• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP DAN CABARAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MALAYSIA. Mohd Nazri bin Md Din¹ Prof. Madya Datuk Dr. Muhammad bin Hussin²

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KONSEP DAN CABARAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MALAYSIA. Mohd Nazri bin Md Din¹ Prof. Madya Datuk Dr. Muhammad bin Hussin²"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

2203

KONSEP DAN CABARAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MALAYSIA

Mohd Nazri bin Md Din¹

Prof. Madya Datuk Dr. Muhammad bin Hussin² Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

putera_melaka76@yahoo.com

Abstrak

Pada era dunia globalisasi dan Revolusi Industri 4.0 (4IR) kini, memperlihatkan Malaysia perlu lebih berdaya saing dengan usaha melahirkan bilangan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran abad ke-21. Malah, iatelah menjadi satu tema ke arah mencapai pelan prospek ekonomi dan hala tuju strategik bagi kemajuan negara. Hal ini kerana modal insan dikenal pasti sebagai nadi utama bagi menghadapi cabaran globalisasi masa kini.Namun begitu, dalam dunia yang semakin mencabar, gabungan kemahiran serta pengetahuan berorientasikan pekerjaan sahaja didapati tidak mencukupi dalam usaha membangunkan potensi individu secara menyeluruh.Penerapan modal insan harus dimulakan diperingkat awal pendidikan untuk melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi disamping memiliki ciri-ciri modal insan kelas pertama.Tambahan lagi, modal insan itu sendiri seharusnya dilengkapi dengan nilai-nilai yang murni dan bersikap optimistik. Justeru, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan lebih sistemik bagi meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan sumber tenaga yang holistik dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada masa akan datang.

Kata Kunci: Pembangunan modal insan, pendidikan, minda kelas pertama

1.0 PENGENALAN

Pada era dunia globalisasi masa kini, ekonomi Malaysia perlu lebih berdaya saing untuk kekal maju dan mampan setanding dengan ekonomi negara-negara membangun yang lain.Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima kesan Revolusi Industri 4.0 (4IR).malah ia menuntut negara untuk lebih konsisten dalam usahanya melahirkan bilangan modal insan yang berdaya saing untuk berdepan dengan persaingan pasaran global (World Bank 2007). Hal ini kerana tunjang kepada pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terletak pada modal insan yang berdaya saing, kreatif dan inovatif di peringkat global(Norasmah et al. 2015).

Selari dengan laporan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11),modal insan adalah sumber terpenting kepada pembangunan negara.Maju atau mundurnya sesebuah negara bergantung penuh kepada kekuatan dan kehebatan nilai, kompetensi dan kemahiran insaniah.Sehubungan itu, salah satu usaha untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing dan produktif adalah melalui penyusunan semula kurikulum pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar, sama ada di peringkat menengah atau peringkat pengajian tinggi.Hal ini sejajar dengan Falsafah Kebangsaan Negara dan juga matlamat pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi inteklek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

(2)

2204

Selain itu, pada abad ke-21 ini jugamenuntut agar setiap belia negara khususnya para pelajar memiliki kepelbagaian kemahiran yang meliputi kemahiran-kemahiran akademik yang asas, kemampuan untuk bekerja dalam pasukan, berfikir secara kritis, penyelesaian masalah, kemampuan untuk menggunakan teknologi dan berkomunikasi secara berkesan (Suriati 2016).Dalam konteks modal insan, para belia dilihat sebagai satu golongan pelapis masa hadapan yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara.Maka, golongan belia yang cemerlang dalam pelbagai aspek seperti akademik, kemahiran, sahsiah dan jati diri amat diperlukan untuk menyumbang secara positif kepada kecemerlangan dan mengukuhkan ekonomi serta masa depan negara.Oleh itu, peranan pendidikan kepada komoditi ini adalah sangat penting dalam usaha ke arah penjanaan kualiti modal insan yang holistik dan menjadi agen transformasi kepada kelestarian sosio-ekonomi negara.

2.0 KONSEP PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Pembangunan merujuk kepada sesuatu yang menunjukkan peningkatan, perkembangan dan pertumbuhan daripada satu tahap sederhana kepada satu tahap yang lebih baik (Ilias & Jasmi 2011). Modal pula merujuk kepada sesuatu yang dikeluarkan untuk dimanfaatkan dan insan adalah manusia. Maka modal insan merujuk kepada modal manusia atau sumber manusia. Modal insan adalah sesuatu yang tidak dapat didagangkan dan tidak boleh dilihat atau disentuh kerana ia terdapat dalam diri manusia dan merupakan hak milik terhad yang terletak pada keupayaan yang dimiliki oleh individu (Hamat, & Nordin 2012; Nurhanani Aflizan & Zarinah 2014). Ayob, Daud dan Ismail (2016) pula mendefinisikan individu yang berbakat, berilmu, berkeyakinan, beretika, berdisiplin, inovasi, kreatif, progresif, berdaya saing serta mempunyai nilai murni yang tinggi adalah sebagai modal insan.

Manakala modal insan dari perspektif Islam pula adalah bagaimana potensi insan seperti akal, hati, serta jasmani dapat dijadikan sebagai sumber kekuatan dalam mengurus diri dan mengurus sistem. Dalam Islam, Rasulullah SAW dijadikan sebagai modal insan yang terbaik dimana keperibadiannya seperti baik, jujur, amanah, ikhlas, adil serta saksama dalam setiap perbuatan. Bahkan, pembangunan insan dalam Islam adalah untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya samaada di dunia atau di akhirat dan ia memfokuskan kepada pembangunan insaniah manusia itu sendiri (Roslan & Siti Aishah 2010). Bukan itu sahaja, pembangunan insan adalah merujuk kepada membangunkan manusia itu sendiri dimana ia merujuk kepada mempertingkatkan kualiti manusia dari aspek mental atau pemikiran, fizikal atau jasmani, rohani, emosi atau jiwanya. Tambahan lagi, insan tersebut mestilah dibangunkan dengan sifat kemanusiaanya dan memiliki sifat yang selayaknya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah seperti yang telah dijelaskan didalam Al-Quran.

Di Malaysia, pembangunan modal insan sangat dititikberatkan dimana kerajaan memberi penekanan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) dan kini diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11). Pembangunan modal insan tidak hanya menfokuskan kepada kepentingan dan keuntungan negara sahaja tetapi juga untuk kelestarian jati diri individu. Ini menunjukkan bahawa pembangunan modal insan tidak boleh difokuskan pada aspek fizikal sahaja tetapi lebih penting untuk difokuskan pada aspek rohani dan spiritual (Mat Akhir & Sabjan 2014). Keadaan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan holistik iaitu modal insan yang lengkap dari segenap sudut antaranya dari aspek intelek, rohani, emosi dan fizikal. Usaha membangunkan modal insan berdasarkan aspek-aspek tersebut hendaklah secara seimbang.Oleh hal yang demikian, pendidikan dilihat amat

(3)

2205

memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Bukan itu sahaja, pendidikan juga dilihat mampu menghasilkan modal insan yang dapat berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif, berkemahiran dalam menyelesaikan masalah, berkeupayaan dalam mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sentiasa berubah dan mencabar.

Selain menjadi pemacu kepada sesebuah negara, modal insan juga merupakan aset utama kepada sesebuah organisasi. Dimana modal insan adalah faktor pengeluaran kepada sebuah organisasi selain daripada faktor modal dan mesin. Kenyataan ini selaras dengan dapatan Fatoki (2011) dimana modal insan dan prestasi organisasi mempunyai hubungan yang signifikan. Beliau juga menyatakan bahawa sebagai salah satu input pengeluaran, modal insan akan memberi pulangan tambahan sekiranya pelaburan lebih dilakukan ke atasnya. Pelaburan ke atas modal insan juga diyakini akan meningkatkan produktiviti pengeluaran secara keseluruhan kerana pelaburan dalam ilmu pengetahuan tidak akan mengalami penyusutan seperti pelaburan ke atas tanah, tenaga kerja modal fizikal yang akan mengalami penyusutan nilai.

Oleh hal yang demikian, dalam merentasi era globalisasi yang kian pesat berkembang, modal insan adalah pelaburan yang terpenting bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan teknologi negara (Norasmah, Khairul Khairiyah & Hariyaty 2015; Muhammad Hazrul 2012).Modal dalam konteks ini merujuk kepada pembangunan terhadap manusia yang bertujuan untuk memberi pulangan atau hasil yang positif bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada masyarakat dan negara (Becker 1962). Modal insan juga tidak boleh diwarisi secara turun-temurun (Noor Hafizah et al. 2017) tetapi dibentuk dan dilatih melalui pelaburan dalam bidang pendidikan yang dilakukan secara berterusan (Haryati, Sharifah & Zakila 2009). Pembangunan modal insan merangkumi konsep pengetahuan, konsep kemahiran dan konsep nilai (Emizam et al. 2010). 3.0 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN DALAM PENDIDIKAN

SEKOLAH

Pendidikan rendah merupakan program pendidikan yang disediakan kepada murid yang berumur antara enam tahun hingga sebelas tahun ke atas.Ianya bertujuan untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira.Program pendidikan rendah ini memberi pengenalan kepada konsep asas sains, kemahiran pravokasional, kemahiran generik dan juga penerapan nilai-nilai murni. Bukan itu sahaja, pendidikan rendah turut menjadi asas kepada pembangunan serta pengembangan domain kognitif, afektif, dan psikomotor murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Kementerian Pendidikan Malaysia 2012).

Pendidikan menengah menyediakan program pendidikan yang lebih komprehensif serta berkualiti serta menerapkan nilai-nilai murni kepada murid yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun.Struktur pendidikan menengah memberi fokus kepada pendidikan umum kepada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga agar setiap pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu.Manakala, bagi Tingkatan Empat hingga Tingkatan Lima, pelajar lebih dijurus kepada aliran sastera, sains, agama, teknikal, vokasional dan kemahiran. Bagi Tingkatan Enam Rendah dan Tingkatan Enam Atas, ianya lebih memfokuskan kepada menyediakan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi ataupun alam pekerjaan (Kementerian Pendidikan Malaysia 2012).

Bagi meningkatkan pembangunan insan dalam kalangan pelajar, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memupuk nilai-nilai moral dan etika serta melahirkan warganegara yang

(4)

2206

bertanggungjawab. Pada tahun 2005, program j-QAF telah diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu pelajar memahami pembacaan dan penulisan Jawi, pembacaan dan penghafalan Al-Quran, mendapatkan kemahiran asas dalam bahasa arab dan memperkukuh serta menerapkan amalan fardhu ain yang diperkenalkan kepada pelajar beragama Islam di sekolah rendah dimana ia melibatkan murid Tahun Satu. Manakala mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan telah diperkenalkan pada tahun 2005 kepada murid Tahun Empat sekolah rendah dan Tingkatan Satu sekolah menengah bagi mewujudkan kesedaran mengenai peranan, hak dan juga tanggungjawab ke arah melahirkan masyarakat yang patriotik (Baharom & Mohamad Johdi 2009).

4.0 PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN KEWARGANEGARAAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Graduan yang lahir daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada hari ini merupakan aset penting untuk masa depan negara. Bukan itu sahaja, dengan cabaran dunia pada hari ini, memerlukan para graduan bukan sahaja untuk cemerlang di dalam akademik bahkan turut memiliki daya saing yang tinggi serta mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif yang mampu mencorak masa depan negara. Bagi memantapkan lagi pembangunan modal insan, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan.Ini adalah bertujuan untuk memantapkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam melahirkan pelajar yang berpersonaliti unggul yang merangkumi semua aspek (Baharom & Mohamad Johdi 2009).

Selain itu, sebagai gedung ilmu, IPT dilihat dapat memberikan sumbangan yang signifikan kepada kemajuan sosioekonomi negara dan pembangunan modal insan.Seiring dengan itu, maka lahirlah idea untuk membentuk modal insan yang bermutu tinggi hasil cetusan idea Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia.Cetusan idea ini telah dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK 9).Selain itu, pembangunan modal insan ini dianggap sesuatu yang penting dalam pembangunan negara.Hal ini kerana, insan merupakan faktor utama dalam semua strategi dan pelan tindakan untuk menggerakkan aktiviti dan program pembangunan negara.Bukan itu sahaja, melalui pembangunan modal insan, diharap dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Antara modal insan berminda kelas pertama adalah:

i. Pembangunan modal insan holistik ii. Pembudayaan sikap progressif iii. Ilmu pengetahuan dan kemahiran

iv. Modal intelektual iaitu ilmu sains, teknologi dan keusahawanan v. Nilai etika dan moral yang tinggi

Berdasarkan kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), usaha untuk membentuk modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu agenda terbesar dan utama dalam bidang pendidikan kerana graduan yang bakal dilahirkan merupakan pelapis dan akan menggantikan pucuk kepimpinan pada masa kini. Antara ciri pengetahuan yang diterapakan untuk modal insan berminda kelas pertama adalah:

i. Penguasaan dalam subjek teras dan keupayaan memanfaatkan ilmu pengetahuan ii. Penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris

iii. Minat secara berterusan untuk menimba ilmu menerusi pembelajaran sepanjang hayat iv. Memiliki ilmu pengetahuan am yang luas dan mengetahui tentang hak ehwal semasa

v. Menghargai seni, budaya dan sukan

(5)

2207

vii. Berkemahiran berkomunikasi dan penyampaian berkesan

viii. Mempunyai sikap kepimpinan dan mempunyai semangat kerja berpasukan.

Menurut Nurul Haerani dan Ahmad (2013), untuk membentuk pelajar yang merangkumi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial ia memerlukan penglibatan dalamkedua-dua bidang akademik dan juga kokurikulum. Antara faktor yang perlu diambil kira untuk membentuk kecemerlangan pelajar adalah persefahaman antara keperluan dan jangkaan IPT dengan keperluan pelajar.Perkara-perkara ini melibatkan pembelajaran, perkembangan dan juga kejayaan mereka.Tambahan lagi, menurut Nurul Haerani dan Ahmad (2013), IPT memainkan peranan penting dalam menerapkan pembangunan insan pelajar iaitu penerapan kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, disiplin, berkemahiran bekerja dalam kumpulan dan sebagainya. 5.0 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA

Masyarakat pembangun modal insan berazam dan berusaha untuk melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama yang akan menjanjikan sebuah tamadun yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Minda kelas pertama merupakan modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia yang merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.Minda kelas pertama memerlukan segenap usaha serta komitmen daripada setiap peringkat masyarakat untuk melahirkan modal insan (Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor. 2006).Setiap etnik, kelas sosial, komuniti dan institusi perlu mengambil bahagian dalam merealisasikan misi ini.Terdapat beberapa kepentingan modal insan dan langkah-langkah untuk melahirkannya.

Kepentingan yang pertama adalah untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang mampu berdaya saing dan berdaya maju dengan negara-negara membangun yang lain agar mampu dijadikan contoh oleh negara-negara di rantau Asia. Hal ini kerana modal insan kelas pertama adalah merupakan golongan tenaga muda yang mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan bagi memajukan lagi segala sektor-sektor yang penting di Malaysia. Golongan ini menjadi tulang belakang bagi memastikan negara Malaysia akan sentiasa membangun seiring dengan negara-negara maju yang lain. Golongan ini juga dianggap sebagai benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk kemajuan negara (Mustapha Kamal 2010).

Modal insan kelas pertama amat penting untuk menjana kemajuan negara Malaysia dalam semua bidang agar mampu menempah kemajuan serta perubahan ke atas negara Malaysia dari pelbagai aspek penting dan meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi seterusnya memperkukuhkan integrasi kaum. Hal ini terbukti apabila golongan minda kelas pertama ini telah mencuba untuk melakukan tranformasi secara keseluruhan atau perubahan drastik yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup, adat resam, budaya, dominasi ekonomi dan kewangan, perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan, teknologi maklumat, media cetak dan elektronik terhadap masyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia. Tindakan golongan ini melakukan tranformasi adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia agar selaras dengan taraf hidup masyarakat di negara-negara membangun yang lain.

Menurut Baharom & Mohamad (2009) strategi untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui pendedahan meluas terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang oleh golongan modal insan.Hal ini menunjukkan bahawa golongan ini perlu menyediakan diri dengan memiliki kemantapan informasi serta kemahiran dalam pelbagai bidang

(6)

2208

untuk melahirkan golongan modan insan kelas pertama.Melalui penguasaan ilmu pengetahuan ini, kita dapat mendedahkan bidang sains dan teknologi kepada seantero masyarakat Malaysia. Tindakan ini merupakan cara bagi melahirkan modal insan kelas pertama.Perkembangan era globalisasi adalah merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh modal insan agar mampu menghasilkan modal insan kelas pertama yang berpengetahuan, berinovasi serta berkualiti tinggi.

Seterusnya, melalui pengenalan Dasar 1 Murid 1 Sukan juga dapat melahirkan modal insan kelas pertama yang memiliki keseimbangan antara keperluan akademik dan keperluan fizikal dan juga memperkukuhkan disiplin diri melalui penyemaian sahsiah diri dan pematuhan kepada konsep rukun negara. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan berminda kelas pertama bukan sahaja melalui pencapaian akademik malah melalui pencapaian dalam bidang sukan (Mohd Faeez Ilias & Kamarul Azmi Jasmi 2011).Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Melalui dasar ini juga kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui bidang sukan.

Selain itu, menyingkap minat murid terhadap kepelbagaian aktiviti luar yang mencabar sekali gus melengkapkan diri pelajar dengan kualiti kepemimpinan, jati diri dan daya tahan seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dapat menghasilkan modal insan yang menjadi tunggak utama kepada pembangunan negara pada masa akan datang. Melalui program ini, modal insan dapat dibentuk menjadi insan yang bertanggungjawab serta mampu melakukan sesuatu perkara dengan usaha yang bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan.Golongan yang menyertai PLKN ini adalah golongan sasaran utama bagi melahirkan modal insan disebabkan oleh daya pemikiran yang dinamik, progresif dan eksklusif yang ada pada mereka.Dengan itu, mereka telah diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti berdasarkan corak dan acuan modul kerajaan.

Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa pembangunan modal insan bermindakan kelas pertama amat penting bagi menjadikan Malaysia bukan sahaja negara maju yang beridentitikan diri sendiri, malah akan menjadi contoh bagi negara-negara di seluruh pelosok dunia serta dapat mencungkil bakat dan potensi diri. Dalam konteks dunia global hari ini, modal insan yang benar-benar berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan dan kemegahan.Oleh itu, bersama-samalah kita melangkah maju ke hadapan berpaksikan pengetahuan serta bukan sahaja sekadar ingin menjadi negara maju tetapi negara maju yang mempunyai identitinya sendiri serta mampu melahirkan lebih ramai lagi modal insan kelas pertama.

6.0 ISU DAN CABARAN

Pembangunan modal insan adalah antara salah satu agenda utama negara untuk membentuk individu berketrampilan dan berkualiti dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Pembangunan modal insan bukan saja penting kepada pertumbuhan individu sahaja. Malah ia juga penting untuk pertumbuhan masyarakat, malah memberi kesan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, dalam membentuk serta menanamkan nilai-nilai tambah kepada modal insan bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dilakukan dalam masa yang singkat.Wujudnya pelbagai cabaran dan isu yang perlu ditempuh bagi mencapai matlamat yang dirangka dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) khususnya perihal pembangunan modal insan yang berkualiti dan holistik. Justeru, segala usaha perlu diambil untuk memperkuatkan sistem sokongan sosial yang sedia ada iaitu sistem keluarga, komuniti, agama, pendidikan dan organisasi sosial bagi menjamin pembangunan masyarakat yang seimbang(Baharom & Mohamad Johdi 2009).

(7)

2209 Kurang Jati Diri Dan Semangat Kenegaraan

Sebagai seorang rakyat yang mempunyai negara dan menjadi warganegara sesebuah negara, sudah menjadi kewajipan kepada mereka untuk menzahirkan dan mengamalkan semangat cintakan tanah air.Seorang modal insan yang baik dan berkualiti juga tidak terlepasdaripada tanggungjawab ini, jatidiri serta semangat kenegaraan merupakan eleman yang paling penting yang perlu ada dalam diri seorang modal insan yang berkualiti. Hal ini demikian kerana, jatidiri dan semangat kenegaraan akan menentukan hala tuju mereka untuk membawa negara selepas daripada ini. Semangat ini amat penting supaya generasi yang akan memimpin negara ini pada masa hadapan melakukan semua perkara demi untuk negara dan kepentingan negara dan tidak melakukan sesuatu perkara yang akan merugikan negara.

Namun begitu, cabaran yang paling utama untuk melahirkan modal insan yang bernilai tinggi dalam era globalisasi ini ialah modal insan yang mempunyai jati diri serta semangat kenegaraan yang tinggi.Dalam era globalisasi ini, negara berhadapan dengan satu suasana yang mana budaya masyarakat luar tidak dapat disekat daripada masuk ke negara ini dan perkara ini cukup memberi kesan yang mendalam dalam membentuk jati diri terutamanya dalam kalangan belia atau remaja. Penyebaran budaya dari luar telah menyebabkan terbentuknya satu masyarakat baru yang tiada identiti (the new society) (Halimah 2004).

Pembentukan ini telah mengakibatkan berlakunya asimilasi budaya dalam diri remaja menyebabkan budaya asal yang ada pada mereka kian terhakis dan juga sekali gus kecintaan kepada budaya mereka kian pudar, malah mungkin mereka tidak mempertahankannya(Noor Hafizah et al. 2017). Perkara ini merupakan perkara yang perlu dipandang serius kerana sekiranya tidak dibendung pada masa kini, dibimbangi akan memberi kesan kepada pembentukan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Jika diri mereka sendiri tidak mempunyai jatidiri dan kecintaan kepada tanah air yang kuat, bagaimana mereka dapat mentadbir negara ini pada masa hadapan.Bagi membendung perkara ini daripada terus menjadi parah sesuatu perlu dilakukan terutamanya dari awal persekolahan hingga ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) itu sendiri supaya kecintaan kepada negara itu dapat dipupuk kembali dalam diri mereka.

Guru Berkualiti Menguasai Kemahiran Dan Pengetahuan

Guru adalah arkitek sosial yang mempunyai agenda melaksanakan proses pendidikan secara berkesan bagi melahirkan modal insan yang memiliki jati diri, berilmu dan bertakwa. Dalam proses membina agenda negara ini, guru seharusnya berjiwa besar dan mampan kerana tugas ini adalah sangat kompleks dan mencabar warga guru. Tanpa guru yang berkualiti, adalah sukar untuk menjayakan sebarang pembangunan dan pembentukan disiplin seperti yang dirancangkan.Guru-guru juga mesti sedar betapa pentingnya usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan yang semakin mencabar ini.

Dengan adanya guru-guru yang berkualiti, ia merupakan aset yang penting kepada sesebuah negara dan menjadi aspirasi ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang,menepati hasrat negara bagi mewujudkan sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.Salah satu strategi untuk melahirkan guru yang berkualiti ialah dengan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Noor (2017), guru perlu memiliki kompetensi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan pelajar yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk pembangunan negara. Menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan berkesan, ia dapat menarik minat

(8)

2210

pelajar serta meningkatkan kemahiran dan aspek kognitif mereka dalam menghayati ilmu-ilmu baharu yang diajar(Mohd Noor 2017).

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran

Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru seperti globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang begitu pesat. Menerusi kajian Singh dan Chan (2014), Penggunaan TMK menjanakan satu persekitaran pembelajaran kreatif dan kondusif yang mampu mengubah proses pengajaran dan pembelajaran. TMK bukan sahaja dianggap sebagai alat tetapi juga sebagai penyokong cara baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan TMK memberi cabaran baru kepada profesion keguruan. Maka, kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abad ke- 21(Siti Hajar Halili & Suguneswary 2016).

Namun begitu, tahap sikap dan kemahiran TMK para guru untuk mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap yang sederhana (Suzlina Hilwani & Jamaluddin 2016). Hal ini kerana kerana terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan guru-guru tidak menerapkan pengajaran mereka berasaskan TMK dan Internet.Kajian Suzlina Hilwani dan Jamaluddin (2016) menunjukkan kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan sistem selenggara komputer tidak cekap di sekolah serta wujud permasalahan di bilik komputer. Malah, bebanan tugas-tugas sampingan yang banyak juga merupakan kekangan kepada para guru untuk mengaplikasikan kemahiran TMK dalam pengajaran di bilik darjah (Siti Hajar Halili & Suguneswary 2016).

Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV)

Dalam konteks menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 (4IR), Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) memainkan peranan penting dalam melahirkan produk insan yang seimbang dan dapat bersaing dalam dunia sebenar serta bekerja mengikut norma-norma yang murni yang lebih universal(Irwan Rosleh 2010).Fokus PTV kearah melahirkan modal insan berkemahiran tinggi perlu ditranformasikan kepada pembangunan insan “berminda kelas pertama”. Fenomena revolusi yang dihadapi di negara ini menuntut kepada keperluan modal insan yang mempunyai ciri-ciri sepertik-worker, kemahiran generik atau soft skills, latihan semula (re-training), pembelajaran berterusan, peranan pekerja di dalam komuniti, pembangunan kemahiran, komited dan bermotivasi, k-ekonomi dan sentiasa berfikiran kritis dan penyelesaian masalah(Minghat et al. 2013).

Di samping pekerja berpengetahuan, pengajar dalam bidang PTV juga perlu memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang yang diajar.Ini perlu agar seseorang pengajar itu lebih yakin dalam pengajaran di dalam bengkel PTV dan memberi kesan kepada pelajar yang diajar (Izlin Zuriani 2002).Hal ini secara tidak langsung dapat menepis andaian negatif yang sering berlaku di Malaysia di mana PTV dilihat sebagai pilihan terakhir kerana persepsi prospek kerjaya yang terhad. Hakikatnya, PTV sebenarnya menyediakan landasan alternatif yang baik bagi para pelajar merealisasikan potensi mereka(Minghat et al. 2013).Oleh itu, bagi melengkapkan keperluan modal insan yang holistik, usaha bersepadu perlu diperkenalkan untuk membuat anjakan paradigma masyarakat terhadap PTV.

(9)

2211 7.0 CADANGAN

Pembangunan negara haruslah berpaksikan kepada konsep pembangunan modal insan yang seimbang.Ia bukan sahaja seimbang dari segi pembangunan ekonomi malah ia juga perlu seimbang dari segi pembangunan dan kemajuan sosial. Kemajuan sosial ini adalah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual dimana ia bertujuan untuk mencapai matlamat utama pembangunan, iaitu kesejahteraan dalam masyarakat secara keseluruhannya.Golongan belia adalah golongan muda yang berdaya membangunkan sesebuah Negara.Maka, kerajaan perlulah merangka program-program untuk memberi peluang kepada para belia menyahut cabaran dan agenda kerajaan secara individu dan kolektif.

Pada peringkat pendidikan, guru-guru dan pensyarah hendaklah berkemahiran dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran mengikut perkembangan semasa.Seharusnya, guru yang lebih pakar dalam bidang TMK menjadi fasilitator kepada rakan guru yang lain, sama ada sewaktu bengkel dalaman mahupun secara tidak langsung seperti semasa berinteraksi di bilik guru.Malah, bagi peningkatan tahap profesionalime keguruan, mereka wajib meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka melalui program-program pembangunan profesionalisme yang disediakan oleh pihak sekolah mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Infrastruktur di setiap institusi pendidikan juga perlu dilaksanakan penambahbaikan dengan peralatan dan perisian yang lengkap, serta kakitangan pendidikan mendapat latihan yang mencukupi untuk memastikan penggunaan TMK berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran.Dengan ini, para guru dapat mendepani cabaran untuk melengkapkan diri dengan kemahiran TMK, menangani masalah disiplin dan gejala sosial, melaksanakan pengurusan sekolah yang berkesan, merealisasikan harapan masyarakat yang tinggi dan sebagainya.

Selain itu, kerjasama di kalangan sektor awam dan sektor swasta serta sukarela perlu dipertingkatkan untuk mewujudkan satu sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat yang berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab semua.Pencapaian sebuah negara harmoni yang sebenar, hendaklah berpaksikan kepada semangat pewujudan perlembagaan yang asal.Untuk menyumbang kepada pembangunan modal insan secara menyeluruh, peranan institusi yang telah dilantik oleh kerajaan seharusnya perlu bergerak aktif dan wajar melalui transformasi bersesuaian dengan kehendak semasa. Modul-modul kursus harus dikaji semula, diperhalusi dan dirombak sekiranya perlu bagi melengkapkan set nilai yang berkualiti kepada individu.

8.0 KESIMPULAN

Pembangunan modal insan ialah proses pendidikan manusia dengan tumpuan terhadap aspek fizikal dan spiritual secara bersesuaian dengan fungsi dan peranan setiap komponen secara tepat.Matlamat pembangunan insan ialah untuk membina diri manusia supaya layak menjadi anggota masyarakat yang dapat menjalankan tugasnya dengan baik.Malah, modal insan menjadi peneraju utama dalam membentuk sebuah negara yang maju serta seimbang dalam pembangunan ekonomi dan sosialnya, memiliki warga yang bersatu-padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju, dan berpandangan komprehensif.Oleh itu, pelaburan dalam setiap institusi pendidikan dan pembangunan modal insan di Malaysia sangat kritikal dalam menzahirkan masyarakat yang memiliki akal budi luhur, berfikiran terbuka dan berpandangan jauh. Tambahan lagi, ia memastikan bahawa kualiti modal insan yang dihasilkan dapat menempatkan diri dalam persaingan dunia pekerjaan dan memberi jasa serta sumbangan yang bermakna kepada pembangunan bangsa dan pemodenan negara.

(10)

2212 RUJUKAN

Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor. 2006 Dimensi pengurusan Islam, mengurus kerja dan mengurus modal insan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ayob, N. A., Daud, S. & Ismail, M. T. 2016. Modal insan , daya saing dan prestasi usahawan wanita di Malaysia : Analisis kualitatif usahawan wanita bumiputera di Melaka. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space 10(10): 56–67.

Baharom, M. & Mohamad Johdi, S. 2009. Pembangunan Modal Insan Sebagai Satu Pelaburan Penting Dalam Konteks Pembinaan Negara. Seminar Pembangunan Modal Insan 2009, hlm. 1–17. doi:10.3102/0034654314532696

Becker, G. S. 1962. Investment in human capital: a theoretical analysis. Journal of Political Economy 7(5).

Emizam, E., Muhammad Nazri, A. H., Mohd Shah, Y. & Arfieen, M. 2010. Pembangunan Modal Insan Melalui Pengajaran dan Pembelajaran. Seminar Penyelidikan dan Inovasi (SPIN 1/2010), hlm. 104–108.

Fatoki, O. O. 2011. The Impact of Human, Social and Financial Capital on the Performance of Small and Medium-Sized Enterprises ( SMEs ) in South Africa, 29(3): 193–204.

Halimah, A. 2004. Human capital and technology development in Malaysia. International

Education Journal 5(2): 239–246. Retrieved from

http://ehlt.flinders.edu.au/education/iej/articles/v5n2/Awang/paper.pdf

Hamat, M. F. & Nordin, M. K. N. C. 2012. Tinjauan kepentingan pembangunan modal insan di Malaysia(Review on the importance of human capital development in Malaysia). Jurnal Al-Tamaddun 7(1): 75–89.

Haryati Shafii1, S. M. S. M. & Z. A. R. 1. 2009. Pembangunan Modal Insan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat Haryati. International Conference on Human Capital Development (ICONHCD 2009), 25-27 May 2009, Kuantan, Pahang ISBN 978-967-5080-51-7, (May), 25–27.

Ilias, M. F. & Jasmi, K. A. 2011. Peranan pendiidkan Islam dalam pembangunan modal insan kelas pertama. Persidangan Kebangsaan Sains Sosial pada 20 dan 21 April 2011 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), hlm. 1–16.

Irwan Rosleh. 2010. Tranformasi PTV ke arah Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama. Jurnal Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 1–12.

Malaysia, K. P. 2012. Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Mat Akhir, N. S. & Sabjan, M. A. 2014. Pembangunan modal insan dari perspektif kerohanian agama: Islam sebagai fokus. Journal Of Human Capital Development 7(1): 33–48.

Minghat, A. D., Yasin, R. M., Subari, K. & Noordin, K. 2013. Strategi Kelasterian Pembangunan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV). 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013) (Isqae): 493–504.

Mohd Faeez Ilias & Kamarul Azmi Jasmi. 2011. Peranan pendidikan islam dalam pembangunan modal insan kelas pertama. Dalam Persidangan Kebangsaan Sains Sosial di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), 20 - 21 April 2011.

(11)

2213

Mohd Noor, M. Z. 2017. Guru Berkualiti - Kuasai Kemahiran Dan Pengetahuan.

Mok Soon Sang. 2009. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mustapha Kamal Ahmad Kassim, Zahiah Haris @ Harith & Abdullah Yusof. 2010.

Pembangunan modal insan dan tamadun Islam dari perspektif pendidikan guru. Prosiding dalam The 4th International Conference on Teacher Education. Join Conference UPI & UPSI. Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010, 38-48.

Norazri bin Mohd Zaidin. 2015. Penerapan Nilai-Nilai Murni dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran ke arah Pembentukan Sahsiah Pelajar di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, 1–43

Noor Hafizah, M. H., Ahmad Munawar, I., Maizan, M. & Norsaleha, M. S. 2017. Elemen Pembangunan Modal Insan Dalam Program Pemulihan Remaja Di Taman Seri Putri, Cheras. International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017, hlm. 202–217.

Norasmah, O., Khairul, K. K. & Hariyaty, A. W. 2015. Tahap Daya Saing Pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia 40(2): 139–149. doi:10.17576/JPEN-2015-4002-06

Nurhanani Aflizan, M. R. & Zarinah, H. 2014. Human capital and economic growth: Empirical evidence from Malaysia. Recent Trends in Social and Behaviour Sciences, hlm. 135–139. NurulHaerani, B. M. & Ahmad, B. E. 2013.Pembangunan Modal Insan Holistik Pelajar Menerusi

Aktiviti Kokurikulum Politeknik, 1–12.

Roslan, bin M. & Siti Aishah, binti A. B. 2010. Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan.Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat, Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei Darussalam, 1–14. Retrieved from http://eprints.um.edu.my/3123/

Saharia, H. I. 2015. Pembangunan Insan Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Journal of Human Capital Development, 8(2), 83–99. doi:ISSN: 1985-7012

Siti Hajar Halili & Suguneswary. 2016. Penerimaan guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berasaskan Model Tam dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Tamil. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 4(2): 31–41.

Siti Hasnah, B. B., Mohd Mahzan, B. A. & Abdul Razaq, B. A. 2015. Penerapan Kompetensi Kewarganegaraan Melalui Pelaksanaan Pendidikan Sivik (PSK) Dan Kewarganegaraan Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Malaysia, 1015–1020.

Suriati, A. A. 2016. Model Konsep Persembahan Multimedia Bersepadu Bagi Guru Di Malaysia. Suzlina Hilwani, B. & Jamaluddin, B. 2016. Tahap Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Guru

Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan Web 2.0 Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)

Referensi

Dokumen terkait