• Tidak ada hasil yang ditemukan

DASAR dasar ilmu tanah cover (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "DASAR dasar ilmu tanah cover (1)"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

DASAR PENGURUSAN HEM (berkuat kuasa mulai 30.12.2009)

1.0 DASAR AM PENGURUSAN KELAS

1.1 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM )

1.1.1 Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan.

1.1.2 Tandakan BJKM pada setiap hari persekolahan seb elum pukul 9.00 pagi * Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang selepas 2 jam masih dikira hadir ke sekolah.

1.1.3 Tandakan BJKM seperti berikut:

 Tandakan ’/’ sekiranya murid hadir.

 Tandakan ’O’ sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.  Tandakan ’S’ dalam bulatan sekiranya tidak hadir

bersebab. (surat pengesahan daripada ibu bapa/penjaga atau sijil sakit).

 Tandakan ’L’ dalam bulatan sekiranya murid lewat (dikira hadir).

 Tandakan ’W’ dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah (dikira hadir).

 Tandakan ’G’ dalam bulatan sekiranya murid digantung persekolahan (dikira tidak hadir).

 Elakkan Budaya Comot. Cecair pemadam tidak boleh digunakan. Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas.

1.1.4 Semua BJKM hendaklah dihantar ke pejabat sekolah selewat - lewatnya pada jam 9.00 pagi setiap hari. Pada hari Isnin dan Jumaat, Ketua Tingkatan (KT) akan memaklumkan kehadiran kepada guru tingkatan masing-masing dan guru tingkatan akan memulangkan BJKM selepas selesai perhimpunan. Pada hari Selasa, Rabu dan Khamis, K T akan memaklumkan kehadiran pada waktu pertama dan kemudian memulangkan BJKM di rak kelas masing-masing.

(2)

1.2 Pelajar ”Bukan Warga Negara” (BWN)

1.2.1 Bagi murid ”Bukan Warga Negara” (BWN), bayaran levi sebanyak RM240.00 wajib dibayar di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setiap tahun terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit ba yaran mesti ditunjukkan kepada PK HEM. Setiap murid BWN juga dikenakan bayaran tambahan seperti murid lain.

1.3 Fail Peribadi Murid (Folder)

1.3.1 Semua murid dari kelas Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam wajib mempunyai fail ini.

1.3.2 Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Tingkatan ditulis pada helaian pertama fail.

1.3.3 Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar pelajar dengan menggunakan kertas keras. En. Sahbudin akan menyediakan dokumen yang berkaitan.

1.3.4 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan peperiksaan UPSR/PMR, dll disimpan dalam fail ini. Dengan salinan keputusan Peperiksaan Dalaman dan Buku Kesihatan murid. Buku Kesihatan yang diuruskan oleh AJK Kesihatan dan Anti Denggi akan disimpan di B ilik Rawatan.

1.3.5 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahannya atau bertukar sekolah.

1.3.6 Semua fail perlu disimpan dalam ’loker’ berlabel di bilik Peperiksaan.

1.4 Fail Kelas Guru Tingkatan

1.4.1 Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini. 1.4.2 Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat

gantung/buang sekolah yang dikeluarkan juga disimpan dalam fail ini.

(3)

1.5 Pendaftaran Murid Baru

1.5.1 Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan. (Status kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh penyelaras tingkatan terlebih dahulu).

1.5.2 Penyelaras tingkatan akan menyemak semula status

kewarganegaraan murid sebelum urusan mendaftar dilakukan. Mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM) dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.

1.5.3 Tingkatan Dua hingga PraU(A)

 Kumpulkan Borang SMM yang telah lengkap dan serahkan kepada guru SMM. Guru tingkatan 1 dan PraU(R) akan memasukkan data pelajar-pelajar baru. Bagi guru tingkatan 2, 3, 4, 5 dan PraU(A), guru -guru hanya mengemaskini data SMM yang telah dibuat dan menyerahkan ’hard copy’ pada guru SMM.

1.5.4 Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.

1.5.5 Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan kepada PK HEM.

1.5.6 Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/pelajar miskin dan memaklumkan kepada PK HEM.

1.5.7 PK HEM mendapatkan laporan disiplin, PLBS/ULBS,PEKA,Folio KH, PAFA, dll berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu.

1.5.8 Murid baru akan menyerahkan borang SMM/disket kepada guru tingkatan dan kemudiannya akan menyerahkannya kepada guru SMM untuk pengisian butiran di komputer.

1.6 Buku Teks

1.6.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.

(4)

1.6.3 Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks.

1.6.4 Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar dan ditulis nama serta kelas dan murid yang tidak balut buku akan diminta membeli pembalut buku dalam ’Ops rambut’. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku teks di sekolah.

1.6.5 Guru mata pelajaran m emastikan murid membawa buku teks ke sekolah. Denda boleh dikenakan ke atas murid -murid yang tidak membawa buku teks seperti berdiri di belakang kelas. Murid tidak boleh dihukum berdiri di atas kerusi atau meja. Guru-guru boleh menulis hukuman yang diberikan di helaian BKK.

1.6.6 Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat -lewatnya pada hari pertama persekolahan.

1.7 Murid Keluar/Bertukar/Berpindah

1.7.1 Menentukan surat kelulusan pertukaran telah diterima.

1.7.2 Mencatatkan maklumat/butiran dalam BJKM kelas.

1.7.3 Pertukaran keluar dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  Menentukan semua buku teks telah dipulangkan.  Merekodkan judul buku yang dipulangkan.(Sila guna

borang khas di pejabat)

 Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.

1.7.4 Pertukaran dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru.(Sila guna borang khas di pejabat).

 Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.

1.7.5 Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid- murid yang telah berada di SAB sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun.

1.7.6 Guru tingkatan menyediakan Surat Akuan Murid bagi murid-murid yang belajar di SAB lebih daripada 6 bulan.

1.7.7 Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan diserahkan kepada murid berkenaaan pada hari akhir

(5)

1.8 Pengurusan & Organisasi Kelas

1.8.1 Melantik Jawatankuasa Kelas:  Ketua Tingkatan + MPP 1.8.2 Menyelaras penyediaan perkara berikut:

 Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan

Misi & Visi KPM, kenyataan hadapan kelas Piagam Pelanggan,

Moto Sekolah, PIPP

(Nota: Misi,Visi dan Moto SAB akan menjadi soalan wajib bagi mata pelajaran Sivik dan

Kewarganegaraan. Semua murid perlu menghafal dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris )  Sudut Program Pencegahan Dadah

 Sudut Bacaan Kelas

 Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa – ditampal pada papan kenyataan di belakang kelas

 Alatan pembersihan

 Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran

1.8.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.

1.8.4 Memastikan semua kerusi dan meja murid mencukupi dan telah diberi nombor siri.

(6)

1.8.6 Kebersihan kelas:

 Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.  Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah

dibuang pada waktu akhir setiap hari.

5 minit sebelum berakhir P & P, murid bertugas mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru. Semua murid menaikkaan kerusi ke atas meja. Menutup lampu dan kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas. Memastikan pintu kelas dikunci.

1.8.7 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak.

1.8.8 Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:

 Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan.  Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak

kepada guru berkenaan (Guru Perabot/Guru Pembangunan).

 Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas dengan cekap dan penuh dedikasi.

 Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannya terpulang kepada budi bicara guru dan kemampuan murid. (Diputuskan dalam mesyuarat kelas dan diminitkan. Satu salinan Minit Mesyuarat kelas hendaklah diserahkan kepada PK HEM selewat- lewatnya pada minggu pertama).

Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan berikut:

 Bahan-bahan keceriaan kelas

(7)

1.9 Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun)

1.9.1 Menyediakan senarai tersebut mengikut format berikut: Kelas : ____________

Nama Guru Tingkatan : _______________

Bil No. Pendaftaran Nama Penuh Murid(spt

KP & susun ikut abjad)

L/P Kelas

(2009)

Bangsa BWM Catatan

1. 2. 3.

40.

Serahkan senarai ini kepada Penyelaras Tingkatan pada minggu 1 sesi persekolah an

1.10 Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa Sebab

1.10.1 Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri. Kumpulan murid ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama persekolahan sesi 20 10, tanpa sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit.

1.10.2 Mengambil tindakan dengan menghantar surat -surat amaran ponteng sekolah dan surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

2.0 DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN

2.1 Ponteng Sekolah

2.1.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa / penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.

(8)

2.1.3 Jadual penghantaran surat kes Ponteng Sekolah adalah seperti berikut :

Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng Berkala/Tidak

Berturutan

2.1.4 Guru Tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang RPS. Rekod hantaran surat kepada ibubapa / penjaga (dalam fail kelas).

2.1.5 Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh didapati dari pejabat sekolah.

2.1.6 Surat Amaran 1, 2 dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh Guru Tingkatan (bp Pengetua) :

Amaran 1 Amaran 2

Ditandatangani oleh PK HEM (bp Pengetua)

Amaran 3 Ditandatangani oleh Pengetua

» Salinan 1 (untuk ibu bapa / penjaga)

» Salinan 2 (untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku di pejabat sekolah)

» Salinan 3 (untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Tingkatan)

2.1.7 Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada PK HEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua.

***Surat Buang Sekolah mesti disertakan dengan salinan Surat Amaran 1, 2 dan 3(daripada fail kelas Guru

(9)

2.1.8 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi :

» Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah

membawa surat jawapan daripada Ibu bapa/penjaga masing-masing.

» Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah

membawa surat jawapan daripada Ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PK HEM terlebih dahulu.

» Selepas surat Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama-samaIbu bapa/penjaga dan berjumpa dengan Pengetua. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat akur janji.

» Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Wilayah Persekutuan.

2.1.9 Ponteng Kelas/Sekolah

Kali 1  Denda kerja kebajikan (5 minit)

 Nama direkod dalam buku salah laku murid Kali 2  Denda kerja kebajikan (10 minit)

 Nama direkod dalam buku salah laku murid Kali 3  Denda kerja kebajikan (15 minit)

 Surat amaran I

 Hubungi Ibu Bapa

 Kaunseling

 Nama di catat dalam rekod salah laku Kali 4  Denda kerja kebajikan (20 minit)

 Surat amaran II

 Kaunseling

 Hubungi Ibu Bapa

 Nama direkod

Kali 5  Denda kerja kebajikan (30 m init)

 Surat amaran III

 Kaunseling

(10)

 Lapor pentadbir Kali ke

10 -14

 Kerja sosial (1jam)

 Hubungi Ibu Bapa

 Kontrak/Aku Janji

 Lapor pentadbir

 Kaunseling

 Nama direkod

Kali ke 15 – 30

 Nama direkod

 Kerja sosial (1 ½ jam)

 Hubungi Ibu Bapa

 Kaunseling Kali ke

31 - 60

 Hubungi Ibu Bapa

 Kaunseling

 Gantung Persekolahan Kali ke 61

ke atas

 Buang sekolah

2.2 Buku Kawalan Kelas (BKK)

2.2.1 Semua Guru Tingkatan mesti memastikan kelas m ereka mempunyai BKK setiap hari.

2.2.2 BKK akan diedarkan kepada Ketua Tingkatan pada waktu pagi di tapak perhimpunan / pejabat. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua Tingkatan untuk memulangkan BKK ke pejabat selepas tamat waktu persekolahan setiap hari.

2.2.3 BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap waktu.

(11)

2.2.5 Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas / ponteng kelas semasa guru mengajar.

2.2.6 Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum menandatangani BKK.

2.2.7 Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya. Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam BKK untuk tindakan Penyelaras BKK dan Guru Disiplin pada keesokan harinya. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BKK dan terus maklumkan kepada Penyelaras BKK / Guru Disiplin / PK HEM.

2.2.8 Penyelaras BKK akan menyemak BKK setiap hari dan menyerahkan senarai nama murid yang bermasalah pada keesokannya kepada Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya.

2.2.9 Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada PK HEM pada setiap akhir semestar 1 & 2.

2.3 Pas Keluar

2.3.1 Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada PK HEM pada awal tahun.

2.3.2 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti memakai pas berkenaan.

2.3.3 Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas daripada guru kelas atau guru k elas sebelahnya jika tiada guru.

2.4 Disiplin Murid

(12)

2.4.2 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.

2.4.3 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin (KGD) atau PK HEM.

2.4.4 Guru-guru diingatkan jangan merotan murid. Hanya guru yang diberi surat kuasa merotan oleh Pengetua dibenarkan merotan murid. Murid perempuan tidak boleh dirotan.

2.4.5 Hukuman rotan dijalankan hanya setelah semua rekod dan prosedur disiplin diikuti dan perkara ini berlaku dalam makluman Pengetua.

2.4.6 Sebelum seseorang murid yang bersalah itu dihukum, guru

hendaklah memberi peluang kepada murid itu untuk membela diri dan menentukan sama ada sesuatu kesalahan itu dilakukan dengan sengaja atau tidak.

2.4.7 Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.

2.4.8 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid.

2.5 Kawalan / Tanggungjawab Guru

2.5.1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu.

2.5.2 Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.

(13)

2.5.4 Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.

2.5.5 Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan

membersihkannya dengan segera.

2.5.6 Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid -murid yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang

sewajarnya.

2.5.7 Penyemakan buku akan dilakukan sebanyak dua kali setahun. Guru-guru perlu memberi peneguhan atau penegasan kepada murid-murid. Bagi murid-murid yang engkar walaupun telah diberi amaran, hukuman, guru-guru boleh memaklumkan kepada

Pengetua. Pengetua akan menjalankan tindakan seperti meminta murid-murid tersebut bersila di Laluan Gemilang untuk

menyiapkan tugasan mereka. Perkara ini akan dimaklumkan semasa perhimpunan dan murid-murid mesti mencatatnya di Student Planner masing-masing. Hal ini juga akan dicatatkan di Buku Perhimpunan

2.6 Dasar Umum Disiplin

2.6.1 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan dibawa ke sekolah pada setiap hari.

mesti

2.6.2 Setiap murid wajib memiliki student planner dan w ajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan (Isnin, Rabu & Jumaat).

2.6.3 Pada awal tahun permulaan semesta persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang

dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui forum disiplin.

(14)

2.6.4.1 Pemeriksaan Gempar/spot check boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.

2.6.4.2 Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan menjalankan spot check dengan disaksikan oleh murid berkenaan.

2.6.4.3 Barang larangan akan dirampas dan

maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari di bilik PK HEM.

2.6.4.4 Barang rampasan akan disimpan di bilik PK HEM. 2.6.4.5 Barang rampasan yang mahal (seperti

telefon bimbit) hanya boleh dituntut balik oleh ibu bapa/penjaga murid selepas berjumpa dengan PK HEM dan surat kontrak yang menyatakan dengan jelas syarat bahawa jika murid mengulangi kesalahan pada kali kedua, maka barang rampasannya tidak boleh dituntut balik oleh mana-mana pihak lagi. Barangan rampasan tersebut akan disimpan selama tiga tahun. Walaubagaimanpun, semua bergantung atas budi bicara puhak pentadbir.

2.6.4.6 Tuntutan ke atas barang rampasan boleh dibuat dua kali setahun iaitu dua minggu akhir sebelum cuti penggal 1 dan dua minggu akhir sebelum cuti akhir tahun. 2.6.4.7 Barang rampasan yang tidak dituntut

selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa dalam mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.

(15)

ke sekolah hanya dengan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah.

2.6.4.9 Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.

2.7 Kaedah Mengatasi Disiplin

2.7.1 Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada: - Semua guru

- kelas-kelas (untuk tampal) - Bilik-bilik khas

2.7.2 Guru mata pelajaran/guru kelas – rekod kesalahan murid dalam buku kawalan kelas

- Guru penyelaras BKK akan kumpulkan.

- Guru penyelaras bawa ke mesyuarat disiplin (2 bulan sekali/ikut keperluan).

2.7.3 Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan: - Kedatangan penuh – 2 kali setahun

- Kerap ponteng 2 bulan sekali (oleh guru penyelaras)

2.7.4 Sijil Sifar Ponteng

- Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap bulan. Walaupun tidak hadir, ia nya mesti bersebab.

2.8 Pengurusan Perhimpunan

2.8.1 Perhimpunan tiga kali seminggu (Isnin,Rabu dan Jumaat).

2.8.2 Diuruskan oleh penyelaras perhimpunan dan guru bertugas.

2.8.3 Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpuna n kecuali sedang bertugas atau dengan kebenaran.

2.8.4 Segala perhimpunan perlulah ringkas dan padat.

(16)

2.8.6 Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang dijalankan. Sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di perhimpunan tersebut.

2.8.7 Guru-guru yang menguruskan pengucapan awam/public speaking perlu berada di belakang podium. Teks

pengucapan awam/public speaking mestilah ditaip dan diserahkan satu salinan selepas selesai perhimpunan.

2.8.8 Bahan bacaan yang dibawa semasa perhimpunan boleh dirampas (sekiranya murid membaca sewaktu perhimpunan dijalankan) kecuali student planner.

3.0 DASAR AM KEBAJIKAN MURID

3.1 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

3.1.1 Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang

mencukupi selewat-lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan.

3.1.2 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008).

3.1.3 Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli sendiri buku teks di pasaran terbuka dengan menghubungi penerbit.

3.1.4 Guru Tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis nama.

3.1.5 Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah di luar Wilayah Persekutuan memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. (Sila rujuk bahagian 1.8.3)

(17)

3.1.6 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.

3.2 Pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Baitulmal

3.2.1 Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran dan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional. Guru-guru tingakatan juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa.

3.2.2 Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru berkenaan dan pengeluaran wang yang dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan. Ibubapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid. Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja.

3.2.3 Bagi penerima bantuan biasiswa Baitulmal, Guru Biasiswa berkenaan mestilah mengenalpasti jika ada murid -murid baru terutamanya murid tingkatan satu yang pernah menerima bantuan tersebut semasa mereka di sekolah rendah.

3.2.4 Walaupun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan, mereka mesti memperbaharuhi permohonan mereka semasa di sekolah menengah dengan mengisi borang permohonan bantuan biasiswa Baitulmal.

3.2.5 Guru Tingkatan mesti memastikan bahawa murid -murid berkenaan dapat menyumbang semula bantuan yang diterima dengan

menyerahkan borang permohonan mereka yang lengkap kepada Guru Biasiswa berkenaan.

(18)

3.2.7 Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa.

3.2.8 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima biasiswa.

3.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

3.3.1 Kaunselor / Guru BDK mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah emosi-sosial yang dihadapinya.

3.3.2 Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.

3.3.3 Kaunselor / Guru BDK boleh membantu murid -murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok.

3.3.4 Kaunselor / Guru BDK juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang, mengelola dan menjalankan program -program

motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada pada murid.

3.3.5 Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka, terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS.

(19)

3.3.7 Guru Disiplin mahupun Guru Tingkatan boleh merujuk kepada kaunselor / Guru BDK tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.

3.4 Kebajikan murid

3.4.1 Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan bantuan. Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan isi borang maklumat berkenaan . Serahkan borang tersebut kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan PK HEM

3.4.2 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang menghidap penyakit denggi atau penyakit mudharat yang lain atau murid yang

mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.

3.4.3 Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri.

4.0 DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

4.1 Rekod Kesihatan Murid

4.1.1 Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan.

4.1.2 Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.

(20)

4.1.4 Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid keran a buku ini diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT (untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.

4.1.5 Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.

4.2 Kad Pergigian Murid

4.2.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun, terutamanya kepada murid -murid Tingkatan Satu.

4.2.2 Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi

menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya.

4.2.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan.

4.3 Surat Rawatan Murid

4.3.1 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.

4.3.2 Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong Kanan.

4.3.3 Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan.

4.4 Murid Sakit

(21)

bilik rawatan akan disimapan setiap satu oleh PK HEM, PK Kokurikulum dan Guru Bilik Rawatan. Satu lagi disimpan di pejabat. Guru yang mengambil akan menulis di buku pergerakan.

4.4.2 Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang , Guru Bertugas atau Guru Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.

4.4.3 Guru Bertugas atau Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah. Murid yang sakit boleh berada di bilik rawatan sehingga rehat ditemani oleh rakan sekelas yang akan diganti pada setiap jam. Sekiranya ibubapa/ penjaga masih tidak dapat mengambil, murid tersebut perlu balik semula ke kelas. Murid-murid asrama yang sakit dibenarkan pulang ke asrama dan mesti berada di bilik sakit asarama dengan diawasi oleh penyelia asrama.

4.4.4 Jika tiada siapa yang dapat menjemput murid berkenaan, dia dibenarkan menggunakan bilik rawatan yang disediakan di Bilik Rawatan.

4.4.5 Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau ke rumah murid berkenaan.

4.4.6 Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang

dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.

4.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

4.5.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid -murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik -bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah.

(22)

4.5.3 Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses P & P.

4.5.4 Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab memastikan kelas mere ka dibersihkan pada setiap hari iaitu 5 minit pada waktu pertama persekolahan.

4.5.5 Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau bilik khas dibersihkan sebelum murid keluar.

4.5.6 Pengurusan kelas juga dilakukan 5 minit sebelum waktu persekolahan berakhir. Murid-murid dikehendaki menaikkan kerusi ke atas meja masing-masing.

4.6 Kantin Sekolah

4.6.1 Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan, penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.

4.6.2 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada PK HEM dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPWP.

4.6.3 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada PK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.

(23)

menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.

4.6.5 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.

4.6.6 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti memastikan murid menepati masa untuk beredar dari kantin dan masuk kelas apabila loceng waktu kelima dibunyikan.

4.6.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman manis di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas.

4.6.8 Penggunaan plastik minuman adalah dilarang sama sekali.

4.7 Kebersihan Kelas

4.7.1 Murid mesti membersihkan kelas pada waktu pertama, rehat dan waktu terakhir.

4.7.2 Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan dan menyediakan laporan untuk dimaklumkan kepada PK HEM dan akan diumumkan semasa perhimpunan pada keesokan hari.

4.7.3 Guru bertugas harian membuat pemeriksaan setiap hari pada bila - bila masa sepanjang minggu bertugas (2 Guru = 2 kali rondaan).

4.7.4 Markah diisi oleh guru bertugas dalam borang kebersihan untuk menentukan kelas terbersih @ terkotor pada minggu tersebut.

4.7.5 Pengawas sekolah juga menilai kebersihan setiap kelas.

4.7.6 Markah guru bertugas akan dicampur dengan markah pengawas bertugas.

(24)

4.7.8 Keputusan diumumkan pada hari Isnin.

4.7.9 Kelas terbersih diberi penghargaan berbentuk plak.

4.7.10 Kelas terkotor didenda membersihkan kawasan sekolah sele pas perhimpunan dan diawasi oleh guru tingkatan/guru mata pelajaran sehingga seluruh kawasan sekolah bersih.

4.7.11 Kelas yang mendapat tempat pertama paling banyak sepanjang tahun akan diberi hadiah berbentuk ’hamper’ pada akhir tahun mengikut setiap tingkatan.

5.0 DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH

5.1 Latihan Kecemasan/Kebakaran

5.1.1 Memastikan bahawa latihan kebakaran (”fire drill”) dijalankan 2 kali setahun.

5.1.2 Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil.

5.1.3 Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.

5.1.4 Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka.

5.1.5 Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.

5.1.6 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) di bawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke tempat berkumpul.

5.1.7 Guru Tingkatan mestilah mengambil BJKM kelas

masing-masing di tempat berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta.

5.2 Polisi Sekolah Selamat

5.2.1 Pihak sekolah mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah:

(25)

II. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual

III. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum

5.2.2 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi -polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah.

5.3 Kenderaan Guru dan Murid

5.3.1 Guru-guru dan murid mesti memastika n kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.

5.3.2 Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati -hati apabila memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

5.3.3 Guru-guru hendaklah menasihatkan murid supaya mereka memiliki lesen memandu dan insuran kenderaan bermotor bagi mereka yang menggunakan motorsikal ke sekolah. (Hanya yang membuat permohonan khas sahaja).

5.4 Pondok Kawalan Keselamatan

5.4.1 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.

5.4.2 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana -mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan Mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.

5.4.3 Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir keselamatan yang terpapar di tiang gate sekolah.

5.5 Menangani Bencana

5.5.1 Menyelaras dan membekalkan data sekolah dan murid kepada MKN.

5.5.2 Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah.

5.5.3 Menggubal dan melaksanakan panduan dan peraturan tindakan penggunaan bantuan kemudahan dan tenaga.

5.5.4 Meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan Keputusan Panitia Pengadaan Barang/Jasa Sekretariat Daerah Kabupaten Sidoarjo Nomor 027/10.13.3/SS/2011 tanggal 13 Oktober 2011 tentang Penetapan

Tower penampungan Tower penampungan Hatchery Hatchery Ruang inkubasi Ruang inkubasi telur telur Waduk Jatiluhur Reservoar Reservoar Pintu Besi Sedimentation pond Kolam-kolam Sumur

Mengajarkan matematika memerlukan metode, media/alat peraga dan iklim belajar yang dapat membangkitkan respon siswa.1. Tujuan

untuk Pengadaan Barang dengan Sistem Pascakualifikasi Sumber Dana APBD Tahun Anggaran 2015 dengan ini kami Kelompok Kerja Bidang Barang/ Jasa Lainnya (Pokja 15) Kantor Layanan

Memperhatikan ketentuan dalam Pepres 54 tahun 2010 berikut perubahannya dan tata cara evaluasi kualifikasi sebagaimana diatur dalam Dokumen Pengadaan nomor

Surat undangan ini ditempatkan dalam pojok berita Website LPSE Provinsi Kalimantan Barat juga dikirimkan melalui e-mail perusahaan yang diundang, oleh karena itu Pokja

sanggahan hanya dapat dilakukan apabila terjadi hal-hal sebagaimana diatur dalam Peraturan. Presiden Nomor 54 Tahun 2010 tentang Pengadaan Barang/Jasa Pemerintah

Paket pengadaan ini terbuka untuk penyedia barang/jasa yang teregistrasi pada Layanan Pengadaan Secara Elektronik (LPSE) dan memenuhi persyaratan sebagaimana