• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSEKITARAN MAKRO DAN PERNIAGAAN seb

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERSEKITARAN MAKRO DAN PERNIAGAAN seb"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PERSEKITARAN MAKRO DAN PERNIAGAAN 1.0 PENGENALAN

Persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat untuk jangka masa yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang tidak boleh dikawal (Armstrong & Kotler, 2011). Memahami persekitaran makro atau persekitaran luaran di dalam menguruskan sesuatu perniagaan atau organisasi adalah sangat penting dan ia menentukan kejayaan serta mempengaruhi keputusan dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan. Persekitaran makro adalah persekitaran yang diluar kawalan syarikat tetapi syarikat perlu sentiasa mengawasinya kerana persekitaran ini boleh memberi peluang dan ancaman kepada syarikat atau organisasi (Armstrong & Kotler, 2011). Ekoran daripada kesukaran usahawan-usahawan untuk mengawal persekitaran yang ada, para usahawan perlulah bijak untuk menanganinya dengan memahami elemen-elemen persekitaran makro tersebut. Di dalam dunia perniagaan, terdapat empat elemen persekitaran makro yang terpaksa dan perlu dihadapi oleh semua peniagaan iaitu elemen ekonomi, teknologi, kebudayaan sosial serta politik dan undang-undang (Mily, 2011).

Bagi melihat kesan persekitaran makro terhadap sesebuah organisasi atau syarikat, organisasi yang telah dipilih adalah Syarikat Boon Siew Sdn Bhd. Ini kerana syarikat ini merupakan di antara syarikat yang terawal dan berkembang. Syarikat Boon Siew Sdn Bhd sinonim dengan motosikal Honda yang diasaskan oleh Mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew. Boon Siew Honda Sdn Bhd

merupakan sebuah syarikat Malaysia yang dilesenkan untuk memasang, mengedar dan menjual model-model motosikal Honda di Malaysia. Beliau merupakan usahawan yang berjaya dan bijak mengambil peluang di dalam perniagaan pengedaran motosikal. Beliau menyedari kelebihan motosikal Honda adalah ringan dan kecil berbanding motosikal yang dikeluarkan oleh Eropah. Pada tahun 1958, Boon Siew melihat populariti motosikal Honda Cub Super di mana pada waktu tersebut hanya diperkenalkan di Jepun dan beliau percaya ia boleh mendapat sambutan di Malaysia. Pihak Honda Jepun, Honda Motor Co Ltd telah melantik Boon Siew sebagai pengedar tunggal motosikal Honda di Malaysia dan pada waktu tersebut, hanya 50 unit sahaja motosikal Honda telah diimport ke Malaysia. Sebuah kilang telah dibina di Pulau Pinang untuk memasang Honda Cub dan motosikal Honda yang dipasang di Malaysia telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub menjadi motosikal yang paling laris di Malaysia dan Boon Siew telah diikhtiraf sebagai orang pertama yang membawa motosikal Honda Cub ke Asia Tenggara (Danny Tan, 2012).

(2)

ini, anak syarikat Oriental, Kah Motor Co Sdn Bhd adalah bertindak sebagai memasang Honda, sementara Boon Siew Honda Sdn Bhd mengedarkannya. Produk yang dikeluarkan oleh Boon Siew Honda Sdn Bhd antaranya adalah motorsikal jenama Wave Dash, CRF 250L, CBR1000RR, EX5 Dream, Future, Gold Wing, Wave Dash SE, Wave 110, Wave 100, Icon dan CBR 250R. Ahli Lembaga Pengarah Boon Siew Honda Sdn Bhd adalah dipengerusikan oleh Dato’ Loh Cheng Yean. Oriental Holdings Bhd dan Honda Motor Co Ltd telah

mengembangkan dan mempromosi jualan motosikal di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei (Danny Tan, 2012).

2.0 ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO

2.1 Elemen persekitaran makro ialah ekonomi. Persekitaran ekonomi dapat dilihat melalui faktor-faktor yang mempengaruhi kuasa beli pengguna dan corak perbelanjaan (Kotleret al, 2011). Pemasar harus mengawasi pola utama pendapatan dan perubahan pola perbelanjaan pengguna. Sebarang perubahan sama ada dalam bentuk positif dan negatif di dalam pembolehubah utama ekonomi seperti kadar faedah, pola pendapatan, kos hidup, simpanan dan pinjaman akan memberi kesan terhadap pasaran (Azianlin, 2007). Kuasa

membeli pengguna bergantung kepada harga, pendapatan semasa, kredit dan tabungan. Contohnya, syarikat Honda Jepun iaitu Honda Motor Co Ltd telah melantik Boon Siew Honda Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal motosikal Honda di Malaysia kerana ia melihat Malaysia merupakan sebuah negara yang akan berkembang dan mempunyai pasaran yang besar di Asia dan dunia (Danny Tan, 2012).

2.2 Elemen persekitaran makro ialah teknologi. Banyak teknologi baru telah dicipta bagi menggantikan teknologi lama. Kadar perubahan teknologi adalah cepat dan pantas pada masa kini. Melalui perubahan dan inovasi

teknologi ini, lebih banyak peluang dan pasaran baru dapat diwujudkan (Azianlin, 2007). Contohnya, Boon Siew Honda Sdn Bhd telah menggunakan pelbagai alatan yang lebih canggih antaranya mesin berbanding sebelumnya. Kesannya pelbagai produk baru telah dicipta serta menambah produk yang sedia ada kepada yang lebih inovatif dan produktif kesan daripada perkembangan teknologi. Antaranya produk motosikal Honda model Wave yang dilihat telah diperbaharui daripada model Wave Dash kepada Wash Dash SE, Wave 110 dan Wave 100 (Danny Tan, 2012).

2.3 Elemen persekitaran makro ialah kebudayaan sosial. Persekitaran ini terdiri daripada institusi dan pengaruh lain yang mempengaruhi asas, persepsi, keutamaan serta gelagat sesebuah masyarakat. Individu yang dibesarkan dalam kelompok masyarakat membentuk nilai dan kepercayaan mereka berdasarkan norma masyarakat tersebut. Kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek iaitu aspek demografi dan aliran kebudayaan dalam masyarakat. Demografi berkait rapat dengan data populasi seperti saiz, kepadatan lokasi, umur, jantina, bangsa, pekerjaan, penghijrahan populasi dan statistik lain yang berkaitan dengan

(3)

adalah data pungutan kerajaan dan ia boleh digunakan sama ada secara

langsung atau tidak langsung. Kajian serta pengawasan terhadap syarikat dalam demografi penting kerana populasi membentuk pasaran (Azianlin, 2007).

Contohnya, dalam aspek demografi di mana Boon Siew Honda Sdn Bhd mula beroperasi pada tahun 1958 di Pitt Street, Pulau Pinang kerana pada ketika itu, bandar tersebut merupakan pusat tumpuan ekonomi dan ia juga merupakan kawasan populasi penduduk yang tinggi (Mohammad Fikri, 2011).

2.4 Eleman persekitaran makro ialah politik dan undang-undang. Persekitaran ini

merujuk kepada pelaksanaan dan penggubalan undang-undang oleh pihak kawalan syarikat yang memberi pengaruh atau had di dalam firma atau individu dalam masyarakat (Armstrong & Kotler, 2011). Undang-undang di dalam

persekitaran makro meliputi peraturan-peraturan yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan seperti reka bentuk produk dan menetapkan harga terhadap barang kawalan, pengiklanan, upah dan persekitaran tempat kerja seperti rangka undang-undang yang diwujudkan yang memerlukan syarikat memenuhi atau mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Perniagaan juga dikawal oleh undang-undang yang sedia ada seperti Undang Kontrak, Undang-Undang Jualan Barang-Barang, Undang-Undang-unang Sewa Beli, Undang-Undang-Undang-Undang Perkongsian, Undang-Undang Syarikat dan sebagainya. Syarikat tidak boleh sesuka hati melakukan sesuatu perkara bagi tujuan membaiki dan mengekalkan keadaan yang sedia ada (Azianlin, 2007). Contohnya Boon Siew Honda Sdn Bhd telah menetapkan undang-undang syarikat melalui matlamatnya di mana bertujuan untuk mengukuhkan pengeluaran motosikal dan jualan di Malaysia serta untuk mencapai kepuasan pelanggan yang lebih tinggi dan cekap semasa melakukan usahasama bersama Honda Co Ltd dan Oriental Holdings Bhd (Danny Tan, 2012).

3.0 KESAN ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO KEPADA ORGANISASI

Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah ekonomi di mana persekitaran ekonomi boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna. Faktor-faktor ekonomi adalah kebimbangan kepada firma pemasaran kerana ia boleh mempengaruhi permintaan, kos, harga dan keuntungan.

Antaranya perubahan di dalam pendapatan iaitu apabila pendapatan meningkat, kuasa beli juga akan meningkat (Girijasankar & Bhar, 2011). Contohnya, semasa negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997, industri automobil menghadapi kesukaran apabila unit jualan semakin menurun. Boon Siew Honda Sdn Bhd turut menerima kesan krisis ini di mana penjualan syarikat merosot daripada 78% unit menjunam kepada 25% unit sahaja bagi tahun tersebut (Danny Tan, 2012).

(4)

menjejaskan permintaan bagi produk dan perkhidmatan firma, proses

pengeluaran dan bahan-bahan mentah serta turut menjejaskan proses dalam melaksanakan tugasan (Kotler et al, 2008). Menurut Yusof et al (2004)

mengatakan bahawa tindakan firma membawa masuk teknologi yang baru ke dalam firma yang mempunyai teknologi yang lebih rendah, akan memberi kesan kejutan kepada firma tersebut. Tindakan ini akan menyebabkan kesukaran

kepada firma untuk saling menyesuaikan diri terutamanya jika perubahan bertentangan dengan polisi atau objektif sebenar firma. Perubahan ini

mengakibatkan pembaziran dari segi masa, pengangguran, tenaga, wang dan juga sumber-sumber lain (Mily, 2011). Ia juga mengancam survival produk, firma atau industri. Perubahan teknologi telah menyebabkan lebih banyak peluang dan ancaman kepada pemasar. Ini kerana peningkatan dalam teknologi banyak mempengaruhi dunia pemasaran. Contohnya,. Boon Siew Honda Sdn Bhd telah meningkatkan dan mengembangkan penggunaan mesin seperti robot yang diimport dari negara Jepun bagi tujuan mengeluarkan produk yang lebih bermutu dan berinovatif. Namun, kesannnya menyebabkan berlaku pengurangan dalam tenaga kerja yang membawa kepada masalah krisis pengangguran di dalam negara (Danny Tan, 2012).

3.2 Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah kebudayaan sosial sama ada melalui demografi atau kebudayaan. Elemen persekitaran demografi boleh mempengaruhi pemasar dalam strategi

pemasaran meliputi jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan, produk yang sesuai dikeluarkan dan sebagainya. Sekiranya strategi yang digunakan tidak sesuai, ini akan merugikan syarikat. Melalui kebudayaan pula, institusi dan kuasa-kuasa lain memberi kesan kepada nilai-nilai asas masyarakat, persepsi, keutamaan dan tingkah laku (Kotler et al, 2011). Elemen persekitaran ini boleh memberi ancaman dan peluang kepada organisasi terutama dari aspek

keperluan dan kehendak pelanggan. Contohnya, sikap prejudis masyarakat di Malaysia pada ketika dahulu terhadap negara Jepun ekoran kejahatan dan

penyeksaan yang telah dilakukan oleh Jepun semasa memasuki dan menceroboh Tanah Melayu. Kesannya dapat dilihat semasa awal penubuhan Boon Siew Honda Sdn Bhd di mana mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat serta tidak mendapat sokongan daripada ramai pihak. Ini kerana, ekoran daripada budaya masyarakat pada waktu tersebut adalah prejudis kepada negara Matahari Terbit iaitu Jepun (Danny Tan, 2012).

3.3 Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah politik dan undang-undang. Politik dan undang-undang yang dibuat merupakan sebahagian daripada persekitaran makro di mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing dengan tujuan untuk memperolehi perhatian dan sumber. Keadaan ini berlaku kerana para usahawan atau majikan telah menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Para usahawan perlu menerima dan mematuhi polisi, undang-undang dan peraturan di mana perniagaan tersebut dijalankan. Usahawan terpaksa menerima unsur-unsur politik dan undang-undang yang dibuat atau telah di buat bagi tujuan pelaburan. Antaranya, ia merujuk kepada berlakunya rasuah, ketidakstabilan dan keganasan di kawasan di mana perniagaan

(5)

mempunyai kos yang tinggi untuk usahawan membeli, melindungi dan mengatur sumber yang menyebabkan berlakunya penambahan kos untuk pelaburan baru (Kotler et al, 2011). Undang-undang penting yang dilihat yang boleh menjejaskan perniagaan atau pelaburan termasuklah undang-undang dalam bidang

kepenggunaan, hubungan pekerja, alam sekitar dan amalan yang kompetitif. Persekitaran ini boleh mempengaruhi sesebuah organisasi khususnya

mempengaruhi objektif organisasi, dasar, keputusan, sekatan undang-undang dan juga undang-undang berkaitan cukai (Mily, 2011). Contohnya, melalui undang-undang halangan perdagangan dan tariff yang dikenakan terhadap perkhidmatan dan barangan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Keadaan ini bukan sahaja menyekat, malah menghalang sumber aliran bebas dari negara lain. Contohnya, selaku pelindung kepada industri tempatan seperti industri automobil di Malaysia yang telah dikenakan sekatan perdagangan. Keadaan ini turut memberi kesan kepada syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd yang menjalankan eksport dan import barangan antarabangsa (Danny Tan, 2012).

4.0 CADANGAN UNTUK MENGURUSKAN ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO DALAM ORGANISASI

4.1 Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu dalam aspek ekonomi. Organisasi atau syarikat perlu membuat analisa dan kajian terhadap dasar ekonomi, sistem ekonomi dan persekitaran ekonomi sama ada pada tahap tempatan, nasional dan global di mana operasi dan perkhidmatan mereka dijalankan. Ini kerana persekitaran ekonomi

memainkan peranan penting di dalam kegagalan dan kejayaan sesebuah organisasi atau syarikat. Syarikat perlu mengenalpasti tahap keadaan ekonomi yang akan atau memberi lebih kesan kepada organisasi dan syarikat serta harus meninjau, memantau, meramal dan mentafsir persekitaran ekonomi sama ada diperingkat domestik atau dunia. Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan perniagaan tetapi juga semasa perniagaan sedang berkembang (Azianlin, 2007). Persekitaran ekonomi

merangkumi semua produk dan penghasilan dalam perkhidmatan, pengedaran, penjualan dan penggunaan. Syarikat atau organisasi perlu saling berhubungkait antara satu sama lain (Cheng Soon, 2009). Contohnya, Boon Siew Honda Sdn Bhd telah mengembangkan perniagaannya di pasaran antarabangsa seperti di Brunei dan Singapura kerana syarikat ini telah melakukan kajian dan

pemantauan dengan melihat faktor ekonomi negara tersebut yang berkembang dan maju. Keadaan ini memberi kesan ke atas peningkatan di dalam permintaan dan boleh mengembangkan ekonomi syarikat (Danny Tan, 2012).

4.2 Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu dalam aspek teknologi di mana, penggunaan teknologi baru yang lebih konsisten dan efisen (Kotler et al, 2008). Syarikat perlu membuat

(6)

mempunyai nilai ekonomi dan tiada saingan pada peringkat awal serta selalunya dimonopoli oleh individu tersebut (Cheng Soon, 2009). Organisasi atau syarikat juga perlu bijak mengawal dan memantau perubahan teknologi serta mengesan penggunaan teknologi untuk membantu mengisi keperluan manusia. Ia

bertujuan agar produk yang lebih inovatif dapat dicipta dan diterima dipasaran sasaran. Ia boleh mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti dalam

pengeluaran produk dan membawa kepada inovasi. Contohnya, kesan daripada kemajuan teknologi turut memberi kesan kepada Boon Siew Honda Sdn Bhd dalam pengeluaran produk-produk. Ekoran daripada perkembangan teknologi menyebabkan syarikat dapat mengeluarkan produk yang lebih baik dan bermutu tinggi mengikut peredaran masa dan permintaan berbanding pada awal

pengeluaran produknya. Pada awal penubuhan, Boon Siew Honda Sdn Bhd hanya menghasilkan satu produk sahaja iaitu Honda Cub. Namun, setelah dikaji dan wujudnya teknologi-tenologi yang moden serta kecanggihan peralatan mesin yang ada, pelbagai model motosikal dapat dihasilkan (Cheng Soon, 2009). Keadaan ini disebabkan kesan daripada perkembangan teknologi yang banyak membantu dalam menghasilkan produk-produk yang lebih berkualiti.

4.3 Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu dalam aspek kebudayaan sosial seperti aspek demografi dan budaya. Dalam aspek demografi, organisasi atau para usahawan perlu menilai perubahan demografi untuk mengenalpasti peluang perniagaan yang ada.. Sesebuah syarikat perlu membuat pemantauan dan penyelidikan sama ada dalam aspek lokasi, saiz, kepadatan, bilangan penduduk, kelas sosial, dan statistik lain berhubung populasi penduduk dalam sesebuah negara atau kawasan. Ini kerana ia mempengaruhi perkembangan sesebuah syarikat atau organisasi terutama dalam aspek jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan atau produk yang sesuai dikeluarkan kerana populasi membentuk pasaran. Ini dapat dilihat melalui populasi penduduk di mana meningkatnya populasi menyebabkan kuasa beli akan menjadi semakin besar. Selain itu, ke semua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa membeli dan kapasiti syarikat . Ini menunjukkan para usahawan perlu melihat faktor-faktor demografi terlebih dahulu sebelum membuka atau memulakan operasi dalam perniagaan mereka Dalam kebudayaan pula, usahawan perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup masyarakat bagi tujuan untuk mengenalpasti peluang perniagaan. Usahawan perlu meramal dan menilai perubahan yang berlaku untuk memperolehi kejayaan dan keuntungan. Usahawan juga boleh menggunakan informasi data yang ada dari sumber umum dan sendiri untuk menilai perubahan ini (Kotler et al, 2008). Contohnya, pada awal penubuhan syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd, Honda Cub telah dipasarkan setelah syarikat membuat pemantauan dan kajian bahawa produk tersebut akan mendapat sambutan yang luar biasa. Ini kerana, motisikal terebut boleh membawa banyak muatan dan tahan lasak. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan pada waktu tersebut, syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd melihat kenderaan ini akan

(7)

kehendak masyarakat. Manakala, maintenance dan spare part juga murah dan senang untuk ditunggangi (Cheng Soon, 2009).

4.4 Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu dalam aspek politik dan undang-undang. Organisasi atau syarikat perlu menilai dan mengawasi persekitaran politik sepenuhnya untuk

mengenalpasti ancaman dan peluang yang ada. Syarikat juga perlu mengawasi apa yang sedang dan akan berlaku kerana ia akan memberi kesan, sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada syarikat. Ia juga bertujuan agar tindakan yang dilakukan tidak mendatangkan sebarang masalah iaitu dengan membuat perancangan produk dan program pemasaran syarikat. (Azianlin, 2007). Keadaan ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat di dalam syarikat atau firma dan ia juga memberi peluang kepada usahawan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. Menurut Hogan et al (1999),

memperbaiki pengurusan persekitaran undang-undang iaitu dengan cara

meningkatkan dan menetapkan peraturan, garis panduan dan dasar-dasar dalam sesebuah syarikat atau firma yang wajib dipatuhi. Ini bertujuan mewujudkan firma atau syarikat yang lebih berkembang dan maju (Kotler et al, 2011). Selain itu, ia bertujuan mewujudkan atau mengenakan kawalan untuk menghadkan keuntungan yang berlebihan serta menggalakkan penggunaan oleh pelanggan. Selain itu juga, ia bertujuan untuk menggalakkan pelanggan atau pembekal membayar kos penuh dan mengenakan kawalan untuk mencegah tingkah laku yang jahat. Ia juga bertujuan untuk memantau dan menguruskan prestasi dan kualiti bagi memastikan standard yang boleh diterima. Contohnya, melalui elemen politik, semasa awal penubuhan syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd, syarikat ini telah dilantik sebagai pengeluar tunggal Honda di Malaysia.

Kesannya tidak wujud persaingan di dalam pasaran ekonomi tempatan. Keadaan ini baik untuk perkembangan ekonomi syarikat tersebut (Cheng Soon, 2009).

5.0 KESIMPULAN

Persekitaran merujuk kepada faktor yang memberi kesan positif atau negatif kepada keupayaan syarikat atau organisasi untuk terus beroperasi dan berkembang, di samping mengekalkan arusniaganya dengan pembeli dan pengguna sasaran. Perubahan sentiasa berlaku dalam persekitaran sama ada secara mendadak, perlahan atau tidak menentu. Keadaan ini mampu memberi kesan yang mendalam dan mengejut kepada syarikat atau organisasi. Oleh itu, apa yang dapat dirumuskan, organisasi berada di dalam satu persekitaran yang luas. Dalam persekitaran ini, wujud kuasa-kuasa yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal yang mana akan memberi peluang serta ancaman kepada keupayaan syarikat atau organisasi untuk terus beroperasi. Apabila sesebuah organisasi mula beroperasi, ia tidak berada dalam satu keadaan yang strategik atau tidak berubah.

(8)

pilihan strategi yang berkesan. Apa yang dapat dilihat, langkah yang perlu di ambil untuk mengurus elemen ini ialah dengan membuat perancangan yang baik di mana syarikat atau organisasi perlu memahami persekitaran makro terlebih dahulu. Ini kerana, syarikat atau organisasi bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan operasi syarikat atau organisasi, tetapi syarikat atau organisasi perlu juga mengkaji semasa operasi syarikat atau organisasi sedang berkembang. Oleh itu, syarikat atau organisasi dilihat gagal apabila strategi organisasi tidak sesuai dengan persekitaran di mana syarikat atau organisasi beroperasi.

Dalam erti kata lain, syarikat atau organisasi boleh dipengaruhi oleh persekitaran ini, namun, syarikat atau organisasi tidak boleh mempengaruhi persekitaran ini. Sesebuah syarikat atau organisasi perlu mengetahui strategi perancangan yang perlu diselaraskan agar syarikat atau organisasi boleh mendapatkan dan

mengekalkan syarikat tersebut terutama dalam aspek berdaya saing. Apa yang dapat dilihat, persekitaran makro terdiri daripada kuasa-kuasa yang berada di luar syarikat atau organisasi dan secara amnya ia tidak boleh diubah oleh tindakan syarikat atau organisasi tersebut. Persekitaran ini dilihat berhubung secara tidak langsung dengan syarikat atau organisasi.

Menurut McLaughlin dan Kaluzny (1999), persekitaran makro boleh

mempengaruhi syarikat atau firma di dalam perkhidmatan yang dilakukan. Persekitaran makro dilihat banyak mempengaruhi strategi perkhidmatan di dalam sesebuah syarikat atau firma dengan harapan usaha ini akan

meningkatkan hubungan antara firma, pengurus dan pelanggan dengan memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak (Mohammad Fikri, 2011).

Kesimpulannya, setelah mengawasi serta mengetahui peranan dan pengaruh persekitaran makro kepada syarikat, firma atau organisasi, terdapat kesan secara langsung dan tidak langsung yang boleh memberikan peluang dan

Referensi

Dokumen terkait