• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Dan Impak Tekanan Kerja Terhadap Kepuasan Kerja Pensyarah Politeknik Port Dickson

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Hubungan Dan Impak Tekanan Kerja Terhadap Kepuasan Kerja Pensyarah Politeknik Port Dickson"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Hubungan Dan Impak Tekanan Kerja Terhadap Kepuasan Kerja Pensyarah Politeknik Port Dickson

Seen Thien Choong & Noorji Mohd Japar Jabatan Perdagangan, Politeknik Port Dickson

______________________________________________________________________________ Abstrak

Tekanan kerja dan kepuasan kerja merupakan dua pembolehubah yang mempunyai hubungkait yang rapat. Kedua-dua pembolehubah ini membawa kesan terhadap prestasi kerja seseorang pekerja. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan dan impak tekanan kerja terhadap kepuasan kerja pensyarah Politeknik Port Dickson (PPD). Sampel kajian ini melibatkan 166 pensyarah yang terdiri dari 5 jabatan di PPD. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Pengkaji telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) versi 21.0 untuk mendapatkan statistik deskriptif dan statistik inferential. Hasil analisis ujian Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan songsang yang signifikan di antara tekanan kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah PPD Walau bagaimanapun, impak tekanan kerja terhadap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah PPD adalah pada tahap yang rendah. Ini menunjukkan tekanan kerja yang dihadapi oleh pensyarah PPD tidak memberi impak songsang yang ketara terhadap kepuasan kerja mereka.

Kata Kunci : hubungan, impak, tekanan kerja, kepuasan kerja

_____________________________________________________________________________________ PENGENALAN

Individu lazimnya menghabiskan satu pertiga masa setiap hari untuk bekerja. Bekerja merupakan komponen yang penting dalam kehidupan. Oleh yang demikian, kualiti kehidupan banyak bergantung kepada tahap kepuasan kerja. Landy dan Conte (2004) menyatakan bahawa pekerjaan adalah amat penting bagi seseorang memandangkan pekerjaan bukan sahaja menjanjikan gaji sebagai ganjaran tetapi memberikan kepuasan dan kebahagian kepada seseorang individu atau sebaliknya.

Menurut Chew (1997), profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan adalah pekerjaan yang penuh dengan tekanan. Mengajar adalah proses permindahan pengetahuan daripada pensyarah kepada pelajar. Proses ini melibatkan pemikiran manusia. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang pensyarah sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dari segi mental dan __________________________________

* Corresponding author. Tel.: +6012-6813797,+6013-2226355

(2)

fizikal semasa melaksanakan tugas harian. Ini adalah kerana kualiti pengajaran dan pembelajaran pensyarah banyak bergantung kepada keadaan kesihatan mental dan fizikal pensyarah di samping sikap dan tahap komitmen pensyarah.

Kepuasan kerja pensyarah pula bergantung kepada jangkaan pensyarah terhadap kerjaya dan ganjaran yang boleh diperolehi dari kerjaya tersebut. Memang tidak boleh dinafikan bahawa pensyarah yang berpuas hati dengan kerjayanya akan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Kepuasan kerja bukan sahaja akan meningkatkan prestasi pensyarah dan prestasi pelajar bahkan akan menyebabkan pensyarah merasa gembira, seronok bekerja dan bermotivasi. Sebaliknya, prestasi seseorang pensyarah (kreativiti, pengurusan kelas, teknik penyampaian pengajaran) akan terjejas apabila tahap tekanan kerja dan ketidakpuasan kerja adalah pada paras yang tinggi.

Penyataan Masalah

Profesion perguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat dinamik. Pensyarah dikehendaki memenuhi tuntutan pihak berkepentingan yang kian bertambah dan mencabar di samping membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadi Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Selain daripada itu, bagi memastikan Malaysia menawarkan “Pendidikan Bertaraf Dunia” dan menghasilkan “Rakyat Minda Kelas Pertama”, tanggungjawab seseorang pensyarah bukan sahaja setakat menyiapkan kerja yang telah diamanahkan bahkan membantu melahirkan graduan yang berkualiti, berkewibawaan, berketrampilan, berkemahiran dan berdaya saing. Laporan The Health and Safety Executive (2000a) menunjukkan bahawa mengajar adalah pekerjaan yang paling tertekan jika berbandingkan dengan kejururawatan, mengurus, professional dan pekerjaan perkhidmatan komuniti.

Menurut kajian Klassen et al. (2010), tekanan kerja dan kepuasan kerja merupakan dua pembolehubah yang saling berhubungkait. Kedua-dua pembolehubah ini boleh memberi kesan kepada satu sama lain. Ini telah diterangkan dalam laporan Bavendam Research Incorporated (2000) yang menyatakan bahawa tekanan kerja adalah salah satu faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja. Apabila tekanan negatif berada di tahap yang tinggi, maka kepuasan kerja akan berada di tahap yang rendah.

Comm dan Mathaisel (2003) menyatakan bahawa di bidang pendidikan, banyak kajian dilakukan terhadap pelajar dan menilai tahap kepuasan pelajar di dalam pembelajaran yang mereka ikuti, tetapi kajian yang berkaitan dengan kepuasan kerja guru telah diabaikan. Pendapat

(3)

ini disokong lagi oleh Chen et al. (2006) yang menyatakan bahawa kajian terhadap kepuasan guru masih kurang sama ada di dalam sektor awam atau swasta. Di samping itu, walaupun terdapat penyelidikan yang dilaksanakan terhadap perhubungan antara tekanan kerja dan kepuasan contohnya, Adam (2000), Brewer and Lander (2003), Ghali (2004), Haberman (2005) dan Bindu (2007), tidak banyak penyelidikan seumpama dijalankan terhadap pensyarah universiti atau pensyarah politeknik. Keadaan ini telah mendorong penyelidik untuk membuat kajian hubungan dan impak tekanan kerja terhadap kepuasan kerja pensyarah PPD. Pensyarah PPD telah dipilih sebagai populasi kajian ini lanjutan daripada kajian Seen dan Noorji (2013) yang menunjukkan tahap tekanan kerja pensyarah Jabatan Perdagangan PPD di tahap yang tinggi dengan min 3.90. Lanjutan daripada kajian tersebut, pengkaji ingin meneruskan kajian untuk melihat hubungan dan impak tekanan kerja terhadap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah PPD. Dapatan kajian ini dijangka amat berguna kepada pihak pengurusan PPD dalam usaha menandatangani masalah tekanan dalam kalangan pensyarah dan usaha untuk meningkatkan kepuasan kerja pensyarah.

Objektif kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan tahap tekanan dalam kalangan pensyarah PPD. Selain daripada itu, kajian ini juga akan meninjau hubungan dan impak

tekanan kerja terhadap kepuasan kerja pensyarah PPD.

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti: 1.Tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah Politeknik Port Dickson; 2.Tahap tekanan kerja dalam kalangan pensyarah Politeknik Port Dickson; 3.Hubungan antara tekanan kerja dengan kepuasan kerja pensyarah PPD; dan 4. Impak tekanan kerja pensyarah terhadap kepuasan kerja.

Kepentingan Kajian

Tekanan kerja berlaku apabila terdapat ketidakpadanan antara tuntutan kerja dengan keupayaan seseorang, sumber yang dibekalkan atau kehendak pekerja. Ia merupakan tindak balas yang akan merbahayakan fizikal dan emosi seseorang. Menurut Levi (1993), tekanan kerja akan menyebabkan peralihan kerja, terkilan, mogok, motivasi kerja yang rendah, ponteng kerja dan berhenti kerja. Ia juga akan mendorong seseorang pekerja untuk bertukar pekerjaan (Dupre & Day, 2007).

(4)

Fortuna (2001) menyatakan bahawa tekanan kerja boleh mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di samping mempengaruhi produktiviti, prestasi dan kecekapan guru-guru. Kajian Sunbul (2003) menunjukkan bahawa tekanan yang dihadapi oleh guru boleh mendatangkan pelbagai kesan yang negatif dan mengganggu prestasi serta kepuasan kerja seseorang guru. Manakala kepuasan kerja yang rendah yang dialami oleh pekerja akan menyebabkan produktiviti kerjanya merosot dan mengakibatkan ketidakhadiran pekerja (Martin & Miller, 1986).

Kepuasan kerja dan tekanan kerja pensyarah boleh membawa implikasi terhadap ekonomi dan individu. Ini adalah kerana kedua-dua pembolehubah ini boleh menyebabkan ketidakhadirian pensyarah, burnout dan impak negatif terhadap outcomes pelajar (Kyriacou, 1987). Oleh itu, pengkaji ingin membuat kajian untuk mengenalpasti impak tekanan kerja terhadap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah PPD.

Oleh itu, kajian ini perlu dilaksanakan di peringkat Politeknik Port Dickson (PPD) supaya hasil penemuan kajian ini boleh digunakan oleh pengurusan PPD sebagai bahan rujukan atau panduan untuk: 1. Merekabentuk, merancang dan melaksanakan strategi bagi menangani masalah tekanan kerja dan meningkatkan tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah PPD; dan 2. Menyusun program latihan dalam perkhidmatan yang sesuai berkenaan cara-cara mengurus tekanan dan meningkatkan kepuasan kerja pensyarah PPD.

Batasan Kajian

Terdapat beberapa batasan dalam menginterpretasi hasil kajian ini. Hasil dapatan dari kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada seluruh pensyarah Politeknik di Malaysia memandangkan saiz sampel yang agak kecil. Dapatan kajian ini adalah bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan responden semasa menjawab instrumen yang telah disedia dan diedarkan kepada mereka. Penyelidik membuat andaian bahawa semua responden faham dan telah menjawab semua instrument dengan jujur dan ikhlas.

Definisi Operasi

Tekanan kerja merupakan tindak balas individu apabilan pengetahuan dan kemahiran seseorang tidak sepadan dengan tuntutan tugas serta mencabar keupayaan seseorang untuk mengendalikan masalah tersebut (Leka, Griffiths et.al., 2004). Dalam konteks kajian ini, tekanan kerja merujuk kepada tekanan yang dialami oleh pensyarah atas sebab karenah pelajar, kekangan masa, iklim PPD dan beban tugas.

(5)

Kepuasan kerja adalah perasaan positif hasil daripada penilaian sesuatu kerja atau pengalaman kerja (Landy dan Conte, 2004). Untuk tujuan kajian ini, kepuasan kerja merujuk kepada tahap kepuasan pensyarah terhadap enam aspek kepuasan yang dikaji iaitu suasana pekerjaan, ganjaran yang diterima, peluang untuk maju, penyeliaan, rakan sekerja serta pekerjaan secara keseluruhan.

Pensyarah Politeknik Port Dickson adalah merujuk kepada pendidik yang terlatih dalam bidang perguruan yang mengajar kursus-kursus yang ditawarkan di Politeknik Port Dickson. SOROTAN KAJIAN

Tekanan kerja dan kepuasan kerja adalah dua topik hangat diperbincangkan dan dikaji oleh pihak pengurusan sumber manusia. Ini adalah kerana kedua-dua pembolehubah ini mempunyai hubungkait yang rapat antara satu sama lain. Tambahan pula, tekanan kerja boleh membawa kesan negatif seperti ketidakhadiran kerja, burnout dan ketidakbolehhasilan serta memberi implikasi terhadap ekonomi dan individu (Kyriacou, 1987).

Tekanan Kerja

Selye (1976) mendefinisikan tekanan kerja sebagai tindak balas badan yang tidak spesifik terhadap sebarang permintaan (nonspecific response of the body to any demands made upon it). Menurut laporan The Institute of work, health and organisations (2003), tekanan kerja adalah tindakbalas seseorang apabila ujudnya ketidakpadanan antara kehendak pekerjaan dengan kemahiran pekerja. Ini disokong oleh Cox (2004) yang menerangkan tekanan kerja sebagai tindak balas seseorang terhadap permintaan pekerjaan yang tidak berpandanan dengan pengetahuan and kebolehannya. Ugoji & Isele (2009) pula berpendapat bahawa tekanan kerja berlaku semasa terdapat ketidakpadanan antara fizikal, emosi seseorang dengan tuntutan kerja.

Kajian lepas telah menunjukkan bahawa faktor yang menyumbangkan tekanan kepada guru adalah seperti faktor kekurangan sumber (Ages, 2011); kekangan masa (Fun, 2008), hubungan antara rakan sejawat (Kokkinos, 2007), ibu bapa pelajar (Rieg, Paquatte dan Chen, 2007); karenah pelajar (Montgomery dan Rupp, 2005), perubahan polisi pendidikan (kyriacou dan Chien, 2004); penggunaan maklumat teknologi (Hanizah, 2003), beban kerja (Van Dick and Wagner, 2001), persekitaran tempat kerja (Ismail, 1998) dan kemudahan sekolah (Chan, 1998).

(6)

Di samping itu, menurut Butler dan Constantine (2005), konflik peranan adalah faktor tekanan utama apabila seseorang itu perlu memainkan pelbagai peranan semasa melaksanakan tanggungjawab seseorang. Dapatan ini disokong oleh Yong et. al. (2009)

Menurut Ungku Norulkamar, et al. (2005), jika seseorang itu tidak menguruskan masalah tekanan dengan baik, ia akan membawa kerosakan kepada individu dan organisasi. Tahap tekanan yang tinggi akan mengganggu sistem mental dan fizikal individu tersebut. Keadaan ini akan menyumbang kepada kemerosotan prestasi kerja akibat dari ketidakhadiran, pusing ganti yang tinggi, kesilapan atau kemalangan semasa menjalankan tugas, ketidakpuasan hati atau menunjukkan tingkalaku yang tidak beretikan. Menurut laporan, 1.7% dari jumlah kemalangan di tempat kerja pada 2006 di Republic of Ireland adalah berkaitan dengan tekanan (Djei, 2009).

Ugoji & Isele (2009) juga menerangkan bahawa apabila seseorang mengalami tekanan berterusan dan tidak dapat diuruskan dengan baik, ia akan memberi kesan negatif terhadap sikap kerja dan tingkahlakunya (kepuasan kerja, komitmen, produktiviti, kualiti dan kesihatan). Kajian Ram (2011) menunjukkan bahawa kebanyakkan pengurus yang bekerja di pelbagai organisasi telah menghadapi masalah tekanan. Seramai 80% pengurus tidak dapat menggunakan potensi mereka atas sebab tertekan. Keadaan ini telah merugikan sesuatu organisasi.

Kepuasan Kerja

Kepuasan kerja didefinisikan sebagai persepsi positif pekerja terhadap pekerjaannya yang bukan sahaja boleh membawa keseronokan kepada seseorang pekerja (Kreitner & Kinicki, 2007) bahkan menyebabkan seseorang bertindak secara positif terhadap pekerjaannya (Mathis & Jackson, 2006). Kepuasan kerja amat diperlukan demi kesempurnaan kendiri.

Kajian lepas telah menunjukkan bahawa kepuasan kerja guru banyak bergantung kepada pengaruh instrisik seperti motivasi. Faktor utama yang menyumbang kepada kepuasan kerja guru adalah hubungan dengan pelajar. Faktor lain adalah seperti pengiktirafan, tanggungjawab dan sebagainya. Sebaliknya punca yang menyebabkan guru menunjukkan ketidakpuasan kerja adalah dasar dan pentadbiran, gaji dan keadaan kerja (Zembylas dan Papnastasiou, 2003)

Vishal (2011) membuat analisis terhadap pengaruh beberapa faktor terhadap kepuasan kerja. Menurut kajian beliau, kemajuan teknologi informasi, sistem pengurusan informasi dan teknologi maklumat telah membawa kesan terhadap kepuasan kerja. Dapatan Eskildsen et. al., (2003) menunjukkan bahawa pekerja yang berpangkat pegawai mempunyai kepuasan kerja yang lebih tinggi dan bermotivasi berbanding dengan pekerja biasa.

(7)

Menurut Fairbrother dan Warn (2004), semangat berpasukan dan persekitaran yang baik merupakan faktor yang menyumbang kepada kepuasan kerja pegawai tentera yang menjalani latihan di atas kapal. A.K. Srivastava (2008) yang menjalankan kajian terhadap 360 penyelia teknikal menunjukkan bahawa pekerja yang bekerja di persekitaran yang baik lebih berpuashati dengan kerja mereka.

Tahap kepuasan kerja yang rendah merupakan indikator kepada penurunan produktiviti pekerja dan seterusnya membawa kesan ketidakhadiran pekerja (Martin & Miller, 1986) dan niat untuk pertukaran pekerjaan (Dupre & Day, 2007)

Kajian Hubungan Kepuasan Kerja dengan Pembolehubah-Pembolehubah Lain

Kajian Ahmad et. al. (2010) menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan antara komunikasi dalaman dengan kepuasan kerja. Manakala gaji yang diterima oleh seseorang pekerja mempunyai hubungan yang signifikan terhadap kepuasan kerja. Jika gaji yang diterima adalah memuaskan maka ia akan membawa kepuasan kerja kepada pekerja berkenaan (Sharma, 2011).

Kepuasan kerja guru mempunyai hubungan dengan prestasi kerja guru, termasuklah penglibatan guru, komitmen dan motivasi terhadap kerja (Satgent & Hannum, 2005) dalam Ouyang dan Paprock (2006). Kepuasan kerja bukan sahaja penting kepada guru secara individu, tetapi ia juga secara empirikal boleh memberi kesan kepada pelajar dan sekolah di mana guru itu bertugas.

Persepsi masyarakat yang negatif (rendah) terhadap profesion perguruan yang rendah telah membawa kesan negatif terhadap kepuasan kerja (Ma & MacMillan, 1999). Menurut laporan Tye, B. (2002) fenomena ini disebabkan oleh kerana pemohon yang memilih kerjaya ini bukan daripada golongan yang paling baik dan cemerlang (Tye & O’Brien, 2002).

Konflik peranan ialah salah satu punca yang menyumbang kepada tekanan kerja. Impaknya terhadap kepuasan kerja adalah negatif (Yong et. al., 2009). Dapatan ini dipersetujui oleh kajian Lui et. al. (2010) yang membuat kajian terhadap para akauntan. Kajian mereka menunjukkan bahawa konflik peranan bukan sahaja menyebabkan kepuasan kerja yang rendah bahkan menyebabkan kecederungan untuk meninggalkan profesion yang tinggi. Di samping itu, beban tugas dan kecelaruan profesional telah membawa kesan negatif terhadap kepuasan kerja (McCann et. al., 2009).

Corak kepemimpinan juga mempengaruhi kepuasan kerja guru. Guru melaporkan bahawa mereka lebih berpuashati jika pengetua mereka adalah pemimpin yang baik, dan memberi motivasi kepada mereka dari masa ke semasa (Bavendam Research, Inc., 1999). Di samping itu,

(8)

guru lebih berpuashati untuk berkomunikasi dengan pentadbir yang boleh dipercayai dan yang boleh memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai matlamat kerjaya mereka (Iwanicki, 2001). Guru juga merasa puas hati jika mereka diberi kuasa dan kebebasan untuk melaksanakan tugas mereka mengikut cara yang mereka rasa sesuai. Di samping itu, jika seseorang guru diberi peluang untuk membuat keputusan mengenai tugas mereka dan juga cara mengendalikan kelas mereka, guru-guru ini akan merasa lebih berpuas hati semasa menjalankan tugas (Woods & Weasmer, 2000).

Satu kajian yang dijalankan terhadap pengurus restoran di Hong Kong menunjukkan bahawa faktor alam sekitar fizikal adalah salah satu faktor yang menentukan tahap kepuasan kerja pekerja restoran (Lam et al. 2001). Ini disokong oleh kajian A. K. Srivastava (2008) yang menjalankan kajian terhadap 360 penyelia teknikal. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penyelia yang bekerja di fizikal alam sekitar yang mencukupi merasa lebih berpuas hati terhadap pekerjaan mereka.

Kajian Hubungan Tekanan Kerja Terhadap Kepuasan Kerja

Banyak kajian telah dibuat berkenaan dengan kaitan antara tekanan kerja dan kepuasan kerja. Hasil kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa tahap tekanan kerja yang tinggi telah membawa kepada kepuasan kerja yang rendah (Chandraiah et. al., 2003). Penemuan kajian Jiunn-woei lianan et. al. (2007) terhadap pekerja sistem maklumat menunjukkan bahawa terdapat kaitan yang negatif antara tekanan kerja dan kepuasan kerja. Dapatan ini diperkukuhkan oleh kajian Noordin Yahaya dan rakannya (2010) yang menyatakan bahawa tekanan kerja membawa kesan negatif yang langsung terhadap kepuasan kerja.

Kajian yang dijalankan terhadap pilot angkatan udara oleh Ahmadi dan Alireza (2007) juga menunjukkan bahawa tekanan kerja telah mengurangkan tahap kepuasan kerja. Hasil penemuan ini telah disokong oleh kajian Mohd Bokti (2009) yang mengkaji kaitan antara tekanan kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan pegawai angkatan tentera laut di Malaysia. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan secara negatif antara tekanan kerja dengan kepuasan kerja.

Apandi (2003) telah mengkaji hubungan antara tekanan kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan 120 orang guru di SMK kawasan Bandar di daerah Pontian, Johor. Hasil kajian Apandi menunjukkan bahawa semakin tinggi tekanan kerja yang di alami oleh guru SMK Kawasan Bandar di daerah Pontian, semakin rendah tahap kepuasan kerja. Yee Chiam (2005) juga menjalankan kajian ke atas 60 orang guru teknikal di SM Teknik di negeri Kedah. Kajiannya

(9)

menunjukkan bahawa terdapat hubungan songsang yang signifikan antara tekanan kerja dengan kepuasan kerja dalam kalanagan guru teknikal SM Teknik.

Walau bagaimanapun, kajian Tuten dan Neidermeyer (2004) pula menunjukkan terdapat hubungan positif antara tekanan kerja dan kepuasan kerja apabila pekerja sendiri yang memberi tekanan kepada diri sendiri demi meningkatkan pencapaian dan pendapatan (bonus) mereka. Kerangka Konsep:

Pembolehubah tidak bersandar Pembolehubah bersandar

Berdasarkan kepada rangka kajian di atas, satu hipotesis umum telah dibentuk iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah PPD.

METADOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan data primer yang diperolehi dari soal selidik yang diedarkan kepada semua pensyarah di lima Jabatan di PPD. Populasi kajian yang dijalankan adalah pensyarah di PPD. Terdapat 233 pensyarah yang sedang berkhidmat di lima Jabatan PPD (Laporan tahunan Politeknik Port Dickson, 2012). Berdasarkan jadual persampelan Krejcie & Morgan (1970) dan jadual Cohen et. al. (2001), saiz sampel yang sesuai adalah seramai 144 orang. Pengkaji mengedarkan 200 soal selidik melalui Ketua Jabatan masing-masing. Kaedah persampelan yang digunakan adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah.

Instrumen soal selidik ini dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian A mempunyai 4 item mengenai maklumat diri responden. Bahagian B yang menyentuh tentang kepuasan kerja yang mengandungi 29 soalan yang telah diubahsuaikan daripada kajian-kajian lepas merangkumi kajian Irma Suryani (2004) dan Muhamad Anuar (2005) yang dibangunkan berdasarkan alat pengukuran “Job Desriptive Index (JDI)”. Bahagian C pula menyentuh tentang tekanan kerja yang mengandungi 30 soalan yang telah dibangunkan melalui pengubahsuaian berdasarkan

Kepuasan Kerja  Suasana Pekerjaan  Ganjaran diterima  Peluang untuk maju  Penyeliaan  Rakan Sekerja  Pekerjaan keseluruhan Tekanan Kerja  Karenah Pelajar  Kekangan masa  Iklim Politeknik PPD  Beban tugas

(10)

Teachers Attribution of Responsibility for Stress Questionaire (TARSQ) oleh Mc Cormick (1997) dan kajian lepas oleh Rus Ayunita (2001).

Pengkaji menggunakan skala likert 5 mata iaitu 1 - sangat tidak setuju, 2 – tidak setuju, 3 – tidak pasti, 4 – setuju dan 5 – sangat setuju untuk mengetahui tahap kepusan kerja (Bahagian B) dan tahap tekanan kerja (Bahagian C) pensyarah PPD. Skala likert sesuai digunakan kerana ia digunakan untuk mengukur kekuatan sikap positif dan negatif responden terhadap sesuatu pernyataan yang dikemukakan. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 13 orang pensyarah PPD yang dipilih secara rawak. Tahap kebolehpercayaan ini diukur melalui nilai Alpha Cronbach.

Jadual 1: Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis

Bahagian Item Aspek Alpha Cronbach

Bahagian B Suasana pekerjaan 0.7

Ganjaran yang diterima 0.9

Peluang untuk maju 0.89

Penyeliaan 0.7

Rakan Sekerja 0.8

Pekerjaan secara menyeluruh 0.7

Nilai Alfa Cronbach Kepuasan Kerja 0.78

Bahagian C Karenah Pelajar 0.9

Kekangan Masa 0.9

Iklim Politeknik Port Dickson 0.9

Beban Tugas 0.9

Nilai Alfa Cronbach Tekanan Kerja 0.9

Berdasarkan kepada Jadual 3.1, hasil analisis kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi iaitu 0.78 bagi kepuasan kerja dan 0.9 bagi tekanan kerja. Menurut Mc dan Schumacker (1984; dalam Tan, 2006), julat nilai Alfa Cronbach antara 0.7 hingga 0.90 boleh diterima untuk menjalankan penyelidikan.

Data daripada soal selidik kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical

Package for Social Science (SPSS). Analisis yang dilaksanakan untuk kajian ini adalah analisis

diskriptif dan analisis inferential. Analisis inferential digunakan dalam menentukan hubungan antara tekanan kerja dengan kepuasan kerja dan impak tekanan kerja terhadap kepuasan kerja. Data dianalisis dengan menggunakan prosedur Korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara dua pembolehubah kerana data yang ingin dibandingkan adalah berbentuk interval (skor min).

(11)

DAPATAN KAJIAN

Sebanyak 200 borang soal selidik telah diedarkan kepada pensyarah PPD dan seramai 166 pensyarah telah memberi respon. Kesemua data telah dianalisis untuk menentukan tahap kepuasan kerja dan tahap tekanan kerja. Nilai skor min yang diperolehi digunakan untuk mengukur sama ada responden berada di tahap tinggi, sederhana atau rendah melalui skala yang diubahsuai daripada Mohd Najib (2003) dengan merujuk kepada Robbins (1998) seperti di jadual 2 di bawah :

Jadual 2: Tahap Kepuasan dan Tahap Tekanan Skor Min

Tafsiran Julat Tahap

Sangat Tidak Setuju 1.00-1.66 Rendah

Tidak Setuju 1.67-2.33 Rendah

Agak Setuju 2.34-3.67 Sederhana

Setuju 3.68- 4.34 Tinggi

Sangat Setuju 4.35-5.00 Tinggi

Analisis Tahap Kepuasan Kerja

Bahagian ini telah menguji 6 aspek kepuasan iaitu suasana pekerjaan, ganjaran yang diterima, peluang untuk maju, penyeliaan, rakan sekerja dan pekerjaan tersebut secara menyeluruh. Sebanyak 29 item soalan telah digunakan untuk bahagian tahap kepuasan. Kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja responden adalah di tahap serdehana (3.59). Berikut adalah analisis kepuasan kerja pensyarah PPD:

Jadual 3 :Skor Min untuk Tahap kepuasan Kerja

Aspek Kepuasan Kerja Skor Min Tahap

Suasana Pekerjaan 3.86 Tinggi

Ganjaran Yang Diterima 3.37 Sederhana

Peluang Untuk Maju 3.68 Tinggi

Penyeliaan 3.20 Sederhana

Rakan Sekerja 3.85 Tinggi

Pekerjaan Secara Menyeluruh 3.60 Sederhana

Keseluruhan 3.59 Sederhana

(12)

Analisis Tahap Tekanan Kerja

4 aspek tekanan kerja telah diuji untuk kajian ini; ia termasuklah karenah pelajar, kekangan masa, iklim Politeknik Port Dickson dan beban tugas. Sebanyak 30 item soalan digunakan untuk menguji tahap tekanan ini. Kajian menunjukkan bahawa tahap tekanan kerja responden adalah di tahap sederhana (3.26). Berikut adalah analisis tahap tekanan pensyarah PPD:

Jadual 4: Skor Min untuk Tahap Tekanan

Aspek Tekanan Kerja Skor Min Tahap

Karenah pelajar 3.44 Sederhana

Kekangan masa 3.41 Sederhana

Iklim Politeknik Port Dickson 3.27 Sederhana

Beban tugas 2.93 Sederhana

Keseluruhan 3.26 Sederhana

Nota: 1.00-2.33 = Rendah; 2.34-3.67 = Sederhana; 3.68-5.00 = Tinggi

Analisis Hubungan Tekanan Kerja terhadap Kepuasan Kerja

Jadual 5: Hubungan Korelasi Pearson antara Kepuasan Kerja dan Tekanan Kerja Kepuasan Kerja Tekanan Kerja

Min Kepuasan (Korelasi Pearson) 1 -.188*

Aras Signifikan (2-hujung) .015

N 166 166

Korelasi Pearson -.188* 1

Aras Signifikan (2-hujung) .015

N 166 166

*Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.05 (2-hujung)

Analisis hubungan pada jadual 5 telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan songsang secara signifikan (r = -.188) antara kepuasan kerja dengan tekanan kerja pensyarah PPD pada tahap signifikan .05. Ini bermakna jika tekanan kerja meningkat, ia akan menyebabkan tahap kepuasan kerja menurun dan sebaliknya. Sehubungan dengan itu, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja dengan tekanan kerja pensyarah PPD ditolak.

(13)

Jadual 6: Impak Tekanan Kerja Terhadap Kepuasan Kerja Model R Adjusted R² Std. Error of the Estimate Change Statistics R² Change F Change df1 df2 Sig.F Change 1 .188ª .035 .029 .67597 .035 5.988 1 164 .015

a. Predictors: (constant), min tekanan kerja b. Dependent Variable: min kepuasan kerja

Berdasarkan kepada analisis seperti di Jadual 6, R² ialah .035. Ini menunjukkan bahawa hubungan songsang antara tekanan kerja dengan kepuasan kerja yang dialami oleh pensyarah PPD adalah di tahap yang rendah. Ini menunjukkan bahawa terdapat faktor-faktor lain seperti corak kepemimpinan (Bavendam Research, Inc., 1999); alam sekitar fizikal (Lam et al. 2001); corak kepemimpinan (Lui et al. 2010); dasar, pentadbiran, gaji dan keadaan kerja (Zembylas dan Papnastasiou, 2003) yang mungkin turut memberi kesan terhadap kepuasan kerja pensyarah PPD.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kajian ini telah dijalankan terhadap 166 sampel yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Perdagangan, Jabatan Pengajian Am, Jabatan Matematik dan Sains Komputer, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Elektrik, PPD. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap tekanan kerja dan tahap kepuasan kerja pensyarah di PPD adalah di tahap yang sederhana.

Tekanan kerja yang dialami oleh pensyarah di Politeknik Port Dickson lebih menjurus kepada karenah pelajar yang mereka hadapi semasa melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah. Dapatan ini menyokong kajian Maheran (2005) yang menyatakan bahawa tekanan kerja guru-guru di Sekolah Menengah di Daerah Tangkak Johor adalah berpunca dari masalah disiplin pelajar itu sendiri. Pelajar yang sering datang lewat ke kelas, tidak menghantar tugasan adalah item item soal selidik yang dikaji dalam faktor karenah pelajar kajian tersebut.

Terdapat korelasi negatif yang lemah antara tekanan kerja dengan kepuasan kerja pensyarah PPD. Hasil dapatan ini adalah selari dengan hasil dapatan daripada kajian yang dilakukan oleh Lim (2005) di Sekolah Menengah Teknik, kedah Darul Aman.

(14)

Cadangan

Berikut adalah cadangan untuk mengurangkan tekanan kerja pensyarah demi meningkatkan kepuasan pensyarah PPD: i. Pihak PPD perlu mendidik pelajar berkenaan dengan kepentingan mematuhi peraturan organisasi melalui seminar, forum dan perbincangan, ii. Pihak Jabatan Pengajian Politeknik juga perlu menambah bilangan kaunselor di PPD supaya nisbah antara kaunselor dengan pelajar adalah munasabah. Nisbah semasa antara bilangan kaunselor dengan bilangan pelajar PPD ialah 1:1755 manakala nisbah yang dicadangkan ialah 1:500, iii. Semua pensyarah perlu bekerjasama dengan pegawai disiplin PPD dalam usaha menandatangani masalah disiplin pelajar. Semua pensyarah perlu memahami garis panduan disiplin yang digaruskan oleh HEP dan membantu dalam memastikan semua pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Tugas pensyarah bukan semata-mata melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tetapi juga bertindak sebagai pegawai disiplin.

Analisis kajian ini telah menunjukkan bahawa tahap impak tekanan kerja terhadap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah PPD adalah di tahap yang rendah. Ini menunjukkan bahawa kemungkinan besar terdapat faktor lain yang lebih memberi impak terhadap kepuasan kerja, oleh itu dicadangkan supaya kajian mengenai faktor utama yang menyebabkan kepuasan kerja dilaksanakan dalam kalangan pensyarah politeknik di Malaysia.

Rujukan

Abdul Rahman Aziz (2000). “Pekerjaan Dalam Kehidupan Manusia.” Petaling Jaya: Prentice Hall, Pearson Education Malaysia. Hlm 35, 48-49, 64-66, 171-174

Ages, V. D. (2011). Teacher Perceptions On Stress And Retention. Pro Quest Dissertations & Theses.

Ahmad., Z., Ali, L., Ahmad, N., Ahmad Z., Ahmed, I., Nawaz, M.M. (2010). Satisfaction as an outcome of communication and organizational structures: An outcome based approach.

Interdisciplinary Journal of Contemporary Research in Business, 2(5)

Ahmadi, K., dan Alireza, K. (2007). “Stress and job satisfaction among air force military pilots.

Journal of Social Sciences, 3(3):159-163

Ainon Mohd (2003). “Panduan Menggunakan Teori Motivasi Di Tempat Kerja”. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributions. Hlm 6-7, 72-98, 115-118

A.K. Srivastava (2008). Effect of Perceived Work Environment on Employees’ Job Behaviour and Organizational Effectiveness. Journal of the Indian Academy of Applied Psychology, Vol. 34, No. 1, 47-55

Ali Murat Sunbul (2003). An analysis of relations among locus of control, burnout and job satisfaction in Turkish high school teachers. Australian Journal of Education Vol.47 No.1 April, 2003.

Alias Baba (1992). “Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Sosial”. Bangi”Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Apandi Omar (2003). Hubungan tekanan kerja dan kepuasan kerja guru-guru SMK Kawasan

(15)

AzurahaniBahari (2004) Kepuasan kerja di kalangan pensyarah : kajian kes perbandingan

Politeknik Ungku Omar dan Kolej Cosmopoint. Masters thesis, Kolej Universiti

Teknologi Tun Hussein Onn (unpublished).

Baron, R.A, Greenberg, J.(2002). “Behavior In Organisations:Understanding And Managing

The Human Side of Work”. New Jersey: Prentice Hall, 147-162

Bavendam Research, Inc (2000). Managing job satisfaction. Special Reports: Effective

Management Through Measurement, Retrieved February 18, 2003, from http://www.employeesatisfactions.com.

Chandraiah K., S.C Agrawal, et.al.(2003). Occupational Stress and Job Satisfaction among Managers. Indian Journal of Occupational and Environmental Medicine Vol. &, No.2 Chew Hook Liong (1997). Ketegangan dan Burnout di Kalangan Pendidikan Sekolah: Isu yang

Terabai. Bestari JPNJ.8.119-133.

Cicero., Pierro, A., & Knippenberg, D.V. (2007). Leader Group Prototypicality and Job

Satisfaction: the Moderating Role of Job Stress and Team Identification. Group Dynamics: Theory, Research and Practice, 2(3), 165-175.

Comm, C.L. and Mathaisel, D. F. (2003). “A Case Study of The Implications of Faculty Workload and Compensation for Improving Academic Quality”. The International

Journal of Educational Management. 17(5). 200-210

De Nobile, J.J and McCormick, J. (2005). “Job Satisfaction and Occupational Stress in Catholic Primary Schools”. Sydney: A paper presented at the Annual Conference of the Australian

Association for Research in Education.

David, Y.G., Syed, S.A., Zaini, A., & Nilufar, A. (2009). A Study of Job Stress on Job Satisfaction among university staff in Malaysia. European Journal of Social Science, 8(1), 408-423.

Dupre, K.E., & Day, A.L. (2007). The Effect of Supportive Management and Job Quality on The

Turnover Intentions and Health of Military Personnel. Human Resource Management

46(2), 185-201.

Eskildsen, J.K., Kristensen, K. dan Westlund,A.H. 2003. Work motivation and job satisfaction in

the Nordic countries. Employee relations, 26(2):122-136.

Fauziah Hj Kassim (2003). “Tekanan dan Kepuasan Kerja di Kalangan Guru-guru SMK Bandar

Tasik Selatan Kuala Lumpur”. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana Dicapai

pada 7 September 2007.

Khalid Salman and Irshad M Z. (2010), Job Satisfaction among bank employee in Pakistan: a

compensation study.

Fairbrother, K., dan Warn, J. (2003). “Workplace dimensions, stress and job satisfaction.”

Journal of managerial Psychology, (1):8-21.

Fisher,S. (1993). “Stress in Academic Life: The mental assembly line”. The Society For

Research into Higher Education & Open University Press. Hlm 15-21.

Fun, W.S (2008). Faktor-faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) Di Kalangan Guru-guru SJK(C): Satu Kajian Di Tiga Buah Sekolah Di Wilayah Persekutuan. Kajian Ilmiah. Universiti Teknologi Malaysia.

Hanizah MY. The effect of information technology usage on the prevalence of stress among

school teachers in Selangor and factors affecting the stress. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. 2003.110 pp. Master thesis

Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002). Mengurus Stres, Pendekatan yang praktikal. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Huisman, K. A. (2009). Lived experience of stress in middle school teachers. ProQuest Dissertations and Theses.

(16)

Ismail O. Work perception and its relationship with work stress: A study on mathematics and

science teachers in Kota Bharu. Kelantan. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan

Malaysia. 1998.105 pp. Master thesis

Joseph, R. (2000). “Stress Free Teaching: A Practica Guide to Tackling Stress in Teaching,

Lecturing and Tutoring”. London: Kogan Page.

Klassen, R.M., Chiu, M.M. (2010). Effects on teacher’s self-efficacy and job satisfaction: teacher gender, years of experience, and job stress. Journal of Educational Psychology, 102(3)741-756.

Kokkinos, C. M. (2007). Job Stressors, Personality and Burnout in Primary School Teachers.

British Journal of Educational Psychology, 77(1), 229-243.

Kreithner, R., Kinicki, A. (2007).Organisational behavior. New York, US: Mcgraw-Hill/Irwin. Kyriacou,C. (2000). “Stress-Busting for Teachers”.Cheltenham:Stanley Thornes Ltd.

Kyriacou, C., & Chein, P.Y. (2004). Teacher Stress In Taiwanese Primary School. Journal of

Educational Enquiry 5(2).

Laila Hassan (2000). “Tekanan dan Kepuasan Kerja di Kalangan Guru Sekolah Menengah di

Kota Bharu, Kelantan”. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan

Landy,F.J., dan Conte, J.M. (2004). “Work in 21st Century, An Introduction to Individual and Organisational Psychology”. New York: McGraw Hill.

Leila, G. (2002). Stress dan kepuasan kerja. Disertasi tesis master yang tidak diterbitkan di Universitas Sumatera Utara.

Leka,S., Griffiths, A. dan Cox, T(2004), Work organization and stress, systematic problem

approaches for employers, managers and trad union representatives http://www.who.int/occupational _health/publications/pwh3rev.pdf

Lim Yee Chian (2005). Hubungan Di Antara Stres Kerja Dengan Kepuasan Kerja Di Kalangan

Guru Teknikal Di SM Teknik, Kedah Darul Aman. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis

Sarjana.

Lin Woei Jiunn. (2007). Job stress, job satisfaction and life satisfaction between managerial and

technical IS professional.

Locke, E.A. (1976). The nature and causes of job satisfaction. In M.V. Dunnete (ed). Handbook of Industrial and Organisational Psychology. Chicago: Rand Mc Nally, pp.1297-1350 Maheran @ Malek Bin Ahmad Johari (2005). Stres Dan Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru

Sekolah Menengah Daerah Tangkak, Negeri Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi

Malaysia : Tesis Sarjana.

Martin, J.K., & Miller, G.A.(1986). Job Satisfaction and Absenteeism: Organisational, Individual and Job-related Correlates. Work and Occupations, 13(1), 33-46.

Mathis, R.L., Jackson, J.H. (2006). Human Resource Management, South-Western College Publishing. Australia.

McCormick, J. (1997). “Occupational Stress of Teachers: Biographical Differences in a Large School System”. Journal of Educational Administration. 35(1). 18-38

Millward, L. (2005). Understnading occupational and organizational psychology. Thousand Oaks, California: Sage Publications.

Mohd Fadzli, Janet Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein dan Nazrah Jamaludin (2005). “Tekanan guru Dalam Pendidikan dan Resolusi Penyelesaiannya”. Universiti Teknologi Malaysia: Seminar Pendidikan 2005.

Mohd. Majid Konting (2000) . “Kaedah Peny: Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). “Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan”. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

(17)

Mokhtar A. Work stress among secondary school teachers: A study in Kulim-Bandar Bahru,

Kedah, Darul Aman. Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.1998.102 pp: Master

thesis

Montgomery, C., & Rupp, A. A. (2005). A Meta-Analysis for Exploring the Diverse Causes and Effects of Stress in Teachers. Canadian Journal of Education, 28(3),458-486.

Muhammad Anuar Marsib(2005). “Hubungan Motivasi Kerja Dengan Kepuasan Kerja Di

Kalangan Pensyarah Kejuruteraan Politeknik”. KUiTTHO: Tesis Sarjana Pendidikan.

Muzafar Mat Yusof (2008).”Kajian Terhadap Kepuasan dan Tekanan Kerja Dalam Kalangan

Guru Sekoleh Menengah Teknik.” Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana

Pendidikan

Nadeem Milik. (2011). Occupational stress experienced by private and public banks employed in Queeta. African journal of business management, vol 5(8), (April 2011)

Omar Samat dan Abd Aziz Ibrahim. (2001). Mengubah kaedah memotivasikan pekerja dalam

organisasi. Dewan Ekonomi, November:32-33.

Pflanz S, Sonnek S. (2002). “Work stress in the military: Prevalence, causes and relationship to

emotional health. Military Medicine 167:877-882.

Ram Nanik. (2011). Volume Role conflict and role ambiguity as factors in work stress among managers: A Study of manufacturing sector in Pakistan, Asian social science, volume 7, February 2, (2011)

Rice, P.L.(1999). “Stress and Health”. Pacific Grove: Brookes/Coke

Rieg, S., Paquette, K., & Chen, Y.. (2007). Coping With Stres: An Investigation of Novice Teachers’ Stresors In The Elementary Classroom. Journal of Education, 128(2), 211-226. Robbins, Stephen P. (1998). “Organisational Behaviour:Concepts, Contraversies and

Application”. Prentice Hall.

Rus Ayunita Jusoh (2001). “Tekanan Kerja Di Kalangan Guru Mata Pelajaran Elektif Di

Sekolah Menengah Teknik : Satu Kajian Kes”. KUiTTHO: Tesis Sarjana Pendidikan.

Samartha Vishal. (2011). Impact of job stress on job satisfaction. Indian journal of commerce

and management studies, volume 11, (March 2011)

Seaward, B.L. 92005). Managing stress: Principals & strategies for health & well-being. Sudbury, Massachusetts: Jones & Bartlett Publishers.

Seyle, H. (1956). The Stress of Life. New York: McGraw Hill.

Sharma, J.P. (2011). Salary satisfaction as an antecedent of Job Satisfaction: Development of A Regression Mode to Determine the Linearity between Salary Satisfaction and Job Satisfaction in a Public and a Private Organisation. European Journal of Social Science, 18(3).

Spector,P.E. (2000). “Industrial and organizational psychology: research and practice”. 2nd ed. New York: John Wiley.

Steers, R.M. (1991). “Motivation And Work Behavior”. 5th Edition. USA: MaGraw-Hill International Edition.

Tan Geck Kiang (2002). Faktor-faktor Penyebab Tekanan dan Cara-cara Mengatasi Tekanan di

Kalangan Guru-Guru Pelatih Maktab Perguruan Negeri Johor. Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis Sarjana.

Tuten, T.L., Neidermeyer,P.E. (2004), “Performance, satisfaction and turnover in call centers. The effects of stress and optimisim”, Journal of Business Research, Vol.57, pp.26-34. Tye, B., & O’Brien, L. (2002). Why are experienced teachers leaving the profession? Phi Delta

Kappa (Issue Brief No. 00317217).

Yan Piaw, Chua (2006). “Kaedah dan Statistik Penyelidikan”. Kualan Lumpur: McGraw Hill. Yee Chiam (2005). Hubungan di antara stress kerja dengan kepuasan kerja guru-guru teknik di

(18)

Woods, A., & Weasmer, J. (2002, March/April). Maintaining job satisfaction: Engaging professionals as active participants. Clearing House, 75, 186-189.

Zhong, F., Yano, E., Lan, Y., Wang,M., Wang, Z., & Wang, X. (2006). Mental ability and psychological work performance in Chinese workers. Industrial Health, 44, 598-603. Zembyals, M and Papanastasiou, E. (2003). “Job satisfaction Among School Teachers in

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian ini diharapkan dapat memberikan informasi dan masukan mengenai keterkaitan tekanan kerja dan berpikir positif dengan kepuasan kerja sehingga personalia

Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji tahap, hubungan dan pengaruh faktur tekanan kerja (Limpahan Beban Kerja dan Kekurangan Sumber) dan faktur kepuasan kerja (Keadaan

Ujian Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara setiap dimensi beban tugas dengan kepilasan kerja Berdasarkan dapatan kaj

Berdasarkan hasil penelitian, diperoleh korelasi yang sangat signifikan antara variabel kepuasan kerja dengan loyalitas kerja, ini berarti bahwa ada hubungan antara

Kajian mengenai pengaruh iklim organisasi terhadap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah Kolej Poly- Tech MARA (KPTM) oleh Farah Liana Hamdan dan Mohd Izham Mohd Hamzah

Metode analisis data yang digunakan dalam penelitian ini adalah analisis korelasi pearson yang digunakan untuk mengetahui hubungan antara dua variabel kepuasan kerja dengan

Oleh yang demikian pengkaji merasakan satu kajian yang memberi tumpuan terhadap tekanan kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan guru khusus guru sekolah rendah perlu dilaksanakan untuk

Mengenalpasti hubungan antara gaya kepimpinan leisser-faire dengan prestasi kerja dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti 2.0 Kajian literatur Gaya kepimpinan merupakan antara faktor