• Tidak ada hasil yang ditemukan

ALAMAT PERHUBUNGAN 13

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ALAMAT PERHUBUNGAN 13"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

KANDUNGAN

PENGENALAN

Latar Belakang UPM 1

Kampus UPM Serdang 1

PANDUAN PENDAFTARAN

Pendaftaran 1

Pemeriksaan Kesihatan 2

Yuran 2

Lapor Diri / Pendaftaran 3

Kemudahan Penginapan dan Meletak Kenderaan 3

Penangguhan Pendaftaran / Pengajian 3

Kad Mahasiswa 4

PANDUAN UMUM

Biasiswa / Pinjaman 4

Aku Janji Pelajar 5

Kursus Pengenalan Perpustakaan 5

Program Suaikenal 5

Garis Panduan Pakaian dan Rambut 6

Kalendar Akademik 2012-2013

LAMPIRAN

Lampiran 1 - Etika Penampilan Pelajar 7

Lampiran 2 - Contoh Potongan Rambut Pelajar Lelaki 8-9

Lampiran 3 - Senarai Kod Program Pengajian 10

Lampiran 4 - Aliran Proses Pendaftaran Pelajar Baharu 11

Lampiran 5 - Pelan ke Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) 12

ALAMAT PERHUBUNGAN 13

(2)

1.0 LATAR BELAKANG

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah ditubuhkan dengan rasminya oleh satu perintah Perbadanan yang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971 yang diperbuat pada 4 Oktober dan disiarkan melalui Warta Kerajaan P.U (a) 387 bertarikh 28 Oktober 1971. Penubuhannya adalah berasaskan percantuman antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah Fakulti iaitu Pertanian, Perhutanan dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan dan seterusnya kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan.

Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita-cita tingi untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat berkembang.

Kemuncak dari itu ialah pertukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamed. Ia adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian bagi menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan negara.

2.0 KAMPUS UPM

Kampus Induk Universiti ini terletak di Serdang, Selangor kira-kira 23 kilometer di Selatan Bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Putra Malaysia merupakan salah satu daripada unit-unit yang terbesar dalam Kompleks Putra Serdang. Unit-unit lain yang terdapat di dalam kompleks ini termasuklah MARDI, Pusat penyelidikan Pertanian, Pusat Kajiteknik Makanan dan Institut Pertanian. Kampus UPM mempunyai keluasan 1,214 hektar. Lebih kurang separuh daripadanya digunakan untuk bangunan-bangunan pentadbiran, dewan-dewan kuliah, bangunan asrama, perumahan pekerja, padang-padang permainan dan lain-lain sementara bakinya kawasan perladangan.

Kampus Cawangan Universiti ini seluas 700 hektar terletak di tengah kawasan Lembaga Kemajuan Bintulu, Sarawak. Jangkamasa perjalanan daripada lapangan Terbang Bintulu ke kampus cawangan ini hanya memakan masa 30 hingga 45 minit sahaja.

3.0 PENDAFTARAN

Jika anda telah menerima tawaran kemasukan ini, anda perlu mengambil tindakan berikut:

3.1 Menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk x-ray (perkara 4)

3.2 Menjelaskan yuran pengajian (perkara 5)

3.3 Datang melapor diri pada tarikh dan masa yang dinyatakan dalam Surat Tawaran (perkara 6) dan pastikan kod program yang ditawarkan (Lampiran 4).

3.4 Menyediakan dua (2) keping gambar warna berukuran passport. Latar belakang mesti berwarna biru.

3.5 Pastikan ejaan nama dan nombor kad pengenalan anda pada surat tawaran betul. Jika berlaku kesilapan, sila buat pembetulan semasa pendaftaran.

(3)

4.0 PEMERIKSAAN KESIHATAN

4.1 Semua mahasiswa baharu yang akan mendaftar untuk Trimester Pertama

2012/2013 diwajibkan membuat pemeriksaan perubatan. Pemeriksaan perubatan boleh dibuat di mana-mana Hospital atau Klinik Kerajaan yang berdekatan. Laporan pemeriksaan kesihatan dan filem X-ray juga boleh dilakukan di Pusat Kesihatan Universiti UPM (Telefon: 03-89468867).

4.2 Sila lengkapkan Bahagian A dan Bahagian B dari Borang Laporan Pemeriksaan Perubatan (LPP) yang disertakan sebelum anda menjalani pemeriksaan perubatan.

4.3 Laporan Pemeriksaan Perubatan hendaklah diserahkan pada hari pendaftaran untuk rujukan pihak pentadbiran Unit Program Eksekutif, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UPM. Filem X-ray tidak perlu dibawa pada hari pendaftaran.

4.4 Sila ambil perhatian bahawa Laporan Pemeriksaan Perubatan adalah penting untuk melengkapkan pendaftaran anda di samping untuk tujuan rekod sepanjang anda mengikuti pengajian di Universiti. Sekiranya Laporan Perubatan tidak dapat diserahkan pada hari pendaftaran, ianya mestilah diserahkan selewat-lewatnya

DUA MINGGU selepas tarikh pendaftaran.

4.5 Anda tidak akan dikenakan sebarang yuran kesihatan sepanjang pengajian anda di Universiti ini, sebaliknya kos perubatan akan ditanggung sendiri oleh pihak mahasiswa atau melalui perkhidmatan panel doktor pihak majikan di mana mahasiswa bekerja.

4.6 Walau bagaimanapun sebagai mahasiswa Universiti ini, anda boleh mengunakan perkhidmatan perubatan yang ditawarkan oleh pihak Pusat Kesihatan Universiti UPM dan bayaran rawatan pesakit luar akan dikenakan kepada mahasiswa berkenaan.

5.0 YURAN

5.1 Semua yuran penuh hendaklah dijelaskan sebelum atau pada hari pendaftaran. Sila semak program anda bagi menentukan kadar yuran yang dikenakan. (Kadar bayaran yuran seperti yang disertakan bersama surat tawaran).

5.2 Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama: BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

5.3 Bayaran boleh dibuat dalam bentuk Deraf Bank, Cek Bank, Kiriman Wang, Wang Pos atau tunai. Cek persendirian tidak dibenarkan. Bayaran juga boleh menggunakan kad kredit semasa hari pendaftaran sahaja. Walau bagaimanapun, bayaran menggunakan kad kredit boleh dibuat di Kaunter Bendahari, Tingkat bawah, Bangunan Pentadbiran, UPM Serdang pada waktu bekerja.

5.4 Calon yang mendapat biasiswa / dermasiswa / pinjaman untuk pengajiannya di Universiti ini hendaklah menyerahkan salinan surat tawaran biasiswa/dermasiswa/pinjaman pada hari pendaftaran. Ini termasuk surat pengesahan dari KWSP berkenaan kelulusan pengeluaran wang caruman (jika ada) beserta penyata terkini. Calon dinasihatkan untuk membuat persediaan awal jika ingin membuat bayaran yuran melalui pengeluaran caruman KWSP. Maklumat lanjut

untuk Skim Pengeluaran Pendidikan KWSP boleh dirujuk dalam Laman Web: http://www.kwsp.gov.my/

(4)

5.5 Calon yang telah menerima mana-mana pinjaman/biasiswa/dermasiswa tidak dibenarkan membuat pengeluaran wang caruman KWSP.

6.0 LAPOR DIRI / PENDAFTARAN

6.1 Sila semak surat tawaran untuk memastikan tarikh, masa dan tempat pendaftaran.

6.2 Semasa datang mendaftar, pelajar baharu dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut:-

i. Surat Tawaran Masuk ii. Kad Pengenalan

iii. Sijil-sijil akademik yang asal.

iv. Salinan keputusan Malaysian University English Test (MUET) atau pengesahan pendaftaran MUET

v. Salinan Surat Tawaran Biasiswa/ Pinjaman/ Dermasiswa/ surat pengesahan KWSP dan sebagainya (jika ada)

vi. Dua (2) keping gambar warna ukuran pasport (seperti perkara 3.4). Sila tuliskan nama dan no. kad pengenalan di belakang setiap keping gambar tersebut.

vii. Laporan Pemeriksaan Perubatan (X-ray tidak perlu dibawa). Sila lekatkan gambar di ruangan yang sepatutnya.

viii. Borang Kad Mahasiswa yang telah dilengkapkan.

7.0 KEMUDAHAN PENGINAPAN DAN MELETAK KENDERAAN

7.1 Sila ambil perhatian, bahawa Fakulti tidak menyediakan kemudahan penginapan (asrama) kepada mana-mana mahasiswa yang mengikuti program ini. Sebaliknya mahasiswa terbabit yang memerlukan kemudahan penginapan (tertakluk kepada kekosongan bilik) sepanjang pengajian di Universiti ini, bolehlah berhubung terus ke alamat berikut:

Pengurus Asrama

KOLEJ KEDIAMAN 12 & 14 Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-89467408 (Kolej 12) / 03-89467418 (Kolej 14)

7.2 Semua mahasiswa hendaklah meletakkan kenderaan masing-masing pada tempat yang telah disediakan seperti di Medan Kereta Berpusat, medan kereta Dewan Besar PKKSSAAS dan Medan Kereta Kolej Mohamad Rashid (KMR).

Semua mahasiswa adalah tertakluk kepada peraturan lalu-lintas yang berkuatkuasa di Universiti ini.

8.0 PENANGGUHAN PENGAJIAN

Mana-mana pelajar baharu TIDAK DIBENARKAN menangguhkan pengajian kecuali mendapat kelulusan Senat.

(5)

9.0 KAD MAHASISWA

9.1 Sila lengkapkan borang permohonan untuk Kad Mahasiswa dan serahkan pada hari pendaftaran. Pelajar baharu akan dimaklumkan tentang pengambilan Kad Mahasiswa di Pejabat Unit Program Eksekutif sebaik sahaja kad tersebut siap dan boleh diambil di kaunter.

9.2 Pelajar yang kehilangan Kad Mahasiswa diminta melaporkan dengan segera kepada :

i. Pejabat Unit Program Eksekutif (UPE), talian terus 86567008 atau 03-89467779; atau

ii. Pelajar akan dikenakan bayaran RM30.00 untuk menggantikan Kad Mahasiswa yang hilang atau rosak.

9.3 Pelajar diwajibkan membawa dan mempamerkan Kad Mahasiswa sepanjang masa berada di kampus.

9.4 Perlu diingatkan bahawa pelajar yang tidak mempamerkan Kad Mahasiswa di kampus adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan atau tidak diberi layanan semasa berurusan.

9.5 Pelajar yang tidak membawa dan mempamerkan Kad Mahasiswa, tidak akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan/ujian.

9.6 Pelajar yang menjumpai Kad Mahasiswa yang tercicir dinasihatkan supaya mengembalikan kad tersebut ke Bahagian Keselamatan UPM atau Pejabat UPE.

10.0 BIASISWA / PINJAMAN

10.1 Pelajar boleh memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman daripada penaja-penaja seperti PTPTN, MARA, kerajaan-kerajaan Negeri / Yayasan Negeri, Badan Berkanun atau pihak Swasta.

10.2 Pengumuman mengenai permohonan biasiswa / pinjaman ini boleh anda perolehi dari iklan melalui akhbar-akhbar tempatan dan juga papan kenyataan di Unit Program Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa (B’HEM), Kolej, Fakulti dan di halaman web UPM (http://www.upm.edu.my).

10.3 Pelajar yang memerlukan surat sokongan atau pengesahan pelajar untuk tujuan pengeluaran caruman KWSP, boleh membuat permohonan melalui pejabat Unit Program Eksekutif, FEP pada waktu pejabat atau pada bila-bila masa sebelum atau selepas hari pendaftaran pelajar.

11.0 AKU JANJI PELAJAR

Mulai sesi akademik 2002/2003, semua pelajar yang mendaftar di Universiti Putra Malaysia dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji. Borang Ikrar dan Aku Janji akan diberikan semasa Hari Pendaftaran masuk. Penguatkuasaan pemakaian Surat Aku Janji ini kepada pelajar merupakan satu peraturan khusus yang dimasukkan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Pelajar).

Surat Aku Janji yang telah ditandatangani hendaklah dikembalikan ke pejabat Unit program Eksekutif pada minggu pertama trimester.

(6)

12.0 KURSUS PENGENALAN PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM dari masa ke semasa akan mengendalikan Kursus Pengenalan Perpustakaan terutamanya untuk mahasiswa baharu. Mahasiswa yang mengikuti kursus ini akan dapat mengetahui cara asas pencarian bahan dengan mengunakan Katalog Perpustakaan (PINTAR). Di samping itu juga mahasiswa akan mendapat pendedahan tentang perkhidmatan dan kemudahan pinjaman layan diri yang disediakan oleh perpustakaan.

Semua mahasiswa Program Eksekutif dikehendaki menghadiri kursus ini pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.

13.0 PROGRAM SUAIKENAL TRIMESTER PERTAMA 2012/2013

13.1 Program Suaikenal pertama bagi semua mahasiswa baru akan diadakan pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan. Pelajar DIWAJIBKAN menghadiri semua sesi taklimat yang telah diaturkan.

14.0 GARIS PANDUAN PAKAIAN DAN RAMBUT

Peraturan pakaian pelajar yang ditetapkan oleh Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia adalah seperti berikut :

14.1 Semua pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia dan selaku bakal para intelek negara. Pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan pakaian bersih, kemas dan bersopan semasa berada di kampus.

14.2 Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang terlalu mendedahkan atau memakai penutup muka.

14.3 Pelajar hendaklah patuh kepada semua arahan dan amalan pakaian yang dikuatkuasakan oleh fakulti/pusat/bahagian terutama di makmal, di ladang dan juga semasa menjalani latihan amali/mengajar dan sebagainya.

14.4 Pelajar lelaki yang berambut pendek sahaja akan dibenarkan mendaftar diri. Sesiapa yang didapati tidak mematuhi peraturan rambut pendek adalah disifatkan sebagai melanggar peraturan Universiti. (Rujuk Lampiran 2 - Peraturan Pakaian dan Lampiran 3 - Gambar Potongan Rambut pelajar lelaki)

(7)

15.0 KALENDAR AKADEMIK TRIMESTER PERTAMA 2012/2013

Trimester Kedua (November) 2012/2013

Aktiviti Tempoh Bilangan Minggu

***Kuliah 05 November 2012 - 10 Februari 2013 14

Peperiksaan Akhir 11 Februari 2013 - 17 Februari 2013 1

Cuti Antara Trimester 18 Februari 2013 - 03 Mac 2013 2

Trimester Ketiga (Mac) 2012/2013

Aktiviti Tempoh Bilangan Minggu

Kuliah 04 Mac 2012 - 09 Jun 2012 14

Peperiksaan Akhir 10 Jun 2012 - 16 Jun 2012 1

Cuti Antara Trimester 17 Jun 2012 - 30 Jun 2012 2

Catatan :

Cuti umum dalam tempoh kuliah berjalan –

* Hari Raya Aidilfitri (19-20 Ogos 2012; Ahad & Isnin)

** Hari Deepavali ( 13 November 2012; Selasa)

***Hari Raya Qurban (26 Oktober 2012 ; Jumaat)

***Hari Krismas ( 25 Disember 2012; Rabu)

****Tahun Baru Cina ( 10 – 11 Februari 2013; Ahad & Isnin)

*Tertakluk kepada sebarang perubahan.

Trimester Pertama (Julai) 2012/2013

Aktiviti Tempoh Bilangan Minggu

*Kuliah 02 Julai 2012 - 07 Oktober 2012 14

Peperiksaan Akhir 08 Oktober 2012 - 14 Oktober 2012 1

(8)

LAMPIRAN 1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAHAGIAN HAL EHWAL MAHASISWA

ETIKA PENAMPILAN PELAJAR

1.1 Tujuan

Peraturan-peraturan ini dibuat bertujuan untuk memberi garis panduan tingkah laku dan tatacara berpakaian yang sesuai serta kemas supaya dipatuhi oleh pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia. Peraturan ini juga bertujuan untuk menjaga nama baik Universiti. Semoga peraturan-peraturan ini dapat membentuk suasana kampus yang tenteram, harmoni, berdisiplin serta mempunyai kesopanan dan kesusilaan selaras dengan kedudukan Universiti sebagai sebuah institusi pendidikan dan pusat ilmu.

1.2 Peraturan-peraturan Am

1. Setiap pelajar dikehendaki mempamerkan kad matrik di bahagian yang mudah dilihat sepanjang berada di dalam kampus.

2. Setiap pelajar dilarang memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu yang boleh mengakibatkan ketenteraman Universiti terganggu atau menimbulkan ketidakharmonian di kalangan pelajar di dalam kampus, kecuali atas sebab-sebab yang tertentu dan telah mendapat kebenaran daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

3. Setiap pelajar dilarang mempamerkan sebarang unsur yang bertentangan dengan moral yang baik atau mengandungi rekabentuk, perkataan atau frasa yang tidak diingini dari segi nilai atau norma yang mulia dan baik.

4. Setiap pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat pakaian yang ditetapkan di bawah peraturan makmal atau mana-mana peraturan di tempat-tempat atau pusat di dalam kampus yang mempunyai peraturannya sendiri.

1.3 Pakaian Pelajar

1. Setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai sebagai seorang pelajar Universiti dengan menunjukkan Kekemasan, Kerapian, Keceriaan dan Kesopanan dalam berpakaian.

2. Pelajar diwajibkan berpakaian SOPAN (baju kemeja, T berkolar, berkasut, berseluar panjang, berskirt panjang di bawah lutut).

3. Pelajar tidak dibenarkan Memakai Pakaian yang Ketat dan Mempamerkan Susuk Tubuh, Mendedahkan Tubuh Badan, Menjolok Mata dan Memakai Penutup Muka seperti berikut : -

ƒ Berskirt di atas paras lutut atau berseluar pendek

ƒ Berbaju T tanpa kolar

ƒ Berbaju tanpa lengan

ƒ Berseluar/berskirt ketat

(9)

8

ƒ Berpurdah

ƒ Berseluar jeans lusuh

ƒ Bertindik bagi lelaki dan keterlaluan bagi perempuan 4. Semasa berurusan rasmi atau berada di dewan kuliah pelajar tidak

dibenarkan Memakai Topi atau Bandana kecuali semasa aktiviti riadah. 5. Pelajar Lelaki tidak dibenarkan berpakaian Menyerupai Wanita dan

sebaliknya.

6. Pelajar dilarang mempamerkan “Tatoo” di mana-mana tubuh anggota badan.

7. Semua pelajar DIWAJIBKAN MEMAKAI KAD MATRIK semasa di dalam

kampus. Kad matrik mestilah Dipakai dan Dipamerkan di bahagian hadapan paras dada.

1.4Rambut

• Pelajar hendaklah sentiasa berambut kemas dan rapi.

• Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang.

• Berfesyen rambut keterlaluan bagi lelaki dan perempuan adalah dilarang

1.5 Penafian Perkhidmatan dan Tempat Penguatkuasaan

Pelajar adalah pelanggan kami. Pihak kami berhasrat memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda jika anda mematuhi Etika Penampilan Pelajar di semua Kaunter Perkhidmatan, Pejabat, Dewan Besar, Dewan Kuliah, Bilik Tutorial, Perpustakaan dan Makmal

LAMPIRAN 2

(10)

SENARAI KOD PROGRAM PENGAJIAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kod Ringkas Program Kod Ringkas Program

A01 ASP Asasi Sains Pertanian 64 BK(M) Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal) 01 DP Diploma Pertanian 65 BK(PM) Bacelor Kejuruteraan (Proses Dan

Makanan) 02 DKHP Diploma Kesihatan Haiwan dan

Peternakan

66 BK(BP) Bacelor Kejuruteraan (Biologi Dan Pertanian)

04 DH Diploma Perhutanan 67 BK(EE) Bacelor Kejuruteraan (Elektrik Dan Elektronik)

07 DPM Diploma Pembangunan Manusia 68 BK(SKK) Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer Dan Komunikasi) 08 DBDKP Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan 69 BSBI Bacelor Sains Bioindustri 09 DSK Diploma Sains Komputer 70 BSL Bacelor Senibina Landskap 17 DPPM Diploma Pengurusan Perladangan 71 BS(PMK) Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

LAMPIRAN 3

Mereka yang mengingkari peraturan potongan rambut seperti ditetapkan boleh diambil tindakan tatatertib.

(11)

Makanan

18 DPP Diploma Pengurusan Perniagaan 72 MD Bacelor Sains (Sains Perubatan) / Doktor Perubatan

19 DK(KK) Diploma Kejuruteraan (Kecemasan dan Keselamatan)

73 BM Bacelor Muzik

20 DKS Diploma Kejurulatihan Sukan 74 BK (AA) Bacelor Kejuruteraan (Aero Angkasa)

21A DPLI Diploma Pendidikan 75 BK Bacelor Komunikasi 30 BSP Bacelor Sains Pertanian 76 BS (PSM) Bacelor Sains (Pembangunan

Sumber Manusia) 31 BSH Bacelor Sains Perhutanan 77 BS (KPP) Bacelor Sains (Kesihatan

Persekitaran dan Pekerjaan) 32 DPV Doktor Perubatan Veterinar 78 BS (BA) Bacelor sastera (Bahasa Asing) 33 BS(PT) Bacelor Sains (Perniagaantani) 79 BS (BI) Bacelor sastera (Bahasa Inggeris) 35 BS(K) Bacelor Sains (Kepujian) –

Fizik/Biologi/Statistik/Matematik/Kimia/K imia Perindustrian/Sains Bahan/Sains Instrumentasi

80 BS (BLM) Bacelor sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)

36 BSDP(K) Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian)

81 BR (SB) Bacelor Reka Bentuk (Seni Bina)

37 BSTM Bacelor Sains Dan Teknologi Makanan 82 BS (SP) Bacelor Sains (Sains Pengguna) 38 BS(AS) Bacelor Sains (Alam Sekitar) 83 BR (RP) Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk

Perindustrian)

40 BP(SP) Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) 84 BP (TM) Bacelor Pendidikan (Teknologi Maklumat)

41 BP(SRT) Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga) 85 BS (PMP) Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan) 42 BP(PJ) Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) 86 BS (PMTM) Bacelor Sains (Pembangunan

Manusia dan Teknologi Maklumat) 44 BS(PM) Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) 87 BKR Bacelor Kejururawatan 45 BP(BM) Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa

Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)

88 BS (K) Bacelor Sains (Kepujian) – Biokimia/Mikrobiologi/Biokimia & Mikrobiologi

46 BP(BK) Bacelor Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling)

89 BSB Bacelor Senibina

47 BP(BI) Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)

90 BS (D) Bacelor Sains (Dietetik)

48 BSK Bacelor Sains Komputer 91 BP (PM) Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral)

50 BKA Bacelor Kejuruteraan Awam 92 BP (AS) Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

53 BP Bacelor Perakaunan 93 BSTK Bacelor Sains Teknologi Kayu

54 BSHTK Bacelor Sains Hortikultur 94 BP (A) Bacelor Pertanian (Akuakultur) 55 BS(B) Bacelor Sains (Bioteknologi) 95 BP (ST) Bacelor Pertanian (Sains Ternakan) 57 BS(SB) Bacelor Sains (Sains Bioperubatan) 96 BA (KI) Bacelor Sastera (Kesusasteraan

Inggeris) 58 BS(PKK) Bacelor Sains (Permakanan dan Kesihatan

Komuniti)

97 BA (KM) Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu)

60 BPDP Bacelor Perakaunan Dengan Pendidikan 61 BPP Bacelor Pentadbiran Perniagaan 62 BE Bacelor Ekonomi

63 BK(K) Bacelor Kejuruteraan (Kimia)

CARTA ALIR:

PROSES PENDAFTARAN MAHASISWA BAHARU (PROGRAM EKSEKUTIF)

FEP

SILA PATUHI PERKARA-PERKARA BERIKUT UNTUK TUJUAN KELANCARAN PROSES PENDAFTARAN ANDA SEBAGAI MAHASISWA BAHARU PROGRAM EKSEKUTIF

Sila kemukakan surat tawaran dan sijil-sijil asal untuk tujuan

LAMPIRAN 4

Mula

(12)

pengesahan dan semakan kepada pegawai bertugas di kaunter pendaftaran.

Penyerahan salinan keputusan MUET atau pengesahan pendaftaran MUET.

Penyerahan borang-borang yang disertakan bersama dalam surat tawaran serta dua (2) keping gambar berukuran pasport.

Penyerahan Bank Deraf/Wang Pos/Kiriman Wang atas nama

Bendahari UPM atau secara tunai berjumlah RM2,447.00 untuk bayaran yuran pengajian dan pendaftaran Trimester Pertama. Sekiranya bukan pembiayaan sendiri, sila serahkan salinan surat jaminan majikan / surat tawaran pembiayaan bank / pengeluaran KWSP (jika ada) beserta penyata terkini kepada pegawai bertugas. Sila dapatkan resit bayaran yuran tersebut.

Lengkapkan Borang Pengesahan pendaftaran mahasiswa untuk mendapatkan nombor matrik.

Simpan keratan pengesahan pendaftaran tersebut.

Sila dapatkan 'Folder' mahasiswa yang mengandungi set lengkap seperti Buku Panduan, Borang Pendaftaran Kursus, Borang Pengecualian kursus, kalendar akademik dan jadual waktu kuliah Trimester Pertama (Julai) 2012/2013.

Mahasiswa DIWAJIBKAN menghadiri semua aturcara yang telah ditetapkan pada hari pendaftaran. Aturcara Pendaftaran adalah seperti yang dilampirkan di dalam surat tawaran tuan/puan.

PELAN KE FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LAMPIRAN 5

Tamat

Penyerahan

Dokumen

Pendaftaran

Pembayaran

Yuran

Pengesahan

Mahasiswa

Semakan

Pendaftaran

Taklimat

Program

(13)

Panduan

1. Fakulti Rekabentuk dan Senibina 2. Masjid Universiti Putra Malaysia

3 Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi / Pusat Pendidikan Luar UPM 4. Fakulti Pengajian Pendidikan

5. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

6. Fakulti Sains Bioteknologi dan Sains Biomolekul 7. Fakulti Perubatan Veterinar dan Sains Peternakan 8. Fakulti Kejuruteraan

9. Fakulti Pertanian

10. Perpustakaan Sultan Abdul Samad 11. Fakulti Perhutanan

12. Fakulti Pengajian Alam Sekitar

13.

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

14. Fakulti Ekologi Manusia

15. Bangunan Pentadbiran UPM

16. Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah PKKSSAAS (Dewan Besar)

ALAMAT PERHUBUNGAN

(14)

Ketua Unit

AMER HAMZAH BIN JANTAN amer@econ.upm.edu.my

03-8946 7779 / 7781

Penyelaras Program Bacelor Pentadbiran Perniagaan (BPP) – Hari Biasa dan Hujung

Minggu

DR ZAHIRA MOHD ISHAN mizahira@econ.upm.edu.my

03-8946 7779

Penyelaras Program Bacelor Perakaunan

DR. ABU SOFIAN drsofian@putra.upm.edu.my

03-8946 7779

Alamat surat-menyurat :

Unit Program Eksekutif Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-8946 7779, 03-8656 7008 Faks: 03-8656 6175 Emel:

econ_exec@putra.upm.edu.my

Laman Web:

www.exec.upm.edu.my

© Executive Programme Unit, UPM 03-89467779/03-86567008

Referensi

Dokumen terkait