• Tidak ada hasil yang ditemukan

SYARAT PERTANDINGAN DAN TEMA PENYELIDIKAN PERTANDINGAN WARISAN BUDAYA TEMPATAN 2013 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SYARAT PERTANDINGAN DAN TEMA PENYELIDIKAN PERTANDINGAN WARISAN BUDAYA TEMPATAN 2013 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

SYARAT PERTANDINGAN DAN TEMA PENYELIDIKAN PERTANDINGAN WARISAN BUDAYA TEMPATAN 2013

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

A. TEMA PENYELIDIKAN

i. Pakaian tradisional etnik Sarawak (satu etnik sahaja). ii. Permainan tradisional etnik Sarawak (satu etnik sahaja). iii. Bahasa tradisional etnik Sarawak (satu etnik sahaja). iv. Kraftangan tradisional etnik Sarawak (satu etnik sahaja). v. Alat muzik tradisional etnik Sarawak (satu etnik sahaja).

Contoh:

TEMA PENYELIDIKAN: PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK

Tajuk: Permainan Tibau.

(Hanya SATU kumpulan sahaja yang dibenar untuk membuat penyelidikan tajuk ini).

B. SYARAT PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada semua sekolah-sekolah menengah yang dijemput di sekitar

Bandaraya Kuching dan Samarahan sahaja.

2. Semua perbelanjaan dalam membuat penyelidikan dan penghasilan kajian ditanggung sepenuhnya oleh peserta / sekolah.

3. Setiap sekolah boleh menghantar dua (2) kumpulan sahaja dan pemilihan tajuk adalah

bebas (dari senarai tema yang diberikan). Jumlah peserta untuk satu kumpulan adalah

empat (4) orang sahaja dan setiap kumpulan hendaklah mempunyai seorang guru pembimbing sahaja.

4. Pertindihan tajuk penyelidikan TIDAK dibenarkan. Hanya kumpulan yang terlebih dahulu

menghantar penyertaan akan dibenarkan untuk membuat kajian tajuk berkaitan.

5. Hasil kerja haruslah bertaip (komputer) dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan

langkau 2.0 dan tidak kurang daripada 50 mukasurat bercetak tidak termasuk lampiran.

Ianya harus dalam bentuk folio mengikut format yang disediakan oleh pihak penganjur. Ianya WAJIB dalam bentuk hardcopy (3 salinan) dan softcopy (1 salinan).

6. Komponen pertandingan :

Kemahiran Literasi Maklumat

Folio

Pengucapan Awam / Persembahan hasil kajian

(2)

awam/persembahan hasil kajian adalah dalam Bahasa Malaysia sahaja. Kreativiti persembahan hasil penyelidikan adalah bebas.

8. Idea / kreativiti penyelidikan mestilah ASLI dan bukan ditiru dari mana-mana bahan ilmiah yang telah diterbitkan. Rujukan menggunakan sumber bercetak dan bukan bercetak adalah dibenarkan.

9. Para peserta akan dilatih mengenai cara-cara pencarian maklumat bercetak dan atas

talian oleh penganjur dan peserta dikehendaki hadir semasa sesi literasi maklumat yang ditetapkan oleh penganjur. Kehadiran adalah WAJIB. Kegagalan menghadirkan diri ke sesi yang telah ditetapkan akan menyebabkan markah ditolak.

10. Semua kumpulan mesti menghantar hasil kerja masing-masing selewat-lewatnya pada

Jumaat, 14 Jun 2013 sebelum jam 4.30 petang dalam bentuk bercetak dan tidak

bercetak (Microsoft Office Powerpoint, maksimum 10 slaid).

11. Setiap hasil kerja yang tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan akan ditolak.

12. Semua hasil kerja akan menjadi hak milik penganjur.

13. Anugerah guru pembimbing terbaik dinilai dari segi komitmen, usaha dan maklumbalas

sepanjang pertandingan berlangsung.

14. Giliran persembahan akan disediakan oleh pihak penganjur dan akan dicabut oleh peserta melalui undian secara spontan sewaktu pendaftaran pada hari pengucapan

awam/persembahan.

15. Peserta pertandingan diberi masa selama 30 minit untuk membuat pembentangan.

16. Para peserta dikehendaki mendaftar sebelum jam 7.45 pagi. Kaunter pendaftaran akan di buka seawal 7.30 pagi bagi memudahkan proses pendaftaran dan untuk membolehkan peserta membuat undian nombor peserta.

17. Penukaran peserta pada hari pengucapan awam/persembahan adalah tidak dibenarkan sama sekali dan tidak akan dilayan.

18. Sekiranya berlaku penukaran peserta, pihak sekolah hendaklah memaklumkan Pustaka

selewat – lewatnya pada atau sebelum 28 Februari 2013.

19. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Februari 2013.

20. Setiap sekolah yang bertanding diWAJIBkan menghantar salinan nombor akaun sekolah

dan salinan buku bank sekolah (sekiranya ada) kepada pihak penganjur (untuk tujuan pembayaran hadiah sekiranya menang).

21. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan TIDAK akan dilayan.

22. Sebarang perubahan ke atas syarat adalah tertakluk kepada pihak penganjur. Pihak penganjur berhak mengubah syarat pertandingan tanpa notis pemberitahuan.

(3)

BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN WARISAN BUDAYA TEMPATAN 2013

Sila isi ruangan yang disediakan dengan lengkap.

NAMA SEKOLAH : …... NAMA KETUA KUMPULAN : ... NAMA AHLI KUMPULAN :

1) ... 2) ... 3) ...

NAMA GURU PENGIRING : ... NOMBOR TELEFON : ...

EMAIL : ... TEMA KAJIAN : ...

TAJUK PILIHAN : ...

Catatan a) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Februari 2013.

b) Sila sertakan salinan kad pengenalan.

c) Sila sertakan salinan nombor akaun bank sekolah.

d) Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Norassima Sitam atau

Cik Norlailawaty Ismail di talian 082 – 442000 sambungan 330.

______________________________ ( ) Tandatangan Guru Besar / Cop Sekolah

NAMA : NO TELEFON : TARIKH :

Sila kembalikan borang pengesahan ini pada atau sebelum 15 Februari 2013 kepada: PUSTAKA NEGERI SARAWAK

Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium 93050 Petra Jaya, Kuching Tel: 082 – 442000 ext: 330/348

(4)

SYARAT PERTANDINGAN WARISAN BUDAYA TEMPATAN 2013: PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

A. TEMA PENYELIDIKAN

i. Seni tarian etnik Sarawak

B. SYARAT PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah yang dijemput sahaja di sekitar

bandaraya Kuching dan Samarahan.

2. Semua perbelanjaan dalam membuat penyelidikan dan penghasilan kajian ditanggung sepenuhnya oleh peserta / sekolah.

3. Peserta WAJIB merupakan warganegara Malaysia sahaja dan haruslah berumur 10

hingga 12 tahun sahaja.

4. Hanya lima (5) peserta sahaja dibenarkan mewakili setiap sekolah.

5. Terhad kepada sepuluh (10) penyertaan terawal sahaja.

6. Pertindihan tajuk persembahan TIDAK dibenarkan. Hanya kumpulan yang terlebih dahulu

menghantar penyertaan akan dibenarkan untuk membuat kajian dan persembahan tajuk berkaitan.

7. Sijil penyertaan akan disediakan. Sila kepilkan bersama salinan sijil lahir untuk tujuan penyediaan sijil penyertaan. Sebarang perubahan ke atas sijil selepas sijil dikeluarkan

tidak akan dilayan.

8. Setiap sekolah yang bertanding diWAJIBkan menghantar salinan nombor akaun sekolah

dan salinan buku bank sekolah (sekiranya ada) kepada pihak penganjur (untuk tujuan pembayaran hadiah sekiranya menang).

9. Komponen pertandingan :

Kemahiran Literasi Maklumat

Folio

Persembahan tarian tradisional dan Peragaan pakaian tradisional

10. Para peserta akan dilatih mengenai cara-cara pencarian maklumat bercetak dan atas

talian serta penyediaan folio oleh penganjur. Kehadiran adalah WAJIB. Kegagalan menghadirkan diri ke sesi yang telah ditetapkan akan menyebabkan markah ditolak.

11. Sesi taklimat akan diadakan selepas tarikh tutup penyertaan. Para peserta yang telah mengesahkan penyertaan diWAJIBkan hadir ke sesi taklimat.

(5)

12. Peserta dikehendaki menghantar folio yang mengandungi butiran berikut pada atau sebelum 14 Mei 2013 (Selasa). Hasil kerja haruslah bertaip (komputer) menggunakan

fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0 dan tidak kurang dari 10 mukasurat bercetak tidak termasuk lampiran. Ianya wajib dalam bentuk hardcopy (2

salinan) dan softcopy (1 salinan). Pendahuluan

Sejarah / Latarbelakang mengenai topik

Isi kandungan

Rumusan / Penutup

Rujukan / Bibliografi

Lampiran (sekiranya ada)

13. Peserta pertandingan diberi masa 10 minit untuk membuat persembahan tarian tradisional dan peragaan pakaian tradisional.

14. Giliran persembahan akan disediakan oleh pihak penganjur dan akan dicabut oleh peserta melalui undian secara spontan sewaktu pendaftaran pada hari

pertandingan.

15. Para peserta dikehendaki mendaftar sebelum jam 1.30 petang. Kaunter pendaftaran

akan di buka seawal 1.00 petang bagi memudahkan proses pendaftaran dan untuk membolehkan peserta membuat undian nombor peserta.

16. Penukaran peserta pada hari pertandingan (18 Mei 2013) adalah tidak dibenarkan

sama sekali dan tidak akan dilayan.

17. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Februari 2013.

18. Sekiranya berlaku penukaran peserta, pihak sekolah hendaklah memaklumkan pihak penganjur selewat – lewatnya pada atau sebelum 27 Februari 2013.

19. Sebarang penyertaan / penukaran peserta dan topik pertandingan selepas 27 Februari 2013 tidak akan dilayan.

20. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan TIDAK akan dilayan.

21. Sebarang perubahan ke atas syarat adalah tertakluk kepada pihak penganjur. Pihak penganjur berhak menukar terma dan syarat pertandingan sebarang TANPA NOTIS kepada para peserta.

(6)

BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN WARISAN BUDAYA TEMPATAN 2013: PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

Sila isi ruangan yang disediakan dengan lengkap.

NAMA SEKOLAH : …...

NAMA KETUA KUMPULAN : ... NAMA AHLI KUMPULAN :

1) ... 2) ... 3) ... 4) ...

NAMA GURU PENGIRING : ... NOMBOR TELEFON : ... EMAIL : ...

TAJUK PILIHAN : ...

Catatan a) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Februari 2013.

b) Sila sertakan salinan sijil lahir.

c) Sila sertakan salinan nombor akaun bank sekolah.

d) Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Norassima Sitam atau

Cik Norlailawaty Ismail di talian 082 – 442000 sambungan 330.

______________________________ ( ) Tandatangan Guru Besar / Cop Sekolah

NAMA : NO TELEFON : TARIKH :

Sila kembalikan borang pengesahan ini pada atau sebelum 15 Februari 2013 kepada: PUSTAKA NEGERI SARAWAK

Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium 93050 Petra Jaya, Kuching Tel: 082 – 442000 ext: 330/348

Referensi

Dokumen terkait