• Tidak ada hasil yang ditemukan

APLIKASI TEORI DALAM PENULISAN KREATIF

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "APLIKASI TEORI DALAM PENULISAN KREATIF"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

APLIKASI TEORI DALAM PENULISAN KREATIF: SATU TINJAUAN KEWAJARAN

OLEH

WARDAH MUNIRAH

KESUSASTERAAN secara umum bermaksudkan sesuatu yang indah dan bermakna baik dari segi isi dan tubuhnya. Berdasarkan etimologi sastera dan kesusasateraan, penulis sebenarnya menggalas tanggungjawab besar dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu baik dalam bentuk puisi mahupun prosa. Peri penting tanggungjawab seorang penulis dalam memimpin pemikiran dan akal budi masyarakat lewat karya yang dihasilkan perlu tampil secara baik agar mampu diterima baik oleh khalayak pembaca. Dalam hal ini, kesusasteraan yang menitikberatkan unsur estetika perlu dicitrakan oleh penulis bukan sahaja dari aspek pengolahan gaya bahasanya malahan menuntut nilai estetika dari segi persoalan dan pemikiran yang timbul. Pengarang besar, SN Shahnon Ahmad menegaskan peri pentingnya menimbulkan nilai estetika pemikiran, estetika bahasa dan estetika cerita yang menjadi landasan dalam membawa gagasan pemikiran yang cuba disampaikan pengarang.

(2)

murni seorang penulis ini apabila membiarkan diri terikat dengan variasi konsep dan kepelbagaian teori tertentu sewaktu melewati proses kreatif.

Kerja seorang penulis adalah menulis. Konsep ini lebih disenangi oleh kebanyakan penulis baik penulis baharu mahupun penulis mapan. Dalam banyak hal, penulis lebih berasa selesa dalam membebaskan kreativitinya daripada dikongkong oleh sebarang ugeran sewaktu berkarya. Mengongkong diri dengan perkara-perkara kritikal tersebut secara tidak sedar sebenarnya memberi impak pada kesan rasa dan nilai estetika karya yang akan dinikmati oleh pembaca. Dalam hal ini, penulis yang mengikat kerangka kreativitinya dengan bentuk-bentuk teori tertentu akan menjadikan mereka obses untuk memastikan perihal tema, watak dan perwatakan, olahan gaya bahasa, latar dan pelbagai aspek yang menjadi nadi pergerakan sebuah naratif menepati pati teori yang dipegang. Hal ini tidak akan disedari penulis ketika menjalani proses kreatif. Melihat pada penghasilan karya ‘terikat’ sebegini, kesan rasa yang negatif akan menganggu sistem minda pembaca semasa menghadami karya tersebut. Perkara ini terjadi lantaran rasa terpaksa yang akan menghambat suasana bosan khalayak untuk lebih meneliti sari pati karya dalam bentuk yang bukan superfisial.

(3)

tentunya perlu lahir secara ikhlas dari hati seorang penulis yang menjadikan tulisan sebagai medium menyampaikan hasrat dan visi murni pengamal sastera. Melihat pada lumrah proses kreativiti ini, penulis yang terlalu ghairah untuk mencampuradukkan kerjaya penulis dengan pengkritik akan menjadikan kerja pertukangan seorang penulis termanifestasi sebagai kaku dan kurang nilai seninya lagi. Secara langsung, hal ini akan menjejaskan nilai karya tersebut sebagai sebuah karya sastera yang baik di samping menggugat tugas memanusiakan manusia yang terkandung di dalamnya.

Walau bagaimanapun, penerapan teori ini berbeza dengan pemanfaatan pendekatan tertentu yang boleh menambah daya resepsi pembaca menaakul naratif yang ingin disampaikan pengarang. Misalnya, seseorang penulis boleh memasukkan unsur-unsur wacana yang akan memberi satu ilmu tambahan dalam gubahan cerita dan peristiwa yang dihidangkan kepada pembaca. Pendekatan memasukkan wacana dalam sesebuah karya akan mencambahkan pengalaman dan ilmu pembaca. Walau bagaimanapun, penulis tetap perlu memandu gaya dalam proses kreatif tersebut agar pendekatan memasukkan unsur wacana ini tidak menganggu kepentingan aluran estetik dalam sesebuah karya sastera. Hal ini bagi mengelakkan daripada karya sastera itu dikategorikan sebagai karya ilmiah.

(4)

karyanya terumbang-ambing tanpa nilai intelektual yang boleh memberi manfaat kepada pembaca.

Pengamal sastera terutama penulis baharu perlu bijak dalam memberi titik perbezaan yang jelas dalam menentukan bentuk pengaplikasian teori yang boleh menyekat daya kreativiti penulis dengan pendekatan tertentu. Hal ini kerana, pendekatan tertentu dan bersesuaian boleh menjadi kekuatan sesebuah karya tanpa menolak unsur estetikanya. Memanglah bukan satu kesalahan untuk seseorang penulis menulis dengan menjadikan sesebuah teori sebagai sandaran. Namun tidak banyak penulis yang menggunakan kaedah tersebut dalam berkarya. Langkah berani tersebut perlu diambil dengan penguasaan yang tinggi terhadap teori yang dipegang. Sementelahan pula, penulis berkenaan juga perlu mempunyai kesedaran tinggi terhadap unsur estetika karya yang tidak sewajarnya ditelan oleh teori. Menulis bersandarkan teori tertentu akan menjadikan sesebuah karya itu bertaraf tinggi dan mampu diterjemah melalui proses enkod dan dekod pembaca. Perkara ini akan berlaku sekiranya penulis benar-benar arif dengan teori serta mempunyai kesedaran mendalam bagi melestarikan nilai estetika karya sastera.

(5)

bermaksud, penulis mampu menguasai atau mewujudkan sesebuah teori dan konsep untuk dijadikan sebagai kayu pengukur kepada hasil penulisannya secara konsisten. Pewujudan konsep tertentu dan konsistensi dalam memasukkan konsep tersebut ke ruang naratif seperti yang dilakukan Noordin Hassan akan menjadikan sesebuah karya itu bermutu tinggi dan mampu diterima masyarakat. Secara mudah, penulis yang ingin menulis dengan menerapkan teori tertentu sewaktu berkarya perlu mempunyai satu teori khusus dan tekal menulis bersandarkan pada kerangka teori yang dicipta seperti yang dilakukan oleh Noordin Hassan, Shafie Abu Bakar dan Muhammad Hj Salleh. Bagi penulis baharu yang tidak mempunyai pegangan dan pemahaman yang jitu terhadap teori-teori tertentu, perlukah penulis sebegini mengikat proses pengkaryaan dengan teori yang kurang diketahui secara total dan pasti?

(6)

diwakilkan pengarang melalui watak Salina, seorang pelacur yang terpaksa menjalani kehidupan payah meskipun pernah dibumbui oleh kesenangan dan kasih sayang keluarga. Sementelahan itu, Salina turut memaparkan citra suara subaltern dalam menuntut warna hidup yang lebih baik pada masa itu.

Lain pula halnya dengan Hujan Pagi yang berkisar pada watak utamanya iaitu Lukman yang menghadapi prahara kejiwaan lantaran perjuangan menjulang kebenaran yang terhalang selaku wartawan. Manakala, Sungai Mengalir Lesu memaparkan gelodak hidup masyarakat Melayu yang berhadapan dengan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Karya-karya beliau yang menampilkan kepelbagaian tema ini sebenarnya menjadi bukti kejayaan seorang penulis yang tekun melaksanakan tugasnya dengan sepenuh hati tanpa perlu memikirkan teori yang ingin diterapkan.

(7)

digunakan pengkritik sastera bersandarkan anatomi naratif Sungai Mengalir Lesu itu sendiri.

Kepelbagaian genre novel yang dihasilkan oleh A. Samad Said memperlihatkan keberhasilan beliau selaku seorang pengarang yang memberi kebebasan dalam ruang kreativitinya tanpa mengekang idea dan jaluran naratif dengan teori-teori tertentu. Hal ini memperlihatkan satu pemahaman yang tinggi oleh A. Samad Said terhadap tanggungjawab beliau sebagai penulis yang memerlukan daya estetika yang tinggi bagi menjalankan tugas sebagai perakam masa dan peramal masa depan.

Walau bagaimanapun, hal ini tidaklah pula menidakkan kebolehan dan keupayaan sesebuah teori dalam menghasilkan sesebuah karya yang baik. Perkara ini memerlukan keseimbangan yang jelas iaitu antara nilai estetika dan pendekatan mahupun teori yang digunakan. Sekiranya penulis terutamanya penulis baharu ingin mengaplikasikan penerapan teori sewaktu berkarya, penulis wajar memberi keseimbangan yang adil terhadap kedua-dua perkara tersebut. Hal ini penting agar karya yang dihasilkan mampu berdiri sebagai sebuah karya yang berupaya menarik minat dan fikiran khalayak pembaca untuk mengamati karya dengan lebih mendalam.

(8)

Hashim Ismail, penguasaan bahasa figuratif yang baik boleh menjadikan sesebuah karya itu kaya dengan makna. Penyair boleh mengambil kesempatan daripada konsep licentia poetica untuk menggunakan manipulasi bahasa sebijak yang mungkin bagi mengungkapkan makna yang sebanyak mungkin. Dari sini, lahirlah hasil penciptaan karya kreatif dengan nilai-nilai tanggapan dan nilai-nilai perasaan yang menimbulkan kesan berbeza bergantung pada proses pembacaan dan penghayatan seseorang.

Melalui pemahaman terhadap Teori Stilistik, penulis mahupun penyair mampu meluaskan ruang idea dengan penggunaan bahasa figuratif yang membolehkan penyair menjangkau tahap kesan manipulasi lambang dan manipulasi kiasan. Bahasa kiasan dan bahasa perlambangan merupakan dua unsur yang menghidupkan unsur figuratif penyair. Hakikatnya, bahasa figuratif ini akan menjadikan bahasa puisi menjadi lebih segar, bertenaga, indah dan berkesan dari segi pengalaman, perasaan serta pemikiran. Melalui pemahaman terhadap Teori Stilistik, para penyair terutamanya penyair baharu mampu menghasilkan sesebuah puisi yang lebih baik dan bermutu kerana mampu menjadikan bahasa puisinya tidak sekadar sarat dengan unsur dekoratif bahasa sebaliknya padat dengan unsur pemikiran yang terungkap dalam gaya bahasa yang berkesan. Hal ini menunjukkan bahawa penulis boleh mengaplikasikan sesebuah teori sewaktu berkarya dengan mengambil kira faktor inti dan bentuk karya yang ingin dihasilkan.

(9)

Referensi

Dokumen terkait

Jika dikaitkan dengan tahfiz Al Quran, maka pembelajaran tahfiz Al Quran merupakan suatu upaya yang dilakukan dengan sengaja oleh pendidik untuk menyampaikan

Adapun yang menjadi problem dalam pengajaran Baca Tulis al-Qur'an (BTQ) adalah semua komponen pengajaran itu sendiri meliputi materi yang kurang lengkap,

Singh dan Nayak (2015) mengungkapkan bahwa kepuasan kerja karyawan dapat disebabkan oleh beberapa faktor, salah satunya yaitu konflik pekerjaan-keluarga. Berdasarkan indikasi

Pengujian mesin gamma stirling yang sudah selesai dirakit dari mesin bekas kompresor dimana telah mengalami modifikasi dengan menggunakan bandul beban katrol yang dirangkai

Sebelumnya di tahun 2016, Honda telah meres- mikan delapan dealer baru yaitu Honda Plaza Tuban, Honda Mitra Gresik, Honda Prima Harapan Indah, Honda Maju Motor

PEMBANGUNAN MASYARAKAT SADAR HUKUM, OPTIMALISASI PERANAN PEMUKA DESA DALAM PENYELESAIAN SENGKETA ADAT DI DESA GULINGAN, KECAMATAN MENGWI, KABUPATEN BADUNG SIDANG LPPM (Meja

Semua definisi diatas menggambarkan bahwa brand switching atau perilaku perpindahan merek oleh konsumen merupakan perilaku negatif dalam kegiatan bisnis, dimana

Permasalahan yang terjadi yaitu stok asam semut yang banyak dan bahan baku lateks untuk produksi hanya sedikit menyebabkan menumpuknya bahan baku asam semut serta serta