• Tidak ada hasil yang ditemukan

5.1 Melalui Amalan Profesional, diharapkan pelajar akan dapat: - Garis Panduan Amalan Profesional PISMP latest version

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "5.1 Melalui Amalan Profesional, diharapkan pelajar akan dapat: - Garis Panduan Amalan Profesional PISMP latest version"

Copied!
129
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Garis Panduan Amalan Profesional Latihan Perguruan Praperkhidmatan digubal sebagai

panduan dalam melaksanakan Amalan Profesional bagi pelajar yang mengikuti Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Garis Panduan Amalan Profesional ini mengandungi

maklumat berkaitan dengan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum dan

Internship. Maklumat tentang struktur program, prosedur pelaksanaan, peranan dan

tanggungjawab semua pihak yang terlibat, panduan penggunaan borang dan kaedah penilaian

dinyatakan secara jelas . Dalam bahagian lampiran dimuatkan pelbagai borang bimbingan dan

penilaian serta dokumen lain yang berkaitan bagi membantu melaksanakan program ini dengan

berkesan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan oleh pelajar, pensyarah pembimbing, guru

pembimbing dan pengurus sekolah, bagi memahami dan menghayati peranan serta

tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan Amalan Profesional. Di samping itu, garis

panduan ini juga dapat membantu pembimbing dalam melaksanakan tugas bimbingan,

penyeliaan dan penilaian pelajar.

Selain itu, pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru (IPGM) khasnya Pasukan Pengurusan

Praktikum, pihak pengurusan sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri boleh menggunakan garis

panduan ini untuk membantu mereka melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran

yang berkaitan dengan Amalan Profesional. Tugas-tugas yang dimaksudkan ini meliputi urusan

pelantikan, penempatan (praktikum dan PBS), pemantauan dan kerja-kerja penyelarasan

Amalan Profesional.

(2)

DEFINISI ISTILAH

Pensyarah

Pembimbing

: Merujuk kepada pensyarah IPGM yang dilantik oleh

Pengarah untuk membimbing, menyelia dan menilai

prestasi pelajar semasa praktikum.

Guru Pembimbing

: Merujuk kepada guru sekolah yang berpengalaman

dalam mata pelajaran major/elektif dan dilantik oleh

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) sebagai pembimbing

kepada pelajar.

Pengurus Sekolah

: Merujuk kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan

Penyelia Petang.

Pelajar

: Merujuk kepada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan sepenuh masa yang sedang mengikuti

latihan praperkhidmatan yang dianjurkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Murid

: Merujuk kepada murid sekolah rendah tempat Amalan

Profesional dilaksanakan.

Institut Pendidikan

Guru Malaysia

: Merujuk kepada institut perguruan di bawah

Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengendalikan

program latihan perguruan.

Bilik Darjah

: Merujuk kepada tempat sesi pengajaran dan

pembelajaran dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel,

dan makmal.

Sekolah

: Merujuk kepada sekolah-sekolah rendah yang ditadbir

di bawah KPM.

Pemantauan

: Merujuk kepada proses mengesan pelaksanaan

Amalan Profesional oleh ahli JKIPIPGM.

Rentasan

: Merujuk kepada proses pengesahan kes gagal/

cemerlang dalam Amalan Profesional.

Cemerlang

: Merujuk kepada markah 90 peratus dan ke atas dalam

penilaian akhir praktikum.

Gagal

: Merujuk kepada markah kurang 40 peratus atau gagal

mematuhi prosedur-prosedur Amalan Profesional atau

melanggar Akta 174 / Akta Universiti Kolej Universiti

(AUKU).

JKIPIPGM

: Merujuk kepada Jawatankuasa Induk Praktikum Institut

Pendidikan Guru Malaysia.

JKPPIPGM

: Merujuk kepada Jawatankuasa Peperiksaan dan

(3)

BAHAGIAN 1

AMALAN PROFESIONAL

AMALAN PROFESIONAL

1.

PENDAHULUAN

Amalan Profesional adalah komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan

praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru serta Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan. Program ini sebagai landasan untuk pelajar mengaplikasikan ilmu

dan kemahiran yang diterima semasa pengajian di IPGM dalam pengajaran dan pembelajaran

sebenar di bilik darjah.

2. KONSEP

Amalan Profesional perlu dilihat sebagal satu kontinum dalam program latihan perguruan

praperkhidmatan di IPGM. Program ini terbahagi kepada tiga bahagian:

(4)

Jabatan Ilmu Pendidikan/Jabatan Pengkhususan/Jabatan Major)

(iii) Internship

Pembahagian ini dapat digambarkan seperti rajah berikut:

Amalan Profesional

PBS Praktikum

Internship

Rajah 1.1

:

Konsep Amalan Profesional

3. RASIONAL

Amalan Profesional menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan ilmu, kemahiran dan

teori dalam amalan pengajaran pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran

pembelajaran yang tersendiri. Hasil daripada pengalaman, proses refleksi dan penambahbaikan

secara berterusan, pelajar akan menggunakan kreativiti bagi menghasilkan iImu binaan

(

situational knowledge

) dan inovasi yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional

perguruan mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2. Melalui program latihan praktik

yang sistematik, berasaskan sekolah dan bersifat

developmental

, pelajar dapat membina,

menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional perguruan untuk menjadi guru permulaan yang

berkesan.

Semasa pelaksanaan amalan profesional, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada

penilaian. Proses ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian pintar antara IPGM dan

sekolah. Permuafakatan yang mantap dan berstruktur ini dapat membantu perkembangan

sistem latihan terutamanya dari segi peningkatan profesionalisme keguruan.

INSAN

GURU

ILMU PROFESIONAL PERGURUAN

R R

ILMU BINAAN

(

SITUATIONAL KNOWLEDGE

)

R R

TEORI TERSENDIRI

(

PERSONAL THEORIES

)

PENAMBAHBAIKAN

(5)

R R

R

PELAJAR TEORI

PRAKTIS

R = Refleksi

Rajah 1.2 : Proses Pembinaan Insan Guru dalam Amalan Profesional

4.

MATLAMAT

Amalan Profesional membolehkan pelajar menguasai dan mengamalkan segala konsep,

prinsip, teori, kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru yang profesional.

Amalan Profesional juga membantu meningkatkan perkembangan potensi pelajar supaya

mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.

Program ini juga adalah untuk melahirkan insan guru yang profesional, dan memiliki sahsiah

guru yang unggul dan bukan sebagai guru di bilik darjah semata-mata. Oleh yang demikian,

Amalan Profesional perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu serta melibatkan

usaha sama antara IPGM, JPN dan sekolah.

5.

OBJEKTIF

5.1 Melalui Amalan Profesional, diharapkan pelajar akan dapat:

(i)

memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan mengamal nilai

profesional perguruan;

(ii)

membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta dan kreativiti;

(iii)

meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;

(iv)

menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;

(v)

menyepadukan teori dengan amali dalam pengajaran pembelajaran;

(vi)

menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran;

(vii)

mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran,

seterusnya memperkembangkan potensi mereka sebagai guru;

(viii)

membuat refleksi, penilaian kendiri dan penambahbaikan dalam semua aspek

tugas guru; dan

(ix)

membina teori tersendiri (peribadi), ilmu binaan, dan seterusnya ilmu profesional

perguruan.

(6)

pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah;

(ii)

mengeratkan hubungan profesional antara IPGM dengan sekolah

melalui perbincangan dan perkongsian maklumat serta kepakaran dalam konteks

pengajaran pembelajaran dan;

(iii)

menilai prestasi pelajar semasa Amalan Profesional.

6.

PELAKSANAAN PROGRAM AMALAN PROFESIONAL

Program amalan profesional bagi latihan perguruan praperkhidmatan dilaksanakan seperti

dalam Jadual 1.1.

Program

Tempoh Pelaksanaan Program Amalan Profesional

Pengalaman Berasaskan Sekolah

Praktikum

Internship

PBS 1

PBS 2

PBS 3

PBS 4

Prak 1

Prak 2

Prak 3

Internship

Tempoh

minggu

1

minggu

1

minggu

1

minggu

1

minggu

4

minggu

8

minggu

12

minggu

4

Semester

1

2

3

4

5

6

7

8

Kredit

-

2

4

6

2

Jadual 1.1: Pelaksanaan Amalan Profesional

7. PENILAIAN AMALAN PROFESIONAL

Wajaran bagi penilaian amalan profesional pelajar adalah seperti dalam Jadual 1.2. Perincian

bagi setiap aktiviti PBS, praktikum dan internship dihuraikan dalam bahagian yang berkaitan.

Program

Wajaran Markah Amalan Profesional

Pengalaman Berasaskan Sekolah

Praktikum

Internship

PBS 1

PBS 2

PBS 3

PBS 4

Prak 1

Prak 2

Prak 3

Internship

PISMP

minggu

1

minggu

1

minggu

1

minggu

1

minggu

4

minggu

8

minggu

12

minggu

4

Wajaran

Wajaran untuk PBS dimasukkan dalam

tugasan mata pelajaran major/elektif

100 %

100 %

100 %

100 %

(7)

Prestasi pelajar dalam amalan profesional diputuskan mengikut gred yang

ditetapkan dalam Syarat dan Peraturan Sistem Peperiksaan dan Penilaian

Pendidikan Guru yang dikeluarkan oleh

Lembaga Peperiksaan Pendidikan

Guru (LPPG).

(i)

Penentuan

lulus

adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

-

Kehadiran 100% dalam amalan profesional

-

Mencapai tahap minimum dalam penilaian akhir setiap praktikum dan

internship

- Menunjukkan sikap positif terhadap profesion perguruan

(ii) Penentuan

gagal

adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

-

Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang disenaraikan

dalam kategori lulus.

-

Pelajar menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran

dan bimbingan yang diberikan.

-

Pelajar masih tidak menghiraukan amaran secara bertulis sebanyak

tiga kali.

-

Pelajar tidak menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebanyak

tiga kali sepanjang tempoh praktikum.

-

Melanggar mana-mana peraturan di bawah

Akta 174

dan disabitkan

kesalahan.

(8)

PENGALAMAN BERASASKAN

SEKOLAH (PBS)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1. KONSEP

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan

Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran

Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang

alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada

pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam

bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru

serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan

sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.

2.

OBJEKTIF

(9)

(i)

memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;

(ii)

menghayati kerjaya seorang guru;

(iii)

memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah;

(iv)

mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid;

(v)

memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran;

(vi)

membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah;

(vii)

mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran

pembelajaran dan budaya sekolah;

(viii)

membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan

analitikal;

(ix)

membina sikap positif terhadap profesion keguruan;

(x)

membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; dan

(xi)

mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi

refleksi selepas PBS dilaksanakan.

3.

STRATEGI PELAKSANAAN

(i)

Tempoh

Tempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam

Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Program

Semester

Tempoh

Penempatan

Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan

1

1 Minggu

Sekolah

Rendah

2

1 Minggu

Sekolah

Rendah

3

1 Minggu

Sekolah

Rendah

4

1 Minggu

Sekolah

(10)

(ii)

Penempatan

Pelajar ditempatkan di sekolah rendah tertentu dan diuruskan oleh Unit

Praktikum IPGM dengan kerjasama Penyelaras PISMP dan jabatan mata

pelajaran major/elektif masing-masing. Penempatan hendaklah mengambil kira

lokasi, saiz dan jenis sekolah yang berbeza-beza mengikut semester. Ini

bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat pengalaman dan pendedahan

yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum.

(iii)

Prosedur Pelaksanaan

a)

IPGM

akan memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri

(JPN) tentang Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

b)

IPGM akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan

pelajar dan pelaksanaan PBS.

c)

IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS

untuk pelajar.

d)

IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan

pelajar.

e)

Jabatan Ilmu Pendidikan, mata pelajaran major/elektif memberikan

panduan pelaksanaan aktiviti PBS kepada pelajar untuk disempurnakan

sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.

f)

Hasil aktiviti PBS akan dibincang bersama pensyarah yang berkenaan

semasa sesi interaksi kuliah dan sesi refleksi.

(rujuk Jadual 2.2).

Jadual 2.2:

Pengalaman Berasaskan Sekolah Mengikut Semester

Semester

Mata Pelajaran

1

Pengajian Profesional

2

Major

3

Elektif 1

(11)

(iv) Aktiviti Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah

a)

Pelajar dikehendaki memperoleh maklumat umum tentang sekolah di mana mereka

menjalani setiap PBS berdasarkan Lampiran 1-7A.

b)

Pelajar juga dikehendaki melaksanakan aktiviti PBS berdasarkan semua aspek yang

dtetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan dan jabatan mata pelajaran major/elektif

masing-masing berdasarkan semester yang ditetapkan..

c)

Jabatan Ilmu Pendidikan, jabatan mata pelajaran major dan jabatan mata pelajaran

elektif hendaklah merancang aktiviti PBS berdasarkan format dan tema aktiviti yang

dicadangkan di dalam Lampiran 1-7B

d) Tiada tugasan lain diberikan kepada pelajar selain aktiviti yang telah ditetapkan.

4.

KEHADIRAN

a)

Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib.

b)

Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan

doktor/pegawai perubatan.

c)

Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat

kebenaran daripada Pengarah/Timbalan Pengarah IPGM.

d)

Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang

ditetapkan.

5.

STATUS PELAKSANAAN PBS

Pelajar yang telah menjalani PBS perlu memenuhi keperluan berikut:

a)

Kehadiran pelajar dalam PBS (Lampiran 1-8)

b)

Menyempurnakan aktiviti PBS (Lampiran 1-7)

c)

Melengkapkan Portfolio individu (Lampiran 1-2 dan 1-3)

d)

Laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-8 dan dan 1-9)

6.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

(i)

Pelajar:

(12)

c)

Melaksanakan aktiviti PBS;

d)

Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS;

e)

Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan IPGM dan peraturan

sekolah;

f)

Membuat pemerhatian terhadap iklim pembelajaran di bilik darjah, persekitaran

dan kelengkapan sekolah;

g)

Berbincang dengan pihak sekolah tentang aktiviti yang dilaksanakan di sekolah;

h)

Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta pengurusan

kelas sebagai bahan refleksi;

i)

Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan

dalam portfolio individu;

j)

Mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya dan pensyarah tentang

pengalaman yang diperoleh semasa menjalani PBS;

k)

Menyerahkan hasil aktiviti PBS kepada pensyarah mata pelajaran Ilmu

Pendidikan, major/elektif masing-masing pada masa yang ditetapkan untuk

perbincangan bersesuaian dengan objektif PBS;

(ii)

Sekolah

a)

Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi,

pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah

b)

Bekerjasama dengan pihak IPGM dalam menjayakan PBS

c)

Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran

sekolah/pengajaran/aktiviti guru

d)

Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi

melaksanakan aktiviti PBS

e)

Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah

f)

Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan

mengesahkan Borang Kehadiran PBS

(13)

h)

Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajar

i)

Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan PBS

dilaksanakan dengan sempurna

j)

Membantu pelajar meningkatkan perasaan cinta terhadap alam persekolahan

dan profesion keguruan.

(iii)

IPGM (Unit Praktikum, Penyelaras PISMP dan Jabatan Ilmu

Pendidikan/Major/Elektif)

a)

Memahami, menghayati dan melaksanakan PBS mengikut Garis Panduan

Pelaksanaan PBS

b)

Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan pelajar

untuk PBS

c)

Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS ke sekolah-sekolah yang

terlibat.

d)

Memastikan aktiviti PBS disediakan pada masa yang ditetapkan dan masa yang

mencukupi diberikan kepada pelajar

e)

Memberikan taklimat kepada pelajar berhubung dengan konsep, objektif dan

aktiviti dalam pelaksanaan PBS

f)

Mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kes-kes yang memerlukan tindakan

g)

Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan

h)

Memastikan pelajar melaksanakan aktiviti PBS dan menyerahkan hasil aktiviti

kepada pensyarah mata pelajaran yang berkenaan

i)

Mengadakan sesi refleksi selepas PBS tamat (Jabatan yang terlibat)

j)

Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPGM dengan sekolah

k)

Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar kepada pihak IPGM

(14)
(15)

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 1-1

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

1. Pengenalan

Pernyataan profesional/kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/aktiviti yang

ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu

perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti tersebut bagi mencapai

objektif yang diharapkan. Setiap fokus aktiviti hendaklah dapat diukur dan dinilai

sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

(16)

2.2 Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan

dengan sistematik

2.3 Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti

yang difokuskan

2.4 Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan/

penambahbaikan

3. Pernyataan Profesional

3.1 Sebelum PBS

Kenal pasti fokus utama aktiviti

Tujuan aktiviti

Merancang strategi pelaksanaan

Instrumen penilaian kendiri

3.2 Semasa PBS

Melaksanakan aktiviti/strategi yang dirancang

Mengumpul data

Merekod

3.3 Selepas PBS (refleksi)

Menganalisis data

Menilai

Melapor

4. Penilaian Kendiri Terhadap Pernyataan Profesional

Pencapaian objektif

Cadangan tindakan susulan/penambahbaikan

LAMPIRAN 1-2

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN PENYEDIAAN PORTFOLIO

1. Pengertian Portfolio

1.1 Portfolio atau profil profesional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambaran

tentang seorang profesional dari segi:

1.1.1 Pengetahuan

1.1.2 Kemahiran

1.1.3 Pengalaman

1.1.4 Kelayakan

1.1.5 Matlamat dan pencapaian

(17)

2. Tujuan Portfolio

2.1 Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman dalam PBS

2.2 Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan mentor untuk menilai

2.3 Perkembangan profesionalisme pelajar.

2.4 Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat pengetahuan dan

pengalaman baru.

2.5 Membudayakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen secara sistematik dan

profesional.

3. Ciri-Ciri Portfolio

3.1 Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan pelajar telah terlibat dengan refleksi kendiri.

3.2 Hasil yang dibuat sendiri oleh pelajar – menghargai usaha dan diri sendiri.

3.3 Mempunyai maklumat yang berbeza dan mesti dikemaskinikan pada setiap masa.

3.4 Mengandungi maklumat yang menggambarkan proses pelaksanaan, perkembangan dan

penilaian dalam melaksanakan setiap tugasan.

4. Tanggungjawab Pelajar Dalam Penyediaan Portfolio

4.1 Menyediakan portfolio yang bermakna dan kemas kini berdasarkan senarai semak.

4.2 Menyerahkan portfolio kepada pensyarah untuk disemak selepas PBS.

LAMPIRAN 1-3

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SENARAI SEMAK PENYEDIAAN PORTFOLIO

Bil

Tajuk

Item

Tandakan

1

Biodata (ditulis dalam

helaian berasingan)

1.1) Nama

1.2) No. Kad Pengenalan

1.3) Major dan Ambilan

1.4) Tarikh PBS

1.5) Gambar

(18)

3

Instrumen Pengumpulan

Data Berhubung

Tugasan (yang mana

sesuai mengikut

keperluan)

3.1) Pemerhatian

3.2) Senarai semak

3.3) Temu bual

3.4) Soal selidik

4

Kolaborasi (Lampiran

1-4)

4.1) Perbincangan dengan pengurusan sekolah

4.2) Perbincangan dengan mentor

4.3) Perbincangan dengan guru-guru lain

4.4) Perbincangan dengan kakitangan sekolah

4.5) Interaksi dengan murid

5

Ilmu/Pengetahuan Baru

Melalui

5.1) Pemerhatian

5.2) Senarai Semak

5.3) Temu bual

6

Refleksi (Lampiran 1-6)

6.1) Aktiviti

6.2) Perbincangan/Interaksi

7

Laporan Akhir

(19)

LAMPIRAN 1-4

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

REKOD KOLABORASI/INTERAKSI/PERBINCANGAN

Tarikh

: ________________________

Masa : ___________________________

Nama Guru Yang Ditemui: ______________________________________________________

Tajuk/Perkara : ______________________________________________________________

Isi Perbincangan

Cadangan Tindakan

(20)

LAMPIRAN 1-5

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENULISAN REFLEKSI

1. Definisi Refleksi

Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk

membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)

Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia

memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat

andaian sebab musabab berasaskan fakta – pemerhatian, temu bual dan soal selidik.

Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi

pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini

membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara

efektif.

2. Tujuan Refleksi

Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.

Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan

kualiti setiap tugasan secara berterusan.

Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi

dalam setiap tugas yang dijalankan.

Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan

3. Ciri-ciri Refleksi

Bermula dengan mengingat kembali

Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu

Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)

Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam PBS

Refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan PBS oleh pelajar sendiri

untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana

ialah:

4.1 Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti

membincangkan:

Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai?

Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?

Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti

tersebut ?

Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah

baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut ?

(21)

LAMPIRAN 1-6

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

AMALAN REFLEKSI

(

Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar

)

1. Isu/Perkara yang difokuskan:

2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan:

2.2 Kelemahan:

(22)

(S

ila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda

)

LAMPIRAN 1-7A

MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

1.

ARAHAN:

Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut:

Bil

Perkara

Catatan/data

1

Nama dan Alamat Sekolah

2

No. Telefon Sekolah

3

Alamat e-mail/Web Sekolah

4

Lokasi (Bandar/Luar Bandar)

5

Nama Guru Besar

6

Nama GPK 1

7

Nama GPK HEM

8

Nama GPK Kokurikulum

9

Nama Penyelia Petang

10

Gred Sekolah

11

Bilangan Guru

Lelaki:

Perempuan:

12

Kelayakan Profesional Guru

Siswazah:

Bukan Siswazah:

13

Bilangan Kelas

14

Purata Saiz Kelas

15

Jumlah Murid

Melayu

Cina

India

Lain-

lain

Lelaki

Perempuan

(23)

2. Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah (Gunakan helaian tambahan jika perlu)

2.1 Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor melaksanakan

pengajaran pembelajaran.

2.2 Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di

bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.

2.3 Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh

murid?

2.4 Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan

ICT ?

2.5 Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti

pembelajaran?

(24)

Lampiran 1-7B

FORMAT AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1

Tajuk aktiviti – berdasarkan topik di dalam kurikulum kursus yang ditawarkan

pada setiap semester

2

Menyatakan objektif aktiviti yang hendak dicapai dengan jelas

3

Kandungan aktiviti yang dicadangkan

3.1

Aktiviti yang diberikan mestilah melibatkan tugasan harian yang perlu

dijalankan semasa PBS

3.2 Fokus aktiviti ialah :

berkaitan sukatan pelajaran

ada unsur pemerhatian terhadap P & P

melibatkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah

mengenai persekitaran sekolah (termasuk iklim dan budaya

sekolah)

meliputi sumber pengajaran dan pembelajaran

meliputi strategi pengajaran dan pembelajaran/kemahiran

mengajar

4. Format Penulisan Laporan Aktiviti PBS

4.1 Format penulisan aktiviti PBS adalah seperti berikut : (cth)

-

Font Arial

-

Saiz huruf ialah 12

-

Langkau satu setengah baris

-

Rujukan mengikut format A.P.A.

-

Lampiran

4.2 Panjang penulisan aktiviti antara 500 hingga 1000 patah perkataan

(3 hingga 5 muka surat)

4.3 Tarikh penyerahan penulisan aktiviti (2 minggu selepas tamat tempoh PBS)

5. Refleksi selepas PBS dikendalikan oleh Jabatan yang terlibat

(25)

LAMPIRAN1-8

INSTITUT PERGURUAN _________________________

BORANG KEHADIRAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Sekolah

: _________________________________________________________

Alamat Sekolah

: _________________________________________________________

Tarikh PBS

: ______________________ hingga ____________________________

Bil

Nama Pelajar

No. KP

Major

Tarikh

1

2

3

4

5

6

Catatan:

* Ketua kumpulan diminta menghantar borang kehadiran ini kepada Ketua

Unit Praktikum IPGM selepas tamat Pengalaman Berasaskan Sekolah

* Ketidakhadiran mesti disertakan dengan sijil/kenyataan cuti sakit atau surat kebenaran Pengarah/

Timbalan Pengarah IPGM

Tandatangan Ketua Kumpulan

: _____________________

Nama : _____________________________________________

Tarikh : __________________________

(26)
(27)

LAMPIRAN1-9

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR

(Diisikan oleh Pengurus Sekolah)

Nama Pelajar : _______________________________ No. K.P. : _________________

Major : _____________________________________Ambilan

: _________________

Tandakan

()

Aspek

Le

m

ah

S

ed

er

ha

na

B

aik

Ulasan

Sahsiah dan

Perwatakan

a) Penampilan diri

b) Pekerti

c) Keprihatinan

d) Sifat/Peribadi sebagai

pendidik

Komunikasi

Berkesan:

a) Berinteraksi secara

beretika

b) Keupayaan memerhati,

berbincang dan

membuat refleksi

c) Berupaya

menyampaikan idea

secara berkesan

Budaya

Profesional

Guru:

a) Berupaya membina

hubungan positif

dengan warga sekolah

b) Sentiasa berusaha untuk

mendapatkan ilmu,

bimbingan dari mentor

dan guru-guru lain

c) Komited terhadap

tugasan yang diberikan

oleh IPGM

(28)

BAHAGIAN 3

PRAKTIKUM

(29)

1. KONSEP

Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program

pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan

pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik

darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses

pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru

pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi-agensi KPM.

2. OBJEKTIF

Melalui program praktikum ini, pelajar dapat:

a) menyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran

b) mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran

c) mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai

d) merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara

berpasangan dan individu

e) mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran

f) memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan

nilai-nilai profesionalisme kerguruan;

g) memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio

dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri

h) mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses

pengajaran pembelajaran

i) menguasai kemahiran fasilitator dan

j) menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

3. PROSEDUR PELAKSANAAN

(i)

Syarat

Pelajar dikehendaki menyempurnakan Pengalaman Berasaskan Sekolah

(PBS) mengikut struktur kursus yang telah ditetapkan bagi setiap semester.

(Rujuk Jadual 3.1)

(ii)

Penempatan

a) Penempatan pelajar dibuat secara permuafakatan antara IPGM dan

sekolah dengan persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

b) Pelajar ditempatkan di sekolah rendah.

(30)

Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti ditetapkan dalam struktur

kursus. (Rujuk Jadual 3.1)

(iv)

Bilangan Waktu Mengajar

a) Minimum 8 waktu mengajar seminggu

b)

Maksimum 12 waktu mengajar seminggu

c)

Pelajar major prasekolah dikehendaki mengajar 2 hari pengajaran

sepenuhnya dalam seminggu.

d)

Pelajar wajib mengajar mata pelajaran major dan satu daripada mata

pelajaran elektif.

e)

Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali

semasa Praktikum 1.

f)

Pelajar major prasekolah perlu mengajar secara berpasangan bagi satu

hari pengajaran penuh sekurang-kurangnya sekali seminggu sepanjang

tempoh praktikum.

(v)

Bilangan Penyeliaan

a) Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal.

b) Bimbingan berterusan perlu diamalkan sepanjang praktikum.

c) Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.

d) Penyeliaan bersama antara pensyarah pembimbing dan guru

pembimbing perlu dijalankan dua minggu sebelum tamat praktikum.

e) Jadual 3.1 ialah panduan agihan penyeliaan praktikum untuk pensyarah

pembimbing dan guru pembimbing. Penyeliaan perlulah melibatkan

pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

Praktikum

Pelajaran

Mata

penyeliaan

Pra

IPGM

Sekolah

Penyeliaan

Bersama

Jumlah

Praktikum 1

(4 minggu)

Major

1

1

2

1

5

Praktikum 2

(8 minggu)

Major

1

3

4

1

9

Elektif 1

2

2

1

5

Praktikum 3

(12 minggu)

Major

1

3

4

1

9

Elektif 2

2

2

1

5

Jadual 3.1 : Agihan Penyeliaan

(31)

(i)

Pelajar

a)

Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum

b)

Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum

c)

Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk

mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab

masing-masing semasa praktikum

d)

Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan

staf sokongan di sekolah

e)

Menyerahkan jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat–

maklumat lain kepada pensyarah major dan elektif sebelum prapenyeliaan

f)

Mematuhi dan mengamalkan etika profesion perguruan, peraturan IPGM dan

peraturan sekolah

g)

Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah di sepanjang

tempoh praktikum

h)

Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap hari persekolahan

i)

Melengkapkan dan menghantarkan borang kehadiran praktikum ke Unit

Praktikum pada minggu pertama setiap bulan

j)

Mendapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

k)

Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaan

mengajar

l)

Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap mengikut

format sebelum melaksanakan pengajaran

m) Mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing semasa merancang

pengajaran

n)

Melaksanakan pengajaran secara berpasangan pada setiap minggu dengan

mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran (

Rujuk Lampiran

2-2

)

o)

Mengamalkan penulisan jurnal reflektif berdasarkan isu atau masalah yang

kritikal semasa praktikum. Penulisan jurnal dibuat berdasarkan tempoh

masa yang diambil bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang

difokuskan

(Rujuk Lampiran 2-3 dan 2-3A)

p)

Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu

komponen kokurikulum

(Rujuk Lampiran 2-4)

(32)

r)

Mengisi Borang Refleksi Praktikum dalam minggu pertama pelajar kembali ke

IPGM selepas tamat praktikum

.

(ii)

Pensyarah Pembimbing

(a)

Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah pembimbing daripada

Pengarah IPGM

(b)

Menghadiri taklimat praktikum yang dikendalikan oleh Unit Praktikum

(c)

Berbincang dengan pelajar tentang urusan bimbingan dan penyeliaan

praktikum

(d)

Merancang jadual bimbingan dan penyeliaan praktikum

(e)

Mengadakan perbincangan dengan pengurus sekolah dan guru pembimbing

secara berterusan untuk menjalinkan hubungan profesional

(f)

Melaporkan kemajuan dan kes-kes disiplin pelajar dari semasa ke semasa

kepada Unit Praktikum

(g)

Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran,

penulisan jurnal reflektif dan pembinaan portfolio praktikum dengan

menggunakan senarai semak yang ditetapkan

(Rujuk Lampiran 2-3 dan

2-3A)

(h)

Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini

(i)

Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pelajar sepanjang tempoh

praktikum

(j)

Memaklumkan dengan segera secara bertulis kes-kes khas yang

memerlukan perhatian dan tindakan Unit Praktikum dengan menggunakan

borang yang ditetapkan

(k)

Menyemak dan mengesahkan buku persediaan mengajar pelajar

(l)

Memberi bimbingan berasaskan prinsip-prinsip pencerapan klinikal

(Rujuk

(Lampiran 2-5)

(m)

Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadual

penyeliaan yang telah dicadangkan

(n)

Membimbing pelajar-pelajar dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian

kokurikulum

(Rujuk Lampiran 2-4)

(o)

Bekerjasama dengan guru pembimbing dalam semua aspek pelaksanaan

praktikum

(p)

Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang

cemerlang

(33)

(r)

Pensyarah major dan elektif wajib membuat rumusan prestasi praktikum

setiap pelajar bersama-sama guru pembimbing major atau elektif dengan

menggunakan Borang Penilaian Praktikum (PR2)

(s)

Menyerahkan Borang Penilaian Praktikum (PR2) yang lengkap dan kemas

kini kepada Ketua Unit Praktikum.

(iii)

Guru Pembimbing

(a)

Menghadiri taklimat praktikum dan kursus yang dijalankan oleh IPGM

(b)

Memahami, menghayati dan melaksanakan peranan sebagai guru

pembimbing

(Rujuk Lampiran 2-1)

(c)

Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar dalam aspek pengajaran

dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah :

-

jadual waktu

-

sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru

-

rancangan semester dan persediaan mengajar harian

-

sumber pengajaran dan pembelajaran

-

proses pengajaran dan pembelajaran

-

pengajaran berpasangan

-

amalan pemulihan dan pengayaan di dalam pengajaran dan

pembelajaran

-

teknik penyoalan

-

pentaksiran dan penilaian murid

-

pengurusan bilik darjah

-

penilaian kendiri (refleksi) dan penulisan jurnal reflektif

-

pengelolaan (perancangan, pelaksanaan dan penilaian kokurikulum)

-

hal-hal lain yang berkaitan

(d)

Memberi peluang kepada pelajar memerhati pengajaran

(e)

Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku persediaan

mengajar pelajar

(f)

Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran,

penulisan jurnal reflektif dan pembinaan portfolio praktikum dengan

menggunakan senarai semak yang ditetapkan

(Rujuk Lampiran 2-3 dan

2-3A)

(g)

Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang

cemerlang

(h)

Menyelia pengajaran pelajar berdasarkan prinsip pencerapan klinikal dengan

menggunakan borang bimbingan (PR1)

(i)

Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini

(34)

(k)

Memantau kehadiran pelajar sepanjang tempoh praktikum

(l)

Membuat laporan bertulis tentang kes-kes khas (cemerlang, gagal, masalah

disiplin) pelajar kepada pihak IPGM dengan segera

(m)

Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama pensyarah

pembimbing dengan menggunakan Borang Penilaian Praktikum (PR2)

(iv)

Pengurus Sekolah

(a)

Menghadiri taklimat pengurusan praktikum yang dijalankan oleh pihak IPGM

(b)

Menubuhkan Jawatankuasa Praktikum di peringkat sekolah

(c)

Mencalonkan guru pembimbing dalam kalangan guru terlatih yang

berpengalaman dan sanggup membimbing pelajar sepanjang tempoh

praktikum

(d)

Memberi taklimat kepada pelajar tentang:

-

sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan

budaya sekolah

-

tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan,

guru disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru darjah, guru mata

pelajaran, guru tugas khas dan tugas staf sokongan

-

latar belakang murid dan masyarakat setempat

-

tugas dan tanggungjawab pelajar di sekolah

-

pengelolaan gerak kerja kokurikulum

-

maklumat-maklumat lain yang berkaitan

(e)

Memberi jadual waktu dan takwim sekolah kepada pelajar

(f)

Mengawasi disiplin pelajar dan mengesahkan kehadiran mereka.

(g)

Memberitahu secara bertulis kepada pihak IPGM tentang pelajar yang:

-

menunjukkan prestasi cemerlang

-

tidak menjalankan tugas dengan memuaskan

-

tidak hadir tanpa sebab.

-

terlibat dengan kes-kes disiplin

-

menghadapi masalah kesihatan dan kemalangan

(h)

Menyemak dan mengesahkan rancangan pengajaran pelajar

(i)

Mengesahkan kehadiran pelajar dengan menandatangani Borang Kehadiran

Praktikum

(j)

Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara

berterusan kepada pelajar, berdasarkan jadual kerja penyeliaan yang

disediakan

(k)

Mengambil tahu hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar

(35)

(m)

Memastikan pelajar dilibatkan sebagai pembantu guru dalam salah satu

komponen kokurikulum sama ada kelab/persatuan, unit beruniform atau

sukan/permainan

(v)

Pasukan Pengurusan Praktikum

(a)

Melaksanakan dasar praktikum yang diputuskan oleh BPG KPM

(b)

Merancang dan menyediakan Jadual Kerja Pelaksanaan Praktikum

(c)

Menguruskan surat pelantikan guru pembimbing dengan pihak JPN

(d)

Merancang dan menguruskan penempatan pelajar dan pensyarah

pembimbing

(e)

Merancang dan menguruskan taklimat pengurusan praktikum kepada pelajar,

pensyarah pembimbing dan pihak sekolah

(f)

Merancang dan menguruskan kursus pementoran untuk pensyarah

pembimbing dan guru pembimbing

(g)

Memastikan kelancaran pelaksanaan program praktikum

(h)

Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen dan rekod praktikum

(i)

Melaksanakan sesi refleksi praktikum dalam minggu pertama pelajar kembali

ke IPGM

(j)

Membuat analisis dan rumusan refleksi praktikum

(k)

Menguruskan dan membentangkan keputusan praktikum untuk disahkan oleh

JKIAPIPGM sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan

(l)

Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes amalan profesional untuk

dibawa ke JKIAPIPGM

(m)

Menyediakan laporan tahunan praktikum untuk kegunaan IPGM

(n)

Membantu Unit Kewangan IPGM menguruskan borang tuntutan elaun guru

pembimbing dan pelajar

(o)

Menyediakan Laporan Pelaksanaan Praktikum Pelajar dan

menghantarkannya kepada

BPG

(vi)

Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan Guru Malaysia

(JKIAPIPGM)

(a)

Menentukan dasar amalan profesional dilaksanakan

(36)

(c)

Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan tempoh

amalan profesional, gagal dan disiplin serta mengambil tindakan sewajarnya

(d)

Mengesahkan kehadiran dan keputusan amalan profesional

5.

KEHADIRAN PRAKTIKUM

(a)

Pelajar diwajibkan hadir 100% semasa praktikum.

(b)

Perkara-perkara yang membolehkan pelajar tidak hadir praktikum hanya

dengan kebenaran

Pengarah IPGM tetapi tidak melebihi 30% daripada

jumlah hari praktikum ialah :

Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan

Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah

Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian

Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan

Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh Pengarah IPGM

(c)

Tindakan bagi kehadiran yang kurang daripada 100% “

dengan kebenaran

adalah seperti ditunjukkan dalam

Jadual 3.2.

Kehadiran Praktikum

Tindakan

90% ke atas

JKIAPIPGM akan menentukan sama ada pelajar perlu

melengkapkan kehadiran praktikum atau tidak.

70% - 89.9%

Pelajar wajib melengkapkan kehadiran praktikum.

Kurang daripada 70%

Pelajar wajib mengulang keseluruhan praktikum.

Jadual 3.2:

Tindakan Bagi Kes Kehadiran Praktikum Kurang Daripada 100%

(d)

Kehadiran praktikum yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa

kebenaran, kesnya akan dirujuk kepada pihak berkuasa tatatertib IPGM untuk

diambil tindakan.

6.

PENANGGUHAN PRAKTIKUM

(a)

Penangguhan praktikum tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh

Pengarah Pendidikan Guru. Permohonan penangguhan hendaklah dibuat

kepada Pengarah IPGM.

(b)

Penangguhan praktikum tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat

tempoh pengajian atau tertakluk kepada keputusan

Senat IPGM Induk

.

(c)

Penangguhan praktikum tidak menghalang seseorang pelajar untuk

(37)

(d)

Praktikum yang tertangguh perlu disempurnakan sebelum pelajar menjalani

internship.

(e)

Pelajar mesti melaporkan diri ke institut asal mereka selepas tamat tempoh

penangguhan yang dipohon untuk meneruskan praktikum.

(f)

Pelajar tidak dibenarkan bertukar pusat latihan dan diletakkan di bawah

bimbingan dan penyeliaan IPGM asal masing-masing kecuali mendapat

kelulusan Pengarah Pendidikan Guru.

7.

KES GAGAL PRAKTIKUM

(a)

Pelajar yang gagal praktikum perlu disahkan oleh Jawatankuasa Induk

Amalan Profesional Institut Pendidikan Guru Malaysia (JKIAPIPGM).

(b)

Pelajar yang gagal praktikum diberi peluang mengulang sekali sahaja bagi

setiap peringkat praktikum.

8.

SYARAT TAKSIRAN PRESTASI PELAJAR DALAM PRAKTIKUM

(a)

Asas taksiran untuk menetapkan prestasi pelajar adalah berdasarkan kepada

bimbingan dan penilaian formatif dan sumatif.

(b)

Penilaian formatif dibuat secara berterusan oleh guru pembimbing dan

pensyarah pembimbing dengan menggunakan borang bimbingan (PR1).

(c)

Pensyarah pembimbing dan guru pembimbing akan membuat rumusan

prestasi pelajar dengan menggunakan Borang Penilaian Praktikum (PR2).

(d)

Penilaian Praktikum pelajar dalam praktikum dibuat berasaskan kepada

komponen-komponen yang dinyatakan dalam Jadual 3.3.

Komponen Penilaian

Rujukan

Wajaran

1. Kemahiran Interpersonal

dan Intrapersonal

Portfolio dan perbincangan

dengan pihak sekolah

10%

2. Pengetahuan tentang

Mata Pelajaran

Portfolio

10%

3. Pengajaran dan

Pembelajaran

Portfolio

30%

4. Komunikasi

Porfolio

10%

5. Pengurusan Bilik Darjah

Portfolio

10%

6. Penilaian

Porfolio dan buku kerja murid

10%

7. Kokurikulum

Portfolio

10%

8. Peranan-peranan Lain

Portfolio dan hasil kerja pelajar

10%

Jumlah

100%

Jadual 3.3: Komponen Penilaian Praktikum

9. WAJARAN PENILAIAN PRAKTIKUM

(38)

major, elektif 1 dan elektif 2. Setiap mata pelajaran mempunyai wajaran yang

berbeza.

9.2

Wajaran markah bagi setiap peringkat praktikum adalah 100%. (Rujuk Jadual

3.4)

Praktikum

Tempoh

(minggu)

Bidang

Wajaran

Wajaran Dalam

Amalan

Profesional

Praktikum 1

4

Major

100%

100%

Praktikum 2

8

Major

70%

100%

Elektif 1

30%

Praktikum 3

12

Major

70%

100%

Elektif 2

30%

(39)

LAMPIRAN 2

(40)

GURU PEMBIMBING SEBAGAI MENTOR

1.

Pendahuluan

Pementoran ialah satu program sokongan untuk peningkatan profesional guru-guru.

Pendedahan melalui program ini membolehkan guru mengukur kemampuan refleksi

secara praktik. Ini akan menjadikan mereka lebih prihatin terhadap keperluan

penilaian kendiri ke atas kemahiran dan sikap yang ada pada diri masing-masing.

Pendekatan ini akan dapat membantu peningkatan dalam proses pencerapan klinikal

dan penilaian kendiri di kalangan guru pembimbing dan pelajar. Oleh itu, guru

pembimbing merupakan kumpulan sokongan yang perlu membimbing pelajar

menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman masing-masing secara bersama.

2.

Objektif

2.1

Membentuk asas pementoran untuk memberi sokongan semasa amalan

profesional.

2.2

Membentuk permuafakatan dan perkongsian pintar antara sekolah dan

institut perguruan.

3.

Tanggungjawab Mentor

3.1

Rancangan Pembinaan Individu (

Individual Development Plan

)

Kaunseling dan bimbingan yang spesifik diperlukan daripada guru

pembimbing bagi tujuan pembinaan pengalaman dan mengukuhkan

kecekapan pelajar.

3.2

Mentoring dan Maklum Balas

Guru pembimbing mesti berperanan secara aktif dalam memantau kemajuan

dan prestasi pelajar (mentee). Sesi maklum balas dan refleksi yang lebih

konsiten perlu diadakan bagi merenung dan mengkaji semula Rancangan

Pembinaan Individu. Pemerhatian klinikal hendaklah sentiasa dijalankan dan

penilaian formatif diambil kira dalam setiap perbincangan.

3.3

Penasihat Strategi Kerjaya

Guru pembimbing memberi bimbingan secara umum yang berkaitan dengan

peluang-peluang yang ada dalam organisasi dan latar belakang kerjaya serta

syarat yang diperlukan untuk meningkatkan potensi dan prestasi seseorang

pelajar. Guru pembimbing dengan pengalaman yang luas tentang sejarah

dan budaya persekitaran sekolah merupakan individu yang paling layak untuk

membantu pelajar belajar mengenai kehidupan di sekolah dan dalam blilik

darjah.

3.4

Pembimbing dalam Bilik Darjah

(41)

ke arah perubahan, pertumbuhaan dan perkembangan sebagai seorang

guru.

3.5

Sponsoring dan Pengantaraan

Guru pembimbing merupakan penyedia hala tuju dan membantu menyusun

tugasan membina secara berterusan dan mempromosikan tanggungjawab.

Sebarang perhubungan yang saling menyokong memerlukan perhatian yang

aktif oleh kedua pihak. Pelajar perlu mendapatkan bimbingan, nasihat,

bersikap terbuka kepada sebarang pandangan dan cadangan guru

pembimbing di samping sentiasa bersedia berkongsi masalah dan maklumat

secara profesional.

4.

Prinsip Bimbingan

4.1

Mendengar lebih daripada bercakap.

4.2

Mencelah hanya apabila perlu.

4.3

Kolaboratif (membangkitkan isu dan mengembangkan daya penyelesaian

masalah)

4.4

Komitmen kepada perkembangan berterusan.

4.5

Belajar mengajar menerusi inkuiri penemuan dan refleksi.

4.6

Menggunakan pengalaman mengajar pelajar.

4.7

Bersifat menyokong dan bukan menyerah.

4.8

Kesedaran dan amalan nilai-nilai asas (amanah, kasih sayang, kerajinan dll).

(42)

PENGAJARAN BERPASANGAN

1.

Konsep

Satu strategi yang melibatkan dua orang pelajar bekerjasama merancang

pengajaran dan pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi

maklum balas tentang persediaan dan penyampaian pelajaran semasa amalan

profesional.

2.

Objektif

Melalui pengajaran berpasangan pelajar dapat:

2.1.

mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar secara formal berasaskan

ungkapan “

two heads are better than one

”.

2.2.

berfikir dan berbincang mengenai teknik pengajaran dan pembelajaran,

cara-cara meningkatkan pembelajaran murid dan perkara-perkara lain yang

berkaitan dengan tugas mereka.

2.3.

berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran mengajar.

2.4.

mengkaji kelemahan pengajaran dan pembelajaran mereka dan berikhtiar

mencari jalan untuk mengatasinya.

2.5.

memerhati pengajaran orang lain dan membina kemahiran memerhati serta

menilai.

2.6.

meningkatkan kreativiti.

3.

Garis Panduan

3.1.

Pengajaran berpasangan mengandungi ciri-ciri berikut:

3.1.1. Peringkat-peringkat perkembangan kemahiran:

a)

Pengurusan bilik darjah dan merancang persediaan mengajar.

b)

Kemahiran mengajar

c)

Menganalisis dan mengkaji semula kemahiran mengajar serta

mencuba pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang

berlainan

3.1.2. Proses pembelajaran berlaku melalui:

a)

perbincangan

(43)

3.1.3. Jenis-jenis interaksi:

a)

“Tandem”: proses dalam aktiviti pengajaran berpasangan iaitu

dua orang pelajar bersama-sama merancang dan mengajar

sesuatu pelajaran.

b)

“Berpasukan” : proses interaksi dalam aktiviti pengajaran

berpasangan iaitu dua orang pelajar bersama-sama

merancang pengajaran tetapi mengajar berasingan.

c)

“Individu” : proses interaksi dalam aktiviti pengajaran

berpasangan iaitu dua orang pelajar berbincang bersama

tetapi menyediakan pelajaran dan mengajar berasingan.

3.2.

Pengajaran berpasangan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali

pada setiap peringkat praktikum.

3.3.

Pelaksanaan pengajaran berpasangan adalah tertakluk kepada pertimbangan

pihak Unit Praktikum.

3.4.

Penyeliaan pengajaran berpasangan tidak diberikan gred.

4.

Perkara-perkara Yang Diberi Perhatian Dalam Pengajaran Berpasangan

4.1.

Pensyarah perlu menyedarkan pelajar bahawa percanggahan idea perlu

diatasi secara profesional.

4.2.

Pelajar dikehendaki menetapkan masa dan kelas di mana pengajaran

berpasangan akan dijalankan.

4.3.

Guru pembimbing/pensyarah pembimbing memastikan pengajaran

berpasangan dijalankan.

(44)

CONTOH

LAMPIRAN 2-2A

REKOD PENGAJARAN BERPASANGAN

Nama Pelajar

Kursus dan Ambilan

Nama Pelajar

Nama Pasangan Praktikum

Nama Guru Pembimbing

:………...

:………...

:………...

:………...

:………...

Mgu

dan Hari

Tarikh

Masa

& Kelas (Tahun)

Mata Pelajaran

Tandatangan

Pasangan

(Guru Pembimbing)

Catatan

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

(45)

LAMPIRAN 2-3

PENULISAN JURNAL

1.

Konsep

Satu bentuk penulisan ilmiah yang berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah,

pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan oleh pelajar sendiri berkaitan

dengan pengalaman semasa menjalani praktikum di sekolah atau semasa

melaksanakan sesuatu tugas. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung, menilai

dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan bagi

menyelesaikan sesuatu masalah/meningkatkan lagi keberkesanan mengikut jangka

masa yang ditetapkan sendiri.

2.

Objektif

Pelajar dapat:

2.1

menyimpan catatan reflektif penglibatannya di sekolah semasa praktikum

untuk dijadikan renungan

2.2

menilai semula keberkesanan tugas dan tanggungjawab yang telah

dijalankannya

2.3

menjadikannya sebagai asas/panduan untuk tindakan susulan bagi

menyelesaikan masalah yang difokuskan dan seterusnya meningkatkan lagi

keberkesanannya melalui penambahbaikan, kreativiti dan inovasi secara

berterusan

.

2.4 meningkatkan kepekaannya terhadap tugas sebenar guru profesional yang

sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran serta perkembangan murid.

2.5

menjadikan hasil penulisan/dapatan jurnal sebagai bahan perbincangan

dengan pensyarah penyelia/guru pembimbing bagi meningkatkan tahap

profesionalisme keguruannya

2.6

meningkatkan tahap dan amalan refleksi yang bersifat reflektif bagi menjana

pemikiran kritis dan analitikal

2.7

meningkatkan kemahiran profesionalismenya

3.

Garis Panduan

3.1

Peserta kursus dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang

praktikum.

3.2 Penulisan hendaklah difokuskan kepada satu sahaja peristiwa, masalah,

pencapaian atau aspek-aspek penting/kritikal yang dialami semasa

praktikum.

Referensi

Dokumen terkait