• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi Komuniti Terhadap Bangunan Squa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Persepsi Komuniti Terhadap Bangunan Squa"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Persepsi Komuniti Terhadap Bangunan Square Tower, Kuching Nur Shahira Binti Buang

Abstrak

Kajian ini adalah mengenai persepsi komuniti terhadap bangunan warisan iaitu Bangunan Square Tower yang terletak di Waterfront, Kuching. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi penduduk setempat dengan bangunan warisan peninggalan pemerintahan Brooke, menganalisa pendapat masyarakat terhadap penggunaan bangunan Square Tower dan kajian ini adalah mengkaji nilai yang ada diantara komuniti dengan bangunan warisan. Tambahan pengkaji mensasarkan sebanyak 370 orang sebagai responden kajian ini. Bangunan warisan merupakan satu sejarah yang bernilai kerana merupakan kesan peninggalan cerita atau sejarah pada suatu masa dahulu yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan untuk generasi akan datang.

Pengenalan

Bangunan warisan merupakan satu sejarah yang bernilai kerana merupakan kesan peninggalan cerita atau sejarah pada suatu masa dahulu yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan untuk generasi akan datang. Bangunan-bangunan warisan juga merupakan satu warisan yang mempunyai nilai sejarahnya tersendiri.

Malaysia merupakan negara yang pernah dijajah oleh Portugis, Belanda, Jepun manakala Sarawak pernah diperintah oleh pemerintahan British dan sesetengah seni bina untuk bangunan warisan banyak dipengaruhi oleh budaya mereka. Bagi bidang pelancongan, kewujudan bangunan warisan dianggap salah satu industri yang boleh menyumbangkan ekonomi kepada negara. Bahkan dapat memberi maklumat kepada pelancong yang datang untuk mengenali sesuatu tempat pada suatu dahulu dan perbezaanya pada masa kini.

(2)

Inggeris. Terdapat banyak juga bangunan yang wujud pada zaman pemerintahan beliau yang kini menjadi banguanan warisan dan menjadikan salah satu tarikan pelancong.

Terdapat banyak bangunan, monumen dan tapak bersejarah di Sarawak dan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Ketiga-tiga bahagian tersebut diwartakan The Antiquities Ordinance dan Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993. Bangunan Square Tower telah dibina pada 1886 tahun pada masa pemerintahan Brooke dan bangunan ini diwartakan di bawah The Antiquities Ordinance pada 10 Februari 1971. Menurut Jabatan Muzium Sarawak, bangunan Square Tower merupakan sebuah pertahanan dan merupakan penjara sementara kepada pesalah sebelum dipenjarakan ke Kubu Magherita. Menurutnya lagi, bangunan Square Tower juga bekait rapat dengan dua bangunan iaitu Kubu Magherita dan Round Tower. Bangunan dan kubu ini saling berkait rapat adalah untuk tujuan pertahanan suatu ketika dahulu.

Sorotan Kesusasteraan

Menurut pendapat Fileden (2003), antara kepentingan pemuliharaan bangunan bersejarah ialah seperti berikut:

i. Bangunan bersejarah mempunyai nilai nostalgia, seni bina, estetik, simbolik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga politik serta rohani.

ii. Bangunan bersejarah berupaya memberi imej dan identiti pada rupa bentuk bandar dan budaya setempat.

iii. Lokasi dan kawasan persekitaran bangunan bersejarah berupaya untuk menarik minat para pelancong seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan.

iv. Bangunan bersejarah sedikit sebanyak akan mengingatkan kita kepada sejarah penjajahan masa lampau seterusnya memberi iktibar kepada generasi akan datang tentang sejarah silam tanah air serta meningkatkan semangat patriotisma.

Bangunan warisan yang terdapat pada sesebuah negara menurut pendapat A. Ghafar Ahmad (1994) dan Yahaya Ahmad (2006) wajar dipulihara kerana ia memiliki nilai emosi, budaya dan kegunaan yang tidak ternilai harganya.

(3)

Jahi (2009), mengatakan bahawa destinasi lama akan hanya dikunjungi semula apabila ia mampu memberikan saingan kepada destinasi baru.

Menurut Borneo Post Online (2012), Muzium Sarawak ditugaskan untuk menjaga warisan dan budaya negeri ini melalui Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993, kata Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom.

Sebaliknya menurut Ahmad (2009) sebahagian besar daripada bangunan warisan tidak dipulihara dengan baik dan kebanyakanya daripadanya berada dalam keadaan yang buruk disebabkan faktor kerosakan bangunan.

Hamilton (2002) ada di antara bangunan warisan ini sedang diancam kemusnahan kerana diabaikan oleh pemilik asal dan dirobohkan atas desakan pembangunan serta kurangnya keperihatinan masyarakat dalam usaha untuk memulihara bangunan warisan.

Fielden (2003) memberi pendapat bahawa pemuliharaan ialah tindakan untuk mengelakkan kereputan dan Jaraiee (2016), banyak bangunan bersejarah di negara ini telah dimusnahkan untuk tujuan pembangunan.

Menurut Jabatan Warisan Negara (2016), di dalam sesebuah projek pemuliharaan bangunan warisan, satu rangka kerja yang khusus perlu dirancang dan diikuti bagi menjamin perlaksanaannya bersifat menyeluruh dan sistematik. Manakala menurut Galihkusumah, A.H. (2010), bangunan warisan tidak memiliki fungsi dan tidak membawa keuntungan dari segi ekonomi. Selain itu, pemuliharaan bangunan sama nilainya pembinaan semula bangunan baru.

Metodologi Kajian

(4)

balas dari responden pengkaji akan mengedar borang soal selidik sebanyak 370 helai borang di sekitar kawasan bangunan Square Tower sahaja.

Sumber data primer merupakan sumber data atau maklumat yang diperolehi melalui dua kaedah iaitu borang soal selidik dan kaedah pemerhatian. Sumber data ini memerlukan pengkaji mendapatkan sendiri secara sumber asli dan merupakan sumber pertama kepada pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Data ini hanya akan pengkaji perolehi apabila pengkaji melakukannya secara langsung.

Dapatan dan Perbincangan

Pengetahuan am komuniti terhadap Bangunan Square Tower

Bangunan Square Tower merupakan sebuah bangunan yang tersenarai dalam bangunan warisan yang terdapat di Kuching, Sarawak. Bangunan ini merupakan bangunan peninggalan pemerintahan Brooke suatu ketika dahulu.

Menurut Jabatan Muzium Sarawak fungsi asal bangunan tersebut merupakan merupakan sebuah pertahanan dan merupakan penjara sementara kepada pesalah sebelum di penjarakan ke Kubu Magherita. Bangunan Square Tower juga bekait rapat dengan dua bangunan yang lain yang di kenali sebagai Kubu Magherita dan Round Tower. Bangunan dan kubu ini saling berkait rapat adalah untuk tujuan pertahanan suatu ketika dahulu.

Berdasarkan dapatan kajian di bab empat, ianya adalah mengenai pengetahuan komuniti sendiri terhadap nama bangunan yang disertakan dilindungi dengan gambar. Terdapat banyak jawapan yang diberikan antaranya ialah bangunan tersebut ialah bangunan bersejarah, bangunan warisan, sebuah kafe, Fort Magherita, galeri James Brooke, James Brooke sebuah kubu, Rajah House, Restoren Magenta, dan ada yang tidak tahu nama bangunan tersebut.

(5)

responden untuk kajian ini dan hanya sebanyak 15.9% sahaja yang mengetahui nama bangunan tersebut.

Kesimpulannya, keseluruhan jumlah tersebut ramai responden iaitu komuniti setempat tidak mengetahui nama bangunan tersebut merupakan jumlah yang paling besar. Malahan komuniti lebih mengenalinya sebagai sebuah restoren daripada sebuah bangunan warisan iaitu bangunan Square Tower. Soalan ini dibentuk adalah untuk mengetahui pengetahuan komuniti terhadap bangunan warisan mereka, namun setelah memperolehi data dan semasa pengedaran borang soal selidik rata-rata responden tidak mengetahui nama bangunan tersebut tetapi mengetahui kewujudannya. Maklumat mengenai bangunan Square Tower pada masyarakat amat kurang mengenali nama bangunan tersebut.

Mengenalpasti persepsi komuniti terhadap bangunan warisan peninggalan pemerintahan Brooke

Berdasarkan hasil dapatan pada bab sebelumnya, ianya merupakan kekerapan dan peratusan responden mengenai persepsi mereka terhadap bangunan Square Tower. Soalan 1 mengenai bangunan A adalah satu-satunya bangunan warisan di Sarawak. Sebanyak 326 orang responden tidak setuju mengenainya dan berkemungkinan di Sarawak terdapat banyak lagi bangunan warisan. Sebaliknya 44 orang pula bersetuju bahawa bangunan Square Tower adalah satu-satunya bangunan warisan di Sarawak. Bagi mereka yang setuju mengenainya berkemungkinan bangunan warisan itu sahaja yang mereka seringkali nampak semasa berada di lokasi tersebut.

Seterusnya bangunan tersebut adalah bangunan yang tertua di Sarawak pula, sebanyak 275 orang yang tidak setuju dan bekemungkinan bagi responden ada lagi bangunan warisan yang lain yang mempunyai usia yang lebih lama akan penubuhannya. Manakala 95 orang pula setuju bahawa Square Tower merupakan bangunan tertua. Ianya berkemungkinan bangunan tersebut di bina semasa pemerintah Brooke suatu ketika dahulu.

(6)

bersetuju berkemungkinan bangunan tersebut boleh dilihat oleh semua masyarakat yang berada di lokasi tersebut. Menurut Fileden (2003), lokasi dan kawasan persekitaran bangunan bersejarah berupaya untuk menarik minat para pelancong seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan.

Seterusnya sebanyak 74 orang tidak setuju ianya boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang sejarah masa lampau kerana berkemungkinan masyarakat tidak mengetahui sejarah bangunan tersebut. manakala sebanyak 296 orang pula bersetuju mengenainya berkemungkinan mereka meminati akan sejarah pembentukan atau pemerintahan dahulu dan perasaan ingin tahu dan berdasarkan pendapat Fileden (2003), bangunan bersejarah sedikit sebanyak akan mengingatkan kita kepada sejarah penjajahan masa lampau seterusnya memberi iktibar kepada generasi akan datang tentang sejarah silam tanah air.

Seni bina bangunan Square Tower menunjukkan latar belakang masyarakat sebanyak 306 orang komuniti bersetuju kerana berekemungkinan bagi komuniti kesan pemerintahan Brooke dahulu banyak sejarah dalam pembentukan masyarakat dahulu sehingga sekarang. Manakala 64 orang tidak bersetuju mengenai penyataan tersebut kerana ianya bekemungkinan menganggap sebuah bangunan warisan tidak menggambarkan latar belakang sesuatu masyarakat.

Menganalisa pendapat masyarakat terhadap penggunaan Square Tower

Pendapat komuniti tentang penggunaan warisan merupakan objektif yang kedua bagi kajian ini. Ianya merupakan satu objektif mengenai pendapat komuniti terhadap penggunaan bangunan Square Tower tersebut sama ada sesuai atau sebaliknya.

Berikut merupakan soalan-soalan yang telah diolah untuk memenuhi objektif kedua ini. Antaranya ialah bangunan Square Tower sesuai dijadikan muzium sebanyak 335 orang bersetuju bahawa ianya sesuai berkemungkinan bangunan tersebut merupakan bangunan warisan yang mempunyai sejarah dan keunikannya. Manakala, 35 orang responden tidak bersetuju kerana berkemungkinan ruang pada bangunan tersebut tidak sesuai dijadikan muzium.

(7)

bangunan tersebut. Akan tetapi sebanyak 106 orang komuniti pula bersetuju berkemungkinan ianya boleh memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat daripada bangunan tersebut tidak mempunyai fungsi.

Sebaliknya daripada 300 orang yang tidak bersetuju bangunan Square Tower dikekalkan sebagai restoren, jumlah menjadi sebanyak 302 orang pula yang bersetuju bahawa bangunan Square Tower sesuai dikekalkan sebagai sebuah bangunan warisan sahaja. Ianya berkemungkinan berpendapat bahawa bangunan warisan ini bertahan lama sehingga kehari ini dan masyarakat berpendapat bahawa ianya sepatutnya dipelihara agar generasi akan datang boleh melihat bukti fizikal pemerintahan dahulu. Manakala 68 orang yang tidak bersetuju bangunan tersebut sesuai dikekalkan kepada fungsinya sebagai bangunan warisan ianya berkemungkinan berpendapat bahawa bangunan itu hanya akan mempamerkan luaran bangunan sahaja dan tidak dapat memasukinya untuk memperolehi pengalaman sendiri untuk melihat dan mengamati dalam bangunan tersebut.

Soalan seterusnya adalah sejarah menyatakan bangunan Square Tower adalah sebuah penjara atau kem pertahanan. Sebanyak 211 orang bersetuju mengenainya kerana ianya merupakan fakta mengenai fungsi sebenar bangunan Square Tower suatu ketika dahulu. Menurut The Sarawak Tourism (2016), pada asalnya bangunan ini adalah merupakan sebuah penjara atau kem tahanan banduan pada awal pembinaan. Manakala sebanyak 159 orang pula tidak bersetuju berkemungkinan tidak mengetahui sejarah bangunan tersebut pada zaman pemerintahan Brooke.

Mengkaji nilai yang ada di antara komuniti setempat dengan bangunan warisan

Nilai di antara komuniti dengan bangunan warisan ialah objektif yang mana pengkaji mahu mengetahui nilai sesebuah bangunan tersebut kepada setiap individu. Selain itu ianya merupakan objektif ketiga bagi kajian ini.

(8)

Seterusnya, bangunan Square Tower juga menunjukkan pemerintahan Brooke suatu ketika dahulu mencatat 330 orang bersetuju dan berkemungkinan mereka tahu bahawa negeri Sarawak memang di perintah oleh James Brooke. Sebaliknya 40 orang daripada jumlah keseluruhan tidak bersetuju kerana berkemungkinan tidak mengetahui fungsi bangunan tersebut terhadap pemerintahan pada zaman dahulu. Menurut Jabatan Muzium Sarawak, Brooke bukanlah penjajah tetapi merupakan seorang pemerintah suatu ketika dahulu.

Sebanyak 61 orang responden tidak bersetuju bangunan tersebut bahawa pengaruh penjajah terhadap seni pembinaannya dan berkemungkinan menganggap kewujudan kaum yang berbilang yang terdapat di Sarawak yang sepatutnya diterapkan pada seni bina bangunan bukannya pengaruh penjajahan. 309 orang responden pula bersetuju seni bina dipengaruhi oleh penjajah ianya berkemungkinan keunikanya yang berlainan jika di bandingkan dengan bangunan warisan yang mempengaruhi budaya masyarakat sendiri.

Seterusnya, bangunan Square Tower sesuai dijadikan tempat perniagaa pula menunjukkan sebanyak 146 orang komuniti tidak bersetuju mengenainya. Ini berkemungkinan komuniti berharap bangunan tersebut dikekalkan pada penggunaan asalnya agar keasliannya tidak diganggu oleh aktiviti perniagaan. Manakala 224 orang bersetuju bangunan itu sebagai tempat perniagaan berkemungkinan merupakan langkah yang sesuai daripada bangunan tersebut tidak diselenggara dengan baik.

Manakala 298 orang bersetuju bangunan tersebut perlu dikekalkan kepada fungsi asalnya dan berkemungkinan untuk mengekalkan sejarah secara fizikal agar dapat disampaikan oleh generasi akan datang. Selain itu, generasi akan datang dapat sesuatu yang mempunyai nilai sejarah yang tersendiri di sebalik penubuhan bangunan Square Tower. Sebanyak 72 orang tidak bersetuju bangunan itu di kekalkan kerana berkemungkinan mereka berpendapat aktiviti perniagaan yang sedia ada pada bangunan tersebut sesuai diteruskan.

(9)

Soalan yang seterusnya ialah mengenai bangunan Square Tower dapat memupuk semangat patriotisme kepada masyarakat ianya sebanyak 341 orang yang bersetuju dan berkemungkinan sebuah bangunan tersebut merupakan sejarah yang menceritakan satu kisah pemerintahan yang terjadi pada zaman berlakunya sebarang pencerobohan, penentangan, pembentukan negeri dan sebaginya. Perkara tersebut dapat memupuk semangat patriotisme masyarakat. Fileden (2003), menyatakan Bangunan bersejarah sedikit sebanyak akan mengingatkan kita kepada sejarah penjajahan masa lampau seterusnya memberi iktibar kepada generasi akan datang tentang sejarah silam tanah air serta meningkatkan semangat patriotisma. Sebaliknya 29 orang sahaja yang menyatakan tidak setuju mengenainya berkemungkinan tiada semangat patriotisme yang ditonjolkan.

Kesimpulan

Secara kesimpulanya, kajian ini dapat memenuhi objektif kajian yang pengkaji telah tetapkan dan merupakan garis panduan pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang penting. Keseluruhannya, pengkaji telah menyatakan persepsi komuniti, pendapat komuniti terhadap bangunan warisan, dan nilai yang ada bangunan warisan kepada komuniti sendiri. Selain itu, beberapa cadangan yang disertakan adalah berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa kajian dan semasa mendapatkan maklumat mengenai bangunan Square Tower.

Berdasarkan hasil dapatan kajian, komuniti setempat banyak yang tidak mengenali bangunan Square Tower yang merupakan bangunan yang menggambarkan latar belakang pembentukan negeri. Walaupun tidak dikenali oleh komuniti namun masyarakat masih mengambil berat akan bangunan tersebut mempunyai nilainya yang tersendiri.

(10)

Ahmad, A. G. (1994). Pengenalan kepada bangunan dan monumen lama di Malaysia. Bengkel Menangani Masalah Pemuliharaan Bangunan Lama di Malaysia .

Ahmad, A. G. (2009). Treatment of rising damp and replastering at heritage buildings. Bengkel Bersiri Konservasi Bangunan Warisan Siri 2.

Ahmad, Y. (2006). Kepentingan dan keaslian dalam kerja konservasi. Kursus Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah.

Borneo Post Online. (2012). Berita Sarawak. Dicapai dari Muzium Sarawak ditugaskan menajaga warisan dan budaya negeri : Mawan:

http://www.theborneopost.com/2012/05/23/muzium-sarawak-ditugaskan-menjaga-warisan-dan-budaya-negeri-mawan/

Feilden, B. M. (2003). Conservation of historic building. London: Architectural Press.

Galihkusumah, A. (2010). Pengaruh heritage value terhadap keputusan perusahaan dalam menggunakan bangunan heritage ( Survey terhadap pengguna bangunnan heritage di Kota Bandung). Bandung: Universitas Pendidikan Indonesia.

Jabatan Warisan Negara. (2016). Laman Web Rasmi Jabatan Warisan Negara. Dicapai dari Daftar warisan:

http://www.heritage.gov.my/index.php/ms/daftar-warisan/statistik/warisan-kebangsaan

Jahi, J. M. (2009). Pembangunan pelancongan dan impaknya terhadap persekitaran fizikal pinggir pantai. Malaysian Journal of Environmental Management , 1-18.

Jaraiee, J. (2015). Harakah Daily. Dicapai dari Kekalkan Masjid Lama Bintulu sebagai warisan negara: http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/38269-kekalkan-masjid-lama-bintulu-sebagai-warisan-negara

(11)

Sarawak Tourism Board. (2016). Sarawak Tourism Board . Dicapai dari Archievement statistics: http://www.stb.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?

mod=webpage&sub=page&id=88&menu_id=0&sub_id=113

Referensi

Dokumen terkait

Australia dalam skenario tentang perubahan iklim global terhadap kelautan, telah memperkirakan bahwa akan ada perluasan wilayah perairan tropis yang dapat memberikan dampak

Pengujian Persyaratan Analisis Pengaruh Pendekatan Saintifik terhadap Prestasi Belajar Siswa pada Mata Pelajaran Pendidikan Agama Islam Dari penelitian yang diperoleh

kedatangan saya kesini mau mendapatkan informasi tentang bagaimana perilaku kesehatan ibu selama hamil dengan malaria, terkait judul skripsi saya yaitu

Hasil dari penelitian ini diharapkan nantinya dapat berguna bagi perkembangan hukum perburuhan supaya lebih menjamin perlindungan hukum terhadap pekerja atau buruh khususnya dalam

Di latari permasalahan diatas maka dilakukan penelitian ini bertujuan melakukan analisa dalam penentuan ukuran pemesanan material yang dapat membentuk biaya

Sistem Algebra Komputer (SAK) iaitu perisian komputer yang dibangun dalam bidang algebra komputer, merupakan enjin matematik bagi membantu mempercepat pengiraan asas

Survei cepat Kemenkes RI (2010) di Jawa Barat, Jawa Tengah, dan Jawa Timur menunjukkan hasil bahwa tidak ada pemeriksaan kesehatan secara rutin di sekolah; jika siswa

 Peserta yang dinyatakan lolos asbtrak karyanya dan telah mengirimkan konfrimasi melalui sms, mengirimkan full paper dengan ketentuan sesuai dengan yang tertera