• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh Soalan Kaedah Perbandingan.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Contoh Soalan Kaedah Perbandingan."

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 1

Topik: Rekod Tak Lengkap

Soalan tanpa ambilan dan modal tambahan

Contoh 1:

Syahid memulakan perniagaannya dengan modal permulaan sebanyak RM5,000 pada 1 Januari 2018. Modalnya telah bertambah kepada RM7,500 pada 31 Disember 2018.

Berapakah untung atau rugi bersih Perniagaan Syahid bagi tahun berakhir 31 Disember 2018?

Jawapan:

Untung / (rugi) bersih = Modal akhir – Modal awal

= 7,500 – 5,000 = RM2,500 (Untung bersih)

Contoh 2:

Maklumat berikut telah diperoleh daripada catatan KV Trading yang tidak menyimpan rekod perakaunan yang lengkap.

1 Jan 2018 RM

31 Dis 2018 RM

Jumlah aset 21,450 26,680

Jumlah liabiliti 5,920 4,580

Berapakah untung atau rugi bersih KV Trading bagi tahun berakhir 31 Disember 2018?

Jawapan:

Modal = Aset – Liabiliti

Modal awal = 21,450 – 5,920 = RM15,530 Modal akhir = 26,680 – 4,580 = RM22,100

Untung / (rugi) bersih = Modal akhir – Modal awal

= 22,100 – 15,530 = RM6,570 (Untung bersih)

Contoh Soalan Kaedah Perbandingan

(2)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 2

Contoh 3:

Maklumat berikut telah diperoleh daripada catatan Robert Enterprise yang tidak menyimpan rekod perakaunan yang lengkap.

1 Jan 2018 RM

31 Dis 2018 RM

Kenderaan 52,400 45,600

Alatan pejabat 12,200 15,400

Kelengkapan 6,000 5,340

Inventori 10,580 12,660

Akaun belum terima 3,800 6,200

Akaun belum bayar 5,970 3,550

Komisen belum terperoleh 1,800 1,200

Sewa prabayar - 500

Bank (4,590) 1,440

Tunai 1,320 860

Berapakah untung atau rugi bersih Robert Enterprise bagi tahun berakhir 31 Disember 2018?

Jawapan:

Modal = Aset – Liabiliti

Modal awal = (52,400 + 12,200 + 6,000 + 10,580 + 3,800 + 1,320) – (5,970 + 1,800 + 4,590) = 86,300 – 12,360 = RM73,940

Modal akhir = (45,600 + 15,400 + 5,340 + 12,660 + 6,200 + 500 + 1,440 + 860) – (3,550 + 1,200) = 87,140 – 4,750 = RM82,390

Untung / (rugi) bersih = Modal akhir – Modal awal

= 82,390 – 73,940 = RM8,450 (Untung bersih)

(3)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 3

Soalan dengan ambilan dan modal tambahan

Contoh 1:

Karim memulakan perniagaannya dengan modal yng terdiri daripada tunai di tangan RM1,000; tunai di bank RM3,000 dan inventori RM6,000. Pada akhir tahun kewangan yang pertama, modal Karim berjumlah RM12,000.

Sepanjang tahun pertama ini, Karim telah mengambil barang niaga sebanyak RM5,000 dan tunai berjumlah RM2,500 untuk kegunaan peribadi dan keluarganya. Beliau juga telah menambahkan modal tunai sebanyak RM10,000 dalam tahun tersebut.

Berapakah untung atau rugi bersih Perniagaan Karim bagi tahun kewangan yang pertama?

Jawapan:

Untung / (rugi) bersih

= Modal akhir + Ambilan – Modal tambahan – Modal awal

= 12,000 + (5,000 + 2,500) – 10,000 – 10,000 = RM2,500 (Rugi bersih)

Contoh 2:

Maklumat berikut telah diperoleh daripada catatan Hema Trading yang tidak menyimpan rekod perakaunan yang lengkap.

1 Jan 2018 RM

31 Dis 2018 RM

Jumlah aset 12,680 14,110

Jumlah liabiliti 2,850 3,230

Ambilan - 8,600

Modal tambahan - 3,000

Berapakah untung atau rugi bersih Hema Trading bagi tahun berakhir 31 Disember 2018?

Jawapan:

Modal = Aset – Liabiliti

Modal awal = 12,680 – 2,850 = RM9,830 Modal akhir = 14,110 – 3,230 = RM10,880 Untung / (rugi) bersih

= Modal akhir + Ambilan – Modal tambahan – Modal awal

= 10,880 + 8,600 – 3,000 – 9,830 = RM6,650 (Untung bersih)

(4)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 4

Contoh 3:

Maklumat berikut telah diperoleh daripada catatan Kamal Enterprise yang tidak menyimpan rekod perakaunan yang lengkap.

1 Jan 2018 RM

31 Dis 2018 RM

Premis kedai 80,000 80,000

Perabot 12,480 12,120

Alatan pejabat 5,600 4,800

Inventori 5,800 6,500

Simpanan tetap 3,000 -

Akaun belum terima 2,540 4,220

Akaun belum bayar 6,950 3,120

Faedah belum terima 320 400

Insurans belum bayar 120 80

Bank 2,400 (1,800)

Tunai 380 860

Maklumat tambahan:

1. Pemilik telah mengambil barang niaga bernilai RM2,400 untuk kegunaan keluarganya dan RM4,200 tunai untuk kegunaan peribadi.

2. Pemilik telah membawa masuk perabot lama bernilai RM1,800 untuk kegunaan pejabat.

Berapakah untung atau rugi bersih Kamal Enterprise bagi tahun berakhir 31 Disember 2018?

Jawapan:

Modal = Aset – Liabiliti

Modal awal = (80,000 + 12,480 + 5,600 + 5,800 + 3,000 + 2,540 + 320 + 2,400 + 380) – (6,950 + 120) = 112,520 – 7,070 = RM105,450

Modal akhir = (80,000 + 12,120 + 4,800 + 6,500 + 4,220 + 400 + 860) – (3,120 + 80 + 1,800) = 108,900 – 5,000 = RM103,900

Untung / (rugi) bersih

= Modal akhir + Ambilan – Modal tambahan – Modal awal

= 103,900 + (2,400 + 4,200) – 1,800 – 105,450 = RM3,250 (Untung bersih)

(5)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 5

Soalan memerlukan pelarasan pada baki akhir

Contoh 1:

Vanitha telah memulakan perniagaan pada 1 Januari 2018 dengan modal sebanyak RM12,000. Maklumat berikut telah diperoleh daripada catatan buku-buku kewangannya pada 31 Disember 2018:

RM

Kenderaan 54,000

Perabot 15,600

Alatan pejabat 8,200

Inventori 6,800

Deposit utiliti 300

Komisen belum terperoleh 850

Pinjaman bank (Kadar faedah 8% setahun) 24,000

Akaun belum terima 4,280

Akaun belum bayar 3,110

Inventori alat tulis 220

Sewa prabayar 650

Gaji belum bayar 340

Bank 1,880

Tunai 670

Maklumat tambahan:

1. Semua aset bukan semasa disusunilaikan pada kadar 10% setahun atas kos.

Semua aset bukan semasa telah dibeli pada 1 Januari 2018, kecuali sebahagian perabot bernilai RM5,000 yang dibeli pada 1 April 2018.

2. Mewujudkan peruntukan hutang ragu sebanyak 5% atas baki akaun belum terima.

3. Ambilan tunai oleh pemilik berjumlah RM8,000 dan ambilan barang niaga bernilai RM1,800.

4. Pemilik telah membawa masuk tunai berjumlah RM4,800 dalam tahun ini.

5. Faedah pinjaman bagi bulan Disember belum lagi dibayar.

Dikehendaki:

(i) Sediakan penyata untuk menunjukkan modal pada 31 Disember 2018.

(ii) Sediakan penyata mengira untung atau rugi bagi Perniagaan Vanitha bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

(6)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 6

Jawapan:

(i) Penyata pengiraan modal pada 31 Disember 2018 Perniagaan Vanitha

Penyata mengira modal pada 31 Disember 2018

RM RM

Aset

Kenderaan 48,600

Perabot 13,665

Alatan pejabat 7,380

Inventori 6,800

Akaun belum terima 4,066

Deposit utiliti 300

Inventori alat tulis 220

Sewa prabayar 650

Bank 1,880

Tunai 670

Jumlah aset 84,231

Tolak: Liabiliti

Akaun belum bayar 3,110

Komisen belum terperoleh 850

Gaji belum bayar 340

Faedah belum bayar 160

Pinjaman bank 24,000

Jumlah liabiliti 28,460

Modal pada 31 Disember 2018 55,771

Nota Pengiraan:

1. Nilai buku kenderaan = 54,000 – (54,000 x 10%) = RM48,600

2. Nilai buku perabot = 15,600 – (15,600 x 10%) – (5,000 x 10% x 9/12) = RM13,665

3. Nilai buku alatan pejabat = 8,200 x (8,200 x 10%) = RM7,380 4. Nilai buku akaun belum terima = 4,280 – (4,280 x 5%) = RM4,066 5. Faedah belum bayar = 24,000 x 8% x 1/12 = RM160

(7)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 7 (ii) Penyata mengira untung atau rugi

Perniagaan Vanitha

Penyata mengira untung atau rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2018

RM RM

Modal akhir 55,771

Tambah: Ambilan (8,000 + 1,800) 9,800

65,771

Tolak: Modal tambahan 4,800

Modal awal 12,000 16,800

Untung bersih 48,771

(8)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 8

Contoh 2:

Moreno adalah seorang usahawan yang menjalankan sebuah kedai kasut atas nama Moreno Shoes. Beliau tidak menyimpan rekod perakaunan yang lengkap. Berikut adalah maklumat yang telah diperoleh dariapda buku perniagaannya:

(1) Baki aset dan liabiliti pada:

1 Januari 2016 31 Disember 2016

RM RM

Kelengkapan (nilai buku) 12,400 ?

Perabot (nilai buku) 16,000 ?

Inventori 2,580 8,760

Akaun belum terima 5,260 8,400

Akaun belum bayar 3,100 2,800

Pinjaman bank 12,000 4,000

Insurans Prabayar - 400

Kadar bayaran belum bayar 40 70

Bank 2,250 4,180

Tunai 330 210

(2) Kelengkapan dan perabot disusutnilaikan pada kadar 10% setahun atas nilai buku. Perniagaan telah membeli perabot berjumlah RM2,000 pada awal tahun kewangan ini.

(3) Moreno telah membawa masuk sebuah kenderaan lamanya pada 1 April 2016.

Nilai kenderaan ini adalah RM24,000 dan akan disusutnilaikan sebayak 20%

setahun atas kos.

(4) Baki seorang akaun belum terima sebanyak RM160 perlu dihapuskira sebagai hutang lapuk.

(5) Sepanjang tempoh kewangan ini, Moreno telah mengeluarkan wang tunai sebanyak RM2,200 untuk pembayaran insurans nyawanya serta mengambil barang niaga bernilai RM150 sebulan untuk kegunaan keluarganya.

(6) Seorang pekerja telah dibayar gaji bulan Januari 2017 sebanyak RM300.

Perkara ini belum diselaraskan.

Anda dikehendaki menyediakan:

(a) Penyata mengira modal pada 31 Disember 2016.

(b) Penyata mengira untung atau rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2016.

(9)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 9

Jawapan:

(a) Penyata mengira modal pada 31 Disember 2016.

Moreno Shoes

Penyata mengira modal pada 31 Disember 2016

RM RM

Aset:

Kelengkapan (12,400 – 1,240) 11,160

Perabot (18,000 – 1,800) 16,200

Kenderaan (24,000 – 3,600) 20,400

Inventori 8,760

Akaun belum terima (8,400 – 160) 8,240

Insurans Prabayar 400

Gaji Prabayar 300

Bank 4,180

Tunai 210

69,850 Tolak: Labiliti

Akaun belum bayar 2,800

Pinjaman bank 4,000

Kadar bayaran belum bayar 70 6,870

Modal pada 31 Disember 2016 62,980

(b) Penyata mengira untung atau rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2016.

Moreno Shoes

Penyata mengira untung rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2016

RM RM

Modal akhir 62,980

(+) Ambilan [2,200 + (150 x 12)] 4,000

66,980

(-) Modal tambahan 24,000

Modal awal 23,680 47,680

Untung bersih 19,300

Modal awal = (12,400 + 16,000 + 2,580 + 5,260 2,250 + 330) – (3,100 + 12,000 + 40) = 38,820 – 15,140 = RM23,680

Referensi

Dokumen terkait