Dalam Sejarah Cina, Ada Satu Kisah Benar iaitu Shi Huang Ti, Maharaja
Qin Dahulu Telah Membakar Buku-Buku Konfusianisme dan Menimbus
Ahli Konfusian Yang Hidup, Jadi Bangaimanakah Status Sosial Ahli
Konfusian Di Zaman Qin?
Isa Ma Ziliang dan Gusnidar Binti Marzuki
Pengenalan
Dinasti Qin merupakan salah satu daripada tiga Dinasti yang berpengaruh di China sepanjang sejarahnya. Dinasti Qin juga terkenal sebagai dinasti yang singkat zaman pemerintahannya, namun meletakkan dasar-dasar ketenteraan yang kemudian akan diteruskan selama 2000 tahun oleh dinasti-dinasti setelahnya. Dinasti ini juga adalah dinasti pertama yang telah menyatukan seluruh suku bangsa beragam di Cina ke dalam satu organisasi tunggal nasional Cina. Dinasti Qin muncul sebagai sebuah empayar yang kuat disebabkan mempunyai kawasan yang strategik dan kedudukanya terletak di Lembah Sungai Wei.Dinasti Qin muncul antara tahun 221 SM hingga 226 SM.
Dinasti ini diasaskan oleh Maharaja Shih Huang Ti (246-210 SM) dan kemunculan dinasti ini menandakan berakhirnya Zaman Negeri-Negeri Perang yang wujud dari tahun 475-221 SM. China mempunyai beberapa falsafah yang mana dinasti Zhou merupakan zaman kegemilangan aliran pemikiran dan falsafah di China.Namun,kegemilanganya tidak berkekalan setelah negeri Qin berjaya menyatukan seluruh negeri-negeri yang berperang dan menubuhkan dinasti Qin.Dinasti Qin mengamalkan ideologi legalisme di China dan telah menolak fahaman-fahaman lain.Oleh itu terjadilah satu peristiwa yang akhirnya membawa kepada kejatuhan dinasti Qin iaitu peristiwa pembakaran buku.
Xun Zi
Menteri dari Pegawai Pertama Dinasti Qin,Han Fei pula menjadi tokoh utama dan sekolah Legal iaitu undang-undang yang memberi kebenaran untuk penyatuan politik dan ideologi.
Xun Xi merupakan seorang yang memiliki sayap kanan ‘konfucius’yang mana menekankan kawalan sosial.Xun Xi sangat terkenal dengan teorinya iaitu ‘manusia pada dasarnya adalah jahat’.Menurut Xun Xi,manusia pada saat kelahirannya sama sekali tidak membawa kepada kebaikkan apa pun,malahan membawa permulaan yang jahat.Beliau menganggap sifat yang dibawa manusia pada kelahiranya ialah sifat dengki dan benci.
Xun Xi telah disingkirkan oleh pemikir-pemikir konfusius yang lain kerana telah dianggap sebagai menyokong fahaman legalisme yang diguna pakai oleh Shi Huang Ti dalam pemerintahan baginda .Xun Xi merupakan pemikir konfusius pertama yang menekankan pentingnya hukum dilaksanakan dengan tegas dan hukum itu haruslah selari dengan kebajukan dan keadilan.Aliran legalisme telah dikembangkan oleh kedua-dua anak muridnya iaitu Li Si dan juga Han Fei Zi. Namun begitu,beliau tidak begitu bersetuju dengan ajaran legalisme itu dalam satu perdebatan Yun Zi telah mengingatkan bahawa pemikiran anak muridnya itu tidak benar dan akan mendatangkan banyak musuh. Beliau menyatakan bahawa legalisme itu mengutamakan hukum tetapi mengabaikan nilai moral seperti kebajikan, keadilan dan kesusilaan.
Han Fei Zi
Dilahirkan dalam keluarga bangsawan di negeri Han akhir zaman negara berperang.Pandai menulis tetapi tidak banyak bercakap kerana gagap.Beliau adalah penulis kepada buku yang
bertajuk “Han Mei Zi”Bukunya telah tersebar di negeri Qin dan dibaca oleh Shih Huang Ti (Ying Zheng) dan mula mempraktikkan teori ajaran-ajaran hukum yang ditulis oleh Han Fei Zi.Teori ini mengusulkan agar raja melaksanakan pemerintahan berdasarkan hukum di samping raja memegang kuasa dalam bidang politik.
dan tidak membuat sebarang pelantikan sewenang-wenangnya. Beliau membuat langkah-langkah undang-undang dan tidak membuat sebarang penghakiman sewenang-wenangnya sendiri. Beliau juga memperbaharui undang-undang dan merupakan seorang pemerhati kepada undang-undang tersebut.
Han Fei Zi juga berpendapat bahawa seorang pemerintah yang baik juga haruslah mempunyai Negara yang baik baik dari segi ketenteraan dan juga ekonomi . Hal ini adalah faktor penentu dalam hubungan antara negeri. Kuasa tentera tidak boleh dipisahkan dari kekuatan ekonomi. Pertanian merupakan satu-satunya pekerjaan yang produktif, semua pekerjaan tertentu yang lain, terutama golongan ulama , tidak digalakkan. Memberi bantuan kepada orang miskin adalah perkara yang tidak bijak dan tidak adil kerana ini akan melatih mereka menjadi malas bekerja.
Maharaja Shi Huang Ti.
Shih Huang Ti yang juga terkenal dengan panggilan ‘Ch'in Shih Huang Ti’ dilahirkan pada tahun 259 Sebelum Masihi dan wafat pada tahun 210 Sebelum Masihi. Shi Huang Ti lahir di penghujung tahun dinasti Chou yang didirikan sekitar 1100 SM. Berabad sebelum masanya, dinasti Chou sudah kehilangan kekuatannya selaku pentadbir, dan Cina telah berpecah- belah menjadi negara-negara feudal. Zaman kegemilangan China dicapai pada masa Dinasti Qin di bawah pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti. Baginda berjaya menyatukan seluruh wilayah-wilayah China di bawah satu pemerintahan pusat (221SM) dan menyusun semula pentadbirannya.
aristokrat-aristokrat lama yang masih hidup supaya terus menetap di ibukota Hsieng. Hal ini demikian kerana,mudah untuk baginda mengawasi gerak-geri mereka.
Dari segi pemerintahan dan pentadbiran, matlamat utama Maharaja Shih Huang Ti adalah untuk membina sebuah empayar yang seragam dan bersatu. Baginda juga ingin menggunakan keunggulannya ideanya menawan negeri-negeri di China dalam pentadbirannya. Baginda telah menjalankan tiga peringkat utama untuk menyeragamkan empayarnya iaitu dengan mengawal kesemua negeri-negeri di bawahh jajahanya pada tahun 238sm,mengalahkan musuh-musuh utama Negara pada tahun 230sm sehingga 221sm di samping memperluaskan sempadan-sempadan di Negara China.
Sewaktu pemerintahan Shih Huang Ti,baginda telah mengamalkan fahaman atau ideologi legalisme.Legalisme merupakan salah satu aliran pemikiran falsafah utama sewaktu zaman negeri-negeri berperang.Shih Huang Ti mengamalkan legalisme untuk mengukuhkan kerajaan dan mengukuhkan kepatuhan rakyat kepada undang-undang.Legalisme menekankan undang-undang yang ketat dan hukuman yang berat adalah perlu untuk menjaga keamanan dalam masyarakat supaya mereka mudah untuk diperintah. ideologi sahajShih Huang Ti tidak percaya kepada fahaman lain kerana menganggap fahaman itu mempunyai unsur-unsur subvertif yang mana akan membawa kepada pemberontakan Dinasti Qin.Oleh itu,telah berlakunya peristiwa pembakaran buku secara besar-besaran.
Ketika zaman pemerintahan Shi Huang Ti,baginda menganggap buku-buku dan kitab-kitab kesusasteraan sebagai ancaman terbesar semasa pemerintahan Dinasti Qin. Justeru, Maharaja Shih Huang Ti telah mengarahkan agar kesemuanya buku-buku dibakar.Pada ketika ini juga,Dinasti Qin sering diserang oleh orang luar.Dalam menghadapi bahaya serangan pelanggar-pelanggar Tartar secara besar-besaran, Baginda telah membina tembok besar negeri China. Anehnya, jasa yang besar ini dikatakan oleh setengah-setengah ahli sejarah tidak menjadikan orang China terhutang budi kepadanya kerana kesalahan yang dibuat oleh Baginda iaitu ‘pembakaran segala buku’.Dalam usaha menolak idea sarjana China dalam hal-hal pentadbiran, Baginda telah membakar buku-buku sejarah dan falsafah yang mengandungi unsur-unsur politik dan membunuh kira-kira 400 orang sarjana pada tahun 213 SM kerana
bersatu dibawah satu fahaman sahaja.Oleh itu,segala unsur-unsur fahaman lain dihapuskan supaya rakyat dinasti Qin berdiri di bawah satu ideology sahaja iaitu legalisme.Bagi orang China, peristiwa pembakaran buku itu dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual mereka.
Li Si
Dikatakan bahawa idea pembakaran buku ini dicadang oleh Perdana Menteri Qin iaitu Li Si untuk menentang percanggahan pendapat daripada golongan intelektual. Li Si merupakan seorang Perdana Menteri yang berpengaruh pada zaman negeri feudal dan seterusnya pada zaman Dinasti Qin antara tahun 246 SM hingga 208 SM. Beliau juga dikenali sebagai pengikut ajaran Legalis dan ahli kaligrafi terkenal.Antara kejayaan semasa pemerintahan berada di bawah pemerintahan Maharaja Shi Huang Ti termasuklah perancangan untuk membina jalan, menyeragamkan sistem ukuran, sukatan dan sistem tulisan serta memperkenalkan pengeluaran duit syiling.Pada zaman ini juga, kumpulan keluarga telah dikuatkan dan nilai-nilai moral dikenakan dalam kehidupan seharian.
Li Si terkenal dengan peristiwa Pembakaran Buku (Burning of the Books). Beliau percaya bahawa buku atau kitab-kitab yang dibaca atau dimiliki oleh rakyat terutamanya buku-buku berkaitan politik mampu menggugat pentadbiran sesebuah kerajaan. Namun begitu, buku-buku selain berkaitan politik adalah dibenarkan seperti buku-buku berkaitan dengan ilmu perubatan, pertanian dan ramalan.
Bagi beliau, perubahan ke arah negara yang lebih maju sukar dilakukan sekiranya terdapat banyak penentangan daripada golongan sarjana dan intelektual yang masih memegang kepada pemikiran lama (old school) yang kebanyakannya diperoleh daripada buku-buku dan rekod sejarah lama.
Peristiwa Pembakaran Buku/(Burning of The Book)
politik. Justeru, apabila ahli-ahli sarjana Konfusius menentang idea ini, arahan untuk membunuh sarjana secara hidup-hidup telah dikeluarkan. Pada zaman itu, kira-kira 460 orang daripada mereka telah dibunuh hidup-hidup kerana dianggap bakal menggugat kestabilan negara.
Pada 215 SM,kesemua rekod-rekod sejarah dan kesusasteraan dibakar.Arahan itu telah disebarkan ke seluruh negeri dan rakyat jelata termasuklah arahan untuk kesemua teks-teks utama Konfius dikeluarkan kerana dianggap akan menjejaskan kebajikan negeri.Antara,buku-buku ajaran konfius yang dibakar termasuklah Classic of Documents dan Classic of Songs.
Legalisme
‘Legalisme’ atau Fa Jia merupakan pemikiran dominan semasa Dinasti Qin.Ajaran ini
menyatakan bahawa keadaan semulajadi manusia asalnya adalah jahat dan buruk. Justeru itu , undang-undang keras dan hukuman yang berat merupakan satu-satunya jalan bagi menjamin kestabilan dan keamanan Negara.Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Dinasti Qin,
ahli-ahli ‘Legalis’ yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan sentiasa menggunakan segala
kekuasaan yang ada tanpa mempedulikan kesejahteraan rakyat biasa.
Pada ketika ini,ahli-ahli atau sarjana Konfusianisme merupakan salah satu daripada golongan yang sering ditindas pada zaman tersebut. Mereka tidak dibenarkan bersuara dan membuat sebarang kritikan atau memberi pandangan berkaitan hal ehwal politik negara. Selain itu, mereka juga menjadi mangsa kepada pembakaran buku yang diarahkan oleh Li Si.
Kebanyakan buku-buku dan kitab-kitab ajaran Konfusius banyak menggalakkan pemikiran yang mendalam dari segi politik dan falsafah serta turut berkaitan dengan pemikiran berkaitan perubahan-perubahan ekonomi dan sosial. Ahli Konfusius percaya bahawa konsep
‘Li’, merupakan kebaikan asas lelaki yang disokong oleh unsur pujukan moral.Konsep "Li"
Kejatuhan Dinasti Qin
Dinasti Qin,merupakan dinasti pertama yang berjaya menyatukan keagamaan dan suku bangsa di China.Dinasti Qin mengamalkan sistem politik yang sangat berbeza daripada dinasti-dinasti sebelumnya sehingga penerapanya menghadapi tentangan dan berlawanan dengan pemikiran politik yang bersifat konvensional.Setelah Shih Huang Ti meninggal,Perdana Menteri Li Shi telah bersubahat memalsukan surat perintah raja untuk membunuh Jeneral Besar Ming Tian dan pembesar Fu Shu agar dapat mengangkat Hu Hai iaitu anak ke-18 Shih Huang Ti menaiki tahta.
Walaubagaimanapun,Raja Qin yang kedua ini mempunyai masalah yang serius iaitu sangat lemah dan tidak bermoral kerana hanya mengikut arahan pembesar Li Shi semata-mata menyebabkan pembesar-pembesar yang lain serta rakyat tidak berpuas hati mengakibatkan terjadinya pemberontakkan.Antara pemberontakan yang berlaku ialah pemberontakan Chen Sheng dan Wu Guang pada tahun 209 S.M dan pemberontakan Xiang Yu dan Liu Bang pada tahun 207 S.M sehingga menyebabkan kejatuhan Dinasti Qin.Dinasti Qin yang didirikan oleh Shih Huang Ti ini merupakan Dinasti terpendek dalm sejarah China yang mana hanya mampu bertahan selama 15 tahun sahaja.
Status Sosial Ahli Konfusius Zaman Dinasti Qin
Status sosial ahli konfusian di zaman ini adalah sangat rendah.Golongan ini disingkirkan dari sebarang urusan pentadbiran kerana fahaman berbeza yang dibawa.Mereka juga dibunuh dan ditanam secara hidup-hidup kerana dianggap sebagai ancaman yang besar untuk kerajaan kerana ideologi yang disampaikan mampu membuatkan rakyat bangkit dan memberontak menentang kerajaan yang sedia ada.Namun begitu,terdapat seorang sasterawan yang ternama ketika zaman silam China iaitu Li Yu.
Li Yu dilahirkan pada tahun 1610 zaman Dinasti Ming. Semasa beliau berusia 30 tahun, Dinasti Ming digantikan oleh Dinasti Qin. Dinasti Qin merupakan dinasti feudal terakhir di China telah menggantikan Dinasti Ming dengan kekerasan dan menyebabkan masyarakat tidak tenteram. Proses tersebut berlaku berpuluh-puluh tahun. Dan Li Yu hidup dalam masyarakat yang bergelora sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1680.
kenaikan pangkat tinggi. Walaupun beberapa kali mengambil bahagian dalam peperiksaan, namun beliau sentiasa gagal. Selepas itu, Li Yu tidak mengejar lagi nama dan jasa. Beliau telah membuka kedai buku di tempat kediamannya dan dengan sepenuh hati berkecimpung dalam dunia penulisan. Kejayaan besar yang diperoleh Li Yu adalah beliau telah menggubah skrip dan teori drama.
Kini, 10 jenis skrip yang ditulis oleh Li Yu masih disimpan, termasuk “ Ikan Sebelah”, “ Percintaan Fineks”, “ Ketulan Batu jed” dan “Lianxiangban” .Gubahan tersebut pada asasnya mencerita kisah cinta-mencintai antara lelaki dan wanita dan kebanyakan cerita lahir di kalangan rakyat. Selain itu, karyanya telah mendapat sambutan dari golongan muda kerana isi kandungan karyanya berliku-liku dan diminati pembaca serta sangat sesuai dipentaskan. Karyanya bukan semata-mata untuk hiburan, tetapi meliputi kandungan sosial yang serius, misalnya mengkritik konsep mengejar pangkat dan sistem perkahwinan yang tidak bebas.
Drama Li Yu mendapat sambutan meluas oleh masyarakat pada zaman Qin dan disebarkan ke Jepun dan negara-negara Asia Tenggara yang mempunyai hubungan erat dengan China. Sehingga hari ini, banyak drama yang diciptanya tetap dipersembahkan di China. Li Yu bukan sahaja menggubah beberapa skrip drama, tetapi juga berkebolehan menguruskan kumpulan untuk mempersembahkan dramanya. Beliau juga bertugas sebagai pengarah dalam drama dan ada kalanya juga sebagai pelakon. Pada zaman Qin, dramawan tidak dihormati oleh masyarakat atasan dan kaum intelektual. Namun, demi usaha yang diminatinya, Li Yu mengetuai kumpulan kesenian mengadakan persembahan di seluruh negara dengan mengambil masa lebih 20 tahun. Li Yu mempunyai banyak pengalaman dalam mementaskan dramanya.
Kesimpulan
membawa kepada revolusi menentang kerajaan. Peristiwa pembakaran buku juga telah menjadi punca utama kepada kejatuhan dinasti Qin.Dinasti Han yang ditubuhkan oleh Liu Bang(Han Wu Di)telah menaikkan semula martabat aliran pemikiran konfusianisme di negara China.
Rujukan
http://www.britannica.com/EBchecked/topic/253934/Han-Feizi http://plato.stanford.edu/entries/xunzi
http://www.travelchinaguide.com/intro/history/qin
http://www.hyperhistory.com/online_n2/people_n2/ppersons2_n2/shihuangti
Edwin O. Reishaner, John K. Fairbank, East Asian, the Great Tradition, 1960, HOUGTON MILFFLIN COMPANY, BOSTON.
GUNG-HSING WANG, the Chinese Mind, 1968, WOOD PRESS, PUBLISHERS NEW YORK
Jaeques Gernet, A History of Chinese Civilization, 1996, Cambridge University Press.