PENGENALAN
Perlembagaan Malaysia mengandungi dua unsur, iaitu unsur lama dan unsur baru. Unsur-unsur lama yang pernah diamalkan oleh sistem pemerintahan Kerajaan Melayu lama seperti institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan agama Islam dikekalkan dalam perlembagaan.
Tahukah anda bahawa di negeri-negeri Melayu, pemerintahan beraja telah lama wujud dan menjadi amalan turun temurun? Raja atau Sultan adalah simbol bagi orang Melayu. Segala urusan pemerintahan berpusat kepada raja dan istana. Malah, perkataan „Kerajaan‰ itu asalnya daripada perkataan raja, iaitu pusat segala sumber rujukan dan kuasa yang membolehkan simbol raja itu memerintah secara mutlak. Dalam topik ini, anda akan dibawa meninjau beberapa peruntukan istimewa Perlembagaan Malaysia. Antaranya adalah berkaitan dengan bahasa kebangsaan, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan orang-orang Melayu, hak asasi rakyat, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan dan akhirnya perlindungan khas Sabah dan Sarawak. Mari kita sama-sama ikuti perbincangan seterusnya berkaitan topik ini.
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti tujuh bentuk keistimewaan yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia;
2. Menghubungkait keperluan hak-hak keistimewaan ini dengan rasional tertentu, termasuk faktor sejarah, politik dan kebudayaan; dan
3. Membuat perbandingan peruntukan khas negeri-negeri Sabah dan Sarawak dengan peruntukan negeri-negeri lain di Malaysia.
HASIL PEMBELAJARAN
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
6
6
Peruntukan
Istimewa
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA
KEBANGSAAN
Penggunaan bahasa Melayu pada zaman sebelum penjajahan adalah penting kerana penduduk yang tinggal di Tanah Melayu pada waktu itu terdiri daripada orang-orang Melayu pada keseluruhannya. Di samping sebagai bahasa utama di kalangan penduduknya, bahasa Melayu juga menjadi bahasa perantaraan kepada pedagang-pedagang yang datang berniaga di Melaka semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Malah, semasa Inggeris menjajah Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Minit-minit mesyuarat telah ditulis dalam tulisan Jawi.
Perlembagaan Persekutuan 1957 Perkara 152 menetapkan bahawa „Bahasa Melayu hendaklah menjadi Bahasa Kebangsaan dan rakyat bebas mempelajari bahasa-bahasa lain‰. Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan bagi mengembangkan dan memajukan bahasa Melayu. Matlamat utama Dewan Bahasa dan Pustaka adalah:
1. Memajukan bidang kesusasteraan melalui Bahasa Kebangsaan;
2. Mencetak dan menerbit buku dan risalah dalam Bahasa Kebangsaan dan juga bahasa-bahasa lain;
3. Menyelaras ejaan dan bunyi sebutan Bahasa Kebangsaan; 4. Menggubal istilah yang sesuai dalam Bahasa Kebangsaan; dan 5. Menterjemah buku-buku asing ke dalam bahasa Melayu.
Bagi menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan semua kaum di Persekutuan Tanah Melayu, Minggu Bahasa Melayu dan Bulan Bahasa Melayu
telah diwujudkan. Pada tahun 1960, kerajaan telah melancarkan cogan kata „Bahasa Jiwa Bangsa‰ sebagai perangsang supaya rakyat cintakan Bahasa Kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah menetapkan bahawa:
1. Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi; 2. Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri boleh menggunakan
bahasa Inggeris sekiranya dibenarkan oleh Yang di-Pertua Dewan; dan 3. Ahli Dewan Undangan Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan
bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas merdeka.
Akta ini mendapat bantahan daripada orang-orang Melayu kerana bahasa Inggeris masih diberi kepentingan dan kedudukan istimewa. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi semua sekolah di negara Malaysia. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Mei 1970 merupakan mercu kejayaan dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini.
KEDUDUKAN ISTIMEWA RAJA-RAJA
MELAYU
Perbincangan tentang pemerintahan beraja tidak akan lengkap tanpa kita menyentuh kedaulatan dan kekebalan (immunity) raja. Berikut dibicarakan beberapa keistimewaan yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
1. Tidak Boleh Didakwa
Perlembagaan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah. 2. Hak Prerogatif dan Bidang Kuasa Tidak Boleh Disentuh
Bagi raja-raja lain, kedaulatan prerogatif kuasa dan bidang kuasa mereka tidak tersentuh dan tiada tindakan pun dalam mana-mana mahkamah boleh dikenakan ke atas raja mana-mana negeri atas sifat dirinya sendiri. Pembesar-pembesar memerintah Negeri Sembilan dalam wilayah masing-masing juga kebal daripada tindakan mahkamah atas sifat diri masing-masing.
3. Jaminan Susunan Keutamaan
Perlembagaan membuat peruntukan tentang susunan keutamaan bagi Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja lain. Kedudukan Yang di-di-Pertuan Agong diutamakan daripada kesemua orang di Persekutuan dan kedudukan keutamaan raja-raja lain dalam kalangan mereka adalah menurut tarikh mereka diangkat menjadi raja. Dalam negerinya sendiri, seorang raja itu mengambil keutamaan mengatasi raja-raja lain.
4. Hak Pewarisan
Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan
6.2
„Cintailah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramai-ramai, bahasalah menyatukan kita semua, yakinlah bahasa jiwa bangsa‰. Ingatkah anda dengan lirik dan lagu bahasa kebangsaan tersebut? Cuba berikan pendapat anda tentang langkah kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kedua.
menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Hak-hak itu mesti ditentukan menurut perlembagaan negeri itu. Sebarang pertikaian berhubung dengan warisan sebagai raja mana-mana negeri hendaklah diputuskan hanya oleh mana-mana pihak berkuasa dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan negeri itu.
5. Pindaan Hanya oleh Majlis Raja-raja
Menurut seksyen 19 (2) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-raja. Dengan itu, tiada undang-undang yang secara langsung boleh menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.
Daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan atau negeri, jelas dapat kita lihat bahawa institusi pemerintah beraja terlindung rapi sebagai satu daripada sifat asasi undang-undang perlembagaan kita. Institusi ini telah diterima oleh bekas tanah jajahan British; iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak yang masing-masing tidak mengamalkan pemerintahan beraja. Ketua bagi negeri-negeri ini adalah seorang Gabenor yang digelar Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG-ORANG
MELAYU DAN KAUM BUMIPUTERA
SERTA HAK KAUM LAIN
Hak istimewa orang Melayu termaktub dalam perlembagaan supaya pembelaan dan bantuan dapat diberikan kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung.
Rasional bagi memelihara hak istimewa orang Melayu menerusi perlembagaan mempunyai kaitan dengan sejarah. Apabila Inggeris membawa masuk
pekerja-6.3
Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah wujudnya kedudukan istimewa orang Melayu? Apakah sejarah di sebaliknya?
pekerja asing ke dalam sektor getah dan bijih timah dengan jumlah yang ramai, orang Melayu berasa terancam. Tambahan pula pekerja-pekerja asing ini telah berjaya mengukuhkan taraf ekonomi mereka. Lama-kelamaan, kejayaan mereka menguasai ekonomi negara memaksa kerajaan memikirkan supaya orang Melayu tidak terlalu ketinggalan jauh daripada kaum pendatang. Dengan itu, tiada timbul soal diskriminasi, persaingan dan konflik antara kaum.
Perlembagaan Malayan Union (April 1946) tidak menyatakan hak dan keistimewaan orang Melayu. Hal ini merunsingkan pemimpin-pemimpin Melayu kerana hak dan keistimewaan Melayu telah dicabar. Oleh itu, apabila Malayan Union ditentang dan digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, orang Melayu mendapat semula kedudukan dan hak mereka di negara ini.
Antara perkara yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu adalah kuota kemasukan dalam sektor awam dan institusi pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan mendapat lesen dan permit perniagaan. Sungguhpun begitu, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menganggu atau menarik balik sebarang keistimewaan kaum lain untuk diberi kepada peribumi.
HAK ASASI
Hak asasi setiap individu, khususnya di negara-negara Barat adalah dijamin dan dilindungi sepenuhnya oleh akta-akta hak asasi manusia. Begitu juga kedudukannya di Malaysia, setiap individu di Malaysia dijamin hak-hak asasinya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Pada pendapat anda, sejauh manakah hak-hak individu dilindungi di Malaysia? Dalam perlembagaan Malaysia, ada peruntukan hak asasi atau kebebasan asasi individu. Bahagian 2 dalam Perlembagaan Malaysia mengenai hak asasi individu adalah bertujuan bagi menjamin hak asasi seseorang warganegara yang sah dari segi undang-undang. Perkara 5 hingga 13 dalam Bahagian 2 Perlembagaan Malaysia memberi gambaran kepada kita tentang maksud hak asasi dalam negara Malaysia. Ini bererti setiap warganegara Malaysia yang sah mendapat jaminan perlindungan daripada kerajaan. Mari kita tinjau peruntukan yang ada pada perkara-perkara tersebut, seperti yang diterangkan dalam Jadual 6.1.
Jadual 6.1: Peruntukan Istimewa Perlembagaan Perkara Peruntukan Huraian
5 Kebebasan diri dan nyawa (kecuali menurut undang- undang)
(a) Seseorang itu harus diberitahu sebab penangkapannya.
(b) Seseorang yang ditangkap harus dibenarkan dibela oleh peguamnya.
(c) Seseorang harus dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh 24 jam selepas ditangkap. 6 Pengabdian dan kerja
paksa
Seseorang dilarang bekerja secara paksa kecuali hukuman penjara atau kerahan tenaga. 7 Perlindungan daripada
undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang-ulang
(a) Seseorang hanya dihukum atas perbuatan yang dianggap salah di sisi undang-undang. (b) Seseorang yang dibebaskan daripada
sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama, kecuali mendapat perintah Mahkamah Tinggi. 8 Kesamarataan di sisi
undang-undang (Kecuali kelainan yang ditetapkan oleh Perlembagaan)
(a) Hak perlindungan sama rata dari segi undang-undang.
(b) Tidak boleh membeza-bezakan kerana berlainan agama, kaum, keturunan, kedudukan politik dan selainnya.
9 Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan
Kecuali dikenakan sekatan undang-undang seperti dibuang daerah atas sebab keselamatan atau hukuman kesalahan.
10 Kebebasan bercakap, berhimpun dan
menubuhkan persatuan
Kecuali dikenakan sekatan undang-undang seperti larangan mengkritik isu-isu sensitif, seperti hak istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Ketidakpatuhan boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948. 11 Kebebasan menganut
agama
Walau bagaimanapun, undang-undang negeri boleh menyekat perkembangan iktikad atau kepercayaan antara penganut agama Islam. 12 Kebebasan dalam
pendidikan
Hak yang sama dalam mendapat pendidikan tanpa diskriminasi.
13 Hak terhadap harta (a) Tidak ada sesiapa boleh mengambil harta melainkan diberikan pampasan.
(b) Tidak ada sesiapa boleh lucut harta kecuali menurut undang-undang.
Berdasarkan Perkara 5 hingga 13 tersebut, jelas negara kita menjamin hak-hak rakyatnya dalam hal-hal yang berkenaan. Dengan itu, kita harus memastikan di samping hak kita, hak orang lain turut terpelihara mengikut Perlembagaan Malaysia.
ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN/
KEDUDUKAN AGAMA LAIN
Dalam Perkara 160 Perlembagaan Malaysia, orang Melayu didefinisikan sebagai orang beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta bertutur dalam bahasa Melayu. Sesungguhnya, orang Melayu telah menganuti dan mengamalkan agama Islam sejak 500 tahun yang lalu. Antara faktor penting mengapa agama Islam cepat diterima oleh orang Melayu adalah kerana Sultan pada masa itu beragama Islam. Orang Melayu yang terkenal sebagai taat dan pantang derhaka kepada sultan amat mudah menerima Islam sebagai agama baru mereka. Lebih-lebih lagi, kedudukan sultan sebagai ketua agama mempercepatkan lagi proses penukaran agama kepada agama Islam.
Selepas merdeka, agama Islam telah dijadikan agama persekutuan dan kerajaan. Sebagai agama rasmi negara, kerajaan mempunyai kuasa memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama Islam; seperti perbelanjaan mengurus, pembinaan masjid dan sekolah agama. Sungguhpun agama Islam diberi keutamaan dalam perlembagaan, agama-agama lain bebas diamalkan oleh pengikut- pengikut mereka, sesuai dengan negara demokrasi.
6.5
Negara Malaysia terkenal di kaca mata dunia dengan penduduknya yang berbilang kaum, serta mengamalkan kepercayaan dan kebudayaan yang berbeza. Dengan latar belakang yang berbeza-beza ini, mereka berjaya bersatu dan hidup dalam suasana aman damai.
Cuba anda fikirkan sejenak, apakah kemungkinan yang berlaku jika penduduk yang berbilang kaum ini tidak dapat bersatu hati dan gagal hidup dalam suasana yang aman damai?
KEWARGANEGARAAN
Dalam Perlembagaan Malaysia, aspek kewarganegaraan turut disentuh. Hal ini dihuraikan dalam Perkara 14 hingga 22, Bahagian 3. Ada empat syarat bagi menentukan taraf kewarganegaraan seseorang individu. Syarat-syarat itu adalah melalui:
1. Kuat kuasa undang-undang 2. Pendaftaran
3. Masukan atau permohonan 4. Percantuman wilayah
6.6.1 Kuat Kuasa Undang-undang
Sesiapa sahaja boleh secara automatik mendapat kelayakan sebagai warganegara, jika:
(a) Lahir sebelum Hari Malaysia (16 September 1963), termasuklah anak-anak mereka walaupun dilahirkan di luar Malaysia;
(b) Lahir di dalam dan di luar Malaysia pada atau selepas Hari Malaysia dengan syarat ibu bapanya warganegara atau pemastautin tetap; dan (c) Individu yang lahir di Malaysia termasuk di ruang udara atau perairan
negara, boleh menjadi warganegara sekiranya kelahirannya didaftarkan di Malaysia.
6.6.2 Pendaftaran
Individu berikut boleh memohon menjadi warganegara dengan syarat-syarat tertentu:
1. Isteri dan anak warganegara:
(a) Bermastautin di Persekutuan selama 2 tahun sebelum permohonan dan berniat untuk terus bermastautin di Persekutuan; dan
(b) Berkelakuan baik.
2. Seseorang yang berumur kurang dari 21 tahun:
(a) Jika seorang daripada ibu bapa adalah warganegara; dan (b) Dilahirkan sebelum Oktober 1962.
3. Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih, lahir di Persekutuan sebelum Hari Merdeka:
(a) Membuktikan permastautinan di Persekutuan selama 5 daripada 7 tahun sebelum permohonan;
(b) Berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan;
(c) Pengetahuan tentang Bahasa Melayu yang mudah; dan (d) Berkelakuan baik.
4. Seseorang yang berumur 18 tahun, bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia:
(a) Bermastautin di Persekutuan sebelum Hari Malaysia; dan
(b) Jika selepas Hari Malaysia, bermastautin di Persekutuan selama 7 tahun sebelum permohonan dibuat.
6.6.3 Kemasukan atau Permohonan
Warganegara asing berumur 21 tahun ke atas boleh memohon menjadi warganegara dengan syarat:
1. Seseorang telah bermastautin 10 hingga 12 tahun sebelum tarikh permohonan;
2. Berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan; 3. Berkelakuan baik; dan
4. Mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu.
6.6.4 Percantuman Wilayah
Kewarganegaraan seperti ini pernah diberikan atas sebab faktor-faktor sejarah kepada:
1. Warganegara Singapura;
2. Warganegara United Kingdom dan tanah-tanah jajahan; dan 3. Pemastautin tetap Sabah dan Sarawak.
Perkara 22 membenarkan, jika sesuatu wilayah baru menyertai Persekutuan Malaysia, Parlimen mempunyai bidang kuasa menentukan rakyat wilayah tersebut menjadi warganegara.
PERLINDUNGAN KHAS SABAH DAN
SARAWAK
Perlembagaan Malaysia berasal daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) yang dipinda melalui Akta Malaysia (1963). Perkara ini dilakukan atas cadangan Inter Governmental Committee (IGC) bagi memudahkan kemasukan negeri-negeri Borneo ke dalam Persekutuan Malaysia.
Pertimbangan politik menyebabkan terdapat beberapa perlindungan khas diberi kepada Sabah dan Sarawak. Oleh sebab wujudnya syarat-syarat khas ini, kedudukan kedua-dua negeri ini berlainan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu. Perbezaan syarat secara amnya berkaitan dengan kuasa yang dimiliki oleh Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri ini mempunyai kuasa yang lebih luas daripada negeri- negeri Tanah Melayu lain. Sebagai contoh, ada kuasa yang dipunyai oleh kerajaan Persekutuan tidak boleh dijalankan di negeri-negeri itu, kecuali dipersetujui oleh undang-undang negeri atau oleh Yang Dipertua Negeri yang berkenaan.
6.7.1 Kuasa Parlimen
Anggota-anggota Dewan Rakyat disusun mengikut cantuman (component) dalam Malaysia dan terdapat tiga cantuman utama:
Cantuman pertama 153 orang kesemuanya bagi negeri-negeri di Tanah Melayu atau Semenanjung dan ini tidak termasuk 11 bagi Wilayah Persekutuan, satu bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan satu bagi Wilayah Persekutuan Labuan;
Cantuman kedua 25 orang bagi Sabah; dan Cantuman ketiga 25 orang bagi Sarawak.
Perkara-perkara yang termasuk dalam bidang kuasa negeri-negeri Borneo sebenarnya lebih banyak daripada perkara yang tertakluk di bawah bidang kuasa negeri-negeri di Tanah Melayu. Negeri-negeri Borneo mempunyai senarai tambahan kepada senarai negeri dan senarai bersama untuknya. Antara perkara yang termasuk di bawah bidang kuasa negeri Borneo adalah mengikut Perkara 968(3) Dewan Undangan Negeri-negeri Borneo boleh membuat undang-undang mengenakan cukai jualan. Kuasa ini tidak dipunyai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu, kerana kuasa ini ada pada Parlimen.
Dalam Perkara 76(1) (b) pula, Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai perkara-perkara dalam bidang kuasa negeri bagi maksud menyeragamkan undang-undang beberapa buah negeri atau bagi menyeragamkan undang-undang-undang-undang dan dasar tentang tanah, kadar dan nilaian tanah dan kerajaan tempatan antara negeri. Namun bagi negeri-negeri Borneo, Parlimen tidak mempunyai kuasa membuat
undang ini. Mengikut Perkara 76A, Parlimen berkuasa mewakilkan mana-mana negeri supaya membuat undang-undang bagi perkara dalam bidang kuasanya. Perwakilan kuasa ini boleh dibuat dengan perintah Yang di-Pertuan Agong sahaja. Perwakilan kuasa bagi membuat undang-undang telah diberi kepada negeri-negeri Borneo yang berkuat kuasa pada Hari Malaysia. Antara kuasa yang diberi adalah yang berkaitan dengan pengangkutan jalan raya, lalu lintas, kuasa elektrik, pembahagian gas, getah dan Badan Persuratan Borneo. Kuasa membuat undang-undang tentang pengangkutan jalan raya dan lalu lintas diberi hingga akhir tahun 1973.
6.7.2 Imigresen
Sungguhpun hal ehwal imigresen termasuk dalam bidang kuasa Persekutuan, negeri-negeri Borneo mempunyai hak dan kuasa tertentu dalam perkara ini. Hal ini dijelaskan melalui Perkara 9 (3) Perlembagaan Malaysia.
Bagi melaksanakan Perkara 9(3) ini, Parlimen telah meluluskan undang-undang yang disebut Akta Imigresen 1963 pada 16 September 1963. Akta ini telah memperluas kuat kuasa Ordinan Imigresen 1969 ke negeri-negeri Borneo dan juga telah memberi beberapa kuasa yang penting kepada kerajaan kedua-dua negeri itu. Kuasa ini tidak boleh dipinda oleh Parlimen, melainkan dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri-negeri yang berkenaan. Pindaan ini dibuat dengan sokongan suara dua pertiga.
Sepatutnya, seseorang warganegara berhak pergi dari sebuah negeri ke sebuah negeri dalam Malaysia ini, dan juga berhak tinggal di mana-mana negeri. Walau bagaimanapun disebabkan negeri-negeri Borneo itu dianggap berada dalam keadaan yang khas oleh pembentuk-pembentuk Malaysia, maka Perlembagaan telah memberi kuasa kepada Parlimen supaya dapat mengenakan sekatan-sekatan ke atas kebebasan warganegara dalam hal itu. Oleh itu, kerajaan negeri-negeri ini berhak menyekat kemasukan rakyat Malaysia dari negeri-negeri Tanah Melayu.
6.7.3 Hal Ehwal Tanah
Di bawah peruntukan Perkara 83, kerajaan Persekutuan berhak mendapatkan tanah dalam sebuah negeri untuk maksud Persekutuan. Ini tertakluk kepada syarat, jika tanah itu tanah kerajaan, maka rundingan hendaklah diadakan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan. Jika tanah itu tanah yang telah diberi milik, maka tidak perlu hal ini dibincangkan dengan kerajaan negeri. Namun dalam hal kerajaan negeri-negeri Borneo, kerajaan Pusat hendaklah berunding terlebih dahulu dengan kerajaan-kerajaan negeri ini, sama ada tanah yang dikehendaki oleh kerajaan Persekutuan itu tanah yang telah diberi milik atau tanah kerajaan.
Mengenai tanah simpanan Bumiputera, mengikut Perkara 89, Parlimen berhak membuat undang-undang untuk menyeragamkan undang-undang dan dasar dalam hal ehwal tanah. Namun bagi negeri-negeri Borneo, kuasa Parlimen dalam hal ini dikecualikan. Seperkara lagi, negeri-negeri di Tanah Melayu tidak mempunyai kuasa penuh dalam hal mewujudkan tanah simpanan untuk orang Melayu. Walaupun begitu, negeri-negeri Borneo berkuasa penuh dalam hal mewujudkan tanah simpanan untuk bumiputeranya.
Di bawah perkara 91, segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Tanah Negara hendaklah dipatuhi oleh kerajaan negeri. Sebaliknya, bagi negeri-negeri Borneo, keputusan itu tidak semestinya dipatuhi oleh kerajaan negeri. Perbezaan hanya akan terhapus jika Parlimen, dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri itu, membuat undang-undang supaya keputusan Majlis Tanah Negara mesti dipatuhi oleh kerajaan-kerajaan negeri itu.
6.7.4 Kewangan
Anda perlu tahu bahawa seperti bahagian-bahagian yang lain, kerajaan Sabah dan Sarawak turut mempunyai kuasa yang lebih luas dalam bahagian kewangan. Antara kuasa-kuasa yang diberi adalah:
(a) Kuasa Meminjam Wang
Pada umumnya, kerajaan-kerajaan negeri di Tanah Melayu diberi kuasa yang terbatas bagi peminjaman kewangan, iaitu hanya boleh meminjam daripada kerajaan Pusat dan mana-mana badan yang dibenarkan sahaja. Sebaliknya, bagi Sabah dan Sarawak, kedua-dua negeri ini boleh meminjam daripada mana-mana pihak dalam negara, dengan syarat mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.
(b) Penerimaan Geran Kewangan
Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada negeri-negeri Borneo bagi mendapat jumlah pemberian wang yang lebih besar daripada Kerajaan Pusat. Selain daripada tiga punca utama iaitu pemberian wang per kapita; peruntukan jalan-jalan raya dan punca-punca hasil yang diberi kepada semua kerajaan negeri, Sabah dan Sarawak berhak mendapat pemberian wang tambahan. (c) Sumber-sumber Tambahan Hasil
Selain daripada sumber hasil yang diserahkan kepada negeri-negeri seperti Bahagian 3, Jadual 10 Perlembagaan Malaysia, negeri-negeri Sabah dan Sarawak turut menerima sumber tambahan hasil seperti yang tercatat dalam Bahagian 5, Jadual 10, iaitu:
1. Cukai import dan eksais serta hasil petroleum; 2. Cukai eksport atau kayu kayan dan keluaran hutan;
3. Cukai eksport bahan galian selain bijih timah dengan royalti tidak lebih 10%;
4. Bayaran lesen pengangkutan jalan raya, lalu lintas dan pendaftaran kereta, iaitu selagi kedua-dua negeri bertanggungjawab membuat undang-undang berkenaan;
5. Cukai-cukai jualan negeri; dan
6. Bayaran-bayaran daripada pelabuhan negeri.
Dalam topik ini, anda telah dimaklumkan tentang peruntukan-peruntukan istimewa yang diberi oleh Perlembagaan Malaysia kepada aspek-aspek tertentu.
Terdapat tujuh bentuk keistimewaan peruntukan-peruntukan tersebut; yang terdiri daripada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa Raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kaum bumiputera serta hak kaum lain, hak asasi, Islam sebagai agama persekutuan atau kedudukan agama lain, kewarganegaraan dan perlindungan khas Sabah dan Sarawak.
Perlembagaan Persekutuan 1957 Perkara 152 menetapkan bahawa „Bahasa Melayu hendaklah menjadi Bahasa Kebangsaan dan rakyat bebas mempelajari bahasa-bahasa lain‰.
Beberapa keistimewaan yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu ialah tidak boleh didakwa, hak prerogatif dan bidang kuasa tidak boleh disentuh, jaminan susunan keutamaan, hak pewarisan dan pindaan hanya oleh Majlis Raja-raja.
Anda telah memahami peruntukan-peruntukan khas yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Sekarang, cuba anda lengkapkan jadual yang berikut dengan butiran yang sesuai.
Butiran Peruntukan Khas Sabah dan Sarawak Kuasa Parlimen
Imigresen
Hal Ehwal Tanah Kewangan
Hak istimewa orang Melayu termaktub dalam perlembagaan supaya pembelaan dan bantuan dapat diberikan kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi.
Syarat-syarat kewargenegaraan adalah melalui kuat kuasa undang-undang, pendaftaran, masukan atau permohonan dan pencantuman wilayah.
Pertimbangan politik menyebabkan terdapat beberapa perlindungan khas diberi kepada Sabah dan Sarawak, menyebabkan kedua-dua negeri ini mempunyai kuasa yang lebih luas daripada negeri-negeri Tanah Melayu lain.
Sungguhpun hal ehwal imigresen termasuk dalam bidang kuasa Persekutuan, negeri-negeri Borneo mempunyai hak dan kuasa tertentu dalam perkara ini.
Di bawah peruntukan Perkara 83, kerajaan Persekutuan berhak mendapatkan tanah dalam sebuah negeri untuk maksud Persekutuan.
Anda perlu tahu bahawa seperti bahagian-bahagian yang lain, kerajaan Sabah dan Sarawak turut mempunyai kuasa yang lebih luas dalam bahagian kewangan.
Iktikad Prerogatif
Imigresen Royalti
Kekebalan Warganegara Kuota
Abd. Ghani Hj. Awing. (1983). Apakah Undang-Undang? Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamed Sufian. (1987). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Noor bin Abdullah. (1979). Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Salleh Abas. (1997). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shaik Mohd Noor Alam bin S.M. Hussain. (1988). Federalisme di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.