• Tidak ada hasil yang ditemukan

IMPAK POSITIF DARIPADA PANDEMIK COVID-19 KEPADA INSTITUSI KEKELUARGAAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "IMPAK POSITIF DARIPADA PANDEMIK COVID-19 KEPADA INSTITUSI KEKELUARGAAN"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

7 IMPAK POSITIF DARIPADA PANDEMIK COVID-19 KEPADA INSTITUSI KEKELUARGAAN

Noor Fiteri bin Abdullah Masnisah binti Mukhtar

ABSTRAK

Dunia dikejutkan kehadiran pandemik Covid-19 yang merubah norma kehidupan manusia daripada kebiasaan. Kesan ini turut dirasai oleh setiap institusi keluarga yang merupakan kelompok asas dalam sesebuah komuniti. Rutin dalam kehidupan berkeluarga yang menjadi kebiasaan terpaksa diubah dek kerananya. Kajian-kajian sebelumnya mendapati terdapat pelbagai impak baik negatif atau positif wujud kesan daripada bawaan wabak ini. Artikel ini memberi penekanan khusus kepada impak positif daripada pandemik Covid-19 kepada institusi keluarga. Kajian bersifat penerokaan oleh sebab ia merupakan isu baharu dengan sumber yang terbatas. Literatur kajian adalah berdasarkan rujukan diperoleh daripada sumber-sumber bacaan berkaitan pandemik Covid-19 dan konsep norma baharu kepada institusi keluarga. Di samping itu juga pemerhatian dan pengalaman secara kendiri juga menjadi hasil dapatan kepada kajian. Fokus kesan positif pandemik ini institusi keluarga dilihat daripada segi spiritual, tabiat dan sikap. Hasil tulisan ini mendapati terdapat beberapa pengajaran merujuk kepada impak positif berguna untuk dijadikan rujukan atau panduan pada masa akan datang. Konsep faham dan kembali kepada ajaran agama merupakan kunci kepada mendapatkan impak positif daripada sebarang bentuk musibah atau bala yang diturunkan.

Kata kunci: Covid-19, Impak, Keluarga, Pandemik, Positif

PENGENALAN

Takrif keluarga merujuk kepada anggota seisi rumah tangga (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010). Institusi ini terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak. Ia merupakan ahli asas di dalam komuniti sebelum melebar menjadi kelompok yang lebih besar. Walaupuan keluarga merupakan entiti yang kecil dalam masyarakat tetapi ia merupakan tonggak kepada keutuhan dan kekuatan sesebuah negara. Perkara ini telah dinyatakan dalam banyak penyelidikan lepas. Menurut Mualimin, Mochammad Sahidi, Hasnizam, Hashim dan Fettane (2020) menyatakan kegoyahan sesebuah negara mendorong kepada keruntuhan tamadun manusia.

Kajian lain mendapati keluarga membentuk amalan dan perlakuan seseorang secara tidak formal (Azizi, 2007). Carian yang dinyatakan ini dan banyak lagi dalam rentetan penulisan menjelaskan tentang kepentingan institusi keluarga. Tambahan lagi berdasarkan pengalaman dalam kehidupan seharian mendapati ia merupakan fakta yang tidak dapat disangkal.

Seluruh dunia telah diuji dengan kehadiran pandemik Covid-19 yang menimbulkan pelbagai kesan kepada manusia. Banyak pihak yang terkesan daripadanya. Ia telah mengubah kehidupan manusia kepada norma baharu dalam banyak aspek. Keseriusan pandemik dapat diperhatikan sehingga mewajarkan pihak berkuasa mewujudkan garis panduan pembudayaan norma baharu kepada masyarakat bagi tujuan pencegahan penularannya (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020). Tidak sekadar peringatan malah penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 mengukuhkan tahap bahaya wabak tersebut.

Pemerhatian kepada institusi keluarga pra Covid-19 dan semasa pandemik dalam norma kehidupan seharian didapati mengalami perubahan yang ketara. Perubahan ini banyak memberi cetusan idea untuk dijadikan topik kajian. Pebagai perspektif dalam isu kekeluargaan timbul dan dibincangkan oleh banyak peringkat. Dasar kawalan pergerakan dilihat menjadi pemangkin kepada perubahan ini. Dasar kerajaan ini telah membuka ruang baharu yang membawa kepada kesan positif dan negatif kepada semua ahli dalam institusi keluarga.

Kewujudan kes-kes seperti hilang punca pendapatan akibat diberhentikan kerja (Raja Noraina & Yusmizal, 2021), kemurungan (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, 2021), perceraian (Mohd Hafiz, 2020), bunuh diri (Abdul Hakim, 2021) dan banyak lagi dilaporkan bahana daripada Covid-19. Sumber yang dinyatakan ini semuanya mempunyai kaitan dengan intitusi kekeluargaan. Media massa memberi liputan luas berkaitan dengan kes yang berunsur negatif ini.

Setiap kejadian yang berlaku pasti mempunyai hikmah yang tersendiri. Ia boleh dilihat dalam konteks positif ataupun sebaliknya.

Walaupun banyak laporan menunjukkan unsur-unsur negatif, kajian ini cuba mengumpul sumber impak positif daripada pandemik Covid-19 kepada institusi keluarga. Kajian mendalami dengan merujuk pelbagai sumber yang terhad dan diharapkan dapat mencetus lebih banyak kajian dalam isu yang sama pada masa akan datang.

ULASAN KARYA

1.0 Keluarga Islam pra Covid-19

Ajaran Islam menekankan keluarga merupakan institusi pendidikan pertama dalam kehidupan manusia. Ibu bapa merupakan pemandu yang bertanggungjawab memberi pendidikan awal kepada anak-anak. Setiap anggota keluarga perlu sedar amanah yang diberikan oleh Allah sebagai ketua keluarga, pengurus rumah tangga dan bersifat ihsan kepada ibu bapa masing-masing bagi bapa, isteri dan anak-anak (Urus Setia Pembangunan Wanita, 2015).

(2)

8

Pendekatan Islam telah menggariskan nilai-nilai murni untuk diamalkan dalam institusi keluarga. Amalan seperti berkumpul bersama sambil bertanya khabar, solat berjemaah, makan bersama, beraktiviti bersama dan banyak lagi merupakan praktis terpuji yang boleh merapatkan hubungan kekeluargaan. Namun, kesibukan kerjaya dan persekolahan menyebabkan berlaku batasan waktu untuk mengamalkan nilai-nilai yang dinyatakan di atas.

Rutin kehidupan berkeluarga pra Covid-19 kebanyakan orang bermula seawal pagi dengan persiapan ke tempat kerja dan ke tempat pengajian masing-masing untuk ibu bapa dan anak-anak. Hampir sepertiga hari dihabiskan sama ada di tempat kerja dan sekolah.

Baki masa pada waktu petang atau awal malam berada di rumah untuk menyiapkan makan malam, kerja-kerja rumah dari sekolah dan santai menonton dalam masa yang terhad sebelum tidur. Inilah rutin yang dilalui seharian oleh kebanyakan keluarga sebelum ini.

Keadaan berubah apabila wabak mula menguasai massa. Senario ini memaksa pihak kerajaan mengenakan sekatan kawalan pergerakan yang mengehadkan orang ramai daripada menghadiri pekerjaan dan persekolahan. Natijahnya kehidupan lebih tertumpu di kawasan kediaman, lebih tepat lagi berada di rumah sendiri.

Lumrah kehidupan manusia akan diuji dengan kesenangan dan kesusahan. Kehidupan di dunia ini pada hakikatnya akan menjadi lebih baik dan terarah jika seseorang berfikir dan bertindak secara positif. Kewujudan pandemik Covid-19 juga jika dilihat dari sudut pandang positif banyak yang boleh dijelaskan.

2.0 Pengembangan aspek-aspek positif dalam institusi keluarga

Nilai positif daripada segi spiritual atau kerohanian didapati menjadi tema dominan dalam kajian ini. Konsepnya ialah kembali kepada ajaran dan perintah Allah. Keluarga yang beriman akan berlapang dada jika mengambil musibah ini sebagai satu peringatan daripada yang Maha Esa kepada hamba.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengingatkan orang ramai agar bermuhasabah dan bersabar dengan ujian yang diturunkan oleh Allah (Astro Awani, 2020). Bermuhasabah merujuk kepada perbuatan menilai diri seterusnya mengambil pendekatan membuat perubahan yang baik kepada diri, keluarga dan orang lain. Beliau menyarankan agar mengambil hikmah secara positif terhadap ujian yang menimpa.

Nilai moral kembali kepada pencipta dapat dijelaskan hasil ulasan dan perbincangan tokoh-tokoh agama dan cendikiawan Islam.

Keluarga Islam perlu kepada penerapan yang lebih kukuh kepada ahli keluarga seluruhnya. Penekanan memahami konsep ajaran agama juga disokong oleh perbincangan seterusnya.

Kewajaran untuk kembali kepada Allah dengan memahami konsep beragama dengan lebih bersungguh juga ditekan untuk diamalkan (Mohamed, 2020). Memahami ajaran agama dapat mewujudkan perasaan tenang dalam jiwa seseorang yang redha dengan ketentuan Ilahi. Nilai ini dapat membina kepercayaan usaha kita perlu kepada konsep takwa dan tawakal kepada Allah.

Usaha yang dilakukan oleh makhluk perlu kepada izin Allah untuk dimakbulkan.

Keutamaan keluarga menjadi isu perbincangan yang paling banyak diperkatakan. Kesempatan berada di rumah menjadikan ruang beraktiviti bersama dengan lebih banyak dapat diperuntukkan. Mualimin et.al (2020) menjelaskan konsep keutamaan keluarga (family first) sebagai satu kesempatan yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Ia merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan kasih sayang (Yusri, 2020) dan menghubungkan silaturahim (Urus Insan, 2020).

Kesibukan tugasan dalam pekerjaan dan pelajaran menjadi penghalang secara tidak langsung kepada pergaulan yang lebih akrab di kalangan ahli keluarga. Peruntukan masa seharian banyak dikorban di tempat kerja atau di institusi pendidikan sehingga menyusut masa peruntukan untuk bersama keluarga.

Serangan pandemik Corona ini juga telah membuka minda manusia untuk menghargai nikmat yang dilupakan sebelum ini. Masa berkualiti dengan ahli keluarga ialah nikmat yang berharga yang dimaksudkan. Kawalan pergerakan memberi peluang masa untuk solat berjemaah bersama, melakukan aktiviti bersama pasangan dan anak-anak, dan berbincang dan meluahkan perasaan dan pandangan secara kolektif. Kesempatan meluangkan masa ini merupakan ruang yang jelas untuk mengukuhkan hubungan yang direnggut oleh urusan kerjaya (Muhamaad Razis, 2020).

Penjagaan kesihatan dan kebersihan juga turut menjadi penekanan kepada ahli keluarga sepanjang kehadiran wabak ini. Kepekaan terhadap perkara ini disepakati oleh penyelidik dan ilmuwan. Ini dapat diperhatikan dengan keseriusan terhadap penjarakan sosial, memakai pelitup muka, menggunakan cecair sanitasi dan banyak lagi bagi mengelakkan jangkitan virus Covid-19. Anis Yusai (2020) menjelaskan masyarakat sebelumnya tidak mengambil berat tentang cecair pembasmi kuman atau pemakaian pelitup muka seperti mana keadaan sekarang. Hal ini juga disokong oleh Mohamed (2020) dengan menyatakan penjagaan kesihatan dan kebersihan ini dapat membentuk tabiat yang murni dalam keluarga.

Impak positif yang dapat diperhatikan juga ialah ihsan atau peka kepada orang lain. Ihsan merujuk kepada kebaikan tanpa balasan.

Sifat ihsan ini bukan sahaja dilihat dalam konteks ahli keluarga semata-mata tetapi merentas komuniti. Ihsan orang ramai dalam memberi sumbangan merupakan nilai positif yang berleluasa. Sumbangan dan bantuan kepada ahli keluarga, jiran tetangga, pekerja barisan hadapan dan golongan yang kehilangan kerja yang memerlukan bantuan disambut baik oleh orang ramai, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan (Che Noor Ayuni, 2020).

(3)

9

Peluang yang tidak dilupakan juga ialah ruang untuk menambah ilmu dan kemahiran. Masa yang berbaki boleh digunakan untuk membaca (Yusri, 2020). Pembacaan dapat mencerna ilmu untuk menghasilkan kepandaian yang pelbagai, Hasil daripada penambahan ilmu dan kemahiran ini dapat menghasilkan hasil atau produk yang kreatif dan inovatif (Mohd Bakri, 2020). Malah ada yang boleh membina peluang untuk menjana pendapatan melalui perniagaan dengan ilmu dan kemahiran yang dipraktikkan.

METODOLOGI KAJIAN

Pandemik Covid-19 merupakan isu yang baharu timbul dalam topik perbincangan massa. Keterbatasan sumber menjadikan topik ini perlu dicambahkan lagi mauduk perbincangan.Kajian impak positif ini menggunakan kaedah penerokaan kepada pencarian tema nilai-nilai positif yang didapati pelbagai sumber. Kemudahan sumber dalam talian daripada artikel, e-prosiding, berita akhbar dalam talian, dan dasar kerajaan merupakan sumber rujukan kajian ini. Selain itu pemerhatian yang dijalankan digabungkan secara bersama untuk menghasilkan dapatan perbincangan seperti berikut.

DAPATAN/PERBINCANGAN

Merujuk kepada kajian yang dilakukan terdapat impak positif yang boleh disimpulkan seperti dapatan berikut. Ia boleh dipecahkan kepada nilai yang bersifat spiritual dan nilai yang melibatkan tabiat dan sikap.

1.1 Kembali kepada Allah

Terdapat kewajaran untuk kita bermuhasabah setelah dikurniakan kehidupan yang selesa tanpa sebarang ujian sebelum ini. Allah telah memberikan banyak nikmat yang dilupakan sehinggalah timbulnya wabak ini. Perbuatan bermuhasabah diri, bersabar, berfikiran positif dan bersyukur sepatutnya menjadi amalan yang sentiasa diulang. Ia sepatutnya menimbulkan keinsafan atas kelemahan kita sebagai manusia. Keyakinan tentang kekuasaan Allah perlu dipertingkatkan dengan melakukan amalan orang yang bertakwa dan berserah diri kepada Ilahi sesudahnya. Keimanan ini dapat mewujudkan keluarga yang menerima ketentuan Allah dengan hati terbuka dan berlapang dada.

1.2 Melaksanakan ibadah secara praktikal dan berdikari

Keadaan yang mengehadkan untuk melakukan ibadah dalam kelompok yang ramai seperti di masjid atau tempat ibadah yang lain telah memberi pengalaman yang berguna untuk dipraktikkan secara kendiri. Amalan solat jemaah, solat dan khutbah hari raya, solat terawih dan beberapa ibadah lain telah menjadikan suami atau bapa bagi setiap keluarga perlu bersedia untuk melaksanakannya. Keakraban institusi keluarga akan lebih menyerlah apabila unsur-unsur kerohanian ini diamalkan secara bersama.

1.3 Menghargai setiap ahli keluarga

Konsep keutamaan hubungan kekeluargaan menjadi lebih bernilai bila wujudnya musibah ini. Peruntukan masa yang banyak dapat mengeratkan kasih sayang dan juga merapatkan hubungan silaturahim dengan bermacam pendekatan hatta menggunakan teknologi bagi yang berjauhan. Kebersamaan di rumah mewujudkan satu bentuk penghargaan kepada pasangan dan anak-anak dengan tidak mengambil mudah setiap perkara seperti sebelumnya. Hubungan kekeluargaan akan menjadi rapat dan bertaut dengan baik apabila setiap ahli menghargai satu sama lain.

1.4 Penjagaan kebersihan, kesihatan dan keselamatan

Kesedaran tentang keperluan kebersihan dan nikmat kesihatan di kalangan ahli keluarga dan masyarakat telah meningkat baik. Ia seakan sudah mula membentuk satu tabiat atau norma baharu. Masing-masing peka, mengambil pendekatan berhati-hati dan sedar akan tanggungjawab dan keperluan untuk menjaga penjarakan, memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman dengan kerap. Penjagaan makanan juga telah diberikan penekanan kerana mempunyai masa yang mencukupi. Di samping riadah dan sukan juga diberikan penekanan yang cukup dilakukan di kawasan rumah. Kepekaan dan kesedaran ini juga menonjolkan perasaan sayang-menyayangi antara keluarga apabila masing-masing mengambil berat tentang kebersihan, kesihatan dan keselamatan ahlinya.

1.5 Menambah ilmu dan kemahiran

Kesibukan pra Covid-19 bukan menjadi alasan untuk tidak membaca atau menambah ilmu dan kemahiran. Kelebihan masa yang terluang dilihat sebagai satu peluang yang direbut untuk menambah bahan bacaan atau mencari ilmu baru seperti ilmu dalam bidang agama, teknologi maklumat, masakan, pertanian dan pertukangan. Institusi keluarga menjadi pendorong yang terbaik dalam menyokong usaha murni menambah ilmu dan kemahiran ini.

1.6 Memanfaatkan masa dengan sebaiknya

Cara yang terbaik untuk menghargai masa ialah dengan memanfaatkan masa tersebut dengan sewajarnya. Peruntukan waktu dua puluh empat jam sehari yang dihabiskan di rumah, jika diatur dengan jadual aktiviti yang sesuai dan tersusun, banyak perkara bermanfaat dapat dilakukan bersama keluarga. Peruntukan untuk beribadah, riadah, makan, mengemas rumah dan banyak lagi boleh dilakukan secara bersama dalam tempoh masa tersebut. Masa berkualiti ini dapat mengeratkan cinta dan kasih dalam hubungan ahli keluarga.

1.7 Bersifat Ihsan dan menghargai orang lain

Kesusahan dan kepayahan akibat kehilangan punca pendapatan yang berlaku dalam masyarakat telah mengajar ahli keluarga untuk menghayati sifat ihsan. Ihsan terhadap kesusahan dan kesempitan orang lain telah memupuk amalan yang baik dengan memberi sumbangan kepada yang memerlukan dan menghargai insan yang berada di sekeliling sama ada

(4)

10

ahli keluarga atau mereka yang berkorban memerangi pandemik Covid-19 ini. Peluang ini terbuka untuk bersifat ihsan menghargai jiran/ sahabat, barisan hadapan, majikan dan kerajaan. Konsep sifat ihsan ini perlu kepada dorongan keluarga dan ia dijana daripada nukleus keluarga sebelum disebar kepada orang lain.

1.8 Menjadi kreatif dan inovatif serta membina peluang baharu

Peluang masa yang dimanfaatkan juga telah banyak menghasilkan perkara-perkara yang baharu daripada usaha dan kreativiti di kalangan orang ramai. Timbul idea-idea yang kreatif dalam pelbagai bidang aktiviti seperti masakan, berkebun, kraf tangan dan banyak lagi aktiviti bagi memenuhi masa yang ada. Tambahan lagi dengan kewujudan teknologi ini menjadikan sesuatu perkara dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi. Impak daripada kegawatan ini juga muncul peluang-peluang baharu untuk menjana pendapatan dan peluang positif yang lain.

Rajah 1.0: Ringkasan impak positif daripada dapatan kajian

(5)

11

PENUTUP

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah dapat digariskan beberapa impak positif daripada pandemik Covid-19 terhadap institusi kekeluargaan. Konsep kembali kepada Pencipta iaitu beriman kepada Tuhan dan mengamalkan sikap dan tabiat yang baik dalam kehidupan berkeluarga merupakan kunci utama kepada penghasilan impak yang positif ini. Dapatan yang dibincangkan ini mempunyai nilai dan manfaat yang boleh menjadi panduan dan pengajaran. Ia menjadi hikmah dan nikmat di sebalik musibah yang telah mengubah rutin kehidupan dahulu kepada norma yang baharu khususnya bagi institusi kekeluargaan. Artikel ini diharapkan dapat menjadi cetusan idea untuk dikembangkan lagi pada kajian yang akan datang.

RUJUKAN

Abdul Hakim, R. (2021, July 1). 468 kes bunuh diri bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini - PDRM. Astro Awani.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/468-kes-bunuh-diri-bagi-tempoh-januari-hingga-mei-tahun-ini-pdrm-306084 Anis Yusai, Y. (2020). Antara COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan dan Kedegilan Masyarakat. Astro Awani.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/antara-covid19-perintah-kawalan-pergerakan-dan-kedegilan-masyarakat- 236221

Astro Awani. (2020). Covid-19:Umat Islam Perlu Terus Muhasabah Diri. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita- malaysia/covid19-umat-islam-perlu-terus-muhasabah-diri-dr-zulkifli-235552

Azizi, Y. (2007). Pembentukan Personaliti Remaja. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository.

http://eprints.utm.my/id/eprint/6034/1/aziziyah_personaliti.pdf

Che Noor Ayuni, Z. (2020, March 28). COVID-19: NGO, individu bantu ringankan beban. Berita Harian Online.

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/670491/covid-19-ngo-individu-bantu-ringankan-beban Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Pembudayaan Norma Baharu dalam Komuniti bagi Mencegah Penularan Covid -19.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. (2021). Gelombang Ketiga Pandemik Covid-19 Tekanan dan Cabaran Keibubapaan. Malaysia Population Research Hub; Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

https://mprh.lppkn.gov.my/2021/06/04/gelombang-ketiga-pandemik-covid-19-tekanan-dan-cabaran-keibubapaan/

Mohamed, A. (2020, March 7). Komentar Hikmah di Sebalik Wabak Covid-19 Apa yang Boleh Kita Pelajari Darinya. Berita Mediacorp. https://berita.mediacorp.sg

Mohd Bakri, B. (2020, April 23). COVID-19 buka ruang kreatif ahli sains. Berita Harian Online.

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/04/680640/covid-19-buka-ruang-kreatif-ahli-sains

Mohd Hafiz, I. (2020, December 29). Kes perceraian di Malaysia rekodkan peningkatan luar biasa. Sinar Harian Online.

https://www.sinarharian.com.my/article/116749/BERITA/Nasional/Kes-perceraian-di-Malaysia-rekodkan-peningkatan- luar-biasa%0A

Mualimin, Mochammad Sahidi; Hasnizam, Hashim & Fettane, A. (2020). Prinsip Keluarga Islam Mendepani Norma Baharu Semasa Pandemik Covid 19. In M. Siti Rubaini, A. Syaza, M. S. Mohd Adil Mufti, & A. Roslee (Eds.), Seminar

Antarabangsa Islam dan Sains (SAIS2020) (pp. 192–203). USIM Press.

https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6798

Muhamaad Razis, I. (2020, March 23). Masa Eratkan Hubungan Keluarga. Harian Metro Online. www.hmetro.com

Raja Noraina, R. R., & Yusmizal, D. A. (2021, March 1). 121,297 diberhenti kerja, menganggur akibat Covid-19. Harian Metro Online. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/679318/121297-diberhenti-kerja-menganggur-akibat-covid-19- metrotv

Urus Insan. (2020). 13 Aktiviti Manfaat Di Rumah Semasa Covid-19. Urus Insan. https://www.urusinsan.info/13-aktiviti-manfaat- di-rumah-semasa-covid-19/

Urus Setia Pembangunan Wanita, K. & K. K. N. K. (2015). Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan (5th ed., Issue October). Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan.

https://www.kelantan.gov.my/index.php/kerajaan-negeri/dasar-dasar-kerajaan/889-dasar-keluarga-mawaddah-kelantan- terbitan-urus-setia-pembangunan-wanita-keluarga-kebajikan-neg-kelantan/file

Yusri, Y. (2020). 19 Hikmah Perintah Kawalan Pergerakan untuk Dihayati Bersama. UTHM News.

https://news.uthm.edu.my/ms/2020/04/covid-19-19-hikmah-perintah-kawalan-pergerakan-untuk-dihayati-bersama/

Noor Fiteri bin Abdullah

Politeknik Hulu Terengganu, 21700 Hulu Terengganu, Malaysia Email: noorfiteri@pht.edu.my

Masnisah binti Mukhtar

Politeknik Hulu Terengganu, 21700 Hulu Terengganu, Malaysia Email: masnisah@pht.edu.my

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian tentang distribusi dan kelimpahan larva ikan telah dilakukan di Perairan Pulau Pari selama bulan Juni-November 2010 dengan tujuan untuk mengetahui sebaran spasial

i) Kajian ini penting kerana kebanyakan kajian mengenai kaedah kepimpinan dan perancangan strategik dalam pengurusan kualiti merujuk kepada institusi

Berdasarkan fenomena di atas maka peneliti hendak meneliti penyebab kenaikan jumlah penjualan di tahun 2018 tersebut dengan melihat dari kualitas produk,

Ketika dipasangkan dengan perangkat yang kompatibel, Anda dapat menggunakan headset untuk mengontrol panggilan telepon masuk dan keluar atau untuk mendengarkan musik..

Dengan fototerapi bilirubin dalam tubuh bayi yang dapat dipecah dan menjadi mudah larut dalam air tanpa harus di ubah dahulu oleh organ hati, terapi sinar juga berupaya menjaga

Dalam studi manajemen, kehadiran konflik pendidikan tidak bisa terlepas dari permasalahan keseharian yang dirasakan oleh pengelola lembaga pendidikan. Konflik tersebut

Bagi seorang Muslim, apabila disebut tentang ilmu Tauhid, Usul al-Din atau Ilmu Kalam perkara utama sekali yang berlegar di ruang fikirannya tentulah berhubung dengan

Stations) pada stasiun data kampus baru Fakultas Teknik Universitas Hasanuddin di Gowa yang dioperasikan sejak bulan Agustus 2013 hingga sekarang. Pengolahan dan