• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS KEPERLUAN GURU-GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DALAM PROGRAM I-THINK DI DAERAH DUNGUN, TERENGGANU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ANALISIS KEPERLUAN GURU-GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DALAM PROGRAM I-THINK DI DAERAH DUNGUN, TERENGGANU"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

670

ANALISIS KEPERLUAN GURU-GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DALAM PROGRAM I-THINK DI DAERAH DUNGUN,

TERENGGANU Rosmaliza Mat Ariffin*

FakultiPendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan guru-guru Matematik sekolah rendah dalam aspek pendekatan program i-THINK dari segi (a) menilai prestasi pelajar, (b) perancangan program i-THINK, (c) penyampaian program i-THINK, (d) pengurusan dan pentadbiran program i-THINK , (e) kemajuan kendiri guru Matematik dan kursus perkhidmatan yang diperlukan. Maklumat ini akan memberikan gambaran keperluan guru dengan secara tidak langsung. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan boring soal selidik.Sampel kajian yang diambil secara rawak bersrata yang terdiri daripada 80 guru-guru matematik daripada 24 buah sekolah di daerah Dungun, Terengganu.Analisis kekerapan dan peratusan digunakan bagi mengenalpasti keutamaan keperluan guru. Analisis keperluan ini penting kerana ia dapat membantu proses pengajaran i-THINK di kalangan guru Matematik agar pengajaran lebih mudah, berkesan dan menyeronokkan. Hasil kajian ini akan dapat menjadi asas kepada perancangan, mereka bentuk dan melaksanakan kursus dalam perkhidmatan untuk guru Matematik Sekolah rendah.

Kata Kunci:Guru Matematiksekolah rendah; keperluan guru dan program i-THINK

.

1.0 PENGENALAN

Dalam dunia pendidikan, guru merupakan pasukan peneraju yang amat penting peranannya, tidak kira dalam apa sahaja pengajaran yang diajar, guru akan sentiasa berusaha untuk membentuk, mengilap dan menghasilkan pelajar berpotensi yang berguna serta mampu menyumbang tenaga dan pemikiran kepada negara pada masa kelak.

Penerapan perlu dalam kemahiran berfikir aras tinggi kerana menurut kajian yang dilakukan oleh UN Education, indeks Malaysia muncul ditempat ketiga terakhir daripada 181 buah Negara. Bagi pencapaian Malaysia dalam Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) tahun 2007 pula Malaysia adalah pada tahap 20 bagi Matematik dan 21 bagi Sains dalam kalangan 49 negara. Manakala laporan Program for International Student Assessment(PISA) tahun 2009 menunjukkan prestasi Malaysia berada dalam kedudukan 57 bagi Matematik, 55 bagi Sains dan 52 bagi Kefahaman dalam kalangan 74 negara.Dapatan ini dikukuhkan lagi denganlaporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan21 Century Schools (USA) yang

(2)

671

dibentangkan pada 2 November 2011 mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.

Pada 27 Julai 2011 Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini akan dipeluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014.

Program i-THINK merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi.Fokus program ini adalah untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir disamping melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif serta mampu berdaya saing.

Program i-THINK ini telah memperkenalkan beberapa peta pemikiran dalam proses untuk membentuk kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang menggunakan kemahiran berfikir arasuntuk mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum.Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan yang sesuai dengan proses pemikiran asas. Peta bulatan digunakan untuk menentukan dalam konteks; Peta buih menggambarkan dengan kata sifat; Peta alir menunjukkan urutan dan pesanan; Peta dakap pula berfungsi untuk mengenalpasti kebahagian atau kesluruhan hubungan; peta pokok digunakan mengklasifikasikan kumpulan; Peta buih berganda untuk membandingkan dan membeza; Peta pelbagai alir berfungsi untuk menganalisis sebab-sebab dan kesan-kesan. Peta titi pula digunakan untuk melihat analogi.Peta pemikiran ini ialah bahasa visual yang boleh digunakanoleh pelajar-pelajar dalam semua mata pelajaran.

(3)

672

Kemahiran berfikir aras tinggi adalah penting dalam pendekatan i-THINK kerana ia merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikirr secara kreatif dan kreatif dan ia merupakan aras yang paling tinggi dalam hireaki proses kognitif. Kemahiran aras tinggi ini berlaku apabila seseorang itu mendapat maklumat baru, menyimpan, menyusun serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi yang rumit.MenurutMahmud (2001, dalam Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi, 2008 ), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai dapat digunakan dikalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka dalam matapelajaran Matematik. Dengan adanya maklumat ini juga dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar pelajar dapat mempelajari Matematik dengan lebih seronokdan bermakna .Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka.Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina.

Dalam kurikulum KSSR juga menekankan kaedah pengajaran yang berpusat kepada murid, bahan dan berasaskan aktiviti menjadi fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah.Oleh itu, guru-guru bukan sahaja dilatih dalam pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah jugaterhadap kemahiran pedagogi dalam melaksanakan pengajaran yang berpusatkan bahan, murid dan aktiviti. Guru-guru juga sebenarnya sudah sedar tentang peranan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Namun demikian,untuk menggunakan bahan bantu mengajar seseorang guru juga harus mahir mengenalpasti serta bijak membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang paling berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Guru harus sedar bahawa kualiti sesuatu pelajaran yang berpusat kepada murid amat bergantung kepada keberkesanan guru memilih danmenggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai (Lai Kim Leong dan Rakan-rakan,2006)

(4)

673

Pendekatan pembelajaran yang betul dan tepatdilihat sebagai penyumbang ke arah merealisasikan kecemerlangan pendidikanseiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insane berkebolehan, berkemahiran tinggi, bertanggungjawab dan berfikiran positif.Pembelajaran melalui konsep peta pemikiran i-THINK akan menjadi pembelajaran lebih bermaknakerana ia tidak membosankan dan menggunakan pengetahuan sedia ada danpengetahuan yang baru diterimanya bagi menunjukkan perkaitan danperhubungan di antara sesuatu konsep yang dipelajari. Dengan cara ini, pemahamanpelajar dapat dikukuhkan dan prestasi pelajar dalam sesuatu matapelajaran akanmeningkat.

2.0 SOROTAN LITERATUR

Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya.

Strategi yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan kaedah peta minda. Menurut Tony Buzan (2003), dimana beliau menyatakan manusia akan mudah mengingati sesutau yang menarik untuk dipandang dan tulisan atau gambar ringkas yang mengandungi maklumat yang boleh disimpan di dalam minda manusia. Ini menunjukkan selain pemahaman terhadap apa yang diulangkaji, proses untuk mengingat juga haruslah penting untuk pelajar memanggil kembali data yang telah disimpan tadi. Oleh itu, dalam memudahkan pemahaman serta dapat menarik minat dan memanipulasi kedua-dua otak, kaedah pembelajaran secara peta minda yang diperkenalkan oleh Tony Buzan adalah satu daripada kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam bentuk modul.Amalan pengajaran menggunakan konsep peta minda dalam pembelajaran dan dalam bilik darjah amat penting dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Menurut Wahidin et al. (2004), penggunaan konsep peta minda dalam pengajaran dapat menunjukkan peningkatan sikap pelajar terhadap matapelajaran yang diajar.

(5)

674

Banyak kajian yang menggunakan peta minda untuk meringkaskan ingatan minda seseorang dalam mengingati fakta. Dalam kajian lepas memang banyak terdapat keberkesanan peta minda membantu pelajar mengingat dan menghubung kait konsep, fakta dan istilah yang banyak mengelirukan. Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjen (1996) dalam bukunya yang bertajuk ―SUPERBRAIN‖ melalui pemetaan minda seseorang itu dapat…‖learn more,remember more, use less paper, invest less effort” yang membawa maksud penggunaan penta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Kaedah-kaedah alternatif yang selari dan bersesuaian dengan kehendak kurikulum perlu diketahui dan difahami oleh pengamal-pengamal kurikulum.Menurut Huo Kok Sen (dalam Tukiran, 2004), kesan penggunaan konsep peta minda ini telah banyak dilihat keberkesanannya di luar negara sebagai satu advancer organizer untuk pembelajaran sains.Peta konsep juga dilihat sebagai bahan bantu mengajar yang baru untuk memperbaiki kaedah pembelajaran yang lama bagi menggalakkan pemikiran yang kritis. Selain daripada itu, peta konsep digunakan untuk mengukuhkan pengalaman pembelajaran pelajar bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif (Canas et al., 2003).

MenurutMahmud (2001, dalam Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi, 2008 ), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai dapat digunakan dikalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka dalam matapelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini juga dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar pelajar dapat mempelajari matematik dengan lebih seronokdan bermakna.

Dalam pendidikan Matematik, pemetaan minda boleh digunakan bagi mencapai beberapa matlamat seperti mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan di antara pengetahuan baru dengan pengetahuan sediaada, membantu kepada pengenalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan

(6)

675

kreativiti seseorang pelajar . Di samping itu, pemetaan minda boleh digunakan sebagai satu alat pedagogi bagi membantu mempertingkatkan lagi pencapaian Matematik di kalangan pelajar (Brinkmann 2003).

Menurut Subadrah (2001) menyatakan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai banyak kelebihan.Antaranya ialah membantu pengajaran gurukerana dengan menggunakan peta minda guru dapat menyusun maklumat yang diajar dengan jelas.Menurut beliau lagi, bagi pelajar pula dengan melihat peta minda pelajar dapat mengikuti penerangan guru dengan teratur dan teliti, contohnya dalam pembelajaran Matematik.Justeru adalah dicadangkan agar guru memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada para pelajar.Menurut Brinkman (2003) pula kaedah peta minda ini meenggunakan kedua-dua belah otak dan dengan cara ini dapat meningkatkan produktiviti dan ingatan manusia.Menurut Buzen (2003), peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan manakala Widad dan kamdar (2006), pula mengatakan bahawa peta minda adalah alat berfikir yang sangat berguna.

3.0 TEORI-TEORI BERKAITAN PETA KONSEP

Terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan peta konsep iaitu Teori Pembelajaran Bermakna. Teori ini adalah satu idea pembelajaran bermakna dibina daripada teori yang diasaskan oleh Ausubel (1963) dalam Woolfolk (1994). Dalam teori ini mengatakan maklumat dalam bentuk bahasa idea dan hubungan antara idea-idea tersebut diambil bersama. Pembelajaran hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna sejak bahan yang dipelajari tidak mempunyai hubungan dengan ‗ expository‘ untuk menunjukkan pembelajaran bermakna lebih baik daripada pembelajaran resepsi. Menurut Ausubel (1963) dalam Ee Ah Meng (2005) meyatakan segala maklumat yang dipelajari melalui cara yang lebih bermakna dapat diasimilasikan ke dalam struktur kognitif sedia ada. Ausebel menekankan bahawa maklumat yang dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa yang dipelajari secara hafalan. Ini selaras dengan pandangan Novak (1993) yang menyatakan bahawa apabila seseoarng pelajar menghafal maklumat, maklumat itu hanya boleh disimpan

(7)

676

untuk janka masa pendek iaitu ingatan hanya boleh memegang 7 item sahaja daripada maklumat yang dipelajari.

Teori Pembelajaran Kontruktivisme menekankan pengetahuan oleh pelajar. Menurut Eggen dan Kauchak (2004), pelajar dapat membina kefahaman mereka sendiri dalam sesuatu topic yang dipelajari berbanding dengan mendapatkannya kefahaman yang dipindahkan kepada mereka melalui sumber lain. Kontruktivisme member penekanan kepada pelajar supaya aktif mengaitkan pengetahuan baru yang diperoleh dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada di dalam minda mereka dan mengapplikasikan pengetahuan sedia ada dan apa yang difahami kepada pelbagai situasi.( Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub 2004).

Teori Pembelajaran berasaskan Kognitif menekankan bagaimana individu boleh mengekalkan maklumat dalam ingatan mereka iaitu melalui kemahiran menggunakan ingatan jangka panjang. Jika individu boleh menggunakan ingatan jangkapanjang,ia dapat membina satu rangkaian pengetahuan yang berhubung kait dan berstruktur yang mana jika pengetahuan itu diimbas atau diperlukan,( Mat Jamudian 2002). Menurut teori ini, pada peringkat pertama tumpuan pelajar akan fokus kepada bahan ransangan. Ingatan diperingkat ini dikenali sebagai ingatan sensori. (Menurut Lefrancois (2000) dalam Mat Jamudin (2002), ransangan perlu kepada deria untuk menentukan samada pelajar member tumpuan terhadap apa yang dibincangkan. Maklumat yang diterima oleh ingatan ini berada dalam bentuk objek-objek dan peristiwa yang berlaku di sekitarnya.

4.0 PENDEKATAN YANG DIPERLUKAN DALAM PROGRAM i-THINK Keperluan aspek pengajaran dan pembelajaran i-THINK ini meliputi enam aspek kategori utama iaitu : (a) menilai prestasi pelajar, (b) perancangan program i-THINK, (c) penyampaian program i-THINK, (d) pengurusan program i-THINK, (e) kemajuan kendiri guru Matematik dan (e) kursus perkihmatan yang diperlukan.

Untuk kategori menilai pelajar untuk pembelajaran i-THINK, lima aspek yang terlibat iaitu membina soalan yang menjurus kepada objektif program i-THINK, menjalankan penilaian tidak formal iaitu melalui pemerhatian dalam

(8)

677

pengajaran Matematik, menggunakan pelbagai soalan lisan untuk mengenalpasti kebolehan pelajar, mengesan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dan mentafsir rekod prestasi melalui ujian dan latihan yang diberikan kepada pelajar.

Melalui kategori perancangan program i-THINK dalam Matematik, lima aspek yang terlibat iaitu menggunakan maklumat mengenai kesediaan pelajar bagi merancang program i-THINK, menyesuaikan strategi pengajaran dengan tajuk yang diajar, memahami keperluan dan matlamat program, memilih bahan pengajaran yang seseuai dengan program dan menjadikan tempoh masa yang sesuai untuk pendekatan program i-THINK.

Manakala untuk kategori penyampaian program i-THINK, 20 item dikelaskan kepada empat aspek utama berkaitan dengan program i-THINK iaitu teknik pengajaran dimana penekanan kepada mendorong pelajar supaya minat belajar dalam Matematik, menggunakan strategi penyelesaian dalam tajuk berkaitan. Bagi kategori pelajar dan guru pula ialah mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran, perkongsian idea antara guru-guru berkaiatan program ini serta kemahiran dalam mengabungjalinkan fakta yan kompleks. Kategori seterusnya ialah alat bantuan mengajar, aspek pendekatan yang ditekankan ialah meggunakan komputer sebagai alat bantu menagajar, menggunkana bahan-bahan keperluan i-THINK yang berkaitan dengan berkesan dan untuk kategori pemulihan dan pengayaan pula, telah menjalankan pengajaran pemulihan, mempelbagaikan aktiviti dan menjalankan pengayaan.

Melalui kategori pengurusan program i-THINK, 10 item telah dikelaskan kepada tiga bahagian utama iaitu pengurusan bahan pengajaran dimana aspek pengajaran yang ditekankan iaitu memilih bahan-bahan sokongan sepeti buku-buku latihan dan akhbar. Bahagian pengurusan dan pentadbiran pula, menentukan anggaran belanjawan, menentukan objektif pengajaran dalam program serta memberi sokongan dan bimbingan setiap masa kepada para guru dan bahagian pengurusan dan pentadbiran bilik darjah dimana mengekalkan disiplin di bilik darjah.

Seterusnya adalah berkaitan dengan kategori kemajuan kendiri guru, 15 item yang terlibat dan dikelaskan kepada empat bahagian iaitu bahagian pengetahuan isi kandungan iaitu dari aspek mempertingkatkan pengetahuan diri

(9)

678

tentang konsep dalam Matematik. Bahagian pengetahuan pedagogi pula dilihat dengan memperingkatkan pengetahuan menilai keberkesanan pengajaran sendiri dan pengetahuan tentang KBAT .Bahagian inovasi dalam pengajaran pula aspek yang dilihat ialah lebih kepada menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran Matematik dan berkemahiran berfikiran kritis.Manakala dalam penyelidikan aspek dilihat kepada menjalankan pemerhatian penglibatan pelajardi dalam bilik darjah dan hubungan antara guru dan pelajar.

Kategori terakhir pula ialah kursus dalam perkhidmatan.Aspek yang ditekankan ialah tentang keperluan kursus bagi memantapkan lagi program dan pengajaran Matematik supaya lebih berkesan di samping meningkatkan keyakinan guru dalam pelaksanaan kemahiran berfikiraras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran Matematik.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru sekolah rendah di Dungun Terengganu. Objektif kepada kajian ini ialah untuk :

1. Mengenalpasti keperluan guru Matematik sekolah rendah berkaitan pendekatan program i-THINK

2. Mengenalpasti masalah pengajaran yang dihadapi oleh guru-guru Matematik sekolah rendah

3. Mengenalpasti pandangan guru dalam meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran Matematik dan kursus-kursus dalaman yang diperlukan oleh guru Matematik

6.0 METODOLOGI KAJIAN 6.1 Rekabentuk Kajian

Penyelidikan ini merupakan satu bentuk kajian tinjauan bagi memberikan satu gambaran yang jelas dan mengumpul maklumat yang tepat mengenai keperluan guru di 24 buah sekolah. Kaedah tinjauan dipilih bagi aktiviti mengumpul maklumat daripada guru-guru. Set soal selidik digunakan dalam kajian ini kerana ia lebih sistematik dari segi perancangan susunan item yang hendak disoal. Ia juga akan memudahkan proses penganalisis data yang akan di

(10)

679

perolehi. Penggunaan soal selidik adalah lebih mudah, menjimatkan masa dan kos dan juga akan memudahkan pihak responden untuk menjawab soalan yang dikemukakan

6.2 Sampel Kajian

Kajian dijalankan di sekolah-sekolah rendah di Daerah Dungun, Terengganu.Terapat 48 buah sekolah di daerah tersebut dan hanya 24 buah sekolah yang terlibat dalam kajian ini.Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan berdasarkan soal selidik.Sampel dipilih mengunakan kaedah persampelan rawak berstrata mengikut lokasi sekolah bandar dan luar bandar yang melibatkan 80 orang guru-guru Matematik.Sebanyak 100 soal selidik yang telah diedarkan kepada guru-guru, walaubagaimanapu hanya 80 naskah soal selidik (80%) sahaja yang telah diperolehi.Jumlah yang tidak dipulangkan mungkin disebabkan guru-guru kerana guru-guru tidak memberi kerjasama berdasarkan jadual kerja guru-guru yang amat padat dipenghujung tahun ini.

6.3 Instrumen Kajian

Soal selidik yang digunakan terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai item-item keperluan untuk enam dimensi aspek program i-THINK. Soal selidik ini telah diubah suai darpada soalselidik kajian-kajian lepas.Walaupun soal selidik itu berkaitan dengan program di sekolah menengah, namun kebanyakkan komponen pengajaran pada sekolah menengah , juga wujud di sekolah rendah.

Jadual 1: Bilangan item dan contoh item untuk keenam-enam dimensi pendekatan program i-THINK pada soal selidik

Pendekatan program I-THINK Bilangan Item Contoh Item 1. Menilai pelajar untuk program i-THINK

6  Membina soalan yang menilai dengan sah objektif i-THINK

2. Perancangan program i-THINK

6  Memahami keperluan matlamat program i-THINK

(11)

680 3. Penyampaian

program i-THINK

20  Memotivasi pelajar supaya berminat belajar bidang matematik  Menggunakan strategi pengajaran dalam program i-THINK 4. Pengurusan program i-THINK 10  Mengenalpasti sumber bahan-bahan pengajaran i-THINK 5. Kemajuan kendiri Matematik 15  Mempertingkatkan

pengetahuan dalam KBAT  Menjadi lebih kreatif dalam

pengajaran Matematik 6. Kursus

perkhidmatan yang diperlukan

5  Mengkaji keperluan latihan dan kursus yang diperlukan oleh guru

6.4 Penganalisaan Data

Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan peratusan.Memandangkan instrumen mengandungi 62 item keperluan maka adalah wajar keperluan guru yang utama dikenalpasti agar tindakan susulan dapat diambil.Tiada satu pun indicator yang sesuai untuk mengenalpasti keperluan utama.Namun berasaskan kajian lepas oleh Kamariah dan Rohani (1995), apabila peratusan keperluan untuk sangat perlu melebihi 40%, maka keperluan itu adalah dianggap sebagai keperluan utama dari pesepsi guru. Kriteria yang sama digunakan dalam kajian ini. Selain dari itu data yang diperlukan daripada soalan-soalan terbuka dianalisa secara kualitatif.

7.0 DAPATAN KAJIAN 7.1 Latar Belakang Responden

Jadual 2 mempamerkan latarbelakang respondenseramai 80 orang gurumatematik sekolah rendah Daerah Dungun. Majoriti responden terdiri daripada guru perempuan iaitu seramai 52 orang (65%) dan julat umur responden adalah antara

(12)

681

41 tahun hingga 50 tahun. Dari segi kelulusan akademik, kebanyakan guru Matematik adalah berkelulusan Diploma (35%).

7.2 Latar Belakang Profesional Guru Matematik

Jadual 3 menunjukkan bahawa majoriti responden memiliki kelayakan ikhtisas sijil perguruan (46.3%) dan telah mengikuti pelbagai latihan dan kursus.Dari segi pengkhususan pula (65%) responden mempunyai pengkhususan dalam matapelajaran Matematik semasa di maktab perguruan dan (35%) yang tidak mempunyai pengkhususan dalam Matematik dan mereka ini adalah dari kalangan pengkhususuan Bahasa Melayu dan Sains.Walaupun peratusan ini kecil, keadaan ini berlaku kerana kebanyakan sekolah rendah mengalami kekurangan guru Matematik dan mempunyai lebihan guru dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sains.Guru-guru ini diminta oleh pengurusan sekolah untuk mengajar matapelajaran Matematik bagi menampung kekurangan ini.

Sebanyak 27.5% responden kajian berada ditahap kurang berpengalaman mengajar dalam matapelajaran Matematik KSSR. Daripada kesemua responden , didapati lebih daripada separuh (81.3%) pernah mengikuti kursus berkaitan Matematik. Berdasarkan peratusan guru yang tidak pernah mengukuti kursus adalah sebanyak (18.7%).Antara sebab ketidakhadiran responden dalam menghadiri kursus ini ialah tidak ada kursus Matematik yang ditawarkan dan ada juga yang masih baru dalam mengajar matapelajaran ini.

Jadual 2. Latarbelakang Guru Matematik

Perkara Profil Kekerapan (N) Peratus (%)

Sekolah Bandar Luar bandar 50 30 62.5 37.5 Jantina Lelaki Perempuan 28 52 35.0 65.0 Umur 20 - 30 31- 40 10 28 12.5 35.0

(13)

682 41 - 50 51- 55 37 5 46.3 6.2 Kelulusan Akademik SPM STPM Diploma Ijazah 19 11 28 22 23.8 13.7 35.0 27.5

Jadual 3.Latarbalakang Profesional Guru Matematik

Perkara Profil Kekerapan (N) Peratus (%) Kelayakan ikhtisas Sijil Perguruan Diploma Pendidikan Diploma Matematik 37 22 21 46.3 27.5 26.2 Pengkhususan Matematik Bukan Matematik 52 28 65.0 35.0 Pengalaman mengajar Matematik 1 hingga 5 tahun 6 hingga 10 tahun 11 hingga 15 tahun 22 40 18 27.5 50.0 22.5

Hadir Kursus Pernah menghadiri kursus Matematik Tidak pernah menghadiri kursus Matematik 65 15 81.3 18.7

(14)

683

7.3 Keperluan Guru Matematik sekolah Rendah mengikut Dimensi Latar Belakang Responden Dan Keutamaan

7.3.1 Apakah keperluan Guru Matematik Sekolah Rendah berkaitan Program i-THINK?

Jadual 4 menunjukkan keperluan guru Matematik sekolah rendah terhadap enam dimensi berkaitan dengan program i-THINK yang disenaraikan pemeringkatan mengikut keperluan dan keutamaan.Dapatan kajian kualitatif turut dibincangkan bersama dengan dapatan tinjauan. Dalam bahagian metodologi telah dinytakan bahawa keperluan keutamaan adalah apabila peratusan untuk tahap keperluan ―sangat perlu‖ melebihi 40%. Oleh itu berdasarkan jadual 7, dimensi utama dalam pendekatan program i-THINK ialah dimensi perancangan program i-THINK dalam Matematik.Keperluan ini disokong dengan makluman yang diberi oleh responden apabila ditanya mengenai masalah yang dihadapi oleh guru-guru Matematik. Menurut responden cara penyampaian oleh pasukan pemanadu atau pakar tentang program ini sangat penting disamping guru Matematik memerlukan latihan dan tunjukajardan bagi mengatasi masalah ini penyampaian dan motivasi kepada guru sangat diperlukan.

Keperluan kedua ialah dimensi kemajuan kendiri guru-guru Matematik. Keperluan ini disokong dengan makluman yang diberikan oleh responden apabila ditanya mengenai apakah masalah yang dihadapi oleh guru Matematik. Menurut responden sekolah masih kekurangan guru mateamtik dan apabila keadaan ini berlaku maka guru-guru yang bukan pengkhususan matematik terpaksa mengajar matapelajaran ini.Guru-guru juga tidak berpeluang untuk mengikuti kurus yang berkaitan kerana kekangan tugas dan kursus tersebut hanya memerlukan guru-guru tertentu sahaja untuk menghadirinya.Oleh itu maklumat terperinci atau secara terus tidak dapat diperolehi oleh guru-guru Matematik.

Dimensi perancangan dan pengurusan program i-THINK merupakan keutamaan yang ketiga dan keempat. Walaupun analisis bagi item yang menyatakan perlu hampir sama dengan item yang menyatakan sangat memerlukan, namun keperluan itu dilihat kepada guru-guru sangat memerlukan perancangan yang teliti dalam program ini. Ini dapat dilihat dengan terdapat beberapa item iaitu 4 item daripada 6 item yang melebihi 40% . Bagi Dimensi

(15)

684

pengurusan program i-THINK pula, terdapat 4 item daripada 10 item yang guru menyatakan sangat memerlukan pengurusan dalam program seperti yang menjadi sanagt keutamanya adalah memberi sokongan, latihan tambahan dan bimbingan setiap masa kepada guru disamping mengekalkan disiplin pelajar dalam bilik darjah. Item-item yang berkaitan ini ditunjukan seperti dijadual 5.

Dimensi seterusnya ialah dari segi menilai prestasi pelajar yang berada pada keutamaan yang kelima dan kursus yang diperlukan berada di keutamaan keenam.Dimensi ini merangkumi aspek seperti mengesan pelajar yang mempunyai masalah dan membina soalan yang bersesuaian dengan objektif program i-THINK. Keperluan ini adalah selaras dengan masalah yang dihadapi oleh guru iaitu masalah berkaitan seperti pelajar yang susah memahami konsep matematik dan pelajar tidak member tumpuan dan minat terhadap Matematik. Seterusnya ialah dimensi kursus dalam pekhidmatan yang diperlukan dimana guru-guru sangat memerlukan kursus pemantapan dan pembinaan peta pemikiran dan merlukan perbincangan dan perkongsian idea bagi memantapkan lagi pendekatan i-THINK dalam Matematik.

Kesemua yang dinyatakan di dalam jadual 5 adalah berkaitan dengan teknik dan pendekatan program i-THINK untuk menarik minat pelajar terhadap program i-THINK khususnya dalam mata pelajaran Matematik. Sikap pelajar yang merasakan matapelajaran tersebut sukar dan tidak menyaipkan kerja rumah kerana tidak memahami konsep dan sebagainya adalah antara masalah pengajaran yang dihadapi oleh responden.

(16)

685

Jadual 4: Keperluan guru Matematik dalam enam dimensi program i-THINK

Dimensi deskripsi Tidak perlu 1 (%) Perlu 2 (%) Sangat perlu3 (%) Pemeringkatan

A Menilai prestasi pelajar B Merancang pengajaran i-THINK C Penyampaian program i-THINK D Pengurusan Program i-THINK

E Kemajuan kendiri guru matematik F kursus dalam perkhidmatan yang diperlukan 12.5 12.5 13.7 15.0 12.5 18.7 33.8 26.3 22.9 25.0 23.8 31.3 53.7 61.2 63.7 60.0 63.7 50.0 5 3 1 4 1 6

7.3.2 Susunan Item mengikut keutamaan dari persepsi Guru Matematik? Sejumlah 62 item keperluan telah dimuatkan dalam soal selidik dan item yang peratusnya melebihi 40 untuk kategori ‗ sangat perlu‘ telah disenaraikan dan ditandakan dengan nombor 1 hingga 10. Responden menganggapkan item-item ini sangat penting untuk mereka melaksanakan pengajaran i-THINK dengan berkesan.

Jadual 5: Senarai item mengikut 10 keutamaan keperluan guru Matematik dalam program i-THINK

Dimensi dan Nombor item Sangat Perlu (%) Keutamaan (Pemeringkatan) C5 Melatih guru mnggunakan peta

pemikiran secara berkesan E3 Meningkatkan kemahiran budaya

berfikir aras tinggi (KBAT) guru

63.7

63.7

1.5

(17)

686 C12 Penyampaian kaedah dan teknik

program i-Think dengan berkesan B4 Memantau cara guru melukis setiap

peta pemikiran dengan betul B6 Mengaplikasikan peta pemikiran

dalam pelbagai konteks

D6 Mengekalkan disiplin dalam bilik darjah

D3 Menentukan objektif program tercapai

A6 Mengesan pelajar mempunyai masalah pembelajaran dalam matematik

F3 Kursus pemantapan dan pengukuhan pembinaan peta pemikiran

A5 Mengalakkan penglibatan pelajar

62.5 61.2 60.0 57.6 56.2 53.7 50.0 47.5 3 4 5 6 7 8 9 10 7.3.3 Dapatan Kualitatif

Dua soalan terbuka yang diutarakan dalam soal selidik adalah (i) Apakah masalah pengajaran yang dihadapi oleh guru-guru Matematik sekolah rendah?, (ii) Apakah cara-cara untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran Matematik dan (iii) Apakah kursus-kursus dalam pekhidmatan yang diperlukan oleh guru Matematik?.

(i) Apakah masalah-masalah pengajaran yang dihadapi oleh guru-guru Matematik sekolah rendah? Masalah-masalah yang dinyatakan oleh responden dikelompokkan mengikut tiga kategori:

(a) Masalah berkaitan dengan pengajaran

Masalah berkaitan dengan pengajaran yang dinyatakan oleh guru-guru matematik ialah masalah pelajar yang tidak memahami konsep dalam matematik dan kaedah dalam penyelesaian masalah. Dalam soalan latihan kearah PBS pada ketika ini yang banyak memberikan dalam bentuk soalan bukan rutin akan menyebabkan pelajar keliru dan tidak memahami soalan dan seterusnya tidak dapat menjawab soalan yang

(18)

687

diberikan dengan tepat. Masalah ini harap diatasi dengan kaedah adanya pengajaran dan pemantapan pedagogi yang berkesan oleh guru-guru Matematik selaras dengan tuntutan kurikulum baru KSSR.

(b) Masalah berkaitan dengan pelajar

Responden juga menghadapi masalah berkaitan dengan pelajar. Masalah ini adalah dari segi sikap pelajar yang tidak berminat terhadap matematik dan mengganggap matematik adalah suatu matapelajaran yang susah dan tidak menyeronokan.tidak ada galakan daripada ibubapa juga boleh menyebabkan murid tidak minat terhadap Matematik

(c) Masalah berkaiatan dengan guru

Terdapat juga responden menyatakan bahawa LatihanDalam Perkhidmatan yang berkaitan dengan KSSR dan program i-THINK ini adalah terlalu singkat dan kurang membantu guru kerana tiada pendedahan yang banyak diberikan seperti contoh-contoh latihan dalam setiap tajuk dalam Matematik. Keadaan ini menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan idea yang betul khusus untuk program ini.Contoh jawapan berbentuk KBAT juga tidak didedahkan.

(ii) Apakah cara-cara untuk mempertingkatkanprestasi pengajaran dan pembelajaran Matematik?

Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan oleh responden bagi mempertingkatkan pendekatan i-THINK adalah seperti berikut:

(a) Menyediakan bahan berkaitan i-think dengan secukupnya seperti buku skrap kepada semua murid

(b) Mengurangkan bilangan murid dalam setiap kelas agar guru dapat memberi tumpuan kepada pelajar

(c) Menyediakan guru-guru yang pakar atau pasukan pemandu yang ramai yang boleh membantu guru sekitranya mempunyai masalah tentang i-THINK

(d) Menggalakkan pelajar membina sendiri peta pemikiran i-THINK dan guru mestilah memyemak segala aktiviti kerja yang dibuat oleh pelajar

(19)

688

(e) Guru perlu pakar terhadap keperluan pelajar dan mempelbagaikan strategi PdP

(f) Guru perlu inovatif dan kreatif

(g) Guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan berkemahiran

(h) Guru hendaklah sentiasa berbincang, berkongsi pendapat dan idea dalam pengajaranprogram i-THINK ini samada di peringkat sekolah, daerah ataupun negeri.

Keseluruhannya , hampir separuh cadangan yang diberikan adalah berkaitan dengan pendekatan program i-THINK dalam matapelajaran Matematik. Guru-guru Matematik perlu diberi bantuan dalam pendekatan ini kerana ini adalah suatu program yang baru dan perlukan tunjukajar supaya pengajaran mereka akan lebih berkesan.

(iii) Apakah kursus-kursus dalam perkhidmatan yang diperlukanoleh guru?

Antara kursus-kursus dalam perkhidmatan yang dikemukan oleh responden yang dirasakan penting bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dalam program i-THINK ialah:

(a) Pemantapan pegagogi berkesan

(b) Kursus pemantapan pembinaan peta pemikiran (c) Kursus pendedahan soalan berkaitan KBAT (d) Kursus motivasi kendiri guru

(e) Penilaian pengajaran dan pembelajaran

Dari pada senarai kursus yang dinyatakan , pemantapan pedagogi berkesan masih merupakan aspek penting dan keutamaan kepada guru-guru Mateamtik selain daripada kursus pemantapan pembinaan peta pemikiran dalam matapelajaran Matematik. Senarai kurus yang derikan ini adalah hampir sama dengan keperluan guru yang diperolehi dari soal selidik.

8.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Secara keseluruhan, responden kajian memerlukan penyampaian yang berkesan daripada guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam program i-THINK dalam matapelajaran matematik sekolah rendah. Disamping ituguru

(20)

689

kurang mengikuti kursus pemantapan pedagogi yang berkesan dalam Matematik. Walaupun tidak dinafikan pendedahan program i-THINKoleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri baru mula pada bulan November 2011dengan kajian rintis kepada 10 buah sekolah di Malaysia, pendedahan masih dalam peringkat pelaksanaan. Program ini seterusnya diperluaskan kepada 1000 buah sekolah pada tahun 2013 dan semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014.

Salah satu aspek yang diberi keutamaan oleh guru Matematik dalam dimensi kemajuan kendiri guru Matematik ialah untuk menjadi kreatif dalam pengajaran mateamtik.Keperluan ini juga dikaitkan dengan masalah yang dilaporkan oleh guru Matematik di mana murid tidak berminat dalam Matematik dan merasakan ianya sukar untuk difahami.Ini telah mendorong guru Matematik untuk menjadi lebih kreatif dan untuk itu mereka memerlukan bantuan dalam aspek ini.

Semua pelajar harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan bagaimana untuk menggunakan pelbagai alat berfikir.Dapatan ini sesuai dengan perluan dari segi peyampaian oleh guru dala program ini.Dengan menguasai penggunaan alat berfikir ini, pelajar akan dapat menggunakannya bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaranp malahan juga dalam situasi harian. Sehubungan dengan perkara ini, guru perlulah mengaplikasi kemahiran menggunakan alat berfikir ini dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan situasi yang sesuai.Memandangkan guru-guru di sekolah kekurangan masa untuk mengajar atau mendedahkan ilmu pengetahuan tentang alat-alat berfikir ini, maka penggunaan kaedah pembelajaran alternatif seperti peta pemikiran i-THINK ini adalah sangat digalakkan. Dengan ini alat-alat berfikir yang dicadangkan akan dapat dimanfaatkan oleh pelajar sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran maupun kehidupan seharian (Tee,et al.(a),2009).

Sebagai kesimpulannya, kajian ini telah mengenalpasti beberapa dimensi keperluan yang amat diperlukan oleh guru Matematik sekolah rendah. Dapatan kajian ini dapat menjadi asas kepada perancangan kursus untuk perkhidmatan, penyampaian yang berkesan, perancanganprogram yang berkesan dan sebagainya yang telah dibincangkan. Pelaksanaan pelaksanaan proram ini juga diharapkan

(21)

690

akan dapat melahirkan para pelajar mampu membudayakan pemikiran aras tinggi dengan penggunaan alat berfikir yang konsisten di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Disamping itu juga hasil kajian ini diharapkan akan dapat menjadi asas kepada perancangan, mereka bentuk, perlaksanaan program yang lebih baik pada masa akan datang

RUJUKAN

Abedah Ismail& Noraini Hassan. (2004).Meningkatkan kemahiran mencari maklumat mengikut peta konsep bagi tajuk kerajaan awal dalam mata pelajaran sejarah tingkatan empat.Jurnal kajian tindakan pendidikan guru Ahmad Man.(2005). Applikasi peta konsep untuk meningkatkan pemahaman

pelajar sederhana tingkatan 3 dalam matapelajaran sejarah.Kajian tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Perak 2005.

Alwi, N.H. (2006) .Peta Konsep Alat menyusun Isi kandunagn Pengajaran secara bermakna.Masalah pendidikan Jilid 27.

Azizah Abdullah.(2000). Keberkesanan Penggunaan Peta Konsep dalam matapelajaran Sains dikalangan pelajarTingkatan Satu. Tesis Sarjana. Fakuti Penddikan. UniversitiKebangsaanMalaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diperoleh

pada 19 November 2013. Diakses daripada

http://www.bharian.com.my/articles/Ransangan Kemahiran Berfikir aras tinggi

Bahagian Perkembangan Kurikulum.(2012). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT ) dalam Matematik: Bahagian Pembangunan kurikulum, kementerian pendidikan malaysia

Bahan kursus: Bahagian Pendidikan Guru: Peta Pemikiran i-THINK. (2013). Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia

Ng S. B. (2013). Falsafah, prinsip dan isu dalam kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang berkaitan dengan TIMSS dan PISA di Malaysia.

http://www.slideshare.net/sazman 68/panduan i-think

http://www.slideshare.net/cikNiz/kemahiran-berfikir-aras-tinggi-dalam pentaksiran matematik

http://www.slideshare.net/bujangpauzan/kertas cadangan kajian

tindakankualitatif.Penggunaan Peta minda membantu murid menguasai fakta dalam penulisan karangan.

Ngah Razali, s. (2002). Analisis Data dalam penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka

(22)

691

N.S. Rajendran (Januari 2010). Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfifkir Aras Tinggi: UPSI

Mazihah Othman. (2013) Analisis Keperluan Pelajar, Guru danKandungan untuk PembangunanE-bahan Instruksional matapelajaran PengajianKejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan Empat. Satu Kajian Kes Kualitatif.Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Penyelidik ingin mengenalpasti apakah masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas Program Integrasi dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah di Daerah Sri Aman terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ) iaitu daripada

Jadual 2 Interpretasi terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran mata pelajaran Matematik KSSR Teks Asal Interpretasi terhadap masalah-masalah yang dihadapi

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Perniagaan dan Keusahawanan dalam kalangan guru Kemahiran Hidup berdasarkan