• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KONSEP PIZZALICIOUS VENDING MACHINE.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KONSEP PIZZALICIOUS VENDING MACHINE.pdf"

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

1

PENGENALAN

“Vending machine” atau mesin layan diri bukanlah satu rekaan baru dalam pasaran antarabangsa termasuklah di Malaysia. Ianya telah lama wujud di negara ini dan merupakan salah satu cabang perniagaan yang sangat menguntungkan dipihak pengeluar mesin layan diri terutamanya dalam menjana pendapatan pasif.

Terdapat pelbagai jenis mesin layan diri yang ada di pasaran negara kita. Di antara mesin layan diri yang telah lama wujud di negara kita ialah mesin layan diri yang menjual produk seperti air tin, makanan ringan, air RO, T-shirt dan banyak lagi. Mesin-mesin ini kebanyakkannya dimiliki oleh syarikat-syarikat tertentu yang telah pun menjana pendapatan yang lumayan hasil dari jualan produk-produk yang disebutkan di atas.

Tetapi, jika kita lihat, di pasaran negara kita masih belum lagi wujud mesin layan diri yang menjadikan PIZZA sebagai produk mereka. Hal ini berbeza di negara-negara lain seperti di Amerika, United Kingdom, Australia, Afrika, Switzerland, England dan Sweden yang mana negara-negara tersebut telah pun mempunyai mesin layan diri yang menjadikan pizza sebagai produk jualan. Pizzalicious Vending Machine telah pun dilancarkan secara rasminya pada 3 April 2013 yang lalu oleh Y. Bhg. Dato’ Paduka Mukhriz Tun Mahathir semasa berlangsungnya pameran halal antarabangsa MIHAS 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini.

(3)

2

CORAK PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA

Dari sudut gaya pemakanan rakyat Malaysia, Pizza bukanlah sejenis makanan yang asing malah sangat digemari oleh rakyat negara ini. Di negara ini, restoran-restoran makanan segera seperti Pizza Hut, Dominos Pizza, Yelllow Cab Pizza dan sebagainya merupakan diantara restoran yang sering menjadi kunjungan pelanggan disebabkan keenakkan Pizza itu sendiri dan konsep makanan SEGERA menyebabkan ianya menjadi tumpuan masyarakat yang sering kesuntukan masa.

Selain restoran-restoran ini, masih tidak wujud lagi Pizza yang dijual dengan menggunakan konsep mesin layan diri. Atau dalam kata lain, di negara kita masih belum wujud mesin layan diri yang mengetengahkan Pizza sebagai produk utama.

Oleh sebab inilah, syarikat Pizzalicious Sdn. Bhd. mengambil peluang untuk memperkenalkan mesin layan diri yang menjual pizza sebagai produk jualannya dan seterusnya menjadikan mesin layan diri ini yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia dan juga di Asia.

(4)

3

KAJIAN PASARAN

Syarikat kami telah pun menjalankan kajian secara terperinci selama 1 tahun lebih sebelum mengambil keputusan untuk memperkenalkan konsep perniagaan ini di pasaran Malaysia. Selain dari itu, kami juga telah merujuk negara-negara lain yang telah pun mengetengahkan mesin layan diri sebegini di negara mereka sendiri dan hasil dari kajian tersebut amatlah memberangsangkan dan memberi kami keyakinan bahawa konsep perniagaan ini amatlah bagus dan mempunyai masa depan yang sangat cerah.

Sebelum ini, syarikat kami juga telah membuat kajian pasaran tentang perniagaan berasaskan mesin layan diri melalui projek Ikhlas RO Water Vending Machine. Dari hasil projek inilah kami berani tampil dengan produk baru yang lebih menarik dan belum lagi wujud di negara kita iaitu Pizzalicious Vending Machine.

Pizzalicious Vending Machine merupakan inovasi terbaru dan yang pertama di Malaysia dan Asia hasil rekaan anak tempatan. Mesin ini direka khas menggunakan teknologi tinggi dan canggih yang mana ianya boleh menghasilkan pizza dari bahan mentah (tepung, air, minyak dan sebagainya) kepada pizza yang enak dimakan dalam masa tiga (3) minit sahaja.

(5)

4

PELANCARAN PIZZALICIOUS VENDING MACHINE DI PAMERAN HALAL

(MIHAS 2013) PADA 3 APRIL 2013 DI KLCC

Pizzalicious Vending Machine telah pun dilancarkan secara rasminya pada 3 April 2013 yang lalu oleh Y. Bhg. Dato’ Paduka Mukhriz Tun Mahathir semasa berlangsungnya pameran halal antarabangsa MIHAS 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini.

Kumpulan Pizzalicious bersama Y. Bhg. Dato’ Paduka Mukhriz semasa majlis pelancaran Pizzalicious Vending machine di MIHAS 2013, KLCC pada 3 April 2013 yang lalu.

(6)

5

(7)
(8)
(9)
(10)

9

KONSEP PERNIAGAAN

Konsep perniagaan yang kami perkenalkan adalah MUDAH namun menjanjikan PULANGAN YANG LUMAYAN. Syarikat Pizzalicious Sdn. Bhd. bertindak sebagai pengeluar mesin dan membuka jualan mesin ini kepada mana-mana individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan dan menjana pendapatan pasif setiap bulan.

Pihak syarikat dan pembeli mesin adalah tertakluk kepada PERJANJIAN PERLESENAN dimana syarikat adalah “Pemberi Lesen” dan pembeli/pemilik mesin adalah “Pemegang Lesen”. Oleh itu, meskipun hakmilik mesin adalah sepenuhnya ke atas pemilik, sebagai Pemegang Lesen, pemilik perlu mematuhi terma & syarat perniagaan yang digariskan oleh pihak syarikat seperti yang termaktub di dalam perjanjian tersebut.

Pizzalicious Vending Machine dijangka mampu menjana pendapatan yang lumayan dan pantas dan pulangan modal (“break even”) bagi perniagaan ini dijangka kurang dari 1 tahun. Kami juga menjangka bahawa perniagaan ini mampu menembusi pasaran antarabangsa dalam masa yang singkat kerana konsepnya yang MUDAH dan TIDAK MEMERLUKAN kepakaran yang tinggi dalam mengendalikannya.

(11)

10

MODAL YANG DIPERLUKAN

Fi Perlesenan yang ditawarkan adalah sebanyak RM150,000.00 sahaja. Pemegang Lesen akan mendapat :

1) 1 unit mesin pizza

2) Bahan mentah untuk menghasilkan 300 pizza yang pertama PERCUMA 3) Fi guaman PERCUMA

4) Pemasangan PERCUMA 5) Jaminan 1 tahun pertama

6) Servis & penyelengaraan PERCUMA selama 1 tahun 7) Insuran PERCUMA selama 1 tahun

8) Promosi, pemasaran dan pengiklanan akan dilakukan oleh pihak syarikat 9) Permohonan sewa lokasi akan dibantu oleh pihak syarikat

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kami yakin dengan adanya Pizzalicious Vending Machine di negara kita, ianya bakal menjadi salah satu cara untuk rakyat Malaysia menikmati faedah kewangan secara pasif dengan menjalankan perniagaan ini. Kami berharap agar konsep perniagaan yang cuba diketengahkan oleh syarikat kami ini bakal membawa satu fenomena baru dalam pasaran negara dan seterusnya membantu dalam membangunkan ekonomi negara kita.

(12)

11

PERNIAGAAN INI ADALAH UNTUK GOLONGAN YANG BERIKUT :

 Individu yang mahu menjana pendapatan sampingan disamping bekerja sepenuh masa.

 Ingin berhenti dari makan gaji atau bekerja dengan orang.

 Sudah mempunyai perniagaan sendiri tetapi mahu menambah sumber pendapatan bulanan.

 Individu yang ingin bebas dari masalah hutang.

 Individu yng ingin menjana pendapatan yang KONSISTEN & LUMAYAN setiap bulan.

 Kami juga membuka peluang perniagaan ini kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk menjadikan mesin pizza ini sebagai produk dalam projek-projek yang ingin dilaksanakan.

(13)

12

KENALI PIZZALICIOUS VENDING MACHINE

"Pizzalicious Vending Machine" merupakan inovasi terbaru hasil rekaan anak tempatan dan ianya mesin layan diri yang pertama seumpamanya di Malaysia dan Asia. Mesin ini direka khas menggunakan teknologi terkini dan canggih yang mana ianya boleh menghasilkan pizza dari bahan mentah kepada pizza segar yang enak dimakan dalam masa tiga (3) minit sahaja.

(14)

13

PENGENDALIAN MESIN

Tugas-tugas mengendalikan mesin terbahagi kepada DUA (2) : 1) Oleh syarikat

2) Oleh pemilik mesin

Mesin ini menggunakan sistem kawalan berpusat (“centralized monitoring system”) yang mana segala maklumat dan data yang berkaitan dengan operasi mesin boleh dipantau bersama oleh pihak syarikat dan pemilik mesin. Pihak syarikat berperanan sebagai pembekal bahan mentah dan bertanggungjawab dalam mengendalikan hal-hal berkaitan dengan penyelengaraan mesin, memantau sistem dan juga membaik pulih mesin jika berlaku sebarang kerosakan atau masalah.

Pemilik mesin pula bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi mesin seperti mengisi semula bahan mentah kedalam mesin, membersihkan bahagian-bahagian tertentu di dalam mesin dan juga mengambil wang hasil jualan pizza.

(15)

14

PROSES PENGHASILAN PIZZA

(16)

15

PIZZA VENDING MACHINE DI NEGARA-NEGARA LAIN

Syarikat ini terletak St Gallen, Switzerland.

Ianya mempunyai pengedar jualan di Australia.

No Tel. : +61401196388 Fax: +6181255661

Emel: thereseb@pizzapresto.org Website: http://lapizzapresto.com

Syarikat yang terletak di USA.

Telah mengedar mesin-mesin mereka di banyak negara lain seperti di Switzerland, Spain, Norway, Sweden.

No Tel. : 508-999-7007 Fax: 508-999-7003

Email:info@wonderpizzausa.com Website: http://wonderpizzausa.com

Syarikat yang pertama mempunyai mesin vending machine pizza. Terletak di London, England.

No Tel. : +44 (0)20 7084 6297 Emel: andrew@3minutiltd.co

(17)

16

Piz Top merupakan sebuah hasil rekaan syarikat Machine Vending Engineering yang beroperasi di Afrika.

No Tel. : +27 11 465 8187

Website: http://pizzaonthefly.biz

Ave Pizza merupakan syarikat daripada Romania,

ianya baru saja ditubuhkan pada tahun 2011. No Tel. : 031 438.02.34

Fax: 031815.68.32

Email: office@avepizza.ro Website: avepizza.ro

(18)

17

SEBAB PERNIAGAAN INI PERLU MENJADI PILIHAN RAKYAT MALAYSIA :

1) KEUNTUNGAN PADA HARI PERTAMA PERNIAGAAN DIJALANKAN.

Dengan perniagaan "vending machine" wang tunai yang anda perolehi bermula pada hari pertama anda meletakkan mesin anda di lokasi yang anda pilih.

2) MESIN INI BEKERJA 24 JAM SEHARI.

Memandangkan anda tidak memerlukan pekerja, tiada had masa bagi mesin ini menjalankan tugasnya! Ianya berkerja untuk anda 24 jam sehari dan ini bermaksud “kedai pizza” dibuka sepanjang hari tanpa perlu anda memantau dan menguruskan operasi “kedai pizza” anda. Menarik bukan?

3) PENDAPATAN PASIF YANG LUMAYAN & KONSISTEN.

Apakah itu PENDAPATAN PASIF? Maksud Pendapatan Pasif adalah dimana anda kerja sesekali tetapi anda mendapat bayaran tanpa henti! Dan mesin inilah yang akan memberikan anda PENDAPATAN PASIF tersebut. Anda tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan wang. Mesin andalah yang akan

"bekerja" untuk anda.

4) PULANGAN PELABURAN YANG TINGGI.

Tujuan sesuatu perniagaan dijalankan adalah untuk mendapatkan KEUNTUNGAN. Sebagai pembeli/pelabur, apa yang penting ialah untuk mendapatkan pulangan yang tinggi hasil dari wang yang telah dilaburkan. Menjual makanan segera seperti Pizza memberikan margin keuntungan yang bukan sahaja tinggi malah sangat menguntungkan.

(19)

18

5) TIDAK MEMERLUKAN KOS OPERASI YANG TINGGI.

Tiada Boss. Tidak perlu premis. Tidak perlu kos pengiklanan. Tidak perlu pekerja. Tidak perlu kertas kerja yang rumit. Yang paling penting TIADA HAD bagi KEUNTUNGAN yang akan anda perolehi!

6) PERNIAGAAN YANG MUDAH BERKEMBANG.

Perniagaan mesin layan diri adalah perniagaan yang mudah dikembangkan. Apabila mesin anda yang pertama sudah mula menjana pendapatan, anda sudah boleh membeli mesin layan diri yang kedua, ketiga dan seterusnya jika

anda mahu menjana lebih keuntungan!

7) KUNCI KEPADA KEBEBASAN KEWANGAN.

Mereka yang terlibat dalam perniagaan ini akan dapat mencapai matlamat kebebasan kewangan kerana perniagaan ini menjanjikan pendapatan pasif yang lumayan dan konsisten setiap bulan sedari hari pertama ianya beroperasi.

(20)

19

UNJURAN KEUNTUNGAN

CONTOH PENGIRAAN RINGKAS

Harga Jualan 1 kotak Pizza = RM15.00 Harga Kos 1 kotak Pizza = RM8.00 UNTUNG = RM7.00

 Jika 120 biji Pizza yang terjual dalam 1 hari, ini bermakna pendapatan yang diperoleh pada hari tersebut ialah sebanyak RM1,800 :

120 pizza x RM15 = RM1,800/hari

Ini bermakna PENDAPATAN KASAR anda sebulan boleh mencapai sebanyak: RM1,800 x 30 hari = RM54,000/bulan

(21)

20 A. KOS-KOS OPERASI YANG TERLIBAT :  SEWA LOKASI

 BIL ELEKTRIK jika ada (bergantung kepada premis sewaan)  KOS BAHAN MENTAH

 VENDRON BOX (sistem pintar mesin)

 WIFI (bergantung kepada cas servis telko)  ADT (SECURITY SYSTEM)

 BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK

B. CONTOH PENGIRAAN BAGI KOS BAHAN MENTAH

Harga Kos 1 pizza = RM8

Pizza Yang Terjual = 120 pizza/hari RM8 x 120 pizza = RM960/hari RM960 x 30 hari = RM28,800/bulan

(22)

21 C. ANGGARAN KOS OPERASI SEBULAN :

 Sewa Lokasi = RM1000/bulan  Vendron Box = RM 118/bulan  WIFI = RM 70/bulan

 ADT = RM 60/bulan

 Bayaran balik pinjaman bank (jika ada) = RM1000/bulan  Kos Bahan Mentah = RM28,800/bulan (sila rujuk bahagian B)

JUMLAH KOS OPERASI = RM31,048/BULAN

D. UNJURAN KEUNTUNGAN BERSIH UNTUK SEBULAN

*Jika 120 pizza terjual sehari

(PENDAPATAN KASAR – KOS OPERASI)

(23)

22

PROJEK-PROJEK SYARIKAT YANG LALU

Rajah 15 : LogoIkhlas Water vending machine.

(24)

23

Rajah 17 : KlienIkhlas RO Water dan Ikhlas Energy Water vending machine.

(25)

24

(26)

25

Keratan akhbar mengenai Ikhlas Water vending machine.

(27)

26

HARAPAN SYARIKAT PIZZALICIOUS SDN. BHD.

Pizzalicious Sdn. Bhd. yakin bahawa Pizzalicious Vending Machine akan menjadi satu cabang perniagaan yang menguntungkan pemilik mesin ini. Ini kerana konsep perniagaan ini UNIK dan MUDAH. Dengan adanya mesin ini ianya dapat memberi peluang kepada lebih ramai individu untuk memiliki perniagaan sendiri serta dapat menjana pendapatan pasif yang lumayan secara konsisten. Dari perspektif pelanggan, ianya mampu menyelesaikan masalah mereka untuk mendapatkan sumber makanan yang beroperasi secara 24 jam dan 7 hari seminggu.

Semoga anda tidak mensia-siakan peluang untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan anda pada tahun ini. Bertindaklah sekarang dan hubungi kami untuk maklumat lanjut.

(28)

27

FAQ

1) Apakah dia Pizzalicious Vending Machine?

"Pizzalicious Vending Machine" merupakan inovasi terbaharu hasil rekaan anak tempatan dan merupakan mesin layan diri yang PERTAMA seumpanya di Malaysia dan di Asia. Mesin ini direka khas menggunakan teknologi terkini dan canggih di mana ianya boleh menghasilkan pizza dari bahan mentah kepada pizza segar yang enak dimakan dalam masa tiga (3) minit sahaja.

2) Bagaimana mahu memulakan perniagaan ini?

Anda perlu memilih perniagaan ini kerana ianya merupakan sumber PENDAPATAN PASIF YANG LUMAYAN buat anda.

Apakah itu PENDAPATAN PASIF? Pendapatan Pasif adalah dimana anda kerja sesekali tetapi anda mendapat bayaran tanpa henti! Dan mesin inilah yang akan memberikan anda PENDAPATAN PASIF tersebut. Anda tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan wang. Mesin andalah yang akan "bekerja" untuk anda.

Anda tidak perlu lagi bekerja 8 pagi - 5 petang setiap hari. Perniagaan ini akan memberi anda KUNCI kepada kebebasan kewangan yang anda inginkan!

(29)

28

3) Berapa banyak modal yang diperlukan?

Fi Perlesenan yang ditawarkan adalah sebanyak RM150,000.00 sahaja. Pemegang Lesen akan mendapat :

1) 1 unit mesin pizza

2) PERCUMA bahan mentah untuk menghasilkan 300 pizza yang pertama 3) Fi guaman PERCUMA

4) Pemasangan PERCUMA 5) Jaminan 1 tahun pertama

6) Servis & penyelengaraan PERCUMA selama 1 tahun 7) Insuran PERCUMA selama 1 tahun

8) Promosi, pemasaran dan pengiklanan akan dilakukan oleh pihak syarikat 9) Permohonan sewa lokasi akan dibantu oleh pihak syarikat

5) Bagaimana saya boleh jana pendapatan yang lumayan dari perniagaan ini?

CONTOH PENGIRAAN RINGKAS Harga Jualan 1 biji Pizza = RM15.00 Harga Kos 1 biji Pizza = RM8.00 UNTUNG = RM7.00

 Jika 120 biji Pizza yang terjual dalam 1 hari, ini bermakna pendapatan yang diperoleh pada hari tersebut ialah sebanyak RM1,800 :

120 pizza x RM10 = RM1,200/hari

Ini bermakna PENDAPATAN KASAR anda sebulan boleh mencapai sebanyak:

(30)

29

6) Bagaimana mesin ini berfungsi?

Mesin ini berfungsi dengan memproses pizza dari bahan mentah iaitu tepung asas sehinggalah menjadi pizza yang enak dimakan dalam tempoh 3 minit sahaja. Sama seperti konsep mesin layan diri yang ada di pasaran, pelanggan perlu memasukkan sejumlah wang kedalam slot wang dan membuat pilihan menu pizza yang disediakan. Setelah pilihan dibuat, mesin ini akan mula memproses pizza dari peringkat membancuh doh sehinggalah selesai.

7) Berapa tahun jaminan yang diberikan?

Syarikat Pizzalicious memberikan jaminan selama 1 tahun dan sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau masalah, pihak syarikat akan memperbaiki mesin anda tanpa sebarang kos.

8) Bagaimana dengan penyelenggaraan mesin?

Pihak syarikat akan membuat pemyelenggaraan mesin anda setiap 3 bulan sekali jika tiada sebarang masalah berlaku. Untuk tahun pertama, kos penyelengaraan adalah PERCUMA (masih di bawah tempoh jaminan) dan selepas 1 tahun, pihak syarikat akan mengenakan caj yang minimum (bergantung kepada tahap kerosakan).

10) Bagaimana dengan pemilihan lokasi untuk meletakkan mesin ini?

Pemilihan LOKASI ditentukan oleh: a) Pihak syarikat; ATAU

(31)

30

Sekiranya pemilihan lokasi dibuat oleh pemilik sendiri, pemilik harus memenuhi 2 syarat PENTING iaitu :

a) Memilih kawasan yang mempunyai trafik yang tinggi

b) Kawasan tersebut mestilah mempunyai tahap keselamatan yang tinggi (24 jam kawalan)

Contoh lokasi : Pusat membeli-belah, universiti, kole-kolej, hospital dll.

11) Berapakah kos bahan mentah yang diperlukan setiap hari/mimggu/bulan?

Contoh Pengiraan Bagi Kos Bahan Mentah Harga Kos 1 pizza = RM8

Pizza Yang Terjual = 120 pizza/hari RM8 x 120 pizza = RM960/hari RM960 x 30 hari = RM28,800/bulan

JUMLAH KOS BAHAN MENTAH = RM28,800/BULAN

12) Dimanakan saya perlu dapatkan bahan mentah sekiranya bahan mentah habis?

Bahan mentah boleh didapatkan daripada kami. Kami adalah pembekal tetap anda. Anda tidak dibenarkan mendapatkan bekalan bahan mentah dari pembekal lain.

(32)

31

13) Berapa kerap saya perlu mengisi semula bahan mentah ke dalam mesin ini?

Kekerapan mengisi semula bahan mentah didalam mesin adalah bergantung pada berapa banyak pizza yang terjual.

Mesin ini boleh menghasilkan 150 pizza pada satu-satu masa. Sekiranya dalam tempoh 1 hari sebanyak 120 pizza yang terjual, anda dikehendaki mengisi semula bahan mentah untuk 120 pizza.

14) Adakah saya perlu memantau dan memeriksa mesin ini setiap hari?

Tidak. Mesin ini direka dengan menggunakan teknologi terkini dan ianya berkonsep “high intelligence”. Anda tidak perlu meluangkan masa untuk pergi memantau keadaan mesin anda atau hasil jualan mesin setiap masa. Anda boleh memantau dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan hasil jualan, jumlah pembelian pizza, tahap bahan mentah, “system default” dan sebagainya hanya melalui telefon bimbit anda! Canggih bukan?

15) Berapakah kos operasi bulanan yang terlibat?

 Sewa Lokasi = RM1000/bulan  Vendron Box = RM 118/bulan  WIFI = RM 70/bulan

 ADT = RM 60/bulan

 Bayaran balik pinjaman bank (jika ada) = RM1000/bulan  Kos Bahan Mentah = RM28,800/bulan (sila rujuk bahagian B)

(33)

32

16) Berapa banyak anggaran KEUNTUNGAN BERSIH yang boleh saya perolehi secara bulanan dari perniagaan ini?

*Jika 120 pizza terjual sehari

(PENDAPATAN KASAR – KOS OPERASI) RM54,000 – RM31,048 = RM22,952

17) Apakah ciri-ciri keselamatan yang ada pada mesin ini?

Mesin ini mempunyai “built-in alarm” dan sekiranya berlaku sebarang kerosakan, kecurian dan perkara-perkara yang berkaitan mesin ini akan memberi isyarat amaran kepada pemilik dengan menghantar isyarat tersebut ke talian bimbit anda.

18) Bagaimana dengan rasa pizza yang dihasilkan oleh mesin ini?

Menu pizza kami adalah UNIK yang mana resepi yang kami gunakan adalah berbeza dari menu-menu pizza yang berada di pasaran dan dari segi rasanya adalah bersesuaian dengan citarasa rakyat tempatan.

Pizzalicious Vending Machine menawarkan empat (4) menu iaitu : 1) Chickenlicious

Menggunakan daging ayam kisar, diletakkan di atas pizza sebagai 'topping' bersama sos tomato.

2) Beefylicious

Menggunakan daging lembu yang dikisar sebagai pilihan 'topping' dan sos tomato.

(34)

33 3) Tunalicious

Menggunakan tuna yang lazat sebagai 'topping' dan sos tomato. 4) Cheesylicious

Cebisan keju dicairkan diatas pizza bersama sos tomato.

19) Berapa lamakah tempoh pulangan modal?

Pulangan modal (break-even) bagi perniagaan ini adalah dianggarkan dalam tempoh kurang 1 tahun dari tarikh ianya mula beroperasi.

20) Berapakah saiz sebenar mesin ini?

Saiz mesin ini ialah 6 kaki x 7 kaki x 3 kaki. Anggaran saiz dua buah mesin layan diri biasa yang ada di pasaran.

Referensi

Dokumen terkait