• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tajuk Ketidaksamaan gender masyarakat Me

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tajuk Ketidaksamaan gender masyarakat Me"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk : Ketidaksamaan gender masyarakat Melayu Kelantan dalam aspek ekonomi. Kajian kes : Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan

1.0 Pengenalan

Perkataan gender berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘genus’ . Genus bermaksud jenis. Menurut Webster’s New World Dictionary Gender menggambarkan perbezaan lelaki dan perempuan dari segi nilai dan tingkah laku. Istilah seks dan gender sering dianggap sinonim,

sedangkan hakikatnya kedua-duanya berbeza sama sekali. Seks merujuk kepada perbezaan jantina dari segi biologi manakala gender menunjukkan perbezaan jantina dari segi peranan sosial dan budaya.

Menurut Janet Holmes (2002:157), gender is more appropriate for

(2)

ketara dalam masyarakat, bahasa, undang- undang, dan politik. dan yang Ketiga ialah merujuk kepada kebencian terhadap wanita

(misogyny) atau kebencian kepada lelaki (misandry). Oleh itu, satu kajian telah dijalankan di Kampung Bunut Payong, kota Bharu untuk melihat ketidaksamaan gender masyarakat Melayu dari aspek ekonomi.

1.1 Objektif kajian

1) Mengenal pasti golongan yang lebih mendominasi bidang ekonomi di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan.

1.2 Kaedah kajian

Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah lapangan dan kaedah

kepustakaan. Bagi kajian lapangan, kaedah yang digunakan ialah kaedah soal selidik dan kaedah temubual.

1.2.1 Soal selidik

(3)

tertutup adalah seperti setuju dan tidak setuju. Manakala soalan pertanyaan terbuka atau subjektif berdasarkan pendapat dan pandangan

daripada penduduk.

1.2.2 temuramah

Beberapa orang penduduk asal telah ditemuramah tentang bidang ekonomi di Kampung Bunut Payong. Mereka adalah terdiri dua orang wanita dan dua orang lelaki.

1.2.3 Kaedah kepustakaan

Mendapatkan maklumat daripada serta rujukan daripada bahan akademik seperti buku, thesis dan latihan ilmiah.

2.0 Batasan Kajian

Seramai 30 orang penduduk kampung yang akan dipilih secara rawak

(4)

2.1 Latar belakang kawasan kajian

Kampung Bunut Payong terletak dalam jajahan Kota Bharu.

Kampung ini juga berdekatan dengan pusat pentadbiran dan perniagaan iaitu Bandar Kota Bharu. Jumlah penduduk di kawasan ini adalah melebihi 2000 orang. Penduduk kampung ini juga terdiri dari kaum

Melayu, kaum Cina dan India tetapi majoritinya adalah kaum Melayu dan kaum Cina. Kampung ini terletak berdekatan dengan Kampung Sireh, Kampung Telipot, dan Kampung Salor. Kampung ini juga berdekatan dengan Wakaf Che Yeh yang menjadi tumpuan pelancong terutamanya

ketika musim perayaan.

(5)

2.2 Borang soal selidik

30 borang soal selidik disediakan dan diberikan secara rawak kepada penduduk wanita dan penduduk lelaki. Antara soalan yang ditanya

adalah:

Soalan pertama : Jenis pekerjaan ?

51.72%

Carta pai 1 : peratusan pekerjaan

(6)

Lain-lain 3 0 Rajah 1 : bilangan mengikut jenis pekerjaan

Carta pai 1 di atas menunjukkan peratusan pekerjaan penduduk di kampung Bunut Payong. Peratusan pekerjaan yang tertinggi adalah

peniaga, iaitu sebanyak 52% atau 15 orang penduduk. Bilangan peniaga perempuan lebih ramai daripada peniaga lelaki, iaitu sebanyak 8 orang berbanding peniaga lelaki sebanyak 7 orang. Manakala peratusan

pekerjaan bagi guru adalah 21% atau 7 orang penduduk iaitu 4 orang guru perempuan dan 3 orang guru lelaki. Bilangan bagi pekerjaan sebagai doktor/jururawat antara lelaki dan perempuan pula masing-masing mencatatkan jumlah sebanyak 2 orang dan 3 orang. Bagi

lain-lain pekerjaan pula adalah sebanyak 10% atau 3 orang dan bilangan tersebut mewakili pekerja lelaki sahaja.

Berdasarkan borang soal selidik, pekerjaan sebagai peniaga,

doktor/jururawat, dan guru adalah aktiviti ekonomi yang lebih banyak dipelopori oleh golongan wanita berbanding lelaki. Hal ini menunjukkan golongan wanita di kampung tersebut mempunyai taraf pendidikan yang

lebih tinggi berbanding golongan lelaki.

(7)

10.00%

ta pai 2 : peratusan pendapatan bulanan penduduk kampung

Pendapatan bulanan Lelaki

Rajah 2 : bilangan pendapatan bulanan penduduk kampung

Carta pai 2 menunjukkan peratusan pendapatan bulanan penduduk kampung Bunut Payong. Peratusan pendapatan bulanan bagi majoriti

penduduk yang paling tinggi, ialah antara RM1000-RM 2000 iaitu 47% atau seramai 14 orang yang mewakili golongan wanita seramai 8 orang dan golongan lelaki seramai 6 orang. Peratusan pendapatan bulanan

(8)

jumlah sebanyak 6 orang penduduk atau 20% dan daripada jumlah ini, masing-masing adalah sebanyak 3 orang. Peratusan pendapatan

bulanan yang paling rendah adalah bagi jumlah RM4000 keatas dan jumlah pendapatan sebanyak RM 400- RM 800 iaitu sebanyak 10 % atau 3 orang penduduk. Bagi jumlah RM 4000 keatas, golongan wanita

adalah lebih banyak daripada golongan lelaki. Manakala, bagi jumlah pendapatan diantara RM400-RM 800 pula, menunjukkan golongan lelaki lebih banyak berbanding golongan wanita.

Berdasarkan soal selidik ini, jelas menunjukkan bahawa

pendapatan bagi golongan wanita adalah lebih banyak daripada golongan lelaki. Hal ini demikian kerana golongan wanita yang lebih ramai terlibat dalam bidang pekerjaan yang profesional seperti doktor,

guru, dan ahli perniagaan.

(9)

46.67%

Carta pai 3: peratusan kawasan pekerjaan

Kawasan pekerjaan Lelaki

Rajah 3 : bilangan mengikut kawasan pekerjaan

Carta pai 3 menunjukkan peratusan penduduk mengikut kawasan pekerjaan. Lokasi pekerjaan bagi penduduk kampung yang paling tinggi adalah di kawasan pasar borong seperti pasar Borong Wakaf Chef Yeh,

(10)

bilangan bagi penduduk perempuan seramai 8 orang. Kawasan pekerjaan yang kedua tertinggi pula adalah di restoren/ kedai-kedai, iaitu

sebanyak 23 % atau 7 orang dan daripada jumlah ini bilangan perempuan lebih banyak berbanding lelaki. Seterusnya, peratusan kawasan pekerjaan yang ketiga tertinggi adalah di hotel iaitu sebanyak

17 % atau 5 orang dan ia hanya dipelopori oleh kaum lelaki.

Berdasarkan kajian ini, golongan wanita lebih tertumpu di kawasan perniagaan seperti pasar borong, restoren atau kedai-kedai seperti kedai pakaian, kedai emas, kedai makan, pusat kecantikan dan sebagainya.

Manakala, bagi golongan lelaki lebih tertumpu dalam bidang perhotelan. Keadaan ini disebabkan golongan wanita lebih berminat dalam bidang keusahawanan manakala golongan lelaki lebih kepada bidang

perkhidmatan dan pengurusan.

(11)

30.00%

70.00%

peratusan golongan yang mendominasi bidang ekonomi

lelaki perempuan

Carta pai 4 : peratusan yang mendominasi bidang ekonomi

Jantina Bilangan Peratus (%)

lelaki 9 30

perempuan 21 70

Rajah 4 : bilangan dan peratusan mendominasi bidang ekonomi

Berdasarkan carta pai 4 diatas. Seramai 70 % atau 21 orang wanita

yang lebih mendominasi bidang ekonomi berbanding golongan lelaki sebanyak 30 % atau 9 orang. Hal ini demikian kerana golongan wanita yang banyak bekerja dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang

(12)

Soalan kelima : berdasarkan soalan keempat, nyatakan sebab ?

Carta pai 5 : faktor penglibatan dalam pekerjaan

Faktor penglibatan

Rajah 5 : bilangan jantina berdasarkan faktor penglibatan

Carta pai 1 menunjukkan peratusan faktor penglibatan dalam pekerjaan. Kebanyakan penduduk terlibat dalam bidang pekerjaan mereka adalah

(13)

Manakala, faktor taraf pendidikan dan faktor ingin berdikari mencatatkan peratusan kedua tertinggi iaitu sebanyak 17 % atau 5 orang.

Soal selidik yang dijalankan mendapati bahawa faktor untuk menyara keluarga, taraf pendidikan dan berdikari adalah lebih tinggi bagi golongan wanita berbanding lelaki. Hal ini disebabkan terdapatnya ramai

ibu tunggal di kampung ini. Jadi, mereka perlu bekerja supaya dapat menampung keluarga. Selain itu, golongan wanita yang bekerja juga adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban suami. Bagi faktor taraf pendidikan pula, golongan wanita yang biasanya mempunyai

pendidikan yang lebih tinggi. Oleh itu, mereka tidak akan mensia-siakan pendidikan mereka dan memilih pekerjaan yang lebih baik.

Soalan keenam : Ya/tidak taraf pendidikan menjadi sebab kepada jenis

(14)

ya tidak

pandangan sama ada taraf pendidikan mempengaruhi jenis pekerjaan atau tidak

Column2

Graf bar 1 : pandangan sama ada taraf pendidikan mempengaruhi jenis

pekerjaan atau tidak

Pandangan lelaki perempuan

ya 5 6

tidak 10 9

Rajah 6 : pandangan sama ada taraf pendidikan mempengaruhi jenis

pekerjaan atau tidak

Graf bar 1 menunjukkan pandangan sama ada taraf pendidikan mempengaruhi jenis pekerjaan atau tidak. Seramai 11 orang bersetuju

mengatakan taraf pendidikan mempengaruhi jenis pekerjaan mereka manakala seramai 19 orang tidak bersetuju bahawa taraf pendidikan mempengaruhi pekerjaan mereka.

Berdasarkan soal selidik tersebut, lebih ramai tidak bersetuju bahawa

(15)

demikian kerana, taraf pendidikan yang tinggi tidak semestinya dapat menjamin kedudukan seseorang di alam pekerjaan. Sebagai contoh,

golongan wanita yang mempunyai taraf pendidikan yang rendah di Kampung Bunut Payong juga boleh berjaya. Ada yang menjadi usahawan berjaya walaupun mereka itu tidak mempunyai kelulusan yang

tinggi.

Soalan ketujuh : Ya/tidak golongan wanita penyumbang terbesar daam bidang ekonomi? Nyatakan sebab ?

ya tidak

pandangan sama ada golongan wanita menjadi penyumbang terbesar dalam bidang ekonomi atau tidak

ya tidak 2

Graf bar 2 : pandangan sama ada golongan wanita menjadi penyumbang terbesar dalam bidang ekonomi

(16)

ya 9 13

tidak 6 2

Rajah 7 : pandangan sama ada golongan wanita menjadi penyumbang terbesar dalam bidang ekonomi

Graf bar 2 menunjukkan pandangan sama ada golongan wanita yang

menjadi penyumbang terbesar dalam bidang ekonomi. Seramai 20 bersetuju bahawa golongan wanita merupakan penyumbang terbesar dalam bidang ekonomi berbanding golongan lelaki. Manakala, seramai 8 orang tidak bersetuju bahawa golongan wanita adalah penyumbang

terbesar dalam bidang ekonomi.

Kajian mendapati bahawa golongan wanita adalah penyumbang terbesar dalam bidang ekonomi berbanding golongan lelaki. Hal ini demikian

kerana, golongan wanita lebih ramai bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Oleh itu, mereka mempunyai kuasa beli yang tinggi dan secara tidak langsung menjadi penyumbang terbesar dalam bidang

ekonomi di Kampung Bunut Payong.

2.3 Temuramah

Beberapa orang penduduk asal telah ditemuramah dan ditanyakan

(17)

Soalan pertama : Bagaimanakah pendapat anda tentang aktiviti ekonomi di kampung anda?

Beberapa orang responden mengatakan bahawa aktiviti ekonomi yang

paling banyak melibatkan penduduk kampung adalah berkaitan pekerjaan dalam bidang perniagaan, perhotelan dan institusi kerajaan dan swasta.

Soalan kedua : Apakah pandangan anda mengenai golongan yang tidak mempunyai taraf pendidikan yang baik?

Responden berpendapat bahawa golongan yang tidak mempunyai taraf

pendidikan yang baik tidak semestinya tidak boleh berjaya. Hal ini kerana, terdapat daripada mereka yang mempunyai purata pendapatan yang lebih besar berbanding mereka yang mempunyai taraf pendidikan

yang tinggi.

Soalan ketiga : Menurut pandangan anda, siapakah golongan yang

memonopoli bidang ekonomi di kampung Bunut Payong ?

Kesemua responden mengatakan bahawa golongan lebih memonopoli bidang ekonomi di kampung tersebut. Hal ini kerana, kebanyakan daripada mereka dilihat terlibat dalam bidang pekerjaan seperti bidang

(18)

2.4 Cadangan atau langkah untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi

Antaranya ialah :

i) Sektor awam dan swasta lebih memberi peluang kepada

golongan lelaki.

Sektor awam seperti institusi kerajaan dan institusi swasta perlu

menyediakan peluang pekerjaan khususnya untuk golongan lelaki seperti melebihkan kuota pengambilan pekerja yang lebih banyak untuk golongan lelaki.

ii) Menggalakkan golongan lelaki untuk terlibat dalam bidang

berkaitan kemahiran

Lebih banyak institusi kemahiran seperti Institut Kemahiran MARA,

Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara, dan Kolej Komuniti disediakan. Dengan adanya pusat-pusat kemahiran ini, golongan lelaki khususnya yang tidak berpendidikan tinggi juga

berpeluang untuk mempunyai pekerjaan yang lebih baik.

iii) Peranan ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak

Ibu bapa sangat memainkan peranan penting dalam memberikan

(19)

merupakan ‘role model’ kepada anak-anak. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa memastikan anak-anak mereka mempunyai masa depan yang

cerah khususnya dalam bidang pekerjaan.

Penutup

Dinamisme budaya masyarakat dan perubahan sosial yang

berlaku selaras perkembangan semasa menyebabkan timbulnya isu ketidaksetaraan gender di antara lelaki dan perempuan. Dalam masyarakat yang mengamalkan sistem bilateral, kaum wanita juga turut

memainkan peranan bersama dengan kaum lelaki.

Aktiviti ekonomi di Kampung Bunut Payong adalah didominasi oleh golongan wanita. Hal ini jelas menunjukkan bahawa wanita di Kampung

Bunut Payong adalah penggerak utama dalam bidang ekonomi. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kajian soal selidik dan temuramah yang telah kami jalankan, majoritinya bersetuju bahawa golongan wanita yang lebih mendominasi aktiviti ekonomi di kampung ini. Walaubagaimanapun,

(20)

semua pihak khususnya ibubapa, kerajaan, dan wakil penduduk perlu bertanggungjawab dalam menangani ketidakseimbangan ekonomi ini

agar hal ini dapat diatasi pada masa akan datang serta dapat mewujudkan gender equality antara lelaki dan perempuan di kampung ini.

Bibliografi

Asmah Haji Omar (2002), Kaedah Penyelidikan bahasa di lapangan, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka

Abdullah Bin Abdul Kadir Munshi (1968) Kisah Pelayaran Abdullah. Oxford University Press.kuala Lumpur.

Alice H. Cook(1978) The Working Mother: A Survey of Problems and Programs in Nine Countries.Cornell University.

Aminah Abu Bakar (1975) Peranan Peniaga-peniaga Wanita Melayu di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

(21)

Mohd Anuar Ramli (19) Input Isu-Isu gender terhadap hukum Islam Semasa, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mairtim Mac an Ghaill (2007), Gender, culture and society, New York : Palgrave Macmillan

Shamsul Amri Baharuddin (20110), Modul Hubungan etnik, Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.

Janet Holmes (1947) An Introduction to sociolinguistics, England : Pearson Longman.

Mohd Anuar Ramli (19) Input Isu-Isu gender terhadap hukum Islam Semasa, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

(22)

Lampiran

Beberapa responden telah ditemubual mengenai aktiviti ekonomi di Kampung Bunut Payong. Mereka ialah :

Informan :

1) Nama : Noor Maheran binti Kamaruddin

Umur : 23 tahun

Tempat tinggal : Kg Bunut Payung, Kota bharu

Pekerjaan : Pelajar

2) Nama : Che Siti Rakiah binti Che Ishak

(23)

Tempat tinggal : Kg bunut Payung

Pekerjaan : Suri rumah

3 ) Nama : Kamaruddin bin Abu Bakar

Umur : 65 tahun

Tempat tinggal : Kg. Bunut Payong

Pekerjaan : Pesara swasta

Gambar aktiviti ekonomi di Kampung Bunut Payong

(24)

Gambar

Gambar 1: Peta Kampung Bunut Payong
Gambar 1 : golongan wanita sebagai peniaga di pasar borong
Gambar 2 : golongan lelaki sebagai mekanik

Referensi

Dokumen terkait

Mulai Studi Literatur Perancanga n base dan rangka Perancanga n e lectrical wiring dan komponen elektronik yang dibutuhkan Pemodelan matematika untuk pergerakan

Permasalahan yang akan diangkat pada penelitian ini yaitu bagaimana daya hidup dan daya kerja Aspergillus niger sebagai agen penghasil enzim lipolitik pada medium cair

Kedua indikasi tersebut sejalan dengan beberapa penelitian yang menyebutkan bahwa sebenarnya absorptive capacity tidak langsung berhubungan dengan inovasi perusahaan,

Pada alat tenun ini benang lusi dalam posisi vertikal dan selalu tegang karena ada pemberat atau beban, sedangkan benang pakan disisipkan dengan suatu alat yang disebut

Tapi kalau idenya sudah sejak awal pika ini didirikan kami prakteknya harus membuat suatu project dan itu keunggulan dari sekolah kejuruan ketika anak dapat

0,2283 Proses selanjutnya adalah menentukan data set berupa ciri vokal bahasa Indonesia sebanyak 500 data yang diperoleh dari 100 orang penutur untuk dilakukan

Hasil kegiatan observasi yang dilakukan pada tahap I, II, dan III menjukkan bahwa kemampuan guru Akidah Akhlak di MTs Negeri Kota Palopo dalam meyusun RPP