• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN INOVASI. TAJUK INOVASI R.o.H.!.D (RODA HAID DAN ISTIHADHAH) NAMA, ALAMAT KOLEJ DAN PENYELIDIK. NINI NUR FATIM BINTI MUHAMMAD a

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN INOVASI. TAJUK INOVASI R.o.H.!.D (RODA HAID DAN ISTIHADHAH) NAMA, ALAMAT KOLEJ DAN PENYELIDIK. NINI NUR FATIM BINTI MUHAMMAD a"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

1

LAPORAN INOVASI

TAJUK INOVASI

R.o.H.!.D (RODA HAID DAN ISTIHADHAH)

NAMA, ALAMAT KOLEJ DAN EMAIL PENYELIDIK

1.

NINI NUR FATIM BINTI MUHAMMADa

2.

NORUL BAIZURA BINTI ZAKARIA@ALIASa

3.

IRMAYANTI BINTI IBRAHIMa

a

Kolej Komuniti Taiping, No 25, Laluan Kamunting 3, 34600 Kamunting, Perak

nininurfatim@gmail.com ABSTRAK

Fiqh Thaharah khususnya berkaitan dengan kekeliruan terhadap pengiraan bagi masalah haid yang tidak teratur sering menjadi persoalan para pelajar Kolej Komuniti Taiping berikutan tiadanya alat atau kaedah yang mudah bagi memahami konsep pengiraan masalah tersebut. Justeru itu, projek inovasi R.o.H.!.D ini dikemukakan bagi tujuan untuk memudahkan kefahaman para pelajar Kolej Komuniti Taiping khususnya untuk mengira permasalahan haid yang tidak teratur ini, kerana ia sangat berkait rapat dengan kesempurnaan perlaksanaan ibadat. Tinjauan telah dilakukan terhadap para pelajar Kolej Komuniti Taiping, semester 1 yang mengambil modul Pendidikan Islam 1. Objektif tinjauan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman para pelajar terhadap kefahaman mereka mengenai konsep asas haid dan istihadhah dengan menggunakan kaedah ( alat pernyataan), kaedah (template nombor) seterusnya membezakan kefahaman mereka terhadap kedua-dua kaedah tersebut dan dengan papan inovasi (R.o.H.!.D) ini. Sebanyak 50 set borang soal selidik diedarkan kepada para pelajar Kolej Komuniti Taiping semester 1 yang telah dipilih secara rawak sebagai responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak 49% masih keliru terhadap konsep asas haid dan istihadhah. Sebanyak 77% memilih tidak setuju untuk memilih penyelesaian masalah menggunakan ayat pernyataan dalam masalah haid yang tidak teratur ini. Manakala seramai 68% memilih tidak setuju dengan penggunaan kaedah (template nombor) ini mampu memudahkan mereka. Namun, data menunjukkan bahawa seramai 52% memilih setuju dan seramai 46% memilih sangat setuju bahawa mereka lebih mudah memahami konsep pengiraan masalah haid teratur dan tidak teratu ini dengan menggunakan papan kitaran

R.o.H.!.D. Semoga kajian dan projek inovasi ini dapat menyelesaikan masalah masyarakat

khususnya kaum wanita muslim bagi mengatasi masalah pengiraan haid yang tidak teratur dan seterusnya dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk melakukkan ibadat dengan sempurna.

(2)

1.0 PENGENALAN

Thaharah secara estimologinya ialah bersih dan suci daripada berbagai kotoran. Dari segi syariat thaharah ialah bersih dari segala hadas atau najis. Konsekuensi atau hasil akhir hukum yang timbul kerananya ialah, sesuatu itu tidak boleh dan tidak halal dilakukan tanpa adanya thaharah yang benar menurut peraturan syariat. Dr Abdul Karim Zaidan membahagikan thaharah kepada thaharah haqiqiyah iaitu thaharah daripada najis dan

thaharah hukmiyyah iaitu thaharah daripada hadas (Abd Karim Zaidan, 1997). Projek inovasi

ini akan memfokuskan kepada kefahaman pelajar terhadap thaharah hukmiyyah khususnya dalam permasalahan haid yang tidak teratur dan juga pengiraan tempoh darah haid dan tempoh darah istihadhah.

Isu permasalahan fiqh thaharah khususnya berkaitan dengan kitaran haid yang tidak teratur serta perbezaan tempoh darah haid dan istihadhah sering dipersoalkan berikutan ketidakfahaman dan kekeliruan di kalangan kaum wanita. Permasalahan ini bukan sahaja melibatkan golongan remaja perempuan di peringkat sekolah dan universiti tetapi juga melibatkan masyarakat awam. Pelbagai pihak perlu berusaha membantu dalam memberi kefahaman yang terbaik kepada masyarakat. Projek inovasi papan kitaran R.o.H.!.D telah dijalankan oleh penyelidik sebagai salah satu inisiatif bagi mencari penyelesaian kepada permasalahan pemahaman para pelajar bagi proses pengajaran dan pembelajaran fiqh thaharah dalam matapelajaran Pendidikan Islam 1 di Kolej Komuniti Taiping. Semoga ia memberi impak yang baik kepada pemantapan kefahaman terhadap fiqh thaharah ini serta memberi keyakinan kepada mereka dalam melakukan ibadat.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Permasalahan fiqh thaharah khususnya berkaitan pengiraan darah haid dan darah istihadhah semasa haid teratur dan tidak teratur adalah menjadi perkara wajib difahami oleh seluruh umat Islam khususnya wanita, kerana ianya sangat berkait rapat dengan perlaksanaan ibadah khusus. Merujuk kepada cara pengajaran konsep asas haid dan istihadhah dengan mengunakan kaedah (ayat pernyataan) dan kaedah (template nombor) inilah tercetusnya idea penyelidik untuk mencari salah satu kaedah atau inisiatif lain yang lebih mudah untuk memahamkan para pelajar dengan menjalankan kajian tinjauan di Kolej Komuniti Taiping. Ini adalah sebagai langkah penyelesaian terhadap kekeliruan permasalahan kitaran haid yang tidak teratur serta pengiraan tempoh darah haid dan darah istihadhah tersebut.

2.1 Proses PnP (SEBELUM)

2.1.1 Isu permasalahan tentang haid dalam bentuk pernyataan

a) Menurut mazhab As-Syafie, sekurang-kurangnya masa haid ialah sehari semalam. Kebiasaan darah haid ialah 6 hari 6 malam atau 7 hari 7 malam. Sebanyak-banyak masa haid ialah 15 hari 15 malam (Said Haji Ibrahim, 2000). Fuqaha’ As-Syafie juga berpendapat jika seorang wanita didatangi haid yang menyalahi adat kebiasaannya iaitu dia telah didatangi haid melebihi 15 hari atau kurang daripada sehari semalam, maka tempoh yang lebih atau kurang itu tidak dikira sebagai tempoh haidnya. Hal ini berdasarkan tempoh yang telah biasa dialami sebelum ini. Darah yang lebih atau kurang dari

(3)

3 b) Kebiasaan tempoh suci ialah baki yang tinggal dari hari-hari yang didatangi

haid dalam masa sebulan. Mengikut kebiasaannya seorang wanita akan didatangi haid sekali sahaja dalam sebulan. Jika haidnya datang selama 6 atau 7 hari, maka masa sucinya ialah 23 atau 24 hari (Al-Makki, 2011). Sekurang- kurangnya, suci di antara dua haid 15 hari dan 15 malam. Dan sebanyak- banyaknya tiada perbatasan (Said Haji Ibrahim, 2000). Menurut ulama’ As- Syafie, bersih daripada darah (al-niqa’) dalam tempoh haid dalam masa kebiasaan haid adalah di kira sebagai haid dengan syarat ia tidak melebihi 15 hari dan tidak kurang daripada masa minimum haid dan bersih (putus darah) itu merangkumi dua darah haid (al-Zuhaili, 1997).

c) Kesimpulan daripada pandangan ini, wanita di kira mengalami haid jika darah yang mengalir keluar daripada rahim memenuhi syarat-syarat berikut :

i. Tempoh pendarahan haid minimum iaitu 24 jam

ii. Tidak melebihi tempoh maksimum haid iaitu 15 hari 15 malam iii. Waktu suci antara haid iaitu sekurang-kurangnya 15 hari 15 malam 2.1.2 Isu permasalahan tentang haid dalam bentuk template nombor

Berdasarkan hasil kajian, penyelidik telah menghasilkan satu inovasi yang dinamakan dengan papan kitaran R.o.H.!.D sebagai alat kiraan tempoh darah haid dan tempoh darah istihadhah bagi memudahkan pengiraan para wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur ini.

Semoga inovasi ini memberi impak yang baik kepada peningkatan tahap kefahaman masyarakat Islam khususnya wanita dan memudahkan mereka dalam menangani masalah haid yang tidak teratur ini.

(4)

3.1 Kitaran pencetus idea

3.2 Produk yang dirujuk

3.3 Eksperimen-eksperimen yang dilakukan di peringkat awal EKSPERIMEN

EKSPERIMEN

EKSPERIMEN

(5)

5 3.4 Penyediaan Bahan

(6)

3.6 Menguji penggunaan produk inovasi dalam PnP Pendidikan Islam 1

4.0 CARA OPERASI

4.1 Meminta para pelajar memahami pernyataan isu masalah haid yang tidak teratur dalam bentuk pernyataan.

(7)

7 4.2 Seterusnya meminta para pelajar membina template @ gambar rajah nombor sendiri mengikut kefahaman masing-masing terhadap isu yang dikemukankan dalam bentuk pernyataan tersebut.

4.3 Para pelajar diminta untuk mengulas kefahaman masing-masing terhadap perbezaan tempoh darah haid dan darah istihadhah daripada gambar rajah nombor yang dibina oleh setiap pelajar.

4.4 Mengeluarkan papan kitaran R.o.H.!.D dan meminta pelajar menggunakan papan kitaran R.o.H.!.D dengan merujuk isu permasalahan daripada bentuk ayat pernyataan dan template nombor di atas dan membezakan ketiga-tiga cara pengoperasiannya dalam borang kaji selidik yang diedarkan.

(8)

4.5 Meminta para pelajar mengulas keberkesanan penggunaan papan kitaran

R.o.H.!.D terhadap kefahaman mereka terhadap permasalahan haid tidak teratur

dalam borang kaji selidik yang diedarkan.

5.0 GAMBARAJAH INOVASI/ KOS INOVASI 5.1 Istilah simbol-simbol yang dilabelkan

Papan putih ini menandakan tempoh suci untuk haid yang

seterusnya.

Hari pertama datang haid

Darah kali pertama berhenti

Darah kedua berhenti

Tempoh maximum bagi darah haid (

15 hari )

Darah kedua datang Papan merah ini

melambangkan hari Ysng masih dalam tempoh haid

dan diharamkan ibadat

* Jarum-jarum ini akan digerakkan mengikut tarikh haid masing- masing dan berbeza mengikut orang

(9)

9

Block untuk hari pertama haid

Secara automatik ia akan di “Block”

5.2 Cara perlaksanaannya

5.2.1 Mula-mula, pusing papan merah mengikut hari pertama haid anda. Anda akan dapat melihat terus di mana sepatutnya maximum haid anda akan berhenti pada semaksimum haid, iaitu 15 hari maksimum.

Contoh : mula-mula haid pada 6 hb, maka maksimumnya adalah pada 20 hb.

5.2.2 Kedua, jarum “1 STOP” akan dicucuk pada tarikh yang haid berhenti untuk kali pertama

5.2.3 Ketiga, jarum “2 START” akan dicucuk pada tarikh haid kedua datang.

(10)

5.2.4 Keempat, jarum “2 STOP” akan dicucuk pada tarikh haid kedua berhenti, dan lihat jarum tersebut sama ada berada dalam papan merah atau papan putih. Papan merah menunjukkan, ia masih dalam tempoh haid dan masih tidak diwajibkan ibadat, manakala papan putih menunjukkan ia sudah berada dalam tempoh bukan haid@dinamakan darah tersebut sebagai istihadhah dan sudah diwajibkan ibadat wajib ke atasnya.

5.2.5 “ARROW Tempoh Suci” ini sebagai skala untuk menentukan tempoh suci 15 hari bagi kedatangan haid yang seterusnya.

(11)

11 6.0 IMPAK INOVASI

Hasil dapatan daripada borang kaji selidik yang diedarkan kepada para pengguna mendapati bahawa mereka sangat berpuas hati kerana R.o.H.!.D telah memudahkan mereka untuk memahami akan kitaran haid sama ada teratur dan juga tidak teratur yang sering melanda segelintir daripada mereka selama ini. Di samping itu, R.o.H.!.D juga telah menjadi satu alat kiraan yang mudah bagi mengira tempoh haid dan tempoh istihadhah masing-masing

6.1 Gambar kepuasan hati para pengguna 6.2 Jumlah kos dan kos per unit inovasi

BIL/ PERKARA JUMLAH

KOS

KOS PER UNIT (PROTOTAIP)

1.Mix colour A4 Soft Board RM 8.50 RM 0.85

2.Ruler RM 0.57 RM 0.57

3.Pin and Frame Board RM 5.00 RM 5.00

4.Transparent plastic paper RM 1.60 RM 0.80

5.Self-Adhesive labels RM 2.50 RM 0.11

6.A4 Sticker Paper RM 1.50 RM 0.75

7.Skru RM 0.80 RM 0.80

JUMLAH KESELURUHAN

RM 20.47 RM 9.68

6.2.1 Kos per unit bagi 1 protaip yang dihasilkan ialah RM 9.68

6.2.2 Pengiraan Harga jualan model prototaip beserta dengan keuntungan

 Kos Bahan = RM 9.68

 Kos Upah = RM 6.00

 15% keuntungan yang dianggarkan = RM 15.68 X 15% = RM 2.40

 Kos Bahan + Kos Upah + 15% Keuntungan = RM 18.00

Jadi harga syiling bagi jualan 1 prototaip Papan Kitaran R.o.H.!.D minimum = RM 18.00

(12)

Jantina

Perempuan Lelaki

22 28

19 Tahun 20 Tahun ke atas

18 Tahun 38 17 Tahun Umur 3 4 5

6.2.3 Harga di pasaran akan datang berkemungkinan akan semakin murah apabila dibuat tempahan kepada kedai/kilang percetakan untuk menghasilkan Papan Kitaran R.o.H.!.D dengan tujuan untuk dikomersialkan nanti.

7.0 HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN 7.1 Latar Belakang responden

Graf 1 Jantina responden

Graf 1 di atas menunjukkan, seramai 28 orang responden adalah terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan dan seramai 22 orang responden terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki Kolej Komuniti Taiping, Semester 1 yang mengambil kursus Pendidikan Islam 1.

Graf 2 Umur responden

Graf 2 di atas menunjukkan, seramai 5 orang responden yang berumur 17 tahun, 38 orang berumur 18 tahun, 4 orang berumur 18 tahun dan 3 orang yang berumur 20 tahun ke atas

(13)

13

Lain-lain Sek Men Agama

Sek Men Keb

Pendidikan Sekolah Menengah

4 4

42

3 3

Keputusan SPM Untuk Subjek Pendidikan Islam

A+ A- B+ B- C Ke Bawah

26 18

10

Graf 3 Program pengajian di Kolej Komuniti Taiping

Graf 3 menunjukkan bahawa seramai 32 orang yang dipilih secara rawak ini terdiri daripada Program Sijil Terapi Kecantikan dan Spa sebaliknya hanya 18 orang yang terpilih sebagai responden terdiri daripada Program Sijil Mekanikal Pembuatan

Graf 4 Pendidikan semasa Sekolah Menengah responden

Graf 4 menunjukkan bahawa majoriti yang berasal daripada sekolah menengah kebangsaan biasa dan hanya ada 4 orang yang mendapatkan pendidikan sekolah menengah agama dan 4 orang dari lain-lain sekolah.

Graf 5 Keputusan SPM untuk subjek Pendidikan Islam responden

Graf 5 menunjukkan bahawa majoriti responden mendapat keputusan C ke bawah iaitu seramai 26 orang, seterusnya 18 orang yang mendapat keputusan B-, seramai 10 orang

Program Pengajian

Sijil Terapi Kecantikan dan Spa Sijil Mekanikal Pembuatan

32

(14)

(A) Konsep Asas Berkaitan Haid dan Istihadhah 0% 3% 12% 49% 36%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju 77%

(B) Penyelesaian Masalah Haid Menggunakan Ayat Pernyataan

2% 2% 0%

19%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju 68%

(C) Penyelesaian Masalah Haid Menggunakan Template Nombor

12% 0% 16% 4%

yang mendapat B+,serta 3 orang sahaja yang mendapat A- dan A+. Kebarangkaliannya, inilah antara salah satu bukti untuk mengesan tahap kefahaman mereka terhadap ilmu pendidikan Islam dalam diri mereka.

Graf 6 Konsep asas berkaitan haid dan istihadhah

Merujuk kepada graf 6, sebanyak 49% sangat tidak setuju dan 36% setuju dengan maklumat dan info-info yang dimasukkan dalam soalan borang kaji selidik kepada mereka berkaitan konsep asas yang diutarakan kepada mereka. Ini menunjukkan tahap kefahaman mereka terhadap konsep asas berkaitan haid dan istihadhah adalah masih rendah.

Graf 7 Penyelesaian masalah haid menggunakan ayat pernyataan

Graf 7 menunjukkan majoritinya iaitu seramai 77% mengakui bahawa mereka tidak setuju menggunakan ayat pernyatan sebagai penyelesaian yang mudah terhadap masalah haid yang mereka alami. Manakala ada juga 19% mengatakan bahawa mereka sangat tidak setuju menjadikan ayat pernyataan sebagai pemudah cara bagi masalah mereka. Namun, hanya 2% sahaja yang setuju dan tidak pasti dengan pernyataan tersebut.

(15)

15

0% (D) Penyelesaian Masalah Haid

Menggunakan Papan R.o.H.!.D

0% 2%

46%

52%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

(E) Keberkesanan Papan kitaran R.o.H.!.D Terhadap Keyakinan Ibadat

0% 0% 6%

34% 60%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Graf 8 menunjukkan bahawa majoritinya iaitu 68% memilih tidak setuju dengan masalah haid tidak teratur mereka dapat diselesaikan dengan mudah menggunakan template nombor. Manakala sebanyak 16% memilih sangat tidak setuju, hanya 12% memilih setuju bahawa template nombor mampu menyelesaikan masalah haid tidak teratur.

Graf 9 Penyelesaian masalah menggunakan papan kitaran R.o.H.!.D

Graf 9 menunjukkan bahawa 52% setuju dan seramai 46% yang sangat setuju mengatakan bahawa papan kitaran R.o.H.!.D sangat membantu mereka dalam memahami masalah kitaran haid samada teratur atau tidak teratur serta memudahkan pengiraan tempoh- tempoh tersebut. Hanya 2% yang tidak pasti dengan pernyataan tersebut.

Graf 9 Keberkesanan papan kitaran R.o.H.!.D terhadap keyakinan ibadat mereka Graf 9 menujukkan bahawa seramai 60% yang setuju dan 34% yang sangat setuju mengatakan bahawa papan kitaran R.o.H.!.D memberi kesan yang positif terhadap keyakinan ibadat kepada mereka. Tetapi hanya 6% yang tidak pasti dengan pernyataan yang diberikan dalam soalan-soalan borang kaji selidik tersebut.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA

Projek inovasi papan kitaran R.o.H.!.D ini sangat sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas bagi semua peringkat umur pelajar dan termasuk juga masyarakat umum serta sangat releven terhadap isu permasalahan haid tidak teratur ini kerana ia dapat memudahkan para pengguna untuk memahami konsep yang diterapkan.

Namun begitu, terdapat beberapa cadangan idea yang boleh dilakukan untuk menambahkan lagi mutu penggunaan papan kitaran R.o.H.!.D ini. Antaranya ialah, dengan menempahnya di kedai percetakan supaya ia nampak lebih kemas, menarik, ditambah dengan

(16)

simbol-simbol serta gambar-gambar yang sesuai serta bentuk yang lebih flexibel untuk di bawa ke mana-mana serta boleh dikomersialkan kepada masyarakat di luar sana khususnya wanita.

Selain itu, pada masa akan datang, kami akan “pattent” kannya dan menjadikannya sebagai harta intelek dan diperkemaskan lagi dengan penambahan inovasi berunsurkan teknologi contohnya memuatkannya ke dalam aplikasi telefon pintar.

(17)

Referensi

Dokumen terkait