• Tidak ada hasil yang ditemukan

PELAN TINDAKAN PERSEDIAAN MENGHADAPI KECEMASAN (GEMPA BUMI / KEBAKARAN / RUNTUHAN / GANGGUAN KUASA ELEKTRIK) SEMASA PEPERIKSAAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PELAN TINDAKAN PERSEDIAAN MENGHADAPI KECEMASAN (GEMPA BUMI / KEBAKARAN / RUNTUHAN / GANGGUAN KUASA ELEKTRIK) SEMASA PEPERIKSAAN"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

PELAN TINDAKAN PERSEDIAAN MENGHADAPI KECEMASAN

(GEMPA BUMI / KEBAKARAN / RUNTUHAN / GANGGUAN KUASA ELEKTRIK) SEMASA PEPERIKSAAN

1. Gempa bumi / Kebakaran / Runtuhan berlaku semasa Ketua Pengawas Peperiksaan

dalam perjalanan ke dewan peperiksaan.

i. Semasa gempa bumi berlaku, bertenang dan bersegera mengikuti langkah-langkah yang digariskan di bawah.

ii. Jika berada di luar dewan, bergerak dengan cepat keluar dari kawasan bangunan, tiang utiliti dan lain-lain struktur menuju ke assembly point. Amaran: Sentiasa mengelakkan menyentuh talian kuasa atau utiliti kerana bahan masih berfungsi. iii. Selepas gegaran awal, Pegawai Keselamatan menilai keadaan dan, jika bantuan

kecemasan adalah perlu, menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan UiTM atau Polis Bantuan dan Penyelaras Bangunan. Lindungi diri anda pada setiap masa dan bersedia untuk gegaran susulan.

iv. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah segera pergi ke tempat perhimpunan (assembly point) yang telah ditetapkan dengan membawa bersama-sama bungkusan kertas soalan peperiksaan dengan diiringi oleh Polis Bantuan.

v. Pengawas Peperiksaan dan Pembantu Pengawas Peperiksaan hendaklah keluar dari dewan peperiksaan melalui pintu yang berdekatan dan pergi ke tempat perhimpunan (assembly point).

vi. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah membuat head count untuk memastikan semua Pengawas dan Pembantu Pengawas Peperiksaan berada di tempat perhimpunan (assembly point).

vii. Sekiranya ada mangsa yang terperangkap, laporkan kepada Pegawai Keselamatan Bangunan untuk diselamatkan. Polis Bantuan UiTM hendaklah menjaga pintu masuk ke bangunan bagi mengelakkan berlaku kecurian dan pencerobohan. viii. Pegawai Keselamatan melaporkan kepada Timbalan Dekan (Akademik) / Timbalan

Rektor (Akademik).

ix. Timbalan Dekan (Akademik) / Timbalan Rektor (Akademik) melaporkan kejadian kepada Dekan / Rektor / Pengarah Bahagian Penilaian Akademik / Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

x. Pegawai Keselamatan melaporkan jumlah mangsa yang terlibat kepada pihak Bomba.

xi. Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan melaporkan kejadian kepada Pengarah Bahagian Penilaian Akademik untuk dimaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

xii. Jangan Berpatah Balik Ke Dalam Bangunan kecuali diarahkan berbuat demikian oleh Komander Insiden Universiti atau Penyelaras Bangunan.

xiii. KEKAL TENANG. Semua usaha Pelan Tindakan Kecemasan memerlukan pemikiran yang jelas dan kerjasama dari semua warga kampus UiTM.

xiv. Sila merujuk kepada prosedur kecemasan khusus untuk bangunan yang digunakan/diduduki.

(2)

2. Gempa bumi / Kebakaran / Runtuhan berlaku semasa Ketua Pengawas Peperiksaan telah berada di dalam dewan peperiksaan bersama-sama Pengawas Peperiksaan dan Pembantu Pengawas Peperiksaan dalam keadaan (i) bungkusan kertas soalan belum dibuka dan (ii) kertas soalan telah diagihkan di atas meja.

i. Semasa gempa bumi berlaku, bertenang dan bersegera mengikuti langkah-langkah yang digariskan di bawah.

ii. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan Pengawas dan Pembantu Pengawas Peperiksaan untuk keluar dari dewan/bilik peperiksaan melalui pintu yang berdekatan dan pergi ke tempat perhimpunan (assembly point) yang telah ditetapkan tanpa membawa bersama bungkusan kertas soalan peperiksaan. Jangan gunakan lif, gunakan tangga untuk laluan keluar menyelamatkan diri.

iii. Jika di dalam bangunan, segera menyelamatkan diri di bawah meja atau kerusi. Menjauhkan diri daripada kaca tingkap, rak-rak dan peralatan berat. SEWAKTU

GEMPA BERLAKU TERUS BERADA DALAM BANGUNAN DAN KELUAR BANGUNAN HANYA SELEPAS GEGARAN BERHENTI. Melindungi mata anda

dengan menundukan kepala ke bawah.

iv. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah membuat head count untuk memastikan semua Pengawas dan Pembantu Pengawas Peperiksaan berada di tempat perhimpunan (assembly point).

v. Sekiranya ada mangsa yang terperangkap, laporkan kepada Pegawai Keselamatan untuk diselamatkan. Polis Bantuan yang lain hendaklah menjaga pintu masuk ke bangunan bagi mengelakkan berlaku kecurian dan pencerobohan.

vi. Pegawai Keselamatan melaporkan kepada Timbalan Dekan (Akademik) / Timbalan Rektor (Akademik).

vii. Timbalan Dekan (Akademik) / Timbalan Rektor (Akademik) melaporkan kejadian kepada Dekan / Rektor / Pengarah Bahagian Penilaian Akademik / Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

viii. Pegawai Keselamatan melaporkan jumlah mangsa yang terlibat kepada pihak Bomba.

ix. Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan melaporkan kejadian kepada Pengarah Bahagian Penilaian Akademik untuk dimaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

x. JANGAN BERPATAH BALIK KE DALAM BANGUNAN kecuali diarahkan berbuat demikian oleh Komander Insiden Universiti atau Penyelaras Bangunan.

xi. KEKAL TENANG. Semua usaha Pelan Tindakan Kecemasan memerlukan pemikiran yang jelas dan kerjasama dari semua warga kampus UiTM

xii. Sila merujuk kepada prosedur kecemasan khusus untuk bangunan yang digunakan/diduduki.

(3)

3. Gempa bumi / Kebakaran / Runtuhan berlaku semasa pelajar sedang menduduki peperiksaan.

i. Semasa gempa bumi berlaku, bertenang dan bersegera mengikuti langkah-langkah yang digariskan di bawah.

ii. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan semua pelajar untuk keluar dari dewan/bilik peperiksaan melalui pintu yang berdekatan dan pergi ke tempat perhimpunan (assembly point) yang telah ditetapkan tanpa membawa bersama kertas soalan dan skrip jawapan peperiksaan. Jangan gunakan lif, gunakan tangga untuk laluan keluar menyelamatkan diri.

iii. Jika di dalam bangunan, segera menyelamatkan diri di bawah meja atau kerusi. Menjauhkan diri daripada kaca tingkap, rak-rak dan peralatan berat. SEWAKTU

GEMPA BERLAKU TERUS BERADA DALAM BANGUNAN DAN KELUAR BANGUNAN HANYA SELEPAS GEGARAN BERHENTI. Melindungi mata anda

dengan menundukan kepala ke bawah.

iv. Pengawas dan Pembantu Pengawas Peperiksaan diminta membantu melancarkan proses pelajar meninggalkan dewan/bilik peperiksaan.

v. Setelah semua pelajar keluar, Ketua Pengawas, Pengawas dan Pembantu Pengawas Peperiksaan juga perlu segera meninggalkan dewan/bilik peperiksaan dan pergi ke tempat perhimpunan (assembly point). Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah membawa bersama-sama senarai pelajar yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik berkenaan untuk semakan.

vi. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah membuat head count untuk memastikan semua pelajar, Pengawas dan Pembantu Pengawas Peperiksaan berada di tempat perhimpunan (assembly point).

vii. Sekiranya ada mangsa yang terperangkap, laporkan kepada Pegawai Keselamatan untuk diselamatkan. Polis Bantuan yang lain hendaklah menjaga pintu masuk ke bangunan bagi mengelakkan berlaku kecurian dan pencerobohan.

viii. Pegawai Keselamatan melaporkan kepada Timbalan Dekan (Akademik) / Timbalan Rektor (Akademik).

ix. Timbalan Dekan (Akademik) / Timbalan Rektor (Akademik) melaporkan kejadian kepada Dekan / Rektor / Pengarah Bahagian Penilaian Akademik / Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

x. Pegawai Keselamatan melaporkan jumlah mangsa yang terlibat kepada pihak Bomba.

xi. Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan melaporkan kejadian kepada Pengarah Bahagian Penilaian Akademik untuk dimaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

xii. JANGAN BERPATAH BALIK KE DALAM BANGUNAN kecuali diarahkan berbuat demikian oleh Komander Insiden Universiti atau Penyelaras Bangunan.

xiii. KEKAL TENANG. Semua usaha Pelan Tindakan Kecemasan memerlukan pemikiran yang jelas dan kerjasama dari semua warga kampus UiTM

xiv. Sila merujuk kepada prosedur kecemasan khusus untuk bangunan yang digunakan/diduduki.

(4)

4. Gangguan Kuasa Elektrik/Power Failure/Power Outage Semasa Peperiksaan.

i. Jika terdapat gangguan kuasa elektrik yang menyebabkan kekurangan cahaya dan mengganggu keupayaan pelajar untuk menulis jawapan soalan peperiksaan, maka peperiksaan perlu dihentikan.

ii. Ketua pengawas hendaklah mencatat masa dan membuat pengumuman dengan meminta semua pelajar BERHENTI MENULIS, BERDIAM DIRI DAN KEKAL

DUDUK di kerusi masing-masing sementara Pengawas Peperiksaan mendapatkan

pengesahan keadaan gangguan kuasa elektrik tersebut.

iii. Pengawas Peperiksaan hendaklah dengan segera menghubungi Petugas Bilik Gerakan Peperiksaan untuk memaklumkan terdapat gangguan elektrik di bilik/dewan peperiksaan.

iv. Petugas Bilik Gerakan hendaklah dengan segera menghubungi Unit/Bahagian Pengurusan Fasiliti untuk mengetahui punca gangguan kuasa elektrik yang telah berlaku dan berapa lama ianya akan berterusan.

v. Setelah menerima maklumat, Dekan / Rektor / Pengarah / Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan akan membuat keputusan berdasarkan tempoh masa gangguan kuasa elektrik berlaku:-

a) Jika kegagalan kuasa dijangka berlangsung 30 minit atau kurang, Dekan / Rektor / Pengarah / Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan boleh membenarkan peperiksaan diteruskan dengan meminta Ketua Pengawas mengumumkan bahawa peperiksaan akan bermula semula dan memaklumkan kepada calon masa tamat yang baharu iaitu tambahan masa berdasarkan tempoh masa gangguan kuasa elektrik yang berlaku.

b) Jika kegagalan kuasa dijangka bertahan lebih daripada 30 minit, Dekan / Rektor / Pengarah / Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan hendaklah menghubungi Pengarah Bahagian Penilaian Akademik untuk memaklumkan mengenai gangguan kuasa elektrik yang telah berlaku.

vi. Pengarah Bahagian Penilaian Akademik hendaklah segera menghubungi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dengan mencadangkan mendapatkan arahan supaya peperiksaan dapat ditamatkan.

vii. Pengarah Bahagian Penilaian Akademik hendaklah segera menghubungi semula Dekan / Rektor / Pengarah / Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan / Petugas Bilik Gerakan untuk memaklumkan peperiksaan perlu ditamatkan atas arahan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

viii. Petugas Bilik Gerakan dimaklumkan dan hendaklah dengan segera memberitahu Ketua Pengawas supaya membuat pengumuman bahawa peperiksaan ditamatkan dan semua skrip peperiksaan akan dikumpulkan.

ix. Ketua Pengawas mengumumkan bahawa satu peperiksaan semula untuk kursus yang terlibat dengan gangguan kuasa elektrik tersebut akan dijadualkan dalam tempoh masa terdekat dan pelajar hendaklah mendapatkan maklumat terkini di Pejabat Akademik Fakulti/UiTM Cawangan/Pusat Akademik masing-masing. x. Ketua Pengawas memberikan kebenaran kepada pelajar untuk meninggalkan

bilik/dewan peperiksaan. Walau bagaimanapun disebabkan oleh pengurangan tahap pencahayaan di dalam bilik/dewan peperiksaan pelajar perlu diminta untuk

(5)

JAWATANKUASA PENYEDIAAN DOKUMEN ASAL

- Pelan Tindakan Persedian Menghadapi Kecemasan Gempa Bumi 1. Prof. Madya Jasman Hj. Jaafar

Timbalan Rektor Akademik / Pengerusi JK Peperiksaan UiTM Cawangan Sabah 2. Encik Adri Bin Hj. Jamalludin

Jurutera

UiTM Cawangan Sabah 3. Prof. Madya Matyasin Jamil

Pensyarah Kanan /

Timbalan Pengerusi JK Peperiksaan UiTM Cawangan Sabah

4. Dr. Hendry Joseph

Koordinator Program AT110 / AJK Peperiksaan

UiTM Cawangan Sabah

5. Prof. Madya Dr. Zamali Hj. Tarmudi KPP INED / AJK Peperiksaan UiTM Cawangan Sabah 6. Prof. Madya Christina Chin

Pensyarah Kanan / AJK Peperiksaan UiTM Cawangan Sabah

7. Dr. Hjh. Zuraidah Hj. Zaaba

Pensyarah Kanan / AJK Peperiksaan UiTM Cawangan Sabah

8. Tuan Hj. Sheikh Junaidi Sheikh Mohammad

Koordinator Program BM250 / AJK Peperiksaan

UiTM Cawangan Sabah 9. Dr. Dewi Tajuddin

Koordinator Pasca Siswazah / AJK Peperiksaan

UiTM Cawangan Sabah 10. ASP/PB Suria Kamis

Pegawai Keselamatan UiTM Cawangan Sabah

11. Encik Mohd. Fikri Redzuan Abdullah Penolong Jurutera

UiTM Cawangan Sabah 12. Puan Aminah Aman

Penolong Pendaftar Akademik (Peperiksaan)

UiTM Cawangan Sabah

JAWATANKUASA PENYUNTING

1. Puan Hajah Nor Hashimah Haji Rahmat Pengarah

Bahagian Penilaian Akademik UiTM Shah Alam

2. Puan Norazlina Mahat Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Penilaian Akademik UiTM Shah Alam

3. Encik Ahmad Hilmi Hj. Rahmat Ketua Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM Shah Alam

4. Puan Mona Anita Fauzi Penolong Jurutera Kanan

Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM Shah Alam

5. Unit Pengurusan Risiko UiTM Shah Alam

Referensi

Dokumen terkait

Struktur Makro merupakan makna global/umum dari suatu teks yang dapat diamati dengan melihat topik atau tema yang dikedepankan dalam suatu berita... Superstruktur merupakan

Dalam kurun waktu tersebut, tidak boleh ada perusahaan lain yang memproduksi obat dari bahan generik yang sama, karena obat tersebut relatif baru dan masih

Resultan Vektor adalah operasi-operasi yang terjadi dari 2 besaran vektor atau lebih Vektor satuan adalah suatu vektor yang nilainya 1 satuan dan memiliki arah

Selain itu, meskipun penelitian ini menunjukkan tidak ada hubungan yang signifikan antara motivasi dengan disiplin kerja dan lingkungan kerja dengan disiplin

Jika belum tepat harus diatur dengan memutar sekrup pengatur kedudukan jarum penunjuk meter ke kiri atau ke kanan dengan menggunakan obeng pipih (-) kecil. Dalam

Portofolio loser dalam replikasi ketiga, hanya pada bulan keempat saja yang menunjukkan hasil baik dengan nilai pengembalian posistif sebesar 0.76% (terjadi gejala

Laporan Tugas Akhir ini merupakan salah satu syarat yang harus dipenuhi untuk menyelesaikan pendidikan S-1 pada Program Studi Teknik Informatika Fakultas Teknik

Untuk memahami deskripsi akhlak seorang murid terhadap gurunya dalam konteks pemikiran Az-Zarnuji, menurut Awaluddin dalam tesisnya dapat dipahami dari pernyataannya