1
NOTA PENERANGAN
SLAID PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2021
Slaid 1: Muka Depan PPT
Slaid 2: Latar Belakang
1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun Satu bermula tahun 2001 (Surat Siaran KP(BS/PSR)8502/08/Jld.XIV(18) bertarikh 23 Mei 2001). Program ini dilaksanakan pada tiga bulan pertama persekolahan dan ianya penting untuk perkembangan sosio emosi murid tahun satu di semua sekolah rendah.
2. Pada tahun 2006, Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun Satu dipendekkan daripada tiga bulan kepada tiga minggu mulai minggu pertama bulan Januari sesi persekolahan 2007 (KP(PPK)1200-1/1(38) bertarikh 4 Disember 2006).
2
3. Pada tahun 2020, bilangan hari persekolahan telah berkurang akibat daripada pandemik COVID-19 dan ini telah memberi implikasi terhadap pembelajaran murid prasekolah. Garis Masa yang ditunjukkan dalam slaid menunjukkan senario yang berlaku pada tahun 2020 di sekolah. Sekolah ditutup mulai 9 Nov 2020 hingga 17 Dis 2020 menyebabkan kurikulum tidak dapat disampaikan secara bersemuka kepada murid untuk tempoh 28 hari. Maka program transisi ini juga mengambil kira kandungan kurikulum prasekolah yang terkesan.
4. Selain itu, rasional perancangan program transisi ini adalah berdasarkan dapatan Tinjauan Penguasaan Literasi dan Numerasi Awal Murid Prasekolah yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum pada tahun 2020. Dapatan tinjauan ini menunjukkan wujudnya jurang penguasaan Literasi Awal Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid prasekolah.
5. Sehubungan itu, Program Transisi Tahun Satu 2021 telah dirangka dengan mengambil kira kesemua faktor penting berikut.
Slaid 3: Tujuan, Fitur dan Objektif Program Transisi
1. Program Transisi Tahun Satu 2021 merupakan program yang bertujuan menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah.
2. Program ini dirangka berasaskan kurikulum prasekolah dan Tahun Satu dengan memberi penekanan kepada sosioemosi serta literasi dan numerasi awal.
3
3. Objektif keseluruhan program adalah seperti berikut:
i. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah ii. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru
iii. Meningkatkan keyakinan dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran murid
iv. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya
Slaid 4: Tiga Fasa Pelaksanaan
1. Program Transisi 2021 dilaksanakan dalam 3 fasa, iaitu persediaan, penyesuaian dan kesediaan.
2. Selepas program transisi, murid dijangka lebih bersedia dari aspek sosioemosi, sikap belajar dan nilai serta literasi dan numerasi awal. 3. Pemantauan dan penilaian perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa
untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan program.
4
1. Fasa persediaan bermula pada 11 Januari hingga 19 Januari 2021. 2. Fasa ini penting bagi memastikan sekolah, ibu bapa dan murid bersedia
sebelum sesi persekolahan bermula.
Slaid 6: Garis Panduan Persediaan
1. Persediaan di sekolah: i. Pentadbir
a. Pengetahuan dan pemahaman program
b. Perbincangan dan penyelarasan program seperti mengadakan perbincanan dengan guru yang terlibat, mengenal pasti guru yang terlibat, merancang jadual waktu dan memaklumkan kepada warga sekolah
c. Pemakluman dan kerjasama dengan ibu bapa/penjaga berkaitan pelaksanaan program, kesediaan anak, keperluan kelengkapan persekolahan dan sebagainya
d. Kerjasama dengan PIBG/Lembaga Pengelola sekolah e. Pemantauan dan penilaian ke atas program
ii. Guru
a. Pemahaman dan perancangan pelaksanaan program seperti objektif, kepentingan dan pelaksanaan program.
b. Pengetahuan perkembangan kanak-kanak.
c. Kemahiran mengurus dan berinteraksi dengan murid khususnya murid yang berumur 6-7 tahun.
5 iii. Persekitaran Fizikal
a. Lokasi dan kelas yang sesuai dan selamat b. Kelas bersih dan ceria
c. Susun atur kelas sesuai
d. Peralatan dan perabot sedia ada yang sesuai
2. Persediaan di rumah i. Ibu Bapa
a. Persediaan anak dari aspek mental, sosioemosi dan fizikal. b. Persediaan kelengkapan pembelajaran seperti alat tulis, buku
dan pakaian
c. Bersedia menyokong pembelajaran anak.
d. Pelibatan dalam aktiviti dan perkembangan sekolah.
ii. Murid
a. Berupaya mengurus diri seperti memakai baju dan kasut, mengemas beg sekolah, menggunakan tandas dan boleh buat permintaan (kebenaran ke tandas, minum air dan sebagainya). b. Menunjukkan minat hadir ke sekolah
c. Berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru dan rakan baharu.
d. Menunjukkan sikap positif terhadap pembelajaran seperti fokus semasa melaksanakan aktiviti, bertanggungjawab, berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberi dan sebagainya.
6 Slaid 7: Fasa Penyesuaian
1. Fasa kedua iaitu Fasa Penyesuaian yang bermula pada hari pertama persekolahan iaitu pada 20 Januari hingga 29 Januari 2021 menggunakan Modul Orientasi.
2. Fasa ini bertujuan membolehkan murid menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran sekolah serta membina hubungan baik dengan rakan dan guru.
3. Pengisian pada setiap hari merangkumi rutin kelas, perbualan awal, aktiviti fizikal, aktiviti suai kenal, aktiviti pembelajaran dan rehat.
Slaid 8: Modul Orientasi
1. Modul Orientasi digunakan dalam Fasa Penyesuaian. 2. Objektif Modul Orientasi adalah seperti berikut:
i. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah ii. Membina hubungan baik murid dengan rakan sebaya dan guru iii. Membina keyakinan diri murid untuk berkomunikasi
7
Slaid 9: Cadangan Peruntukan Waktu dan Pelaksanaan
1. Berikut cadangan peruntukan waktu bagi pengisian sehari:
Pengisian Peruntukan Waktu
Rutin Kelas 30 minit
Perbualan Awal 30 minit
Aktiviti Fizikal 30 minit
Aktiviti Suai Kenal 120 minit Aktiviti Pembelajaran 60 minit
Rehat 20 minit
2. Pelaksanaan Modul Orientasi: i. Peruntukan ditetapkan
ii. Susunan pengisian sehari ditentukan oleh pihak sekolah
iii. Aktiviti ‘Jom Baca’ perlu dilaksanakan setiap hari semasa perbualan awal
iv. Pelaksanaan rutin kelas, perbualan awal dan rehat diuruskan oleh guru kelas masing-masing
8 Slaid 10: Pengisian Sehari
Perincian berkaitan pengisian sehari adalah seperti berikut: 1. Rutin Kelas
Rutin kelas bertujuan untuk membantu guru mengurus kelas dengan sistematik dan melaksanakan PdP dalam suasana kelas yang kondusif dan selamat. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan semasa rutin kelas adalah seperti berikut:
i. Ucap selamat ii. Baca doa
iii. Tertib tempat duduk iv. Ambil kedatangan murid v. Membersihkan kelas
2. Perbualan Awal
Perbualan awal bertujuan untuk menyediakan murid dari aspek mental dan emosi supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran pada hari tersebut dengan lebih berfokus. Antara aktiviti perbualan awal adalah seperti berikut:
i. berkongsi idea dan maklumat ii. bercerita
iii. menyanyi dan membuat pergerakan kreatif iv. simulasi
v. persembahan boneka vi. “Jom Baca”
9 3. Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan kesihatan diri. Antara aktiviti fizikal yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
i. bersenam ii. bermain iii. berjalan iv. rekreasi aktif
4. Aktiviti Suai Kenal
Aktiviti suai kenal bertujuan untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan rakan dan guru serta persekitaran baharu. Antara aktiviti suai kenal yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
i. memperkenalkan diri ii. mengenali guru dan rakan iii. mengenali kelas dan sekolah iv. melawat sekitar kawasan sekolah
v. membincangkan peranan dan tanggungjawab sebagai murid
5. Aktiviti Pembelajaran
Aktiviti pembelajaran dilaksanakan untuk memastikan murid menguasai asas literasi dan numerasi sebelum mereka mengikuti pembelajaran seterusnya. Fokus pembelajaran pada sesi ini ialah prabaca, pratulis dan pranombor. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
i. menyanyi lagu ii. bercerita
iii. permainan padanan (matching game) iv. mencantum puzzle
v. bermain doh vi. menyurih
10 6. Rehat
Rehat diperuntukkan untuk murid makan dan minum serta rehatkan minda serta fizikal. Guru perlu bersama-sama dengan murid ketika waktu rehat untuk membimbing murid
Slaid 11: Cadangan Pelaksanaan Sehari
Cadangan pelaksanaan sehari menggunakan Modul Orientasi
Slaid 12: Fasa Kesediaan
1. Fasa 3, Fasa Kesediaan dilaksanakan mulai 1 Februari hingga 25 Mac 2021.
2. Tujuan fasa ini ialah menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.
11 Slaid 13: Modul PdP
1. Modul PdP digunakan dalam pelaksanaan Fasa Kesediaan. Modul PdP dihasilkan sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam suasana yang bermakna dan menyeronokkan.
2. Kerangka Konsep Modul PdP: Modul PdP ini dibangun berasaskan lima aspek pembelajaran iaitu kognitif; nilai; kreativiti dan estetika; kesejahteraan fizikal dan kesihatan; dan sosioemosi berasaskan pendekatan modular, bersepadu dan bertema. Pelaksanaan modul ini bukan sahaja memerlukan kerjasama semua guru yang terlibat tetapi juga pentadbir sekolah dan ibu bapa/penjaga serta disokong oleh persekitaran sekolah yang memberangsangkan.
3. Objektif Modul PdP adalah seperti berikut:
i. Meningkatkan keyakinan murid dalam interaksi sosial dan pembelajaran
ii. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya
12 Slaid 14 : Tema dan Subtema, Pelaksanaan
1. Terdapat 4 tema dalam Modul PdP, iaitu Saya Sihat Saya Selamat, Mari Fikirkan, Detektif Alam dan Hidup Bersama.
2. Pelaksanaan Modul PdP:
i. Pengisian fasa ini merangkumi aktiviti PdP secara bertema dan aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal dilaksanakan dua kali seminggu oleh guru Pendidikan Jasmani
ii. Semua tema dan subtema perlu dilaksanakan
iii. Cadangan aktiviti boleh diubah suai mengikut tahap murid dan konteks sekolah
Slaid 15: Fitur Modul PdP
1. Modul ini tema, subtema, tajuk aktiviti dan cadangan aktiviti. 2. Setiap subtema mengandungi objektif dan cadangan aktiviti.
3. Bagi membantu guru melaksankan aktiviti, nota guru dan bahan sokongan dalam bentuk Kod QR dan pautan disediakan.
13 Slaid 16: Contoh Pelaksanaan
1. Berdasarkan slaid, tema yang ditunjuk ialah Detektif Alam dan subtemanya adalah Misteri Alam Rimba. Tajuk aktiviti yang dipilih untuk dijelaskah ialah Mari ke Zoo.
2. Dalam tajuk Mari ke Zoo, terdapat 3 aktiviti yang dicadangkan iatu: i. Bercerita tentang zoo
ii. Cari maklumat berkaitan zoo iii. Buat lakaran dan hasilkan zoo mini
3. Tiga aktiviti tersebut boleh dirancang dengan lebih lanjut seperti Slaid 16 .
Slaid 17: Contoh pelaksanaan... Sambungan
1. Bagi melaksanakan aktiviti Bercerita tentang Zoo, guru yang terlibat perlu berbincang dan merancang bagaimana untuk melaksanakannya. Antara langkah pengajaran yang boleh dilaksanakan untuk aktiviti ini ialah:
i. Bercerita menggunakan buku cerita ii. Bersoal jawab
14 iii. Baca bersama
iv. Lakonkan berdasarkan buku cerita yang dibaca v. Menyanyikan lagu berkaitan haiwan
vi. Hasilkan buku cerita berkaitan zoo
2. Langkah-langkah tersebut boleh diagih dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran yang masuk ke kelas berdasarkan jadual waktu yang telah ditetapkan. Misalnya seperti yang ditunjukkan dalam jadual waktu dalam slaid, waktu ke-2 dan ke-3 adalah waktu Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Dalam masa 1 jam, guru Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral boleh melaksanakan 3 langkah yang pertama iaitu bercerita menggunakan buku cerita, bersoal jawab dan baca bersama. Semasa melaksanakan aktiviti ini, guru boleh mengaitkan dengan mata pelajaran yang diajar mengikut kesesuaian. Misalnya guru Pendidikan Islam mengaitkan haiwan sebagai makhluk ciptaan Allah, manakala guru Pendidikan Moral pula boleh menerapkan nilai kasih sayang. 3. Pada waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris pula, guru boleh
melaksanakan langkah seterusnya iaitu langkah ke-6, hasilkan buku cerita berkaitan zoo. Pada waktu tersebut guru boleh meminta murid menghasilkan buku cerita dalam Bahasa Inggeris.
4. Begitulah juga dengan mata pelajaran yang lain, guru boleh menyesuaikan aktiviti dengan mata pelajaran yang diajar.
5. Perbincangan dan kerjasama semua guru mata pelajaran yang terlibat amat diperlukan untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan Modul PdP.
15
Slaid 18: Pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2021 Melalui Kaedah PdPR
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka bermula pada 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan berpusat dan peperiksaan antarabangsa yang setara.
Manakala murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.
Sehubungan dengan itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah menyediakan contoh pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2021 melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa tempoh PKP tersebut. Seperti yang disarankan dalam pelaksanaan PdPR, guru perlu melaksanakan program transisi dengan menggunakan kemudahan sedia ada dan menggalakkan pelibatan ibu bapa/penjaga untuk membantu serta membimbing pembelajaran anak di rumah.
PELAKSANAAN
1. Pembelajaran murid secara berterusan di rumah adalah penting bagi memastikan minat murid untuk hadir ke sekolah dapat dikekalkan dan sikap positif terhadap pembelajaran dapat ditingkatkan. Oleh itu,
16
Program Transisi Tahun Satu 2021 perlu dilaksanakan walaupun murid tidak hadir ke sekolah.
2. Program Transisi Tahun Satu 2021 boleh dilaksanakan melalui kaedah PdPR mengikut kesesuaian guru dan murid sama ada secara atas talian atau luar talian.
3. Pelaksanaan program transisi melalui kaedah PdPR atas talian perlu mengambil kira kemudahan internet dan peranti guru dan murid.
4. Perancangan masa dan aktiviti program transisi melalui kaedah PdPR atas talian perlu mengambil kira faktor umur murid dan keupayaan daya tumpuan mereka di hadapan skrin serta pandangan ibu bapa.
5. Masa dan aktiviti pengisian sehari dalam Modul Orientasi boleh diubah suai. Namun, aktiviti yang dirancangkan perlu dapat mencapai objektif Modul Orientasi. Contohnya, semasa rutin kelas, guru boleh memberi penjelasan tentang tertib pembelajaran atas talian, kepentingan pembelajaran di rumah dan sebagainya. Manakala aktiviti suai kenal seperti mengenali sekolah atau peraturan sekolah boleh dilaksanakan melalui rakaman video.
6. Guru perlu melaksanakan semua tema dan subtema yang terdapat dalam Modul PdP. Walau bagaimanapun, cadangan aktiviti boleh diubah suai mengikut tahap murid dan konteks sekolah serta kesesuaian pelaksanaan melalui kaedah PdPR.
7. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh guru untuk memastikan Program Transisi Tahun Satu melalui kaedah PdPR dapat dilaksanakan ialah:
i. Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga berkaitan keperluan pelibatan ibu bapa/penjaga untuk membimbing dan menyokong pembelajaran murid di rumah.
ii. Membuat perancangan aktiviti yang sesuai dan dapat dilaksanakan berdasarkan kemampuan ibu bapa dan keperluan murid di rumah. iii. Berkomunikasi dengan ibu bapa/penjaga untuk mengetahui
17
Slaid 19: Contoh Pelaksanaan Modul Orientasi Melalui Kaedah PdPR
Slaid 20: Contoh 1- Pelaksanaan sehari kaedah PdPR secara atas talian dan luar talian
1. Berdasarkan slaid yang ditunjuk, pelaksanaan pengisian sehari Modul Orientasi telah dirancang secara atas talian dan luar talian. Aktiviti yang diwarnakan jingga secara atas talian, manakala aktiviti yang diwarnakan hijau secara luar talian dengan pelibatan ibu bapa.
2. Guru memulakan kelas dengan pelaksanaan rutin kelas, iaitu mengambil kedatangan, bertanya khabar dan memberi peringatan tentang tertib pembelajaran atas talian serta memberi peringatan tentang kepentingan pembelajaran di rumah.
3. Pada hari tersebut, guru merancang untuk memperkenalkan murid dengan persekitaran sekolah. Oleh itu, guru melaksanakan perbualan awal dengan bernyanyi lagu ‘Jom ke Sekolah’ dan membaca cerita pendek berkaitan sekolah. Sesi ini bertujuan untuk menyediakan murid dengan apa yang akan dipelajari pada hari tersebut.
18
4. Aktiviti suai kenal yang dirancang ialah lawatan ke persekitaran sekolah. Untuk itu, guru telah menggunakan video yang telah disediakan untuk menerangkan kepada murid tentang persekitaran sekolah. Selepas menonton video tersebut, guru dan murid akan berbincang berkaitan video yang telah ditonton.
5. Aktiviti suai kenal diteruskan dengan tugasan murid iaitu menggambarkan ‘Sekolah Idaman Saya’. Murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan ibu bapa di rumah.
6. Semasa waktu rehat pula, ibu bapa akan membimbing murid mencuci tangan dengan cara yang betul.
7. Slot yang terakhir pada hari tersebut ialah aktiviti pembelajaran. Murid akan melaksanakan aktiviti membuat doh dan membentuk doh menjadi huruf/perkataan/nama sendiri.
8. Bahan dan panduan pelaksanaan aktiviti secara luar talian yang akan dilaksanakan oleh ibu bapa perlu disedia dan dibekalkan kepada ibu bapa sebelum aktiviti dijalankan. Keluwesan perlu diberikan kepada ibu bapa semasa melaksanakan aktiviti tersebut, misalnya mereka hendak melaksanakan aktiviti tersebut di sebelah petang.
Slaid 21: Contoh 2 - Pelaksanaan sehari kaedah PdPR secara luar talian
1. Manakala dalam slaid ini, pelaksanaan pengisian sehari Modul Orientasi telah dirancang secara luar talian sahaja oleh ibu bapa. Contoh ini untuk murid atau guru yang tidak mendapat capaian internet.
19
2. Bahan dan panduan pelaksanaan aktiviti perlu disedia dan dibekalkan kepada ibu bapa sebelum aktiviti dijalankan sama ada dalam bentuk video, slaid, bahan bercetak dan sebagainya.
Slaid 22: Contoh pelaksanaan Modul PdP melalui kaedah PdPR
Slaid 23: Contoh 1 – PdPR secara dalam talian dan luar talian
1. Bagi menjelaskan pelaksanaan Modul PdP, subtema “Kita Jaga Kita” telah dipilih. Aktiviti “Awas...Covid-19” telah dirancang secara atas talian dan luar talian dengan objektif seperti berikut:
i. bersoal-jawab berkaitan amalan penjagaan kesihatan
ii. Mengaplikasikan langkah penjagaan keselamatan dan kesihatan diri
20
Slaid 24: Contoh 2 – PdPR secara dalam talian dan luar talian (sambungan)
1. Berdasarkan slaid yang ditunjuk, pelaksanaan Modul PdP telah dirancang secara atas talian dan luar talian. Aktiviti yang diwarnakan jingga secara atas talian, manakala aktiviti yang diwarnakan biru secara luar talian dengan pelibatan ibu bapa.
2. Guru mengedarkan panduan pelaksanaan aktiviti dan video “Amalan Penjagaan Kesihatan” kepada ibu bapa.
3. Murid menonton video tersebut bersama-sama ibu bapa di rumah. 4. Murid menonton video sekali lagi bersama-sama guru secara atas talian.
Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan video yang ditonton.
5. Guru menunjuk contoh poster dan menjelaskan secara lebih lanjut tentang langkah penjagaan kebersihan dan kesihatan khasnya semasa pandemik COVID-19. Murid diberi tugasan menghasilkan poster atau lukisan tentang pandemik COVID-19.
6. Murid menyiapkan tugasan menghasilkan lukisan/poster bersama-sama ibu bapa di rumah.
7. Hasil kerja murid akan dihantar kepada guru melalui medium yang sesuai.
21
Slaid 25: Contoh 2 – PdPR secara luar talian
1. Manakala dalam slaid ini, PdPR telah dirancang secara luar talian sahaja dan perlu dilaksanakan oleh ibu bapa. Contoh ini disediakan untuk murid atau guru yang tidak mendapat capaian internet.
2. Objektif bagi aktiviti ini ialah:
i. Membaca dan memahami buku cerita
ii. Bersoal-jawab tentang cara menjaga kebersihan pakaian dan peralatan peribadi
iii. Menunjuk sikap bertanggungjawab terhadap diri
Slaid 26: Contoh 2 – PdPR secara luar talian (Sambungan)
1. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, aktiviti PdPR luar talian yang dirancang merangkumi membaca dan bersoal-jawab tentang buku cerita, mengamal cara menjaga kebersihan diri dan kebersihan peralatan peribadi serta penilaian kendiri.
22
2. Bagi melaksanakan aktiviti ini, guru menyediakan panduan pelaksanaan aktiviti dan buku cerita “Hafiz yang Comot” dan mengedar kepada ibu bapa sebelum aktiviti dijalankan sama ada dalam bentuk video, slaid, bahan bercetak dan sebagainya. Selain itu, guru juga perlu memikirkan sokongan lain yang boleh diberi kepada ibu bapa yang mungkin tidak dapat membantu anak dalam pembacaan, misalnya menyediakan rakaman audio atau visual.
3. Murid membaca buku cerita bersama-sama ibu bapa. Murid memahami buku cerita dan cara penjagaan kebersihan diri dan peralatan peralatan peribadi melalui soal jawab. Soalan perbincangan disediakan oleh guru. 4. Murid diminta untuk mengamalkan amalan penjagaan kebersihan dan
melakukan penilaian kendiri. Ibu bapa dimohon untuk membimbing dan memantau anak mereka di rumah berdasarkan senarai semak yang diberi oleh guru.
5. Senarai Semak yang telah lengkap perlu dikembalikan kepada guru. Guru boleh memberi respons berdasarkan maklumat yang diberi oleh ibu bapa.
Kesimpulan
Selain daripada merancang dan melaksanakan Modul Orentasi dan Modul PdP, guru juga perlu melaksanakan pentaksiran dari semasa ke semasa. Pentaksiran dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui tahap perkembangan dan tahap pencapaian murid, tetapi bukan untuk membuat perbandingan antara murid. Pentaksiran amat penting untuk membantu guru merancang tindakan susulan yang sesuai.