• Tidak ada hasil yang ditemukan

persepsi pelajar terhadap subjek al qura

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "persepsi pelajar terhadap subjek al qura"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

PERSEPSI PELAJAR KULLIYYAH BAHASA ARAB, PERUBATAN DAN MUAMALAT TERHADAP SUBJEK AL-QURAN DI KUIN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1. Latar Belakang Masalah

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang Maha Berkuasa yang telah menurunkan kepada hambaNya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar manusia beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang telah menunaikan amanah dengan sempurna dalam menyampaikan syariat daripadaNya.

Islam adalah satu cara hidup yang menyeluruh. Ia menyediakan sistem yang mengatur seluruh aspek kehidupan manusia. Semua perbuatan dan tindakan manusia ada ketetapan dan hukum yang berpandukan sumber-sumber yang diiktiraf antaranya Al-Quran, As-Sunnah, ijmak, dan Qias.

(2)

supaya dapat dijadikan panduan dalam menghadapi liku-liku kehidupan ,apa yang terdapat di dalam al-Quran memberi kebaikan dan kerahmatan kepada seluruh umat islam serta bukan islam .Wahyu yang diturunkan ini mengandungi prinsip perundangan, peradaban, petunjuk serta panduan kepada umat manusia dan segala makhluk hingga hari kiamat. Justeru, wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. dalam bentuk al-Quran merupakan kalam Allah s.w.t. yang azali, terpelihara, tidak berubah dan juga sebagai petunjuk kepada sekelian alam (Rosmawati Ali @ Mat Zin,1997)

Wahyu Allah ini mengandungi petunjuk , pembimbing dan pembeza antara yang hak dan batil ,serta dapat memperbaiki akhlak manusia agar mendapat keredhaan Allah S.W.T. serta menjadi hamba yang taat:

(3)

Rasul sesungguhnya dia adalah orang yang sesat. " (Surah Al-Ahzab,33 :36)

Sejarah para sahabat serta salafussoleh telah membuktikan bahawa pengamalan al-Quran dalam kehidupan memberi manfaat yang besar kepada Islam serta dalam komuniti masyarakat yang berbilang-bilang kaum iaitu berakhlak berdasarkan apa yang dianjurkan oleh Quran, dengan itu keagungan serta kebaikan al-Quran dapat dizahirkan.

Penurunan al-Quran adalah untuk membawa seluruh petunjuk kepada seluruh penduduk dunia. Selain itu, penurunan al-Quran juga merupakan satu mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad S.A.W. Penurunan al-Quran secara sekaligus dan juga secara beransur-ansur kepada Rasulullah S.A.W. mempunyai hikmat yang besar dan membezakan dengan kitab-kitab rasul terdahulu yang diturunkan secara sekaligus (Mohd, mohd zaini, Affendi,2002).

(4)

























Maksudnya :

110. Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) (Surah Ali Imran, 3 : 110)

1.2. Objektif Kajian

Kajian penyelidikan tentang pengamalan al-Quran dalam kehidupan difokuskan kepada pelajar mengikut tiga kulliyyah yang berbeza . Di dalam kajian ini, fokus akan diberikan terhadap pandangan pelajar yang mengambil subjek al-Quran, justeru, penyelidik akan melihat persepsi pelajar terhadap subjek tersebut. Kajian ini merangkumi :

1. Untuk mengkaji persepsi dalam kalangan pelajar mengikut kulliyyah yang berbeza.

2. Untuk mengkaji tujuan pelajar- pelajar ini belajar subjek al-Quran.

(5)

1.3. Persoalan Kajian

1. Apakah tahap penguasaan pelajar dalam subjek al-Quran. 2. Sejauh manakah penguasaan pelajar dalam subjek al-Quran

dalam mengenal tajwid serta hukum bacaan al-Quran.

3. Apakah punca yang menyebabkan pelajar lemah dalam subjek al-Quran.

1.4. Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk membantu pihak-pihak yang berkenaan seperti pelajar, pensyarah dan pihak universiti, kementerian pelajaran Malaysia (KPM), ibubapa dan masyarakat bagi mengetahui sejauh manakah tahap penguasaan pelajar terhadap subjek al-Quran. Hasil kajian ini juga penting untuk univerisiti terutamanya kulliyyah al-Quran supaya dapat melatih dan membuat persediaan dalam melakasanakn tugas dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

(6)

sebagai seorang pendidik yang berwibawa dalam mendidik anak bangsa dan negara. Selain itu, pihak KPM juga boleh menggunakan hasil dapatan kajian ini dalam merangka program serta langkah-langkah bagi menangani masalah pelajar yang lemah dan kurang mahir dalam penguasaan subjek al-Quran.

Hasil dapatan kajian ini juga dapat membantu pelajar dalam mengetahui gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan mereka untuk diaplikasikan di dalam kuliah ketika proses P&P berlansung. Selain itu, mereka dapat mengetahui kaedah pengajaran yang sesuai supaya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam subjek al-Quran.

1.5. Batasan Kajian

Oleh kerana jumlah populasi yang sangat besar, pengkaji hanya mengambil 15 orang pelajar sahaja sebagai responden. Untuk mendapatkan sampel di dalam kajian ini pengkaji menggunakan kaedah persampelan secara rawak. Sampel yang kecil atau tidak meliputi keseluruhan populasi membataskan hasil kajian untuk digenerasikan ke situasi lain. Dengan itu, perkataan hasil kajian berkenaan hanya benar untuk situasi sampel berkenaan.

(7)
(8)

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.2. Pengenalan

Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang Syumul sifatnya, yang ditanzilkan oleh Tuhan maha pencipta yang sangat mengetahui akan kehendak serta keperluan manusia. Dengan demikian Allah turunkan al-Quran sebagai kitab panduan bagi manusa merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan hubungan antara sesama manusia, manusia dengan Allah dan manusia dengan alam sekitar.demikian juga ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusa seperti pendidikan, falsafah, hukum, perundangan, tauhid, perubatan, pertanian, sains, geografi, sejarah, pentadbiran, politik sosian dan lain-lain, semuanya disentuh di dalam al-Quran.

1. Sabda Rasulullah S.A.W:

*”sebaik-baik dalam kalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan yang mengajarkannya” (Riwayat al-Bukhari)

2. Sabda Rasulullah S.A.W:

*”Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama malaikat yang

mulia lagi berbakti. dan orang yang membacanya dalam keadaan

sulit (susah ) dan merangkak- rangkak maka baginya dua pahala

(kebajikan) (Riwayat Muslim)

(9)

‘sesiapa yang mengajarkan anaknya al-Quran dengan melihat,

maka diampunkan baginya dosanya yang lalu dan yang akan

datang dan sesiapa yang mengajarkannya dengan hafalan maka

setiap anaknya itumembaca satu ayat, Allah menaikkan ayahnya

satu darjat hingga akhir ayat yang diamalkannya’. (hadis riwayat

at-tabrani)

dalam keterangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa betapa pentingnya ilmu al-Quran dalam kehidupan manusia. Oleh itu, kajian ini akan menfokuskan berkaitan dengan tahap penguasaan pelajar terhadap subjek al-Quran. Justeru kajian ini akan mengetengahkan hasil berkaitan perkaran yang dibincangkan dengan permasalahan kepada mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca al-Quran. Sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai kajian tindakan, pengkaji telah menjalankan tinjauan literatur berkaitan tajuk yang telah dipilih. Namun, hasil tinjauan yang dilakukan, didapati tidak banyak berkaitan dengan tahap penguasaan pelajar terhadap subjek al-Quran secara teperinci.

2.3. Kajian yang berkaitan

2.3.1. Nik Rusila Bt . Yaakob. 2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas kerja dalam jurnal pendidik dan pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

(10)

pencapaian pelajar. Namun begitu, kertas kerja ini didasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di Kolej Universiti. Namun begitu, kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal yang dirujuk

(11)

membaca al-Quran yang bertepatan dengan kaedah tajwid, makhraj, sifat dan fasahah yang baik. Masalah inilah yang sebenarnya dihadapi oleh pelajar baik di sekolah, kolej atau institus- institusi pengajian. Dapatan kajian ini dapat dirumuskan seperti berikut:

i. Pelajar kurang lancar membaca al-Quran.

ii. Pelajar kurang menghayati hukum-hukum tajwid iii. Pelajar lemah atau sukar menyebut makhraj huruf iv. Pelajar lemah tulisan jawi

2.4. Kesimpulan

(12)

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1. Pengenalan

Metodologi merupakan aspek penting bagi melakukan kajian. Ia bertujuan memastikan kaedah pengumpulan data yang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang hendak dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan dan menjelaskan kaedah-kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki bagi menganalisis kajian yang dijalankan.

3.2. Kaedah kajian

(13)

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu penggunaan borang soal kaji selidik dan kaedah temubual terhadap pensyarah subjek al-Quran. Izham (2015), menyatakan bahawa kebanyakkan penyelidikan boleh dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik kerana responden boleh mengambil masa yang sesuai untuk menjawab soal selidik yang diterima dan ini akan memberikan maklumat yang lebih baik kepada penyelidik. Soal selidik adalah alat formal yang digunakan untuk memperoleh maklumat secara langsung daripada responden mengenai sesuatu perkara yang dikaji oleh seseorang penyelidik. Temubual pula lebih sesuai digunakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sekiranya jawapan yang diterima dalam borang soal selidik kurang jelas. Penyelidik juga menggunakan maklumat dari sumber lain seperti daripada buku rujukan, jurnal dan kajian-kajian lepas dari sumber internet.

3.3. Kaedah analisis data

Kesemua data yang diperoleh daripada responden melalui borang soal selidik dikemaskini dan diterjemahkan dalam ayat bagi memudahkan penganalisian. Bagi maklumat seperti latar belakang responden boleh dikategorikan sebagai pembolehubah nominal yang dianalisis menggunakan nilai peratusan mudah untuk menerangkan hubungan diantara satu sama lain.

(14)

iaitu Bahagian A adalah later belakang responden dan Bahagian B berkenaan dengan faktor penguasaan al-Quran. Bahagian A mengandungi empat item iaitu jantina, minat, tempat mula mempelajari al-Quran dan kekerapan membaca al-Quran di rumah. Bahagian B pula mengandungi item- item soalan yang dibina berpandukan kepada persoalan kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian.

3.4. Tempat kajian

Kajian ini dilakukan terhadap pelajar Kulliyyah Bahasa Arab, Perubatan Dan Muamalat Kolej Universiti Insaniah, Kuala Ketil, Kedah.

3.5. Populasi dan persampelan

Dalam kajian ini, populasi kajian melibatkan 15 orang pelajar dari tiga kulliyyah yang berbeza iaitu 5 orang pelajar kulliyyah bahasa arab, 5 orang pelajar kulliyyah perubatan dan 5 orang pelajar kulliyyah muamalat.

3.6. ANALISA KAJIAN

Pengkaji mengumpul data dalam bentuk temubual pensyarah subjek al-Quran dan mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar mengikut kulliyyah yang berbeza. Data- data ini dianalisis berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif di mana tebual dianalisis dalam bentuk kualitatif manakala soal selidik pula dianalisi dalam bentuk kuantitatif.

3.7. Dapatan temubual

(15)

bagi mendapatkan jawapan dalam menjalankan proposal kajian tindakan ini. Antara soalan yang ditujukan kepada pensyarah tersebut ialah:

i) Apakah tahap keupayaan pembacaan al-Quran dalam kalangan pelajar secara keseluruhan?

ii) Sejauh mana tahap penguasaan pelajar dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis jawi dan membaca al-Quran?

iii) Apakah masalah utama penyebab kegagalan pelajar dalam menguasai subjek al-Quran?

3.7.1. Soalan pertama yang telah pengkaji tujukan kepada pensyarah tersebut ialah apakah tahap keupayaan bacaan al-Quran dalam kalangan pelajar secara keseluruhannya?

(16)

3.7.2. Soalan seterusnya ialah sejauh manakah tahap penguasaan pelajar dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca al-Quran?

Menurut pensyarah tersebut, kebanyakkan pelajar-pelajarnya tidak tahu membaca kerana mereka tidak mengenal huruf hijaiyyah dengan tepat. Kebanyakkan pelajar- pelajar mempunyai sikap negatif terhadap penulisan huruf-huruf al-Quran ini seperti susah untuk dipelajari. Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis ini akan semakin ketinggalan dalam subjek al-Quran. Walau bagaimanapun, pelajar- pelajarnya mempunyai sikap rajin dan mendengar arahan apabila disuruh untuk menyalin semula ayat- ayat al-Quran sebelum dihafalnya. Dengan cara ini menyebabkan pelajar cepat untuk memahami cara penulisan al-Quran dengan kaedah arab dan serentak dengan itu akan memudahkan proses penghafalan apabila mereka pulang ke rumah masing- masing.

3.7.3. Apakah masalah utama penyebab kegagalan pelajar dalam menguasai subjek al-Quran?

(17)

untuk belajar al-Quran secara betul. Kebanyakkan pelajar suka bersembang dan tidak fokus sepenuhnya semasa proses pembacaan dan keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat memberi komitmen dalam subjek al-Quran ini . justeru itu akan menyebabkan pelajar agak susah untuk datang setiap minggu ke kelas untuk tujuan tasmik.

3.8. Dapatan soal selidik : bahagian A

Jadual 3.8.1: minat murid terhadap subjek al-Quran.

Jadual 3.8.1

menunjukkan taha

minat responden

terhadap subjek al-Quran. Apa yang dapat dilihat di sini ialah sebanyak 12 orang responden menyatakan mereka sememangnya minat pada subjek al-Quran, manakalah 2 orang kurang berminat dan 1 orang tidak meminati subjek al-Quran. Hasil yang didapati bahawa sebahagian besar daripada responden sememangnya berminat terhadap subjek al-Quran.

Jadual 3.8.2: Aliran sekolah menengah

Tempat Bilangan

ITEM BILANGAN

Minat 12

Kurang Minat 2

Tidak Minat 1

(18)

Sek Agama 10

MRSM 4

Harian Biasa 1

JUMLAH 15

(19)

BAB 4

KESIMPULAN

4.1. PENGENALAN

Bab ini merupakan bahagian terakhir di dalam penulisan laporan kajian yang dijalankan yang mana akan membincangkan tentang huraian dan rumusan mengenai keputusan kajian yang telah dianalisis. Di samping itu juga, beberapa cadangan akan dikemukakan dan cadangan oleh penyelidik untuk dijadikan panduan serta rujukan bagi penyelidik yang akan datang. Cadangan-cadangan ini adalah bertujuan untuk dijadikan kajian lanjutan supaya kajian yang seterusnya akan dapat diteruskan oleh penyelidik-penyelidik yang berminat di dalam bidang ini di masa akan datang.

Penyelidik mengharapkan agar hasil daripada kajian yang dijalankan ini akan dapat memberikan manfaat serta menjadi suatu bahan ilmiah untuk dijadikan sebagai rujukan atau bahan bacaan bagi penyelidik yang akan datang. Diharapkan apa yang dihuraikan serta diperbincangkan di dalam rumusan yang dibuat akan memberikan faedah yang terbaik kepada semua.

(20)

Hasil daripada analisis dan perbincangan yang telah dijalankan, maka dapatlah dirumuskan bahawa pelajar KUIN terutamanya pelajar Kulliyyah bahasa arab, Muamalat dan Perubatan yang menjadi responden bagi kajian ini secara umunnya kesalahan yang mereka lakukan boleh diatasi dengan mudah jika semua pensyarah membuat perancangan sebaiknya dan melaksanakannya. Hal ini penting kerana subjek al-Quran merupakan subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar KUIN, tambahan pula, Kerana pada mereka ada al-Quran, kalam Allah suci bagi umat islam, kitab yang di dalamnya tiada keraguan padanya.

Para pelajar perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam memahami serta menghidupkan al-Quran dalam diri mereka, jika jiwa mereka tertarik dengan perkara yang negatif maka pengaruh al-Quran dalam diri mereka semakin terhakis. Pelajar perlu hidupkan jati diri mereka sebagai seorang yang cintakan ilmu berketerampilan serta berdisiplin. Perkara penting yang perlu ada dalam diri pelajar ialah keazaman yang teguh untuk berubah ke arah yang lebih baik.

(21)

atau masalah yang berlaku dalam diri pelajar dapat diselesaikan dengan baik berdasarkan al-Quran.

Untuk pihak pentadbiran pula mereka perlulah sentiasa menyediakan program yang membantu pelajar memahami isi al-Quran dan menyedarkan kepada pelajar kepentingan al-al-Quran Islam. Di samping itu pihak pentadbiran perlu memberi sokongan moral kepada pensyarah supaya lebihkan masa dengan pelajar agar timbul suasana halaqah ilmu.

4.3. PENUTUP

Pada keseluruhannya kesalahan yang dilakukan oleh kebanyakkan pelajar tidak terlalu serius jika dibandingkan dengan sekolah dan Institut Pengajian Tinggi yang lain mungkin kerana hafazan al-Quran masih memberi kesan terhadap kehidupan seharian pelajar, namun begitu tahap sedemikian masih tidak boleh dikatakan memuaskan, dan untuk mencapai tahap yang memuaskan banyak perkara yang perlu dilakukan dan dimainkan oleh pelbagai pihak dengan bersungguh-sungguh, agar pelajar KUIN menjadi aset yang penting dalam menyebarkan al-Quran dan boleh menjadi role model untuk masyarakat setempat.

(22)

SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

ARAHAN: Sila tulis jawapan anda pada ruangan yang disediakan atau tandakan (  )

di dalam kotak yang disediakan dan jawab dengan jujur dan ikhlas

1)Umur :___________

2)Bilangan adik-beradik (termasuk diri anda):_________ orang.

3)Anda anak ke berapa dalam keluarga__________.

4)Sekolah Asal : Agama

MRSM

Harian Biasa

5)Program Pengajian : Ijazah

Diploma

6)Tahun Pengajian : Semester 1

Semester 2

Semester 3

Semester 4

Semester 5

Semester 6

Semester 7

Semester 8

(23)

A.Kehendak Sendiri C.NasihatGuru E.Lain-lain:_________________

B.Pilihan Ibu Bapa D.Pengaruh Kawan

BAHAGIAN B : MENGENAL PASTI TAHAP KEUPAYAAN MEMBACA AL QURAN

ARAHAN : Sila tandakan ( √ ) pada kotak yang disediakan mengikut skala berikut :

1 - Tidak Tahu (T)

2 - Biasa (B)

3 - Sangat Baik (SB)

BIL

. PERNYATAAN 1(TT) 2(B) 3(SB)

1 Kebolehan mengenal huruf Al-Quran

2 Kebolehan menyebut huruf Al-Quran

3 Kebolehan menyebut kalimah Al-Quran yang bersambung

4 Pengetahuan hukum tajwid

5 Keupayaan membaca Al-Quran bertajwid

(24)

7 Pengetahuan tentang lagu dan suara dalam pembacaan Al-Quran

BAHAGIAN C: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AL-QURAN

ARAHAN : Sila tandakan (  ) pada kotak yang disediakan mengikut skala berikut :

1 - Setuju (S)

2 - Kurang Pasti(KP) 3 - Tidak Setuju (TS)

BIL

PERNYATAAN 1(S) 2(KP) 3(TS)

1) Pelajar terpaksa mengikut kehendak ibu bapa yang memaksa pelajar menghafaz al-Quran.

2) Bebanan kerja yang diberikan oleh guru TIDAK menyebabkan pelajar tertekan.

3) Tingkah laku pensyarah al-Quran mempengaruhi kelakuan pelajar yang menghafaz al-Quran.

4) Hubungan diantara pensyarah yang mengajar dengan pelajar tidak rapat.

(25)

6) Perwatakan dan sahsiah pensyarah TIDAK mempengaruhi tingkah laku pelajar.

7) Kekurangan pensyarah yang bertindak sebagai murabbi yang dapat mentarbiyyah diri pelajar.

8) Sikap Ibu bapa yang terlalu memanjakan pelajar dalam proses mendidik anak-anak.

9) Pelajar terpengaruh dengan media cetak serta media elektronik yang berunsurkan perkara negatif yang tidak mengenengahkan Al-Quran dalam kehidupan.

10) Pelajar tidak beramal dengan al-Quran kerana tiada kesedaran dan tiada dorongan diri sendiri.

11) Sikap pilih kasih diantara pensyarah menyebabkan pelajar berasa lemah semangat dan terus memberontak.

12) Pelajar terpengaruh dengan kelakuan-kelakuan senior lama.

13) Pelajar TIDAK tahu tentang akhlak yang sepatutnya bagi penghafaz al-Quran.

14) Pelajar merasakan tiada kaitan al-Quran yang dihafaz dengan peraturan KUIN

*Semua yang anda tanda dalam kertas ini akan dirahsiakan oleh Penyelidik, dan akan diambil untuk data dalam penyelidikan ini, segala kerjasama anda amat dihargai semoga Allah membalas jasa anda dengan sebaik-baik ganjaran.

TERIMA KASIH

(26)

Drs. Syahminan Zaini(1982), Kewajiban Orang Beriman Terhadap Al-Quran, Indonesia, Al-Ikhlas.

Mohd Bin Arifin, mohd zaini Bin Yahya, Affendi Bin Sahi (2002), Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 c.1 , kuala lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rosmawati Ali @ Mat Zin (1997), Pengantar Ulum al-Quran, Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Ahmad Sonhadji Mohamad(1992), Tafsir Al-Quran Juzu’ 1, Kuala Lumpur:Pustaka al-Mizan.

Sufian bin ahmad, nazri bin embong @ abdul rahman, amir husin bin mohd nor(2003) Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah ting. 5, c.1, Kuala Lumpur, Dewan bahasa dan Pustaka.

Al-sayuti, al-iman jalaluddin (1993), Riwayat turunnya ayat-ayat suci al-quran, Kuala Lumpur, Darul Fikir.

Imam Nawawi (1999), Tata-Tertib Pengajian al-Quran. Syed Ahmad Semait (terj.) c. 1 Singapura: Perpustakaan Nasional Pte. Lte.

Ab. Aziz Mohd Zin (1997), Penghantar Dakwah Islamiah, c.3, Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya.

Temubual dengan Ustaz Muhd Adib Ikmal Bin Muhd Taib, Pensyarah Kuliah Quran (Ustaz Tasmik), Pada 21 Julai 2017, jam 9.30 pagi, bertempat di bilik Pensyarah al-Quran.

Referensi

Dokumen terkait

Ekoran daripada itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti bentuk gaya pembelajaran yang menjadi keutamaan kepada pelajar-pelajar Tahun 4 Fakulti

Kajian yang dijalankan mendapati kebanyakkan pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap saintis walaupun imej yang terbentuk adalah stereotaip.. Persepsi yang positif

Berikutan maklumat di internet merebak dengan mudah tanpa dipantau oleh mana-mana pihak berkuasa terhadap kredibilitinya, banyak kajian telah dibuat oleh penyelidik untuk melihat

4 Dari persoalan inilah penyelidik memilih persepsi guru terhadap pelaksanaan Program Headcount dalam pengurusan akademik pelajar sebagai skop kajian penyelidik kerana

Bahagian B, C, dan D pula merujuk kepada soalan-soalan yang berkaitan dengan objektif kajian yang dijalankan iaitu, mengenalpasti penguasaan pelajar SPI

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi terhadap tahap keberkesanan penggunaan Aplikasi CABE sebagai alat bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran

Dalam kajian ini, dua buah makmal komputer yang mempunyai susun atur pod dan susun atur berpasangan dikaji daripada aspek persekitaran fizikal, interaksi sosial dan inovasi

Selain itu, reka bentuk kajian berfungsi sebagai panduan bagi membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang