• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGGUNAAN GEOMETRI DALAM PENGHASILAN SO

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGGUNAAN GEOMETRI DALAM PENGHASILAN SO"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat, perkataan Matematik itu boleh di definiskan sebagai ilmu pengetahuan mengenai nombor, bentuk, susunan, hubungan dan lain-lain dengan menggunakan simbol. Perkataan Matematik dipinjam daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu "mathematics" yang bermaksud mempelajari, menimba, sains dan diperkenalkan untuk menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal bermaksud "bidang matematik", walaupun dalam zaman klasik. Matematik atau disebut juga sebagai ‘Ilmu Hisab’ boleh ditafsirkan sebagai suatu kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau lebih senang untuk difahami sebagai kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Bidang ilmu ini telah lama diketahui oleh umat manusia sejak zaman dahulu lagi dan terus berkembang dan digunakan sehingga masa kini dengan penemuan dan kajian yang dijalankan. Oleh itu, pada hari ini dapatlah dilihat bahawa bidang ilmu ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita mencakupi pelbagai aspek.

Bidang matematik itu kini telah pun di gunakan secara meluas dalam pelbagai bidang aplikasi kehidupan manusia. Kesemua aktiviti yang perlakuan yang di lakukan oleh manusia kini boleh di rangkumkan sebagai kaitan dengan matematik. Contohnya dalam aktiviti seharian yang kita lakukan seperti berjalan, makan, tidur membeli makanan dan sebagainya mempunyai unsur-unsur yang berkait rapat dengan subjek matematik. Kadang kala kita sendiri tidak pernah terfikir untuk meneliti dan membuat penerokaan yang mendalam lagi terhadap aktiviti kita dengan kaitannya dalam bidang matematik ini. Sekiranya kita sendiri sedar dan tahu bahawa setiap perlakuan ini ada kaitanya dengan matematik maka kita sendiri akan berasa seronok dan yakin dengan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Oleh itu, bidang matematik ini merupakan satu bidang lapangan yang sangat luas tanpa batasan. Ianya terpulang kepada kita sendiri untuk mentafsir dan meneroka bidang ini secara lebih mendalam lagi. Terdapat banyak faedah dan manfaat yang mampu di perolehi daripada penerokaan bidang matematik ini.

(2)

2.1 SONGKET

Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik dan ia terhasil daripada perkembangan tenunan biasa. Songket adalah berasaskan kain tenunan biasa yang diperbuat daripada kapas. Kemudian barulah corak-corak dibuat dengan menggunakan benang emas. Antara negeri-negeri yang popular dengan hasil tenunan di Malaysia adalah Pahang, Terengganu dan Kelantan. Beberapa corak tenunan yang di hasilkan di Terengganu dan Kelantan contohnya telah diberi nama mengikut tempat asal para pedagang berikut. Contoh corak Samarenda.

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit dengan menggunakan lidi buluh atau nibung.. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan Tenunan songket bermula daripada keperluan hakiki manusia, iaitu pakaian. Kesukaran untuk membawa masuk kain dari luar negara menyebabkan masyarakat tempatan terpaksa mencari jalan untuk menghasilkan kain sendiri.

2.2 SEJARAH SONGKET

Tekstil tenunan songket telah bertapak di negara ini sejak beratus-ratus tahun lalu. Kedatangan pedagang-pedagang Arab, China dan India untuk berdagang di sini turut membawa masuk kemahiran menenun tekstil. Ini adalah kerana kebanyakan barangan dagangan mereka adalah seperti benang emas, benang sutera dan pewarna merupakan bahan asas untuk pemangkin seni tenunan tekstil.

Menurut catatan sejarah, kegiatan menenun songket di Kelantan dipelopori oleh Cik Siti Wan Kembang seorang wanita yang menjadi pemerintah negeri Kelantan antara tahun 1610 hingga 1677. Manakala di negeri Terengganu pula kegiatan bertenun songket bermula semasa pemerintahan Sultan Marhum Janggut atau Sultan Mansur sekitar tahun 1726 hingga 1793.

(3)

Ragam hias ditentukan oleh bentuk dan potongan gaya melalui motif dan corak. Dalam kraftangan, motif dan corak merupakan pelengkap hiasan bentuk luar. Corak ialah susunan motif sama ada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.

Kain songket di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tampuk manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya. Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.

2.4 MOTIF SONGKET

Bentuk motif songket terdiri dari unsur dan bahagian alam. Disebabkan oleh cara menenun itu sendiri maka semua bentuk motif dilahirkan dalam gaya geometri. Semua unsur dan bahagian alam yang dicipta disusun mengikut pola-pola susunan yang tertentu. Unsur alam yang penting ialah tumbuhan dan binatang. Bentuk-bentuk dari motif geometri asli juga digunakan. Motif tumbuhan yang biasa digunakan sebagai motif penting songket meliputi bentuk-bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian buah yang disebut sebagai tampuk.

(4)

Rajah 1 : Motif Berasaskan Flora

(5)

Rahjah 3 : Motif Geometri Dan Benda

2.5 STRUKTUR REKA BENTUK SONGKET

(6)

2.5.1 Kepala Kain

Kepala kain terletak pada bahagian atas kain dan ditenun dengan pelbagai corak setebal 30 hingga 50 cm. Corak yang paling kerap digunakan ialah pucuk rebung dan lawi ayam

2.5.2 Badan Kain

Badan kain terletak di bahagian tengah kain dan mempunyai pelbagai corak. Corak yang popular ialah teluk berantai yang mempunyai garisan seperti sungai dan bunga seperti teluk. Semua corak bercantum atau berangkai.

2.5.3 Kaki Kain

Kaki Kain dikenali juga tepi kain. Bahagian ini sering dihiasi dengan motif pucuk rebung atau lawi ayam serta motif lain yang disusun melintang atau bergaris.

2.6 PENGGUNAAN GEOMETRI DALAM PENGHASILAN SONGKET

Salah satu ciri utama dalam penghasilan songket adalah penggunaan corak-corak geometri. Corak-corak geometri ini diaplikasikan secara universal pada songket sebagai dekorasi atau hiasan dengan kaedah yang dirumuskan dengan jelas dan menggabungkan sistem adaptasi komposisi yang membolehkan kepelbagaian variasi dan inovasi. Penghasilan corak songket dengan menggunakan asas segi empat, oktagon, segi tiga sama sisi dan heksagon dan penemuan corak yang lebih rumit berdasarkan segi lima, dekagon, dan bahkan heptagon dan nonagon.

Bentuk-bentuk seperti bulatan dan segi empat, corak-corak geometri yang digabungkan, diulang, dihubungkan, dan disusun dalam kombinasi lengkap, sehingga menjadi salah satu ciri khas keseniaan dalam penghasilan songket. Penghiasan geometri dalam penghasilan songket menunjukkan jumlah yang luar biasa terutama dalam pengulangan dan begitu kompleks. Ia memberi ruang kepada kemungkinan percambahan corak yang hebat dan dapat disesuaikan atau digabungkan dengan perhiasan jenis lain. Dalam corak abstrak, pengulangan motif, simetrik, corak-corak geometri banyak terdapat dalam penghasilan songket.

(7)

atau sisi empat poligon; corak bintang, segi empat dan segitiga yang terlukis dalam sebuah bulatan serta melibatkan pelbagai sisi poligon. Corak-corak kompleks yang ditemui pada penghasilan songket merangkumi beberapa bentuk yang membolehkan ianya dimasukkan ke dalam lebih daripada satu kategori.

Contoh-contoh bagi corak-corak geometri yang dianalisis dikumpulkan dalam kategori yang berbeza sesuai dengan sistem pengkadaran yang ditetap bagi unit pengulangan corak yang diberikan. Analisis terperinci akan menunjukkan bagaimana dalam setiap kumpulan corak-corak, unit pengulangan dan grid corak menentukan komposisi mereka adalah dihasilkan oleh manipulasi susunan poligon iaitu segi empat sama, segi tiga sama sisi, segi enam (heksagon) dan seterusnya. Grid-corak yang dihasilkan oleh gabungan titik-titik garis lurus adalah yang dipilih daripada sisi simpang bagi sisi-sisi poligon. Akhirnya, komposisi unit pengulangan corak keseluruhannya tercapai.

Selain itu, sistem ukuran unit ditunjukkan dalam setiap kes yang menakrifkan dimensi komposisi unit pengulangan. Dari sebuah bulatan ia mungkin dapat menghasilkan beberapa susunan lilitan poligon dengan membahagi jumlah yang diperlukan dan titik-titik pembahagian adalah yang bergabung dengan garis-garis lurus. Langkah pertama pembahagian lilitan berdasarkan jumlah bahagian atau gandaan akan menentukan grid-corak dan unit pengulangan, sementara jejari atau diameter bulatan boleh diambil sebagai unit ukuran. Oleh itu, geometri boleh dikelompokkan dalam beberapa bahagian berikut:

1) Corak-corak geometri berdasarkan unit pengulangan segi empat sama dan sistem nisbah asas dua. Ia termasuk corak-corak yang dihasilkan oleh pembahagian dari sebuah bulatan menjadi 4 atau gandaan 4 bagi jumlah bahagian. Segi empat digunakan sebagai alat dan pengukuran dan kerana itu disebut sistem nisbah asas dua.

2) Corak-corak geometri berdasarkan unit pengulangan segi enam (heksagon) dan sistem nisbah asas tiga. Ia termasuk corak yang dihasilkan oleh pembahagian dari sebuah bulatan menjadi 6 atau gandaan 6 jumlah bahagian. Segi tiga sama sisi atau segi enam digunakan sebagai alat untuk komposisi dan pengukuran dan ia dipanggil sistem nisbah asas tiga.

(8)

Corak geometri yang dihasilkan dalam penghasilan songket bermula dengan penggunaan konsep unit pengulangan. Pengulangan corak memberi karakter bagi penghasilan songket yang mana ia ditentukan oleh heretan garisan grid antara titik yang dibuat oleh sudut penyilangan bagi segi empat sama yang dilukis di dalam bulatan. Bagi melukis segi empat sama di antara bulatan, satu metod geometri diberikan bagi kadar pembahagian setiap kawasan untuk unit pengulangan tersebut. Apabila sesuatu permukaan itu hendak dibuat, salah satu sisinya dibahagikan menjadi beberapa bahagian sesuai dengan jumlah unit pengulangan yang diperlukan. Kawasan tersebut kemudian di isi dengan bulatan dengan diameter yang sama dengan sub-bahagian daripada sisi permukaan yang dibuat.

Konsep yang seterusnya pula ialah heksagon dan sistem kadar asas tiga. Rekaan yang ditunjukkan dalam konsep ini berasaskan pada grid lukisan bagi bentuk bintang heksagon. Satu sisi bagi kawasan yang akan dihias dibahagikan menjadi beberapa bahagian yang sama dengan unit pengulangan yang dimasukkan dalam rekaan sepanjang sisi ini. Seluruh kawasan ini kemudiannya dibahagikan oleh bulatan dan heksagon dimasukkan berdekatan setelah kaedah titik digunakan (rajah 5). Ia adalah unit mengulang kerana ia adalah heksagon. Sisi yang sama dengan garis lilitan bulatan grid master dibentuk oleh heretan bintang-bintang heksagon dalam heksagon ini dengan menggabungkan salah satu sudut heksagon yang lain atau di tengah-tengah titik (rajah 6). Sistem bintang heksagon memberikan sebuah metod pembahagian diamenter heksagon dengan nisbah 1:2. Sistem ini juga membahagikan ketinggian heksagon dalam nisbah yang sama iaitu 1:2.

(9)

Konsep yang ketiga pula ialah konsep pentagon dan golden ratio (nisbah emas) seperti ditunjukkan pada rajah 7. Dalam konsep ini ia membentuk enam corak. Berdasarkan grid master, corak-corak yang terbentuk adalah berbentuk bintang dekagon. Unit pengulangan yang baik adalah menggunakan bentuk segi empat tepat atau rombus tetapi dalam kes terkini adalah lebih mudah dengan menggunakan bentuk segi empat tepat yang berasal dari rombus.

Rajah 7

Konsep geometri dalam penghasilan songket yang seterusnya adalah berdasarkan konsep corak berasaskan gandaan heksagon (rajah 8). Corak geometri berdasarkan konsep ini akan dibahagikan sekeliling bulatan menjadi dua belas bahagian yang sama. Unit mengulang rekaan keseluruhannya boleh menjadi salah satu lukisan segi enam. Hasil mengulangi corak-corak itu, dari bentuk segitiga sama sisi, segi empat sama, segi enam, oktagon, dodekagon, dan bintang-bintang maka terhasil suatu bentuk yang menciptakan visual khas yang harmoni dalam rekaan corak songket yang digambarkan dalam bahagian ini.

(10)
(11)

4.0 ULASAN KRITIKAL

TAJUK : HUBUNGAN SIKAP, KEBIMBANGAN DAN TABIAT PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN

KAJIAN OLEH: ARSAYTHAMBY VELOO DAN SHAMSUDDIN MUHAMMAD

Kajian ini dikaji bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik dengan pencapaian dalam matematik tambahan. Pengkaji juga ingin mengenal pasti pemboleh ubah yang boleh menjadi peramal terbaik bagi pencapaian dalam mata pelajaran matematik tambahan. Seramai 251 pelajar tingkatan empat aliran teknikal yang dipilih secara persampelan rawak berperingkat di Sekolah Menengah Teknik di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasikan daripada Orientasi pembelajaran matematik (OPM) yang terdiri daripada sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik yang mengandungi 51 item. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai hubungan positif yang signifikan manakala kebimbangan pembelajaran matematik mempunyai hubungan negatif yang signifikan terhadap pencapaian matematik tambahan. Kajian ini mencadangkan betapa pentingnya atribut afektif pelajar sebelum menilai kebolehan kognitif bagi meningkatkan pencapaian matematik tambahan. Oleh itu, mengetahui atribut afektif terutamanya sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar adalah penting dan perlu diberi penekanan untuk mengatasi kelemahan dalam matematik tambahan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

(12)

pencapaian matematik. Di samping itu, penulis turut menyentuh tentang faktor kesediaan pelajar dalam menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut penulis lagi, Kesediaan belajar merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Kesediaan belajar sangat penting untuk memastikan pelajar memperoleh faedah daripada apa yang dipelajari.

Pada bahagian metodologi, kajian penulis menyatakan responden kajian terdiri daripada 251 pelajar tingkatan empat aliran teknikal yang dipilih secara persampelan rawak berperingkat di Sekolah Menengah Teknik di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasikan daripada Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM) yang terdiri daripada sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik yang mengandungi 51 item. Bagi ujian kesignifikan, penyelidik menggunakan ujian korelasi Pearson dan regresi dengan bantuan perisian SPSS versi 16. OPM digunakan untuk mengukur tingkah laku pelajar berkaitan dengan aspek-aspek pencapaian matematik tambahan. Dalam kajian ini hanya tiga pembolehubah sahaja digunakan iaitu sikap dalam mempelajari matematik, kebimbangan mempelajari matematik dan tabiat mempelajari matematik.

Hasil daripada analisis data, penulis mendapati bahawa sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai hubungan positif yang signifikan manakala kebimbangan pembelajaran matematik mempunyai hubungan negatif yang signifikan terhadap pencapaian matematik tambahan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan kebimbangan pembelajaran matematik mempunyai hubungan yang sederhana manakala sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai hubungan yang lemah dengan pencapaian matematik tambahan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan hubungan kebimbangan pembelajaran matematik merupakan peramal utama dengan pencapaian matematik tambahan berbanding dengan sikap dan tabiat pembelajaran matematik. Namun, sikap dan tabiat pembelajaran matematik masih merupakan peramal kepada pencapaian matematik tambahan walaupun dalam peratusan yang kecil.

(13)

Referensi

Dokumen terkait

Selama proses penggilingan, bagian-bagian tersebut dilepaskan sampai akhirnya didapatkan beras yang enak dimakan yang disebut dengan beras sosoh (beras putih). Badan pusat

5. Pengumpulan Hasil Pemeriksaan Kesehatan 6. Registrasi / Pendaftaran Ulang bagi yang Lulus Tahap 2) – Sesuai dengan jadwal yang dikeluarkan oleh masing-masing PTNP Penerima.

Bagi saya menghabiskan waktu yang lama dan berhati-hati dalam mengerjakan tugas lebih baik, daripada cepat tetapi hasilnya tidak maksimal,.. Saya menyukai pekerjaan

Observasi dilakukan untuk memperoleh data tentang pelaksanaan pembelajaran menyimak wawancara dengan penayangan media audio-visual. Hal-hal yang akan diobservasi meliputi

Penelitian adalah hal yang sangat penting dalam menemani perjalanan seorang mahasiswa yang sedang menuntut ilmu di dunia kampus. Bahkan penelitian akan menjadi wajib

Hasil penelitian menunjukkan bahwa skor hasil belajar matematika siswa di kelas VIII.5 berada pada kategori tinggi dengan mean 80,15 dan deviasi standar 9,79,

Berdasarkan pendapat para ahli, maka dalam pelaksanaan pembelajaran dengan jumlah kelompok siswa yang ganjil akan di gabungkan dengan sebagian kecil siswa yang