Buku Log Pandu Puteri Tunas oleh Aina

16 

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

Pengenalan:

Buku Log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Tunas. Ia

merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri Tunas.

Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan

pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Tunas itu. Ia juga merupakan

rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli

Pandu Puteri Tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman

terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran

grafik atau bantuan visual.

(1) Jenis-jenis Buku Log

(a) Buku Log Peribadi

Buku Log ini mengandungi:

Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekolah,

daerah, negeri atau kebangsaan

Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua peringkat)

Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua peringkat)

(b) Buku Log Kemajuan

Buku Log ini mengandungi:

(i)

Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas

(ii)Laporan Lencana kecekapan

(c) Buku Log Acara

Buku log ini mengandungi laporan setiap acara yang disertai

Contoh acara adalah seperti:

(i) Perkhemahan/ Cuti pasukan

(ii) Khidmat

(iii) Lain-lain projek

(2) Ciri-Ciri Buku Log

Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman

yang dilalui. Pastikan:

(a)

Bahan-bahan disusun kemas

(b)

Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat

(c)

Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan

(d)

Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan

(e)

Keaslian dan kreativiti amat digalakkan

(f)

Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak KECUALI

biodata / profil diri

(4)

gambar

(3)

Kandungan Buku Log ( setiap buku log)

(a)

Biodata/ Profil Diri

Biodata atau profil diri secara ringkas bagi memudahkan pembaca mengetahui

siapa penulisnya.

Nama

No. Mykad / No Mykid / No surat beranak

Tarikh lahir

Alamat rumah

No tel rumah / No tel bimbit

Alamat e-mail

Nama & alamat sekolah

No tel sekolah

Nama pasukan

Nama Kumpulan Berenam

(b)

Penglibatan Dalam Kegiatan Pandu Puteri

Jawatan yang dipegang

Pencapaian dalam Pandu Puteri

Senarai acara Pandu Puteri yang disertai

(4)

Kandungan laporan aktiviti

Tarikh, tempoh, aktiviti atau program yang dihadiri

Laporan atau penerangan mengenai aktiviti yang dilakukan

Renungan – ceritakan dengan ringkas pengalaman baharu yang diperoleh

semasa menyertai acara

Sertakan lampiran seperti:

(i) Bahan asal atau salinan bercetak

(ii)gambar-gambar acara

(iii)salinan sijil penyertaan/pencapaian/penghargaan

Perakuan bahawa pengisian adalah hasil peribadi atau individu

Tanda tangan pemimpin atau penilai yang menyemak pengisian buku log

tersebut

Susunan/ Urutan Kandungan Dalam Buku Log Kemajuan Pandu Puteri Tunas

1.

Biodata / Profil diri

2.

Lencana Dunia

3.

Lencana Pandu Puteri Tunas

4.

Lambang Kumpulan Berenam sendiri

5.

Peringkat Pra –Persetiaan

6.

Peringkat Calit Emas

7.

Peringkat Tangga Emas

8. Peringkat Tangan Emas

9. Skim Lencana Kecekapan

(5)
(6)

Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

1

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG BAHAGIAN PANDU PUTERI TUNAS

TOLONG ORANG SELALU

1. PANDU PUTERI TUNAS

2. PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

3. ORGANISASI PANDU PUTERI TUNAS

4. POW WOW

5. KETUA PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

6. KETUA KUMPULAN BERENAM – KETUA BERENAM

7. PENOLONG KETUA KUMPULAN – PENOLONG KETUA BERENAM

8. PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS

9. PELANTIKAN AHLI BAHARU

10. PERSETIAAN, UNDANG-UNDANG, COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS, HORMAT SENYUMAN, BERJABAT TANGAN, KHIDMAT

(7)

Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

2

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG

BAHAGIAN PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

TOLONG ORANG SELALU

1. PANDU PUTERI TUNAS

Dasar program Bahagian Pandu Puteri Tunas membolehkan ahli menghayati dan menguasai asas Pandu Puteri.

Ahli Pandu Puteri Tunas berumur sembilan hingga dua belas tahun. Seorang kanak-kanak perempuan hanya boleh menjadi ahli Pasukan Pandu Puteri Tunas sehingga berumur dua belas tahun. Dia dilantik menjadi Pandu Puteri Tunas setelah lulus Ujian Pra Persetiaan.

2. PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

2.1 Jumlah minimum ahli ialah 12 orang dan jumlah maksimum 36 orang.

2.2 Satu (1) pasukan baharu mesti ditubuhkan sekiranya ahli pasukan sedia ada melebihi daripada 36 orang ahli.

2.3 Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas mempunyai seorang Pemimpin yang dikenali sebagai Kakak Setia dan sekurang-kurangnya seorang penolong yang dikenali sebagai Siti Setia.

2.4 Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah serta didaftarkan secepat mungkin. Borang Pendaftaran hendaklah dilengkapkan dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan kepada Ibu Pejabat Kebangsaan berserta dengan yuran pendaftarannya.

2.5 Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali . Sijil Pendaftaran ialah hak milik Pasukan di sekolah berkenaan. Jika sijil hilang, bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan sijil ganti

(8)

Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

3

2.6 Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dikehendaki membaharui pendaftaran dan mengemaskinikan bilangan pemimpin dan ahlinya dengan Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Pembaharuan pendaftaran berserta bayaran yuran ahli (kuota) dihantar ke Ibu Pejabat Kebangsaan tidak lewat daripada 30 April setiap tahun.

2.7 Pasukan Pandu Puteri Tunas didaftarkan mengikut turutan nombor pendaftaran, nama daerah dan nama sekolah.

Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Kuala Kangsar, SJK ( C ) Tsung Wah, Kuala Kangsar, Perak.

2.8 Perjumpaan pasukan diadakan sekurang-kurangnya setiap dua (2) minggu sekali.

2.9 Jawatankuasa Pandu Puteri Tunas terdiri daripada:

2.9.1 Ketua Pasukan 2.9.2 Ketua Berenam

2.9.3 Penolong Ketua Berenam

2.10 Kakak Setia merangkap sebagai pengerusi dan Siti Setia sebagai penolong pengerusi dalam Pow- Wow.

2.11 Pasukan memilih secara undi sulit seorang Ketua Pasukan dalam kalangan ahlinya.

2.12 Ketua Berenam dipilih oleh ahli kumpulan sendiri manakala Penolong Ketua Berenam dilantik oleh Ketua Berenamnya.

3. ORGANISASI PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

3.1 Pada perjumpaan pertama, Kakak Setia membahagikan ahli mengikut kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh tidak lebih daripada enam (6) orang ahli termasuk seorang Ketua Berenam dan seorang Penolong Ketua Berenam.

3.2 Setiap kumpulan dikenali dengan nama bunga yang ditetapkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia seperti berikut :

(9)

Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

4

3.2.1 Bunga Cempaka 3.2.2 Bunga Kenanga 3.2.3 Bunga Kesidang 3.2.4 Bunga Melur 3.2.5 Bunga Siantan 3.2.6 Bunga Teratai

3.3 Setiap kumpulan menyediakan kotak Kumpulan Berenam yang digunakan semasa aktiviti sudut kumpulan.

4. POW-WOW – Mesyuarat Pasukan

4.1 Pow-Wow adalah mesyuarat pasukan sekiranya perlu untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan Pasukan Pandu Puteri Tunas seperti memberi keterangan, menyampaikan berita dan rancangan akan datang

4.2 Kakak Setia menjadi Pengerusi Pow-Wow. Jika Kakak Setia tidak ada, Siti Setia boleh menggantikannya.

4.3 Lingkungan Pow-Wow dilaksanakan khas untuk ahli pasukan sahaja dan pembentukan lingkungan adalah bebas

5. KETUA PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

5.1 Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas dipilih secara undi sulit untuk membantu Kakak Setia dan Siti Setia.

5.2 Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas mesti mempunyai kelulusan Calit Emas.

5.3 Pasukan yang baharu ditubuhkan, Kakak Setia boleh melantik ahlinya yang berkebolehan sebagai Ketua Pasukan walaupun dia belum mempunyai kelulusan Calit Emas.

5.4 Kakak Setia boleh mengundang seorang Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang telah lulus Kelas Dua untuk menjadi Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas.

(10)

Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

5

6. KETUA BERENAM

6.1 Ketua Kumpulan Berenam dikenali sebagai Ketua Berenam. Ketua Berenam dipilih oleh ahli kumpulan sendiri.

6.2 Ketua Berenam membantu Kakak Setia dan Siti Setia serta ditugaskan untuk menjaga ahli kumpulannya.

7. PENOLONG KETUA BERENAM

7.1 Penolong Ketua Berenam dipilih oleh Ketua Berenamnya.

7.2 Tugas Penolong Ketua Berenam membantu Ketua Berenam dan mewakilinya apabila Ketua Berenam tidak hadir.

8. PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS

Pakaian seragam Pandu Puteri Tunas ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Merujuk kepada Girl Guides Act 1953, Revised 1991, pakaian seragam dan semua peralatan hanya boleh diperoleh dari bahagian Peralatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

8.1 Ahli Baharu dibenarkan memakai pakaian seragam dengan skaf perang tanpa Lencana Pelantikan.

8.2 Pakaian seragam lengkap dipakai oleh Ahli Baharu selepas dilantik.

8.3 Ahli Pasukan Pandu Puteri Tunas memakai lambang kumpulannya disebelah kiri atas kocek blausnya.

8.4 Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas memakai tiga (3) jalur putih di kocek kiri blausnya (Sila rujuk lampiran).

8.5 Ketua Berenam Pandu Puteri Tunas memakai dua (2) jalur putih di kocek kiri blausnya ( Sila rujuk lampiran).

(11)

Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

6

8.6 Penolong Ketua Berenam Pandu Puteri Tunas memakai satu (1) jalur putih di

tengah kocek kiri blausnya (Sila rujuk lampiran).

8.7 Ahli yang telah dilantik wajib memakai pakaian seragam lengkap pada :

8.7.1 Perjumpaan Pasukan

8.7.2 Majlis Istiadat Pandu Puteri Tunas

8.7.3 Majlis rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat Daerah, Cawangan dan Kebangsaan

8.7.4 Majlis rasmi anjuran pihak lain

8.8 Ahli wajib mendapat kebenaran Kakak Setia atau Siti Setia untuk memakai pakaian seragam lengkap apabila menghadiri acara selain daripada yang dinyatakan dalam para 8.7.4.

8.9 Sayap Pandu Puteri Tunas dipakai oleh Pandu Puteri Tunas dalam Upacara Terbang Naik.

9. PELANTIKAN PANDU PUTERI TUNAS

9.1 Seseorang Ahli Baharu mestilah lulus ujian Pra-Persetiaan sebelum dilantik.

9.2 Istiadat Pelantikan dirancang oleh Kakak Setia untuk semua Ahli Baharu sebaik sahaja mereka lulus ujian Pra-Persetiaan.

9.3 Pelantikan hanya boleh dijalankan oleh pemimpin berwaran.

9.4 Istiadat Pelantikan Pandu Puteri Tunas

Istiadat Pelantikan dijalankan dalam formasi Lingkungan Pandu Puteri Tunas. ( Sila rujuk risalah Istiadat Pandu Puteri Tunas).

(12)

Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

7

10. PERSETIAAN, UNDANG-UNDANG, COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS, ISYARAT, HORMAT, SENYUMAN, BERJABAT TANGAN, KHIDMAT

10.1 Persetiaan Pandu Puteri Tunas

Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan

Menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, Menolong orang setiap hari terutama mereka di rumah dan

Mematuhi undang-undang Pandu Puter Tunas.

10.2 Undang-Undang Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya. Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.

10.3 Cogan Kata Pandu Puteri Tunas : Tolong Orang Selalu (TOS)

10.4 Isyarat Pandu Puteri

Tiga jari kanan ditegakkan, ibu jari diletakan menindih jari kelingking yang dibengkokkan. Tangan diangkat ke paras bahu. Tiga jari melambangkan Persetiaan Pandu Puteri.

10.5 Hormat

Pandu Puteri Tunas memberi hormat dengan menunjukkan Isyarat Pandu Puteri pada paras bahu dalam keadaan sedia.

10.6 Senyuman

Senyuman merupakan satu tanda salam Pandu Puteri Tunas.

10.7 Berjabat Tangan

Pandu Puteri Tunas berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli Pandu Puteri yang lain. Pandu Puteri Tunas menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang bukan ahli.

10.8 Khidmat

Pandu Puteri Tunas membuat khidmat dengan cara menolong orang setiap hari sama ada di rumah atau di sekolah.

(13)

Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

8

LAMPIRAN

(14)

Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

9

SIANTAN

MELUR

KENANGA

TERATAI

(15)

Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

10

Lampiran 2

PAKAIAN RASMI PANDU PUTERI TUNAS

(16)

Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

Figur

Memperbarui...

Referensi

Memperbarui...

Related subjects :