menunjukkan adanya korelasi antara tumbuh kembang

4. Tidak menggunakan media, metode dan strategi yang bervariasi. Guru kurang memberikan peluang kepada siswa untuk mengkonstruksi konsep- konsep Bahasa Indonesia, siswa hanya

Keberhasilan pembangunan suatu wilayah ditentukan oleh sumber daya manusia yang berkualitas. Sumber daya yang berkualitas dapat terbentuk dengan adanya pendidikan. Pendidikan di

Penelitian ini masih memiliki kekurangan, antara lain belum dapat mengungkapkan efek xylitol sendiri (tanpa efek permen karet) pada penurunan indeks plak,

Energi yang terbuang baik dalam bentuk pusaran/vortex dan kavitasi harus ditekan sekecil mungkin yaitu dengan jalan memperbaiki aliran di sekitar hub/boss propeller

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan larutan disinfektan kanta sentuh pelbagai guna terhadap sista Acanthamoeba dengan menggunakan empat pencilan,

Waas Soekarno Hatta Bandung Selatan 12 SMP NEGERI 30 Jl.Sekejati No.32 Bandung Tenggara.. II