• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dengan menggunakan tidak kurang daripada 150 patah perkataan, tulis sebuah karangan berdasarkan soalan pilihan kamu itu. SOALAN 1.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Dengan menggunakan tidak kurang daripada 150 patah perkataan, tulis sebuah karangan berdasarkan soalan pilihan kamu itu. SOALAN 1."

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

ARAHAN: Kertas ini mengandungi dua soalan. Pilih SATU soalan sahaja. Kamu diberi masa 50 minit untuk memilih soalan dan menulis sebuah karangan mengenai soalan pilihan kamu itu. Kamu tidak seharusnya menggunakan lebih daripada 10 minit untuk memilih soalan.

Dengan menggunakan tidak kurang daripada 150 patah perkataan, tulis sebuah karangan berdasarkan soalan pilihan kamu itu.

SOALAN 1

Suatu Amalan

Kamu boleh menggunakan butir-butir yang berikut:  Apakah amalan yang pernah kamu lakukan?  Bagaimanakah amalan itu dijalankan?

 Siapakah yang terlibat sama dalam amalan itu?  Adakah kamu mahu melakukan perkara yang sama?

(2)

2 SOALAN 2

P e r h a t i ka n g a m b a r b e r s i r i d i b a wa h i n i . T u l i s s e b u a h k a r a n g a n b e r d a s a r k a n gambar tersebut da n ceritakan peristiwa yang berlaku selanjutnya. Kamu boleh menggunakan perkataan dan frasa yang diberikan.

Selesai

perpustakaan membelek-belek buku

lelaki berkaca mata hitam beg tangan

mencurigakan terkejut

menoleh pintu keluar

1

2

3

(3)

3

BAHAGIAN A

Setiap item, dari SOALAN 1 hingga SOALAN 23, diberi empat pilihan. Hanya satu daripada empat pilihan itu merupakan jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul dan lorek bujuran berangka (1, 2, 3 atau 4) berdasarkan pilihan kamu itu di Kertas Jawapan Optikal (OAS) yang disediakan.

__________________________________________________________________ IMBUHAN (20 markah)

Arahan: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Ilmu pengetahuan amat berguna kepada manusia. Seseorang itu akan sentiasa (1)______. Pendek kata, ke mana sahaja dia pergi, tidak susahlah baginya (2)______ penghidupan.

Salah satu daripada bidang ilmu pengetahuan itu ialah kemahiran (3)______ bahasa. Ini bermakna jika kita mengetahui lebih daripada satu bahasa, maka banyaklah faedah yang boleh kita (4)______.

Dalam kehidupan masa kini, kita sering berhubungan dengan ramai orang, baik yang (5)______ atau bangsa-bangsa lain. Salah faham boleh (6)______ apabila mereka tidak boleh bertutur dalam bahasa ibunda kita. Perkara ini dapat dielakkan jika kita dapat bertutur dan (7)______ bahasa ibunda mereka. Satu lagi faedah jika kita berhubung dengan jiran berlainan bangsa ialah, ini akan (8)______ kita saling bantu-membantu. Kita harus menimbulkan suasana harmoni bagi mewujudkan (9)______.

Membaca adalah berfaedah bagi para pelajar. (10)______ minat membaca, tidak kira buku cerita atau buku-buku ilmiah. Ini adalah untuk membantu mereka mencapai kejayaan yang cemerlang.

1 (1) berhormat (2) dihormati (3) kehormatan (4) terhormat 2 (1) bercari (2) carian (3) mencari (4) pencari 3 (1) berguna (2) kegunaan (3) menggunakan (4) penggunaan 4 (1) dapatan (2) dapati (3) mendapat (4) terdapat 5 (1) berbangsa (2) kebangsaan (3) membangsakan (4) sebangsa 6 (1) berlaku (2) lakuan (3) pelaku (4) selaku 7 (1) kefahaman (2) memahami (3) pemahaman (4) sefahaman 8 (1) kemudahan (2) memudahkan (3) pemudah (4) pemudahan 9 (1) kepaduan (2) memadukan (3) pemaduan (4) perpaduan 10 (1) Memupuk (2) Pemupuk (3) Pemupukan (4) Pupukkan

(4)

4 SOALAN 8 - SOALAN 12 (10 MARKAH)

PERIBAHASA (10 markah)

Arahan: Pilih peribahasa atau makna yang paling sesuai bagi setiap item dalam petikan karangan di bawah ini.

bakat

Atikah berasa penat. Dia telah (11) perah tenaga membuat kerja rumah dari pagi hingga ke petang. Dia telah mencuci lantai, mengemas rumah, mengelap tingkap, menyapu dan menjemur kain. Dia juga telah memasak untuk makan tengah hari.

Baru sekarang Atikah sedar betapa banyak kerja rumah yang harus dilakukan. Ibunya pula seorang yang (12) ringan tulang. Seorang suri rumah bukan sahaja duduk berehat di rumah dan tidak melakukan apa-apa. Banyak kerja yang dilakukannya.

Atikah duduk berehat sebentar sambil berfikir. Selalu juga dia (13) ringan mulut kepada ibunya bahawa dia penat selepas pulang dari sekolah dan tidak boleh melakukan apa-apa untuk menolong ibunya. Ibunya pula hanya akan diam sahaja dan tersenyum apabila dia berkata demikian.

Atikah sedar dia telah membuat ibunya (14) tersinggung. Dia berjanji akan selalu memberikan pertolongan apabila ibunya keluar dari hospital nanti.

Dia akan (15) mengorak langkah untuk membantu ibunya, walaupun dia berasa penat selepas pulang dari sekolah.

Atikah mahu berubah sikap.

11 (1) bertungkus-lumus

(2) hidup saling bekerjasama (3) belajar bersungguh-sungguh (4) mengerjakan sesuatu yang sia-sia 12 (1) baik budi (2) tolak ansur (3) rajin bekerja (4) lepas tangan 13 (1) sombong (2) tidak tahu malu

(3) hati-hati apabila bercakap (4) mudah menyatakan pendapat

14 (1) ada jalan (2) hati emas (3) ada bakat (4) ambil hati 15 (1) ikhlas (2) berikhtiar (3) bijaksana (4) sangat tekad

(5)

5 KEFAHAMAN 1 (8 markah)

Arahan: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.

Sebutan baku telah diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah Singapura pada tahun 1993. Pada tahun berikutnya pula, telah diperluaskan pada peringkat sekolah menengah. Dengan pelancaran sebutan baku itu, lengkaplah usaha untuk membakukan bahasa Melayu. Bahasa Melayu baku meliputi ejaan, istilah, tatabahasa dan perbendaharaan kata serta sebutan.

Meskipun sudah biasa dengan sebutan Johor/Riau tetapi masalah itu boleh diatasi. Keistimewaan lidah orang Melayu yang mudah menyebut apa juga bahasa dan loghat dapat meyakinkan kita tentang berhasilnya tujuan pemerintah yang menghendaki sebutan baku dituturkan oleh penutur bahasa Melayu. Kita perlu menjaga agar taraf bahasa Melayu di Singapura tetap maju di rantau ini.

Majlis Bahasa Melayu Singapura telah mengambil langkah mengadakan Bulan Bahasa Melayu untuk memaju dan menggalak penggunaan Bahasa Melayu baku. Berbagai kegiatan telah diadakan seperti Peraduan Mengarang di peringkat sekolah rendah, Peraduan Mengarang Cerpen dan Sajak, Perkampungan Bahasa, Ceramah Bahasa dan lain-lain lagi yang dibuka kepada orang ramai.

Dengan adanya kegiatan-kegiatan yang dijalankan selama sebulan untuk membiasakan pengguna-pengguna menggunakan bahasa Melayu baku, ramai yang yakin bahawa matlamat kejayaannya boleh dicapai.

(6)

6

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 3, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang berikut.

16 Pada tahun 1994, sebutan baku telah diperkenal dan diperluas kepada __________. (1) orang ramai

(2) orang Melayu

(3) pelajar-pelajar sekolah rendah (4) pelajar-pelajar sekolah menengah

17 Langkah telah diambil bagi memaju dan menggalak penggunaan bahasa Melayu baku melalui __________.

(1) Bulan Bahasa (2) sekolah-sekolah

(3) pemerintah Johor/Riau (4) penutur bahasa Melayu

18 Kegiatan yang diadakan sempena Bulan Bahasa ini dijalankan __________. (1) pemerintah

(2) di Johor/Riau (3) selama sebulan

(4) di peringkat sekolah sahaja

19 Perkataan maju dalam petikan bermaksud __________. (1) mara

(2) tinggi (3) dalam (4) mundur

(7)

7 RANGSANGAN GRAFIK (8 markah )

Arahan: Teliti brosur yang berikut.

DIVA

2016

Pertandindan Nyanyian

Anjuran

Kumpulan Belia

Sri Bayu

Hadiah yang ditawarkan

Tempat Pertama

$25,000

serta

kontrak

menyanyi bersama syarikat

rakaman Berada Sdn. Bhd.

Tempat Kedua

$15,000

serta

tiket

penerbangan tajaan Syarikat

Shazni. Percutian ke Dubai

selama 6 hari. Berangkat pada

25 Disember 2016.

Tempat Ketiga

$8,000

serta

baucar

penginapan di Hotel Bunga.

Syarat-syarat Penyertaan a. Wanita b. Warganegara Singapura c. Berumur 18 tahun ke atas

(Peserta di bawah umur 18 tahun harus mendapatkan keizinan ibu bapa)

Tempat:

Kelab Masyarakat Bukit Rata

Waktu:

1.30 petang

Tarikh:

9 Ogos 2016

Borang penyertaan boleh didapati di pejabat Kelab Masyarakat Bukit Rata dan kesemua kelab masyarakat di seluruh Singapura. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 24 Julai 2016.

(8)

8

Arahan: Berdasarkan brosur di halaman 5, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang berikut.

20 Brosur ini adalah iklan mengenai __________. (1) wanita

(2) kumpulan belia

(3) pertandingan nyanyian (4) warganegara Singapura

21 Pertandingan Diva 2016 ini dianjurkan oleh __________. (1) Sri Bayu

(2) Hotel Bunga (3) Syarikat Shazni

(4) Kelab Masyarakat Bukit Rata

22 Hadiah utama yang bakal diterima pemenang adalah wang tunai berserta __________. (1) yuran penyertaan

(2) tiket penerbangan ke Dubai

(3) baucar penginapan di Hotel Bunga

(4) kontrak menyanyi dengan syarikat rakaman Berada Sdn.Bhd.

23 Tarikh tutup bagi penyertaan Diva 2016 ialah pada __________. (1) 9 Ogos 2016

(2) 24 Julai 2016 (3) 25 Disember 2016 (4) 30 Disember 2016

(9)

9

BAHAGIAN B

Bagi SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

GOLONGAN KATA (16 markah)

Arahan: Isi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini dengan sepatah perkataan yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

Cuti sekolah penggal kedua telah bermula. Saya, Izz, Lut dan Raul telah lama merancang untuk pergi berkelah sambil memancing di Sembawang. Setiap orang (24)_________________ diberikan tugas masing-masing. Saya ditugaskan untuk membawa mi goreng bagi (25)_________________ tengah hari kami nanti.

Pada hari perkelahan, pagi-pagi lagi saya sudah (26)___________________ untuk membantu Ibu menyiapkan mi goreng untuk dibawa kelak. Tidak (27)____________________ rasanya untuk berjumpa kawan-kawan saya dan memancing bersama mereka.

Selepas membantu Ibu, saya pun (28)_________________ senarai barang-barang yang perlu dibawa. Saya tidak mahu ada yang tertinggal. Barang-barang keperluan yang perlu saya bawa seperti mata kail, umpan, salinan pakaian, tuala, kamera, surat khabar dan (29)_________________ berisi mi goreng telah saya masukkan ke dalam sebuah beg besar. Joran pula saya letakkan (30)_________________ sebelah beg besar itu.

Setelah memastikan semua barang yang disenaraikan sudah (31)_______________, saya pun menyalin pakaian dan bersiap untuk pergi. Kami telah berjanji akan sampai di Pusat Pertukaran Bas Yishun pada pukul sepuluh pagi.

apabila bangun bekas

di lengkap marah

menyemak nasi sabar

santapan telah tidur

Markah yang diperoleh

(10)

10 FRASA (8 markah)

Arahan: Isi setiap tempat kosong dalam dialog di bawah ini dengan frasa yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

Hayuni : Fateha, betulkah awak hendak berhenti sekolah? Mengapa?

Fateha : Saya terpaksa berbuat demikian. Awak tentu tahu yang ayah saya tiada lagi di dunia ini. Ibu telah cuba (32) _______________.

Hayuni : Jadi, apa yang ibu awak lakukan sekarang?

Fateha : Ibu ambil keputusan untuk membuat dan menjual kuih-muih. Ibu juga

(33) _______________.

Hayuni : Baguslah kalau begitu. Ini bermakna keadaan keluarga awak baik-baik sahaja. Awak juga tidak perlu berhenti sekolah. Fateha : Akan tetapi, kesihatan Ibu kini terjejas. Saya berasa kasihan

melihatnya. Saya akan mencari kerja supaya (34) _______________.

Hayuni : Fateha, jangan ambil tindakan terburu-buru! Saya boleh meminta bapa saya membantu awak. Syarikatnya memerlukan seorang

pembantu am. Mungkin ibu awak (35) _______________. Setujukah awak dengan cadangan saya ini?

Fateha : Saya akan berbincang dengan Ibu. Terima kasih, Hayuni! (1) boleh mengisi jawatan itu

(2) memberi gaji yang lebih kepada ibu awak (3) berkorban demi kebaikan Ibu dan adik-adik (4) mencari pekerjaan tetap tetapi tidak berjaya (5) mengambil upah menjahit baju untuk menambah

pendapatan

(6) dapat meringankan beban Ibu dan adik-adik dapat meneruskan pelajaran

Markah yang diperoleh

(11)

11 KEFAHAMAN 2 (20 markah)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Gambar yang terpapar di dada akhbar itu ditatapnya. Setiap kali memandang gambar begitu, hatinya menjadi sayu. Peristiwa yang berlaku dua tahun yang lalu itu, kembali terbayang di ruangan matanya. Perasaannya terguris.

Pagi itu, Naim dan Ilhan berjalan seiring menuju ke sekolah. Mereka berbual-sambil berbincang mengenai ujian yang bakal mereka duduki hari itu kerana kedua-duanya telah belajar. Naim yang digelar ulat buku oleh rakan-rakan sekolahnya itu memberitahu Ilhan bahawa dia telah mengulangkaji semua topik yang akan diuji. Naim bukan sahaja rajin dan peramah. Bahkan, dia sering membantu rakan-rakan yang lemah dalam pelajaran. Kelakuannya amat disenangi oleh rakan-rakan.

Mereka berhenti sebentar di simpang jalan itu sementara menunggu lampu isyarat bagi pejalan kaki berwarna hijau. Nasihat ibu bapa dan guru mereka tentang perlunya berwaspada di jalan raya sering mereka patuhi. Tiba-tiba, sebuah kereta hitam yang meluncur dengan lajunya telah terbabas. Kereta itu seperti sedang menuju ke arah mereka. Naim dan Ilhan tidak sempat mengelak. Selepas itu, Ilhan tidak sedarkan diri.

Beberapa jam telah berlalu. Ilhan telah sedar daripada pengsan. Dia mendapati dirinya berada di hospital. Ibunya pula berada di sisinya. Ilhan perasan ibunya kelihatan sedih. Ilhan meraba-raba kepalanya yang berbalut. Dia melihat kaki kirinya yang bersimen. Dia tidak dapat menggerakkan kakinya itu. Dia teringatkan Naim lalu bertanya kepada ibunya. Dengan linangan air mata, ibunya menyampaikan berita sedih itu kepadanya.

Ilhan menangis teresak-esak. Dia berasa amat sedih kerana kehilangan seorang kawan yang amat disayangi dan dihormati.

(12)

12

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 3, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

36 Apakah yang sedang dibincangkan Naim dan Ilhan? (2 markah)

__________________________________________________________________ __________________________________________________________________

37 Mengapakah Naim diberi gelaran ulat buku? (2 markah)

__________________________________________________________________ __________________________________________________________________

38 Nyatakan dua sifat Naim yang amat disenangi rakan-rakannya. (4 markah)

__________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________

39 Naim dan Ilhan adalah anak-anak yang baik. Buktikan. (4 markah)

__________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(13)

13

40 ‘Dengan linangan air mata, ibunya menyampaikan berita sedih itu kepadanya.’

Jelaskan kenyataan ini. (4 markah)

__________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________

41 (a) Berdasarkan petikan karangan di halaman 3, berikan maksud

perkataan-perkataan yang berikut dengan menggunakan tidak lebih daripada lima patah perkataan.

(i) akhbar (1 markah)

________________________________________________________

(ii) menunggu (1 markah)

________________________________________________________

(iii) berwaspada (1 markah)

________________________________________________________

(b) Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud menjauhkan diri daripada sesuatu ialah __________________________. (1 markah)

- SELESAI - Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(14)

14

Zhenghua Primary School Mid-Year Examination – 2016 Malay Language Primary 6 Answer Key Bahagian A 1. ( 2 ) dihormati 6. ( 1 ) berlaku 11. ( 1 ) 16. ( 4 ) 20. ( 3 ) 2. ( 3 ) mencari 7. ( 2 ) memahami 12. ( 3 ) 17. ( 1 ) 21. ( 1 ) 3. ( 3 ) menggunakan 8. ( 2 ) memudahkan 13. ( 4 ) 18. ( 3 ) 22. ( 4 ) 4. ( 2 ) dapati 9. ( 4 ) perpaduan 14. ( 4 ) 19. ( 1 ) 23. ( 2 ) 5. ( 4 ) sebangsa 10. ( 4 ) pupukkan 15. ( 2 ) Bahagian B 24. telah (KT) 28. menyemak (KK) 32. ( 4 ) 25. santapan (KN) 29. bekas (KN) 33. ( 5 ) 26. bangun (KK) 30. di (KT) 34. ( 6 ) 27. sabar (KA) 31. lengkap (KA) 35. ( 1 )

36. Mereka sedang berbincang mengenai ujian (1m) yang bakal mereka duduki (1m) hari itu. 37. Naim digelar ulat buku kerana dia telah mengulangkaji (1m) semua topik (1m) yang akan

diuji.

38. Naim rajin dan peramah (2m) bahkan sering membantu rakan-rakan yang lemah dalam pelajaran (2m).

39. Mereka berdua telah belajar untuk ujian yang bakal diduduki (2m) dan mereka berhenti sebentar di simpang jalan raya sementara menunggu lampu isyarat bagi pejalan kaki berwarna hijau (2m).

40. Contoh jawapan: Sambil menangis, ibu Ilhan memberitahu bahawa Naim telah meninggal dunia akibat dilanggar kereta semasa mahu melintas jalan. (4m)

41. (a) (i) berita / warta / surat khabar (ii) menanti

(iii) tidak cuai / berawas-awas / berhati-hati / berjaga-jaga / beringat-ingat 41. (b) mengelak

Referensi

Dokumen terkait