• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDAHULUAN KEPADA PERANCANGAN FIZIKAL dan budaya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENDAHULUAN KEPADA PERANCANGAN FIZIKAL dan budaya "

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

13

BAB 2

PENEMUAN AWAL

PERANCANGAN

Perancangan Bandar bermula pada kemuncak revolusi industri di Britain pada abad ke-19. Penemuan arang batu, enjin berwap, teknologi tekstil, pembuatan gelas, mesin pencetakan, bahan kimia dan simen telah merancakkan lagi bidang perindustrian. Lebih-lebih lagi kemudahan pengangkutan diperkenalkan yang turut memberi sumbangan besar pada perkembangan penduduk. Selepas tahun 1830, kereta api enjin berwap telah diperkenalkan dan laluannya adalah dari Stockton dan Darlington di United Kingdom. Penemuan tersebut telah mempercepatkan penghijrahan penduduk yang mencari peluang pekerjaan. Aktiviti perindustrian menjadi lebih rancak dan pengangkutan yang agresif menyebabkan perpindahan penduduk secara mendadak ke kawasan bandar. Proses perbandaran ataupun urbanisasi tidak terkawal dengan penghijrahan yang dinamik dari luar bandar membanjiri bandar yang padat dengan penduduk untuk mencari pekerjaan.

Ini menyebabkan bilangan penduduk yang meningkat secara tiada kawala n. Akibatnya, keadaan tempat tinggal menjadi tidak teratur, sesak menyebabkan bandar atau kawasan menjadi kotor, jangkitan penyakit, slum dan rumah-rumah disusun terlalu rapat dan tidak seragam. Kemudahan awam tidak disediakan kepada penduduk dan tiada kawalan pembangunan menjadikan keadaan bertambah buruk. Keadaan sedemikian telah mendorong kepada pihak berkuasa untuk mengadakan perancangan petempatan penduduk yang lebih tersusun dan terancang.

REVOLUSI PERINDUSTRIAN

(2)

14

Dalam masa 50 tahun, penduduk London telah meningkat dua kali ganda iaitu seramai 1 juta penduduk pada tahun 1801 dan meningkat kepada 2 juta pada tahun 1951. Seterusnya pertambahan pendud uk telah meningkat sekali ganda lagi kepada 4 juta penduduk pada tahun 1881 dan seterusnya menambah sebanyak 2.5 juta penduduk lagi; yang menjadikan penduduk London berjumlah 6.5 juta pada tahun 1911. Ini telah menjadikan bandar London saja telah mencapai jumlah penduduk pada tahap yang membimbangkan di mana penduduk daripada luar bandar telah bertumpu di London. Bagi perkembangan penduduk di England, pada tahun 1801 adalah berjumlah 16.8 juta dan meningkat lebih sekali ganda kepada 16.8 juta pada tahun 1850. Pada tahun 1901, peningkatan penduduk meningkat hampir dua kali ganda kepada 30.5 juta penduduk . Perkembangan dan pertambahan penduduk yang berlaku di United Kingdom menyebabkan beberapa kawasan luar bandar telah diklasifikasikan sebagai bandar. Perkembangan penduduk dapat di pada Rajah 2.1 yang menunjukkan pertambahan kepadatan penduduk daripada tahun 1801 hingga 1851.

Rajah2.1 Perkembangan Penduduk di Britain (a) 1801(b) 1851

(3)

15

Selepas tahun 1870 terdapat perubahan yang signifikan bagi pembangunan di bandar-bandar di Britain. Radius kepadatan penduduk telah berkembang kepada radius 4.8 km daripada pusat bandar . Pada radius tersebut, jarak berjalan kaki penduduk ke tempat kerja adalah jauh dan mengambil masa sehingga 1 jam. Di samping tiada kemudahan pengangkutan awam dan persendirian yang efektif telah memberi masalah kepada penduduk. Bagi bandar Preston, gambaran yang jelas dapat dilihat mengenai kepadatan pembangunan walaupun gambar foto telah diambil pada tahun 1911 (rujuk Rajah 2.2). Keadaan yang sama ada sebenarnya berlaku pada tahun 1835. Bangunan kediaman yang dibina adalah berdekatan dengan kawasan perindustrian. Kawasan perindustrian terletak di tengah-tengah dan dikelilingi dengan kawasan perumahan tanpa mempunyai zon penampan. Tiada kawasan lapang dan kawasan hijau untuk penduduk beriadah. Keadaan tersebut juga menyebabkan pencemaran berlaku kerana tiada keseimbangan di antara alam semula jadi dan persekitaran.

Rajah 2.2 Bandar Preston pada tahun 1930

Sumber: Hall dan Tewdwr-Jones, Urban and Regional Planning, 2011

Pertambahan penduduk bandar meningkat kerana tawaran peluang-peluang pekerjaan oleh sektor perkilangan di samping kemudahan pengangkutan awam yang wujud di kawasan bandar. Walaupun kemudahan pengangkutan awam tidak cekap pada masa tersebut tetapi telah menyumbang kepada keperluan pengangkutan penduduk. Disebabkan tumpuan penduduk di kawasan bandar semakin bertambah menyebabkan permintaan terhadap perumahan semakin meningkat. Seterusnya mengakibatkan rumah-rumah didirikan tanpa mengambil kira aspek-aspek kemudahan awam, dan sosial serta kesihatan yang mengakibatkan timbulnya masalah-masalah yang merunsingkan.

PERANCANGAN PETEMPATAN AWAL

(4)

16

Akibat daripada pertambahan penduduk di luar jangkaan, penduduk memerlukan tempat kediaman untuk tinggal dan berulang alik ke tempat kerja. Rumah-rumah yang berkepadatan tinggi disediakan oleh pemaju swasta yang mencari keuntungan. Kemudahan asas tidak disediakan seperti penyediaan air dan sistem pembetungan ketidak selesaan kepada penduduk. Pembinaan yang tanpa mengambil kir aspek-aspek kemudahan awam, sosial serta kesihatan mengakibatkan timbulnya masalah-masalah yang merunsingkan penduduk dan juga pentadbir.

Dalam keadaan yang menyedihkan itu, akhirnya lahirlah pemikir-pemikir ataupun

philanthropist yang cuba merencanakan beberapa idea agar dapat memulihkan keadaan yang sesak , kekurangan kemudahan awam dan sosial kepada yang lebih baik dan harmoni. Philanthropist yang terkenal ialah Robert Owen (1771-1858), James Silk Buckingham (1786-1855), Sir Titus Salt (1803-1876), George Cadbury (1839-1922) dan William Lever (1851-1925).

Robert Owen

Robert Owen merupakan pemilik kepada industri tekstil yang terbesar di Britain. Cadangan beliau ialah membina kawasan pertanian yang boleh menampung penduduk antara 800 hingga 1,200 orang. Beliau juga mencadangkan supaya diwujudkan kemudahan-kemudahan seperti kemudahan sosial, pelajaran dan pekerjaan. Antara cadangan yang dikemukakan oleh beliau ialah:-

i. Pekerja-pekerja ditempatkan berdekatan dengan kilang;

ii. Sistem petempatan berkelompok untuk penggunaan tanah yang luas dan optimum;

iii. Kawasan pertanian dikelilingi oleh petempatan kilang-kilang dipersekitarannya.

Cadangan beliau dibawa ke parlimen pada tahun 1817 dan akhirnya terlaksana di New Lanark, England pada tahun 1820.

Bandar New Lanark diilhamkan dengan penduduknya adalah 10,000 orang yang mempunyai kediaman yang berdekatan dengan tempat kerja, kemudahan awam, sistem pemanasan berpusat, kemudahan untuk kanak-kanak, petempatan khas untuk keluarga yang mempunyai anak di bawah umur 3 tahun dan mempunyai beberapa industri yang berasaskan pertanian. Petempatan khas tersebut bertujuan untuk memudahkan penjagaan-penjagaan terhadap kanak-kanak semasa keluarga berkenaan keluar untuk bekerja.

Rajah 2.3 Pelan Bandar New Lanark

(5)

17

Rajah 2.4 Bandar New Lanark

Sumber: http://faculty.evansville.edu/ck6/bstud/nlanark.html, 2014 dan Hall dan Tewdwr-Jones, Urban and Regional Planning,2011

Hasilnya, wujud kompleks perindustrian di New Lanark (Rajah 2.1 dan 2.2). Idea beliau dari segi perancangan bandar adalah lebih baik kerana beliau mengambil tentang masyarakat dan memikirkan berbagai-bagai kemudahan untuk segala lapisan masyarakat dan pekerjaannya. Bangunan setinggi 3 tingkat disediakan untuk menempatkan sekolah kepada kanak-kanak (Rajah 2.4). Terdapat 5 bangunan besar yang digunakan untuk operasi perindustrian tekstil. Penempatan penduduk yang terancang dan selesa telah membentuk satu komuniti masyarakat bagi petempatan kawasan tersebut. Sumbangan terbesar beliau adalah di samping menyediakan peluang pekerjaan, tumpuan kepada persekolahan untuk pelajaran anak-anak yang menunjukkan keprihatinan beliau bagi meningkatkan pendidikan masyarakat.

James Silk Buckingham

Semasa berumur 25 tahun beliau telah memulakan kerjaya sebagai pemberita (journalist). Pada tahun 1818 beliau telah berjaya menjadi pemilik kepada Calcutta Journal di India. Di antara tahun 1827 hingga 1837 beliau telah berjaya menjadi ahli parlimen sebagai wakil bagi bandar Sheffield. Minat beliau di dalam perundangan menjadikan beliau sebagai seorang ahli parlimen yang disegani. Banyak buku telah dihasilkan oleh beliau pada tahun 1822, 1825, 1827, 1845 dan 1847 mengenai bandar dan pelancongan. Berkaitan dengan bidang perancangan bandar, belia amat meminati Robert Owen di mana idea perancangan yang dilahirkan oleh Robert Owen sedikit sebanyak telah mempengaruhi penulisan beliau. Buku yang berjudul National Evils and Practical Remedies pada tahun 1849 merupakan hasil penulisan beliau.

(6)

Ciri-18

ciri kawasan ini ialah mempunyai kawasan pusat bandar di tengah-tengah yang luas dan dikelilingi 10,000 ekar kawasan pertanian. Pembangunan kawasan diusahakan oleh orang awam dan pemegang-pemegang saham.

Rajah 2.5 Bandar Victoria

Sumber: Ratcliffe, An Introduction to Town and Country Planning, 1974.

http://urbanplanning.library.cornell.edu/DOCS/buckham.htm

Rumah-rumah yang dibina adalah untuk disewa kepada pekerja-pekerja. Terdapat bilik untuk bujang, berkahwin tanpa anak dan keluarga. Sewa adalah di antara £5, 10, 15 dan 20 setahun berdasarkan kepada jenis bilik. Kemudahan yang ada ialah kemudahan asas seperti air dan elektrik dengan mencukupi. Terdapat kawasan lapang untuk rekreasi berdekatan dengan kawasan perumahan. Di bahagian berdekatan dengan pusat bandar rang Victoria terdapat kemudahan ibadat, museum, galeri lukisan, dewan orang ramai, dewan muzik dan perpustakaan.

Selain itu, antara ciri-ciri yang pada bandar Victoria adalah:

i. Jalan raya dicadangkan adalah lurus dan berhubung terus dengan pusat di tengah-tengah. Ini adalah bertujuan untuk peredaran udara yang baik ke semua kawasan.

ii. Perancangan kawasan berbentuk diagonal dapat menghubungkan ke semua bahagian dengan pantas dan lancar.

iii. Peletakan bangunan pejabat awam berdekatan dengan pusat di tengah kawasan. Di bahagian tengah disediakan kawasan lapang, taman dan air pancur untuk melahirkan suasana yang tenang dan selesa serta menghindari daripada kesesakan lalu lintas. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang direncanakan sebagai kawasan yang indah dan menjadikan tarikan kepada penduduk sekitar.

iv. Kedudukan bangunan awam di pepenjuru merupakan lokasi strategik yang boleh menjadikan bangunan tersebut tersergam indah dan dapat dikunjungi dengan mudah.

(7)

19

samping menyediakan kemudahan yang mencukupi, perancangan untuk menentukan peletakan kawasan seperti perumahan, perniagaan, pusat tumpuan, kawasan lapang, kemudahan awam dan sirkulasi adalah penting kerana dapat menentukan kesejahteraan pembangunan kawasan tersebut.

Sir Titus Salt

Beliau merupakan seorang pengusaha kilang. Pada peringkat awal pembabitan dalam bidang perniagaan, beliau mengusahakan alpaca (sejenis binatang di mana bulunya digunakan untuk membuat baju). Beliau telah menjalankan perniagaan membeli bulu bersama keluarganya di Bradford. Pada tahun 1833, beliau telah mengambil alih syarikat berkenaan dan mengendalikannya. Perhubungan belia dengan syarikat di Liverpool mengenai memproses fiber bulu alpaca dengan yang asli mendatangkan hasil kerana gabungan bahan tersebut telah menghasilkan kain bulu yang lembut dan cantik. Akhirnya beliau telah muncul sebagai orang yang bertanggung jawab memperkenalkan kain yang catik dan lembut berasaskan bulu alpaca untuk pasaran kain bulu di Eropah. Pada umur 40 tahun, beliau merupakan orang yang terkaya dan telah mempunyai kawasan ternakan alpaca yang tersebar.

Beliau mempunyai 6 buah kilang kain dan mempunyai bilangan pekerja yang terbesar di Bradford. Akibat daripada revolusi perindustrian dan tumpuan penduduk yang meningkat di kawasan perindustrian, menjadikan Bradford sebagai sebuah bandar yang paling tinggi pencemaran di England. Pada 1848, beliau telah dilantik menjadi datuk bandar di Bradford. Bagi mengurangkan pencemaran, pembakaran yang memberikan pencemaran yang tinggi ditukar dengan pembakar yang mengurangkan asap. Sedikit sebanyak telah membantu mengurangkan masalah pencemaran udara. Tiada sistem pembetungan yang sistematik masa sisa -sisa pepejal telah disalurkan terus ke sungai yang merupakan sumber utama air untuk penduduk. Penyakit kolera dan typhoid telah merebak di mana 70% daripada pekerja menghidapi penyakit tersebut.

Rajah 2.6 Bandar Saltaire

(8)

20

Beliau bertanggung jawab dan memberi perhatian kepada masalah kesihatan yang berlaku. Perpindahan penduduk perlu dibuat untuk mengurangkan kesesakan di bandar di samping mengatasi masalah kesihatan yang meruncing. Beliau telah membuka kawasan petempatan baru di kawasan luar bandar iaitu Saltaire yang jaraknya 5 kilometer dari Bradford. Pekerja-pekerja telah dipindahkan dari kawasan sesak dan kotor iaitu di Bradford ke Saltaire yang merupakan sebuah kawasan hijau dan lapang. Keluasan kawasan yang disediakan untuk penduduknya ialah 25 ekar dan mempunyai 800 unit kediaman. Reka bentuknya ialah bergrid seragam untuk memudahkan perhubungan dari satu kawasan ke satu kawasan lain. Di samping itu juga dapat memberi kemudahan kepada penduduk untuk ke kawasan lapang bagi tujuan rekreasi ataupun berehat.

Rajah 2.7 Bangunan Industri dan Perumahan Saltaire Sumber : Hall dan Tewdwr-Jones, Urban and Regional Planning,2011

George Cadbury

Keluarga Cadbury adalah merupakan pengusaha kilang koko dan coklat yang terkenal di Britain. Mereka berpandangan semua manusia perlu diberi perhatian dengan adil serta tinggal dalam keadaan selesa. Tanggung jawab terhadap masyarakat dan pembentukan sosial dapat menghasilkan komuniti yang aman serta dapat mewujudkan perhubungan erat di antara masyarakat dan jiran. Sejarah awal bermula pada tahun 1824 apabila ayah beliau, John Cadbury membuka perniagaan di Birmingham. Bermula dengan perniagaan penjualan minuman kopi, teh, coklat dan koko, belia merasakan perniagaannya perlu diperkembangkan secara komersial. Belia bersama abangnya Benjamin, telah berjaya membuka syarikat Cadbury pada tahun 1940. Pada tahun 1861, perniagaan tersebut telah diberikan kepada George Cadbury. George Cadbury lahir pada tahun 1839 di Edgbaston, Birmingham. Pada usianya 22 tahun beliau mempunyai syarikat perniagaan hasil peninggalan bapanya. Di bawah pengurusan George Cadbury, syarikat tersebut telah berkembang dengan jayanya.

Dalam masa 5 tahun, Cadbury telah menjadi sebuah syarikat yang menjual koko yang terulung di Britain pada tahun 1861. Pada tahun 1879, beliau telah mendapatkan kawasan seluas 14 ekar yang jaraknya 6 kilometer daripada Selatan Birmingham. Akibat daripada perniagaan yang begitu maju, kawasan perniagaan yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat. Pada tahun 1879, beliau telah membina kilang baru bagi menampung permintaan pasaran. Di samping membina kawasan perindustrian yang baru, beliau turut merancang petempatan perumahan yang terancang di kawasan di pinggir bandar yang diberi nama Bourneville. Tujuannya adalah untuk menempatkan pekerjanya supaya berdekatan dengan tempat pekerjaan mereka. Perumahan yang disediakan adalah bersesuaian dengan pendapatan pekerja dan mampu milik.

(9)

21

i. Bentuk pembangunan adalah tidak melebihi 1/4 daripada keluasan tanah; ii. Sejumlah 1/10 adalah tanaman;

iii. Berkepadatan rendah iaitu antara 5 hingga 6 unit seekar; iv. Perumahan untuk pekerja disediakan.

Rajah 2.8 Bandar Bourville

Sumber: Bell and Bell, City Fathers: The Early History of Town Planning in Britain, 1969.

Bandar Bourville merupakan sesebuah kawasan yang menarik di mana terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui bandar tersebut. Pada awalnya, Cadbury membina hanya 24 untuk rumah untuk pekerja-pekerja beliau yang utama. Disebabkan bilangan pekerja yang ramai, beliau telah membina 300 unit rumah kediaman lagi yang telah membentuk petempatan baru di Bourville.

Rajah 2.9 Perumahan di Bourville

Sumber: Bell and Bell, City Fathers: The Early History of Town Planning in Britain, 1969 http://extracurious.wordpress.com/2012/07/18/chocolate-politics

/

(10)

22

serupa dengan produk daripada Switzerland. Kemudiannya mencampurkan susu segar dengan coklat untuk menghasilkan Cadbury’s Dairy Milk. Produk tersebut merupakan bar coklat yang terlaris di Britain sehingga kini.

William Lever

Nama penuh beliau adalah William Hesketh Lever dan juga dikenali sebagai Lord Leverhulme. Dilahirkan di Bolton, Lancashire, England pada tahun 1851. Beliau merupakan anak kepada pengurus kilang kain. Semasa remaja, pad tahun 1867, beliau membantu bapanya menjalankan perniagaan runcit secara kecil-kecilan. Lama-kelamaan belia merasakan perniagaannya perlu ke hadapan dengan lebih jauh lagi. Disebabkan yang ada pada beliau, beliau merasakan perlu menceburi bidang perniagaan sabun yang pada masa tersebut rupa bentuknya adalah tidak menarik dan menggunakan kaedah pisau untuk membentuk sabun. Seterusnya telah berusaha untuk mempergiatkan perniagaan sabun dan telah mendapat sambutan daripada pembeli. Belai telah berjaya membuka empayar perniaagaan sabun Sunlight di mana jenama sabun terkenal yang digunakan sehingga kini seperti Lux dan Lifebouy.

Pada tahun 1887, William lever bercadang untuk memperkembangkannya. Beliau telah membeli satu kawasan di Wirral, Cheshire seluas 56 ekar untuk membangunkan perusahaan sabun. Kedudukan Bandar ini terletak kira-kira 3 batu ke utara Birkenhead. Lokasi kawasan tersebut adalah strategik yang berdekatan dengan sungai Mersey serta terdapat laluan kereta api di Bebington. Kawasan ini telah dinamakan Port Sunlight bagi petempatan pekerja-pekerjanya dan merupakan model kawasan petempatan yang terancang. Perindustrian pembuatan sabun yang dibangunkan oleh beliau menghasilkan keluaran sebanyak 20 tan seminggu. Pada masa kini, perindustrian di Port Sunlight sahaja telah menghasilkan pengeluaran sebanyak 5,000 tan seminggu.

Rajah 2.10 Petempatan Port Sunlight

(11)

23

Pada tahun 1888, Port Sunlight telah menyediakan kawasan petempatan yang mempunyai kawasan perumahan yang selesa di samping terdapat kemudahan awam dan sosial yang mencukupi. Ciri-ciri Bandar tersebut ialah rumah-rumah yang mempunyai ruang taman yang kecil di belakang dan di hadapan. Kepadatan perumahan rendah iaitu antara 5 hingga 6 unit seekar.

Rajah 2.11 Industri di Port Sunlight

Sumber: http://www.bbc.co.uk/news/uk-england-merseyside-16006938

http://todayinsci.com/L/Lever_William/LeverWilliam-SoapAndSociology(1919).htm Dicapai pada 26.9.2014

Namun demikian, apabila peperangan dunia pertama (WW1) berlaku, permintaan terhadap rumah meningkat. Beliau telah membina 800 unit rumah untuk menempatkan 3,500 penduduk. Nisbah rumah berbanding penduduk ialah 1:4. Jika berpandukan garis panduan piawaian perancangan di Malaysia, secara purata sebuah rumah untuk 5 penduduk (nisbah 1:5). Apabila dibuat perbandingan nisbah di antara rumah dan penduduk yang disediakan oleh William Lever berbanding dengan masa sekarang, didapati bahawa nisbahnya adalah lebih rendah. Secara tidak langsung menggambarkan kepadatan penduduk yang rendah di kawasan tersebut.

(12)

24

Rajah 2.12 Perumahan di Port Sunlight

Sumber: Hall dan Tewdwr-Jones, Urban and Regional Planning,2011

http://melbourneblogger.blogspot.com/2011/11/port-sunlight-model-village-for- lever.html

http://www.trekearth.com/gallery/Europe/United_Kingdom/England/Merseyside/Wirral /photo979036.htm

http://www.theguardian.com/travel/2009/jun/09/walk-guides-port-sunlight-merseyside. Dicapai pada 26.9.2014

Melalui penyediaan kemudahan dan ruang kawasan lapang tersebut kepada pekerja-pekerjanya, secara tidak langsung memberi penekanan bahawa keperluan masyarakat dan sosial adalah penting diberi perhatian dalam perancangan bandar. Pendekatan ini bukan sahaja dapat melahirkan suasana yang harmoni malahan dapat mengatasi masalah-masalah penduduk yang memerlukan kemudahan tersebut. Sumbangan yang dihasilkan oleh beliau telah membentuk corak petempatan yang terancang sebelum kemunculan konsep perancangan bandar yang lebih komprehensif pada tahun pada awal 1900an.

MASALAH

PEMBANGUNAN

SEMASA

REVOLUSI

PERINDUSTRIAN DI UNITED KINGDOM

Masalah pembangunan di United Kingdom bermula akibat revolusi perindustrian yang turut memperkembangkan teknologi mekanikal yang menggalakkan. Ciptaan mekanikal membolehkan proses perindustrian berjalan dengan cepat dan pantas. Sebelum revolusi tersebut, petempatan penduduk adalah di luar bandar serta berdekatan dengan sumber bahan-bahan mentah seperti pertanian dan arang batu.

Selepas revolusi tersebut, teknik-teknik baru dan sistem pengangkutan bertambah baik dan mengakibatkan petani-petani keluar ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang. Ini mengakibatkan bandar-bandar berkembang dengan pesat. Keadaan sedemikian adalah disebabkan kepesatan pembangunan industri bandar yang telah menyumbang kepada penyediaan peluang-peluang pekerjaan.

(13)

25

pemaju yang spekulasi iaitu kumpulan yang cuba mengaut keuntungan maksimum semata-mata untuk pembinaan. Mereka mendirikan rumah sebanyak mana yang mungkin. Mereka tidak mementingkan kepada keperluan kemudahan asas dengan menyediakan rumah-rumah seperti:-

i. Rumah-rumah dibina daripada, batu-bata blok panjang, jalan yang tidak berturap dan tidak langsung mengambil kira kepentingan cahaya matahari dengan mengabaikan kepentingan-kepentingan umum.

ii. Sistem pembuangan najis tidak teratur dan sistem perparitan yang buruk.

iii. Pada tahun 1930, mereka melaksanakan bentuk rumah yang mengadap belakang serta kekurangan kawasan lapang dan lorong belakang.

iv. Kepadatan perumahan yang tinggi iaitu rumah teres di antara 60 hingga 300 unit seekar.

v. Mempunyai tingkap di satu bahagian sahaja.

Pembinaan perumahan yang dicadangkan oleh pemaju-pemaju berkenaan telah mengakibatkan berbagai masalah-masalah lain timbul iaitu :-

i. Masalah sosial, yang telah mengakibatkan kadar kematian yang tinggi iaitu di antara 15% hingga 30%;

ii. Terjadinya wabak-wabak penyakit seperti kolera telah meragut beribu-ribu nyawa. Dipercayai pada tahun 1832, seramai 50,000 orang telah mati di London dan jumlah ini telah berkurangan ke angka 1,400 pada tahun 1849.

Keadaan bertambah buruk apabila sistem kereta api mula diperkenalkan. Laluan kereta api yang pertama di United Kingdom diperkenalkan pada tahun 1825 yang menghubung di antara Stockton dan Darlington. Pada tahun 1840, terdapat pembinaan laluan kereta api yang menyeluruh dengan memerlukan kos perbelanjaan sebanyak £ 3 billion. Pembinaan laluan kereta api telah dibuat secara komprehensif di antara tahun 1945 hingga 1900. Pembinaan laluan kereta api bawah tanah pada tahun 1863 berjaya dibina di London melambangkan kejayaan teknologi kejuruteraan di bidang pengangkutan. Bagi golongan bawahan, perkelompokan perumahan mereka berdekatan dengan kawasan yang mempunyai laluan sistem kereta api. Ini adalah untuk memudahkan mereka mendapat perkhidmatan pengangkutan.

Bagi golongan pertengahan dan atasan pula, mereka keluar daripada kawasan bandar ke luar bandar untuk membuka petempatan baru. Golongan ini lebih mementingkan privasi, ketenangan dan keindahan dalam memilih peletakan perumahan mereka. Keadaan ini telah mewujudkan perpecahan antara golongan bawahan dan atasan.

Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, wujud suatu akta perancangan bandar yang cuba mengawal masalah-masalah yang timbul itu tadi bermula dengan akta

Municipal Corporation Act, 1835 sehinggalah kepada akta Town and Country Planning Act, 1971.

PENGGUNAAN AKTA DI UNITED KINGDOM

Kewujudan akta-akta seperti yang dibincangkan tadi adalah untuk mengatasi masalah-masalah pembangunan dan perancangan di United Kingdom. Pada bahagian ini, penerangan berkaitan tujuan utama penggubalan akta-akta berkenaan diberikan.

Municipal Corporation Act, 1835

(14)

26

demikian daerah-daerah tidak diberikan kuasa untuk kawalan kesihatan dan kemudahan awam. Dengan demikian tumpuan kepada masalah kesihatan dan kemudahan awam tidak diberi perhatian yang utama. Penekanan yang diberikan hanyalah kepada pembangunan fizikal sahaja. Berdasarkan kepada Reform Act, 1932 pengagihan daerah-daerah adalah tidak seimbang. Parlimen berpendapatan, daerah-daerah lama di England dan Wales tidak dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada seluruh penduduk. Terdapat kawasan yang dipinggirkan dan tidak menerima kemudahan masyarakat dengan sempurna. Pembentukan Municipal Corporation Act, 1835 seterusnya penyusunan semula daerah dapat memberi perkhidmatan dengan lebih baik dan berkesan kepada penduduk.

Public Health Act, 1848

Merupakan langkah pertama untuk mempertingkatkan kesihatan awam melalui penguasaan melalui akta. Bertujuan untuk menyediakan kemudahan kesihatan yang mencukupi dan mengawal kebersihan bandar. Tujuan tersebut dicapai dengan memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan undang-undang kecil bangunan untuk mengawal kelebaran jalan dan ketinggian bangunan, tata atur dan struktur bangunan. Kawalan sedemikian telah menjurus kepada penyediaan serta garis-garis panduan yang diperlukan bagi sesuatu pembangunan. Di antara perkara-perkara yang diberi perhatian bagi meningkatkan kesihatan awam adalah:

i. Menyediakan dan mempertingkatkan sistem pengairan dan pembetungan.

ii. Membersihkan dan menghapuskan sisa pepejal daripada perumahan dan jalan raya seperti sampah sarap dan sisa bahan binaan.

iii. Menyediakan air minuman yang bersih

iv. Memperuntukkan seorang pegawai perubatan bagi setiap daerah. Parlimen telah meluluskan untuk penguatkuasaan perlaksanaan Public Health Act, 1848 pada tahun 1848. Walau pun akta berkenaan mempunyai kelemahan tetapi ianya merupakan langkah permulaan untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan awam untuk penduduk. Salah satu kelemahan yang terdapat ialah tiada peruntukan kewangan bagi daerah untuk pengurusan bandar. Daerah yang telah membentuk syarikat seperti di Sunderland untuk melaksanakan tanggung jawab bagi penyediaan air, sistem saliran, membersih dan menurap perlu mendapatkan pinjaman kewangan.

Nuisance Removal Act, 1855

dan

Sanitary Act, 1866

Kedua-dua akta ini memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengawal perparitan, penurapan jalan, bekalan air yang bersih serta pemberian kuasa bagi memastikan bangunan dibina mengikut piawaian. Tujuan lain bagi penguatkuasaan

Nuisance Removal Act, 1855 adalah untuk mengatasi masalah kesesakan perumahan yang tidak mendapat kelulusan akibat daripada peningkatan penduduk bandar. Manakala bagi Sanitary Act, 1866, penekanan turut diberikan kepada kerajaan tempatan untuk melaksanakan tanggung jawab terhadap pembetungan, saliran dan pembersihan jalan awam. Kuasa juga berikan kepada penguasa tempatan untuk menghapuskan pembinaan rumah-rumah haram yang tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan tempatan.

Factory Act, 1878

(15)

27

perindustrian. Penggubalan Factory Act bermula pada tahun 1831. Pindaan seterusnya dibuat pada tahun melalui beberapa pindaan akta pada tahun 1833, 1844, 1847, 1850, 1853, 1864, 1867 dan sehingga tahun 1878 untuk memperkemaskan dan memperluaskan penguatkuasaan akta tersebut. Pembinaan Industri haram yang berlaku berleluasa kerana pihak berkuasa tiada boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha-pengusaha kilang. Tiada kawalan terhadap kawasan perindustrian menyebabkan pencemaran berlaku dan seterusnya memberi kesan negatif kepada kesihatan penduduk. Dengan adanya akta tersebut, kawalan pembinaan industri dapat dilakukan oleh penguasa tempatan. Di samping itu, peruntukan dan peraturan kepada pengusaha bagi mematuhi terhadap kelayakan umur bekerja, waktu operasi, had waktu bekerja dan cuti dikuatkuasakan.

Torrens Act, 1868

Salah satu kesan negatif yang ada akibat daripada revolusi perindustrian ialah wujudnya perumahan setinggan sebagai petempatan penduduk. Bagi mengawal keadaan setinggan serta kawasan perumahan yang tidak mendapat kelulusan, Torrens Act, 1868 diperkenalkan. Akta tersebut memberi kuasa Pihak Berkuasa Tempatan untuk merobohkan bangunan di kawasan setinggan dan yang tidak mengikuti peraturan. Selain daripada itu, pihak berkuasa boleh memastikan pemaju atau tuan tanah menambah baik atau memperbaiki sistem pembetungan mengikut spesifikasi. Oleh yang demikian, sesuatu bangunan yang didirikan mestilah mematuhi piawaian dan syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Perancangan lebih berkesan, tersusun dan kesihatan penduduk dipertingkatkan melalui penguatkuasaan undang-undang Torrens Acts.

Cross Act, 1875

Akta ini juga dikenali sebagai Artisans’ and Labourers’ Dwellings Improvement Act, 1875. Penggubalan akta ini pula adalah berbeza dengan akta-akta sebelumnya. Akta ini memberi kuasa Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyediakan skim-skim membaik pulih kawasan perumahan. Kawasan perumahan setinggan boleh dimajukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk membersih kawasan dan membangunkan petempatan tersebut. Selain itu, terdapat kegiatan pemaju-pemaju yang telah merobohkan bangunan-bangunan usang dan bersejarah demi untuk membangunkan kawasan perumahan yang tidak mengikut piawaian. Ini telah menyebabkan berlakunya tidak puas hati di kalangan pencinta-pencinta sejarah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Dengan adanya akta tersebut, kawasan perumahan yang lebih terancang disediakan dengan membina rumah yang selesa serta mempunyai kemudahan awam yang mencukupi. Di samping itu, bangunan-bangunan yang mempunyai nilai-nilai sejarah dapat dikekalkan.

Municipal Corporation Act, 1882

(16)

28

dan Lembaga Lebuh Raya akan diuruskan oleh perbadanan tersebut. Akta ini diguna pakai bagi England dan Wales dan memberi kuasa kepada Perbadanan untuk menggubal undang-undang. Perbadanan ujud setelah Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan telah stabil dan mempunyai entiti pentadbiran yang sendiri. Antara contohnya Perbadanan di Malaysia adalah seperti Perbadanan Putrajaya (Putrajaya Corporation)

dan Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.

London Building Act, 1894

Akta ini menekankan pembesaran jalan, garis anjak undur bangunan, penyediaan kawasan lapang di sekeliling bangunan dan ketinggian bangunan. Keperluan-keperluan untuk membina sesebuah bangunan diterangkan dengan jelas. Pemaju atau kontraktor hendaklah mematuhi garis panduan yang diberikan bagi mendapatkan kelulusan. Salah satu contoh penggubalan akta tersebut adalah mengenai permohonan bagi membina bangunan yang melebihi daripada ketinggian yang dibenarkan. Padat tahun 1873,

Hendry Alers Hankey membangunkan blok bangunan flat di antara St. James’s Park dan

stesen St. James Park setinggi 14 tingkat. Bantahan telah diterima di mana pada masa tersebut, kawalan ketinggian yang dibenarkan adalah tidak melebihi mengganggu ketinggian Rumah Parlimen. Beliau telah membina blok bangunan yang tingginya melebihi 100 kaki dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh melarang kerana tiada peruntukan undang-undang. Dengan kelulusan London Building Act, 1894, had ketinggian bangunan yang dibenarkan di London adalah tidak melebihi 80 kaki.

Housing, Town Planning Act, 1909

Akta ini merupakan akta pertama yang digubal yang mempunyai istilah perancangan bandar. Akta, ini bertujuan menyediakan satu persekitaran domestik bagi penduduk di mana keadaan fizikal, mental dan sikap serta keseluruhan keadaan sosial penduduk boleh diperbaiki. Dengan demikian, keadaan perumahan dan bandar yang sistematik, menarik dapat diwujudkan. Akta tersebut juga memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengawal pembangunan bagi kawasan-kawasan perumahan yang baru. Pada awal 1900an, reka bentuk bangunan yang terkenal yang digunakan oleh pemaju adalah perumahan berbentuk back-to-back. Susun atur reka bentuk perumahan berkenaan ialah di mana bahagian belakang rumah bersambung terus di antara satu sama lain dan tidak mempunyai lorong belakang. Keadaan sedemikian menyebabkan suasana penempatan yang tidak selesa disebabkan kurang pencahayaan dan pengaliran udara. Akta tersebut tidak membenarkan bentuk perumahan back-to-back.

Sehingga per ingk at ini, per ancangan bandar belum lagi m elibatk an pembangunan semula bandar, perancangan semula kawasan-kawasan yang bermasalah dan pembinaan jalan-jalan baru di bandar. Penggubalan akta tersebut berdasarkan keperluan penambahbaikan di bidang perancangan. Prosedur dan peraturan digubal dikemas kini berpandukan Hampstead Garden Suburb Act, 1906 dan Liverpool Corporation Act, 1906. Garis panduan untuk penyediaan skim perancangan bandar dikemukakan menerusi Housing, Town Planning Act, 1909. Akta tersebut hanya dapat digunakan kepada beberapa skim perumahan yang baru sahaja serta bertahan selama lima tahun sahaja kerana digantikan dengan akta yang baru pada tahun 1919.

Housing, Town Planning Act, 1919

(17)

29

disebabkan pemotongan pembiayaan. Penekanan akta ini adalah memberi penekanan yang lebih kepada pihak berkuasa tempatan dalam memberi kemudahan perumahan bersubsidi kepada penduduk. Penggubalan akta tersebut juga disebabkan oleh pembangunan di pinggir-pinggir bandar begitu cepat akibat pertambahan penduduk dan perkembangan kemudahan pengangkutan.

Idea-idea perancangan bandar moden seperti Ebenezer Howard, Clarence Perry dan lain-lain lagi wujud. Mereka melihat perancangan bandar bukanlah sekadar menyediakan susun atur dan reka bentuk perumahan sahaja malahan merangkumi aspek-aspek lain seperti polisi ekonomi, persekutuan dan perancangan sosial. Penemuan di dalam mereka bentuk kawasan yang diilhamkan oleh philanthropist

menjadikan perancangan bandar bertambah penting bagi menyediakan keperluan yang selesa dan mencukupi kepada penduduk.

Town and Country Planning Act,

1932

Akta ini memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk membangunkan semua jenis guna tanah di bandar dan luar bandar yang sudah dibangunkan atau belum dibangunkan. Ia merupakan akta yang pertama menggunakan perkataan luar bandar pada akta tersebut. Oleh itu, penggunaan akta Town and Country Planning Act, 1932 merangkumi kawasan bandar dan luar bandar. Skop perancangan merangkumi segala bentuk pembangunan di atas tanah termasuk bangunan atau bukan bangunan, pengairan dan pembetungan dan kemudahan ameniti yang selesa. Penguatkuasaan juga merangkumi pengekalan terhadap bangunan sedia ada ataupun segala bentuk pembinaan yang dirasakan perlu oleh pihak berkuasa tempatan merangkumi di kawasan bandar dan luar bandar. Penyediaan pelan-pelan pembangunan diperlukan untuk kelulusan sebelum sesuatu perancangan dibuat di sesuatu kawasan. Akta ini mengukuhkan lagi peranan akta sebagai alat kawalan untuk menyediakan pelan dan pembangunan kawasan.

Town and Country Planning Act, 1947

Penggubalan akta ini dua tahun selepas Parlimen meluluskan Distribution of Industry Act, 1945 yang memberi fokus kepada peletakan kawasan industri kepada yang lebih baik dan terancang. Sejurus selepas itu, pada akta New Towns Act, 1945 digubal untuk membangunkan dan memajukan bandar baru. Sejurus selepas kelulusan akta ini, bandar baru yang pertama telah dibina pada tahun 1946 iaitu Stevenage. Di antara tahun 1946 – 1950, tidak kurang dari 14 bandar baru telah dibina di England dan Wales (Hall dan Tewdwr-Jones, 2011). Sebanyak lapan bandar baru telah dibina di sekitar London untuk menampung limpahan penduduk yang berlaku di London. Perkembangan yang pesat dengan pertumbuhan bandar baru menjadikan perancangan bandar bertambah rumit, Pengawalan dan penguatkuasaan undang-undang yang sesuai diperlukan mengatasi masalah perbandaran dan penempatan penduduk. Menyedari hakikat ini, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1947 digubal untuk membentuk mekanisma yang berkesan bagi penempatan penduduk di kawasan baru.

Akta Town and Country Planning Act, 1947 merupakan akta perancangan bandar yang terpenting sekali di United Kingdom. Ia dikuatkuasakan pada bulan Julai, 1948. Perkembangan penduduk yang pesat di kawasan pinggir bandar telah menyebabkan limpahan penduduk yang menyebabkan pihak berkuasa tempat perlu mengadakan perancangan yang sesuai bagi penempatan penduduk,

Akta ini memansuhkan penggunaan akta-akta yang sebelumnya. Penekanan. akta ini ialah memberi 'kebenaran merancang' sebelum sesuatu pembangunan dibuat. Pelan-pelan pembangunan dan pemajuan perlu disediakan untuk kawasan perancangan yang hendak dibangunkan atau dirizabkan untuk kerajaan.

(18)

30

Bagi mengatasi masalah tersebut, satu sistem baru diperkenalkan dengan menyeimbangkan penglibatan antara Pihak Berkuasa Tempatan dan pemaju-pemaju. Keperluan pelan pemajuan iaitu Pelan Tempatan diberi perhatian pada akta tersebut. Pelan pemajuan iaitu Pelan Struktur yang lengkap perlu disediakan oleh pihak berkuasa tempatan merangkumi dasar dan polis dan cadangan untuk penggunaan tanah di kawasan yang dirancang. Pelan pemajuan yang hendak dirancang mestilah disediakan terlebih dahulu dalam bentuk laporan bertulis yang menerangkan cadangan-cadangan pembangunan serta bentuk kaji selidik yang dijalankan. Laporan tersebut disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Apabila siap, laporan ini adalah sah di sisi undang-undang dan hendaklah diimplementasikan serta kajian semula boleh dibuat dalam jangka masa 5 tahun. Pendekatan ini akan memudahkan perancangan dari segi kawalan guna tanah dan pembangunan.

Town and Country Planning Act, 1968

dan

Town and Country

Planning Act, 1971

Penggubalan akta-akta tersebut adalah disebabkan oleh pembangunan yang pesat di United Kingdom yang memerlukan perancangan dan pembangunan yang lebih komprehensif dan mudah lentur. Penekanan yang diberikan ialah penyediaan rancangan pemajuan atau pelan pembangunan. Pada ke dua-dua akta tersebut, dua komponen utama yang dititikberatkan dalam rancangan pemajuan iaitu Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan dimasukkan . Kedua-dua bentuk rancangan ini adalah berasingan tetapi saling berkaitan antara satu sama lain. Ini bermaksud sesuatu cadangan, perancangan dan pembangunan yang dibuat pada Rancangan Struktur adalah digazetkan dan merupakan dokumen yang sah. Oleh itu segala bentuk perancangan dan pembangunan termasuk pelan tempatan mestilah berlandaskan pada cadangan-cadangan yang telah dikemukakan pada Rancangan Struktur.

Perancangan pada rancangan struktur mempunyai jangka masa sehingga 20 tahun dan perlu disemak semula dari semasa ke semasa. Komponen-komponen utama yang dimasukkan ialah kependudukan, pekerjaan, perumahan, perindustrian, perniagaan, perdagangan, pembelajaran, perkhidmatan sosial dan komuniti, rekreasi, pemeliharaan, perkhidmatan utiliti dan guna tanah. Pemajuan yang ingin dilaksanakan perlu berdasarkan kepada penzonan guna tanah yang telah ditetapkan pada rancangan struktur. Selain itu, polisi, garis panduan dan strategi pembangunan juga digubal dalam rancangan struktur yang menjadi asas kepada sesuatu pembangunan. Kawalan perancangan diperkemaskan dengan memperluaskan kepada kawalan alam sekitar untuk agar komuniti menikmati persekitaran yang selesa dan selamat. Pemaju atau pemilik hartanah yang ingin memajukan tanah dan bangunan perlu mendapatkan kelulusan perancangan daripada pihak berkuasa tempatan sebelum memajukan kawasan tersebut.

PERKEMBANGAN BANDAR DI AMERIKA SYARIKAT

Pada awal kehidupan, manusia bergantung pada hasil daripada memburu binatang dan bercucuk tanam. Di antara 8,000 – 10,000 tahun dahulu, telah wujudnya kaedah pertanian yang sistematik dan lama-kelamaan telah berubah disebabkan keperluan makanan yang meningkat, penemuan peralatan untuk pertanian dan logam. Pengaruh pembentukan bandar adalah disebabkan banyak perkara. Terdapat kawasan yang memberi tumpuan kepada faktor sejarah dan pelancongan, pusat untuk perdagangan, pusat perindustrian dan pusat untuk tumpuan sistem pengangkutan merangkumi darat, udara dan air.

(19)

31

menjumpai kawasan di bahagian Selatan. Pada 12 Oktober, 1492 beliau bersama kumpulannya telah menjumpai kawasan baru yang dipanggil Bahamas. Seterusnya beliau menyambung pelayaran dan berharap untuk sampai eksplorasi ke kawasan Caribbean. Beliau telah mendarat di Pulau Espanola (La Isla Espanola) disebabkan kerosakan pada kapal. Penemuan petempatan tersebut merupakan petempatan awal penduduk Amerika Syarikat. Pada awal petempatan beliau telah membina kubu daripada kayu untuk kemudahan penduduk penduduknya di Pulau Espanola. Namun demikian, kubu-kubu berkenaan telah musnah dan secara tidak langsung telah mendorong kepada perancangan bandar dengan petempatan semula penduduk yang lebih tersusun di Amerika. Selain itu, pendatang asing yang pertama menduduki Amerika Syarikat ialah Sepanyol dan diikuti oleh Perancis, Inggeris dan Portugis. Namun demikian, Inggeris merupakan penjajah yang dominan yang telah memasuki Amerika dan membuka petempatan baru.

Perancangan Bandar pada Abad ke-19

Revolusi Perindustrian yang berlaku pada awal abad ke 19 mempengaruhi perkembangan bandar di Amerika Syarikat. Pada tahun 1840, New York hanya mempunyai penghuninya seramai 313,000 orang sahaja. Dalam jangka masa 50 tahun, iaitu pada tahun 1910 bilangan penduduk telah meningkat dengan mendadak kepada angka 4,767,000 orang. Di awal abad ke 19, hanya terdapat 5 juta penduduk di seluruh Amerika Syarikat. Daripada jumlah ini, hanya 6% iaitu 300,000 penduduk tinggal di bandar. New York City dan Philadelphia adalah merupakan bandar-bandar yang mempunyai penduduk melebihi 25,000 orang pada masa tersebut. Daripada jumlah penduduk di Amerika itu, 94% merupakan penduduk Amerika yang tinggal di luar bandar yang bekerja sebagai peladang.

Dari segi kepercayaan keagamaan penduduk pada masa itu, agrarium

merupakan kepercayaan yang mempengaruhi penduduk yang menganggap petani adalah kehidupan yang paling mulia. Tokoh-tokoh yang memperjuangkan falsafah ini ialah J. Hector St. John de Crevecoeur dan Thomas Jefferson.

Pada tahun 1812, peperangan telah berlaku antara Amerika Syarikat dengan Britain. Ekonomi Amerika Syarikat telah jatuh semasa peperangan tersebut. Akibat peperangan ini, kerajaan Amerika Syarikat telah sedar bahawa mereka terlalu bergantung pada Eropah untuk barang-barang perusahaan. Pada tahun 1815, Revolusi Pertanian telah berlaku kerana adanya lebihan buruh yang boleh diterima oleh sektor pertanian. Pada tahun 1820, pengeluaran barang-barang secara besar-besar melalui perindustrian telah membuktikan bahawa ia adalah sumber ekonomi dan telah menyumbang kepada pembangunan bandar di Amerika Syarikat. Penemuan dan perkembangan teknologi moden mempercepatkan berkembang pesat di Amerika Syarikat. Pembinaan jalan kereta api yang merentasi pusat bandar dengan sistem lingkaran kereta api di pusat bandar telah mempercepatkan lagi perkembangan petempatan penduduk. Pada tahun 1830, pengangkutan kereta kuda diperkenalkan dan seterusnya pada tahun 1870 penciptaan kereta kabel telah menyumbang kepada perkembangan penduduk. Penciptaan di bidang komunikasi melalui penemuan telefon dan telegraf menyebabkan aktiviti di kawasan bandar menjadi tumpuan. Keadaan sedemikian menyebabkan tumpuan penduduk di kawasan bandar yang menyebabkan pertambahan penduduk dengan mendadak.

Asas Perkembangan Bandar

Asas perkembangan bandar yang utama pada abad ke-19 ialah kombinasi beberapa tekanan iaitu

:-i. Lebihan buruh daripada Revolusi Pertanian. Secara tidak langsung membuka peluang tenaga buruh dalam sektor perkilangan;

(20)

32

iii. Sistem dan falsafah laissez faire yang diamalkan oleh kerajaan di mana tidak ada campur tangan kerajaan dalam perindustrian dan perdagangan;

iv. Bekalan tanah yang begitu meluas menyebabkan tanah-tanah kosong boleh dirancang dan dibangunkan;

v. Pasaran untuk hasil-hasil kilang yang mulanya hanyalah untuk pasaran Eropah di bawah dasar penjajahan. Keadaan sedemikian telah menyebabkan Amerika Syarikat terlalu bergantung pada negara-negara Eropah untuk barangan perusahaan mereka. Kesedaran pada perubahan dasar ini telah mendorong kepada peningkatan ekonomi Amerika Syarikat;

vi. Kemajuan pengangkutan pada tahun 1825, Terusan Erie beroperasi membuka kawasan Barat Amerika untuk petempatan di samping adanya sistem pengangkutan kereta api di New York, Pennsylvania dan Baltimore.

Pada tahun 1900-an rumah Tenement Houses iaitu rumah pangsa yang dibina daripada blok batu bata merah dibangunkan. Rumah pangsa berkenaan merupakan rumah pangsa yang pertama dibina di Bandar New York dan hanya disediakan kemudahan yang minimum seperti ketiadaan ruang peredaran udara dan cahaya serta ketiadaan pintu kecemasan. Rumah pangsa ini mempunyai ketinggian antara 7 hingga 7 tingkat. Rumah pangsa tersebut didiami oleh pendatang-pendatang Eropah yang memasuki Amerika secara besar-besaran pada tahun 1820-an. Petempatan penduduk yang semakin meningkat ini telah menyebabkan kesesakan di bandar berlaku. Di samping itu juga, tiadanya campur tangan daripada pihak kerajaan untuk memperbaikinya memburukkan keadaan.

Pada tahun 1867, New York Tenement House Law telah diluluskan. Rumah-rumah pangsa boleh ditambah baik seperti mengadakan ruang pengudaraan antara bilik tidur, pintu kecemasan dan pemegang tangga. Antara tahun 1860 sehingga tahun 1870 bermulanya era baru dalam perancangan bandar iaitu petempatan penduduk di pinggir bandar. Petempatan ini diduduki oleh pengurus-pengurus dan pemilik-pemilik kilang yang inginkan sebuah kawasan yang jauh dari kesesakan dan kekotoran bandar. Contoh petempatan kawasan yang terbaik ini ialah di Riverside, Illinois yang mempunyai keluasan seluas 648 hektar.

Kawasan ini dirancang oleh Frederick Law Olmstead dan Calvert Vaux pada tahun 1869. Konsep perancangan yang ditonjolkan oleh mereka ialah berdasarkan konsep 'perancangan taman-bandar' dengan jalan melengkung serta mempunyai kawasan taman. Kawasan tersebut seluas 283 hektar serta anjakan bangunan yang dibenarkan ialah 30 kaki serta setiap rumah dimestikan menanam, sekurang-kurangnya dua batang pokok. Perancangan yang dilakukan ini merupakan sesuatu yang baru kerana sebelum ini bentuk perancangan di Amerika Syarikat berdasarkan kepada konsep bergrid. Seterusnya pada tahun 1901, Tenement House Law yang juga dikenali sebagai undang-undang baru diperkenalkan berdasarkan pindaan yang dibuat untuk penambahbaikan undang-undang sebelumnya. Penambahbaikan yang dibuat ialah setiap bangunan perlu mempunyai sistem pembetungan yang baik, satu laluan kecemasan bagi setiap 20 dan penduduk dan ruang pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi.

Penubuhan Lembaga Perancang Bandar

Lembaga Perancang Bandar ditubuhkan bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan tempatan. Lembaga ini mempunyai kuasa yang sedikit disebabkan definisi dan tujuan penubuhan yang tidak jelas. Namun demikian, lembaga inidapat menjelaskan bahawa perancangan merupakan tugas dan tanggungjawab kerajaan. Ahli-ahli lembaga tersebut terdiri daripada ahli-ahli perniagaan, ejen harta tanah, arkitek, arkitek landskap dan jurubank.

Pada tahun 1907, Lembaga tersebut ditubuhkan oleh Connecticut State Legislative untuk bandar Hartford, tahun 1908 bagi bandar Milwaukee dan tahun 1909 bagi bandar Chicago, Detroit dan Baltimore.

(21)

33

i. Pada tahun 1907, kajian bandar-bandar secara sistematik yang pertama dibuat di Pittsburg yang merangkumi maklumat keadaan rumah, hospital, kebersihan dan lain-lain yang tidak terdapat di 'Bandar Indah'.

ii. Pada tahun 1909, Pelan Wilayah Metropolitan yang pertama di Amerika Syarikat disediakan oleh Daniel H. Burham bagi bandar Chicago. Aspek perancangan bandar yang dilakukan merangkumi proses melalui mesyuarat. penglibatan awam dan seminar berkenaan perancangan dan pembangunan.

iii. Pada tahun tersebut juga, State Enabling Act yang pertama diluluskan di Wisconsin dengan membenarkan kerajaan tempatan untuk terlibat secara langsung dalam perancangan bandar di kawasannya. Sehubungan dengan itu, aspek perancangan bandar telah mula diperkenalkan di universiti -universiti. iv. Antara tahun 1908 hingga 1909, kes mahkamah pertama didengar dengan

menguji asas konstitusi untuk mengawal pembangunan persendirian oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Pergerakan Utama Konsep Perancangan Bandar

Perancangan bandar moden berlaku adalah hasil daripada pertambahan penduduk yang mendadak akibat daripada Revolusi Perindustrian. Keprihatinan pemikir-pemikir yang mencetuskan idea corak petempatan yang baru dan terancang untuk pekerja menjadikan kawasan petempatan yang disediakan adalah menarik dan selesa dan selamat untuk didiami. Penyediaan petempatan kepada penduduk bukan hanya untuk merancang kawasan yang sesuai untuk didiami tetapi telah beralih dengan memberi tumpuan kepada aspek keindahan. Pergerakan utama konsep perancangan bandar di Amerika Syarikat bermula pada penghujung abad 1900-an dan awal abad 2000-an. Antara pergerakan tersebut ialah Pergerakan 'Bandar Taman' dan Pergerakan 'Bandar Indah' yang mempengaruhi reka bentuk komuniti kejiranan. Konsep perancangan moden bermula di Amerika pada seawal-awalnya pada tahun 1890 di Detroit, New York dan Philadelphia.

Pergerakan 'Bandar Taman'

Pergerakan Konsep Bandar Taman meninggalkan kesan yang mendalam kepada perancangan bandar pada awal abad ke-20. Pergerakan ini telah diasaskan, oleh Ebenezer Howard yang lahir di London dan telah bermastautin di Nebraska semasa berumur 21 tahun. Di antara bandar yang menggunakan konsep Bandar Taman ini ialah di Woodbourne, Boston; Sunnyside, Queens; Lake Vista, New Orleans; Forest Hills Gardens, New York dan Radburn di New Jersey. Konsep perancangan beliau akan diterangkan dengan lebih mendalam pada Bab 3.

Pergerakan 'Bandar Indah'

Pergerakan ini bermula di Chicago pada tahun 1893 semasa persidangan

Columbian Exposition bagi memperingati ulang tahun ke-400 Amerika Syarikat. Fokus utama memperkenalkan konsep Bandar Indah adalah untuk mengatasi kesesakan penduduk di bandar.

Daniel H. Burnham dikenali sebagai bapa kepada perancangan bandar di Amerika Syarikat. Beliau dilantik sebagai ketua perancang dan arkitek untuk persidangan tersebut. Bandar Putih (White City) telah ditubuh dan dirancangnya mengimbangi pusat perindustrian di Amerika. Kawasan tersebut dikenali sebagai World’s Columbian

Exposition yang direka bentuk secara klasik dan mempunyai aliran air dan kawasan awam yang lapang luas. Beliau juga telah merancang dan mewujudkan beberapa bandar seperti San Francisco, Cleveland dan Chicago. Idea perancangan tersebut telah diguna pakai oleh Walter Burley Griffin dalam perancangan beliau bagi Canberra.

(22)

34

Walaupun agak tidak munasabah untuk mengubah bandar-bandar industri yang bermasalah di Amerika tetapi dengan usaha beliau, kawasan-kawasan tersebut boleh diperbaiki serta meningkatkan kualiti pembangunan.

Pada awal abad ke-20-an, konsep-konsep perancangan yang dikemukakan eh Geddes dan Burham telah disemak semula. Keadaan ini telah menyebabkan sistem pengezonan digunakan untuk perancangan yang lebih sistematik di samping menekankan kepada polisi-polisi perumahan, pecah sempadan dan kesihatanam.

Pembentukan Semula Perancangan Bandar

Bagi mewujudkan pembentukan semula sistem perancangan bandar di Amerika, beberapa tindakan dibuat. Antaranya;

i. Konferensi perancang bandar;

ii. Institut Perancang Bandar Amerika (American Institute of Planners).

Konferensi Perancangan Bandar

Konferensi perancangan bandar pertama pada peringkat kebangsaan telah diadakan di Washington D.C. pada tahun 1909.

Tujuan utama konferensi ini diadakan ialah untuk mengetahui tentang perkara-perkara semasa yang berlaku dalam bidang perancangan di samping kerja sama dalam bidang lain seperti arkitek seni taman dan perancang seni taman. Kajian yang dijalankan akan digunakan sebagai asas penentu penggunaanterbaik untuk ruang fizikal.

Sejurus selepas itu, konferensi perancangan bandar yang kedua telah diadakan di Rochester, New York yang ditaja oleh American Institute of Architect "American Society of Landscape Architect. Segala keputusan yang dihasilkan konferensi tahun 1909 telah dimansuhkan. Resolusi daripada konferensi tersebut memberi penekanan terhadap konsep penyusunan semula, pekerjaan dan keamanan sosial melalui pembangunan fizikal bandar.

Pada tahun 1910, R ussell Sage Foundation di New York telah menyumbangkan dan merancang reka bentuk Forest Hill Gardens di Long Island, New York yang merupakan demonstrasi pertama konsep kejiranan yang diterokai oleh Raymond Unwin. Konsep perancangan bandar ini memperkenalkan reka bentuk jalan

curvilinear di kawasan perumahan.

Pada tahun 1913 pula, Pihak Berkuasa di New York telah memberi kuasa kepada datuk bandar untuk menubuhkan 'Lembaga Perancangan'. Keadaan ini juga berlaku di New Jersey. Lembaga ini perlu dirujuk bagi permohonan untuk membuat pecah sempadan.

Lanjutan daripada perkara pecah sempadan tadi, maka pengawalan untuk mengadakan pecah sempadan perlu diadakan bagi mengelak daripada masalah terlalu banyak pecah sempadan dilakukan. Oleh yang demikian 'Akta California' digubal bukan hanya memberi kuasa kepada datuk bandar untuk merancang dan menubuhkan `Suruhanjaya Perancangan' tetapi juga memerlukan rujukan mandatori bagi semua pecah sempadan dalam lingkungan 4.83 km. (3 batu) dari sempadan bandar untuk disemak oleh Suruhanjaya Perancangan.

Institut Perancang Bandar Amerika

(American Institute of Planners)

Institut ini telah ditubuhkan melalui Persidangan Perancangan Bandar ke 9 yang diadakan di Bandar Kansas pada bulan Mei, 1917. Pada persidangan tersebut, hasil rumusan mendapati bahawa perlunya satu badan yang mengawal perkembangan sains perancangan bandar yang semakin komprehensif. Institut ini telah dibentuk di mana Frederick Law Olmstead Jr. telah dilantik sebagai president pertama badan ini. Penubuhan institut ini mendapat sokongan dan maklum balas yang baik daripada masyarakat. Institut ini telah berkembang dengan pesatnya. Beberapa pembaharuan telah dibuat, sebagai contohnya,

(23)

35

Penzonan yang pertama diimplementasikan dengan komprehensif bertujuan untuk mengawal ketinggian dan kelebaran bangunan.

ii. Pada tahun 1922, Jabatan Perdagangan Amerika telah mengeluarkan perundangan yang merangkumi piawaian dan penzonan di mans kuasa diberikan untuk pembangunan bandar-bandar bagi aktiviti kegunaan tanah.

Selepas perang dunia pertama, perancangan menjadi bertambah penting dan menjadi asas kepada 'persefahaman baru' bagi mengukuhkan lagi pelaburan kerajaan dan kestabilan ekonomi. Program yang dilaksanakan merangkumi :-

i. Penubuhan agensi-agensi perancangan dengan tumpuan diberikan untuk mengatasi masalah-masalah bandar.

ii. Pengwujudan banyak bandar `lingkaran hijau' daripada idea Howard. Walau bagaimanapun keadaan ini hanya berlaku di kawasan -kawasan pinggir bandar sahaja tidak bandar-bandar besar kerana tiada kemudahan yang secukupnya.

iii. Penubuhan dan pengawalan sistem untuk mengawal banjir, tebus guna tanah serta pembangunan ekonomi oleh Tennessee Valley Authority. Pendekatan ini dapat membangunkan dan meningkatkan kualiti kehidupan luar bandar bagi kawasan-kawasan mundur di bahagian Selatan.

Selepas perang dunia kedua, pendekatan baru bagi aspek perancangan yang bercorak kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi dikenal pasti. Program yang dilaksanakan merangkumi:

i. Program peringkat persekutuan menerusi National Housing Act, 1949 iaitu dengan menubuhkan perumahan awam untuk membantu dan mengadakan pembangunan semula bandar.

ii. Menubuhkan pendekatan asas untuk pembangunan semula bandar melalui

National Housing Act, 1954. Cara yang dijalankan ialah dengan membangunkan semula sesuatu kawasan tersebut dengan membina semula jalan, utiliti dan kemudahan awam. Program ini dianggap berjaya kerana dapat mengatasi masalah kesesakan di kawasan bandar. Di samping itu jugs, galakan daripada kerajaan telah bedaya memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat pelan yang komprehensif agar perancangan yang dilakukan dapat memanfaatkan semua kelompok masyarakat.

Dalam tahun 1970-an, program perancangan dan pembangunan menjadi lebih realistik dengan memberi kuasa kepada kerajaan tempatan dan negeri untuk menyelesaikan masalah bandar. Oleh yang demikian pertumbuhan pembangunan bandar menjadi lebih komprehensif dan cepat kerana perancangan tersebut tidak melibat dan bergantung pada perkembangan bandar-bandar lain.

(24)

36

PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN GUNA TANAH DI

MALAYSIA

Perkembangan pembangunan dan perancangan guna tanah di Malaysia telah berlaku pada awal tahun 1800-an. Perkembangan tersebut telah mengakibatkan beberapa peristiwa berlaku iaitu:-

i. Sejarah perancangan di Malaysia; ii. Lembaga Kebersihan;

iii. Penubuhan Jabatan Perancang di Malaya.

Sejarah Perancangan di Malaysia

Sejarah perancangan di Malaysia bermula sebaik sahaja Kapten Francis Light mendapat di George Town, Pulau Pinang pada tahun 1786. Beliau mendapati tiada corak perhubungan jalan raya sistematik. Seterusnya beliau mengarahkan agar susun atur jalan raya disediakan. Di situ bermula perancangan bandar yang merupakan asas kepada perancangan bandar pada masa tersebut.

Kegiatan awal perancangan bandar di Malaysia bermula dengan tertubuhnya satu jawatankuasa yang bergelar Jawatankuasa Penilai-Penilai pada 1801 di Pulau Pinang. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli-ahli yang dilantik secara sukarela dan diberi kuasa untuk menyusun atur bandar dalam keadaan yang paling sesuai untuk keperluan penduduknya. Mereka mempunyai kuasa untuk mereka bentuk susun atur jalan, membina jalan, menjual lot tanah dan merancang sistem perparitan.

Sumbangan awal perancangan ialah pembinaan jalan dan parit di sekitar bandar Georgetown, disempadankan oleh Jalan Light, Jalan Beach, Jalan Chulia dan Jalan Pitt yang merupakan sebuah kawasan perdagangan yang telah kekal sehingga hari ini tanpa perubahan besar. Ini m eru pak an sum bangan terawal dalam memperkenalkan aktiviti perancangan di negara ini terutama sekali bagi negeri-negeri selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

Pada tahun 1881, sesuatu peristiwa yang membentuk kepada perancangan yang lebih sistematik terhadap pembangunan telah berlaku akibat daripada kebakaran besar yang berlaku di Kuala Lumpur. Melalui peristiwa kebakaran di sebahagian besar Kuala Lumpur itu, dua keputusan penting telah diambil oleh Majlis Negeri-Negeri ketika itu. Keputusan pertama ialah membahagikan Kuala Lumpur kepada empat bahagian :-

i. Bahagian perniagaan besar untuk pedagang dan saudagar;

ii. Bahagian perkilangan untuk tukang-tukang besi dan kegiatan-kegiatan lain yang menimbulkan kacau ganggu dan berbahaya;

iii. Bahagian untuk rumah-rumah pelacuran;

(25)

37

Rajah 2.13 Susun Atur Rumah

Antara tahun 1880 sehingga. tahun 1890, bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia telah mengalami perkembangan yang memberangsangkan khususnya di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan pelabuhan dan kawasan yang mempunyai aktiviti perlombongan. Pertambahan penduduk di kawasan tersebut adalah disebabkan wujudnya kegiatan-kegiatan perdagangan serta wujudnya pekerjaan yang secara tidak langsung menarik minat penduduk untuk berhijrah ke tempat berkenaan. Perkembangan dan pertambahan penduduk tanpa kawalan telah menyebabkan berlakunya kesesakan, kekotoran, penyakit dan kecenderungan kepada kebakaran. Bagi mengatasi masalah ini, Lembaga Kebersihan telah ditubuhkan.

Lembaga Kebersihan

Penubuhan Lembaga Kebersihan merupakan usaha pertama yang diambil kira pelbagai aspek perancangan bagi tujuan pembangunan. Sistem Lembaga Kebersihan telah dibentuk pada 1892 dan diperluas ke bandar-bandar utama dan sebahagian kampung-kampung pada tahun berikutnya. Dengan itu, penduduk telah dapat menikmati sistem kesihatan, kebersihan clan perbandaran lebih baik.

Pembaikan ini memerlukan penyerahan pelan-pelan bangunan baru dan pindaan untuk bangunan lama untuk siasatan Lembaga. Lembaga ini mengawas pembikinan, pembaikan, pembersihan, perparitan, pengairan, pemasangan lampu jalan, penanaman dan pengekalan pokok dan perkara -perkara lain yang bersangkutan dengan pembangunan bandar.

Pem bentuk an lem baga ini m em punyai k esan dalam m em bentuk k eseragaman bangunan dalam sesuatu bandar dan rupa bentuk bandar dalam sesuatu kawasan.

Penubuhan Jabatan Perancang di Malaya

(26)

38

dikendalikan pada mulanya oleh Jurutera Eksekutif, P.W.D sehingga tahun 1946 bila T.H.H. Hancock seorang perancang bandar dari Britain telah tiba di Malaysia. Di antara tahun 1950 hingga 1960, Pada Thomas Arthur Lawrence Concannon telah mengambil alih jawatan Commissioner. Jabatan Perancangan Bandar telah beroperasi melalui penubuhan pejabat-pejabat wilayah di Pejabat Wilayah Selatan di Johor Baru, Pejabat Wilayah Tengah di Ipoh dan Pejabat Wilayah Utara di Fort Cornwallis, Pulau Pinang. Sumbangan terbesar beliau ialah penyediaan Skim Perkampungan Felda yang pertama di Bilut, Pahang. Pada tahun 1958, beliau telah menyediakan laporan Town Planning in Malaya.

Selepas peperangan dunia kedua, jabatan perancangan dibentuk semula dan di antara tahun 1955 hingga tahun 1956 pejabat wilayah telah ditubuhkan di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, dan Johor Bharu. Pada masa berkenaan terdapat pergolakan politik yang agak ketara. Selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sistem perkhidmatan perancangan bandar di Malaysia telah berubah corak kepada dua peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan Negeri di bawah Senarai Bersama Persekutuan. Bagi menjalankan fungsi-fungsi jabatan selaras dengan kehendak politik, pada tahun 1959 pejabat ini telah diletakkan di bawah Kementerian Dalaman dan seterusnya pada bulan Mei, 1964 Jabatan Perancangan Bandar telah ditukarkan dan diletakkan di bawah kementerian yang baru iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sehingga sekarang ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah menjalankan kegiatannya di Ibu Pejabat di Kuala Lumpur dan pejabat cawangannya di Alor Setar, Kedah, Bandar Melaka, Melaka dan di Kuantan, Pahang. Perancangan bandar di Malaysia diiktiraf secara rasminya pada tahun 1995 apabila Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538) digubal dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1996.

KESIMPULAN

Revolusi perindustrian yang berlaku pada abad ke-19 telah melahirkan beberapa pengusaha kilang dan juga pemikir yang berusaha dan berjaya mengubah corak hidup masyarakat setempat. Bermula dengan penyediaan petempatan bagi pekerja yang bermasalah telah beralih kepada struktur kehidupan dan penginapan yang lebih baik, selesa dan teratur. Perancangan bagi kediaman pekerja yang ramai akibat daripada pertambahan penduduk yang mendadak telah berjaya mewujudkan suatu corak petempatan yang sesuai akhirnya mewujudkan suatu bentuk corak petempatan bandar.

Masalah-masalah dihadapi semasa revolusi perindustrian yang disebabkan oleh sistem petempatan yang tidak teratur, telah mendorong kepada kewujudan beberapa corak petempatan penduduk yang terancang. Di samping itu, penyediaan kemudahan awam dan sosial serta perseimbangan antara alam sekitar dan manusia diambil kira bagi memastikan perancangan memenuhi selera masyarakat. Sungguhpun demikian, timbul pula beberapa masalah akibat pemaju-pemaju yang mendirikan bangunan demi untuk mendapat keuntungan semata-mata tanpa memberi penekanan kepada aspek kemudahan awam, sistem perparitan dan pembetungan. Keadaan sedemikian telah menimbulkan masalah-masalah kesihatan yang mendorong kepada penggubalan Akta yang bertindak mengawal perancangan dan pembangunan yang akan rencanakan.

(27)

39

Rajah di atas memberi gambaran bahawa perancangan bandar yang sistematik wujud akibat revolusi perindustrian yang melanda United Kingdom termasuk juga negara-negara lain di Eropah. Revolusi perindustrian berkenaan menimbulkan berbagai-bagai masalah dari segi kesihatan mahupun pembangunan fizikal. Keadaan sedemikian telah mendorong satu bentuk petempatan bandar yang lebih selesa dan tersusun.

Referensi

Dokumen terkait

Apabila berbincang mengenai isu menunjukkan rasa hormat ini juga, Abdur Rehman (1982) memberikan pandangan bahawa perlunya ucapan salam yang menunjukkan rasa

Suatu KTD yang mengakibatkan kematian atau cedera yang serius; biasanya Dipakai untuk kejadian yang sangat tidak diharapkan atau tidak dapat diterima Seperti : operasi pada bagian

Assisted Test Badan Kepegawaian Negara (CAT BKN) Dengan Protokol Kesehatan Pencegahan Dan Pengendalian Corona Virus Disease 2019 (Covid-19) sebagaimana tersebut

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh diazinon (pestisida) terhadap tingkat keberhasilan larva yang terbentuk dan waktu dari setiap tahap perkembangan

Fungsi paru adalah pertukaran gas oksigen dan karbondioksida pada pernapasan melalui paru / pernafasan eksternal, oksigen di pungut melalui hidung dan mulut, pada waktu bernafas

Kazanın ortak bir buhar kollektörünün bağlı olduğu sistemlerde aşağıdaki sistemlerde hareket edilmelidir.Kazan çıkışında ne tip vana düzeni olursa olsun

(3) Karakteristik generator menyesuaikan dengan hambatan atau beban yang di berikan pada output generator, Daya maksimum generator yang dihasilkan pada saat

Berdasarkan buku panduan fakulti bag] sesi 2002 / 2003, objektif utama kursus ini adalah supaya di akhir kur s u s, para pelajar akan sekurang-kurangnya dapat menyatakan