Tulis sebuah karangan yang berakhir dengan ayat di bawah.
... Peristiwa itu betul-betul menginsafkan aku. Aku berjanji tidak akan membantah nasihat ibu lagi.
Saya belajar dalam Tahun Enam di sebuah sekolah di bandar. Oleh sebab, saya dilahirkan dalam keluarga yang agak mewah, saya menjadi manja dan malas belajar. Saya juga semakin nakal sama ada semasa di sekolah atau di rumah.
Rakan-rakan memang sudah mengenali saya kerana saya sering didenda oleh guru disiplin.
Nasihat yang selalu diberikan oleh ibu tidak pernah saya pedulikan. Guru-guru di sekolah juga sudah jemu memujuk dan menasihatkan saya agar berubah. Usaha-usaha mereka boleh diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi. Saya tidak menumpukan perhatian di dalam kelas dan sering menimbulkan masalah kepada guru-guru yang mengajar.
Pulang dari sekolah, saya akan berkawan dengan budak-budak nakal yang sudah tidak bersekolah lagi. Saya sering menghabiskan masa bersama mereka melepak di bandar dan pusat membeli-belah untuk menonton wayang. Pada hari minggu pula, saya akan pulang lewat malam setelah seharian berhibur bersama budak-budak tadi. Ibu saya sudah seperti kehilangan kata-kata.
Akibat tersalah berkawan, saya sering menipu ibu. Saya semakin kerap ponteng sekolah dan tidak menghadiari kelas tambahan yang diadakan pada setiap petang. Saya terlupa bahawa peperiksaan UPSR semakin dekat. Hanya tinggal kira-kira dua bulan.
Keputusan peperiksaan percubaan saya telah diumumkan dan saya mendapat keputusan yang sangat memalukan. Saya gagal dalam semua mata pelajaran. Saya malu dengan rakan-rakan sekelas. Sebelum ini, saya yang berada di tempat teratas dalam peperiksaan tetapi sekarang semuanya sudah berubah.