PENGENALAN JPAM
&
PERANAN DALAM
PENGURUSAN BENCANA NEGARA
OLEH :LT.KOL.(PA) SHARUDIN BIN MD ZAIN PENOLONG PENGARAH
Sejarah Pertahanan Awam di Malaysia bermula pada tahun 1938 semasa zaman penjajahan British bagi menyiapkan penduduk awam menghadapi Perang Dunia Kedua (1941) melalui
Passive Defence Services melibatkan kerahan tenaga.
JPAM ditubuhkan pada 24 Mac 1952 bagi melaksanakan peruntukan yang terkandung dalam The Civil Defence Act 1951 -Akta 221 - yang menjelaskan peranan JPAM dalam masa peperangan dan masa aman dengan matlamat menyediakan rakyat dengan ilmu dan pengetahuan bagi membolehkan mereka bertindakbalas dalam menghadapi sesuatu situasi kecemasan, bencana dan peperangan.
Pejabat pertama dibuka adalah Ibu Pejabat JPAM di Kuala Lumpur pada tahun 1950 diikuti pejabat wilayah di Klang dan Georgetown pada tahun 1950 serta Johor Bahru pada tahun 1951.
Sehingga tahun 1964, semua negeri telah membuka pejabat termasuk di Sabah dan
Sarawak. Perasmian Ibu Pejabat JPAM di Jalan Padang Tembak, KL pada 6 September 1952 oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Jeneral Sir Gerald Templer
Lawatan kerja YAB Tun Abdul Razak , Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan
pada 19 Mac 1963 Latihan pertahanan awam kepada penduduk
Ambulans medan Pertahanan Awam
Ruang dalam ambulans medan Pertahanan Awam
Jentera Penyelamat Pertahanan Awam
LOGISTIK AWAL
1950-AN
Bil Tahun Kementerian Yang Mengawal JPAM
1. 1952 Setiausaha Pertahanan
2. 1955 Kementerian Dalam Negeri
3. 1959 Kementerian Pertahanan
4. 1964 Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
5. 1965 Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam 6. 1967 Kementerian Pertahanan
7. 1968 Kementerian Keadilan 8. 1970 Kementerian Dalam Negeri
9. 1971 Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan 10. 1975 Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan 11. 1978 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
12. 1982 Kementerian Dalam Negeri
13. 2004 Kementerian Keselamatan Dalam Negeri 14 2008 Kementerian Dalam Negeri
VISI
MENJADI ANGKATAN
PERTAHANAN AWAM YANG
KOMPETEN DALAM
KESIAPSIAGAAN AWAM,
PERLINDUNGAN RAKYAT
DAN PENGURUSAN
BENCANA
MISI
MEMPERKASA
KESIAPSIAGAAN AWAM
UNTUK KESELAMATAN
DAN KESEJAHTERAAN
NEGARA
MOTTO
SEDIA, PANTAS
DAN
PUNCA KUASA
1. JADUAL KESEMBILAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 2. AKTA PERTAHANAN AWAM 1951(DISEMAK 1979)
-AKTA 221
3. AKTA PERKHIDMATAN NEGARA 1952 – AKTA 425
4. ARAHAN NO. 18, NO. 20 & NO. 21 MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN)
5. DASAR PERTAHANAN MENYELURUH (HANRUH) 6. PERLEMBAGAAN INTERNATIONAL CIVIL DEFENCE
ORGANISATION (ICDO)
Secara umumya peranan pertahanan awam dilaksanakan dalam dua keadaan iaitu
:-PEPERANGAN DAN ANCAMAN MUSUH
Sebarang langkah dan tindakan yang tidak melibatkan penggunaan senjata (untuk tujuan berperang) bagi menghadapi serangan dan ancaman
musuh sama ada tindakan tersebut diambil sebelum, semasa atau selepas insiden tersebut.
KECEMASAN, BENCANA DAN DARURAT
Sebarang langkah dan tindakan yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada ada sebelum, semasa atau selepas sesuatu
kecemasan, bencana dan darurat termasuk memastikan rakyat bersiapsiaga dalam menghadapi situasi tersebut.
1. Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam
berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.
2. Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
3. Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan
bencana
4. Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.
5. Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara.
6. Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat
kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan. 7. Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.
8. Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
9. Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran
kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
1. Pengumumum YAB TPM mengenai peralihan JPAM dari KDN ke JPM
sebagai agensi tonggak pengurusan bencana mulai 29 Julai 2015. 2. Keputusan Kabinet bagi penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) pada 12 Ogos 2015.
3. Arahan YAB TPM supaya JPAM menjadi Sekretariat APBN pada 8 September 2015.
4. Mengekalkan Arahan No. 20 MKN (Semakan Semula) sehingga struktur lengkap APBN dimuktamadkan sebelum 8 November 2015 dan seterusnya pindaan dibuat kepada Arahan No. 20 MKN tersebut.
PERINGKAT BENCANA
KECEMASAN
INSIDEN
BENCANA
1. Pengumumum YAB TPM mengenai peralihan JPAM dari KDN ke JPM
sebagai agensi tonggak pengurusan bencana mulai 29 Julai 2015. 2. Keputusan Kabinet bagi penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) pada 12 Ogos 2015.
3. Arahan YAB TPM supaya JPAM menjadi Sekretariat APBN pada 8 September 2015.
4. Mengekalkan Arahan No. 20 MKN (Semakan Semula) sehingga struktur lengkap APBN dimuktamadkan sebelum 8 November 2015 dan seterusnya pindaan dibuat kepada Arahan No. 20 MKN tersebut.
“Bencana” ertinya suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan Negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. “Darurat Bencana” ditakrifkan sebagai satu keadaan bencana besar yang melibatkan banyak nyawa terkorban, kemusnahan harta benda yang ekstensif, menggugat keadaan sosial, ekonomi dan politik serta
keselamatan dan ketenteraman awam.
“Kejadian Bukan Bencana” ertinya kejadian atau kemalangan yang
bersifat kecemasan yang melibatkan sejumlah kecil mangsa dan
kesannya hanya kepada mangsa terlibat. Kejadian atau kemalangan
yang bercorak ini tidak mempunyai kemungkinan untuk merebak.
Kejadian atau kemalangan ini kebiasaannya dapat dikendalikan
dalam tempoh masa yang singkat oleh agensi-agensi yang
berkenaan dengan menggunakan sumber atau kemudahan yang
minima di peringkat tempatan.
Kejadian bencana di bawah Arahan ini adalah:
1. Bencana alam seperti kejadian banjir, ribut/taufan, gempa bumi, tsunami, ombak besar, kemarau dan tanah runtuh;
2. Bencana industri termasuklah kejadian letupan, kebakaran, pencemaran dan kebocoran bahan-bahan berbahaya (hazardous
materials) di kilang, loji dan depot yang memproses, mengeluar dan
menyimpan bahan-bahan berkenaan;
3. Kemalangan melibatkan pengangkutan, penyaluran dan pemindahan bahan-bahan berbahaya;
4. Keruntuhan bangunan dan struktur khas;
5. Kemalangan udara yang berlaku di kawasan yang berkependudukan tinggi;
6. Pelanggaran atau kegelinciran keretapi dan lain-lain sistem
pengangkutan rel yang melibatkan jumlah mangsa dan kemusnahan harta benda yang besar;
7. Kebakaran yang melibatkan kawasan yang luas termasuklah kebakaran bangunan tinggi dan struktur khas yang mempunyai ramai orang;
8. Kejadian empangan/takungan air pecah;
9. Kemalangan kimia, biologi, radiologi dan nuklear melibatkan
pepasangan atau yang berkaitan dengannya yang mana kemalangan ini berkemungkinan boleh merebak dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda atau pencemaran alam sekitar serta
menjejaskan aktiviti setempat;
10. Kejadian jerebu yang boleh menimbulkan keadaan kecemasan alam sekitar yang menggugat keselamatan, kesihatan dan ketenteraman awam, perjalanan pentadbiran Kerajaan dan aktiviti ekonomi negara;
11. Kejadian penularan wabak penyakit berjangkit yang tidak terkawal / pandemik; dan
12. Lain-lain kejadian bencana yang akan diisytiharkan dan ditetapkan oleh Kerajaan.
AGENSI PENERAJU BENCANA LAIN
1. Bencana Maritim – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) 2. Bencana Udara – Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
3. Bencana Kimia, Radiologi & Nuklear – Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA)
4. Bencana Jerebu – Jabatan Alam Sekitar (JAS)
5. Bencana Wabak Penyakit/Pandemik/Biologi – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Pengurusan Bencana hendaklah dikendalikan berasaskan tiga (3) peringkat pengurusan seperti berikut:
i) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP); ii) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN); dan
iii) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD). JPAM menjadi Sekretariat kepada semua Jawatankuasa
mengambil alih peranan MKN terdahulu.
Pengurusan Bencana dikendalikan mengikut tahap seperti berikut: 1) “Pengurusan Bencana Tahap I” ialah pengurusan dan pengendalian
kejadian bencana yang berlaku di sesuatu kawasan dan ianya dapat ditangani dengan berkesan oleh agensi-agensi yang terlibat di dalam pengurusan Bencana di Peringkat Daerah sama ada tanpa bantuan luar
atau dengan bantuan luar yang terhad.
2) “Pengurusan Bencana Tahap II” ialah pengurusan dan pengendalian kejadian bencana yang berlaku melebihi daripada satu daerah di negeri yang sama yang memerlukan pengemblengan sumber di Peringkat Negeri
dengan bantuan daripada Peringkat Pusat yang terhad.
3) “Pengurusan Bencana Tahap III” ialah pengurusan dan pengendalian kejadian bencana yang berlaku melebihi daripada satu negeri atau bersifat
kompleks yang memerlukan penyelarasan dan pengemblengan sumber di Peringkat Pusat atau dengan bantuan luar negara.
Tahap Pengurusan Bencana bergantung kepada penilaian
Jawatankuasa Pengurusan Bencana berdasarkan elemen seperti berikut: i) kompleksiti dan magnitud;
ii) kemusnahan dan kerosakan;
iii) kemampuan sumber kewangan, tenaga manusia dan kelengkapan; iv) kepakaran;
v) bantuan; dan
vi) tempoh masa tindak balas.
1. Agensi Penyelamat yang pertama tiba di lokasi bertindak segera menyelamat nyawa dan harta benda.
2. OCPD dan Pegawai Bomba Daerah mengambil alih selepas tiba di lokasi kejadian sebagai Komander dan Timbalan Komander Operasi.
3. Pengerusi JPBD (Pegawai Daerah) bersama Komander dan Timbalan Komander membuat penilaian tahap pengurusan bencana dan keupayaan agensi sedia ada.
4. Pengerusi melaporkan kepada JPBN (Setiausaha Kerajaan Negeri) sekiranya bencana tidak dapat ditangani di peringkat daerah.
Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) - PKTK hendaklah dibuka sebaik
sahaja berlakunya sesuatu kejadian bencana yang memerlukan tindakan secara bersepadu pelbagai agensi. Ketua Polis Daerah (OCPD) adalah bertanggungjawab untuk membuka PKTK.
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) – PKOB hendaklah dibuka oleh
Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat yang berkaitan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah, Bilik Gerakan MKN Negeri atau Pusat
Pengurusan Operasi Negara atau di mana-mana tempat yang bersesuaian mengikut tahap pengurusan Bencana. PKOB hendaklah mempunyai suatu sistem rangkaian komunikasi yang lengkap bagi menghubungkannya
dengan PKTK.
ZON MERAH meliputi suatu kawasan operasi khas tempat kejadian yang
ditetapkan oleh Komander Operasi Bencana untuk Agensi Penyelamat
dengan kepakaran tertentu seperti SMART, JBPM, PDRM, ATM, KKM, JPAM dan mana-mana pasukan khas yang ditubuhkan oleh Agensi Kerajaan.
ZON KUNING meliputi suatu kawasan di luar Zon Merah yang ditetapkan
oleh Komander Operasi Bencana bagi menempatkan PKTK dan pos-pos Agensi Penyelamat serta perlu mendapat kebenaran daripada Komander Operasi Bencana.
ZON HIJAU meliputi kawasan yang mengelilingi Zon Kuning bagi
menempatkan petugas agensi bantuan dan pemulihan , NGO, media, keluarga mangsa, pusat kaunseling, stor bekalan makanan dan pusat
pengumpulan mayat, pusat rawatn serta lain-lain fungsi yang diputuskan oleh Komander Operasi Bencana.
PUSAT MEDIA AGENSI BANTUAN DAN PEMULIHAN BADAN SUKARELA PUSAT KAUNSELING PUSAT KELUARGA MANGSA TEMPAT BEKALAN MAKANAN TEMPAT MAYAT TEMPAT REHAT KAWASAN KEJADIAN KAWASAN OPERASI UNIT-UNIT KHAS
MENCARI & MENYELAMAT PDRM JPAM SMART KKM BOMBA POS KAWALAN TEMPAT KEJADIAN JALAN MASUK LAIN-LAIN AGENSI PENYELAMAT ATM
JPBP
JPBN
1. Melaksana dan menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa-mangsa Bencana dan harta benda yang terancam atau akan terancam.
2. Menyedia kenderaan pengangkutan darat dan air untuk tugas-tugas pengungsian (evacuation), pemindahan mangsa-mangsa Bencana dan penghantaran bahan-bahan makanan dan keperluan ke tempat
kejadian Bencana.
3. Membantu KKM di tempat kejadian dalam memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa Bencana.
4. Memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa di tempat kejadian Bencana.
5. Menyediakan perkhidmatan ambulans dan memindahkan mangsa-mangsa bencana ke hospital/ klinik kesihatan.
6. Melaksanakan kerja-kerja menyelam untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang/ lemas/ terperangkap.
7. Menjalankan tugas-tugas pembersihan dan pemulihan kawasan selepas bencana.
8. Menguruskan mayat-mayat akibat bencana (mass casualties).
9. Memastikan keselamatan kesemua petugas dan orang-orang awam di dalam kawasan menyelamat.
10. Membantu menyelenggara pusat-pusat pemindahan dan mengagihkan makanan kepada mangsa-mangsa bencana. 11. Membantu pihak PDRM dalam mengawal harta benda dan
keselamatan mangsa-mangsa bencana.
1. Penyaluran bantuan bencana yang tidak mengikut saluran. 2. Pengagihan bantuan yang tidak seimbang.
3. Bantuan pemulihan/pembersihan berpilih. 4. Isu tempatan yang tidak dapat diselesaikan.
5. Garis panduan yang tidak ditetapkan dan menyeluruh. 6. Kelemahan pengumpulan data dan maklumat.
7. Maklumat tidak tepat, palsu dan tidak dapat disahkan.