0
___________________________________________________________ GARIS PANDUAN
GERAN PENYELIDIKAN (GP)
LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN)
__________________________________________________________
LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA Bahagian Penyelidikan Kependudukan Dan Keluarga
1 SENARAI KANDUNGAN BAHAGIAN 1 : PERMOHONAN ... 4 1.1. Definisi ... 4 1.2. Tujuan ... 4 1.3. Kluster Penyelidikan ... 5 1.4. Hebahan ... 6 1.5. Tempoh Penyelidikan ... 6 1.6. Syarat-Syarat Permohonan ... 6 1.7. Peraturan Permohonan ... 7 1.8. Kriteria Penilaian ... 8 1.9. Kaedah Pembayaran ... 9 1.10. Peraturan Kewangan ... 10 1.11. Hasil Penyelidikan ... 13
1.12. Pengumuman Tarikh Buka dan Tarikh Tutup Permohonan ... 18
BAHAGIAN 2 : PENILAIAN ... 19
2.1. Penilaian Permohonan ... 19
BAHAGIAN 3 : PEMANTAUAN ... 20
3.2. Pengawalan Projek ... 20
3.3. Permohonan Melanjutkan Tempoh Penyelidikan ... 22
3.4. Penalti ... 22
BAHAGIAN 4 : KEPUTUSAN ... 23
4.1. Pemberitahuan Keputusan ... 23
4.2 Menandatangani Perjanjian ... 24
BAHAGIAN 5 : PERANAN ... 25
5.1. Peranan Ketua Penyelidik ... 25
BAHAGIAN 6: KERANGKA KERTAS PENYELIDIKAN ... 26
6.1. Tajuk Penyelidikan/ Penyelidikan... 26
6.2. Ulasan Literatur ... 26 6.3. Objektif ... 26 6.4. Kepentingan Penyelidikan ... 27 6.5. Metodologi ... 27 6.6. Rujukan ... 27 6.7. Carta Perbatuan ... 28
6.8. Perincian Jumlah Kos Penyelidikan ... 28
3
VISI DAN MISI
VISI LPPKN
Menjadi organisasi kecemerlangan penduduk dan keluarga
MISI LPPKN
Memacu agenda kependudukan dan kekeluargaan yang inovatif melalui dasar, kajian demografi keluarga, program dan perkhidmatan
4
BAHAGIAN 1 : PERMOHONAN
1.1. Definisi
Geran Penyelidikan (GP) LPPKN ini adalah merupakan satu dana penyelidikan yang diwujudkan oleh LPPKN untuk penyelidik menjalankan projek penyelidikan dalam tiga bidang utama iaitu kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif.
1.2. Tujuan
Tujuan GP LPPKN adalah:-
1.2.1. Menggalakkan penerokaan idea/ teori/ konsep/ proses baru seterusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan ilmu, penciptaan dan penemuan baru yang inovatif dan terkini.
1.2.2. Meningkatkan kapasiti dan kemahiran penyelidik LPPKN dalam rangka persediaan LPPKN sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan dalam bidang kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif yang tersohor di peringkat nasional dan antarabangsa.
1.2.3. Memperkasakan bidang-bidang penyelidikan di LPPKN yang memberi impak kepada keluarga, masyarakat dan negara.
1.2.4. Meningkatkan penerbitan saintifik berkaitan penyelidikan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif.
1.2.5. Menggalakkan jaringan kerjasama penyelidikan dengan pakar-pakar dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan agensi penyelidikan kerajaan lain.
1.3. Kluster Penyelidikan
Bidang penyelidikan di bawah GP LPPKN adalah:
1.3.1. Bidang kependudukan yang merujuk kepada penyelidikan saintifik terhadap populasi manusia seperti Dinamik Penduduk, Fertiliti, Mortaliti, Penuaan dan Migrasi.
1.3.2. Bidang kekeluargaan yang merujuk kepada pelaksanaan penyelidikan dalam aspek keluarga (contohnya, Pembangunan Keluarga, Imbangan Kerja dan Keluarga, Vulnerable Families,
Perkembangan Kanak-Kanak), Keluarga dan Masyarakat (contohnya, Jaringan keselamatan sosial-Social Safety Nets, Sokongan Sosial), Kaunseling dan Perkhidmatan/ Program Kekeluargaan (contohnya, Polisi Keluarga, Penilaian Impak Program Keluarga).
1.3.3. Bidang kesihatan reproduktif yang merujuk kepada penyelidikan yang merangkumi bidang Klinikal, Biomedikal dan Psikoseksual.
1.4. Hebahan
GP LPPKN dihebahkan melalui laman sesawang LPPKN, media sosial rasmi LPPKN dan surat hebahan kepada Institut Pengajian Tinggi awam dan swasta (IPTA/S) dan agensi penyelidikan kerajaan di seluruh Malaysia.
1.5. Tempoh Penyelidikan
Tempoh penyelidikan yang dicadangkan adalah dari enam (6) bulan sahaja mengikut keperluan penyelidikan. Walau bagaimanapun, kelulusan untuk melanjutkan tempoh penyelidikan adalah tertakluk kepada pertimbangan jawatankuasa yang berkaitan di LPPKN.
1.6. Syarat-Syarat Permohonan
Permohonan geran ini adalah terbuka kepada kakitangan akademik di IPTA/S dan agensi penyelidikan kerajaan dengan syarat-syarat berikut:
i. Ketua Penyelidik hendaklah Warganegara Malaysia; ii. Ketua Penyelidik adalah kakitangan akademik tetap;
iii. Bagi Ketua Penyelidik yang bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama yang bertaraf warganegara Malaysia kakitangan akademik yang bertaraf tetap;
iv. Bagi Ketua Penyelidik yang bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik bersama kakitangan akademik yang bertaraf tetap;
v. Ketua Penyelidik hanya boleh mengetuai satu (1) projek penyelidikan dalam masa yang sama. Sekiranya Ketua Penyelidik mendapat lebih dari satu (1) geran, maka penyelidik berkenaan hanya dibenarkan menjadi ahli sahaja dalam penyelidikan tersebut;
vi. Ketua Penyelidik perlulah menghantar Laporan Akhir Penyelidikan kepada LPPKN sebelum membuat permohonan penyelidikan yang baru; dan
vii. Setiap projek penyelidikan yang dipohon diharap dapat melahirkan Modal Insan dalam penyelidikan. Sehubungan dengan itu, sekurang-kurangnya seorang penyelidik hendaklah terdiri daripada pegawai LPPKN.
1.7. Peraturan Permohonan
1.7.1. Pemohon perlu mengemukakan kertas cadangan penyelidikan yang menepati bidang penyelidikan, dan syarat permohonan serta peraturan kewangan yang dinyatakan LPPKN.
1.7.2. Semua permohonan hendaklah dinilai dan disokong oleh pihak yang bertanggungjawab di IPTA/S dan agensi penyelidikan kerajaan masing-masing untuk pertimbangan LPPKN. Laporan penilaian hendaklah dikemukakan kepada pihak urus setia GP LPPKN bersama-sama borang permohonan tersebut. Hanya permohonan yang disokong oleh IPTA/S dan agensi penyelidikan kerajaan sahaja yang akan dipertimbangkan oleh LPPKN.
1.7.3. Semua permohonan GP LPPKN yang disenarai pendek perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pemandu GP LPPKN.
1.7.4. Bagi projek penyelidikan yang melibatkan manusia dan haiwan, projek tersebut perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Etika universiti masing-masing.
1.8. Kriteria Penilaian
Pemilihan projek penyelidikan akan dinilai berdasarkan kepada kriteria berikut:
i. Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang dapat menghasilkan idea/ teori/ konsep/ kaedah/ model/ modul baharu; atau
ii. Penyelidikan yang dapat menghasilkan sesuatu penemuan baru yang berupaya membangunkan atau meningkatkan kualiti perkhidmatan LPPKN kepada institusi keluarga di negara ini; atau
iii. Hasil penyelidikan berupaya menambah baik dasar sedia ada supaya sentiasa relevan dengan trend dan perkembangan isu kependudukan dan kekeluargaan semasa; atau
iv. Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan institusi keluarga di negara ini; dan
v. Penyelidikan mempunyai elemen kolaborasi bersama penyelidik LPPKN untuk tujuan pertukaran pengetahuan (knowledge transfer) dalam mana-mana aspek berkaitan penyelidikan.
1.9. Kaedah Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat berdasarkan kepada peringkat kemajuan penyelidikan.
i. Bayaran Pertama (30%)
Setelah selesai menandatangani Surat Tawaran dan Kontrak GP LPPKN.
ii. Bayaran Kedua (30%)
Penyerahan Laporan Insepsi dan Laporan Kewangan. iii. Bayaran Ketiga (30%)
Penyerahan Laporan Interim dan Laporan Kewangan. iv. Bayaran Keempat (10%)
Setelah selesai pembentangan Laporan Akhir dan penyerahan Laporan Akhir Penyelidikan, Laporan Kewangan, satu (1) artikel jurnal, ringkasan penyelidikan, CD yang mengandungi data mentah dan kertas pembentangan penyelidikan.
1.10. Peraturan Kewangan
Penyelidik dikehendaki mematuhi peraturan kewangan, perolehan dan perakaunan yang digariskan oleh Arahan Perbendaharaan yang diwartakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Keutamaan adalah seperti berikut :
Vot 11000
Upah dan Elaun untuk Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)
Siling upah dan elaun adalah tidak melebihi 10% daripada jumlah geran.
Vot 21000
Perjalanan dan Pengangkutan
Perjalanan domestik dan antarabangsa yang berkaitan dengan projek tidak melebihi 15% daripada jumlah geran. Sekiranya melebihi 15% penyelidik perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pemandu GP LPPKN.
Vot 23000
Komunikasi dan Utiliti
Perbelanjaan bagi tujuan komunikasi dan utiliti dibuat atas urusan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja.
Vot 24000 Sewaan
Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan.
Vot 27000
Bekalan dan Bahan Penyelidikan
Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja dibenarkan.
Vot 29000
Perkhidmatan Ikhtisas
Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti, honorarium, perkhidmatan profesional, konsultansi, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan pembangunan prototaip.
Vot 35000
Aksesori dan Peralatan
Hanya pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan penyelidikan atau pembangunan modul sahaja dibenarkan. Setiap permohonan mestilah disertakan justifikasi dan sebut harga mengikut pekeliling Perbendaharaan. Tidak dibenarkan membeli peralatan komunikasi yang tidak berkaitan langsung dengan projek penyelidikan. Jumlah
yang dipohon pula tidak melebihi 40% daripada jumlah geran.
Skop Pembiayaan adalah tertakluk kepada peraturan kewangan, perolehan dan perakaunan yang digariskan oleh Arahan Perbendaharaan termasuk perbelanjaan untuk pengendalian program bagi mana-mana penyelidikan yang memerlukan pelaksanaan program seperti penyelidikan tindakan yang melibatkan program intervensi. Keperluan mengadakan program hendaklah disertakan justifikasi, perancangan aktiviti, kandungan, pemudah cara, jangkaan output dan perbelanjaan terlibat serta lain-lain perkara yang difikirkan perlu.
1.11. Hasil Penyelidikan
1.11.1. Pembentangan Laporan Akhir
Penyelidik dikehendaki membentangkan laporan akhir penyelidikan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pemandu GP LPPKN pada bulan terakhir sebelum tamat tempoh penyelidikan.
1.11.2. Penyerahan Laporan Akhir
i. Penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan akhir kepada LPPKN dalam tempoh satu (1) bulan selepas pembentangan laporan akhir;
ii. Laporan akhir penyelidikan mestilah menggunakan format laporan yang telah disediakan;
iii. Laporan akhir hendaklah diserahkan sebanyak tiga (3) salinan dalam bentuk ‘Perfect Binding’ dan soft copy (CD-ROM). Perkara-perkara berikut hendaklah disertakan di dalam CD-ROM:
a. Menghasilkan satu (1) penerbitan dalam jurnal berindeks
b. Ringkasan Eksekutif penyelidikan c. Data mentah penyelidikan
d. Kertas pembentangan penyelidikan
1.11.3. Format Penulisan Laporan Akhir
i. Laporan hendaklah ditulis dalam dwibahasa; Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sepenuhnya;
ii. Kertas bersaiz A4 dan berwarna putih; iii. Penaipan:
a. ‘Times New Roman’ bersaiz 12 yang dengan kedudukan ‘justify’
b. ‘Times New Roman’ bersaiz 14, ‘bold’ dan ‘CAPITAL LETTER’ bagi Heading 1
c. ‘Times New Roman’ bersaiz 14 dan ‘bold’ bagi Heading 2;
iv. Selang baris: 1.5 spacing. Manakala 1.0
spacing digunakan untuk Abstrak dan Rujukan;
v. Ukuran: Ukuran setiap muka surat seperti berikut:
a. Atas : 2.5cm daripada jidai atas b. Bawah : 2.5cm daripada jidai bawah c. Kanan : 2.5cm daripada jidai kanan d. Kiri : 4.0cm daripada jidai kiri;
vi. Format Am: Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk.
vii. Penjilidan: Kulit laporan hendaklah dijilidkan menggunakan ‘matt art card’ dan format kulit laporan penyelidikan adalah seperti Lampiran A.
viii. Tulang Kulit:
Maklumat pada ruang ‘tulang laporan penyelidikan’ hendaklah dicetak dengan jenis huruf yang sama pada muka hadapan laporan
penyelidikan dan hendaklah mengikut susunan berikut:
a. Tahun
b. Tajuk penyelidikan c. Logo LPPKN
d. Logo IPTA/S atau agensi penyelidikan kerajaan
Contoh tulang kulit:
ix. Sistem Rujukan
Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistem American Psychological Association (APA) yang terkini.
1.11.4. Modal Insan
Setiap projek mesti melahirkan seorang penyelidik dalam kalangan pegawai LPPKN.
1.11.5. Penerbitan
Setiap projek hendaklah menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) penerbitan dalam jurnal berindeks. Penghargaan kepada GP LPPKN mestilah dinyatakan dengan jelas dalam setiap penerbitan.
Hasil penyelidikan adalah menjadi hak bersama LPPKN dan penyelidik. Penyelidik boleh menerbitkan hasil penyelidikan tersebut setelah mendapat kebenaran LPPKN. Penyelidik juga perlu menyatakan dengan jelas hasil penyelidikan adalah hak milik penyelidik bersama LPPKN.
1.11.6. Harta Intelek
Penyelidik boleh memohon pendaftaran Harta Intelek sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa setelah mendapat kelulusan LPPKN. Segala perbelanjaan bagi perlindungan Harta Intelek adalah di bawah tanggungjawab IPTA/S dan agensi penyelidikan kerajaan.
Harta Intelek hasil GP LPPKN menjadi hak milik IPTA/S atau agensi penyelidikan kerajaan bersama LPPKN.
1.11.7. Penghasilan Modul Program dan Instrumentasi Penyelidikan
Modul Program dan Instrumen Penyelidikan adalah menjadi hak milik LPPKN. Sebarang penggunaan di masa hadapan memerlukan kebenaran secara bertulis daripada Ketua Pengarah LPPKN.
1.12. Pengumuman Tarikh Buka dan Tarikh Tutup Permohonan Pihak LPPKN akan memaklumkan tarikh buka dan tutup permohonan GP LPPKN melalui surat tawaran, laman sesawang LPPKN, MPRH dan media sosial rasmi LPPKN.
19
BAHAGIAN 2 : PENILAIAN
2.1. Penilaian Permohonan
2.1.1. Permohonan GP LPPKN akan dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pemandu GP LPPKN. Mesyuarat jawatankuasa ini akan dilaksanakan pada bila-bila masa secara berperingkat dan keputusan permohonan diperoleh dalam tempoh 30 hari bekerja.
2.1.2. Penilaian oleh jawatankuasa berkaitan adalah berdasarkan syarat, peraturan dan kriteria yang tersebut di atas serta lain-lain garis panduan jika berkaitan.
2.1.3. Permohonan yang disenarai pendek perlu melalui sekurang- kurangnya satu (1) sesi pembentangan kertas cadangan kepada Jawatankuasa Teknikal dan/atau Jawatankuasa Pemandu GP LPPKN. Proses ini bertujuan untuk menilai kertas cadangan terbaik untuk ditawarkan GP LPPKN serta menjamin kualiti kertas cadangan. Segala kos berkaitan perjalanan dan penginapan penyelidik ke sesi pembentangan ini tidak akan ditanggung oleh pihak LPPKN.
BAHAGIAN 3 : PEMANTAUAN
3.1. Implementasi Projek
Semua projek yang diluluskan di bawah GP LPPKN akan dipantau dari aspek prestasi pelaksanaan dan kewangan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pemandu GP LPPKN.
3.2. Pengawalan Projek
Penyelidik hendaklah menghantar laporan prestasi projek kepada urus setia GP LPPKN yang terdiri daripada :
i. Laporan prestasi projek mengikut fasa berikut:
Bil Fasa Peratusan
1 Laporan Insepsi 20%
2 Laporan Interim 50%
3 Laporan Akhir 30%
ii. Laporan prestasi hendaklah dihantar kepada urus setia GP LPPKN mengikut fasa seperti berikut:
a. Laporan Insepsi selewat-lewatnya pada bulan kedua pelaksanaan projek; dan b. Laporan Interim selewat-lewatnya pada
bulan keempat pelaksanaan projek.
iii. Laporan akhir projek perlu dihantar secara hardcopy dan
softcopy dalam bulan terakhir pelaksanaan projek yang
merangkumi:
(a) ringkasan eksekutif
(b) laporan penuh penyelidikan dan penemuan (c) laporan kewangan
(d) laporan aset
(e) hasil (disertakan bahan bukti) • modal insan; dan
• instrumen yang digunakan; dan • penerbitan; atau
• harta intelek; atau • modul yang dihasilkan
iv. Artikel jurnal berkaitan penyelidikan dihantar dalam tempoh satu (1) bulan selepas projek disiapkan.
3.3. Permohonan Melanjutkan Tempoh Penyelidikan
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis sekurang-kurangnya satu (1) bulan dari tarikh tamat kontrak. Tempoh perlanjutan yang dibenarkan adalah hanya sehingga (1) bulan dari tarikh akhir yang telah ditetapkan dalam kontrak perjanjian.
3.4. Penalti
i. Setiap IPTA/S dan agensi penyelidikan kerajaan perlu memastikan semua projek perlu mencapai prestasi kewangan yang memuaskan berdasarkan carta perbatuan. ii. Ketua penyelidik yang telah dikenal pasti bermasalah akan
disenarai hitam bagi tempoh dua (2) tahun sebelum diberi kebenaran untuk membuat permohonan geran yang baharu.
iii. Prestasi projek perlu mencapai modal insan dan penerbitan seperti dalam cadangan yang telah diluluskan.
iv. Kegagalan penyelidik melaksanakan projek mengikut kelulusan yang telah diberikan dan/ atau gagal membuat pembetulan apabila diminta berbuat demikian oleh jawatankuasa GP LPPKN akan membolehkan kelulusan yang diberikan kepada penyelidik dibatalkan pada bila-bila masa dan penyelidik perlu membayar keseluruhan jumlah geran yang telah diberikan sebelum ini.
BAHAGIAN 4 : KEPUTUSAN
4.1. Pemberitahuan Keputusan
4.1.1. Surat kelulusan projek akan disampaikan kepada Naib Canselor Universiti/ Ketua Jabatan dan sesalinan surat kelulusan akan dimajukan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti dan pemohon.
4.1.2. Setelah pemohon menerima surat tawaran GP LPPKN, pemohon perlu memberi maklum balas kepada LPPKN dengan mengembalikan borang jawapan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. Sekiranya urus setia GP LPPKN tidak menerima sebarang maklum balas, tawaran dianggap terbatal.
4.1.3. Pembayaran secara berperingkat akan dibuat kepada IPTA/S atau agensi penyelidikan kerajaan setelah surat kelulusan GP LPPKN dikeluarkan berdasarkan jumlah peruntukan yang diluluskan Jawatankuasa Teknikal dan Pemandu GP LPPKN.
4.1.4. Keputusan Jawatankuasa Teknikal dan Pemandu GP LPPKN adalah muktamad.
4.2 Menandatangani Perjanjian
4.2.1. Satu sesi menandatangani perjanjian penyelidikan akan dilaksanakan antara LPPKN dan Ketua Penyelidik di Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga (BPKK), Aras 16, Bangunan LPPKN. Segala kos berkaitan kehadiran pemohon ke LPPKN adalah dalam tanggungan pemohon sendiri.
4.2.2. Sebanyak lima (5) salinan perjanjian GP LPPKN perlu ditandatangani oleh LPPKN dan pemohon yang berjaya:-
i. Dua (2) salinan perjanjian untuk simpanan LPPKN;
ii. Dua (2) salinan perjanjian untuk pemohon; dan
iii. Satu (1) salinan perjanjian untuk simpanan Unit Perundangan LPPKN.
4.2.3. LPPKN akan menguruskan proses “mematikan” setem dan salinan perjanjian tersebut akan diserahkan kepada pemohon setelah proses dilaksanakan.
4.2.4. Ketua Penyelidik hendaklah membawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan maklumat akaun Bendahari IPTA/S atau Unit Kewangan agensi penyelidikan kerajaan.
25
BAHAGIAN 5 : PERANAN 5.1. Peranan Ketua Penyelidik
5.1.1. Membuat permohonan;
5.1.2. Menjalankan penyelidikan sebagaimana permohonan yang telah diluluskan;
5.1.3. Menghantar laporan kewangan, prestasi penyelidikan dan laporan akhir seperti yang dikehendaki dalam garis panduan melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti atau agensi penyelidikan kerajaan masing-masing;
5.1.4. Mengurus program penyelidikan dan penyelidik; dan
5.1.5. Setelah tamat tempoh geran penyelidikan, sekiranya terdapat keperluan, penyelidik pada bila-bila masa dikehendaki membentangkan hasil penyelidikan dalam mana-mana seminar/ persidangan/ bengkel/ mesyuarat anjuran LPPKN.
26
BAHAGIAN 6: KERANGKA KERTAS PENYELIDIKAN
6.1. Tajuk Penyelidikan/ Penyelidikan
6.1.1. Tajuk merupakan permasalahan dalam penyelidikan dan pemilihan tajuk penyelidikan adalah berdasarkan perkara yang ingin dikaji oleh penyelidik.
6.1.2. Tajuk hendaklah ringkas, tepat dan jelas menggambarkan penyelidikan yang dijalankan.
6.2. Ulasan Literatur
6.2.1. Bahan rujukan bagi ulasan mestilah dalam lingkungan sehingga 5 tahun ke belakang.
6.2.2. Rujukan hendaklah relevan dan dalam skop lingkungan isu penyelidikan yang dijalankan.
6.2.3. Rujukan mestilah meliputi isu penyelidikan yang dijalankan dan berkaitan dengan persoalan penyelidikan.
6.2.4. Rujukan mestilah dianalisis dan diolah berdasarkan penyelidikan yang dijalankan.
6.3. Objektif
Bahagian ini menjelaskan objektif penyelidikan yang boleh diukur dan menyatakan hasil yang dijangka.
6.4. Kepentingan Penyelidikan
Bahagian ini menerangkan tentang faedah penyelidikan yang dilakukan. Kepentingan penyelidikan yang dijalankan haruslah dapat membantu LPPKN dalam menambah baik sesuatu program, pendekatan dan dasar yang sedia ada.
6.5. Metodologi
Metodologi penyelidikan menjelaskan tentang rekabentuk penyelidikan yang akan dijalankan. Ia perlu mempunyai teknik analisa data dan kaedah penyelidikan secara terperinci. Terdapat enam (6) bahagian utama yang perlu dibentangkan iaitu:
i. Lokasi penyelidikan; ii. Pemilihan sampel; iii. Pembinaan instrumen; iv. Pengumpulan data;
v. Pengukuran pemboleh ubah; dan vi. Penganalisisan data.
6.6. Rujukan
6.6.1. Bahan rujukan mestilah dalam lingkungan sehingga 5 tahun ke belakang sahaja.
6.6.2. Teknik penulisan rujukan menggunakan format American Psychological Association (APA).
6.7. Carta Perbatuan
6.7.1. Menjelaskan perancangan jangka masa bagi proses penyelidikan. Ianya penting bagi penyelidik merangka dan membentangkan proses penyelidikan yang akan dilakukan dan peruntukan kewangan. 6.7.2. Tempoh adalah bergantung kepada jenis
penyelidikan yang akan dilakukan dan peruntukan kewangan.
6.8. Perincian Jumlah Kos Penyelidikan
Penjelasan secara terperinci mengenai peruntukan kewangan yang diperlukan dalam menjalankan penyelidikan seperti dalam perenggan 1.10.
29 Lampiran A
KADAR PENCERAIAN DI MALAYSIA
BY :
WAHIDA MANSOR MOHD NASIR TAIB