• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman Pemangku Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Teks Ucapan Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman Pemangku Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

Teks Ucapan

Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman Pemangku Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

6 Disember 2011-

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kampong Pandan, Kuala Belait.

Majlis Kembara Jubli Emas DBP Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Alhamdullilahi rabbil aalamen, wassalaatu wassalaamu `ala asyrafil mursaleen sayyidina muhammadin, wa `alaa aalihee wasabihee ajma`een. Segala pujian-pujian dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, sekalian sahabat, kaum keluarga, para pengikut dan umat Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

 Yang Mulia, Dayang Hajah Aminah Binti Haji Momin Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka selaku pengerusi Majlis Kembara Jubli Emas DBP Sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

Yang Berhormat-Yang Berhormat Majlis mesyuarat Negeri

 Yang Mulia Pengiran Jeffrynul Hafli bin Pengiran Haji Ali, Pemangku Pegawai Daerah Belait

(2)

2

Yang Mulia Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai kanan Kerajaan; para penulis, para pencinta bahasa dan sastera serta sidang hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian.

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah subahanahu wataala kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama hadir pada hari ini.

2. Pertama-tama saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi dan ahli Jawatankuasa kerja Majlis kerana menjemput saya hadir sebagai tetamu kehormat Majlis Perasmian Pelancaran Kembara Jubli Emas DBP pada hari ini hasil dari urutan Majlis sambutan Jubli Emas Penubuhan DBP yang diadakan pada 17 September 2011. Semoga ingatan baik abis kita akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah subahanahu wa taala.

3. Saya difahamkan Kembara ini dilancarkan di daerah ini dan kegiatannya berjalan selama 3 hari dan diikuti di dua buah daerah iaitu Daerah Tutong pada 12 Disember 2011 dan Daerah Temburong pada 16 Januari 2012 dengan kerjasama pejabat daerah masing-masing.

4. Dalam kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Penyelenggara kerana berjaya bergabung tenaga dengan penduduk di setiap daerah menganjurkan Kembara Jubli Emas DBP semata-semata untuk mengembangmajukan bahasa

(3)

3

Melayu sebagai bahasa rasmi negara disamping memartabatkan bahasa pribumi melalui kegiatan kebahasaan, kesasteraan dan seni budaya puak di negara ini.

5. Selain dari itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga perlu memastikan dari semasa ke semasa dalam perlaksanaan peranan, tugas dan tanggungjawab untuk mendaulat dan melestarikan Bahasa Melayu patut diberi pujian demi martabat bangsa, agama dan negara.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

6. Seperti yang difahamkan kepada saya bahawa, program Kembara Jubli Emas DBP ini, salah satu kegiatannya secara langsung akan melibatkan 7 Puak Jati Brunei mengikut daerah bagi menggali dan mendokumantasi bahasa-bahasa dialek Brunei. Di Daerah Belait, puak yang akan turut terlibat ialah Puak Belait. Para peserta akan dapat menelusuri nada dan bunyi akuastiknya. Dengan adanya pendekatan perbincangan dan pengucapan secara sepontan sudah setentunya bahasa-bahasa peribumi akan tetap terpelihara supaya tidak akan pupus dan dapat dipelajari dan dihayati oleh generasi muda masa kini. Saya penuh percaya bahawa abiskita adalah terdiri daripada anggota masyarakat yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam perkara tersebut supaya akan dapat mencari kaedah untuk mempertahankan warisan negara yang sangat berharga ini. Saya maklum bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka telah pun menerbitkan Daftar Leksikal 7 Dialek Brunei Darussalam

(4)

4

sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan mengumpulkan lebih kurang 2000 entri. Usaha ini perlu diteruskan supaya pendokumentasian dialek puak-puak di negara ini akan lebih menyeluruh sifatnya dan dapat mendukung pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara.

7. Kita sekarang menghadapi gelombang cabaran yang amat besar khususnya dalam mengembangmajukan bahasa Melayu. Antara cabaran yang perlu ditangani oleh penjawat awam adalah ledakan bidang sains dan teknologi maklumat yang telah memungkinkan fenomena dunia tanpa sempadan. Kebanyakan kandungan aplikasi dalam talian adalah dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, kecenderungan generasi muda, termasuk penjawat awam muda, yang gemar menggunakan istilah khidmat pesanan ringkas atau SMS dalam komunikasi di antara mereka turut menyumbang ke arah penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul.

Bahasa Melayu di Negara ini telah didaulatkan sebagai bahasa rasmi Negara seperti yang telah temaktub dalam Bab 82(1) Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Ini bermakna sudah lebih 50 tahun bahasa Melayu diisytiharkan sebagabi bahasa rasmi Negara Brunei Darussalam. Perlembangaan ini juga memberi jaminan terhadap kedudukan bahasa Melalu. Selain kedudukannya dalam perlembagaaqia 'diperteguh lagi dengan konsep Melayu Islam Beraja sebagai falsafah Negara

(5)

5

mulai tahun 1984, martabat bahasa dan bangsa Melayu diangkat setinggi-tingginya denganb berteraskan nilai-nilai Islam sebagai pelengkap dan konsep beraja sebaga sistem pemerintahan.

Pada masa yang sama, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Petuan Negara Brunei Darussalasm sempena Hari Keputeraan beliau ke-44 tahun telah menyentuh dimana didalam falsafah Negara iaitu 'Melalu Islam Beraja', terdapat unsur atau nilai-nilai yang positif uhrk ketabanan negara, umpamanya dari perkataan Melayu itu, ialah bahasanya, dimana ianya satunya alat perpaduan paling efektif. Tanpa bahasa melayu, rakyaat brunei tentu idak akan dikenali sebagais satu bangsa yang berdaulalat dan mempunyai identiti.

8. Selain dari itu, dalam usaha untuk memastikan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul serta menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam, Kerajaan telah mengeluarkan beberapa Surat Keliling dalam Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam. Dan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1961 – 2011) patut diberi perhatian yang sewajarnya.

(6)

6

9. Dalam kesempatan ini ingin juga saya mengingatkan bahawa kedudukan tulisan Jawi perlu diberi perhatian seiring dengan tulisan Rumi kerana tulisan Jawi adalah khazanah budaya dan jati diri bangsa kita yang sudah lama mendominasi dalam persuratan Melayu. Untuk mengukuhkan kedudukan tulisan Jawi saya menyarankan supaya DBP dari semasa ke semasa memantau penggunaan tulisan Jawi, sama ada di papan tanda, di premis-premis bangunan, di bangunan-bangunan kerajaan, tanda-tanda jalan dan simpang, tempat awam, dan kain-kain rentang. Amat rugilah kita sebagai bangsa Melayu jika tulisan Jawi yang merupakan khazanah intelektual ini tidak kita pelihara dan lestarikan.

10. Di samping pemartabatan bahasa Melayu dan tulisan Jawi, kita semua juga harus memberi perhatian terhadap budaya membaca di negera ini. DBP yang peranannya juga untuk memperkasa budaya membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini, sayugianya melibatkan Majlis Perundingan Kampung dan masyarakat sekitarnya untuk menggerakkan bersama kegiatan-kegiatan yang dirancang supaya mereka dapat mendekatkan diri dengan buku dan meningkatkan kesedaran budaya membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini.

(7)

7

11. Kesungguhan jabatan DBP dan jawatankuasa-jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk terus mengembang dan memperkasakan Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam tidak akan sempurna tanpa penyertaan semua penjawat awam dengan sokongan semua ketua perkhidmatan dan ketua jabatan. Kita mempunyai peranan yang amat siginifikan dalam memastikan negara kita dapat dipacu dalam landasan yang strategik dan secara sistematik untuk mencapai matlamat pembudayaan penggunaan Bahasa Melayu yang menyeluruh dan berterusan di dalam Perkhidmatan Awam.

12. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen serta daya usaha semua pihak dalam mengembang dan memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dan yang terlibat di dalam menjayakan Kembara Jubli Emas DBP pada kali ini.

13. Saya juga mengucapkan syabas kepada semua penduduk kampung yang telah menyahut seruan kerajaan untuk menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan negara. Saya mendoakan agar kembara Jubli Emas DBP hari ini dapat mengorak langkah dalam perancangan dan pelaksaaan aktiviti yang lebih aktif dan berkesan dengan semangat yang kental dan iltizam yang kuat. Adat Hidup Sama Sebanjar

Sama Beri Tunjuk dan Ajar Dalam Sempit Sama Berlegar

(8)

8 Dalam Susah Sama Bersandar Supaya Melayu tetap terpuji Tunjuk dan ajar pemayung diri Bila Melayu tidak mahu dikeji Budaya bangsa hendaklah dikaji

Dengan Kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim dan dengan bertawakal kepada Allah subahanahu waatala, selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhamad sallallahu alaihi wasallam saya sukacita “MERASMIKAN PELANCARAN KEMBARA JUBLI EMAS DBP BAGI DAERAH BELAIT, DAERAH TUTONG DAN DAERAH TEMBURONG” Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalaamu Alaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait